ARIANA
menyikat rapi ramputnya yang panjang separas bahu itu. Haih! Naik rimas dirinya
dengan rambut sepanjang itu. Sudahlah
dirinya itu tomboy.
Berambut
panjang baginya sangatlah tidak sesuai. Namun bantahan si ayah saat dia
menyuarakan hasrat untuk menggunting rambut, membuatkan niatnya terkubur
sebegitu saja. Usai menyikat rambut, dia menyanggul lantas disumbatkan ke dalam
topi. Sekilas dia meniliti penampilannya di hadapan cermin. Sempoi bak kata
sahabat baiknya Afif. Cukup dengan hanya memakai T-shirt besar dan seluar jeans
lusuh. Spontan bibirnya tersenyum saat teringatkan kata-kata ayahnya beberapa
hari yang lalu.
“Haih!
Apalah nak jadi dengan anak dara ayah ni. Nak kata ayah tak beli ju baju perempuan
ayah beli. Tapi kamu tu tetap juga nak sarungkan baju lelaki dekat tubuh kamu.
Apa ke pelik bebenor dengan minat
kamu ni Ariana oi? Ayah ni masa mak kamu mengandungkan kamu dulu tak adalah
pula ayah teringin nak anak lelaki. Tapi kamu…. Adui! Peninglah kepala ayah ni.
Sudah Ariana, kamu tukar baju kamu boleh tak? Pakai baju kurung ke gaun ke
sedap sikit mata ayah ni memandang,” omel si ayah dengan sikap anaknya.
“Ala,
ayah ni. Tak rock la. Macam ni baru
la sempoi ayah. Nak pakai gaun dengan baju kurung? Ish! Tu bukan Ary. Ei!”
Ariana menggeliat kegelian.
Si
ayah hanya mampu menggeleng kepala mendengar kata-kata Ariana. Haih! Sudah
berbuih mulutnya menasihatkan si anak, namun satu nasihatnya pun tidak melekat
di kepala Ariana. Dia tahu Ariana menjadi sebegitu setelah kehilangan ibunya.
Walaupun sudah bertahun-tahun isterinya itu meninggal dunia, baginya bagaikan
baru semalam berpisah dari isteri yang tercinta.
Ariana
tersentak dari lamunan saat terdengar deruman enjin motor cabuk ayahnya. Segera
dia berlari anak untuk menyambut kepulangan ayahnya itu. Setelah menyalami
Encik Abdullah, Ariana mencapai bekas makanan yang berada di dalam raga motor
ayahnya.
“Penat
tak ayah? Macam mana kebun? Pisang ada yang dah masak tak ayah? Kalau ada boleh
la kita makan goreng pisang,” ujar Ariana ceria.
Encik
Abdullah tersenyum mendengar suara ceria anaknya. Sesekali dia terfikir juga
andainya ALLAH menarik nyawanya bagaimanalah nasib Ariana. Dia tahu bahawa
Ariana mampu menjaga diri, namun entah mengapa terasa berat hatinya untuk
meninggalkan anak gadisnya seorang diri.
“Nasiblah
kamu ni pandai masak ya Ary. Kalau tidak memang serupa lelaki la jawabnya.
Kerja pun di bengkel,” seloroh Encik Abdullah lantas ketawa melihat Ar iana
yang sudah menarik muncung itu.
“Ayah
ni… suka betul kan usik Ary. Tadi Ary dah masak. Ayah rehatlah dulu. Kejap lagi
Ary nak masuk kerja dah.”
“Ary,”
Ariana
yang ingin mengatur langkah ke biliknya menoleh saat mendengar si ayah yang
menyeru namanya. Dia menjongket kening sebagai pertanyaan ‘apa?’
“A…
ayah tak suka kamu kerja di bengkel tu. Bergaul dengan budak-budak rempit tu. Ayah
tak berkenan sayang. Ni… kamu pakai seluar jeans ni ayah tak suka tengok.
Berubahlah nak,” nasihat Encik Abdullah dengan lembut.
“Ayah,
kenapa tiba-tiba ayah nak cakap pasal benda ni? Tak kisahlah apa orang nak
pasal Ary. Tapi yang penting Ary tak conteng pada wajah ayah. Percayalah ayah,
Ary mampu jaga diri Ary. Lagipun Afif kan ada? Dia pun dah janji untuk lindungi
diri Ary seandainya Ary diganggu,” ujar Ariana seraya menggengam kemas jemari
tua ayahnya. Encik Abdullah mengusap lembut kepala Ariana yang dilindungi di
sebalik topi.
Pin!
Pin!
“Okeylah
ayah, Ary pergi kerja dulu. Assalamualaikum.”
“WOI, kau apahal termenung?” sergah Afif dari belakang. Ariana yang
terkejut itu segera mengurut dadanya. Matanya mencerlung tajam memandang wajah
Afif.
“Kau
ni memang dah lama hidup ke? Ada juga aku sumbat spanar ni dalam mulut kau
nanti,” marah Ariana berapi. Wajahnya yang putih gebu itu sudah mula kemerahan.
Geram dirinya memikirkan sahabatnya yang satu itu.
“Ala
itupun nak marah. Tak rock la macam
ni. Jom kita pekena ABC. Aku tetiba je rasa macam nak makan ABC kat
Warung Mak tu. Macam memanggil-manggil je.”
Ariana
mencebik bibir seraya membasuh tangan di singki. Hari ni tidak terlalu banyak
kereta yang memerlukan khidmatnya. Mungkin disebabkan ramai yang sudah memakai
kereta baru. Jadi tak banyaklah orang yang ingin menservis kereta. Dia
menepuk-nepuk bahu yang terasa sengal. Afif yang melihat sahabatnya itu mula
mengambil alih untuk mengurut bahu Ariana.
“Terima
kasih bro. Kau memang sahabat aku yang paling memahami. Jomlah, kata nak makan
ABC.”
Segera
mereka melangkah ke motor yang terparking elok di ruangan staff. Ariana
mencapai helmet lantas dia menanggalkan topinya. Afif tergamam saat melihat rambut
Ariana yang melepasi bahu itu. Dia sedikit aneh akan perasaannya. Bukanlah dia
tidak pernah melihat rambut Ariana yang separas bahu itu, namun entah mengapa
debaran di dadanya kali ini agak berlainan dari biasanya.
ARIANA
membetulkan
kedudukan topi yang agak senget. Dia cuba mengawal debaran saat panahan mata
Afif tepat merenung ke arahnya. Saat matanya bertembung sepasang mata milik
Afif, cepat saja dia melarikan pandangan. Dia mula gelisah.
ARIANA |
Afif
menahan tawa dari terburai. Dia tahu bahawa Ariana tidak suka direnung
sebegitu. Tetapi dia suka melihat wajah Ariana yang putih itu berona merah.
Tampak comel di matanya. Haih! Ariana, Ariana. Sejauh manapun kau sembunyi
tetap juga nampak kecomelan kau tu, desis hati kecilnya.
“Kau
apahal pandang-pandang aku? Rimaslah wei!” Ariana bersuara apabila melihat Afif
yang asyik merenungnya sedari tadi. Afif hanya tersengih cuma,
“Aku
tengok kau ni kadang-kadang cantik juga. Cuma kau je yang tak pernah nak
tonjolkan. Tapi… kalau kau pakai macam ni pun tak apa. Sebab orang lain tak
akan nampak kecantikan kau melainkan aku.”
Bulat
mata Ariana mendengar kata-kata berani mati Afif. Dia mengetap bibir. Geram!
Perkara yang paling dibencinya ialah ‘pujian’. Mungkin bagi gadis lain suka
apabila diri dipuji melambung-lambung. Namun tidak bagi dirinya. Baginya setiap
kata-kata pujian itu adalah satu penghinaan baginya.
“Kau
pernah makan tak sup selipar Jepun saiz 6? Kalau tak pernah aku nak renehkan
sup. Biar wayar putus dalam kepala otak kau tu betul sikit. Kau dah tahu
kan aku tak suka orang cakap aku cantik? Ada juga aku luku kepala kau kat sini
kang,” ujar Ariana seraya menjeling tajam wajah Afif. Afif hanya ketawa melihat
wajah Ariana.
“Kau
ni kalau marah dah serupa macam mak tiri je. Tapi sorry bro. Aku tak takut pun tengok muka kau. Lagi lawak ada la. Suara kau kalau marah macam suara kartun je pun,”
ujar Afif selamba. Ariana turut ketawa mendengar kata-kata Afif. Sedang asyik
mereka ketawa tiba-tiba Ariana terdengar suara sumbang yang mengutuknya.
“Ish!
Kau tengoklah tu. Perempuan tu dah la tomboi. Lelaki aku tengok handsome je. Macam tu punya tomboi pun
selera erk? Dah la pakai baju macam lelaki.”
“Betul
tu. Aku rasa taklah secantik manapun si tomboi tu. Lawa lagi kita yang vogue ni ha.”
Afif
berang mendengar kata-kata penghinaan terhadap sahabatnya itu. Dia bingkas
bangun lalu merapati meja gadis yang mengutuk Ariana itu. Silap besarlah mereka
kerana cuba bermain api dengannya.
“Kau
orang kenapa? Salah ke kalau aku berkawan dengan tomboi? Apa kau orang ingat
pakai baju ala model ni lawa sangatlah. Terdedah sana- sini. Sendat pula tu.
Dah macam sarung nangka je aku tengok. Bercakap tu lain kali jangan ikut sedap mulut je. Setakat muka macam kau
orang ni kat tepi jalan pun bersepah la. Harap muka make-up
je nampak cantik. Bila tanggal make-up tu nanti mengalahkan hantu Kak
Limah,” hambur Afif lantas dia menarik tangan Ariana agar beredar dari situ. Kembang
kempis hidung Afif menahan perasaan amarahnya.
“Kau
ni apahal?” sergah Ariana sebaik saja melangkah keluar dari restoran Warung
Mak.
“Apahal
apa?” soalan berbalas soalan. Ariana mengecilkan mata melihat wajah cemberut
Afif. Haih! Terkadang dia hairan. Mana tak hairannya? Yang dikutuk dia,
bukanlah si Afif. Tapi tingkah Afif mengalahkan dia pula yang dikutuk.
Sedangkan dia steady je.
“Kau
tu emosi sangat. Orang nak kutuk aku ke apa lantak diorang la. Aku tak pernah
kesah dengan apa yang diorang nak cakapkan. Sebab aku tahu kau dan ayah aku
akan selalu ada dengan aku,” ujar Ariana dengan penuh makna. Spontan Afif
tersenyum. Dia meletakkan tangan kanannya di atas kepala Ariana yang dilindungi
topi.
“Aku,
Muhammad Afif bin Aryan berjanji untuk menjaga kau Lutfa Ariana binti Abdullah seumur hidup aku. Aku janji
bahawa takkan ada sesiapa pun sakiti kau. Dan aku janji takkan pernah
tinggalkan kau walau apa keadaan sekalipun.”
Ariana
terpana mendengar janji yang ditaburkan Afif. Sesungguhnya dia berharap agar
Afif mengotakan janji untuk sentiasa berada di sisinya. Namun bagaimana
seandainya Afif sudah bertemu dengan insan yang berjaya membuka pintu hatinya
suatu hari kelak? Mustahillah Afif akan sentiasa memberi perhatian padanya. Dia
melepaskan keluhan berat.
AFIF
memandang dada langit yang terang benderang dek cahaya bulan. Dia suka melihat
bulan. Baginya bulan itu sangat indah. Seperti indahnya persahabatan dia dan
juga Ariana. Siapa sangka bermula dari diselamatkan dari dibuli akhirnya mereka
telah mengikat janji untuk terus menjadi
sahabat. Dia tersenyum saat teringatkan dirinya yang mudah dibuli suatu masa
dahulu. Dia membaringkan tubuh di balkoni rumah sambil mata tidak lepas
memandang bulan.
Dia
menyeluk kocek seluar. Lantas dikeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi
Ariana. Terasa sunyi hidupnya tanpa mendengar celoteh sahabatnya itu. Dia
menyilangkan kaki kanan di atas kaki kirinya. Sebelah tangannya mengalas
kepala. Sementara sebelah lagi memegang telefon.
“Assalamualaikum.
Kenapa kau telefon ni? Kalau setakat nak cakap bulan cantik malam ni tak payah
la. Ni aku tengah duduk kat luar rumah ni ha. Tengah tengok bintang,” celoteh
Ariana lalu ketawa di hujung katanya.
“Waalaikumsalam.
Poyo la kau ni. Aku baru je nak suruh kau tengok bulan. Tak romantik langsung.
Bercakap dengan aku pun kasar giler.
Macam manalah kau nak bercakap dengan bakal suami nanti?”
Uhuk!
Gila ke mamat ni? Agaknya dah lama sangat hidup eh? Ish! Geramnya aku. Mulut tu
macam minta penampar free. Dah memang
gaya aku cakap kasar macam ni nak buat macam mana? Nak cakap lemah lembut? Ei!
Geli aku! Rasa macam hati ni kena geletek je kalau bercakap lembut. Ha ha…
“Kau
ni insurans mulut kau dah mampus eh? Main sedap cakap je. Aku tahu la aku ni
tomboi.Sampaikan dulu kau ingat aku ni lelaki. Yelah sebab penampilan aku ni
kan…” sengaja Ariana tidak menghabiskan ayatnya.
Dia
menggeleng kepala apabila teringat pada
saat kali pertama pertemuan mereka. Mulanya nak marah juga bila Afif dengan
selambanya memeluk dia. Tapi bila ingat balik kelakar. Sebab Afif ingat mereka
sama jantina. He he… mahu taknya? Sebab masa mula-mula pertemuan mereka rambut
Ariana sememangnya pendek. Pakaiannya juga sudah menyerupai lelaki. Mahu taknya
si Afif tersalah sangka.
“Mulut
aku ni kalau bercakap dengan kau automatik akan tamat tempoh insurans. Heee…kau
ada nak ke mana-mana esok? Lagipun esok bengkel tutup. Kan ke bos bagi cuti kat
kita esok? Aku ingat nak jalan-jalan dengan kau.”
Ariana
berfikir sejenak. Dia meletakkan jari telunjuk di dahi seolah-olah memikirkan
sesuatu. Setelah lama berfikir akhirnya dia bersuara.
“Ha!
Apa kata kita mandi pantai?” Afif sedikit kaget mendengar suara nyaring Ariana.
Dia menjauhkan telefon dari telinga. Samdol punya Ary. Boleh dia jerit kat
telinga aku? Haih! Dah nasib berkawan dengan tomboi. Tapi tak apa. Sebab Ary
sekurang-kurangnya jujur. Tak hipokrit.
SEPERTI
yang dijanjikan Ariana dan juga Afif bersiar-siar sambil makan angin. Pada
mulanya Afif ingin mengajak Ariana menonton wayang. Tapi mendengarkan
kata-kata Ariana membuatkannya beralah jua.
“Kau
jangan nak mengada. Aku tak suka la tempat-tempat gelap macam tu. Kalau kau tak
nak temankan aku pergi pantai sudah! Biar aku je pergi seorang. Takde hal punya. Ini Ariana la.”
Afif
melepaskan keluhan berat. Dia aneh akan perasaannnya. Semenjak dua tiga hari ni
dia terasa perasaaannya berbeza. Terasa ingin sentiasa dekat dengan Ariana,
ingin sentiasa Ariana berada di depan matanya. Hairan? Ya! Dia hairan mengapa
sebegitu sekali reaksinya. Malah dia gentar saat Ariana berkata ingin ke pantai
berseorangan tanpa teman.
Biarpun
dia tahu Ariana mampu menjaga diri, namun dia tetap bimbang. Cinta? Tak
mungkinlah aku cintakan Ariana. Lagipun kami dah janji untuk kekal bersahabat.
Haih! Naik runsing dirinya memikirkan masalah hati.
AFIF |
Pantas
dia menoleh saat mendengar bunyi petikan gitar. Dia akui, Ariana memang pandai
segala segi. Memasak, baiki kereta. Cuma satu saja kekurangannya. Ariana
terlalu kasar. Mungkin orang yang baru mengenal Ariana akan berkata bahawa
Ariana bermulut ‘longkang’. Tapi hakikat sebenarnya ialah Ariana sangat baik
orangnya. Ariana tidak akan mencari pasal andai dirinya tidak di usik.
“Kau
main lagu apa?” soal Afif setelah lama berdiam diri.
“Eh!
Boleh pun cakap. Ingatkan bisu tadi,” ujar Ariana selamba. Afif membuat muka
seperti ingin marah. Namun tidak lama. Saat dia melihat Ariana menjulingkan
mata dia menghamburkan tawa. Serius kelakar.
Mereka tidak peduli pada mata-mata yang memandang. Yang penting enjoy!
“Bak
sini gitar tu. Aku nak menyanyi sebuah lagu. Khas untuk kau,” ujar Afif seraya
mengenyitkan matanya.
“Gatal,”
komen Ariana sambil menghulurkan gitar kepada Afif.
“Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Ariana
terbuai dengan bait lirik yang dinyanyikan Afif. Entah mengapa dia terasa
bagaikan di awangan saja. Bahagia! Itu yang dirasakan kini.
Kasih jangan jangan jangan jangan
kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan
kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Haih!
Hidup tak selamanya indah. Macam mana kehidupan aku andainya Afif sudah bertemu
insan yang dia cinta? Persoalan itu hanya mampu berlegar di benak minda Ariana.
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kasih jangan jangan jangan jangan
kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan
kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Kasih jangan jangan jangan jangan
kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi”
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi”
Afif
mengambil kesempatan untuk merenung dalam wajah Ariana. Dia cuba mencari
kecantikan yang tersembunyi di sebalik perwatakan tomboi gadis itu. Dia menelan
liur saat melihat mata bundar Ariana. Cantik. Kau memang cantik Ary. Aku… aku
tak nafikan yang kau seorang gadis yang sangat canik. Walaupun kau cuba
sembunyikannya tapi aku tetap nampak wajah ayu kau. Detik Afif di dalam hati.
Bimbang andainya dia memuji secara terang-terangan pasti akan berlaku
pertengkaran antara mereka. Dan dia tidak mahu sampai itu berlaku.
“Ary,
kau nyanyilah lagu yang paling kau suka. Aku dah lama tak dengar suara lemak
merdu kau tu.” Ariana tersengih mendengar kata-kata Afif. Ariana suka apabila
Afif menghargai nyanyiannya.
“Kejap.
Aku nak nyanyi lagu apa erk? Erm… ha aku tahu lagu apa.” Jemari Ariana mula
memainkan peranan. Dia memetik gitar mengikut alunan lagu Jujur Bilang Cinta
nyanyian Marsha.
“Apakah salahku
Kau biarkan aku merana
Ku tak sangka cerita cinta kita
Berakhir sampai di sini
Kau biarkan aku merana
Ku tak sangka cerita cinta kita
Berakhir sampai di sini
Di
mana perginya cinta
Bahagia pernah ku rasa oh
Walau sesaat berasa ku tahu kau tak cinta
Sampai bila aku merana
Bahagia pernah ku rasa oh
Walau sesaat berasa ku tahu kau tak cinta
Sampai bila aku merana
Jangan
bilang cinta
Bila kau tak merasa
Mohon lembutkan hatimu sekali lagi
Tapi kali ini ku pergi
Bila kau tak merasa
Mohon lembutkan hatimu sekali lagi
Tapi kali ini ku pergi
Namun ku mohon darimu oh
Jujur bila bilang cinta
Jujur bila bilang cinta
Ku
benar-benar cinta
Namun kini dikau pergi
Sepi tidak ku sangka
Namun kini dikau pergi
Sepi tidak ku sangka
Afif
menepuk tangan sebaik saja Ariana menyudahkan nyanyiannya. Tak dinafikan suara
Ariana yang cukup merdu itu. Ada juga dia usulkan agar Ariana menjadi penyanyi.
Namun jawapan gadis itu cukup membuatkan dia bangga berada di sisinya.
“Aku
bukan nak tolak tuah. Tapi bro siapa nak jaga ayah aku? Aku ni dah la tomboi,
risaulah juga kalau betul rezeki aku menjadi artis, siapa tahu kalau aku lupa
daratan? Lupa pada ayah aku? Aku tak mahu sampai itu terjadi. Dan yang lebih
penting ialah kau.”
“Kenapa
pula dengan aku?”
“Aku
tak mahu persahabatan kita menjadi renggang. Lagipun aku selesa dengan kerja
sekarang. Jadi artis pun hidup bukannya senang mana pun. Jadi orang biasa
sudah. Yang penting ayah aku dan kau sentiasa menjadi tulang belakang aku.”
Afif
tersenyum saat teringatkan kata-kata Ariana. Di dalam diam dia kagum dengan
sikap penyayang Ariana. Ariana menepuk kuat paha Afif. Geram pula dirasakan.
Sudah kering tekaknya memanggil Afif. Namun sedikitpun lelaki itu tidak memberi
respon.
“Aduh!
Kau ni kenapa? Sakit tahu tak?” Afif mengeringai kesakitan. Huh! Nampak je
badan kecik. Tapi sekali dia lepuk memang berbirat. Ni balik nanti mesti lebam
paha aku ni.
“Kau
tu ha. Pekak badak. Aku panggil sampai sakit tekak aku ni tau. Kau termenung
entah ingat siapa entah,” bebel Ariana seraya memetik gitar tanpa irama.
“Ala
sorry la sayang. Abang tak dengar sayang panggil abang tadi. Berangan kejap. He
he…” Ariana menjengilkan mata mendengar nama panggilan yang disebut Afif. Dia
buat aksi seperti ingin muntah. Afif sudah bantai gelak. Kelakar sangat melihat
wajah Ariana tika itu.
“Geli
aku dengar kau panggil aku sayang. Naik loya tekak aku.”
“Aik?
Abang tak buat apa-apa pun tiba-tiba je nak loya kenapa?” Afif masih giat
mengusik.
“Kau
ni Kan Muhammad Afif sengaja je cari pasal. Menyampahlah,” marah Ariana. Dia
bangun dari duduknya. Dia menepuk seluar yang berpasir.
Dengan
wajah berang dia mengatur langkah ingin meninggalkan Afif. Namun entah dimana
silapnya kakinya telah tersadung pada kaki Afif. Lantas dia hilang keseimbangan
diri. Mujur baik Afif sempat menyambutnya. Saat mata mereka bersabung,
masing-masing kelu untuk berbicara. Seakan ada satu aliran aneh meresap ke
jantung.
Ariana
meneguk liurnya. Jantungnya berdegup laju. Dia terasa bagaikan di awangan saja.
Afif memandang Ariana tidak berkelip. Apatah lagi saat topi yang sering
melindungi rambut Ariana melorot jatuh. Dia cuba menyedut oksigen saat
dirasakan dirinya tidak mampu bernafas dengan baik. Ini merupakan kali kedua
dia melihat rambut Ariana yang panjang separas bahu itu.
“Err…
sam… sampai bila k… kau nak peluk aku ni?” soal Ariana tergagap-gagap.
“Ha?
Err… lain kali hati-hati,” pesan Afif sebaik saja meleraikan pelukan. Dia
tunduk lantas diambil gitar dan juga topi Ariana yang terjatuh tadi. Ariana
menyambut dengan senyuman hambar.
Adui!
Malunya. Kenapa kau ni Ary? Baru kena usik sikit dah gelabah. Haih! Jantung aku
ni macam baru lepas berlari rentas desa je. Berdegup laju. Kenapa ya? Ariana
menyoal dirinya sendiri.
‘Perasaan
apa ni? Kenapa aku rasa muka aku ni berbahang je? Haih! Naik semput aku macam
ni. Aku… aku sukakan Ary ke?’ Afif turut
berperang dengan perasaannya. Dia meengusap leher untuk menghilangkan gemuruh.
“Aku
nak main kat pantai.”
“Aku
nak main kat pantai.”
Mereka
tergelak saat serentak mengucapkan patah perkataan yang sama. Tanpa sebarang
kata mereka berjalan beriringan ke gigi pantai. Ariana menanggalkan sandalnya
untuk bermain dengan buih pantai. Afif tersenyum melihat tingkah Ariana.
Kenapa
dengan aku ni? Semakin lama semakin hati aku tertarik pada Ary. Ya ALLAH apa
dah jadi pada hati aku ni? Gumam Afif di dalam hati. Namun persoalan kekal
menjadi persoalan. Langsung tiada sebarang jawapan untuk persoalan yang
berlegar di ingatannya itu. Akhirnya dia hanya membiarkan saja. Malas mahu
memberatkan minda dengan soalan yang tidak berjawapan itu.
4 comments:
Best.
thanks baby mio sudi baca n komen
Best la kak. Dlam hati dh mula berputik cinta. Sambung lagi....^_^
hehehehe. yup dalam hati ada taman. tq yup nanti akk sambung eh
Post a Comment