HOPE ENJOY LAST N3 |
Terima kasih kerana selalu menyokong, mengomen dan mengkritik karya saya. Setiap komen, kritik anda sangat penting bagi saya. Doakan agar CKB cepat siap ya... :)
Erina menghidupkan
komputer kesayangannya lalu dia melarikan tetikus. Butang winamp ditekan.
Lantas lagu cinta dan benci berdentum kuat dari komputernya. Dia melarikan
jemari keatas butang keyboard. Kemudian dia membuka laman sesawang google.
Butang blogger dibuka.
Lama pula rasa aku tak baca post blog AZPEB. Ada post
baru tak agaknya? La, takde ke? Ish!
Kecewa betul. Lantak la aku pun dah lama post apa-apa kat blog. Erm, baik aku
tulis kat blog. Gumam Erina.
Erina mula melarikan jemari diatas keyboard. Dia memilih
tajuk Cinta Ke Benci untuk post yang akan dia tuliskan.
Cinta Ke Benci??
Terlalu
sukar
Untuk
aku ungkap
Kerana
antara
Cinta
dan Benci
Mana
satukah
Perasaanku
terhadap dia.
Ya!
Dia yang bakal
Aku
jadikan pasangan hidupku.
Haruskah
aku menanam cinta buatnya?
Atau
aku harus
Berpura-pura
mencintainya?
Sukar!
Sangat sukar.
Kerana
antara Cinta dan Benci
Kedua-duanya
wujud untuk dia…
Nukilan
Snow Princess.
Erina
membaca semula apa yang baru ditulisnya itu. Setelah itu dia menekan butang
publish. Dia bernyanyi kecil mengikut rentak lagu Stacy-Kasanova. Erina
tersentak apabila dikejutkan dengan bunyi nyaring yang datangnya dari HTC yang
terselit di bawah bantal. Dia merenung skrin HTC sebelum mengangkat panggilan
itu.
“
Assalamualaikum Putri. Sayang buat apa tu?” Puan Zaiton memulakan mukadimah.
“
Waalaikumsalam bu. Putri tak buat apa pun.” Balas Erina. Lalu dia menekan
butang pause pada winampnya.
“
Putri sihat? Bila nak balik jumpa ibu dengan ayah? Kami rindu Putri tau,” kata
Puan Zaiton. Suaranya kedengaran bergetar.
“
Putri sihat. Putri pun rindukan ibu dan ayah. Insya-ALLAH minggu depan Putri
balik ya bu. Ibu sihat?” tanya Erina. Dia membaringkan tubuh yang terasa
lenguh.
“
Ibu sihat. Putri benar-benar yakin dengan keputusan Putri? Ibu harap Putri
nekad dengan keputusan Putri. Aidil satu-satunya lelaki yang baik buat Putri.
Ibu yakin dengan kata hati ibu,” cerita Puan Zaiton.
Erina
mengetap bibir. Lidahnya kelu untuk berbicara. Terkadang hatinya merasa
bahagia, terkadang pula dia mula berfikir adakah tindakannya menerima lamaran
Zafran itu adalah yang terbaik untuknya atau sebaliknya.
“
Putri.”
Senyap.
“
Putri, sayang kenapa senyap ni? Dah tidur ke?” soal Puan Zaiton. Erina menekup
mulutnya tidak mahu ibunya mendengar esakan tangisnya.
“
Ya, bu. Putri err… Putri berserah pada ALLAH. Kerana err… Dia Maha Mengetahui
kan bu? Doakan yang terbaik buat Putri,” pinta Erina sebelum memutuskan talian.
ZAFRAN memicitkan pelipisnya. Setelah diberitahu
umminya tentang tarikh pertunangan yang akan dibuat dalam masa terdekat, dia
mula merasa gementar dan juga takut. Entah mengapa sejak pertemuannya dengan
Khuzaimi dan Selly hatinya benar-benar tidak tenang. Kini Camelia juga mula
memunculkan dirinya semula. Sukar untuk dia percaya bahawa Camelia sudah
berubah. Namun apabila difikirkan kembali, tiada yang mustahil. Kerana pantai
juga berubah, inikan pula hati manusia bukan?
“
Aduh! Sakitnya kepala aku ni. Macam nak pecah rasanya.” Getus Zafran. Dia
menutup lampu lalu cuba untuk memejamkan matanya. Saat matanya ingin terlelap
dia mendengar HTC yang bergetar. Pantas jemarinya membuka pesanan ringkas dari
Faiz.
+ Zaf, kau dah tidur ke?
Zafran
membalas pesanan ringkas itu dengan kepala yang semakin berat.
+
Baru nak tidur. Kenapa?
Faiz
tersengih membaca mesej yang diterima itu. Dia cuba menyusun ayat agar Zafran
memahami apa yang ingin dikatakannya.
+
Aku ingat nak minta tolong kau sikit.
Zafran
mengeluh membaca mesej dari Faiz itu. Hatinya terasa sepi tanpa sebarang mesej
dan juga telefon dari Erina. Namun dia cuba untuk menepis perasaan itu, kerana
ingin memberi dirinya dan juga Erina peluang. Segera dia menekan nombor Faiz
kerana terasa malas untuk menaip mesej.
“
Assalamualaikum. Bro kau nak minta tolong apa?” sapa Zafran acuh tidak acuh.
“
Waalaikumsalam. Zaf err… kalau kau tak
kisah kan, kau tolong temankan aku pilih cincin.” Faiz berterus terang akan
niatnya.
“
Cincin? Kau nak buat apa? Kahwin ke?” Zafran mula bertanya soalan yang tidak
masuk dek akal.
“
Eh, tak adalah. Aku nak main pondok-pondok je,” perli Faiz.
Zafran
ketawa mengekek mendengar jawapan Faiz. Terasa beban didada sedikit
berkurangan.
“
Janganlah marah. Erm, besok aku temankan. Tahniah bro. Ana terima ke?” soal
Zafran sambil memeluk erat bingkai gambar Erina.
“
Ana belum terima. Tapi aku tak kisah, sebab lama mana pun masa yang diambil aku
sanggup tunggu. Macam kau tunggu Rin selama ni,” kata Faiz lalu berjalan ke
arah balkoni rumahnya.
Faiz
merenung dada langit yang gemerlapan itu. Dia tersenyum melihat keindahan
ciptaan Tuhan. Dia memanjatkan syukur kerana di pertemukan gadis seperti
Farhana. Sungguh kehadiran Farhana memberikannya sinar bahagia yang dinantikan
selama ini.
“
Bro, aku rasa macam… takut. Tak yakin dengan Erina. Aku rasa…”
“
Kenapa dengan Erina?” pantas Faiz mencelah kata-kata Zafran.
“
Aku err… dia. Aduh! Susah la nak cakap. Sebenarnya macam ni. Lately ni ada la seorang minah gedik ni
kacau aku. Tapi aku layan. Dan yang merunsingkan aku sekarang ni ialah bekas
kekasih Erina. Dia masih menganggu Erina,” cerita Zafran.
“
Zaf, aku tahu apa yang rasa. Kau takut Erina berubah hati bukan?” tanya Faiz
bagaikan memahami situasi Zafran.
“
Ha, tahu pun kau. Aku dapat rasa Khuzaimi takkan berdiam diri je. Sebab aku
nampak dalam mata dia seolah-olah dia berdendam dengan aku,” ujar Zafran lalu
dia melepaskan keluhan berat.
“
Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku. Bro! Kau kena yakin pada takdir. Andai
benar Erina adalah tulang rusuk kau yang hilang tu, insya-ALLAH kau tetap akan
bersatu walaupun beribu dugaan yang datang. Percayalah,” nasihat Faiz dengan
penuh ikhlas.
“
Terima kasih bro. Eh, aku tidur dulu. Makin sakit kepala aku ni.
Assalamualaikum.” Setelah memberi salam Zanran memutuskan talian lalu dia
mencampakkan HTC di atas katil.
“ ABANG rasa bila tarikh yang sesuai
untuk pertunangan anak kita?” soal Puan Zaiton seraya membaringkan tubuh di
sisi suaminya.
“
Kalau ikutkan abang, 3 bulan dari sekarang. Tapi bukan ke lebih elok kalau kita
tunggu Putri untuk buat keputusan? Abang bukan apa sayang, risau Putri buat
perangai. Tengoklah dulu, kita nak jodohkan dengan Aidil tu macam-macamlah
alasannya. Abang cuma mahu yang terbaik untuk anak kita,” kata Encik Zainal
seraya memaut erat pinggang si isteri.
“
Baiklah bang, saya ikut saja.” Balas Puan Zaiton ringkas.
“
Ada tak Putri kata bila dia nak balik?” tanya Encik Lazim.
“
Putri kata minggu depan dia balik. Abang rasa betul ke apa yang kita buat?”
“
Apa maksud awak?” soal Encik Lazim lantas dia melepaskan pelukannya.
“
Yalah. Jodohkan Putri dengan Aidil. Abang rasa betul ke tindakan kita?” tanya
Puan Zaiton.
“
Abang.”
Senyap.
“
Abang.”
Senyap.
“
Ish, orang tua ni kita tanya boleh senyap pula.” Rungut Puan Zaiton lalu
mendongak memandang wajah suaminya.
Patutlah
senyap. Dah tidur rupanya. Penat saja aku bebel sorang. Keluh Puan Zaiton.
Lantas dia menarik selimut untuk membaluti tubuhnya dan si suami.
ERINA menutup
komputer riba setelah berbicara dengan ibunya. Dia mengatur langkah ke balkoni
biliknya. Dia hanya membiarkan angin malam menyapa wajahnya. Terasa sedikit
tenang hatinya saat merenung dada langit.
“
Khuzaimi, kenapa kau buat aku macam ni? Dulu kau buang aku tanpa belas kasihan.
Tapi kenapa sekarang kau merayu pada aku agar menerima kau semula? Ah! Hidup
ini terlalu sukar. Zafran, mengapa setiap kali mengingatimu hatiku terasa
berdebar? Terasa diri ini tidak sanggup berjauhan darimu, sesaat pun aku tidak
sanggup. Adakah benar ini cinta?” Erina bermonolog sendirian.
Setelah
penat berdiri Erina duduk di kerusi yang berada di balkoni itu. Dia memeluk
lutut sambil dagu diletakkan di atas kepala lutut. Dia hanya membiarkan angin
malam menggigit tubuhnya. Resah, gelisah segalanya berada dimindanya.
Kenangan
saat dia bersama Khuzaimi terlayar di minda. Entah mengapa hatinya tiba-tiba
digamit rasa rindu pada kenangan lalu.
“
Risya, awak nak tahu tak awak adalah wanita yang sangat istimewa dalam hidup
saya? Saya tak sanggup kehilangan awak,” ujar Khuzaimi lalu cuba untuk
merangkul tubuh Erina.
“
Zaimi, saya tak suka awak peluk saya. Tolong hormat pendirian saya.” Tegas
Erina.
“
Ala, awak ni. Nak manja sikit pun tak boleh,” rajuk Khuzaimi. Erina mangukir
senyuman manis melihat memek muka sedih jejaka itu.
“
Itu prinsip saya. Kita belum halal jadi kita harus menjaga batas pergaulan,”
pujuk Erina lalu tersenyum.
“
Baiklah. Sayang tengok tu matahari terbenam. Cantikkan?”
“
Cantik. SubhanaALLAH. Indahnya kurnianMU.” Erina mengucap syukur saat melihat
matahari terbenam di Pantai Cherating itu.
“
Tapi bagi saya awak lagi cantik. Saya sayang awak Risya,” ujar Khuzaimi sambil
merenung tepat wajah Erina.
“
Saya tak percaya,” kata Erina lantas menyimbah air pada wajah Khuzaimi lalu dia
berlari dari dikejar Khuzaimi.
Khuzaimi
turut berlari mendapatkan Erina. Setelah mendapatkan gadis itu dia menyimbah
air ke wajah Erina. Lalu dia ketawa saat melihat muncung sedepa gadis
kesayangannya.
“
Ala, sayang. Takkan merajuk kot?” Khuzaimi bertanya sambil menhan ketawa
melihat Erina yang sudah lencun dek disimbah olehnya.
“
Menyampah. Dah la nak balik ke resort,” rajuk Erina.
“
Ala janganlah merajuk. Risya, Risya.” Erina tidak mengendahkan seruan Khuzaimi
itu. Sengaja dia berbuat demikian, ingin melihat sejauh mana lelaki itu untuk
memujuknya namun dia hampa kerana tidak lagi mendengar suara itu memanggilnya.
Dengan
langkah gontai Erina meneruskan langkah untuk pulang ke resort. Ingin pulang
untuk berehat seketika.
Nanti
selepas solatla baru aku pujuk Zaimi. Benar ke Zaimi sayangkan aku? Kenapa dia
tak halang saja aku dari pergi tadi? Terasa penat otak Erina memikirkan soal
Khuzaimi.
Tok!
Tok!
Kelam
kabut Khuzaimi mencapai pakaiannya saat mendengar ketukan di pintu yang
bertalu-talu itu. Dia sudah menggelabah tidak tentu arah, namun dia cuba untuk
mengawal riak wajahnya.
“
You menyorok dulu mana-mana,” arah Khuzaimi.
“
Okey. Janji jangan lama sangat,” ujar gadis itu sebelum menyembunyikan diri.
Tok!
Tok!
Khuzaimi
keluar untuk membuka pintu setelah memastikan Monalisa menyembunyikan diri.
Dengan wajah tanpa riak dia bertanya.
“
Ada apa ni Ustaz?” tanya Khuzaimi pada empat orang lelaki lingkungan 30-50
tahun yang berdiri dihadapannya dengan pandangan sinis itu.
Khuzaimi
kecut perut saat renungan tajam lelaki-lelaki di hadapan bagaikan menikam
sanubarinya.
“
Kami dari Jabatan Agama Islam Kuantan. Kami dapati ada laporan mengatakan awak
bersekedudukan. Apa benar?” soal salah seorang dari mereka.
“
Err… ma… mana ada. Saya seorang saja. Ustaz salah…”
“
Sayang, you kata sekejap je,” ujar Monalisa dari arah belakang lalu dia
membuntangkan mata saat melihat lelaki berkopiah di hadapan bilik teman
lelakinya itu.
“
Huh! Seorang? Siapa gadis ni? Tolong bagi kerjasama ya. Kamu berdua ni dah di
kira berbuat maksiat. Duduk bersekedudukan,” sinis salah seorangnya lagi.
“
Zaimi, apa… apa maknanya semua ni? Bersekedudukan?” Erina menggelengkan kepala
tidak percaya apa yang baru didengarnya itu.
“
Siapa pula gadis ni? Berapa ramai perempuan simpanan kamu?” sinis salah seorang
lelaki yang memakai jubah itu.
“
Penipu, pembohong. Konon sayang saya. Aku benci kau Zaimi. Mulai hari ni hubungan
kita putus. Jangan cari aku lagi!” Bentak Erina lantas dia berlari meninggalkan
Khuzaimi bersama kenangan mereka.
“
Risya tunggu dulu Risya. Semua ni tak macam apa awak fikirkan,” ujar Khuzaimi.
Erina
menolak tubuh Khuzaimi yang menghalang laluannya. Sungguh dia benci untuk
menatap wajah Khuzaimi saat itu.
“
Sayang tolong, jangan tinggalkan saya,” rayu Khuzaimi seraya menarik
pergelangan tangan gadis itu.
Erina
mula berang. Lantas dia merentap kasar tangannya lalu menampar wajah lelaki
yang pernah singgah dihatinya. Segera dia meninggalkan Khuzaimi yang
terpinga-pinga itu.
Erina
kembali ke alam nyata saat mendengar bunyi guruh yang berdentum kuat. Segera
dia mengatur langkah lalu dia menguncikan pintu balkoninya. Setelah menutup
lampu dan membaca surah kursi dia membaringkan tubuh di atas katil.
ANITA masih
teringat kata-kata hinaan yang dilemparkan suaminya. Entah mengapa hatinya
sukar untuk memaafkan perbuatan suaminya itu. Dia menggosok perutnya yang
kempis. Serta merta ingatan lalu menerjah ingatannya.
“
Kau masak apa ni? Hei! Kau mari sini!” Herdik Zahiril seraya menarik rambut
Anita.
“
Abang, sakit,” ronta Anita Namun sedikit pun tidak dihiraukan Zahiril.
“
Kesah apa aku? Kau sakit ke tidak.” Berang Zahiril. Nafasnya turun naik kerana
perasaan marah yang tidak terkawal lagi.
“
Abang tolonglah. Sakit bang,” ronta Anita lagi. Dia cuba untuk melepaskan
cengkaman Zahiril dari terus menyeksa dirinya.
“
Ni, semua makanan ni layak untuk perempuan kampung macam kau je. Dah la, tak
ada selera aku nak makan. Tambah pula tengok muka comot kau tu. Buat sakit mata
je,” kata Zahiril. Tanpa belas dia menolak tubuh Anita sehingga kepala
isterinya terhantuk pada dinding lalu terjelepok jatuh ke lantai.
Anita
tersentak dari lamunan apabila tangan kekar Zahiril melingkari pinggangnya.
Lalu dia meleraikan pelukan itu. Segera dia mengatur langkah menjauhi suaminya.
“
Ita, sayang kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zahiril dengan lembut.
Senyap.
“
Ita, kenapa ni?” soal Zahiril lagi. Lantas dia memalingkan tubuh Anita agar
menghadapnya. Dia memengang dagu Anita agar memandangnya.
“
Tak ada apa. Ita kan tak layak buat awak. Ita sekadar perempuan kampung.
Perempuan untuk… memuaskan nafsu awak saja,” ujar Anita bersama linangan airmata
yang tidak dibendung lagi.
“
Sayang, abang tahu abang salah. Maafkan abang. Abang sedar abang tidak layak
buat Ita. Tak mengapalah. Abang sedia terima segala hukuman Ita.” Tutur Zahiril
lalu tunduk menekur lantai.
“
Ceraikan Ita.” Segera Zahiril memanggungkan kepala saat mendengar sebaris ayat
yang diungkapkan Anita.
“
Tidak. Abang tidak akan ceraikan Ita. Abang terima apa saja hukuman, tapi bukan
dengan menceraikan Ita,” Zahiril menarik tubuh Anita agar rapat dengannya.
Anita
menolak lembut tubuh Zahiril. Tanpa sepatah kata dia berlalu ke katil lalu dia
mencapai bantal dan selimut.
“
Ita nak kemana bawa bantal tu?” soal Zahiril dengan wajah yang tegang.
“
Awak tidurlah atas katil. Biar saja Ita…”
Pantas
Zahiril mencelah kata-kata Anita. Entah mengapa dia mula rasa sepi saat Anita
mula menjauhkan diri darinya.
“
Sayang tidur atas katil. Biar abang tidur atas sofa. Sayang kena jaga
kesihatan. Jangan disebabkan abang, sayang sakit,” ujar Zahiril lantas dia
mengambil bantal dan juga selimut.
“
Selamat malam sayang,” ucap Zahiril sebelum melelapkan matanya.
Anita
menekup mulutnya, tidak mahu suaminya mendengar esak tangisnya itu. Dia
memengang perutnya yang kempis itu.
‘
Maafkan Ita bang. Ita belum boleh memaafkan perbuatan abang. Sayang, maafkan
ibu ya. Kalaulah sayang ada pasti ibu dan ayah akan bahagia. Tunggu ibu di
syurga ya.’ Anita merintih hiba mengenangkan anaknya yang telah tiada itu.
Zahiril
mencuri pandang wajah Anita yang berada diatas katil itu. Hatinya merasa pilu
apabila mengingatkan perkataan ‘cerai’ yang keluar dari ulas bibir isterinya
itu.
‘
Ya ALLAH, lembutkan la hati isteriku untuk menerimaku seadanya. Kerana aku tak
sanggup, aku tak mampu hidup tanpa dia
ya RABB. Izinkanlah aku untuk bahagia bersama isteriku,’ doa Zahiril didalam
hati.
P/S = assalamualaikum..... Huh! last n3 saya dah lepaskan... erm sebelum tu saya nak minta maaf andai n3 kali ni kurang panjang, xberapa best ke apa... silalah drop komen. setiap komen amat saya hargai. Terima kasih kerana menyokong saya selama ni. Sokongan padu anda amat saya hargai... hope enjoy n3 kali ni.. Apa jadi jadi angah dan Anita?? Akankah mereka berbaik? Heee ;)
10 comments:
oh,no!! dah habis dah..lepas ni rindu la dekat zaf n erina lagi.. sob, sob, sob.. :( :( :(
oh no!!!! uwaaa heee akk pun rindu nak konsi cerita dgn korang..apa2 pun tq singggah baca n kome. sangat rasa terharu :)
alaaa... apakah y jd pd hubungan zahiril n ita lpas nie..??
kenapa ngan erina y tetiba teringat kenangn lma ea n zaimi..
acane zafran na time knyataan y zaimi n selly mgkin akn blas dendam.. n btul kea camelia da berubah..?? hurmm, can't stop from thinking 'bout that..
hee cha :) mcm mana erk Ita n Zahiril???heeee
Erina teringat je
Insya-ALLAH Zaf akan kuat :)
Camelia??? Err.....
don't stop to think about it k hehe
tq cha selama ni sokong n bg semangat pada akk
Alaaa da abis ke? Mc mn cita ita gan angah? Nadia apa cita? Farhana terima ke lamaran zafril? Jd ke zaf kwin?
anja segalanya akan terjawab dlm versi cetak insya-ALLAH
Akakkk, masih x puas hati selagi belum tau niat sebenar Camelia. Then, Zaimi dgn si Selly tu... bila laa nak cha aliff but dari hidup Zaf ngan Erina? Cheese cake basi betul laa dorang nie. Akak, soal angah dgn Ita macam mana kak? Nak tau jugak apa y jadi dekat dorang.
hahaha sabarlah menanti miahahahaha yg pastinya selly jelly xkan ada dlm ini cerita okey? heee sabar n doakan yg terbaik buat mss akk ni ye tq dear
Akak ! Nak buat versi cetak ke ?
shaefar yup nak buat versi cetak heee
Post a Comment