asslamualaikum lama xupdate kat sini kan? heee +Nurul Akira Abd.Rahman +Balqis Cun +Naressa +baby mio +thanusya shanmuganathan +Isma Adeliya jemput baca semua
========================================================
NURUL AKIRA
meramas rambutnya. Fikirannya berserabut dengan desakan orang tuanya yang ingin
melihat dia menamatkan zaman bujangnya. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.
“Weh!
Kau ni kenapa? Muka kau tu dah macam mak cik jual ikan kat pasar tu ha. Dah
berkedut,” sindir Wawa selamba lantas meneguk air mineral.
“Amboi…
kau sedapnya mengata aku. Aku bukan apa Wa. Mak aku tu ha sibuk nak suruh aku
pergi jumpa dengan anak Tan Sri la. Anak Dato la. Dah terdesak nak timang
menantu gamaknya,” adu Akira dengan wajah masam mencuka. Wawa ketawa mengekek.
“Oh!
Pasal tu ke? Ingatkan pasal kau kalah tadi,” ujar Wawa mengenai permainan Squash yang baru saja selesai. Akira
menjulingkan mata apabila diperli sahabatnya.
“Aku
tak tahu nak cakap apa lagi. Mak aku tu mendesak sangat. Mak dan ayah kau tak
bising ke kau sampai sekarang tak kahwin?” soal Akira tiba-tiba.
“Aku?
Erm… tiap-tiap hari mak aku tanya. Tapi aku buat tak tahu je. Malas nak cakap apa.
Nanti alih-alih aku juga yang kena bebel. Bukan kau tak kenal mak aku. Heee…”
“Jomlah
kita beransur. Perut aku dah lapar gila ni,” ujar Akira lantas mengambil raket
lalu diletakkan di dalam Squash Bags.
“Siapa
nak belanja makan ni?” Serentak Wawa dan Akira menyoal.
“Aku
dah belanja game tadi. Sekarang kau
belanja makanlah. Boleh Wawa sayang?” Wawa menjulingkan mata ke atas.
“Baiklah
tuan puteri,” balas Wawa dengan memek muka geram.
WAWA
menekan punat kereta. Setelah itu Akira meletakkan Squash Bags di dalam bonet. Wawa memandu dalam keadaan tenang.
Mereka memilih untuk makan di Cinnamon Box- KL Festival City.
“Bagi
saya Nasi Pandan Sambal Udang dan Air sirap bandung,” ujar Wawa lantas
memulangkan kad menu pada pelayan restoran.
“Saya…
bagi cucur ikan bilis jelah. Air ice
lemon tea. Terima kasih,” usai Akira memesan pelayan tersebut berlalu
meninggalkan mereka.
“Kau
ni nak diet ke apa Ira?” soal Wawa
dengan wajah berkerut.
“Kenapa?
Salah ke aku makan cucur je? Aku nak jaga badan. Mak aku sekarang ni bising…
kata badan aku makin tembam,” dengus Akira lantas dia mengesat peluh yang
merenik di dahi.
“Macam-macamlah
mak kau. Heee. Tengok aku ni ha. Makan apa pun badan tetap maintain,” ujar Wawa dengan wajah bangga. Akira mula merasa
bagaikan diperli lantas dia mencapai tuala di tangan kemudian dibaling tepat ke
wajah Wawa.
“Kau
tu kurus melidi. Memanglah maintain.
Aku ni je makan banyak mula la bertambah berat badan aku.”
Wawa
hanya tersengih mendengar bebelan Akira. Akira mencebik melihat Wawa tersengih
bagai kerang busuk itu.
“Terima
kasih,” ucap Wawa pada pelayan yang menghantar pesanannya.
Suasana
bungkam antara mereka. Baik Wawa mahupun Akira masing-masing diam seribu
bahasa. Usai saja selesai makan Wawa berjalan menuju ke kaunter. Sementara
Akira menyambung membaca novel.
“Ira,
jom balik.” Akira hanya menurut langkah Wawa tanpa membantah.
AKIRA
mengetap bibir saat lagu Wali Band- Cari Jodoh berdentum di dalam kereta Wawa.
Baru saja dia ingin menukar saluran radio tiba-tiba Wawa menghalangnya.
“Biarlah
lagu ni. Best apa?” Akira menarik muncung.
“Aku
rasa macam lagu ni sindir aku je. Mentang-mentang la aku ni still single. Heh!” rungut Akira lantas
membuang pandang ke luar tingkap.
“Woi,
mak cik. Kau ingat kau seorang je yang single?
Habis aku ni dah beranak pinak ke?” perli Wawa terhadap sahabatnya itu.
Akira
hanya berdiam sahaja. Malas nak berbahas dengan sahabatnya. Bukan dia tak kenal
sikap Wawa yang sememangnya tidak mahu mengalah itu. Hu hu…
Kampung
Baru, Kuala Lumpur
“HA, Akira kamu dah jumpa calon ke
belum?” sapa Mak Cik Maznah sebaik saja terlihat kelibat anak tunggalnya itu.
“Mak
boleh tak tanya soalan tu esok-esok je? Akira penatlah mak,” ujar Akira
selamba. Dia meletakkan Squash Bags disisi
sofa. Lantas dia membaringkan tubuhnya.
“Kalau
kamu belum ada sesiapa… biar mak je yang carikan calon untuk kamu.” Akira yang
baru hendak melelapkan mata terus saja bangun dari pembaringan. Bibirnya
terketar-ketar seperti ingin berkata sesuatu.
“M…
mak janganlah. Buat malu je zaman serba canggih ni ibu bapa yang carikan jodoh.
Ma… macamlah anak mak ni tak laku,” ujar Akira tidak puas hati. Duduknya
ditegakkan.
“Habis,
kalau sepuluh orang lelaki datang meminang kamu… semuanya kamu tolak bilanya
kamu nak kahwin? Mak ni bukannya makin muda.” Pedas ayat yang keluar dari bibir
Mak Cik Maznah. Akira memicit pelipisnya. Terasa benak otaknya hari-hari disoal
tentang ‘kahwin’.
“Mak,
Ira tak ada niat nak tolak mereka semua. Tapi kalau yang datang meminang tu
semua dah tua, perut boroi euww!! Tak sangguplah Ira.” Akira cuba memberi alasan.
Tiba-tiba
Mak Cik Maznah ketawa mendengar ayat terakhir anak gadisnya itu. Akira
mengerutkan dahi hairan.
Kena
sampuk ke apa mak aku ni? Tiba-tiba gelak. Kalah Pontianak mengilai ni. He he…
selamba saja Akira mengutuk ibunya di dalam hati.
“Kamu
kata boroi ingat pula mak tadi, Pak Mail selang dua rumah tu ha…” pantas Akira
mencaras kata ibunya.
“Kenapa
mak? Mak jangan cakap yang Pak Mail tu masuk minang Ira? Haih! Tak sanggup la.
Anak Pak Mail tu kan sebaya dengan Ira.” Akira menggeleng kepala laju. Nak termuntah
pula apabila membayangkan lelaki yang berkumis tebal, perut boroi serta miang
keladi itu. Nak pula umur hampir sebaya je dengan ibunya. Sudahlah gigi pun
tiada. Haih! Naik meremang bulu roma dengan hanya membayangkannya. Heeee…
“Kamu
ni dengarlah dulu.” Bidas Mak Cik Maznah. Akira hanya tersengih dimarahi
ibunya.
“Pak
Mail kamu tu kata ada kawan dia ni tengah mencari jodoh untuk anaknya. Dia
cadangkan kamu. Tapi… mak tak bagi kata putus lagi. Takutlah kalau kamu menolak
lagi kan?” Akira tersenyum kambing apabila terasa disindir oleh si ibu.
“Mak,
soal jodoh biarlah Akira saja yang cari. Bukannya apa, takutlah jadi macam Kak
Piah tu. Bercerai-berai. Keluarga yang aturkan perkahwinan mereka.” Akira cuba
berlembut. Sengaja dia bicara soal Kak Piah jiran sebelah rumahnya yang
berkahwin hanya bertahan 6 bulan saja.
“Jodoh,
ajal, maut semuanya di tangan ALLAH nak. Kamu tak boleh nak pertikaikan tentang
tu. Dah tertulis di Loh Mahfuz, jodoh Piah dengan Amzah setakat itu saje. Kamu
tengok mak dengan ayah. Kekal sampai sekarang. Kami kahwin pun atas pilihan
keluarga juga,” lembut suara Mak Cik Maznah memujuk anaknya.
“Betul
kata mak kamu. Ira bukannya makin muda. Kami ni susah hati tengok kamu masih
membujang. Kawan-kawan kamu semuanya dah beranak pinak. Hanya kamu dan Wawa
saja yang belum berumah tangga,” sampuk si ayah lantas melabuh punggung di sisi
Akira.
Sesungguhnya
dia risau memikirkan anak daranya yang masih membujang. Namun dia juga tidak
tega melihat si isteri yang asyik mendesak soal kahwin itu. Haih! Kini dia
bagaikan di persimpangan saja. Sukar untuk buat pilihan.
Akira
menarik muncung. Lantas dia membaringkan tubuh. Kepalanya diletakkan diatas
riba ayahnya. Akira sememangnya manja dengan ibu bapanya. Maklumlah anak
tunggal.
“Ayah,
mak, Ira bukannya apa… tapi Ira err…” terhenti kata-kata Akira melihat wajah
mendung ibunya.
“Biarlah
masa saje yang menentukan segalanya. Lagipun Ira sukakan seseorang,” Akira
menggigit bibir apabila kata-kata bohong itu meluncur di bibirnya. Serta merta
Mak Cik Maznah meloret senyum manis.
“Kalau
macam tu bawalah jumpa dengan mak dan ayah,” desak Mak Cik Maznah.
“Ish!
Awak ni Maznah. Tak menyempat tu kenapa? Kot ya pun bagilah Ira ni masa. Tak
kan main tangkap muat je kan?” Mak Cik Maznah menarik muncung apabila disindir
suaminya. Akira menahan senyum.
“Mak,
ayah Ira masuk bilik dululah. Badan ni dah melekit sangat. Heee…” Segera Akira
meminta diri sebelum bom atom ibunya meletop. Hu hu…
“Abang
ni, kalau saya tak desak dia sampai ke sudah dia tak kahwin. Bulan lepas saja
dah berapa kali pinangan yang anak awak tolak,” dengus Mak Cik Maznah geram.
“Abang
tahu. Awak tu aje yang tak faham. Kalau yang meminangnya muda belia tak apalah
juga. Ini saya tengok… kubur kata mari,
rumah kata pergi pun masih tak sedar diri. Takkanlah awak sanggup tengok masa depan
anak awak tu hancur? Sudah! Sekarang saya tak mahu dengar lagi soal ni.
Serahkan saje pada Yang Maha Kuasa. DIA lebih mengetahui,” nasihat Pak Cik
Hanifah.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
“ISH! Time ni la nak kredit nak habis bagai. Ei! Geramnya aku! Huh! Akira
sabar. Kau kan gadis melayu terakhir. He he…” Akira ketawa di hujung katanya
sembari tangannya mengibas-ngibas muka. Cuaca pagi itu sangat terik. Kulitnya
yang putih bersih itu bertukar kemerahan akibat terkena cahaya matahari.
Akira
mengatur langkah untuk ke salah satu kedai telekomunikasi yang berdekatan dari
tempat dia berdiri.
Sesampai
saja disitu lidahnya kelu apabila melihat seorang jejaka tampan yang sedang
memakai uniform berwarna merah. Dia menelek setiap inci wajah jejaka itu.
Kacaknya dia. Pujinya dalam diam.
“Ya
cik, boleh saya bantu?” Akira kembali ke alam nyata apabila disapa jejaka itu.
“Err…
bagi saya topup digi Rm30.00.”
“Ini
dia cik. Ada apa-apa lagi?” Akira merasa seakan hatinya terpaut dengan
keperibadian jejaka di hadapannya.
“Cik,
cik. Are you okay?”
“Haa?
Err okay. Terima kasih. Nah ni duitnya.” Jejaka itu menyambut sekeping not 50
lantas memulangkan bakinya pada Akira.
“Terima
kasih ya cik,” ucap jejaka itu telus.
Akira
berpaling sekali lagi melihat wajah jejaka itu. Entah mengapa hatinya bagaikan
terpaut pada raut wajah itu. Haih! Takkan aku dah sukakan dia kot? Ish! Tak
mungkinlah. Akira cuba menafikan perasaan yang bercambah di dalam hatinya.
Setelah
menggores, Akira memasukkan nombor tersebut mengikut langkah seperti yang
tertera pada kad tambah nilai itu. Setelah selesai dia mendail nombor telefon
Wawa. Sesaat, dua saat panggilannya tidak berangkat.
“Mana
pula Wawa ni? Aduh! Geramnya aku.” Omel Akira lantas dia mendail sekali lagi.
“Assalamualaikum
Nurul Akira. Kenapa?” sapa Wawa lantas terus saja menyoal hajat sahabatnya itu.
“Nak
apa kau tanya? Cuba kau tengok jam dekat rumah kau tu!” Arah Akira sambil
menahan rasa amarahnya. Wawa menekup bibir kerana tahu kesalahannya itu.
“Beb!
Sorry. Semalam aku tak boleh tidur.
Lepas subuh barulah mata aku nak lelap. Hu hu… Kau kat mana? Dah sampai salun
ke?” Akira mencebik mendengar alasan Wawa. Baginya sahabatnya itu sengaja mahu
menaikkan kemarahannya.
“Aku
dah sampai salun pun. Aku naik teksi. Kau datang cepat. Hari ni Mona cuti.
Lagipun… aku ada benda penting nak cakap dengan kau.”
Berkerut
hebat dahi Wawa mendengar ayat terakhir sahabatnya. Dah kenapa pula mak cik ni?
Ni mesti tentang mak dia nak cari calon la tu. Heee… Wawa meneka di dalam hati.
“Erm…
bagi aku masa. Nak mandi lagi ni. Maklumlah terlajak tidur. Heee…”
“Kau
tu memang Wa. Cepat sikit. Ramai orang ni,” gesa Akira. Bukannya dia tak tahu,
Wawa kalau bersiap mengalahkan artis. Padahal bukannya make-up pun. Hu hu…
Setengah
jam kemudian…
“MAAF, jalan jammed,” ujar Wawa selamba. Akira yang sudah masak akan sikap
sahabatnya itu hanya menjeling geram.
“Tu
kau uruskan mak Datin cerewet tu. Geram aku. Semua yang aku buat semuanya tak
kena,” rungut Akira lantas menggesa agar Wawa menyelesaikan masalah tersebut.
“Ya
Datin. Nak buat treatment apa? Nak
buat rawatan muka saja ke atau keseluruhan?” tanya Wawa dengan penuh kelembutan
serta santun. Ceh over pula. He he…
“I
nak buat keseluruhanlah. Pandai you layan pelanggan. Tak macam budak perempuan
tadi tu. Kasar je,” dengus Datin Shafinaz akan sikap Akira. Wawa tersenyum
tawar.
Antara
mereka memang Akira agak kasar sedikit. Namun luaran saja nampak kasar, hati di
dalam sensitif bebenor. Setelah
pelanggan berkurangan Wawa mengambil masa untuk berehat seminit dua.
“Woi!
Sesedap rasa je kau nak lelap,” leter
Akira berang melihat Wawa yang sedang mencuri tulang itu. Hu hu…
“Maaf…
Aku tak sengaja,” ujar Wawa seraya meraup muka beberapa kali.
“Haih!
Kau ni dah kenapa? Ada masalah ke?” Wawa membetulkan duduknya menghadap Akira.
Semalam Akira mengadu tentang ibunya yang hendak menjodohkan dia. Tetapi malam
semalam perkara itu pula yang terjadi padanya. Adeh!
“Beb!
Kalau aku cerita kau jangan gelak pula.” Wawa memberi amaran. Akira sekadar
tersenyum tanda ‘ya’.
Lama
Wawa berjeda sebelum menyambung kembali katanya.
“Semalam
mama aku tunjukkan beberapa gambar…”
“Gambar
apa? Calon menantu ke?” terus saja Akira menebak. Wawa mengganguk kepala berat.
“Haih!
Mak aku kata budak tu baik. Anak yang taat. Entahlah. Kepala aku ni dah
serabut. Bukan seorang, tapi tiga orang sekaligus mama aku nak kenalkan,”
sungut Wawa seraya menarik muncung.
“Biar
betul? Kali ni anak Dato mana pula? Ke
anak Tan Sri?”
Wawa
mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia menggaru kepala yang ditutupi tudung.
“Calon
yang pertama sepupu aku yang duduk kat Korea. Calon kedua. Ha, yang ni aku tak
suka tau. Dahlah nerd, pakaian dia masya-ALLAH selekeh. Heh! Kau pun tahu kan cita
rasa aku macam mana?” tutur Wawa dengan memek mukanya sekali. Akira menahan
tawa. Terasa hatinya bagai digeletek.
“Kau
jangan kutuk lelebih. Manalah tahu
nanti yang itu juga jodoh kau,” usik Akira seraya menghambur tawa yang ditahan
sedari tadi.
Hampeh
punya kawan. Time kau mengadu aku dengar
je. Takde pun aku nak kutuk kau.
Haih! Geramnya aku! Detik Wawa dalam hati.
“Kau
diam boleh tak?” marah Wawa. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Tak payah
susah-susah buat treatment muka dah
pun. Heeee…
Akira
menekup mulut menahan tawa dari terburai. Gentar juga melihat wajah Wawa saat
itu. Dah macam singa lapar je.
“Maaf,
sambunglah cerita. Calon ketiga amacam?
Smart?” Akira mula mengubah topik.
“Calon
ketiga ni nampak handsome sikit. Tapi
mama aku kata dia masih ada di UK,” ujar Wawa sambil mencapai majalah yang
berada diatas meja.
“So,
kau pilih yang mana?” Wawa hanya mengjungkit bahu tanda tidak tahu.
“Entahlah
Ira. Aku pening la. Mama aku tu kalau boleh nak keturunan yang berada je,”
rungut Wawa akan sikap mamanya yang lebih memilih darjat.
“Kau
sabarlah. Semalam pun aku kena berleter dengan mak aku. Eh! Kau tahu tak tadi
kan…” sengaja Akira meleretkan suaranya.
Apahal
pula minah ni? Tersengih-sengih. Mesti ada apa-apa. Ish! Takkan Ira dah jumpa
calon? Detik hati Wawa. Tak boleh jadi kena siasat ni.
“Kau
dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada apa-apa yang aku tak tahu
eh?”
Akira
masih lagi dengan senyuman bergulanya.
“Dekat
kedai Axcel Enterprise depan tu tadi aku…”
“Kenapa?
Jumpa lelaki yang kau suka?” pantas Wawa mencaras kata-kata Akira.
“Yup.
Seorang lelaki yang comel. Entahlah Wa tapi… hati aku rasa berdebar bila
berdepan dengan dia.”
“Wah!
Perkembangan bagus ni. Haih! Bilalah agaknya aku nak jumpa cinta sejati?” Adu
Wawa secara tak sengaja.
“ALLAH, maaf.” Segera Akira memanggung
kepala apabila mendengar suara jejaka yang melanggarnya itu.
“Eh,
awak.” Dahi Akira dah berkerut hebat.
Akira
terpaku melihat senyuman yang terukir di bibir jejaka itu. Comelnya dia.
Pujinya dalam hati.
“Saya
minta maaf. Tak sengaja. Tadi ada seorang perempuan ni asyik duk ikut saya je.
Huh! Seram,” adu si jejaka tanpa sedar. Akira sudah tersenyum manis.
“Awak
kan handsome. That’s why ramai perempuan suka dekat awak.”
“Cik
tak sukakan saya?”
“Ha?
A… apa awak tanya tadi?” terus blank
otak Akira saat mendengar bicara berani mati jejaka di hadapannya.
“Saya
gurau saja. Siapa nama cik? Boleh saya tahu? Ini salun cik ke?” belum pun
sempat Akira membalas kata tiba-tiba seorang gadis cantik serta seksi menghampiri
mereka. Akira menjulingkan mata melihat gadis yang selamba saja memeluk lengan
lelaki itu.
“Abang Amsyar tolonglah. Please.”
“Takpe la saya pergi dulu.
Assalamualaikum.” Terasa sakit mata Akira apabila dengan selambanya dia melihat
gadis itu memeluk lengan si jejaka. Lebih menyakitkan hati apabila jejaka itu
hanya membiarkan saja.
Kenapa
sakit sangat hati aku ni? Ish! Takkan la aku dah sukakan mamat tu? Ah! Lupakan
dia Akira. Jangan biarkan hati kau jatuh sayang pada dia. Tapi… aku rasa nak
menangis je sekarang ni. Hu hu… hatinya bermonolog sendirian. Marahnya masih
bersisa pada jejaka itu.
Wawa
hanya berdiam saat melihat Akira yang memandang keluar tingkap.
'Kenapa
pula si Ira ni? Kata dah jumpa seseorang yang dia suka. Erm… macam-macamlah,’
detik Wawa di dalam hati.
“Ira,
kau kenapa ni?”
“Tak
ada apalah. Kau bawa je kereta. Tak payah sibuk tanya pasal aku,” beritahu
Akira dengan tegas.
“Ish!
Kau ni. Aku tanya pun nak marah ke?” Wawa
seperti tidak berpuas hati. Orang nak tolong tapi nak marah-marah. Ish!
Geram betul aku.
“CIK… masih ingat saya? Saya Amsyar,”
ujar Amsyar bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Ish!
Menyemak je la mamat ni. Dah ada kekasih tu sibuk je dekat sini buat apa?
Bentak hati Akira geram.
“Boleh
ke tepi tak? Saya nak cepat.”
“Awak
marahkan saya ke?” tanya Amsyar dengan lembut.
Akira
ketawa buat-buat. Terasa mahu saja ditolak tubuh sasa di hadapannya itu. Namun
memikirkan banyak mata yang memerhati dia melupakan niatnya itu.
“Buat
apa nak marah pula? Apa motif saya nak marah awak? Dan… awak bukan siapa-siapa
dalam hidup saya. Takde kaitan pun,”
sinis Akira seraya tersenyum senget.
“Awak
err…”
“Sudahlah…
awak tolong ketepi. Saya dah lambat nak masuk kerja ni,” marah akira seraya
menolak tubuh Amsyar agar menjauh darinya.
“AKIRA kamu kenapa ni monyok je. Kamu
ada masalah?” tanya Mak Cik Maznah prihatin. Sering kali dia melihat anaknya
termenung. Hati tuanya kerisauan. Bimbang andai anaknya mempunyai masalah namun
tidak mahu meluahkannya.
“Takde apa mak.” Akira sekadar beralasan.
“Betul
kamu tak ada apa-apa?”
Segera
Akira mengganguk kepalanya.
“Kalau
macam tu mari makan. Ada tetamu hari ni. Pakai pakaian sopan sikit ya sayang,”
pesan Mak Cik Maznah sebelum keluar dari bilik anak kesayangannya.
‘Tetamu?
Siapa pula? Jangan kata bakal suami akulah. Argh! Kusut la.’ Dengus hati kecil
Akira.
Sampai
saja Akira di meja makan langkahnya mati. Kakinya bagaikan dipaku saja. Tambah
mengejutkannya apabila melihat renungan mata jejaka itu. Ya! Jejaka yang secara
diam telah masuk ke dalam hatinya.
‘Harap
Ira sukalah dengan pilihan aku ni,” detik hati Mak Cik Maznah.
“Assalamualaikum
awak.” Semua mata disitu turut memakukan pandangan pada Akira.
“Wa…
waalaikumsalam. Ma… macam mana awak boleh ada dekat sini?” Akira menyoal
teragak-agak. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Saya
err… saya…”
“Ni
Amsyar. Inilah calon yang Pak Mail nak kenalkan dengan kamu. Kamu dah kenal
ke?” lekas Mak Cik Maznah memotong apabila melihat Amsyar yang tergamam itu.
Hati tuanya tersenyum melihat wajah anaknya yang seperti terkejut itu.
“Apa??
Ini ke calon yang mak err… dia ke orangnya?” tersekat-sekat suara Akira.
Pak
Cik Hanifah mengangguk tanda jawapan. Buat kali pertamanya dia bersetuju dengan
pilihan isterinya.
“Saya
macam tak percaya,” ujar Akira setelah selesai mengemas meja makan.
“Saya
pun tak percaya. Yalah tempoh kita kenal tak lama mana pun. Tapi jujur saya
cakap waktu awak datang beli kad tambah nilai tempoh hari, memang hati saya dah
terpaut. Tambah pula bila mama kata nak jodohkan saya dengan seseorang. Entah
kenapa saya tak rasa marah bila dengar perancangan mama. Nak pula tengok wajah
awak yang ayu dalam potret gambar tu, benar-benar buat saya terpikat,” ujar
Amsyar panjang lebar.
“Dan
saya pula seringkali bagi alasan pada mak… yang saya belum bersedia. Tapi… saat
mata saya terpandang wajah awak di kedai Axcel Enterprise tu… hati saya rasa
sesuatu. Paling peliknya saya cemburu bila perempuan tu peluk lengan awak.
Sedangkan kita bukan ada ikatan pun.” Akira meluahkan segala yang terbuku di
hatinya.
Amsyar
hanya ketawa mendengar kata-kata Akira.
“Perempuan
tu adik saya. Dia minta saya tolong pujukkan mama. Sebab mama nak jodohkan dia
dengan sepupu kami. Tapi dia dah ada pilihan sendiri.” Amsyar berterus-terang
agar tiada salah faham antara mereka.
“Kenapa
awak terima cadangan mama awak?” soal Akira tiba-tiba.
“Sebab
saya… suka awak. Dari dulu lagi saya perhatikan awak. Cuma awak je yang tak
nampak kehadiran saya,” ujar Amsyar. Nadanya seperti orang berjauh hati.
“Manalah
saya tahu awak suka saya. Err… jadi awak selalu perhatikan sayalah ye?”
“Yup.
Awak selalu main Squash dengan kawan
baik awak kan?”
Uit!
Mana dia tau ni? Dia ni memang stalker
aku ke? Akira mula tidak senang duduk.
“Saya
tahu awak selalu main Squash, saya
tahu yang awak suka lelaki romantik, caring.
Saya juga tahu awak suka sangat makan Puding Karamel betul tak?”
Akira
sudah seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk dibuatnya bila panahan mata
Amsyar menikam jauh ke lubuk hati.
“Ma…
mana awak tahu semua tu?” Akira menyoal teragak-agak.
“Aku
yang beritahu. Sebenarnya Amsyar ni la sepupu aku yang duduk di korea tu. Dah
dua bulan balik Malaysia. Aku sendiri pun tak tahu dia kerja di kedai Axcel
Enterprise yang kau cakap tu,” sampuk Wawa yang muncul secara tiba-tiba.
“What??” melopong mulut Akira mendengar
pengakuan Wawa. Dadanya bagaikan ingin meletop saja.
“Sorry tak bagitahu kau. Waktu kau cerita
tentang mamat yang kau suka tu aku tak boleh nak agak siapa. Tapi… bila dengar
mak long nak masuk meminang, dan aku pula terdengar nama kau masa tu… barulah
aku tahu rupanya kau sukakan sepupu aku.” Terang Wawa akan perkara yang
sebenar.
“Jadi…
awak… dah tahu saya dengan Wawa kawan selama ni?” Akira menduga jawapan dari
Amsyar.
Amsyar
mengganguk kepala perlahan. Memang dia tahu serba sedikit mengenai Akira
melalui sepupunya Wawa, namun selebihnya dia mengorek rahsia dari ibu Akira. He
he…
“Jadi…
selama ni awak… err… awak tak pernah putus asa untuk mendekati saya?” Akira
memberanikan diri untuk bertanyakan perkara itu. Terasa darahnya menyerbu ke
muka saat melihat senyum yang terukir di bibir Amsyar.
“Saya
tak pernah putus asa. Lagipun mak awak selalu bagi saya info tentang awak
Heee…”
Ceh!
Rupanya mak dah sepakat dengan mamat ni rupanya. Patutlah mak tak desak aku
suruh cari calon. And secara
automatiknya mak dah tak kalut nak suruh aku jumpa mana-mana calon. Erm… rupanya
ini agendanya ya? Detik Akira dalam hati.
AKIRA
kelihatan anggun. Dia menelek sekilas wajahnya di cermin. Penampilannya begitu
terserlah dengan kebaya labuh berona kuning air. Dia memilih untuk memakai
tudung jenama Adijuma.
“Cantiknya
kau Nurul Akira,” puji Wawa seraya memeluk erat tubuhnya.
“Aku…
berdebar gila ni Wa,” adu Akira seraya menggengam jemarinya. Wawa turut
menggengam jemari sahabatnya untuk menghilangkan gemuruh.
“Keluarga
pihak lelaki dah datang. Semuanya dah siap?” soal Mak Cik Maznah yang sedang
berdiri di ambang pintu. Hati tuanya gembira apabila anaknya bersetuju dengan
rancangan perjodohan itu. Kini dia bisa menarik nafas lega.
Wawa
memberi ruang untuk ibu saudaranya a.k.a bakal mertua Akira untuk menyarungkan
cincin. Setelah itu, mak longnya memeluk tubuh Akira erat lantas mencium kedua
belah pipi Akira.
“Terima
kasih sayang. Terima kasih kerana sudi terima Amsyar anak mama,” usai berkata
Puan Jamilah mencium ubun-ubun Akira. Akira merasa dirinya bagaikan sebuah
permata yang amat disayangi.
Majlis
seterusnya berjalan dengan lancar sekali. Perbincangan tentang tarikh
perkahwinan juga telah diputuskan. Cincin bertatahkan belian sudah tersarung di
jari manis Akira. Tanda hatinya kini milik Amsyar.
Bila
tiba sesi bergambar, Amsyar dipanggil untuk bergambar bersama tunangannya.
“Sama
cantik sama padan,” puji jiran tetangga pada ibu Akira. Mak Cik Maznah hanya
tersenyum tanda mengiyakan.
2
Bulan kemudian…
“AKU macam tak percaya je yang aku dah
nak kahwin. Kau rasa betul ke tindakan aku ni Wawa? Pada kau Amsyar tu orangnya
macam mana? Maksud aku, kau yakin dia yang terbaik untuk aku ke?” tanya Akira
bertalu-talu pada sahabatnya itu.
“Kau
jangan ragu-ragu lagi. Abang Amsyar tu calon terbaik untuk kau. Walaupun dia
dah lama duduk di Korea, tapi dia tak pernah lupa solat tau. Dan aku yakin
tindakan kau berkahwin dengan dia adalah yang terbaik. Kau tak buat solat
istikharah?”
“
Err… aku buat. Tapi masalahnya… aku tak nampak muka la.”
“Kau
buatlah lagi solat istikharah. Tapi… kalau aku jadi kau… aku terima je. Sebab
Abang Amsyar ada ciri-ciri lelaki yang kau suka. Dia boleh jadi imam yang baik,
dan aku yakin dia mampu terima kau seadanya.”
“Assalamualaikum.”
Serentak Wawa serta Akira menoleh pada suara yang memberi salam.
Uit!
Baru je sebut nama. Dah muncul depan aku. Dia ni telinga lintah ke apa? Detik
suara hati Akira.
“Waalaikumsalam
Abang Amsyar. Nak pergi beli barang kahwin erk?” usik Wawa selamba.
Amsyar
ketawa mendengar gurauan sepupu kesayangannya.
“Ya
Wawa. Wawa jomlah ikut sekali. Lagipun nanti kalau abang keluar berdua dengan
Akira mulalah tak keluar suara dia tu. Macam ada emas je dalam mulut.” Amsyar
memerli tunangnya dengan lembut.
“Mengadalah
awak,” marah Akira seraya menjeling tajam. Wawa ketawa mengekek melihat sikap
Akira itu.
“Beb,
kau kena belajar cakap lembut dengan Abang Amsyar tau. Dia ni kan tunang kau.
Tak lama lagi nak jadi suami kau,” nasihat Wawa lembut dan penuh hati-hati.
Bimbang dia pula yang disembur Akira. Heee…
Akira
tunduk menekur lantai saat dirinya diperli Wawa.
“Jom
kita makan. Lagipun sekarang salun dah tutup kan?” soal Amsyar seraya menjeling
pada jam di tangannya. Tepat pukul 1.00 tengah hari.
ALLAH HUAKBAR!
ALLAH HUAKBAR!
“Cepat
sikit makan. Lepas ni kita ke masjid pula.”
Akira
terdiam mendengar kata-kata jejaka itu. Dia asyik memandang pada wajah Amsyar
yang tenang itu.
“Akira,
Akira. Awak okey?”
“Ha?
Err… awak tanya apa?” Akira dah buat muka blurr. Mamat ni ada cakap sesuatu ke
tadi?
“Saya
tanya awak okey ke?” soal Amsyar sekali lagi.
“Okey
je. Kenapa?” balas Akira dengan yakin. Saya okey je. Cuma hati saya ni yang dah
jatuh… jatuh sayang, jatuh cinta pada awak. Sambungnya namun hanya di dalam
hati saja.
“Berangan.
Dahlah jom pi masjid. Tak baik melengahkan solat,” ujar Wawa seraya bingkas
bangkit mengekori Amsyar yang sedang berjalan menuju ke kaunter.
MASJID JAMEK
Amsyar
mengambil wudhu dengan tertib. Usai itu dia mengatur langkah ke ruang solat
lelaki. Sempat matanya menangkap kelibat Akira. Dia tersenyum manis seraya
berlalu.
Uit!
Cik hati boleh bertenang tak? Dah macam nak tercabut je jantung aku ni. Panahan
mata dia, senyuman dia. Ah! Cair aku macam ni. Lagi satu… dia memang jaga
solat. Sweetnya. Puji Akira dalam
diam.
“
Woi minah kau dah ambil wudhu belum?” sergah Wawa dari belakang.
“Nak
ambil wudhu la ni,” lekas saja Akira mengambil wudhu. Nak cover malu
sebenarnya. Hu hu…
SETELAH
puas menghitung hari, akhirnya detik yang dinantikan tiba jua. Akira berdebar
menanti saat-saat yang akan merubah hidupnya 360 darjah. Dia tunduk merenung inai
di jarinya.
Debaran
di dadanya tidak dapat ditenangkan. Nafas panjang ditarik. Selawat nabi serta
zikir saling bergema di dalam dadanya.
Kehadiran
tetamu yang memenuhi ruang tamu membuatkan dada Akira kian dihambat debar. Dia
memanjatkan doa agar ALLAH S.W.T memberikan ketenangan padanya. Tekadnya hanya
satu. Mahu menjadi isteri yang baik serta solehah pada suami. Malah dia
berharap bahawa Amsyar benar-benar insan terbaik buat dirinya.
“Kau
takut?” tanya Wawa sambil menggengam tangan sahabatnya. Terasa sejuk dan
menggeletar. Akira hanya tersenyum. Namun nampak canggung sekali. Banyak mata
yang memandangnya membuatkan dia semakin gugup.
“Kau
jangan takut. Aku yakin Abang Amsyar lelaki terbaik untuk kau,” bisik Wawa di
telinga Akira. Sedikit sebanyak Akira mula merasa tenang.
Akira
menoleh sekilas pada seraut wajah tenang milik Amsyar. Dia membalas senyuman
jejaka itu.
“Aku
nikahkan dikau Amsyar bin Johari dengan Nurul Akira binti Abd Rahman berwakil walikan bapanya kepada aku dengan mas
kahwinnya seratus ringgit tunai.”
“Aku
terima nikahnya Nurul Akira binti Abd Rahman dengan mas kahwinnya seratus
ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
Dengan
sekali lafaz sahaja akhirnya Akira telah sah menjadi milik sah Amsyar. Usai
mengaminkan doa Amsyar meminta diri untuk membuat solat sujud syukur terlebih dahulu.
Setelah beberapa minit Amsyar mendekati isterinya lalu melabuh duduk berhadapan
si isteri.
Setelah
menyarungkan cincin Amsyar meletakkan tangan di atas kepala Akira untuk
membacakan doa mengikut sunnah nabi.
Apabila salah seorang dari kamu
bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya
(isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan
hendaklah mengucapkan:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari
kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung
kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya
Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
Akira
menyambut huluran tangan suaminya, lantas dikucup penuh syahdu. Saat dia
memanggung kepala matanya bersabung dengan sepasang mata coklat milik Amsyar.
“Terima
kasih sayang. Abang akan jaga sayang seumur hidup abang. Insya-ALLAH,” bisik
Amsyar di telinga kecil isteri yang baru dinikahinya itu.
Akira
mengesat airmata yang bertakung di kelopak mata. Sesungguhnya dia bersyukur
kerana Amsyar yang menjadi pilihan ibunya.
“Semoga
bahagia ya Ira. Abang… jaga Ira baik-baik. Dia sahabat baik Wawa tau!” Wawa
seolah-olah memberi amaran saja.
“Ya,
abang tahu.”
Mak
Cik Maznah yang memerhati anaknya dari jauh mengucap syukur dalam hati. Dia
berdoa agar pernikahan anaknya akan berkekalan hingga ke JANNAH.
“Awak
tengok apa?” sapa Pak Cik Hanifah lantas memeluk bahu isterinya. Mak Cik Maznah
melentokkan kepala di bahu suaminya.
“Saya
bahagia tengok Ira bahagia. Moga berkekalan hubungan mereka. Aamiin.” Doa Mak
Cik Maznah tulus.
“Insya-ALLAH.
Berdoalah agar ALLAH memanjangkan jodoh mereka,” bisik Pak Cik Hanifah di
telinga isterinya itu.
TAMAN TASIK TITIWANGSA
Sebulan
setelah perkahwinan Amsyar membawa Akira untuk berbulan madu. Tapi sekadar di
Taman Tasik Titiwangsa sahaja. Katanya berbulan madu itu tidak wajib. Cukuplah
sekadar membuatkan si isteri gembira. Akira pula tidak membantah. Kerana dia
tidak mahu membuatkan suaminya serba salah. Kalau di ikutkan kehendak hatinya
ingin saja dia mengajak si suami ke Korea. Namun kerana tidak mahu menyusahkan
suami tercinta dipendamkan saja niatnya itu.
Sedang
mereka berjalan-jalan di tepi tasik seseorang menyapa mereka dari arah
belakang.
“Amboi,
buat wayang free nampak. Tahulah dah
menikah,” usik Wawa bersama senyuman nakal.
“Eleh,
cemburulah tu. Kalau cemburu cepat-cepatlah cari calon,” balas Akira tidak mahu
mengalah.
“Entah
Wawa ni. Sibuk je tau. Kacau daun je. Abang baru nak bermesra dengan isteri
abang ni.”
Wawa
menjelir lidah mendengar kata-kata sepupunya itu.
“Ei,
tak malu,” kutuk Wawa selamba.
“Biarlah.
Bukan orang lain. Isteri abang juga. Kan sayang?”
Berbulu
telinga Wawa mendengar ujaran Amsyar yang seakan-akan ingin memerlinya itu.
“Oh,
ya. Wawa dengan Fariq Al-Hadi bila lagi nak langsung?” usik Amsyar pula. Wawa
tersipu malu saat nama Fariq Al-Hadi terpacul dari ulas bibir Amsyar.
“Fariq
Al-Hadi? Siapa tu Wa? Awak? Siapa Fariq
Al-Hadi?” tanya Akira dengan wajah blurr.
“Abang!
Tak baik tau panggil suami dengan panggilan awak je tau,” nasihat Amsyar seraya
mencuit hidung si isteri.
“A…
abang. Heee… siapa Fariq Al-Hadi tu awak? Eh, Abang siapa Fariq Al-hadi tu?”
soal Akira. Terasa berbelit lidahnya untuk menyebut perkataan abang itu.
“Macam
itulah isteri abang. Heee… Fariq Al-Hadi tu bakal adik sepupu ipar sayanglah.
Calon suaminya si Wawa ni. Kata mama, budak tu pakai kaca mata. Belajar di
Mesir tu,” ujar Amsyar lantas memaut erat pinggang si isteri.
“Pakai
kaca mata? Wawa… entah-eantah calon suami kau tu budak nerd yang kau kutuk tu
tak?” Akira menebak selamba. Melihatkan anggukan kecil Wawa terus saja dia
melambakkan tawanya. Siap tekan perut lagi. Wajah Wawa makin cemberut mendengar
ketawa Akira yang tidak mahu berhenti itu.
“Itulah
kau. Dulu kutuk sangat, Kan dah sangkut,” perli Akira bersama sisa tawanya.
“Suka
benar kau gelak? Ya aku mengaku. Memang dulu aku kutuk dia. Tapi… aku tak
sangka pula selepas pertemuan pertama kami dia banyak menyedarkan aku bahawa
tak semua manusia sempurna. Di sebabkan ilmu agama dia itulah yang memikat hati
aku,” akui Wawa jujur.
“Betul
cakap Fariq Al-Hadi tu. Tak semua orang sempurna. Orang tua-tua selalu cakap
tak kenal maka tak cinta,” ujar Akira.
“Alhamdulillah.
Terima kasih juga pada Abang Amsyar. Sebab selalu bagi nasihat pada Wawa.”
Amsyar
sekadar menggangukkan kepalanya.
“
WEKK! WEKK!”
“Sayang,
sayang tak apa-apa ke?” tanya Amsyar kalut.
“Peningnya
kepala. Sayang asyik muntah je dari semalam bang. Bila makan je sayang akan
muntah balik,” ujar Akira lemah.”
“Jom
abang bawa ke klinik.”
Akira
memejamkan mata sepanjang perjalanan. Kepala terasa semakin berdenyut. Setelah
sampai di klinik milik Fariq & Wawa segera Amsyar membuka pintu kereta.
Lekas dia mencicit lari untuk membuka pintu sebelah Akira pula.
“Sayang,
bangun. Kita dah sampai klinik,” kejut Amsyar dengan penuh kelembutan.
Amsyar
mengarahkan agar Akira duduk sementara dirinya mendaftarkan nama si isteri.
Beberapa minit menanti akhirnya nama Akira dipanggil oleh jururawat yang
bertugas.
“Assalamualaikum.
Abang Amsyar. Kenapa ni?” tanya Fariq Al-Hadi setelah melihat kelibat sepupu
isterinya itu.
“Waalaikumsalam.
Tak tahulah. Ni kak Akira kamu ni. Dari semalam muntah-muntah je,” ujar Amsyar.
Wajahnya jelas kerisauan.
“Oh,
akak demam ke?” soal Fariq Al-Hadi. Kali ini di tuju pada Akira.
“Takde pun Fariq. Akak cuma rasa loya
je,” kata Akira lemah.
“Baiklah.
Akak ambil ni. Buat urine test. Maybe akak pregnant ni,” ujar Fariq bersama senyuman.
“ALHAMDULILLAH. Tahniah. Baby girl,”ucap
jururawat yang menyambut bayi sulung Akira itu.
“Ehem-eheem.
Bolehlah kita berbesan nanti eh?” seloroh Wawa yang duduk di katil sebelah
Akira. Wawa juga selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.35 kilogram.
“Siapa
nama anak kau Wa?” tanya Akira dengan wajah yang teruja.
“Abang
Fariq namakan Imtiyaz Fayyadh. Nama anak kau pula?” soal Wawa setelah
memberitahu nama pilihan suaminya.
“Abang
Amsyar namakan baby Nurin Insyirah. Sedap nama anak kau. Janji jangan kahwinkan
anak kau dengan orang lain ya?” gamat ruang hospital dengan ketawa ahli keluarga
Akira serta keluarga Amsyar itu.
“Insya-ALLAH,”
balas Fariq Al-Hadi.
“SAYANG menungkan apa tu?” tanya Amsyar
lantas memaut pinggang Akira dari belakang.
“Teringat
perkenalan kita. Rasa macam baru saja kita kenal kan bang?”
Amsyar
tersenyum mengingatkan pertemuan demi pertemuan antara mereka itu. Siapa sangka
wanita yang di perhatikan dalam diam itu akan menjadi isterinya?
“Jodoh
sayang. ALLAH dah menetapkan sayang jadi isteri abang. Abang bersyukur sangat.
Terima kasih sayang. Sebab jadi isteri yang baik buat abang. Jadi ibu yang baik
buat anak abang. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan perut sayang untuk
membesarkan janin abang. Abang harap jodoh kita kekal hingga ke JANNAH.”
Akira
memusing badan menghadap suaminya. Pantas dia menyembam wajah ke dada Amsyar.
Dia menangis kerana terharu mendengar luahan hati suaminya itu.
“Terima
kasih juga sudi membimbing sayang. Sayang cintakan abang. Hari ni, esok dan
selamanya. Terima kasih kerana membenarkan sayang bertapak dalam hati abang. I love you abang,” ucap Akira penuh
telus.
“I love you to my dear,” ucap Amsyar
seraya mencium ubun-ubun Akira. Pandangan mata mereka bersabung. Akira merenung
dalam wajah tampan suaminya.
“Sayang
cintakan abang. Abang milik sayang sealamanya,” ujar Akira seraya mencium kedua
belah pipi Amsyar.
Amsyar
hanya ketawa dengan reaksi si isteri. Semoga jodoh kami berkekalan ya ALLAH.
Berkatilah perhubungan ini. Aamiin, doanya dalam hati.
p/s =maaf jika ada kekurangan dalam cerita ni ya.. maaf andai xbest ngeeee
4 comments:
OMG!! Cerpen ni soooo sweeettt... nama ira lagi tu. Xie-xie, arigato, tq akak!! Cuma, cerpen ni macam rushing skit. Apa pun, besttt... ^_^
tq dak kecik..... memang agak rushing sikit cerpen ni ngeeeee :)tq sudi baca n komen
Great...biar pom agak rushing sedikit..
Thanks shakira sudi bce n komen.yup diakui cepren ni memang agak rushing skt
Post a Comment