“ Assalamualaikum, boleh saya
duduk?” tanya Doktor Fadhli dengan sopan.
Nadia menggigit bawah bibir. Sibuk
nak duduk sini, aku lempang juga mamat sengal ni karang. Huh! Benci betul la.
Gerutu Nadia dalam hati.
“ Nad, kau kenaa nak tutup muka?
Oh! Terlupa pula. Jemput la dudk Doktor Fadhli,” pelawa Farhana.
“ Terima kasih. Saya Fadhli.
Panggil saja Fadh.” Faiz menyambut huluran salam itu dengan senyuman.
“ Saya Faiz. Nadia, pesan la
makanan,” arah Faiz.
“ Bagi mee goreng basah dengan air
limau suam,” ujar Nadia dengan malas.
“ Hai, jumpa lagi. Agaknya kita ni
berjodoh tak?” sakat Doktor Fadhli. Suka benar dia menyakat gadis disebelahnya
itu. Terasa perasaan bahagia menyelinap ke ruang hati apabila melihat
wajah cemberut gadis itu.
“ Awak ni guna ilmu apa ya? Mana
saya ada, dekat situ juga awak ada. Menyemak tau. Serabut je mata saya ni,”
sinis Nadia lalu dia melemparkan pandangan ke arah luar restoran.
Doktor Fadhli hanya tersenyum
mendengar omelan Nadia. Padanya omelan Nadia itu tidak ubah seperti suara
kartun kegemarannya iaitu Spongebob.
“ Awak nak tahu tak? Makin awak
marah, makin cantik.” Puji Doktor Fadhli
seraya tersenyum senget.
Mamat ni kan memang saja cari
penyakit. Aku tahu la aku ni cantik, tak payah puji pun aku dah tahu la. Detik
Nadia didalam hati lantas tersenyum mendengar bicara hatinya.
“ Terima kasih.” Serentak mereka
mengucapkan terima kasih sebaik pelayan menghantar air dan juga makanan yang
dipesan.
“ Fadh tak makan ke?” soal Farhana
setelah melihat tiada makanan yang dihulurkan pada Fadhli.
“ Saya baru lepas makan. Tak
mengapalah saya pergi dulu ya. Assalamualaikum, Nadia semoga kita jumpa lagi,”
ujar Doktor Fadhli lantas mengenyitkan matanya.
Nadia menjelirkan lidah seraya
menunjukkan penumbuknya. Doktor Fadhli mengekek ketawa sebelum mengatur langkah
meninggalkan gadis yang diminatinya secara diam itu.
“ Nad, kau ni garang sangatlah.
Aku tengok Doktor Fahli tu baik je. Kau je yang selalu sinis dengan dia.”
Nasihat Farhana sambil menyua sudu ke dalam mulut.
“ Jangan terlalu membenci Nadia,
takut nanti awak yang tak mahu lepaskan dia bila awak dah sukakan dia,” sakat
Faiz sambil melirik mata pada wajah ayu Farhana.
“ Amboi, korang nak kenenkan aku
nampak. Eh! Faiz dengar sini ya, Doktor is
not my taste. Nadia takkan suka dengan Doktor tau,” ujar Nadia dengan
sedikit angkuh lantas dia menyuadakan mee goreng basah ke mulutnya.
“ Sekarang boleh la cakap. Kalau
dah jatuh cinta nanti baru tahu macam mana rasanya,” usik Faiz lagi. Dia
mengelap mulut setelah selesai makan.
Nadia memutarkan bebola mata ke
atas. Geram betul dengan Faiz ni. Ada juga aku lempang laju-laju,
mentang-mentang la kau dah ada Ana. Berlagak la. Hu hu, sakitnya hati ni. Duhai
hati kenapalah pada Faiz juga yang kau suka ha? Nadia bermonolong dengan
hatinya.
“ Faiz, tadi Rin dengan Zaf pergi
kedai Iz kan? Iz tak pernah pun bawa Ana ke kedai Iz tau,” rajuk Farhana sambil
memuncungkan bibirnya.
“ Ala, sayang janganlah merajuk.
Nanti Iz bawa Ana okey. Sekarang habiskan makanan cepat.” Pujuk Faiz sambil
mengukir senyum.
“ Nadia, Iz bukannya apa.
Sebenarnya lelaki ni kalau dia dah suka dia akan tunjukkan sikap tu melalui
perbuatan tau. Macam Doktor Fadhli tadi. Gentle
je caranya. Mungkin sekarang Nadia tak suka, tapi siapa tahu satu hari nanti
Nadia akan jatuh cinta pada dia,” ujar Faiz terang lebar.
“ Tak mungkin Nadia suka dia,”
ujar Nadia dengan perlahan.
Puan Linda yang
sedang asyik menonton televisyen merasa hairan apabila melihat sikap anaknya
yang sedari tadi hanya diam sahaja. Dia kenal anaknya itu, sepertinya Zafran
mempunyai masalah yang sukar untuk dirungkaikan. Lantas dia mendekati anak
lelakinya itu.
“ Along, kenapa termenung ni?
Along ada masalah ke? Tak mahu kongsi masalah dengan ummi?” Puan Linda menyoal
lantas dia melabuhkan duduk disebelah anak lelakinya.
“ Tak adalah ummi. Cuma err… ummi,
salah ke kalau along nak percepatkan tarikh pertunangan?” soal Zafran seraya
merenung tepat mata umminya.
“ Tak salah, along dah tak sabar
nak kahwin ya? Atau along bimbangkan sesuatu? Rin berubah sikap ke?” Puan Linda
menyoal bertalu-talu.
“ Bukan apa ummi. Err… sebenarnya, lately ni along banyak berfikir.
Macam-macam hal yang jadi. Tambah pula sekarang ni bekas kekasih Erina masih
menagih kasih Rin. Dan err… along sebenarnya takut. Takut untuk kehilangan buat
kali kedua. Along sayangkan Rin ummi, along tak mahu kehilangan dia,” luah
Zafran dengan sepenuh hati.
“ Bekas kekasih Rin?” Puan Linda
mengulang kembali ayat yang dituturkan Zafran. Wajahnya terukir seribu
kemungkinan. Bimbang seandainya tidak dapat menjadikan Erina sebagai
menantunya.
“ Ummi, ummi. Kenapa ni?” Zafran
menyoal sebaik saja melihat wajah umminya yang seperti sedang menyimpan rahsia
itu.
“ Ummi harap Rin benar-benar
tercipta buat along. Ummi juga takut sayang. Along, buat solat isthikarah ya.
Ummi harap along akan dapat petunjuk dari ALLAH,” ujar Puan Linda seraya
mencium ubun-ubun anaknya.
“ Baiklah, insya-ALLAH terima
kasih ummi. Along akan solat isthikarah seperti yang ummi sarankan. Ummi,
doakan agar along bahagia,” ujar Zafran sambil mencapai tangan umminya lalu dia
bawakan tangan itu ke bibir.
Puan Linda tersenyum mendengar
bicara Zafran. Lantas dikesat airmata yang mengalir dipipi saat terlihat
kelibat si suami yang mengahampirinya.
“ Ha, berbual apa anak abi ni?
Serius je muka ummi tu?” soal Encik Lazim sebaik sahaja melabuhkan punggung
berhadapan Zafran.
“ Tak ada abi. Cuma along err…
along takut,” luah Zafran sambil bermain dengan jemarinya.
“ Along takut apa? ALLAH ada
along. Andai along rasa lemah, rasa takut kehilangan sesuatu yang along sayang,
dekatkanlah diri along dengan DIA. Insya-ALLAH Yang Maha Pencipta akan
mendengar setiap rintihan dan juga luahan along,” nasihat Encik Lazim dengan
ikhlas lalu mengatur langkah mendekati anak dan isterinya.
“ Terima kasih abi. Along rasa
bersyukur sangat, memiliki seorang ayah dan ibu sebaik abi dan ummi. Along
bangga menjadi anak kalian,” ujar Zafran lantas dia dipeluk erat oleh abi dan
juga umminya.
“ Abi juga bangga ada anak seperti
along. Cuma abi… terkilan, abi gagal untuk mendidik angah, abi…” terhenti
kata-kata Encik Lazim kerana sebak yang menular ke tangkai hatinya.
“ Abi…” belum sempat Zafran
meneruskan katanya tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang
amat dirindui mereka.
“ Assalamualaikum.” Zafran menoleh
kearah pintu.
ANGAH |
“ Waalaikumsalam, angah. Ya ALLAH,
balik juga kau kat rumah ni. Ingat dah lupa jalan balik,” perli Zafran sebelum
memeluk tubuh adiknya.
“ Maafkan angah,” Tutur Zahiril
sebaik meleraikan pelukannya. Lantas dia mengatur langkah mendekati ummi serta
abinya.
“ Ummi, abi angah mohon ampun dan
maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Angah rasa berdosa sangat. Ummi,
abi se… sebenarnya angah malu nak balik.” Zahiril berjeda seketika.
Puan Linda sudah teresak-esak
menangis. Pilu hatinya melihat keadaan anaknya yang tidak terurus itu.
“ Apa sudah jadi pada kamu angah?
Kenapa kamu tak balik sejak kamu kahwin? Kamu dah lupakan ummi ke? Sampai hati
kamu… ummi…” Encik Lazim memeluk tubuh isterinya saat esakan si isteri semakin
menjadi-jadi.
“ Maafkan angah ummi. Tapi ada
sebab kenapa angah tak balik. Angah malu, jijik dengan diri angah.” Tutur
Zahiril berama esakan kecil. Zafran mengesat airmata melihat drama sebabak
dihadapannya itu.
“ Astaghfirullah-al Azim, kenapa
angah cakap macam tu nak?” soal Encik Lazim dengan tenang.
“ Abi, sejak angah kahwin, angah
masih dengan perangai lama angah. Masih bertukar ganti teman wanita. Angah
setia ke kelab malam, walaupun Anita selalu menasihati angah, angah tak pernah
nak dengar nasihatnya. Angah selalu marah dan tengking Anita. Dan apa yang
lebih teruk, sebabkan angahlah Anita keguguran. Sebabkan angah sekarang Anita
jadi murung. Angah takut kehilangan Anita. Dan angah tahu angah tak layak buat
insan sebaik Anita.” Zahiril berjeda seketika.
“ Astaghfirullah al-Azim, apa yang
kamu sudah lakukan terhadap Anita? Bagaimana keadaannya sekarang?” Puan Linda
menyoal bertalu-talu.
“ Anita masih di Hospital. Dia tak
mahu jumpa dengan angah. Bodohkan angah? Angah tuduh Anita curang, sedangkan
angah tahu bahawa Anita seorang isteri yang sangat baik. Angah… angah suruh
Anita gugurkan kandungan dia, dan sekarang ALLAH makbulkan doa angah. Angah
betul-betul suami yang tak berguna,” luah Zahiril kesal akan perbuatannya.
Zafran mendekati adiknya lalu
didakap tubuh itu erat. Zafran turut mengalirkan airmata mendengar luahan hati
adiknya itu.
“ Angah, kau kena kuat. Kalau kau
lemah macam ni, macam mana kau nak pujuk Anita? Along tahu Anita sayangkan
angah. Buktinya dia masih setia disisi angah biarpun angah berkali-kali sakiti
dia. Tapi ingat, kali ni along harap angah benar-benar berubah.” Zafran
berbisik lembut ditelinga Zahiril.
Zahiril meleraikan pelukannya.
Lantas dia mendongak memandang abangnya. Dengan perasaan malu dia turut
berbisik ditelinga Zafran.
ANITA |
“ Along, sebenarnya angah dah
jatuh cinta pada Anita sejak kami kahwin lagi. Tapi angah ego. Angah selalu
pukul Anita. Angah… jadikan dia seperti hamba abdi angah, tempat untuk
memuaskan nafsu angah. Apa masih layak ke lelaki macam angah buat Anita?”
Terenjut-enjut bahu Zafran saat adiknya melepaskan tangisan dibahunya.
“ ALLAH maha adil. Berdoalah agar
ALLAH melembutkan hati Anita. Oh, ya Anita di Hospital mana?” soal Zafran
setelah tangisan Zahiril reda.
“ HKL, angah nak minta jasa baik
ummi dan abi. Tolong pujuk Anita. Angah tak sanggup kehilangan Anita. Angah
cin… angah cintakan Anita,” luah Zahiril seraya meraup wajahnya yang kusut
tidak terurus itu.
“ Apa tunggu lagi? Marilah kita ke
HKL. Takkan nak dibiarkan adik ipar along sorang-sorang. Dia sudahlah anak
yatim, kita sajalah keluarganya. Ummi, abi mari kita jenguk Anita,” ajak Zafran
seraya bingkas bangun untuk ke biliknya ditingkat atas.
“ Angah, abi harap kamu insaflah.
Jadikan semua yang berlaku ni adalah pengajaran dan iktibar buat kamu. Jangan
ulangi kesilapan dulu,” nasihat Encik Lazim seraya menepuk lembut bahu anaknya.
“ Angah, ummi tak mahu kehilangan
menantu ummi yang baik seperti Anita. Ummi doakan agar jodoh angah tetap
bersama Anita hingga akhir hayat. Ummi harap semua yang jadi ni mampu
membuatkan angah menghargai Anita,” ujar Puan Linda lantas dicumnya ubun-ubun
si anak sebelum menaiki tangga untuk ke biliknya ditingkat atas.
‘ Ya ALLAH, aku pohon padaMU,
lembutkanlah hati isteriku, agar dia memafkan aku. Sesungguhnya, aku hambaMU
yang hina. Aku tidak berdaya untuk menolak perasaan ini. Aku tidak sanggup untuk
kehilangan wanita sebaik isteriku. Ita, maafkan aba… maafkan abang sayang,
abang cintakan Ita,” rintih Zahiril dengan penuh kekesalan.
Pantas Zahiril mengesat airmata
yang mengalir dipipi saat matanya menyorot kelibat Zafran menuju kearahnya. Dia
cuba untuk mempamerkan wajah tanpa riak.
“ Menangis sajalah angah, andai
dengan menangis mampu meredakan hati angah. Tak usah malu dengan along.”
Zahiril terus mendakap tubuh
abangnya lalu dilepaskan tangisan di bahu abangnya. Zafran hanya membiarkan
bahunya basah dek airmata Zahiril.
“ Angah menyesal along. Menyesal
sebab ikutkan darah muda angah. Sekarang, isteri dan anak angah dalam kandungan
Anita yang jadi mangsa dera angah. Jahatkan angah?” Zafran turut terasa melihat
adiknya yang sedang berduka itu.
“ Along, marilah kita ke HKL
sekarang. Takut jalan sesak nanti,” ujar Encik Lazim seraya menghulurkan kunci
kereta kearah Zafran.
Semasa dalam perjalanan Zahiril
tidak putus-putus berdoa agar isterinya berlembut hati untuk memafkannya.
Walaupun dia sedar sukar untuk Anita memafkannya namun dia tidak akan mengalah
kerana dia yakin bahawa Anita adalah jodoh yang telah ditentukan ALLAH buatnya.
‘ Ya ALLAH, izinkanlah aku untuk
mengecap kebahagiaan bersama isteriku. Aku pohon padaMU, lembutkanlah hati
isteriku.’ Zahiril merenung skrin telefon bimbitnya. Dia menatap wajah si
isteri yang sedang tersenyum manis padanya itu.
“ Maafkan abang sayang. Abang
berdosa pada sayang. Apakah masih layak abang untuk sayang? Jangan tinggalkan
abang, abang tak mampu untuk meneruskan hidup seandainya sayang pergi dari
hidup abang,” rintih Zahiril pilu.
Puan Linda, Encik Lazim dan juga
Zafran yang mendengar luahan hati itu turut merembeskan airmata pilu. Zafran
cuba untuk fokus terhadap pemanduannya. Setelah sampai ke HKL Zahiril mengatur langkah longlai. Entah mengapa rasa takut
kehilangan begitu menguasai dirinya.
“ Angah, jom. Kau kena kuat angah.
Kami sentiasa disisi angah,” ujar Zafran seolah-olah memberikan kata-kata
semangat kepada adiknya.
“ Terima kasih along,” Zahiril
mengatur langkah dengan lebih yakin setelah mendengar kata nasihat abangnya.
Ting!
Pantas Zahiril, Zafran, Puan Linda
serta Encik Lazim mengatur langkah laju sebaik mendengar bunyi dentingan lif.
Encik Lazim memaut erat bahu Zahiril untuk memberikan sedikit kekuatan. Zahiril
menguatkan hatinya sebaik sahaja dia sudah berada dihadapan isterinya. Hatinya
bagaikan dihiris belati tajam saat si isteri memaling wajah dari pandangannya.
“ Ita, cuba tengok siapa datang ni
sayang. Ita, tolonglah pandang wajah abang. Ita…” Zahiril tidak jemu menyeru
nama isterinya biarpun tiada respon dari isterinya.
“ Angah,” seru Puan linda dengan
lembut.
“ Assalamualaikum, Ita menantu
ummi. Ummi datang ni sayang. Pandang wajah ummi sayang,” rayu Puan Linda lalu
dia menyeka airmata yang mengalir dipipi Anita.
“ Ummi,” seru Anita lantas didakap
tubuh ibu mertuanya.
Zafran mengalih pandangan kearah
lain. Tidak sanggup rasanya untuk melihat airmata yang mengalir di wajah ummi
serta adik iparnya.
“ Ummi, anak Ita dah takde. Anak Ita dah meninggal. Ita dah takde sesiapa dalam dunia ni. Siapa yang
nak temani Ita lepas ni?” Anita meraung semahu-mahunya dibahu Puan Linda.
Dum!
Terasa kejang tubuh Zahiril
apabila mendengar luahan hati isterinya. Dia merasa bagaikan dihempap batu.
Terasa sakit beban yang dipikulnya kini. Dia memicit pelipisnya lantas tubuhnya
rebah menyembah bumi.
“ Ini semua salah abang. Abang nak
sangat Ita gugurkan kandungan bukan? Sekarang puas hati abang? Anak Ita dah
mati. Ita benci abang.” Anita menghamburkan kemarahannya kepada Zahiril.
Zahiril memejamkan matanya rapat.
Terasa sakit untuk menelan segala kata-kata yang dihamburkan Anita. Namun
memikirkan segalanya berpunca dari dia, dibiarkan saja Anita untuk terus
menghukumnya.
“ Puas hati abang? Ita benci
abang. Keluar dari sini. Ita tak mahu tengok abang,” Anita menjerit bagaikan
dirasuk.
“ Ita, bawa bertenang. Mengucap
nak. Angah, keluar dulu sayang. Bagi Ita masa untuk tenangkan diri dulu.”
Zahiril akur akan arahan umminya lalu dia mengatur langkah dan menunggu di luar
wad.
‘ Ita, maafkan abang. Ita jangan
bencikan abang. Abang tak sanggup untuk kehilangan Ita, jangan tinggalkan
abang,’ rintih Zahiril didalam hati.
Puan Linda memeluk erat tubuh
menantunya. Dia mencium ubun-ubun Anita. Hancur luluh hatinya melihat keadaan
Anita yang tampak tertekan itu. Dia membaringkan tubuh Anita, lantas
diselimutkan tubuh itu.
“ Ummi, izinkan angah jaga Ita.
Tak mengapalah angah dapat jaga semasa dia tidur pun sudah cukup. Angah mohon,
izinkan angah ya. Ummi, izinkan angah,” pinta Zahiril penuh mengharap.
Puan Linda menganggukkan
kepalanya. Lantas dia memberi semangat buat anaknya itu.
“ Angah jangan mengalah ya nak.
Angah kena sentiasa berada disisi Anita. Jangan biarkan dia lemah. Jangan
tinggalkan Anita, kerana dia perlukan angah.” Zahiril cuba mengukir senyum,
walaupun dia tahu senyumannya hambar.
Sejurus keluarganya meninggalkan
HKL, dia duduk di kerusi di sebelah kanan Anita. Lantas dia mengambil tangan
Anita lalu dikucupnya jemari itu. Serta merta ingatannya kembali saat dimana
dia melemparkan kata-kata nista pada isterinya itu.
“ Ab… abang. Ita ada sesuatu err…
nak cakap pada abang,” ujar Anita tersekat-sekat.
“ Cakap apa?”soal Zahiril dingin.
“ Ita… err… Ita mengandung bang.
Kita akan jadi…”
“ Apa? Tak, kau bergurau kan? Hei,
anak jantan mana yang kau kandung ha?” suara Zahiril mula memetir.
Anita menekup bibirnya saat
mendengar pertuduhan yang dilemparkan oleh si suami. Sungguh hatinya terhiris
apabila kata-kata hinaan itu dilemparkan oleh suami yang dikasihinya.
“ Abang, Ita tak pernah buat semua
tu bang, Ita tak pernah curang dengan abang. Ini anak kita bang,” Anita
menegakkan kebenaran.
Pang!
Bergetar bibir Anita saat tapak
tangan suaminya melekat di pipi. Terasa pijar bekas tamparan itu. Lantas dia
merembeskan airmata untuk kesekian kalinya.
“ Aku nak kau gugurkan kandungan
tu. Aku tak mahu anak tu lahir kau faham!” herdik Zahiril seraya
menunjal-nunjal kepala Anita.
“ Ya ALLAH, tak Ita takkan
gugurkan anak ni. Ini anak kita bang. Ita tak pernah curang dengan abang,
percayalah Ita bang,” rayu Anita namun sedikit pun Zahiril tidak mengendahkan
rayuan itu.
Zahiril merentap kasar rambut
Anita. Dia hanya tersenyum sinis apabila sesekali Anita meronta untuk
dilepaskan.
“ Hei, perempuan kau tahu tak,
sebabkan kau hidup aku hancur? Kau tu cuma perempuan untuk memuaskan nafsu aku
je. Faham!” jerkah Zahiril.
Setelah puas ditampar wajah Anita,
Zahiril mula bertindak lebih agresif. Dia mula menyepak perut Anita. Dia
bertindak bagaikan dirasuk. Suara tangisan berselang seli dengan suara rontaan
si isteri langsung tidak diendahkannya.
Anita terjaga dari lenanya apabila
terasa ada air yang mengalir di tangannya itu. Dia tergamam melihat airmmata
yang mengalir di pipi suaminya. Lantas dia memalingkan wajah, tidak mahu
suaminya melihat airmata yang merembes di pipinya. Zahiril tersentak dari
lamunan apabila terasa pergerakan Anita yang mula membelakanginya itu.
“ Ita, pandang wajah abang sayang.
Sekali pun jadilah,” rayu Zahiril sambil membelai rambut Anita.
“ Apa lagi yang abang mahu? Ita
ikhlas sayangkan abang. Tapi abang tak pernah hargai. Abang kalau tak boleh
sayangkan Ita, jangan seksa anak kita. Tapi, apa sekarang? Anak kita dah takde. Ita nak bergantung harap pada
siapa lagi?” sendu kedengaran suara yang dilontarkan Anita.
“ Beri abang satu peluang sayang.
Abang janji akan tebus segala kesalahan abang. Abang… abang cintakan Ita.
Jangan tinggalkan abang.” Anita berpaling untuk melihat wajah suaminya.
“ Abang bohong. Ita tak percaya,”
ujar Anita perlahan lalu dia memjamkan mata.
“ Abang cintakan Ita, abang
perlukan Ita, abang menyesal sebab tidak menghargai Ita,” bisik Zahiril lembut
lalu dikucupnya dahi Anita.
10 comments:
Zahiril, Zahiril... mengapa kau tak hargai permata yang berharga? Hmm... Ego!
kesian zahiril ='(
Touching habis. Hagar Si angah... Nak tumbuk dia... >.<
Nadia kena terima hakikat yang jodoh dia bukan dengan faiz
uit2, jangan emo hehehe...tq semua sudi singgah :)
next n3 angah baik...mungkin :P hehe
Kesian kat ita... geram dgn zahiril, sanggup dia pukul isteri dia, tp kesian jgak bila dia dah insaf.. hope ita dpat terima dia balik.. =(
insyaALLAH kot heee
Sebak niee.. huhuu.. jahat zahiril tu nasib dah insaf. Anita trauma lgi tu.. Kesian dia..dah takde baby. Huhuu..
yup..alhamdulillah.tapi kesian anita :)
Arrr sedih nya..cian ita..angah pun cina gak tp tulah yang jahat sgt tu npa? Tgok apa da jadi..
hee, sabar anja..hikhikhik..lumrah manusia kan :)bila dpn mata xpandai menghargai....
Post a Comment