OK TAK? MAIN HENTAM BUAT JE..... |
Jadi
awaklah
pekerja baru tu ya?” soal jejaka tampan dihadapanku ini.
“ Ya, saya.” Ujarku seraya tersenyum simpul.
“ Baiklah, saya Razif. Saya adalah penyelia
Housekeeping, Encik Radin ada beritahu kamu soal gaji, apa tugas kamu dan apa
peraturan disini?” tanya ENcik Razif dengan riak wajah serius.
“ Err… takde
Encik Razif,”
“ Tak mengapa. Okey, disini kita akan mula bekerja
pada pukul 8 pagi, untuk Housekeeping kita ada dua shift. Ada banyak Department
disini. Dan awak harus tahu setiap Department. Housekeeping ada tiga jenis
jenis bilik iaitu Superior, Family Room dan Deluxe Room. Superior disediakan satu katil Queen size, tapi boleh minta caj Extra Bed. Deluxe Room
ada satu katil Queen Size and one Single Bed. Family Room bla bla bla…” aku mempamerkan wajah tanpa riak. Bosan
mendengar leteran Encik Razif. Lalu untuk menghentikan leteran aku membuka
cerita bahawa aku mengetahui setiap butir bicaranya itu.
“ Err… Encik Razif tak perlu terang dengan detail sangat. Sebab saya tahu tentang
tu. Saya pernah belajar Housekeeping
Department,” ujarku selamba.
“ Kenapa awak tak cakap? Membazir air liur saya je
terangkan dengan lebih terperinci,” ujar Encik Razif sambil membuat memek muka
seperti ingin marah.
“ So, Fazi. Sebagai senior disini saya mahu awak
beri tunjuk ajar pada Lysa, even dia
dah tahu, tapi prinsip setiap hotel tu tak sama. So you girl’s take this key and go. Selamat bekerja Ellysa Zahra,”
ujar Encik Razif lagi.
“ Err… Lysa…” aku menoleh apabila mendngar Encik
Razif menyeru namaku.
“ Ya, Encik Razif. Ada apa-apa lagi ke?” soalku
seraya menatap wajah blurr Encik Razif.
“ Tak ada apa. Kalau awak perlukan pertolongan cakap
saja pada Fazi. Okey?”
“ Baiklah, Encik Razif.” Ujarku sambl mengatur
langkah keluar dari pejabat Encik Razif.
“ Aku rasa kan Encik Razif tu tergamam kot tengok
wajah kau,” ujar Fazieyana saat kami sudah jauh dari ruang pejabat Encik Razif.
“ Maksud kau?”soalku sambil tangan lincah mengambil
segala peralatan dan juga segala datuk nenek kain yang aku gunakan. Antaranya
ialah blanklet, comforter, bedsheet dan juga pillow
case.
“ Sebab wajah kau pasti mengingatkan Encik Razif
pada bekas tunang Encik Radin.” Terhenti segala pergerakanku saat mendengar
nama yang terpacul dari bibir Fazieyana.
“ Betul ke muka aku mirip macam bekas tunang Encik
Emir?” soalku pada Fazieyana, sukar untuk aku percaya akan cerita yang
Fazieyana sampaikan itu.
“ Betul, Cuma Emylin agak seksi. Tak macam kau. Kau
sopan. Aku rasa kau jauh lebih baik dari Emylin,” ujar Fazieyana seraya
mengatur langkah untuk menjalankan tugas.
Buat tugas yang pertama Fazieyana mengarahkan aku
untuk membersihkan bilik Superior.
Saat kakiku melangkah kebilik yang berada ditingkat atas itu, aku benar-benar
terpegun apabila tahap melihat keluasan bilik itu.
“ Beb! Kau bersihkan dalam bilik air dulu. Then kalau dah siap kau kemas katil Aku
nak tengok skill kau.” Arah Fazieyana
seraya menghulurkan segala peralatan yang digunakan untuk membersihkan bilik
air. Perkakas apa? Eh! Tak kan tu pun korang tak tahu? Kalau nak tahu juga
korang google je la erk. He he…
Aku mengesat peluh yang merenik dengan sapu
tanganku. Fuh! Lega. Siap juga akhirnya aku proses menyental lantai. Hu hu…
“ Ok, aku puas hati. Sekarang kau tunjukkan skill kau. Nak aku tolong ke?” soal
Fazieyana sambil membantu aku membentangkan bedsheet
ke atas katil Queen Size itu.
“ Kau dah tolong pun,” ujarku seraya mengemaskan
lipatan bedsheet dihujung kepala itu.
Aku melipatkan bedsheet sehingga
kemas. Setelah memasikan lapisan ketiga bedsheet
kemas dan tidak berkedut aku
menghamparkan pula blanket, lalu aku
mengemaskan di kedua-dua belah kiri dan kanan. Setelah selesai aku melakukan
tugasan terakhir iaitu menghamparkan comforter. Lalu aku mencapai luala,
kemudian aku bentukkan agar ianya menjadi bentuk angsa.
“ Cantik, pandai juga kau kan?” puji Fazieyana
setelah melihat hasil kerjaku.
Aku mengambil masa selama 15 minit untuk
membersihkan keselurahan bilik. Usai sahaja menyiapkan segalanya aku menyimpan
peralatan yang aku gunakan di dalam troli.
“ Okey, sekarang kita nak kemas bilik mana?” soalku
pada Fazieyana seraya mengusung troli ke mengikut langkah Fazieyana.
“ Aku nak pergi hantar report pada Encik Razif. Kau
kemaskan bilik Deluxe saja. Faham!”
tegas Fazieyana sebelum mengatur langkah meninggalkan aku.
Aku mengatur langkah untuk ke bilik Deluxe. Aku
membuka pintu seluas-luas alam. Aku menyangkut sign Room Service dipintu. Khuatir pula ada sesiapa yang berniat jahat
padaku. He he… Eh! Lysa kalau kau tak fikir bukan-bukan tak boleh ke?
“ Fazi, kejap. Err… awak ada nampak Lysa?” soal Emir
pada Fazieyana.
“ Tadi saya suruh kemaskan bilik Deluxe. Kenapa
Encik Radin? Ada masalah ke?” soal Fazieyana, namun Emir terus saja berlalu
tanpa menjawab soalan Fazieyana.
“ Alamak, takkan Encik Radin nak balas dendam kot? Call Lysa la,” gumam Fazieyana.
Terganggu segala kerja pembersihan apabila telefonku
bedering nyaring. Setelah melihat nama Fazieyana yang terpampang di skrin aku
menekan butang hijau untuk menjawab panggilannya.
“ Assalamualaikum, kenapa Fazi?” sapaku terlebih
dahulu.
“ Lysa!! Hati-hati beb!. Encik Radin tadi tanya
pasal kau. Baik kau menyorok ke apa ke ya. Hati-hati.” Tutur Fazieyana cemas.
“ Terima kasih beritahu. Okey, aku sambung kerja
dulu.” Ujarku seraya mematikan talian tanpa sempat Fazieyana membalasnya.
Aku terasa diperhatikan oleh seseorang. Lantas tanpa
menghiraukan kehadiran tetamu tak diundang itu aku meneruskan kerjaku. Dari
ekor mata aku dapat melihat senyum sinis yang terukir dibibir jejaka itu.
“ Eh! Kau ni pandai buat kerja ke tidak? Kau tengok
ni berhabuk lagi. Kau ni reti ke tidak bersihkan bilik? Heh.” Sinis si jejaka
sengseng itu. Rasanya mahu terbakar hati aku kalau begini selalu. Hu hu…
“ Encik ni tak ada kerja ke? Sibuk pula dekat sini,”
balasku juga dengan nada sinis.
“ Aku tengah kerja la ni. Kerja memantau kau. Buat
kerja cepat.” Arah si Emir sengseng padaku.
“ Kau ni pekak erk? Ni berhabuk lagi karpet ni.
Macam mana buat kerja,” ujar Emir seraya menguntum senyum sinis.
“ Encik ingat saya buta ke? Encik Emir tu yang makan
kacang lepas tu buang habuk dekat karpet. Dasar sengseng.” Balasku berani
seraya menyental kuat karpet dimana habuknya datang dari si Emir sengseng itu.
“ Minah sewel, kau ni banyak bunyi. Bising.” Kutuk
Emir selamba.
“ Encik Emir ni memang serabut alam tahu tak!”
suaraku naik satu oktaf.
Emir hanya diam tanpa bersuara. Aku cuba mengundur
setapak ke belakang saat Emir mendekatiku. Semakin Emir mendekat semakin aku
menjarakkan diri darinya. Sehinggalah tubuhku tersandar di dinding. Sesaat, dua
saat aku tergamam tiada terkata apabila Emir tiba-tiba memeluk tubuhku. Aku
meronta agar dilepaskan. Sehinggalah aku terdengar suaranya memanggil Emylin.
“ Emylin, I rindukan you. I cintakan you. Kenapa you
tinggalkan i? Sayang, jangan tinggalkan i…” Aku menolak tubuh Emir dengan
sekuat tenaga lantas aku menampar pipinya untuk menyedarkan agar dia bangun
dari alam kyalannya.
Pang!!!
“ Encik Emir, tolong bangun dari mimpi awak. Ini
saya Ellysa, bukan Emylin,” jerkahku pada Emir.
“ Aku… aku minta Lysa.” Tutur Emir seraya mengatur
langkah meninggalkan aku dengan perasaan bersalah.
“ Ya ALLAH, apa aku dah buat ni. Maafkan aku Emir,”
gumamku, lantas aku meneruskan kerja-kerja membersih bersama perasaan yang
bercampur baur.
~*~*~*~*~*~*~*
“ Encik Radin,” Emir menghentikan langkah apabila
mendengar namanya diseru.
“ Kenapa Encik Razif?” soal Emir dengan malas.
“ Err… dah jumpa dengan Lysa?” soal Encik Razif
teragak-agak.
“ Encik Radin nampak Lysa? Saya cari dia tak jumpa
pun?” tanya Fazieyana pula.
“ Maaf, Fazi saya betul-betul tak tahu. Oh! Ya kalau
awak nampak Lysa minta dia kemaskan bilik pejabat saya.” Arah Emir sebelum
berlalu meninggalkan kedua-duanya terpinga.
“ Fazi, kau nampak Encik Emir?” soalku setelah
berjaya mencari Fazieyana.
“ Dia suruh kau kemas pejabat dia. Pergilah. Nampak
mood dia macam tak baik je,” ujar Fazieyana perlahan.
“ Okey,” jawabku lemah. Ya ALLAH jangan la si
sengseng tu tampar aku balik. Huh! Minta
simpang la.
Tok! Tok!
Aku menelan liur saat mendengar arahan menyuruhku
masuk kebilik itu.
“ Err… Encik Emir nak jumpa saya? Saya… saya…”
“ Aku minta maaf. Kau duduk.” Arah Emir tegas.
“ Kau tengok gambar ni. Dan kau bezakan apa yang
membuatkan aku hilang kawalan tadi. Kau rasa aku… aku saja buat macam tu atau…”
Aku mengambil potert yang dihulurkan Emir. Terketar-ketar tanganku saat menatap
wajah gadis didalam potret itu. Benar-benar miripku.
“ Encik Emir, saya minta maaf.” Tuturku seraya
menundukkan wajah.
“ Aku boleh maafkan tapi dengan satu syarat.”
“ Syarat apa?” tanyaku seraya memanggungkan kepala
menentang pandangan Emir yang seakan menerobos kedalam hati.
“ Sebagai balasan kau dah tuang air pada aku, tampar
aku. Aku nak kau bersihkan pejabat aku mulai sekarang. Selama tiga bulan. Kalau
tidak pandai-pandai kau nak hidup.” Aku membulatkan mata mendengar syarat Emir
yang tidak masuk akal itu.
“Apa?” bergema ruang pejabat itu dengan suara
nyaringku.
“ Tiada bantahan. Kau boleh mula sekarang. Sebelum
pukul 1 nanti aku nak pejabat ni kemas, bersih dan susunan perabot teratur.
Faham?” bisik Emir ditelingaku. Aku menepis tangan Emir yang bermain dengan
rambutku.
“ Sengseng.
Patutnya saya tampar kuat lagi, biar wayar yang terputus dalam kepala Encik
Emir tu betul sikit. Heh,” dengusku geram lantas aku memulakan tugas menyusun,
mengemas dan juga membersih. Aku melakukan tugasku dengan kadar segera kerana
tidak selesa apabila berdua sahaja di ruang pejabat itu. Aku terasa panas
berbahang biarpun tika itu Emir memasang alat pendingin hawa.
“ Saya dah siap. Ada apa-apa lagi Encik Emir
sayang?” tanyaku seraya memaksa bibir untuk senyum.
“ Makan tengah hari dengan aku,” ujar Emir seraya
menarik tanganku.
Aku mempamerkan wajah tanpa riak saat Emir merenung
wajahku. Namun aku mula tertarik saat dia menyebut nama Emylin.
“ Kau nak tahu siapa Emylin dalam hidup aku? Selama
ni aku tak pernah bercerita tentany Emy pada sesiapa. Tapi, aku nak kongsi
dengan kau,” ujar Emir bersahaja.
“ Aku pernah bertunang. Emylin bekas tunang aku. Dia
tinggalkan aku sehari sebelum kami akad nikah. Aku dah tanya pada dia betul dia
sayangkan aku? Sebab selepas pertungan kami aku merasa perubahan dia. Sakit
sangat apabila orang yang aku sayang tinggalkan aku. Kau pernah kecewa?” tanya
Emir padaku.
“ Aku hanya diam tanpa bersuara apa-apa. Terasa
kepalaku berdenyut-denyut saat itu. Bagaikan ingin pecah sahaja.
“ Lysa, kau okey ke? Kenapa muka pucat je? Kau tak
sihat ke?” tanya Emir padaku.
“ Saya okey. Encik Emir kalau saya nak minta rehat
sekejap boleh? Rasa pening sangat kepala saya ni.”
“ Aku hantar kau balik. Mari,” ujar Emir dengan
wajah seriusnya.
“ Tak apa, saya nak minta rehat saja,” ujarku
berdegil.
“ Nope.
Aku tak benarkan. Kau nampak lemah. Mari.” Emir tetap juga bertegas untuk
mengahantarku pulang untuk berehat dirumah.
“ Kau kena pastikan yang kau cukup rehat. Kalau
tidak hutang kau pada akan bertambah faham?”
Heh! Meluat pula aku tengok muka mamat sengseng ni.
Ei! Benci.
“ Lysa, taknak turun ke?” soal Emir apabila telah
sampai dirumahku.
“ Terima kasih,” ucapku lemah.
~*~*~*~*~*~*~*
Aku menarik nafas lega apabila segala siksaanku
selama tiga bulan menjadi ‘kuli’ Emir
berakhir tanpa sebarang rungutan. Aku melangkah dengan penuh yakin untuk keluar
dari ruang pejabat milik Emir.
“ Lysa, duduk dulu.” Arah Emir. Aku memutarkan
bebola mata keatas.
“ Kenapa? Tak puas hati dengan kerja saya ke?”
tanyaku berani.
“ Ada satu permintaan aku untuk kau tunaikan. Dan
aku harap kau tidak menolak. Lysa, aku dah serik kecewa. Aku…” belum sempat
Emir menghabiskan katanya kedengaran pintu diketuk dari luar.
Tok! Tok!
“ Masuk,” arah Emir dengan wajah menyinga.
“ Lysa, kau boleh keluar.” Aku mennunjukkan penumbuk
saat dia mengenyitkan mata kearahku.
“ Bencilah. Tapi… apa yang si sengseng tu nak cakap
ya?” persoalan demi persoalan bermain dimindaku. Masih tergiang di telinga
comelku akan pertuturan Emir itu. Seolah pita perakam yang boleh diulang-ulang.
“ Ada satu permintaan aku untuk kau tunaikan. Dan
aku harap kau tidak menolak. Lysa, aku dah serik kecewa. Aku…”
‘ Lysa, bangun… Kenapa kau nak ingat kata-kata mamat
sinis tu?’ dengusku didalam hati.
Tanpa sedar aku meloretkan senyuman apabila
mengingati peristiwa dimana aku telah salah sangka akan Emir.
“ Kau apahal pandang aku macam tu?”sinis sekali
pertuturan Emir.
“ Encik Emir ikut saya ke?” suaraku naik satu oktaf.
“ Ikut kau apa kejadahnya? Tak ada masa aku nak ikut
kau segala. Perasan. Kau ingat kau artis aku nak ikut?”
“ Habis tu kenapa Encik Emir sentiasa je ada dekat
mana saya pergi?”
“ Sebab… aku nak beli baju ni. Dah lama kot aku
berangan nak beli baju jenama PRADA ni. Kau ni kan, suka fikir bukan-bukan
tentang aku. Apa? Kau ingat aku suka kau ke? Memang taklah aku suka kat kau, sewel.” Emir mengutuk aku sebelum
berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan.
“ Hoi!” jerkah Fazieyana membuatkan lamunanku
terbang melayang-layang.
“ Astaghfirullah-al Azim, kau ni Fazi kalau aku ada
sakit jantung macam mana?” marahku Fazieyana. Namun seperti biasa Fazieyana
memang terkenal dengan senyum kambingnya itu. He he…
“ Dah tu kau berangan siapa suruh? Sakit anak tekak
aku ni duk memanggil-manggil tau. Beb! Kenapa Encik Radin tu? Emosi je?” tanya
Fazieyana padaku.
“ Entah, datang bulan kot. Yang kau sibuk tanya pada
aku ni kenapa?” Fazieyana hanya tergelak mendengar bebelanku itu.
“ Lysa, Encik Radin panggil awak ke
biliknya,” ujar
Encik Razif seraya melempar senyum padaku.
Aku mengatur langkah malas untuk menemui Emir.
Terasa denyutan dikepalanya semakin memberat.
Baru saja aku ingin mengetuk pintu, tiba-tiba saja
pintu terkuak dari arah dalam. Emir tersenyum padaku. Lantas dia mempelawa agar
aku masuk kepejabatnya itu.
“ Duduklah. Err… macam ni tadi aku nak kata. Tapi
Razif tu sibuk hantar dokumen. Err… Ellysa Zahra, will you marry me? Aku tak sedar bila aku sukakan kau, tapi selama
tiga bulan ni aku jadi macam serba tak kena. Sehari tak nampak kau, tak
bergaduh dengan kau membuatkan aku jadi tak tentu arah. Aku… aku cintakan kau
Lysa,” terang Emir panjang lebar.
“ No, you
don’t love me. But Sebenarnya Encik Emir nampak baying Emylin dalam diri
saya. Encik Emir tak cintakan saya,” ujarku seraya melarikan pandangan dari
direnung tajam oleh Emir.
“ Aku dah mula lupakan Emylin, aku dah ingat dia. Tapi
sekarang nama kau, wajah kau, senyuman kau segalanya tentang kau dah memenuhi
ruang hati aku. Takkan pernah ada lagi yang keduanya. Hanya kau yang satu,”
“ Encik Emir…” Aku terharu mendengar luahan hati
seorang lelaki bernama Radin Emir.
“ I’m waiting
for your answer. Hope you don’
disappoint me.” Tutur Emir seraya menghulurkan sebentuk cincin kearahku.
“ Encik Emir tak menyesal cintakan saya?” sengaja
ingin aku menduga.
Emir hanya menggelengkan kepala dengan senyuman yang
tidak lekang dari bibir.
“ Kalau Encik Emir tak menyesal tak mengapalah. Saya
terima,” ujarku perlahan.
“ Betul kau terima?”
“ Taklah, main-main je.”
“ Lysa!!” Aku tersengih nakal appabila Emir menjerit
namaku.
“ Terima ke tak?” soal Emir seperti ingin mencari
gaduh saja.
“ Saya akan terima andai Encik Emir cakap baik-baik
dengan saya,” perliku pada Emir.
“ Baiklah. Wahai Ellysa Zahra sudikah kau menjadi
permaisuri hidupku?” Emir menyolku, aku lihat keikhlasan yang terpamer
diwajahnya.
“ Saya terima Encik Radin Emir, dengan syarat jangan
menyesal mencintai saya.” Tuturku lembut.
“ Baiklah. Nak saya sarungkan cincin ke?” Aku
terkedu apabila Emir membahasakan dirinya saya.
Aku menghulurkan jemari kananku untuk disarungkan
cincin lamaran si mamat sengseng itu.
~*~*~*~*~*~*~*~*
Aku memengang kepala yang terasa semakin
berdenyut-denyut. Aku mencapai tas tangan untuk mengambil ubat. Setelah
menuangkan sebiji ubat aku mencapai gelas,
dengan tangan terketar aku menuangkan air kedalam gelas. Aku menelan ubat
dengan rakusnya dek kerana aku sudah tidak tahan menahan segala rasa yang
menyiksakan itu.
Aku merasa seperti ingin memuntahkan segala makanan
yang baru saja singgah dikerongkongku. Cepat-cepat aku berlari ke singki untuk
mengeluarkan segala makanan yang tidak sempat aku hadam itu.
Aku mencapai telefon untuk menghubungi Emir bahawa
aku ingin memohon cuti. Namun setiap panggilanku langsung tidak diangkat. Aku
mengeluh hampa. Lalu aku menguhubungi Encik Razif pula.
“ Assalamualaikum,” sapaku setelah Encik Razif mengangkat
telefon.
“ Waalaikumsalam, Lysa. Kenapa awak tak masuk
kerja?” tanya Encik Razif setelah menjawab salam.
“ Saya nak mohon cuti kecemasan. Maaf tak beritahu
awal,” ujarku lemah.
“ Okeylah kalau macam tu. Tapi ingat lain kali
jangan buat lagi.” Sempat Encik Razif menitipkan pesan buatku.
“ Baiklah Encik Razif.” Aku mematikan talian sebelum
sempat Encik Razif bersuara.
Aku bersiap-siap untuk ke Hospital seperti mana temu
janjiku bersama Doktor Akim, doktor yang merawatku itu.
Hospital Tengku Ampuan Afzan
“ Ellysa bukan sepatutnya awak datang semalam ke?
Alasan apa pula awak datang tenu janji kali ni?” Doktor Akim seolah-olah
memerliku. Namun aku hanya membiarkan saja kata-katanya itu.
“ Saya lupa Doktor Akim. Bukan semua benda saya nak
ingat,” ujarku bersahaja.
“ Lupa? Lysa… Awak tak boleh macam ni? Sampai bila
awak nak sorokkan sakit awak pada semua orang? Saya faham awak dah tak ada
keluarga, tapi sekurangnya awak ada kawan.” Doktor Akim berjeda seketika. Riak
wajahnya sukar untuk aku tafsirkan.
Setelah lama berdiamDoktor Akim kembali bersuara
“ Mereka boleh memberi awak sokongan dan semangat.
Awak jalani pembedahan ya? Kanser awak dah sekarang dah tahap kritikal. Saya
rasa…” aku mencelah percakapan Doktor Akim yang membingitkan telinga itu.
Entahlah, terasa pedih hatiku tika ini. Biarpun
Doktor muda itu berbicara dengan lembut aku merasa bagaikan belati tajam yang
menghiris hati aku sehingga lumat.
“ Doktor Akim, untuk apa pembedahan tu semua?
Sedangakan hayat saya dah tak lama. Doktor boleh jamin ke andainya saya buat
rawatan susulan segala bagai, saya akan sembuh seperti sediakala?” soalku pada
Doktor Akim. Tangisanku semkin menggila, seakan tiada tanda mahu berhenti.
“ Lysa, awak kena percaya pada takdir ALLAH.
Segalanya ALLAH tentukan. Ini ujian buat awak Lysa. Allah sayangkan awak,” ujar
Dokor Akim.
“ Saya tahu ini ujian buat saya. Tapi… saya tak kuat
untuk hadapi segalanya. Saya tak kuat Doktor,” ujarku bersama sedu sedan yang
tidak tertahan lagi.
Doktor Akim hanya terpana melihat aku mengalirkan
airmata. Setelah lama berjeda akhirnya Doktor Akim bersuara kembali.
“ Tapi, Lysa kita sebagai umatNYA harus berusaha.
Ikhtiar. Selebihnya kerja ALLAH,” ujar Doktor Akim seolah memberi semangat.
“ Bagi saya ubat. Macam biasa ya. Tentang pembedahan
tu jujur saya memang tak mampu Doktor.” Tuturku seraya bingkas bangun untuk
keluar dari bilik Doktor Akim.
Fazieyana hairan apabila kelibat Ellysa tiada
dimana-mana. Dia mencari didalam bilik juga tiada, saat dia ingin menutup pintu
Ellysa dia ternampak selonggok ubat. Lalu dengan rasa curiga dia mengambil ubat
itu untuk mengetahui kandungan ubat tersebut.
~*~*~*~*~*~*~*
Fazieyana menangis semahu-mahunya saat Doktor
mengesahkan bahawa ubat tersebut adalah untuk pesakit Brain Cancer. Hancur
luluh hatinya tika itu. Dia segera pulang untuk menanti kepulangan Ellysa.
Aku hairan melihat wajah murung Fazieyana. Tanpa
sepatah kata aku mengatur langkah ingin ke bilik. Aku telah lelah untuk
memikirkan masa hadapanku yang kian kelam. Aku menghayun langkah laju kerana
aku mahu merehatkan mindaku.
“ Kau kemana Lysa? Seharian tak cuba hubungi aku?”
soal Fazieyana seperti tidak puas hati.
“ Aku macam biasalah. Aku ke Taman Gelora, kenapa
kau tanya? Aku baik-baik je,” ujarku tanpa mengesyaki sesuatu.
“ Hari ni kau tak kerja? Aku tengok kau banyak benar
masa terluang.” Aku mengerutkan dahi. Hairan dengan sikap Fazieyana yang dingin
denganku itu.
“ Kau kenapa Fazi? Macam tak puas hati je dengan
aku.”
“ Memang! Memang aku tak puas hati. Ni… apa benda
semuanya ni? Aku ingat kau kawan aku Lysa. Tapi kenapa kau sembunyikan sakit
kau dari aku? Dari Emir? Tak penting ke kami dalam hidup kau?” berang Fazieyana
seraya melemparkan ubat-ubatan ke wajahku.
Aku tergamam tiada terkata. Sukar untukku jelaskan
segalanya. Lantas aku cuba untuk memberi alasan yang mungkin akan membuatkan
Fazieyana mengerti akan situasiku.
“ Fazi, aku tak mahu kepergian aku diratapi. Aku
sayang kau, sayang Emir,” ujarku sambil menundukkan wajah, menyembunyikan rasa
sedih yang bertamu di hati.
“ Kalau kau sayang, kenapa kau sembunyikan perkara sebenar? Aku langsung tak tahu tentang sakit kau. Nama saja duduk serumah, tapi aku langsung tak tahu bahawa kau sedang berperang dengan penyakit kau. Kawan jenis apa aku ni.” Fazieyana seakan-akan menyalahkan dirinya sendiri. Aku dekati Fazieyana lantas ku peluk tubuhnya itu.
“ Fazi ini
takdir aku. Aku tak mahu membebankan kau lagi. Cukuplah dulu aku membebankan
pak su untuk menjaga aku. Sehinggakan aku dibuang keluarga… setelah seminggu
aku kehilangan ibu dan ayah.” Lama aku berjeda sebelum menyambung kembali kata-kataku
yang terhenti dek kerana sendu yang menguasai diri.
Fazieyana menekup mulut mendengar bicaraku. Pedih
hatiku apabila mengingati peristiwa itu.
“ Kerana apa? Mereka menganggap aku ni pembawa sial.
Dan aku tak mahu sial aku tempias pada kau dan juga Emir.”
“ Astaghfirullah-al Azim, apa kau mengarut ni Lysa?
Kau bercakap macam orang tak ada akal. “ marah Fazieyana setelah aku
menghabiskan kataku.
“ Kau kena ingat setiap kejadian ALLAH itu ada
hikmahnya. Aku sayangkan kau Lysa. Aku tak mahu kau tinggalkan aku. Emir pun
sayangkan kau. Kau sanggup ke nak biarkan dia hidup derita? Kau tak pernah
bebankan aku. Bahkan aku lebih rasa dihargai andai kau minta tolong dari aku.
Aku sayangkan kau macam adik aku. Aku tak mahu kehilangan seorang adik yang
sangat baik. Kau kena kuat. Lawan sakit kau ni. Aku tahu kau boleh sembuh, ”
Fazieyana seakan memberi semangat untukku.
“ Aku dah nekad. Aku tak mahu terbeban akan semua ni.
Aku akan hentikan semua ni. Aku nak berhenti kerja, aku nak putuskan hubungan
aku dengan Emir. Dia berhak dapatkan yang lebih baik,” ujarku lantas aku
menghamburkan tangisan dibahu Fazieyana.
“ Emir tak mudah jatuh cinta. Hanya kau saja yang
berjaya bukakan hati dia yang beku tu.” Tutur Fazieyana seraya mengesat
airmataku.
“ Fazi, kau tolong aku ya. Tolong bagi cincin ni
pada Emir, dan surat aku ni. Surat letak jawatan. Tolong aku ya Fazi. Kau kawan
aku kan?” pintaku penuh mengharap
“ Lysa! Kau tak boleh menyerah macam ni. Kau…”
Pantas aku mencelah sebelum Fazieyana menghabiskan katanya-katanya.
“ Fazi… aku dah tak ada masa lagi.” Tuturku bersama
sendu.
“ Assalamualaikum,” Fazieyana mengintai dari
tingkap.
“ Lysa, Emir ada kat luar. Kau pergilah jumpa dia.
Tak baik kau macam ni. Kesian dia. Dia tak salah.Kau terus terang dengan dia
soal sakit kau ni. Kau tak boleh diamkan aja. Lysa, tolong la. Kalau kau
betul-betul sayangkan aku, kau cakap la pada Emir. Atau paling tidak kau keluar
jumpa dia. Please Lysa.” Pujuk
Fazieyana lagi, namun aku tidak mampu untuk melawan kata hatiku.
“Assalamualaikum, Lysa. Lysa saya tahu awak ada
dekat dalam. Lysa keluar la. Saya rindu awak Lysa, awak tak sayang saya ke?
Lysa? Ellysa Zahra. Saya tak akan pergi dari sini sehingga awak keluar jumpa
saya,” luah Emir seraya dia menantikan kelibatku namun aku tidak punya kekuatan
untuk berjumpa dengannya.
Aku mengesat mutiara jernih yang mengalir dipipi.
Air hidung yang meleleh keluar kukesatkan dengan tisu ditangan. Aku tidak mampu
berkata apa-apa lagi. Sungguh sebelah hatiku ingin menemui Emir namun sebelah
hati lagi tidak mengizinkan.
“ Fazi… aku…aku tak mahu Emir bertambah terluka.
Fazi kau tahu kan aku…” pantas Fazieyana memeluk tubuhku. Sungguh aku merasa
sebak tika ini. Seraut wajah arwah ibu dan ayah terlayar di mataku.
“ Lysa, aku percaya Emir boleh terima kau. Kau kena
beritahu dia. Emir cintakan kau. Korang dah nak kahwin kan?” pujuk Fazieyana
lembut.
“ Fazi…aku… cintakan dia. Tapi aku juga tak mahu dia
bersedih. Aku… akan mati…” ucapku lirih.
“ Ya, ALLAH Lysa. Kenapa kau cakap macam
tu? Aku sentiasa disisi kau Lysa, kau jangan rapuh macam ni, aku takkan
sesekali tinggalkan kau,” ujar Fazieyana seolah memberi semangat kepadaku.
“ Lysa, sayang keluarlah. Apa salah Emir pada sayang
sampai Lysa tak mahu jumpa Emir sayang. Lysa.” Mendengarkan Emir memanggil
lembut namaku, cukup meruntun kalbuku.
“ Keluarlah Lysa. Kesian dia.” Dengan langkah gontai
aku mengatur langkah untuk bertemu Emir. Namun entah mengapa hatiku terasa
seperti diblender lumat, sakitnya sangat aku rasakan.
“ Emir, awak nak apa?” tanyaku lantas mengalihkan
pandangan dari terus direnung Emir.
“ Lysa, saya rindu awak. Saya rindu minah sewel saya. Sayang, kenapa awak
tak angkat call saya? Awak tak rindukan saya?” soalan demi soalan yang keluar
dari bibir hanya menambahkan pilu dihatiku.
“ Emir, mamat
sengseng awak baliklah.” Tuurku dengan nada yang cukup perlahan.
“ Sayang… kenapa ni? Macam tak suka je Emir datang
jumpa Lysa. Sayang, tolonglah, kalau Emir ada salah tolonglah terus terang.
Jangan buat Emir macam ni,” rayu Emir padaku.
“ Awak balik la Emir. Lepas ni awak jangan cari saya lagi. Ini
cincin lamaran awak, dan ini, surat perletakkan jawatan saya. Radin Emir tolong
jauhkan diri awak dari saya. Saya… saya benci awak,” bohongku lantas aku
berlari masuk kedalam rumah kerana tidak mampu lagi menahan empangan airmataku.
Aku lihat tubuh Emir rebah menyembah bumi. Namun aku
tidak berdaya untuk membantunya, Bimbang andai hatiku tidak kuat untuk
melepaskannya. Aku hanya kelibatnya sehinggalah hilang dari pandanganku. Aku memegang kepala yang tersa berdenyut-denyut.
“ Fazi… sakit…Fazi…”
“ Lysa, Lysa Ya ALLAH Lysa. Kau makan ubat ni cepat.
Kau jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau.” Aku hanya tersenyum, namun aku tahu
senyumanku hambar.
Kosong! Ya! Jiwaku kini kosong. Hanya bayangan wajah Emir menemaniku. Namun aku tahu
bahawa aku tidak layak untuk memiliki lelaki sebaik Emir.
De
Rhu Beach Resort
“ Fazi, Lysa ada dirumah? Ni saya ada buatkan bubur.
Saya tahu dia suka makan bubur ni kan?” Fazieyana melarikan pandangan kearah
lain.
“ Encik Radin, Lysa takde dekat rumah. Dia balik kampung.” Segera
Fazieyana mencipta alasan.
“ Awak tipu saya kan? Saya tahu Lysa yang suruh awak
cakap macam tu kan?” Emir bagaikan tidak percaya akan kata-kata Fazieyana.
“ Encik Radin, saya… mohon Encik lupakan Ellysa.
Aggaplah antara kalian tiada jodoh,” ujar Fazieyana sebelum meninggaalkan Emir
yang terpinga-pinga itu.
~*~*~**~*~**~*
Aku merasa tekakku agak kering.
Lalu aku mengagahkan diri untuk bangun ke dapur. Aku mengambil sebiji mug yang
tersusun kemas di atas rak. Lantas ku tuang air dari dalam jag ke mug ditangan,
lalu aku menyisip perlahan-lahan. Entah
kenapa kepalaku berdenyut hebat secara tiba-tiba. Aku mencengkam kepalanya yang
semakin berdenyut.
“ALLAH YA RAB, sakitnya!” Aku cuba meletakkan
mug diatas meja namun entah bagaiman mug itu terlepas dari tanganku lalu jatuh
berderai diatas lantai. Aku melihat dunia semakin kelam, dan gelap sehinggalah
aku rebah ke lantai.
“ Encik Razif, saya nak minta kerja
separuh hari. Saya rasa tak sedap badan. Assalamualaikum,” Fazieyana mengatur
langkah laju meninggalkan De rhu Beach
Resort.
“ Lysa, Lysa Ya ALLAH Lysa.
Astaghfirullah –al Azim. Ya ALLAH selamatkan Lysa. Panjangkan umurnya Ya
ALLAH.” Aku seperti terdengar seseorang mendoakan untukku.
Aku membuka mata perlahan-lahan.
Saat melihat wajah Fazieyana yang sedang lena di katilku aku mula diserang rasa
serba salah. Tanpa sedar airmata mula membasahi pipi. Aku meletakkan tanganku
diatas kepala Fazieyana. Aku belai lembut rambutnya. Fazieyana membuka mata
perlahan-lahan.
“Lysa kau dah sedar? Kau tahu tak
bertapa risaunya aku terhadap kau? Kau jangan buat macam tu lagi eh,” pinta
Fazieyana seraya memeluk tubuhku.
Aku mengukir senyum dengan bersusah payahnya. Aku
cuba menanggalkan alat pernafasan dihidungku. Lalu aku berbisik ditelinga
Fazieyana.
“ Aku sayang kau Fazi. Kalau boleh aku tak mahu
tinggalkan kau,” ujarku sambil meneglus lembut wajah Fazieyana.
“ Shhh, jangan cakap macam tu. Aku tak mahu dengar.”
Tutur Fazieyana lantas dia menutup kedua-dua belah telinganya.
“ Macam mana Lysa? Ada rasa sihat sikit?” tanya
Doktor Akim yang baru masuk kebilik wad untuk memeriksa keadaanku.
“ Saya rasa
lemah,”ujarku dengan suara yang agak perlahan.
“ Awak kena banyak berehat. Dan salah satu adalah…”
Aku mencelah sebelum Doktor Akim menebut perkataan ‘ pembedahan.’
“ Doktor, saya rasa tak perlulah pembedahan.
Insya-ALLAH saya akan baik-baik saja,” ujarku seraya menutup mata ingin
merehatkan mindaku yang sedang giat memikirkan soal Emir.
Bip!
Aku terbangun dari tidurku saat telefon Fazieyana
bergetar menandakan ada pesanan ringkas (sms). Lalu Fazieyana membacakan isi
kandungan sms itu dengan kuat agar aku dapat mendengarnya.
“ Emir hantar mesej. Kau dengar ya aku nak bacakan
mesej dia ni.” tutur Fazieyana lalu dibacakan mesej itu dengan tenang.
+ Assalamulaikum, Fazi. Lysa mana? Saya nak jumpa
dia. Saya rindu dia. Awak bohong kan? Buktinya kereta Lysa ada di garaj rumah
awak. Fazi tolonglah, kehidupan saya tak tenang setelah Lysa tinggalkan saya.
Aku menitiskan airmata saat Fazieyana selesai membaca
pesanan ringkas dari Emir itu. Lirih hatiku apabila mengenangkan penderitaan
yang harus ditanggung Emir itu.
“ Beb! Tadi dia buatkan kau bubur. Tapi macam yang
suruh aku kata kau balik kampung,” ujar Fazieyana lantas memengang tangan
kananku.
“ Aku rindu dia. Rindu sangat. Sakitnya. Argghh!”
Aku mengetap bibir seraya cuba untuk menghilangkan rasa sakit yang aku rasai
itu.
Fazieyana tergamam apabila telefonku bordering
menandakan ada panggilan masuk. Aku melihat Fazi membulatkan mata sambil
merenung skrin telefonn miliknya itu. Aku menganggukkan kepala mengizinkan agar
dia menjawab panggilan itu.
“ He… hello. Encik Radin. Nak apa call saya?” soal Fazieyana.
Seketika Fazieyana berjeda. Mungkin menunggu
sehingga Emir mengahabiskan katanya. Aku melihat Fazieyana mengerutkan dahinya.
Fazieyana melekapkan telefon ditelingaku agar aku mendengar luahan hati Emir.
“ Fazi, tolonglah! Saya tak sanggup kehilangan Lysa.
Saya terlalu cintakan Lysa. Saya sayangkan dia sepenuh hati saya. Dialah nyawa
saya, andai perginya dia dari hidup saya bermakna separuh dari hidup saya juga
akan pergi. Tolong Fazi.” Luah Emir lantas aku memulangkan kembali telefon pada
Fazieyana.
Fazieyana mematikan talian. Aku menangis dibahu
Fazieyana. Entah mengapa aku merasakan masaku telah hampir. Aku redho andainya
malaikat maut menjemputku saat ini. Terasa badanku menggigil kesejukan.
Bagaikan berada di lautan atlantik saja.
“ Kau tolong katakan pada Emir aku sayang dan… cintakan dia. Aku… sayang kau Fazi. Sayang sangat,” ujarku
dengan payahnya.
“ Lysa kenapa kau cakap macam tu. Aku sayang kau
Lysa.” Tutur Fazieyana sambil membelai rambutku.
“ Aku sejuk Fazi. Sejuk sangat.” Segera Fazieyana
memeluk tubuhku untuk menghilangkan kesejukanku.
“ Aku tak mahu kau tinggalkan aku. Aku sayang kau
Lysa. Kau kena beritahu Emir. Dia harus tahu. Aku telefon dia okey!” Aku
menggeleng kepala tidak setuju akan rancangan Fazieyana.
“ Lysa, dia harus tahu. Aku tak sanggup tengok dia
menderita. Dia cintakan kau,” ujar Fazieyana seraya mendail nombor telefon
Emir.
“ Encik Radin, kalau betul Encik cintakan Lysa
tolong datang sekarang di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Encik Radin akan tahu
atas alasan apa Lysa tinggalkan Encik. Datang sekarang sebelum… terlambat,”
usai menghabiskan katanya Fazieyana menyeka airmata yang mengalir dipipiku.
“ Bibir kau… kenapa bibir kau pucat Lysa?”soal
Fazieyana.
“ Aku rasa sakit sangat ni. A… aku sayang kau dan
Emir.” Bicaraku perlahan.
~*~*~*~*~*
“ Lysa, sayang. Kenapa tak beritahu Emir? Sampai
hati Lysa buat Emir macam ni? Siapa nak temankan Emir selepas ni? Emir cuma ada
Lysa. Kenapa Lysa langsung tak beritahu Emir?” soal Emir lantas dia mengambil
tempat untuk duduk di sebelah kananku.
“ Lysa minta maaf. Lysa sayang… Emir. Lysa cinta kan
Emir. Sejuknya,” ujarku seraya menarik tangan Fazieyana agar merapati tubuhku.
“ Ya ALLAH, Lysa mengucap Lysa. Asyhadu an-Laa
Ilaaha Illallah,” bisik Emir ditelingaku.
“ Asyhadu an-Laa… ilaaha Illahah.” Aku mengikut
seperti mana Emir bisikkan.
“ Wa Asyhadu an-Na Muhammadarrosuulollh.” Emir
membisikkan lagi di telingaku.
“ Wa Asyhadu an- Na… Muham… Muhammadararrosuullooh.”
“ Wa Asyhadu an- Na… Muham…
Muhammadararrosuullooh. Terima kasih Emir... per... pernah hadir dan...
dan cin... cintakan saya. Saya... sayang awak Emir... Fazi aku sayang
kau," ujarku sebelum menghembuskan nafas terakhirku.
SEKIAN SAHAJA DARI CIK WRITER,
KEHiDUPAN ADA SUKA DAN ADA DUKA…. TAK SEMUANYA INDAH BUKAN? BEGITU JUGA DENGAN
EMIR….. ENJOY READING….. TQ ATAS SUPPORT… SYUKUR KERANA SAYA DAPAT JUGA
MENAMATKAN CERPEN NI…
11 comments:
sedih endingnya...kalau Weda boleh sambung apa jadi pada emir..ngee wink2
Sedih sangat cerita ni kak...lysa pergi jua, emir kesepian la lpas ni..T-T..baru nak mintak smbung dah habis rupanya...huhu
mueheheheh :) insyaALLAH la kalau masih ada idea akan wat cerpen tentang kehidupan Emir setelah kepergian Lysa
huhuhu....kesedihan melanda.....
T_T
(Y)
aid, lama xsinggah....
sedih kan? bila apa yang kita sayang terlepas dari genggaman?
Arrr sedih sgt...x sanggup khlangan lysa...cian emir...
Huhu... Bestnyeeee..l
Can i cry fir dis cerpen? T_T
Tahniah akak... Sukaaaaa
Kematian itu pasti....
Ianya akan tiba tanpa diduga...
anja kesian emir kan?
ary, tq so much...
Awat sedih sgt endingnyee ?? tapi betol lah kan.. hidup nie ada suka dn duka.. huuu..kesian emir..
memang agak sedih ending.pasai genre sedih heee
Post a Comment