malas sebenarnya nak letak blog tapi xpe sebabkan adik sorang +Balqis Cun ni letakkan je heeee.... hope dik +Balqis Cun akan tersenyum baca teaser ni heeee :)
SEPERTI di janjikan Zafran membawa Erina ke Ladang Strawberry.
Tersenyum dia melihat wajah teruja Erina yang sedang memetik buah
strawberry itu. Pantas dia mengeluarkan HTC dari kocek seluar lalu dia
menekan punat kamera untuk merakam gambar Erina yang sedang leka saat
itu.
‘ Comel betul dia,” detik Zafran dalam hati.
Erina
mengerut dahi melihat Zafran yang termenung itu. Dia mengetap bibir.
Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati suaminya. Dia menyenggol
lembut siku si suami.
“ Oh, mak kau,” latah Zafran tanpa sengaja.
Pantas dia menggigit bibir. Ish! Ni penangan selalu sangat mengusik
ummi la ni. Kan dah berjanggit penyakit melatah. Hu hu…
Erina
gelak mengekek mendengar latahan suaminya itu. Selama dua bulan
perkahwinan mereka baru hari ini dia tahu bahawa suaminya itu melatah.
Kalau dia tahu dari awal lagi dah dia usik. He he…
“ Ya ALLAH,
isteri siapa la ni? Ketawa mengalahkan hantu Kak Limah je,” kutuk Zafran
selamba. Erina menyeka airmatanya. Banyak sangat ketawa hingga
airmatanya turut mengalir.
“ Abang ni lawak la. Selama ni Rin tak tahu pun yang abang melatah. Kalau tak dah…”
“ Dah apa? Dah lama sayang mengusik abang la tu kan?” pantas Zafran
mencelah. Malu, geram marah bergaul di dalam hati. Melihat Erina yang
masih galak ketawa itu membuatkan hatinya di geletek. Lantas dia turut
ketawa. Kelakar pula bila mengingatkan wajahnya saat melatah tadi.
“ Dah banyak sayang petik buah?” tanya Zafran setelah ketawanya reda.
“ Bolehlah. Abang tangkap Rin pengang buah Strawberry,” pinta Erina
lantas memengang buah Strawberry sambil angkat dua jari. Peace!
Setelah selesai memetik buah mereka menuju ke destinasi seterusnya iaitu Taman Lavender.
“ Taman Lavender ni tempat yang biasanya orang selalu kunjungi. Tapi di
sini bunga Lavender bukanlah bunga asli. Maksud abang, bunga ungu di
Taman ini bukanlah dari Varieti Lavender yang sebenar. Kalau sayang
perhatikan betul-betul, fizikalnya memang menyerupai lavender apabila
ditanam secara kelompok yang banyak. Tapi… ia tidak mengeluarkan bau
seperti lavender yang sebenar. Walau bagaimanapun ia tetap cantik dan
menarik. Itu yang penting,” terang Zafran panjang lebar. Erina sekadar
mendengar penerangan Zafran. Sedikit pun dia tidak mencelah. Yalah, dia
bukannya tahu detail tentang Cameron Highlands. Lainlah suaminya yang
boleh nak kata keraplah ke sini. He he…
“ Err… taman ni beroperasi dari pukul berapa? Sampai pukul berapa? Rin tengok ramai juga yang datang kat sini.”
Zafran mengukir senyum mendengar soalan demi soalan dari Erina. Dia mencuit hidung Erina sebelum menjawab.
“ Taman ni beroperasi dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Memang
ramailah, memandangkan sekarang ni cuti sekolah.” Erina tersenyum saat
matanya bertemu sepasang mata Zafran.
Erina memaut pinggang
Zafran sambil matanya melihat bunga lavender yang tumbuh mekar. Terasa
tenang hatinya kerana dapat melihat bunga berwarna ungu itu. Dia
mengeluarkan HTC lalu terus saja dia menangkap gambar lavender sebagai
kenang-kenangan.
“ Cik, nak minta tolong tangkap gambar saya dan
isteri saya boleh tak?” tanya Zafran pada serang wanita yang berdiri
tidak jauh dari mereka. Lantas dia menghulurkan HTC kepunyaannya apabila
wanita itu mengganguk kepala setuju.
Klik! Klik!
Setelah menangkap dalam pelbagai reaksi wanita itu menyerahkan HTC pada Zafran. Namun sempat wanita itu mengusiknya.
“ Encik hati-hati ya. Isteri Encik ni cantik. Manalah tahu kena kebas nanti. He he… saya gurau saja.”
Zafran tersenyum mendengar usikan wanita lingkungan 30-an itu. Namun di
dalam tetap juga merasa takut. Apatah lagi apabila Khuzaimi juga turut
berada di hotel yang sama dengan hotel penginapan mereka.
“ Terima kasih atas nasihatnya kak. Err… akak datang seorang ke?” Zafran menyoal. Sekadar berbasa-basi.
“ Akak datang dengan suami. Kamu baru kahwin ya dik?” soal wanita itu
dengan ramah seraya menghulur tangan untuk bersalam dengan Erina. Erina
menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment