CINTA BILANG BENCI BAB 18


 










ERINA menutup bunyi jam loceng di sebelah katilnya. Dia mencelikkan mata perlahan-lahan. Dia menahan kuap, lalu duduk diatas katil. Setelah beberapa minit, dia mengatur langkah untuk membersihkan diri dan memunaikan solat subuh.

Setelah siap berpakaian Erina mencapai telekung yang diletakkan diampaian, lalu dia menghamparkan sejadah. Dengan penuh kusyuk dia menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA. Usai solat Erina mencapai Al-Quran yang diletakkan di dalam laci kecil di sebelah katilnya. Dia menyeka airmata dipipi, kerana sedar bahawa telah lama dia meninggalkan amalan mengaji, biarpun sebelum ini sering kali diamalkankannya.

“ Rin, kau…” terhenti kata-kata Farhana apabila mendengar sayup-sayup suara Erina mengaji itu. Terbit rasa bangga dan kagum pada sahabatnya saat itu.

Tanpa menunggu Erina menyudahkan bacaannya Farhana mengatur langkah untuk ke dapur menyediakan sarapan pagi. Saat matanya melalui bilik tidur Nadia, hatinya terdetik untuk melihat sama ada gadis itu sudah bangun ataupun masih berlingkar diatas katil. Farhana menggelengkan kepala apabila melihat tubuh Nadia yang mengerekot diatas katil. Lalu dia mengatur langkah untuk mengejutkan Nadia.

“ Nad bangun. Dah pukul 6.30 ni. Nad,” Farhana menggoncangkan tubuh Nadia.

“ Erm,” Nadia menggugam.

“ Nad, bangun. Solat subuh,” ujar Farhana seraya menepuk lembut pipi Nadia.

“ Dah pukul berapa ni Rin?” soal Nadia sambil mata masih terpejam.

“ Dah pukul 6.30 ni Nad. Bangun,” arah Farhana. Terasa lucu pula mendengar Nadia memanggilnya dengan nama Erina.

Nadia mencelikkan matanya luas. Terjojol matanya apabila melihat kelibat Farhana dibiliknya itu. Sangkanya Erina yang sedang mengejutnya saat itu.

“ Aku ingatkan Rin yang kejut aku. Terima kasih, Ana kejutkan aku,” ucap Nadia lalu dia mencapai tuala sebelum menuju ke arah bilik air.

“ Sama-sama.”

Erina menarik tombol pintu lalu dia tersenyum saat matanya bertembung sepasang mata milik Farhana.

“ Nadia dah bangun ke?” tanya Erina.

“ Dah bangun pun. Kau nak makan apa? Aku ingat nak goreng mee. Lama tak makan. Rindu pula nak makan mee goreng ala-ala kampung gitu,” seloroh Farhana lantas ketawa kecil.

“ Hai, ceria semacam je aku tengok. Ada apa yang aku tahu ke?” provok Erina.

“ Hari-hari aku ceria apa. Dah, kau tolong potong sayur okey?” Farhana mengubah topik.






“ Ana, takkan dengan aku pun kau nak rahsia kot?” provok Erina lagi.

“ Tak ada apalah Erina. Sejak bila kau tukar profesion ni? Kau nak jadi wartawan ke?”

Erina ketawa lucu mendengar soalan dari Farhana. Dia mengatur langkah untuk mendekati Farhana, lalu dia memeluk tubuh sahabatnya dari belakang. Dia meletakkan dagunya diatas bahu Farhana. Kemudian dia berbisik ditelinga Farhana.

“ Aku bahagia tengok kau bahagia. Semoga kau dan Faiz cepat-cepat kahwin. Aku tak sabar nak makan nasi minyak.” Usai berkata Erina melarikan diri saat Farhana ingin mencubit dirinya.

“ Kau ni nakal betul. Tapi terima kasih sebab doakan aku. Faiz benar-benar kembalikan keceriaan aku. Aku bahagia sangat,” ujar Farhana dengan lembut.

“ Mengaku pun. Kau nak masukkan sayur apa lagi ni?” tanya Erina sambil membawa sayur sawi yang telah dipotong ke singki.

“ Guna je sayur apa yang ada.” Farhana tersenyum melihat kelibat Nadia.

“ Kau orang nak masak apa? Boleh aku tolong?” soal Nadia.

“ Kau tolong blend bawang dengan cili ni boleh?” Nadia mengangguk seraya mengambil bawang dan cili yang dihulurkan Farhana.

Suasana dapur gamat dengan suara ketawa mereka. Sesekali Farhana menjerit kecil saat dibuli Erina. Sesekali Erina ketawa apabila dapat mengenakan Nadia.

“ Macam manalah nanti kalau kau orang dah kahwin kan? Agak-agak dapat tak kita jumpa macam sekarang? Ketawa macam sekarang ni?” tanya Nadia dengan tiba-tiba.

“ Mestilah boleh. Lagipun Kau orang kan sahabat aku dunia akhirat,” ujar Erina sambil mencedok mee goreng yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk.

Farhana membancuh air teh sementara Nadia mengambil mug serta pinggan lalu dibawakan ke ruang makan. Mereka makan dengan suasana sepi. Erina merenung jam dinding.

‘ Pukul 8.00. Bermakna lagi satu jam sebelum Zaf jemput aku. Erm, rasa macam debar sangat ni kenapa? Hai, cik hati bertenang sikit boleh tak?’ omel Erina didalam hati.

“ Kau orang tak ada plan ke nak pergi mana-mana? Lagipun sekarang kan masih awal lagi?” tanya Nadia sambil menyuakan mee goreng ke mulut.

“ Aku nak jumpa Zaf kejap lagi. Mungkin aku lambat sikit kot nak masuk butik. Harap kau orang faham,” ujar Erina.

“ Okey. Ana tak ada nak pergi mana-mana ke?” soal Nadia kepada Farhana.

“ Tak kot. Aku malas la. Kalau lepas balik dari kerja tak apalah,” ujar Farhana.

Hanya engkau kekasihku,
Hanya  aku kekasihmu

Farhana mencapai telefon yang diletakkan diatas meja lalu dia mengangkat panggilan itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.






“ Assalamualaikum sayang,” sapa Faiz terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, mengada.”


“ Dah sarapan?” tanya Faiz.

“ Dah, Iz dah sarapan?”

“ Belum, jangan makan banyak sangat. Nanti temankan Iz makan okey sayang? Nanti Iz ambil sayang.” Pesan Faiz selamba.

“ Tapi… Iz, Iz. La dah letak pula,”sungut Farhana.

Di atas bumi ini
Ku berpijak
Ada jiwa yang tenang

Di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

 Nadia tergelak kecil melihat Farhana menjengilkan matanya. Lalu dia membawa pinggan yang telah kosong ke dapur. Dia cuba untuk menenangkan hatinya.  Sengaja dia menceriakan hatinya sendiri, kerana dia tidak mahu menampakkan lemah dihadapan Farhana. Dan apa yang lebih penting adalah kerana dia tidak mahu Farhana merasa bersalah terhadapnya.

“ Kau okey Nad?” tanya Erina dari arah belakang.

 “ Okey. Kenapa kau tanya? Aku nampak tak okey ke?” soal Nadia sambil membuka peti ais lalu mencapai kotak air soya, kemudian dia menuangkan kedalam gelas.

I know you Nadia. Aku tahu kau rahsiakan sesuatu dari aku. Tak mahu cerita pada aku?” Erina menyoal dengan lembut.

Nadia mengetap bibir. Dia meletakkan gelas lantas dia mendakap tubuh Erina. Dia hanya membiarkan airmata bertakung di kolam matanya.










“ Aku tak kuat Rin. Aku tak mampu. Aku ingat aku boleh lupakan dia, tapi hati aku tetap sayangkan dia, biarpun aku tahu dia sayangkan orang lain. Salahkah aku mencintai dia?” tanya Nadia bersama esak tangis.

“ Tak salah. Cuma takdir Faiz tercipta bukan untuk kau. Nad, aku tahu kau sayangkan Faiz, tapi Ana…”

“ Aku tahu. Kau tak perlu ingatkan aku.”sampuk Nadia sebelum Erina menghabiskan katanya.

“ Kau kena kuat Nad. Aku tahu kau boleh lupakan dia,” ujar Erina seraya meleraikan pelukannya.

“Aku janji untuk lupakan Faiz. Tapi kau kena tolong aku lupakan dia,” ujar Nadia dengan tenang.

Erina melihat jam di pergelangan tangannya hampir menunjukkan pukul 8.30. Lalu dia meminta diri untuk kebiliknya.

“ Aku nak pergi bersiap. Nanti berleter pula Zaf tunggu aku. Kau jangan lemah. Aku yakin kau mampu untuk lupakan dia,” nasihat Erina sebelum berlalu.

“ Terima kasih,” ujar Nadia lalu dia membawa gelas yang digunakan ke singki.

“ Nad, kau pergi seorang ke butik boleh?” tanya Farhana. Wajahnya terukir riak serba salah.

“ Boleh. Kau nak pergi dating ya?” usik Nadia.

Tepat jam 9.00 pagi Zafran sampai di rumah sewa Erina. Dia mengukir senyum sebaik melihat kelibat Erina yang berjalan menghampirinya.








“ Cantiknya Rin hari ni.” sakat Zafran sebaik Erina berdiri dihadapannya.

“ Amboi, sebelum ni tak cantik ke?” balas Erina.

“ Cantik, cuma hari ni kecantikkan tu lebih terserlah. Jom,” pelawa Zafran seraya membuka pintu di sebelah penumpang hadapan. Setelah Erina memboloskan diri kedalam perut kereta barulah dia mengatur langkah untuk ke sebelah pemandu.

“ Apa cerita sebenarnya ni?” soal Erina setelah Zafran meluncurkan kereta dijalan raya.

“ Angah dia dah balik rumah. Cuma ada masalah yang berpunca dari dia, yang menyebabkan isterinya iaitu Anita masuk ke HKL. Anita keguguran.” Melopong mulut Erina mendengar berita yang baru didengarnya itu.

“ Astagfirullah Al-Azim. Dah tu Anita sekarang ni macam mana? Dia okey ke?” tanya Erina dengan perasaan simpati.

“ Dia murung. Semalam pun, tak sudah-sudah menangis. Tapi angah kata emosi Anita dah okey sikit,” ujar Zafran sambil menoleh sekilas ke wajah Erina.

Setelah sampai di HKL mereka terus sahaja menuju ke wad dimana Anita ditempatkan. Erina merasa sedih melihatkan wajah Anita yang sembab itu.

“ Assalamualaikum, angah.” Zahiril memanggungkan kepala melihat Zafran.

“ Waalaikumsalam, along. Siapa ni?” soal Zahiril hairan.

“ Erina, bakal kakak ipar angah,” ujar Zafran seraya meloretkan senyuman.

“ Anita, apa khabar? Macam mana Anita hari ni? Okey ke?” soal Erina lalu dia duduk bersebelahan Anita.

“ Ita okey. Kak Erina bakal kakak ipar Ita ya? Cantiknya,” puji Anita lalu dia mendakap tubuh Erina.

Erina turut membalas pelukan Anita. Dia membelai lembut tubuh itu. Lalu dia mengucup ubun-ubun Anita. Anita mengalirkan airmatanya. Erina meleraikan pelukan apabila mendengar esakan kecil Anita.

“ Ita, kenapa ni?” soal Erina dengan lembut.

“ Ita rindukan arwah ibu. Ita tak pernah rasa kasih sayang seorang kakak. Izinkan Ita menganggap Kak Rin sebagai kakak Ita ya? Boleh kan?” pinta Anita lalu mengucup tangan Erina.

Erina menggangguk kepala lalu didakapnya tubuh Anita. Terasa kasih sayangnya melimpah ruah buat gadis muda itu.

“ Ita anggap saja Kak Rin kakak Ita. Ita cepat sembuh ya.”

“ Insya-ALLAH, terima kasih Kak Rin,” ujar Anita sambil mengesatkan airmatanya.

“ Ita rehat ya sayang. Kak Rin nak kena masuk kerja dah ni.” tutur Erina lantas dia membaringkan tubuh Anita.

“ Pastikan Anita makan ubat tepat pada masanya,” pesan Erina tegas kepada Zahiril.

Zahiril hanya menghantar kelibat Zafran dan Erina dengan pandangan kosong.

“ Dah tahu kisahnya kan? Apa yang Rin rasa bila tengok keadaan Ita tadi?” tanya Zafran sebaik saja memboloskan diri kedalam lif.

“ Sadis. Rin nampak penyeksaan didalam matanya. Err… mana keluarga Ita?” tanya Erina teragak-agak.

“ Dah meninggal sejak dia kecil lagi. Kami kenal dia pun di rumah anak yatim. Pertama kali abi pandang Anita, terus sahaja rasa sayang tu hadir didalam hati. Sebab tu abi jodohkan dengan angah. Sebab dulu angah tu suka berpelesaran, balik dalam keadaan mabuk. Ingatkan boleh ubah dia jadi orang, rupanya sama saja.” Terang Zafran panjang lebar.

“ Kesian Anita. Zaf dah makan ke?” tanya Erina.

“ Belum. Tak sempat nak makan la. Temankan Zaf makan dulu boleh?” tanya Zafran seraya mengenyitkan matanya.

Ish, main kenyit-kenyit mata pula. Menggoda iman betul la Zaf ni. Wahai cik hati tolonglah bertenang. Gerutu Erina dalam hati.

Zafran memandu dengan tenang. Sesekali dia menjeling ke arah Erina di sebelah. Dia mengukir senyum melihat Erina yang serba tidak kena itu.

“ Rin kenapa? Macam resah je?” tanya Zafran sambil tersengih nakal.

“ Zaf tu la. Tenung orang macam nak terkeluar biji mata tu kenapa?” marah Erina lantas Zafran menghamburkan ketawa yang ditahannya sedari tadi.

“ Tenung sikit takkan tak boleh?” sakat Zafran lagi.

Erina mengepal penumbuknya, lalu menjeling tajam wajah jejaka di sebelahnya itu. Tanpa pedulikan Zafran dia membuka siaran radio untuk menghiburkan hati. Dia turut bernyanyi kecil saat lagu Aku Suka Dia yang dipopularkan oleh Ainan Tasneem bermain di corong radio.

“ Sedapnya Rin nyanyi. Zaf rasa macam Rin nyanyikan untuk Zaf pula,” usik Zafran lalu di menjongketkan kening.

“ Perasan.” Perli Erina kemudian dia membuang pandang ke luar tingkap.

“ Rin.”

Senyap.

“ Rin, Rin.”

Senyap.

La, boleh pula dia tidur dalam kereta. Hampeh! Patutlah senyap je. Kutuk Zafran dalam hati.

“ Rin.” Zafran menepuk lembut pipi Erina.

“ Maaf, tertidur pula,” ujar Erina lantas tersengih manja.

“ Dah, jom turun. Dah lapar sangat ni,” ajak Zafran lalu keluar dari perut kereta.

Sebaik sahaja Erina keluar dari perut kereta tiba-tiba mereka disapa oleh seorang gadis yang agak cantik.

Siapa pula minah ni? Kacau betullah. Erm, tapi boleh tahan juga minah ni. Feminin, sederhana tinggi, rambut panjang paras pinggang. Lawa juga. Tapi siapa dia erk? Monolog Erina.

“ You ni Aidil Zafran right?” tanya gadis itu sambil merenung Erina atas bawah.

“ Ya. Kejap, kau ni Camelia kan?” soal Zafran setelah menjawab soalan Camelia.

‘ Oo, jadi ini la Camelia. Cantik juga. Zaf ni rabun ke? Minah cantik macam ni pun tak diterimanya.’ Kutuk Erina dalam hati.

“ Oh, ya kenalkan ini Erina. Gambar yang kau curi dulu, inilah orangnya. Rin kenalkan ini Camelia.” Zafran mengenalkan Camelia pada Erina.

“ Hai Erina. Cantik nama tu, secantik orangnya.”puji Camelia lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

“ Awak apa kurangnya, cantik juga.” Tutur Erina.

No wonder la you tak layan semua girl’s yang tergilakan you. Rupanya menanti bidadari kayangan. Oh, ya memandangkan I dah jumpa you ni I nak mohon maaf pada you, atas keterlanjuran sikap i. Sepatutnya I sedar siapa diri i. And you Erina. You sangat beruntung tahu? Aidil ni sangat setia orangnya. You benar-benar bertuah memiliki dia. Jaga dia baik-baik. Kalau tidak I rampas dia dari you,” seloroh Camelia. Ternganga Erina mendengar pengakuan berani mati Camelia saat itu.



 
CAMELIA






“ I gurau saja. Okeylah Aidil, Erina I pergi dulu.” Tutur Camelia lantas meninggalkan pasangan dua sejoli itu.





P/s = teruskan sokong WA ya :) lagi dua bab sahaja lagi :)

7 comments:

Thanusya Shanmuganathan said...

betul ke camelia dah bertaubat? musykil..... >.<

Unknown said...

Best akak ! Kesian nadia kan2. huhuu.. Ada2 je lah zaf tu. main kejit2 mata. hihii

Unknown said...

err....kita akan nantikan next n3 :)

jiah tq nadia memang kesian tapi nanti insya-ALLAH ada orang yang ubatkan luka nad

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Best2...tp kesian kat nadia...:(

Unknown said...

akan ada orang ubatkan Nadia nanti

oman said...

Mcam muskil jak camelia ni...cian nadia,tp xda doctor kan ada ubat heheh

Unknown said...

err... hehee anja tq singgah..dah ada bab baru n last di blog :)