IZZAT IZZATI PART 6















FAZURA berang apabila dia tidak dapat menghubungi Tiara. Entah dimana sahabatnya itu juga dia tidak tahu. Dia mencampakkan segala barang yang berada diatas meja soleknya.

“Arghhh! Sial. Mana kau menyorok ha Tiara? Aku suruh kau beli pisau bukannya pergi jahanamkan diri kau.” Berang Fazura lalu dia cuba sekali lagi untuk menghubungi nombor telefon Tiara. Namun panggilannya hanya masuk ke peti suara.

“ Aku akan cari kau Tiara. Kalau kau bocorkan rahsia aku, tahu la apa yang akan aku lakukan. Kau 
tengoklah nanti,” ujar Fazura sambil mengepal penumbuknya.

“ Argh!” Fazura mencampakkan bantal dan juga selimutnya ke arah pintu bilik.

Mana kau nak lari Tiara? Aku takkan biarkan kau khianat aku. Kau tunggulah nasib kau. Peduli apa dengan title kawan. Huh! Bencilah. Izzat pun satu. Apa la yang bagus sangat pada minah kampung tu? Bukannya cantik sangat pun. Ah! Izzati kau tunggu pembalasan aku. Izzat milik aku. Bukan milik kau atau sesiapa pun. Kalau aku tak dapat Izzat orang lain juga tak kan dapat izzat. Bisik hati kecil Fazura.

Fazura cuba untuk menghubungi Tiara lagi. Namun sekali lagi dia gagal untuk menghubungi Tiara. Perasaan marah, geram, benci mula bergaul menjadi satu. Dia mula memikirkan perkara yang tidak-tidak.

“ Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya. Rasulullah saw pun menceritakan dari Rabbnya yang berfirman: CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling mencintai keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling tolong-menolong keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naunganNya." [HR Ahmad]

IZZAT merenung wajah Izzati yang sedang menonton televisyen itu. Saat mata mereka bertentangan, hatinya bergetar hebat. Seakan mahu terkeluar jantungnya apabila Izzati mengukir senyum padanya. Dia menelan liur yang terasa kesat.

‘ Ya ALLAH, kuatkanlah imanku yang sedikit goyah ini. Zaty ni pun duk senyum-senyum, tak tahu ke yang aku ni pantang tengok senyuman dia? Cair hati aku ni. Ah! Baik aku pergi borak dengan ayah dan bakal mak mertua. He he,’ omel Izzat lalu tersengih nakal.

“ Ayah, mama, mak cik bincang apa ni? Serius je muka masing-masing?” tanya Izzat lalu melabuhkan punggung di sisi ayahnya.

“ Ha Izzat. Bincang apa lagi. Tentang pertunangan kamu dengan Zaty la. Sekarang ni kamu berdua masih dalam cuti semester bukan? Ayah rasa tak perlulah tunggu lama sangat. Dalam minggu depan kamu berdua bertunang. Lepas saja Zaty tamat belajar dan dah dapat kerja yang stabil kamu berdua menikahlah,” kata Ustaz Fahmi lalu menepuk lembut paha Izzat.

Izzati yang baru sahaja melangkah ke ruang balkoni itu sedikit terperanjat. Lalu dia menatap wajah ibunya untuk memohon penjelasan.

“ Ibu, betul ke apa yang Zaty dengar tadi?”

Serentak mereka menoleh ke arah Izzati yang sedang berdiri di kerusi yang sedang Puan Mazlina duduk itu. Ustazah Zahrah tersenyum. Lantas ditarinya tangan Izzati agar duduk di sebelahnya.

“ Zaty, mama bukan apa. Mama sebenarnya nak elakkan dari berlakunya zina dan maksiat. Mama percaya pada kamu, tapi mama tak percaya pada Izz. Dia tu nakal sikit,” seloroh Ustazah Zahrah. Izzati tersenyum apabila Izzat menjengilkan matanya.

“ Baiklah, kalau itu kata mama. Ibu setuju ke?” soal Izzati sambil memandang wajah ibunya.

“ Ibu ikut saja. Lagi pun betul kata Ustazah Zahrah tu. Dah besar anak ibu ni. Kalau macam tu ibu ingat nak jahit baju untuk pertunangan kamu.”

Izzati tersenyum bahagia. Dia mengucap syukur kerana cintanya kepada Izzat direstui ALLAH dan keluarga mereka.

“ Okey bu.” Balas Izzati ringkas. Tiba-tiba hatinya merasa berdebar menantikan saat penyatuan itu.

“ Tak sabarnya Izz. Alhamdulillah akhirnya Izz jumpa gadis yang mencuri hati Izz,” ujar Izzat selamba.

“ Ei, tak malu.” Izzati mengusik Izzat membuatkan wajah jejaka itu merona merah.

Izzat tersenyum sahaja. Hatinya berbunga ceria kerana gadis yang di impikan bakal menjadi sebahagian dari hidupnya.

AKHIRNYA majlis pertunangan antara dua hati itu berlangsung juga. Izzat mengucap syukur pada ALLAH kerana diberi kesempatan untuk mengenal dan juga hidup di samping gadis yang dicintainya. Izzat hanya menunggu di kawasan luar rumah. Majlis berjalan dengan lancar sekali. Dia gembira kerana sahabatnya Firdaus turut hadir pada hari itu.

“ Tahniah bro. Akhirnya dah bertunang kawan aku ni.” tutur Firdaus seraya memaut bahu Izzat.

“ Terima kasih Daus. Dan maaf juga sebab aku salah faham pada kau. Aku betul-betul teruk kan? Dengan kawan baik pun cemburu,” kata Izzat lantas ketawa di hujung katanya. Firdaus juga ketawa apabila mengingat kembali kejadian itu.

No biggie la bro. Aku faham,” ujar Firdaus ringkas.

Sementara itu di dalam rumah gamat dengan suara sanak saudara Izzati. Izzati tersenyum apabila lensa kamera merakam wajahnya di saat bahagia itu. Dia turut merakamkan gambar bersama akan baiknya Salwa, Nina dan juga Liana.

Usai sahaja majlis Izzati menarik tangan sahabatnya agar mengingukinya masuk ke dalam biliknya.

“ Tahniah beb. Kau memang cantik Zaty. Tak sangka kan hubungan kau orang ni berakhir dengan pertunangan. Dulu kemain lagi benci,” usik Liana sambil menyiku lengan Izzati.

“ Lepas ni kahwin la kawan kita ni ya,” sakat Amanina pula.

Izzati tersipu malu dengan usikan sahabat-sahabatnya itu. Mukanya bagaikan disimbah darah. Panas berbahang dek perasaan malu yang tidak dapat di kawal.

“ Tinggallah kita bertiga saja yang membujang.” Salwa mengekek ketawa apabila lengannya menjadi mangsa cubitan Izzati.

“ Dah la. Janganlah usik aku lagi. Berdebar sangat tau. Cantikkan cincin ni?” Izzati mengunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.

“ Mestilah cantik, abang sayang yang bagi kan.” Liana masih giat menyakat Izzati membuatkan sahabatnya itu  mengukir senyum bahagia.

Tok! Tok!

Gelak tawa mereka terhenti serta merta apabila pintu diketuk berkali-kali. Izzati memulas tombol pintu. Melihatkan wajah ibunya yang muncul dia ukir senyum.

“ Kenapa duduk dalam bilik ni? Pergilah layan Ustazah Zahrah tu. Ibu suruh mereka makan, tapi mereka tak mahu. Kamu pergi pujuk mereka makan ya. Izzat pun ada dekat luar,” kata Puan Mazlina dengan lembut.

“ Izz pun ada?” soal Izzati teruja.

“ Iya. Ada dekat luar tu. Pergi cepat.” Arah Puan Mazlina. Dia tersenyum pada sahabat anaknya itu.

“ Mama, ayah marilah makan. Izz mana?” soal Izzati setelah menyalam Ustazah Zahrah.

“ Ada di luar dengan Firdaus. Zaty pergilah ajak Izz dan Daus makan,” arah Ustazah Zahrah sambil tangan mencedok lauk pauk ke dalam pinggan.

“ Awak jomlah masuk Takkan nak berdiri je kat luar,” ajak Izzati lantas mengerling sekilas pada wajah Izzat.

“ Izz, cik tunang dah ajak makan tu. Jomlah. Aku laparlah,” usik Firdaus selamba. Merona merah wajah Izzati mendengar perkataan cik tunang itu.

“ Ah! Kau ni tahu lapar je. Badan cekeding. Tapi makan kuat,” perli Izzat selamba lantas ketawa mengekek melihat wajah Firdaus yang menahan marah itu.

“ Awak ni tak baik cakap macam tu tau. Kesian Abang Daus.” Pantas Izzat menoleh pada Izzati saat telinganya mendengar gadis itu memebla sahabatnya. Apatah lagi mendengar perkataan ‘abang’. Sungguh menyengat hatinya saat itu.

“ Tak payah nak abang-abang sangatlah. Saya ni yang layak awak panggil abang tau!”

Izzati mencebik bibir mendengar kata-kata tunangnya. Menyampah betul. Dengan kawan sendiri pun nak cemburu. Heh! Apa?Izzat cemburu? Dengan Daus? Tak mungkinlah. Tapi… ah! Biarkanlah. Pening kepala otak aku.

“ Aik? Takkan Zaty panggil aku abang kau nak cemburu kot? He he… kau ni kadang-kadang aku tengok macam takde perasaan tau,” kutuk Firdaus selamba lalu terus saja mengatur langkah ke meja buffet untuk mengambil makanan. Perutnya sudah berkeroncong saat melihat hidangan ayam golek di dalam Domb Tray Buffet itu.

“ Eheem- eheem.” Liana berdehem seraya berdiri di sebelah Firdaus.

Firdaus tersenyum pada Liana, Salwa serta Amanina.

“ Eh, korang dah makan? Jangan tunggu Zaty. Meh kita makan sama-sama,” ajak Firdaus seraya menghulur pinggan pada tiga sahabat itu.

“ Terima kasih ya Abang Daus. Err… kawan abang tu dah tunang. Abang bila pula?” Terhenti pergerakan tangan Firdaus yang sedang mencedok gulai daging itu. Terasa bagaikan disindir saja. Dia tersenyum lantas membalas soalan Liana itu.

“ Insya ALLAH kalau ada jodoh. Abang tengah tunggu puteri kayangan sebenarnya,” ujar Firdaus bersahaja. Segera dia menuju ke meja kosong apabila sudah selesai mencedok segala makanan yang di inginkan.

“Ceh, tinggi betul cita rasa Abang Daus,” omel Amanina sambil menghayun langkah ke meja yang diduduki Firdaus.

“Gadis yang macam mana Abang Daus suka eh?” risik Salwa seraya melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Firdaus.

Firdaus diam sejenak. Matanya menyorot pada kelibat Izzati yang sedang asyik berbual di meja sebelah. Bagaikan ada tarikan magnet. Matanya langsung tidak bekalih dari merenung wajah Izzati.

Dalam diam dia memuji kecantikan wajah Izzati. Biarpun hanya dirias sederhana, wajahnya tetap tampak cantik. Bahkan make-up yang terpalit di wajahnya begitu menggugat imannya. Namun memikirkan Izzati yang sudah bergelar tunangan orang cepat-cepat dia membuang jauh perasaan yang hadir ke dalam hati. Salwa, Liana serta Amanina yang menyedari arah mata Firdaus mula hairan. Lantas mereka menyorot mata mengikut arah anak mata Firdaus.

Liana terkedu. Salwa dan Amanina berbalas pandangan. Masing-masing sibuk melayani perasaan.

‘Selama ni Abang Daus sukakan Zati ke? Ish! Tapi… tak mungkinlah,’ sangkal Salwa di dalam hati.

Izzati yang terasa seperti diperhatikan menoleh ke arah belakang. Saat matanya berpapasan dengan sepasang mata redup Firdaus dia melemparkan senyuman manis. Firdaus terpana demi sajaha melihat senyuman yang menghiasi bibir Izzati. Segera dia membalas senyuman Izzati. Biarlah hatinya terluka. Kerana dia yakin sememangnya jodohnya bukanlah dengan Izzati. Dia berisghfar di dalam hati. Cuba melenyapkan bayangan wajah Izzati. Dia cuba berbual dengan tiga gadis yang sedang duduk semeja dengannya itu.

“Err… tadi Salwa ada cakap sesuatu ke?” tanya Firdaus seraya mata cuba fokus pada Salwa, Liana dan juga Amanina.

“Erm, tadi Salwa tanya ciri-ciri gadis idaman abang macam mana?”

“Oh.” Membulat mulut Firdaus saat perkataan ‘oh’ terpacul dari ulas bibir.

“Abang sendiri pun tak tahu gadis yang macam mana. Tapi… abang sangat idamkan gadis yang mampu buatkan abang tersenyum. Terima abang seadanya. Hormat orang tua. Dan abang rasa ciri-ciri tu ada pada seseorang. Tapi… sayang dia dah jadi milik orang,” ujar Firdaus perlahan. Dia menguis nasi di dalam pinggan. Seleranya mati apabila melihat kemesraan sahabatnya itu.

‘Ah! Aku tak boleh begini. Izzati bukan untukku,’ desis hati kecil Firdaus.

“Ala Abang Daus jangan bersedih. Bunga bukannya sekuntum. Masih banyak lagi bunga yang mekar di taman. Cuma Abang Daus saja yang tak pernah melihat.” Liana berkias akan niat hatinya. Sejujurnya dia sangat menyenangi sikap Firdaus. Bahkan bukan sekadar menyenangi, malah perasaannya juga kian bercambah dari hari ke hari. Ingin saja dia meluahkan isi hatinya, namun bimbang akan reaksi dari Firdaus yang mungkin menghampakan hati.

“Siapalah nak abang ni Liana. Dah la tak berharta, rupa pula biasa-biasa saja.”

“Tak baik abang merendah diri macam tu. Rupa abang okey saja. Ada iras wajah pelakon Indonesia lagi. Kalau kaya harta pun tak guna andai hati kotor,” ujar Salwa penuh makna tersirat.

“Tapi… orang yang abang sayang tu dia… dia dah jadi milik orang. Mungkin susah untuk abang jumpa gadis seperti dia lagi.”

“Eh, dah siap makan kan? Jom, kita bergambar dengan Zaty.” Amanina mengalih topik apabila melihat riak mendung yang terukir di wajah Firdaus.

Salwa bangkit lantas membuntuti langkah Amanina. Sementara Liana masih duduk memerhatikan tingkah sahabat-sahabatnya dari jauh. Firdaus yang tidak selesa dengan keadaan sunyi itu cuba menghidupkan suasana.

“Err… macam mana pelajaran Liana? Okey ke setakat ni?” soal Firdaus prihatin.

“Ha? Err… o… okey je,” jawab Liana sedikit gugup.

Firdaus tersenyum saat mendengar nada suara Liana. Terasa comel pada pendengarannya.

“Liana kenapa ni? Gugup je. Macamlah tak biasa berborak dengan abang.”

‘Aduh! Abang Daus ni… bercakap tu lembut je. Goyah iman aku yang tak berapa kuat ni. Haih! Tak boleh jadi ni. Baik aku cepat-cepat blah dari sini,’ omel Liana di dalam hati.

“Eh, nak pergi mana tu? Janganlah tinggal abang seoarang kat sini.”

“Ha? Err… Liana nak tangkap gambar dengan Zaty.”

“Oh, jomlah. Kita jalan sekali. Abang pun nak bertegur dengan Zaty.”