FARHANA menemani
Erina untuk mencuba baju akad nikah serta baju pengantinnya. Farhana
menyarankan agar mengambil warna putih. Suci katanya. Erina hanya menurut
sahaja. Baju kurung moden yang diperbuat dari kain chiffon bermutu tinggi itu sudah lama menjadi idamannya. Dengan
perincian manik-manik di bahagian hujung kaki baju, ditambah pula dengan renda
dan juga bunga-bunga kecil membuatkan baju tersebut tampak ekslusif. Kain cut princess
menjadi pilihan hati. Selain itu, hujung lengan baju juga turut dihiasi
manik-manik kecil membuatkan baju tersebut nampak mewah dan moden.
Erina
merenung wajahnya di cermin. Bagaikan seorang puteri lagaknya. Farhana turut
terpegun melihat keanggunan Erina. Tambah pula Erina dengan penampilan barunya.
Alhamdulillah, dia menarik nafas lega apabila akhirnya Erina menyuarakan hasrat
untuk menutup aurat sepenuhnya.
Untuk
majlis perkahwinan pula Erina dan Zafran telah bersepakat untuk memakai warna
Gold. Kerana itu merupakan warna kesukaan Erina.
“Cantiknya
Putri Erina Batrisya ni. Macam Puteri dalam cerita dongeng je,” puji Farhana
ikhlas.
“Ish!
Kau ni ada-ada je.” Erina tersipu malu dipuji tinggi melambung oleh Farhana.
“Tapi
serius beb. Kau memang nampak ayu sangat. Aku yang tengok ni pun tak jemu tau.”
Erina
tersenyum manis. Dia membelek wajahnya di cermin lagi.
“Cik
Erina memang cantik. Tambah pula pakai baju warna putih memang terserlah
kecantikkannya,” puji Ika pekerja butik itu.
“Awak
ni ada-ada je.” Erina tersipu malu.
“Rin
meh aku snap gambar kau sekeping,” ujar Farhana lantas menghalakan lensa
kameranya pada Erina.
Klik!
Klik!
Erina
melihat gambar hasil tangkapan Farhana. Dia tersenyum bagaikan tidak percaya
melihat wajahnya itu.
“Weh!
Ni betul ke aku? Kenapa macam lain je? Heee…”
“Itulah
aku cakap. Kau nampak ayu. Heee. Lepas ni kita nak pergi mana pula?” soal
Farhana.
“Erm…
kita pergi makan. Aku tiba-tiba rasa laparlah. He he… hari ni aku belanja.”
“Betul
ke kau nak belanja? Wah! Pengantin baru ni makin bertambahlah rezeki kau macam
ni. Sebab tu aku sayang kau. Heee.” Erina mencebik mendengar kata-kata Farhana
itu. Nak membodek nombor satu.
Usai
mencuba baju Erina dan Farhana menuju ke restoran secret recipe. Erina berang melihat Farhana yang sedang asyik
membelek telefon bimbitnya.
“Aku
pun ada tunang juga. Tapi tak adalah nak belek telefon je kerjanya,” perli
Erina selamba.
“Eh!
Kau perli aku eh?” Farhana menyengih bagai kerang busuk apabila terasa dirinya
disindir.
“Tak
adalah. Mana ada aku perli. Aku cuma cakap je,” seloroh Erina lagi lantas
ketawa mengekek melihat Farhana menarik muncung.
5 comments:
Yeay, akhirnya Erina ngan Zafran nak kahwin jugak... comelnyaa, can't imagined it. How sweet...
heeee akhirnya penantian Zaf akan berakhir heeee :D
Best x sabar tunggu
insya-ALLAH baby mio kalau xde aral dalambeberapa bulan lagi adalah khabarnya heee
insya-ALLAH baby mio kalau xde aral dalambeberapa bulan lagi adalah khabarnya heee
Post a Comment