“ Beb! Maaf. Banyak sangat tudung
yang aku berkenan tadi,” sergah Nadia dari arah belakangku. Terloncat aku dek
terkejut Hu hu… Mujur aku sempat break
kalau tak sia-sia je cium badan Mr. Sengal yang tak berapa nak tegap tu. Heee…
“ Kau ni kan tak reti bagi salam
ke?” marahku pada Nadia lantas mengatur langkah menuju ke kereta Abang Hafiz.
“ La, siapa pula yang bengong
sangat ni? Parking berlambak lagi. Sibuk nak parking belakang kereta Abang
Hafiz ni buat apa? Gila punya orang. Ish! Geram lah aku macam ni. Sah-sah tak
lulus lesen.”Jerkah Nadia pada pemilik kereta Toyota Vios itu.
Aku melihat kawan Mr. Sengal
terkocoh-kocoh untuk mengalihkan kereta Toyota Vios itu.
“ Maaf saudari. Tadi saya nak
cepat. Parking pula tak ada. Maafkan saya,” ujar sahabat Mr. Sengal lantas
menyusun sepuluh jari mohon kemaafan.
“ Lain kali kalau nak cepat
sekalipun agak-agaklah. Ingat parking mak bapak kau ke sesuka hati letak
parking macam orang tak ada lesen. Gila!” jerkah angah pada sahabat Mr. Sengal.
“ Baiklah. Maaf lagi sekali ye. Oh
ya saya nasihatkan agar saudara bersopan lah sedikit, Bukankah ada peribahasa ‘yang kurik itu
kundi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.” Nah!
Ambik kau angah. Kan dah melopong dengar nasihat percuma lagi bernas dari mamat
yang tak kau kenal. Hu hu…
Aku memaut lengan angah. Lantas
aku usap tangannya, menyuruh dia bersabar. Dalam hati aku berdoa agar angah
tidak membuat hal di sini. Kerana angah cukuplah terkenal dengan sikap barannya
itu. Ngeee.
“ Sudah lah. Awak tolong alihkan
kereta awak cepat. Kami nak ke tempat lain pula ni.” Tutur Abang Hafiz perlahan.
“ Abang Hafiz lapaq la,” rengekku
manja. Sebenarnya nak suruh Abang Hafiz belanja makan free je niatnya. Heee…
“ Jom kita pergi makan,” ujar
Abang Hafiz lalu tersenyum manis padaku.
“ Auch. Sakitlah,” rungutku lalu
aku kalih pandangan pada orang yang membuatkan aku tersadung itu.
Melihat senyum sinis yang terukir
di bibir Mr. Sengal membuatkan hatiku menggelegak panas. Pantas aku menolak tubuh Mr. Sengal yang
jaraknya hanya sedepa saja dariku. Terdorong ke belakang Mr. Sengal akibat
ditolakku, sambil menjelir lidah aku berlari menyorok di belakang badan angah.
“ Kenapa ni? Adik? Hei, kenapa ni
angah tanya?” soal angah sambil menarik tanganku lalu dia membuka pintu hadapan
sebelah penumpang.
“ Crazy girl,” sempat aku menangkap kata-kata Mr. Sengal. Sempat
jugalah aku berpaling memandangnya lalu aku membalas kata itu.
“ Padan muka hang. Ingat aku
takut?” bidasku selamba. Aku ketawa berdekah-dekah melihat wajah Mr. Sengal
yang kemerehan seperti udang yang dipanggang itu.
“ Ary, Ary. Nakal ya,” ujar Abang
Hafiz sebaik kereta meluncur laju meninggalkan kedai Popular. Dan yang pastinya
meninggalkan Mr. Sengal dengan wajah singanya. Heee…
“ Ala, siapa suruh dia cari pasal
dengan Ary? Padan dengan muka dia. Eh! Kita nak kemana ni?” soalku dengan lurus
lagi blurr.
Pukk!!
Aku menoleh Abang Hafiz yang
menepuk dahinya. Pelik aku. Nak kata ada nyamuk takde pula bunyi nyittt nyittt. Ha ha… Woi! Kau orang jangan gelak
ya. Adalah juga bunyi macam Cik Muk tu. Heee.
“ Abang Hafiz kenapa? Ada nyamuk
ke?” soalku dengan wajah tanpa riak.
“ Woi, mak cik tadi bukan kau ke
yang merengek kata lapaq? Dasar blurr. Ya ALLAH kenapalah aku ada kawan yang
super duper blurr macam Ziqa Aryssa ni?” omel Nadia sambil menggeleng kepala.
Ceh! Hampeh punya nenek. Sempat
lagi mengutuk aku. Ei! Rasa nak hempuk-hempuk je nenek ni. Huh!
“ Ary, sayang tadi Ary yang ajak
makan. So lagi mau tanya kaa?” giliran Abang Hafiz pula mengusikku.
“ Ala, Fiz. Macamlah hang tak
kenal adik ni. Dia ni kan Miss Blurr.” Angah turut mengusikku. Lalu aku capai
tangan angah yang diletakkan dibahuku. Pantas aku mencubit tangannya itu. Biar
tahu rasa. Ha ha…
“ Adui! Sakitlah dik. Tak sayang
angah erk?” suara angah bagaikan merajuk. Ala, setakat nak suruh aku pujuk tu
cakaplah. Tak payah nak berkias. He he…
“ Abang Hafiz! Nak makan dekat
Marybrown. Cepat-cepat,” aku melonjak gembira sebaik melihat premis MaryBrown
yang terpampang itu.
“ Ya ALLAH, tak sangka la.
Ingatkan adik angah ni dah boleh kahwin. Rupa-rupanya…”
“ Apa?” soalku tidak sabar.
“ Masih kanak-kanak ribena. Heh!
Padahal dah boleh kahwin pun. Ha ha…” angah ketawa sebaik saja menghabiskan
ayatnya. Aku mengetap gigi geram.
~*~*~*~*~*`*~**~*~*~*~*~*
FAIZ
menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan rumah
keluarga di Hutan Percha. Dia merenung halaman rumahnya. Tiada banyak yang
berubah biarpun telah bertahun lamanya dia meninggalkan bumi Melaka itu.
“Assalamualaikum,”
“
Waalaikumsalam, ha kamu. Ingatkan dah lupa jalan balik. Lupa dengan ummi,”
sinis Puan Faizah.
“
Ummi Faiz minta ampun, minta maaf pada ummi. Ampunkan Iz dari hujung rambut
hingga hujung kaki ummi. Iz cuma tak
boleh terima ummi hina gadis yang Iz sayang,” luah Faiz sambil mengucup tangan
umminya.
Pantas
Puan Faizah menarik tangannya. Sakit hatinya apabila anak yang disayanginya itu
lebih mementingkan orang luar berbanding dia.
“
Oh, siapa lebih penting dalam hidup kamu? Ummi atau gadis gemuk itu?”
Faiz
tersentak mendengar bicara kasar umminya. Namun untuk mndapatkan restu ibunya
dia menyabarkan hatinya.
“
Kedua-duanya penting. Ummi adalah insan yang melahirkan Iz. Dan Farhana pula
adalah gadis yang akan menemani Iz hingga ke syurga,” ujar Faiz. Perasaan sebak
bermukim di hati apabila umminya berpaling dari menatap wajahnya.
“
Sampai syurga konon. Eh! Celiklah mata kamu tu. Sekarang ni zaman dah berubah.
Mana boleh percaya lagi pada janji untuk sehidup semati kamu tahu,” perli Puan
Faizah.
“
Ummi, Iz yakin pada Farhana,’ ucap Faiz. Suaranya jelas bergetar.
p/s = nak tahu apa jadi pada Faiz tunggu erk....... hope enjoy :D
6 comments:
uit... suspen! apa yang bakal berlaku pada Faiz? hehe. tahniah kak weeda. best ^^
tq afi.... heeee :) apa akan berlaku?? hee tunggu :D
Pn Faizah, bagi je restu kat dorang. Si farhana baik apa...hehe. Akak nak lagi!!
entah Puan Faizah tu keras hati kan? heeee
Hahahaha, bestt !
tq
Post a Comment