TEASER AISHITERU MR.SENGAL


SIWON AS- MR.SENGAL






 +syariah kabeakan  dear meh baca




“Assalamualaikum. Adui! Hangatnya hari ni. Dik tu kat depan gheta (kereta) sapa tu? Mewah ja mak tengok.”
“Ton, hang dak kenai aku kaa?” soal aunty Aisha seraya bangun mendapatkan emak di muka pintu.
Wajah mak berkerut seribu. Mungkin sedang cuba mengingati wajah aunty Aisha. Aku terus bingkas ke dapur untuk membancuh air. Saat ini tiba-tiba aku tersenyum. Teringatkan peristiwa ‘air garam’ itu.
Sedang aku membancuh air kopi tiba-tiba sahaja aku mendengar kerusi ditarik. Tak semena-mena jantung aku berdegup kencang.
Gulrp!
“Jangan buat air garam untuk aku lagi. Boleh kena darah tinggi aku kalau macam tu.”
Bulat mataku saat mendengar suara itu. Sengal betul. Ingat aku kejam sangat ke? Nak sangat aku letak betul-betul agaknya. Heh!
“Tak baik mengumpat dalam hati.” Erk? Macam tahu-tahu je yang aku tengah kutuk dia.
Usai membancuh kopi aku membuka kabinet almari. Lantas aku mencapai balang biskut. Setelah itu aku mencapai piring serta cawan. Biskut aku letakkan di atas piring kecil. Mr. Sengal hanya memerhati gerak geriku. Ish! Semak je tau. Tak tahu ke yang aku ni tak selesa bila direnung sebegitu?
“Woi, miss blurr aku nak cakap sikit,” seru Mr. Sengal saat aku ingin berlalu ke ruang tamu. Aku tarik muka bosan. Heh! Entah apa la yang nak dibincangnya.
“Apa?” soalku kasar. Malas nak bercakap baik-baik. Alih-alih nanti aku juga yang sakit hati.
Mr. Sengal bangun dari kerusi. Lantas dia mendekatiku. Selangkah, selangkah hingga membuatkan jarak antara kami tinggal beberapa inci saja. Aku menelan liur yang terasa berpasir. Menggeletar tangan aku yang sedang menatang dulang n. Ya ALLAH, lindungilah aku dari panahan matanya. Sungguh renungannya membuatkanku lemas. 
Hailah jantung berhentilah berdegup. Dah macam nak melompat keluar je ni. AKu memejam mata saat wajah Mr. Sengal hampir dengan wajahku.
“Aku… aku nak kau tolak je lamaran mama. Jangan sesekali kau terima. Faham!” Terbelalak mataku saat mendengar suaranya. Tolak? Lamaran? Apa aku tak salah dengar ke ni?
Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia berlalu meninggalkan aku terkebil-tebil. Mata ku kelipkan berkali-kali. Betul ke apa yang dia cakap tu? Adui! Macam mana ni?
Aku menatang dulang dengan perasaan bercampur aduk. Sedih, bengang, marah, menyampah semuanya bergaul menjadi satu.
Pertama.
Aku sedih sebab mak langsung tak mahu bincangkan apa-apa dengan aku.
Kedua.
Aku bengang sebab Mr.Sengal ingat aku hadap sangat dengan dia. Heh! Bak kata peribasa ni la kan, pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak hendak, aku lagi tak hingin.
Ketiga.
Aku marah dengan diri sendiri. Dalam pada aku tak suka dia tu… entah kenapa hati aku ni macam bergetar semacam je bila dekat dengan dia. Contohnya macam tadi la. Berdegup kencang jantung aku. Dah macam lari dari paksinya.
Keempat.
Aku menyampah bila mana dan ketikanya Mr. Sengal suruh aku tolak lamaran mama dia tu. Huh! Kalau dia tak suka cakaplah sendiri dengan mama dia tu. Adui!
“Adik, adik.” Aku tersentak dari lamunan saat emak menggoncang kuat lenganku. Haih! Berangan je kau Ziqa.
“Kenapa mak?” soalku lemah.
“Hang pi la berborak sat dengan Haziq kat luaq. Mak nak cakap sikit dengan mak cik Aisha kamu ni,” ujar mak berkias. Nak cakap apa? Pasal lamaran? Argh! Tekanan aku macam ni tau.
AKU melepaskan keluhan berat. Sesekali mataku menjeling sekilas wajah Mr. Sengal di sisi. Dia bukanlah tak handsome. Terlebih handsome sebenarnya. Tapi disebabkan kesengalannya itulah yang membuatkan aku menyampah dengan dia.
Dia tampak casual dengan hanya memakai wooleen sweater bewarna coklat caramel. Seluar paras lutut bewarna putih, kaca mata jenama Raybean. Erm… aku akui bahawa dia memang berkarisma. Cuma mulut je agak laser.
Aku melarikan pandangan saat mataku bertembung dengan matanya. Fuh! Jantung aku ni. Berdetak kencang. Adeh! Apa yang aku nak borakkan dengan dia ni? Ah! Lebih baik aku lepak kat bawah pangkin.
Aku menghayun langkah laju ke pangkin buatan angah. Waktu angah balik cuti hari tu la aku ada merengek agar dia buatkan tempat duduk kat luar rumah. Senanglah sikit aku nak lepak dan lari dari dengar bebelan mak. Hu hu…
Apa khabarlah agaknya Abang Hafiz ya? Lama betul dia mendiam diri. Minggu ni nak masuk minggu ketiga dah. Tapi satu berita pun aku tak dengar mengenai Abang Hafiz. Bila tanya dekat Mak Long, jawapan yang aku terima Abang Hafiz sibuk, Abang Hafiz sedang menjalani semester terakhir sebelum menamatkan pembelajarannya.
Aku faham Abang Hafiz tu sibuk. Tapi takkan nak kirimkan berita atau tanya khabar pun tak boleh? Haih! Mulalah aku nak sedih ni. Cepat-cepat aku mengesat airmata yang bertakung di tubir mata saat melihat langkah kaki Mr. Sengal yang semakin menghampiri.
“Aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakapkan ni. Aku sendiri tak tahu yang mama aku dengan mak kau bersahabat. Bila je mama aku dengar nama mak kau, terus dia desak aku untuk bawa dia ke rumah kau. Dah pelbagai alasan aku bagi untuk elakkan dari pertemukan mama aku dengan kau.
Tapi mama aku tetap juga nak jumpa dengan kau. Heh! Apa yang bagusnya kau ni pun aku tak tahu. Kusut kepala aku ni tahu tak? Apa yang lebih serabutkan kepala aku sekarang ni ialah rancangan mama aku. Dia nak kau jadi menantu dia,” terang Haziq panjang lebar. Erk? Menantu? Ya ALLAH! Mengapa aku yang dipilih untuk menerima ujian-MU ini? Kuatkanlah hatiku ya ALLAH.
“Err… kau ca… cakap sajalah yang kau tak mahu. Suruh saja mama kau tu lupakan hasrat untuk bermenantukan aku,” ujarku sedikit gugup. 
Haziq menanggalkan kaca matanya. Lalu disangkutkan kaca matanya itu di baju yang tersarung di tubuhnya. Aku tunduk menekur tanah.
“Cakap memanglah senang. Aku kenal sangatlah mama aku tu. Dia kalau dah kata hitam, hitamlah. Langsung tak boleh diubah keputusannya.”
Aku memeluk tubuh. Berfikir cara untuk menolak lamaran itu. Namun otakku gagal untuk berfungsi. Mr. Sengal meraup wajahnya. Jelas benar kekusutan di wajahnya itu.
“Mama aku kalau dah berkenan sangat memang berkenanlah. Dulu aku pernah bawa kekasih aku jumpa dengan mama aku. Tapi kau tahu apa jawapan yang mama bagi pada aku? Sekaligus merosakkan perhubungan aku dan juga kekasih aku tu?” aku menggeleng laju. Sengal betul Manalah aku tahu. Bukannya aku kenal dia dari dalam perut mama dia. Heh! Sewel!
“Mama aku kata macam ni.” Dia berdehem sambil membetulkan suara. Halus suaranya persis suara si ibu.
“Haziq, mama tak suka dengan kamu. Sudahlah pakaiannya sendat, macam sarung nangka je mama tengok. Dahlah sendat, singkat pula tu. Tu dia ingat lawa sangatlah nak tunjuk nasi lemak tak laku dia tu? Listen Haziq, kalau Ziq nak kahwin boleh. Tapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya?” pantas aku bertanya. Semakin menarik pula aku dengar cerita dia tu.
“Syaratnya menantu pilihan tu mama aku yang akan pilihkan. So kau adalah menantu pilihannya. Tak fahamlah aku. Apa ada pada gadis bertudung macam kau ni? Setiap masa bertutup je. Kau tak rimas eh? Heh! Kalau aku la, aku lebih suka gadis yang cantik, ayu, menggoda, lemah lembut. Erm… semuanya tu tak ada pada kau. Yang ada pun mungkin cantik je la. Tapi selebihnya kau adalah kolot. Faham kolot? Kekampungan. Aku ni benci dengan perempuan kampung macam kau. Tahunya mengikis harta orang kaya saja,” ujar Mr.Ssengal. Betapa pedihnya ulu hatiku saat mendengar hinaan demi hinaan yang dilemparkan padaku.
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku. Tak, aku tak boleh mengalah. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat. Aku takkan biarkan sesiapa saja menghina maruahku sesuka hati.
“Heh! Rimas? Aku tak pernah rasa rimas pun bila menutup aurat. Kerana aku lebih takutkan siksaan api neraka. Ala, setakat bertudung, tutup aurat apalah sangat? Kalau nak bandingkan dengan gadis yang kau suka tu memang patut pun mama kau reject. Tapi maaf cakaplah eh, bukankah nabi Muhammad S.A.W berpesan bismillaahirrahmaanirrahiim, Sabda Rasulullah SAW : “Seorang wanita biasanya dinikahi karena empat hal, iaitu karena hartanya, karena nasabnya (keturunannya), karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka utamakan memilih isteri (wanita) karena agamanya. Kamu akan merugi (bila tidak memilih karena agamanya).” (HR. Bukhari,Muslim dan Abu Dawud)”
Usai berkata terus saja aku berlalu meninggalkan Mr. Sengal keseorangan. Hati terasa sakit. Kolot? Aku dikatakan kolot? Heh! Kalau aku ni kolot dia tu bodoh sombong. Nak cari isteri yang cantik? Ayu? Lemah-lembut? Menggoda? Heh! Sewel punya orang. Benci! Benci! Benci!

No comments: