TEASER CINTA KE BENCI?

 

assalamualaikum... lama dah rasanya blog ni sunyi tanpa update so mlm ni nak kasi teaser ckb kat sinilah ye :) enjoyyyyyyyyyyyyyy






SEUSAI solat subuh Zafran merancang sesuatu untuk meluang masa bersama isterinya. Setelah berfikir dia mengajak Erina untuk bersukan di puncak bukit.

“ Tak naklah. Rin nak sambung tidur je,” ujar Erina seraya menarik selimut membaluti tubuhnya.

Zafran berdecit sambil menggelengkan kepalanya. Lantas dia menarik selimut dari membaluti tubuh kecil molek itu.

“ Sayang, tak baik tidur lepas subuh. Rezeki susah nak masuk tau,” nasihat Zafran seraya menarik tangan isterinya agar bangun dari pembaringan.

“ Abang… Rin penatlah. Nanti kita pergilah jalan-jalan ya. Please,” rayu Erina sambil mata dikedip-kedipkan beberapa kali. Zafran tersenyum melihat wajah polos isterinya itu.

“ Itulah sayang. Siapa suruh shopping banyak sangat. Kan dah penat. Jomlah sayang kita berbasikal. Kalau sayang tak mahu teman abang takpe. Tapi… sayang jangan menyesal kalau ada minah salih pikat abang.”

Terbelalak biji mata Erina mendengar kata-kata suaminya itu. Dia menjeling tajam wajah Zafran. Lekas saja dia mencapai tudung lalu disarungkan di kepalanya. Zafran menahan senyum melihat sikap isterinya itu.

“ Kata tadi tak mahu ikut. Kenapa pakai tudung pula ni?” usik Zafran lantas dia ketawa mengekek.

“ Abang ni kan saje je tau. Nak Rin ikut ke tak nak? Nanti kalau Rin tak ikut adalah pula minah salih yang ikut abang,” ujar Erina. Suaranya jelas berbaur cemburu.

Zafran ketawa mengekek. Sambil berpimpin tangan mereka keluar dari bilik. Saat di hadapan lif Zafran memaut erat pinggang Erina. Erina turut membalas pelukan itu.

Ting!

Pantas Zafran menarik tangan Erina untuk masuk ke dalam lif. Kembang kempis hidung Erina menahan nafas saat asap rokok menusuk hidung. Zafran yang melihat Erina yang tidak senang duduk itu menoleh ke arah belakang. Saat matanya menyorot pada sesusuk tubuh di belakangnya cepat-cepat dia melarikan pandangan.

Buat apa pula Zaimi dan Camelia di sini? Apa hubungan mereka? Ah! Sakit benar kepala aku fikirkan mereka, monong Zafran dalam hati.

“ Abang… busuk betul bau asap rokok tu. Tak tahanlah Rin. Meh sini Rin nak bau perfume abang. Lagi wangi dari bau asap rokok tu,” ujar Erina seraya menyembamkan mukanya ke dada bidang Zafran.

Camelia yang melihat adegan itu tersentak. Pantas dia melarikan pandangan kearah lain. Tidak sanggup rasanya untuk melihat kemesraan pasangan itu. Namun lain pula pada Khuzaimi. Kebenciaannya terhadap Zafran kian memuncak melihat kemesraan yang di totonkan di hadapan matanya.

“ Eh, nak buat drama pula. Ingat kau je ke yang bahagia?” Erina tersentak demi mendengar suara itu.

Ting!

Segera Erina menarik tangan Zafran keluar dari lif. Tidak mahu hati Zafran di sakiti lagi. Khuzaimi dan Camelia juga pantas mengejar. Zafran yang bimbang isterinya itu terjatuh pantas mencempung tubuh Erina lantas dia berlari ke arah keretanya. Erina memaut mesra leher Zafran sambil mengukir senyum bahagia.

“ Aidil,” seru Camelia. Zafran tidak mempedulikan seruan Camelia itu. Dia menghayun langkah laju meninggalkan Camelia jauh di belakang.

“ Sayang cepat kunci pintu,” arah Zafran saat sudah membolosi kereta.

Erina tersentak saat cermin kereta diketuk Khuzaimi. Dia menggigil ketakutan. Dia bimbang andainya Khuzaimi melakukan sesuatu di luar jangkaannya.

“ Sayang, jangan takut. Abang kan ada,” ujar Zafran seraya memecut keretanya laju. Dia tersenyum sinis melihat kelibat Khuzaimi di sebalik cermin sisi.


p/s = rasa macam khuzaimi ni menyemak je huhu

No comments: