CINTA BILANG BENCI BAB 16
















“ Assalamualaikum, boleh saya duduk?” tanya Doktor Fadhli dengan sopan.

Nadia menggigit bawah bibir. Sibuk nak duduk sini, aku lempang juga mamat sengal ni karang. Huh! Benci betul la. Gerutu Nadia dalam hati.

“ Nad, kau kenaa nak tutup muka? Oh! Terlupa pula. Jemput la dudk Doktor Fadhli,” pelawa Farhana.

“ Terima kasih. Saya Fadhli. Panggil saja Fadh.” Faiz menyambut huluran salam itu dengan senyuman.

“ Saya Faiz. Nadia, pesan la makanan,” arah Faiz.

“ Bagi mee goreng basah dengan air limau suam,” ujar Nadia dengan malas.

“ Hai, jumpa lagi. Agaknya kita ni berjodoh tak?” sakat Doktor Fadhli. Suka benar dia menyakat gadis disebelahnya itu. Terasa perasaan bahagia menyelinap ke ruang hati apabila melihat wajah  cemberut gadis itu.

“ Awak ni guna ilmu apa ya? Mana saya ada, dekat situ juga awak ada. Menyemak tau. Serabut je mata saya ni,” sinis Nadia lalu dia melemparkan pandangan ke arah luar restoran.

Doktor Fadhli hanya tersenyum mendengar omelan Nadia. Padanya omelan Nadia itu tidak ubah seperti suara kartun kegemarannya iaitu Spongebob.

“ Awak nak tahu tak? Makin awak marah, makin  cantik.” Puji Doktor Fadhli seraya tersenyum senget.

Mamat ni kan memang saja cari penyakit. Aku tahu la aku ni cantik, tak payah puji pun aku dah tahu la. Detik Nadia didalam hati lantas tersenyum mendengar bicara hatinya.

“ Terima kasih.” Serentak mereka mengucapkan terima kasih sebaik pelayan menghantar air dan juga makanan yang dipesan.

“ Fadh tak makan ke?” soal Farhana setelah melihat tiada makanan yang dihulurkan pada Fadhli.

“ Saya baru lepas makan. Tak mengapalah saya pergi dulu ya. Assalamualaikum, Nadia semoga kita jumpa lagi,” ujar Doktor Fadhli lantas mengenyitkan matanya.

Nadia menjelirkan lidah seraya menunjukkan penumbuknya. Doktor Fadhli mengekek ketawa sebelum mengatur langkah meninggalkan gadis yang diminatinya secara diam itu.

“ Nad, kau ni garang sangatlah. Aku tengok Doktor Fahli tu baik je. Kau je yang selalu sinis dengan dia.” Nasihat Farhana sambil menyua sudu ke dalam mulut.
            
 “ Jangan terlalu membenci Nadia, takut nanti awak yang tak mahu lepaskan dia bila awak dah sukakan dia,” sakat Faiz sambil melirik mata pada wajah ayu Farhana.

“ Amboi, korang nak kenenkan aku nampak. Eh! Faiz dengar sini ya, Doktor is not my taste. Nadia takkan suka dengan Doktor tau,” ujar Nadia dengan sedikit angkuh lantas dia menyuadakan mee goreng basah ke mulutnya.

“ Sekarang boleh la cakap. Kalau dah jatuh cinta nanti baru tahu macam mana rasanya,” usik Faiz lagi. Dia mengelap mulut setelah selesai makan.

Nadia memutarkan bebola mata ke atas. Geram betul dengan Faiz ni. Ada juga aku lempang laju-laju, mentang-mentang la kau dah ada Ana. Berlagak la. Hu hu, sakitnya hati ni. Duhai hati kenapalah pada Faiz juga yang kau suka ha? Nadia bermonolong dengan hatinya.

“ Faiz, tadi Rin dengan Zaf pergi kedai Iz kan? Iz tak pernah pun bawa Ana ke kedai Iz tau,” rajuk Farhana sambil memuncungkan bibirnya.

“ Ala, sayang janganlah merajuk. Nanti Iz bawa Ana okey. Sekarang habiskan makanan cepat.” Pujuk Faiz sambil mengukir senyum.

“ Nadia, Iz bukannya apa. Sebenarnya lelaki ni kalau dia dah suka dia akan tunjukkan sikap tu melalui perbuatan tau. Macam Doktor Fadhli tadi. Gentle je caranya. Mungkin sekarang Nadia tak suka, tapi siapa tahu satu hari nanti Nadia akan jatuh cinta pada dia,” ujar Faiz terang lebar.

“ Tak mungkin Nadia suka dia,” ujar Nadia dengan perlahan.

Puan Linda yang sedang asyik menonton televisyen merasa hairan apabila melihat sikap anaknya yang sedari tadi hanya diam sahaja. Dia kenal anaknya itu, sepertinya Zafran mempunyai masalah yang sukar untuk dirungkaikan. Lantas dia mendekati anak lelakinya itu.

“ Along, kenapa termenung ni? Along ada masalah ke? Tak mahu kongsi masalah dengan ummi?” Puan Linda menyoal lantas dia melabuhkan duduk disebelah anak lelakinya.

“ Tak adalah ummi. Cuma err… ummi, salah ke kalau along nak percepatkan tarikh pertunangan?” soal Zafran seraya merenung tepat mata umminya.

“ Tak salah, along dah tak sabar nak kahwin ya? Atau along bimbangkan sesuatu? Rin berubah sikap ke?” Puan Linda menyoal bertalu-talu.

“ Bukan apa ummi. Err… sebenarnya, lately ni along banyak berfikir. Macam-macam hal yang jadi. Tambah pula sekarang ni bekas kekasih Erina masih menagih kasih Rin. Dan err… along sebenarnya takut. Takut untuk kehilangan buat kali kedua. Along sayangkan Rin ummi, along tak mahu kehilangan dia,” luah Zafran dengan sepenuh hati.

“ Bekas kekasih Rin?” Puan Linda mengulang kembali ayat yang dituturkan Zafran. Wajahnya terukir seribu kemungkinan. Bimbang seandainya tidak dapat menjadikan Erina sebagai menantunya.

“ Ummi, ummi. Kenapa ni?” Zafran menyoal sebaik saja melihat wajah umminya yang seperti sedang menyimpan rahsia itu.

“ Ummi harap Rin benar-benar tercipta buat along. Ummi juga takut sayang. Along, buat solat isthikarah ya. Ummi harap along akan dapat petunjuk dari ALLAH,” ujar Puan Linda seraya mencium ubun-ubun anaknya.

“ Baiklah, insya-ALLAH terima kasih ummi. Along akan solat isthikarah seperti yang ummi sarankan. Ummi, doakan agar along bahagia,” ujar Zafran sambil mencapai tangan umminya lalu dia bawakan tangan itu ke bibir.

Puan Linda tersenyum mendengar bicara Zafran. Lantas dikesat airmata yang mengalir dipipi saat terlihat kelibat si suami yang mengahampirinya.

“ Ha, berbual apa anak abi ni? Serius je muka ummi tu?” soal Encik Lazim sebaik sahaja melabuhkan punggung berhadapan Zafran.

“ Tak ada abi. Cuma along err… along takut,” luah Zafran sambil bermain dengan jemarinya.

“ Along takut apa? ALLAH ada along. Andai along rasa lemah, rasa takut kehilangan sesuatu yang along sayang, dekatkanlah diri along dengan DIA. Insya-ALLAH Yang Maha Pencipta akan mendengar setiap rintihan dan juga luahan along,” nasihat Encik Lazim dengan ikhlas lalu mengatur langkah mendekati anak dan isterinya.

“ Terima kasih abi. Along rasa bersyukur sangat, memiliki seorang ayah dan ibu sebaik abi dan ummi. Along bangga menjadi anak kalian,” ujar Zafran lantas dia dipeluk erat oleh abi dan juga umminya.

“ Abi juga bangga ada anak seperti along. Cuma abi… terkilan, abi gagal untuk mendidik angah, abi…” terhenti kata-kata Encik Lazim kerana sebak yang menular ke tangkai hatinya.

“ Abi…” belum sempat Zafran meneruskan katanya tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang amat dirindui mereka.

“ Assalamualaikum.” Zafran menoleh kearah pintu.

ANGAH




“ Waalaikumsalam, angah. Ya ALLAH, balik juga kau kat rumah ni. Ingat dah lupa jalan balik,” perli Zafran sebelum memeluk tubuh adiknya.

“ Maafkan angah,” Tutur Zahiril sebaik meleraikan pelukannya. Lantas dia mengatur langkah mendekati ummi serta abinya.

“ Ummi, abi angah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Angah rasa berdosa sangat. Ummi, abi se… sebenarnya angah malu nak balik.” Zahiril berjeda seketika.

Puan Linda sudah teresak-esak menangis. Pilu hatinya melihat keadaan anaknya yang tidak terurus itu.

“ Apa sudah jadi pada kamu angah? Kenapa kamu tak balik sejak kamu kahwin? Kamu dah lupakan ummi ke? Sampai hati kamu… ummi…” Encik Lazim memeluk tubuh isterinya saat esakan si isteri semakin menjadi-jadi.

“ Maafkan angah ummi. Tapi ada sebab kenapa angah tak balik. Angah malu, jijik dengan diri angah.” Tutur Zahiril berama esakan kecil. Zafran mengesat airmata melihat drama sebabak dihadapannya itu.


“ Astaghfirullah-al Azim, kenapa angah cakap macam tu nak?” soal Encik Lazim dengan tenang.

“ Abi, sejak angah kahwin, angah masih dengan perangai lama angah. Masih bertukar ganti teman wanita. Angah setia ke kelab malam, walaupun Anita selalu menasihati angah, angah tak pernah nak dengar nasihatnya. Angah selalu marah dan tengking Anita. Dan apa yang lebih teruk, sebabkan angahlah Anita keguguran. Sebabkan angah sekarang Anita jadi murung. Angah takut kehilangan Anita. Dan angah tahu angah tak layak buat insan sebaik Anita.” Zahiril berjeda seketika.

“ Astaghfirullah al-Azim, apa yang kamu sudah lakukan terhadap Anita? Bagaimana keadaannya sekarang?” Puan Linda menyoal bertalu-talu.

“ Anita masih di Hospital. Dia tak mahu jumpa dengan angah. Bodohkan angah? Angah tuduh Anita curang, sedangkan angah tahu bahawa Anita seorang isteri yang sangat baik. Angah… angah suruh Anita gugurkan kandungan dia, dan sekarang ALLAH makbulkan doa angah. Angah betul-betul suami yang tak berguna,” luah Zahiril kesal akan perbuatannya.

Zafran mendekati adiknya lalu didakap tubuh itu erat. Zafran turut mengalirkan airmata mendengar luahan hati adiknya itu.

“ Angah, kau kena kuat. Kalau kau lemah macam ni, macam mana kau nak pujuk Anita? Along tahu Anita sayangkan angah. Buktinya dia masih setia disisi angah biarpun angah berkali-kali sakiti dia. Tapi ingat, kali ni along harap angah benar-benar berubah.” Zafran berbisik lembut ditelinga Zahiril.

Zahiril meleraikan pelukannya. Lantas dia mendongak memandang abangnya. Dengan perasaan malu dia turut berbisik ditelinga Zafran.


ANITA





“ Along, sebenarnya angah dah jatuh cinta pada Anita sejak kami kahwin lagi. Tapi angah ego. Angah selalu pukul Anita. Angah… jadikan dia seperti hamba abdi angah, tempat untuk memuaskan nafsu angah. Apa masih layak ke lelaki macam angah buat Anita?” Terenjut-enjut bahu Zafran saat adiknya melepaskan tangisan dibahunya.

“ ALLAH maha adil. Berdoalah agar ALLAH melembutkan hati Anita. Oh, ya Anita di Hospital mana?” soal Zafran setelah tangisan Zahiril reda.

“ HKL, angah nak minta jasa baik ummi dan abi. Tolong pujuk Anita. Angah tak sanggup kehilangan Anita. Angah cin… angah cintakan Anita,” luah Zahiril seraya meraup wajahnya yang kusut tidak terurus itu.

“ Apa tunggu lagi? Marilah kita ke HKL. Takkan nak dibiarkan adik ipar along sorang-sorang. Dia sudahlah anak yatim, kita sajalah keluarganya. Ummi, abi mari kita jenguk Anita,” ajak Zafran seraya bingkas bangun untuk ke biliknya ditingkat atas.

“ Angah, abi harap kamu insaflah. Jadikan semua yang berlaku ni adalah pengajaran dan iktibar buat kamu. Jangan ulangi kesilapan dulu,” nasihat Encik Lazim seraya menepuk lembut bahu anaknya.

“ Angah, ummi tak mahu kehilangan menantu ummi yang baik seperti Anita. Ummi doakan agar jodoh angah tetap bersama Anita hingga akhir hayat. Ummi harap semua yang jadi ni mampu membuatkan angah menghargai Anita,” ujar Puan Linda lantas dicumnya ubun-ubun si anak sebelum menaiki tangga untuk ke biliknya ditingkat atas.

‘ Ya ALLAH, aku pohon padaMU, lembutkanlah hati isteriku, agar dia memafkan aku. Sesungguhnya, aku hambaMU yang hina. Aku tidak berdaya untuk menolak perasaan ini. Aku tidak sanggup untuk kehilangan wanita sebaik isteriku. Ita, maafkan aba… maafkan abang sayang, abang cintakan Ita,” rintih Zahiril dengan penuh kekesalan.

Pantas Zahiril mengesat airmata yang mengalir dipipi saat matanya menyorot kelibat Zafran menuju kearahnya. Dia cuba untuk mempamerkan wajah tanpa riak.

“ Menangis sajalah angah, andai dengan menangis mampu meredakan hati angah. Tak usah malu dengan along.”

Zahiril terus mendakap tubuh abangnya lalu dilepaskan tangisan di bahu abangnya. Zafran hanya membiarkan bahunya basah dek airmata Zahiril.

“ Angah menyesal along. Menyesal sebab ikutkan darah muda angah. Sekarang, isteri dan anak angah dalam kandungan Anita yang jadi mangsa dera angah. Jahatkan angah?” Zafran turut terasa melihat adiknya yang sedang berduka itu.

“ Along, marilah kita ke HKL sekarang. Takut jalan sesak nanti,” ujar Encik Lazim seraya menghulurkan kunci kereta kearah Zafran.

Semasa dalam perjalanan Zahiril tidak putus-putus berdoa agar isterinya berlembut hati untuk memafkannya. Walaupun dia sedar sukar untuk Anita memafkannya namun dia tidak akan mengalah kerana dia yakin bahawa Anita adalah jodoh yang telah ditentukan ALLAH buatnya.

‘ Ya ALLAH, izinkanlah aku untuk mengecap kebahagiaan bersama isteriku. Aku pohon padaMU, lembutkanlah hati isteriku.’ Zahiril merenung skrin telefon bimbitnya. Dia menatap wajah si isteri yang sedang tersenyum manis padanya itu.

“ Maafkan abang sayang. Abang berdosa pada sayang. Apakah masih layak abang untuk sayang? Jangan tinggalkan abang, abang tak mampu untuk meneruskan hidup seandainya sayang pergi dari hidup abang,” rintih Zahiril pilu.

Puan Linda, Encik Lazim dan juga Zafran yang mendengar luahan hati itu turut merembeskan airmata pilu. Zafran cuba untuk fokus terhadap pemanduannya. Setelah sampai ke HKL Zahiril mengatur  langkah longlai. Entah mengapa rasa takut kehilangan begitu menguasai dirinya.

“ Angah, jom. Kau kena kuat angah. Kami sentiasa disisi angah,” ujar Zafran seolah-olah memberikan kata-kata semangat kepada adiknya.

“ Terima kasih along,” Zahiril mengatur langkah dengan lebih yakin setelah mendengar kata nasihat abangnya.

Ting!

Pantas Zahiril, Zafran, Puan Linda serta Encik Lazim mengatur langkah laju sebaik mendengar bunyi dentingan lif. Encik Lazim memaut erat bahu Zahiril untuk memberikan sedikit kekuatan. Zahiril menguatkan hatinya sebaik sahaja dia sudah berada dihadapan isterinya. Hatinya bagaikan dihiris belati tajam saat si isteri memaling wajah dari pandangannya.

“ Ita, cuba tengok siapa datang ni sayang. Ita, tolonglah pandang wajah abang. Ita…” Zahiril tidak jemu menyeru nama isterinya biarpun tiada respon dari isterinya.

“ Angah,” seru Puan linda dengan lembut.

“ Assalamualaikum, Ita menantu ummi. Ummi datang ni sayang. Pandang wajah ummi sayang,” rayu Puan Linda lalu dia menyeka airmata yang mengalir dipipi Anita.

“ Ummi,” seru Anita lantas didakap tubuh ibu mertuanya.

Zafran mengalih pandangan kearah lain. Tidak sanggup rasanya untuk melihat airmata yang mengalir di wajah ummi serta adik iparnya.

“ Ummi, anak Ita dah takde. Anak Ita dah meninggal. Ita dah takde sesiapa dalam dunia ni. Siapa yang nak temani Ita lepas ni?” Anita meraung semahu-mahunya dibahu Puan Linda.

Dum!

Terasa kejang tubuh Zahiril apabila mendengar luahan hati isterinya. Dia merasa bagaikan dihempap batu. Terasa sakit beban yang dipikulnya kini. Dia memicit pelipisnya lantas tubuhnya rebah menyembah bumi.

“ Ini semua salah abang. Abang nak sangat Ita gugurkan kandungan bukan? Sekarang puas hati abang? Anak Ita dah mati. Ita benci abang.” Anita menghamburkan kemarahannya kepada Zahiril.

Zahiril memejamkan matanya rapat. Terasa sakit untuk menelan segala kata-kata yang dihamburkan Anita. Namun memikirkan segalanya berpunca dari dia, dibiarkan saja Anita untuk terus menghukumnya.

“ Puas hati abang? Ita benci abang. Keluar dari sini. Ita tak mahu tengok abang,” Anita menjerit bagaikan dirasuk.

“ Ita, bawa bertenang. Mengucap nak. Angah, keluar dulu sayang. Bagi Ita masa untuk tenangkan diri dulu.” Zahiril akur akan arahan umminya lalu dia mengatur langkah dan menunggu di luar wad.

‘ Ita, maafkan abang. Ita jangan bencikan abang. Abang tak sanggup untuk kehilangan Ita, jangan tinggalkan abang,’ rintih Zahiril didalam hati.

Puan Linda memeluk erat tubuh menantunya. Dia mencium ubun-ubun Anita. Hancur luluh hatinya melihat keadaan Anita yang tampak tertekan itu. Dia membaringkan tubuh Anita, lantas diselimutkan tubuh itu.

“ Ummi, izinkan angah jaga Ita. Tak mengapalah angah dapat jaga semasa dia tidur pun sudah cukup. Angah mohon, izinkan angah ya. Ummi, izinkan angah,” pinta Zahiril penuh mengharap.

Puan Linda menganggukkan kepalanya. Lantas dia memberi semangat buat anaknya itu.

“ Angah jangan mengalah ya nak. Angah kena sentiasa berada disisi Anita. Jangan biarkan dia lemah. Jangan tinggalkan Anita, kerana dia perlukan angah.” Zahiril cuba mengukir senyum, walaupun dia tahu senyumannya hambar.

Sejurus keluarganya meninggalkan HKL, dia duduk di kerusi di sebelah kanan Anita. Lantas dia mengambil tangan Anita lalu dikucupnya jemari itu. Serta merta ingatannya kembali saat dimana dia melemparkan kata-kata nista pada isterinya itu.

“ Ab… abang. Ita ada sesuatu err… nak cakap pada abang,” ujar Anita tersekat-sekat.

“ Cakap apa?”soal Zahiril dingin.

“ Ita… err… Ita mengandung bang. Kita akan jadi…”

“ Apa? Tak, kau bergurau kan? Hei, anak jantan mana yang kau kandung ha?” suara Zahiril mula memetir.

Anita menekup bibirnya saat mendengar pertuduhan yang dilemparkan oleh si suami. Sungguh hatinya terhiris apabila kata-kata hinaan itu dilemparkan oleh suami yang dikasihinya.

“ Abang, Ita tak pernah buat semua tu bang, Ita tak pernah curang dengan abang. Ini anak kita bang,” Anita menegakkan kebenaran.

Pang!

Bergetar bibir Anita saat tapak tangan suaminya melekat di pipi. Terasa pijar bekas tamparan itu. Lantas dia merembeskan airmata untuk kesekian kalinya.

“ Aku nak kau gugurkan kandungan tu. Aku tak mahu anak tu lahir kau faham!” herdik Zahiril seraya menunjal-nunjal kepala Anita.

“ Ya ALLAH, tak Ita takkan gugurkan anak ni. Ini anak kita bang. Ita tak pernah curang dengan abang, percayalah Ita bang,” rayu Anita namun sedikit pun Zahiril tidak mengendahkan rayuan itu.

Zahiril merentap kasar rambut Anita. Dia hanya tersenyum sinis apabila sesekali Anita meronta untuk dilepaskan.

“ Hei, perempuan kau tahu tak, sebabkan kau hidup aku hancur? Kau tu cuma perempuan untuk memuaskan nafsu aku je. Faham!” jerkah Zahiril.

Setelah puas ditampar wajah Anita, Zahiril mula bertindak lebih agresif. Dia mula menyepak perut Anita. Dia bertindak bagaikan dirasuk. Suara tangisan berselang seli dengan suara rontaan si isteri langsung tidak diendahkannya.

Anita terjaga dari lenanya apabila terasa ada air yang mengalir di tangannya itu. Dia tergamam melihat airmmata yang mengalir di pipi suaminya. Lantas dia memalingkan wajah, tidak mahu suaminya melihat airmata yang merembes di pipinya. Zahiril tersentak dari lamunan apabila terasa pergerakan Anita yang mula membelakanginya itu.

“ Ita, pandang wajah abang sayang. Sekali pun jadilah,” rayu Zahiril sambil membelai rambut Anita.

“ Apa lagi yang abang mahu? Ita ikhlas sayangkan abang. Tapi abang tak pernah hargai. Abang kalau tak boleh sayangkan Ita, jangan seksa anak kita. Tapi, apa sekarang? Anak kita dah takde. Ita nak bergantung harap pada siapa lagi?” sendu kedengaran suara yang dilontarkan Anita.

“ Beri abang satu peluang sayang. Abang janji akan tebus segala kesalahan abang. Abang… abang cintakan Ita. Jangan tinggalkan abang.” Anita berpaling untuk melihat wajah suaminya.

“ Abang bohong. Ita tak percaya,” ujar Anita perlahan lalu dia memjamkan mata.

“ Abang cintakan Ita, abang perlukan Ita, abang menyesal sebab tidak menghargai Ita,” bisik Zahiril lembut lalu dikucupnya dahi Anita.

10 comments:

Unknown said...

Zahiril, Zahiril... mengapa kau tak hargai permata yang berharga? Hmm... Ego!

Unknown said...

kesian zahiril ='(

Thanusya Shanmuganathan said...

Touching habis. Hagar Si angah... Nak tumbuk dia... >.<

Nadia kena terima hakikat yang jodoh dia bukan dengan faiz

Unknown said...

uit2, jangan emo hehehe...tq semua sudi singgah :)


next n3 angah baik...mungkin :P hehe

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Kesian kat ita... geram dgn zahiril, sanggup dia pukul isteri dia, tp kesian jgak bila dia dah insaf.. hope ita dpat terima dia balik.. =(

Unknown said...

insyaALLAH kot heee

Unknown said...

Sebak niee.. huhuu.. jahat zahiril tu nasib dah insaf. Anita trauma lgi tu.. Kesian dia..dah takde baby. Huhuu..

Unknown said...

yup..alhamdulillah.tapi kesian anita :)

oman said...

Arrr sedih nya..cian ita..angah pun cina gak tp tulah yang jahat sgt tu npa? Tgok apa da jadi..

Unknown said...

hee, sabar anja..hikhikhik..lumrah manusia kan :)bila dpn mata xpandai menghargai....