SEBENARNYA SAYA NAK TUKAR WATAK ZIQA NI. TAPI TAK TAHU NAK TUKAR DENGAN ARTIS WANITA MANA. HUHU... IF ADA CADANGAN MEH LA SUGGEST HEEE..... |
USAI
makan aku mengajak Nadia untuk singgah di Pantai Teluk Cempedak. Sengaja aku
mengajaknya ke situ. Nak menghilangkan rasa sedih yang bermukim di hati aku ni.
Erm… tapi nak kata tenang tu taklah juga. Pasainya… si Nadia ni tak habis-habis
nak bercakap pasai Haziq sengal tu. Ish! Makin loama aku rasa Nadia ni makin copy perangai mak aku la.
Tak
sudah-sudah nak membebel dekat aku. Naik rimas aku jadinya. Sesekali aku cuba
menarik selendang yang ditiup angin. Aku hanya berpakaian ringkas saja. Yelah
bukannya nak jumpa marka pun. Aku cuma jumpa Nadia saja. Jadi cukuplah sekadar
aku memakai baju T-shirt labuh lengan panjang dan juga sekadar memakai track
suit.
Aku
ni sangat sempoi orangnya. Kata orang a
very simple person. He he. Ceh,
hiperbola sungguh aku ni.
Haih!
Nadia ni kan dah macam mak nenek dah. Asyik menceceh je kerjanya. Tak penat ke
asyik bercakap? Ish! Rimaslah aku. Ni kalau aku tak suruh dia diam mahu
bernanah telinga aku ni. Heh!
“Kau
ni boleh diam tak? Dekat rumah mak aku membebel. Dekat sini kau pula yang
membebel. Rimas aku tahu tak? Dah la kau jalan la seorang. Aku nak pergi
tenangkan fikiran. Nanti aku jumpa kau dekat sini,” ujarku seraya berlalu
meninggalkan Nadia yang terpinga-pinga.
“Wei,
Ziqa. Ziq. Wei kau nak pergi mana?” teriak Nadia. Namun aku hanya buat tak
dengar saja. Malas aku melayan dia. Buat sakit hati je.
Erm…
bila aku keseorangan macam ni mulalah hati ni nak feeling sedih bagai. Haih! Apalah nasib. Sampai perkahwinan pun
mak nak aturkan. Padahal aku ni masih muda. Dan untuk kesekian kalinya aku
melepaskan keluhan berat.
Aku
mengatur langkah perlahan. Fikiranku kosong. Sekosong hatiku. Sunyi. Sunyi
tanpa senda gurauannya. Ya! Aku harus akui. Aku sangat rindukan Abang Hafiz. Rindu
untuk melihat senyumannya. Rindu untuki mendengar tawa mesranya, rindu untuk
menatap wajahnya. Ah! Kusut benar fikiran aku. Ya ALLAH hanya ENGKAUlah yang
mengetahui betapa aku merindui Abang Hafiz. Sesungguhnya sehari tanpa
gurauannya membuatkan hidupku nanar. Aku pohon ya ALLAH, pertemukanlah aku
dengannya semula. Aku ingin sekali memohon maaf atas sikapku kepadanya. Aku
cuba untuk membuang perasaan bersalahku dengan menatap keindahan ciptaan-NYA.
Haih!
Betapa indahnya ciptaan ALLAH. Aku mengucap syukur kerana dikurniakan pancaindera untuk melihat
keindahan ciptaan-NYA ini.
Dari
atas jambatan yang sedang aku lalui ini, aku dapat melihat pelbagai ragam
manusia. Ada yang sedang asyik bergambar. Ada yang sedang seronok
bermandi-manda. Ada yang berjalan di pesisir pantai. Ada yang sedang
berpelukan. Erk? Macam-macam hal la. Lantaklah. Yang penting aku tak kacau
mereka. Aku melilau mata memandang keindahan alam yang terbentang luas di
hadapanku.
Terasa
tenang hatiku saat mendengar deruan ombak yang memukul pantai. Tiba-tiba ketenanganku
terganggu saat disapa seseorang.
“Ary
buat apa dekat sini?” Spontan aku menoleh pada empunya suara. Tergamam seketika
saat mataku menatap wajah Abang Hafiz. Kenapa begini? Apa yang sudah berlaku?
Kenapa aku lihat wajahnya seperti tidak bermaya? Tampak cengkung sekali. Dia
sakitkah? Terlalu banyak soalan yang berlegar di mindaku. Namun tiada satu pun
yang terkeluar dari bibir.
“A…
Abang Hafiz…” hanya itu yang keluar dari ulas bibirku. Suaraku bergetar.
Sesungguhnya Abang Hafiz seperti memahami apa yang bermain di fikiranku.
Sebentar tadi, aku memohon pada Yang Maha Kuasa agar mempertemukan aku dengan
Abang Hafiz semula. Dan kini… orangnya sudah berdiri dihadapanku. Masya-ALLAH
betapa indahnya rancangan ALLAH. Terima kasih ya ALLAH. Kerana telah memakbulkan
doaku.
“Ary
sihat?” Aku jawab soalan Abang Hafiz dengan anggukan cuma. Aku tak tahu kenapa.
Aku merasa hidupku yang suram telah kembali bercahaya.. Anehnya perasaan.
Seoalh-olah kehadirannya begitu aku dambakan. Adakah… erk? Cinta? Aku? Cintakan
Abang Hafiz? Eh! Tak mungkinlah. Habis tu aku cintakan siapa? Haziq? Oh! No…
lagilah salah. Heh!
“Ke…
kenapa Ary nampak abang macam tak bermaya je. Abang tak sihat ke?”
Abang
Hafiz hanya tersenyum. Tangannya diselukkan ke dalam poket. Tampak kacak
wajahnya biarpun agak kurus berbanding sebelum ini. Abang Hafiz berdiri di
sebelahku. Rapat. Sehinggakan bau perfume yang dipakainya menusuk rongga hidungku.
Aku
suka sangat dengan haruman minyak wanginya. Baunya agak lembut dan tak terlalu
keras.
Aku mencuri pandang wajah Abang Hafiz. Kenapa ni? Kenapa dia diam je ni?
Ish! Kekoklah aku. Biasanya ada je benda yang dia nak sakat aku. Haih! Tak
boleh jadi ni. Bosanlah kalau duduk diam je.
“Err…
abang sihat? Kenapa kurus sangat sekarang ni? Err… A… Ary nak minta maaf sebab
marah abang hari tu. Ary…” pantas Abang Hafiz mencaras kata-kataku.
“Abang
dah lama maafkan. Lagipun Ary tak ada buat salah apa pun. Maaflah andainya
sikap abang melukakan hati Ary. Abang kurus eh? Sebelum ni abang gemuk ke?
Risau juga ya Ary tentang abang.” Aku ketawa kecil mendengar kata-katanya.
Namun tawaku mati saat dia merenungku tajam.
Gurlp!
Dah kenapa pula Abang Hafiz pandang aku macam tu? Haih! Aku melarikan pandangan
ke arah laut. Ketenangan ombak di hadapanku ini, tidak mampu lagi untuk menenangkan
hatiku. Berdetak kencang jantungku saat direnung sebegitu.
“I miss you so much Ary. I miss everything about you. About your smile, your laughing, your eye.
Selama sebulan kita tak berhubung abang rasa terseksa sangat. Abang rindukan
Ary. Abang rindukan senda gurau Ary. I
miss my lo… I mean my sister,”
luah Abang Hafiz dengan telus. Aku menoleh padanya. Aku melihat wajahnya yang
suram. Hatiku turut merasa sayu melihat air mata yang bergenang di tubir
matanya.
My lo…
my what? Don’t say Abang Hafiz nak sebut my
love. Ohmai… tak mungkin. Sangat mustahil. Apalah kau ni Ziqa. Banyak
sangat baca novel agaknya.
“I miss you too. Abang tak tahu macam
mana perasaan Ary. Ary rasa sakit sangat. Ary rindukan abang. Selama ni hanya
Abang Hafiz yang memahami Ary. Tapi… bila abang pun suruh Ary terima cadangan
mak, Ary jadi bengang. Ary sakit hati. Maafkan Ary ya Abang Hafiz,” pintaku
padanya. Abang Hafiz mengukir senyum. Ah! Bertambah lagi markah buat Abang
Hafiz. He he… ketampanannya terserlah saat dia meloretkan senyuman.
“Maafkan
abang juga. Err… sebenarnya minggu depan abang kena balik Indonesia dah. Abang
tak boleh lama dekat sini. Sebab abang dah nak habis belajar. Tinggal satu
semester je lagi. Lepas ni In shaa ALLAH abang ingat nak kerja dekat Kuala
Lumpur je. Tak pun dekat Kuantan. Dekat sikit dengan Ary. Sekurang-kurangnya
Ary tak jauh dari abang.”
Erk?
Apakah maksud Abang Hafiz eh? Sekurang-kurangnya aku dekat dengan dia? Tak
fahamlah aku. Abang Hafiz ni tahulah belajar bidang perundangan. Tapi takkan la
dengan aku pun cakap berkias. Ha ha…
Dan
petang itu menjadi petang yang sangat mengindahkan. Akhirnya abang yang aku
sayangi telahpun kembali pada aku. Ish! Klise benor aku cakap macam tu kan? Maksud aku abang yang aku sayangi
kini sudahpun mampu membuatkan hari-hariku ceria seperti sedia kala.
Alhamdulillah.
P/S= HOPE TERHIBURLAH YA HEEEE ^_^
1 comment:
xsesuai la. sebab ziqa gadis yg bertudung :)
Post a Comment