CINTA KE BENCI?

ASSALAMUALAIKUM +Balqis Cun  +baby mio  +Shaefar Naressa  MEH BACA :)




 
Usai sampai di rumah Zafran meninggalkan Emir untuk dijaga sebentar oleh umminya. Segera dia menarik tangan Erina memanjat tangga ke tingkat atas.
Sesampai saja mereka di tingkat atas Zafran memimpin tangan Erina ke bilik yang selama ini menjadi bilik larangan. Saat kakinya melangkah ke dalam bilik itu, Erina tergamam melihat lukisan Zafran yang kebayakannya adalah potret gambarnya. Dia menoleh memandang Zafran meminta penjelasan.

“Dari pertemuan pertama kita, abang dah mula melukis semula. Abang tak tahu kenapa. Tapi abang rasa bahagia setiap kali dapat melukis potret sayang,” ujar Zafran dengan telus. Dia mencapai HTC di dalam kocek seluar pantas dia memainkan lagu Tomok-Bagaikan Bidadari.

“Lagu ni khas untuk sayang. Setiap kali teringatkan sayang, abang akan mendengar lagu ni.”
Erina terkedu saat bait-bait lirik lagu Tomok itu menyapa telinganya.

Bagai sebuah cerita
Aku dan dia…
Bermulalah hanya matanya yang mempesona…

Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya…
Malamku gelisah siangku bertanya
Jika kau tak bersama…

Erina terasa bagaikan di awangan saat permulaan lagu itu dinyanyikan dengan baik oleh Zafran. Terasa dirinya benar-benar bertuah kerana memiliki suami yang serba boleh. Heeee...

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu,

Umpama nafasku kan berhenti,
Jika kau hilang dalam hidup ini,
Percayalah kasih cintaku padamu…
Tak pernah hilang
Tak akan pergi…

Erina terasa ingin menangis mendangar bait-bait lirik yang indah itu. Segera dia memeluk tubuh Zafran sebaik saja lagu Bagaikan Bidadari selesai dinyanyikan Zafran. Dia menangis di bahu Zafran.

“Terlalu indah liriknya. Tambahan pula abang menyanyi dengan ikhlas. Rin terharu sangat. Terima kasih sayang. Rin cin… cintakan abang. Abang umpama nyawa Rin. Rin sayang abang. Cinta Rin juga hanya untuk abang,” luah Erina. Zafran turut membalas pelukan Erina.

“Abang cintakan Rin juga. Rin bidadari abang. Di dunia dan akhirat. You are my everything dear.” Erina meleraikan pelukan Zafran. Dia mendongak seketika mencari keikhlasan di mata Zafran. Dia tersenyum di dalam tangis.

Sesungguhnya jika kita bersabar kita akan menerima pahala yang setimpal. Itulah prinsip Zafran selama ini. Bersabar dengan setiap ujian-NYA. Dan kini dia bahagia bersama isreri yang selama ini di dambanya.

‘Ya ALLAH dulu aku pernah kecewa kerana dia menjauhkan diri dariku. Aku pernah lalai kerana mengejar cintanya. Hingga aku terlupa akan cintaMU. Namun kini aku bersyukur kerana ENGKAU telah mengurniakan dia untukku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dia menjadi bidadariku, pendampingku. Aku pohon agar agar cinta ini akan kekal hingga ke Syurga aamiin,’ doa Zafran di dalam hati.

Benarlah kata orang jika kita terlalu membenci seseorang perasaan benci itu akan bertukar menjadi sayang. Setelah itu, rasa sayang akan bertukar menjadi cinta. Itulah yang di alami Erina. Sesungguhnya dulu dia membenci Zafran kerana memikirkan Zafran merancang perjodohan ini, namun tanpa dia sedar kebenciaannya terhadap Zafran telah menjerat hatinya untuk mencintai jejaka itu.

‘Ya ALLAH sesungguhnya aku bersyukur padaMU kerana dikurniakan seorang insan yang baik. Yang menyayangiku dengan seikhlas hatinya. Doaku ya ALLAH, agar bahagia ini kekal milik kami untuk selamanya,’ doa Erina di dalam hati.








P/S + MOGA TERHIBUR SAYANG2 SEMUA :)

4 comments:

Elvroseth said...

Romantikaa (Y)

Unknown said...

tq dear :)

Unknown said...

Wow sweetnya.

Unknown said...

baby mio- thanks sudi singgah n baca :)