Assalamualaikum, pertama sekali cheq nak minta maaf pasai lewat kasi n3 naaa... enjoy k :) maaf atas kekurangan
========================================================
AFIF
TERSENYUM melihat Ariana yang bertungkus lumus menyudahkan
kerjanya. Terkadang dia hairan juga dengan sahabatnya itu. Tidak malukah dia
sebagai gadis bekerja di bengkel membaiki kereta? Tapi bila difikirkan balik…
dia tahu jawapannya.
Ariana
yang tidak sedar dirinya diperhatikan bersiul sambil mengemaskan barang-barang
yang digunakan sebentar tadi. Dia menarik nafas lega apabila berjaya membaiki
kereta sebelum tepat jam 4 petang. Dia melirik jam di pergelangan tangannya.
“La,
patutlah perut aku ni asyik berbunyi je. Dah pukul 2 rupanya. Ceh! Lapar gila
ni. Mana pula bos ni? Aku dah la tengah lapar ni. Bos pula menghilang entah
kemana. Adui!” Afif tersenyum saat mendengar bebelan Ariana.
Dengan
perlahan dia berdehem. Ariana mengurut dada akibat terkejut. Fikirnya dia hanya
keseorangan di situ. Dia melangkah ke singki untuk membasuh tangannya.
“Bro,
kau dah lama ke ada dekat sini?” soal Ariana setelah melabuhkan punggung
bersebelahan Afif.
“Agak
lamalah. Kau je yang tak sedar. Khusyuk sangat buat kerja. Banyak pula aku
tengok aku repair kereta hari ni.
Mesti kau penat gila kan? Ni aku ada belikan kau nasi ayam. Makanlah.”
Ariana
tersenyum manis pada Afif. Sesungguhnya dia merasa sangat bertuah kerana
memiliki sahabat yang baik serta memahami seperti Afif. Dia mencapai polisterin
yang dihulurkan Afif. Usai membaca doa makan dia menyuapkan nasi ayam ke dalam
mulut. Afif hanya memerhatikan tingkah Ariana.
“Blurrrrbbb…”
Afif hanya tergeleng kepala melihat sikap sempoi Ariana. Ariana menggosok perut
yang sudah penuh terisi.
“Alhamdulillah,
kenyangnya. Eh, kau tak makan eh?”
“Bertuah
punya kawan. Kau dah kenyang baru nak tanya aku? Samdol punya Ary.”
Ariana
menayangkan sengih apabila dimarahi Afif. Dia tahu Afif hanya marah-marah
sayang saja. Lagipun mereka tak pernah bergaduh besar-besaran. Sekadar bergaduh
kecil tu adalah.
“Eheem,
assalamualaikum. Boleh tolong tengokkan kereta saya tak? Tak tahulah rosak apa.
Dari tadi asyik meragam je. Aircond
pun tak berfungsi. Boleh tolong tengok-tengokkan?” serentak Ariana dan Afif
menoleh pada suara yang menyapa.
Afif
memandang wajah gadis dihadapannya tidak berkelip. Mak oiii cantiknya minah ni.
Tinggi, sopan pula tu. Afif mengumam di dalam hati. Spontan dia menyentuh dada
yang berdebar secara tiba-tiba.
Ariana
yang melihat Afif diam seribu bahasa itu segera bangkit. Lantas dia membasuh
tangan sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan gadis ayu itu. Dia
tersenyum senget saat melihat wajah terkulat-kulat si gadis.
“Waalaikumsalam.
Jangan risaulah. Saya ni perempuan. Bukan lelaki,” ujar Ariana selamba. Usai
Ariana berkata gadis itu menyambut huluran tangannya.
“Nama
saya Elfira. Awak siapa nama? Awak kerja di sini?” soal Elfira seraya mata
melihat penampilan Ariana dari atas ke bawah.
“Kenapa?
Tak boleh ke seorang gadis bekerja di sini?” tanya Ariana skeptikal. Hatinya
merasa panas apabila perasan mata bundar gadis bernama Elfira itu yang
seakan-akan memandangnya jijik. Dia melepaskan pegangan tangan mereka.
Menyampah
pula aku dengan minah ni. Salah ke aku kerja dekat bengkel? Janji halal
sudahlah. Aku tak kacau hidup kau pun. Hatinya berdongkol geram.
“Err…
maaf ya cik. Kawan saya ni memang kasar sikit. Mulut pun main lepas je,” ujar
Afif seraya mengepitkan kepala Ariana di celah ketiaknya.
“Weh!
Sewel betullah kau ni.” Afif menghamburkan tawa saat melihat wajah tidak puas
hati Ariana.
“Nama
aku Ariana. Panggil Ary je. Kereta kau rosak apa eh?” belum pun sempat Ariana
melangkah ke kereta Elfira, Afif terlebih dahulu menlangkah ke kereta gadis
itu.
“Ary,
kau tolong aku. Ambikkan peralatan lengkap. Air-cond
tak berfungsi ni sebab dah kehabisan gas cik. Nak kami tukarkan pada gas yang
paling berkualiti tak?” soal Afif dengan senyuman yang tidak lekang di
bibirnya. Ariana mencebik bibir mendengar nada suara Afif.
“Boleh
juga. Awak boleh tukarkan?” tanya Elfira sambil meliuk lentokkan tubuh di
hadapan Afif. Naik juling mata Ariana melihat tingkah gadis di hadapannya itu.
Serasa mahu saja dia memuntahkan makanan yang baru dihadamnya sebentar tadi.
Gedik bebenor. Dah macam kucing parsi
saja.
Setelah
dua jam akhirnya selesai juga kerja
membaiki kereta. Itupun Ariana yang membaikinya. Afif tahunya mengarah dan
gelak ketawa bersama gadis kerek yang bernama Elfira itu. Nak harapkan Afif
memang taklah. Cakap macam bagus saja. Konon nak tukarkan gas aircond. Hampeh. Badigol! Samdol! Semua
adalah. Kutuk Ariana di dalam hati. Geram saat mendengar gelak tawa dua insan
di hadapannya.
“Dah
siap. Bayar bil kat depan sana eh,” ujar Ariana senada. Bosan! Geram, sakit
hati dengan tingkah menggedik Elfira. Nampak sangat minah ni nak menyendeng
dekat Afif. Heh!
Elfira
berlalu meninggalkan Afif serta Ariana untuk membayar bil servis kereta yang
dikenakan. Ariana mengambil kesempatan itu untuk meluahkan ketidakpuasan
hatinya pada Afif. Namun belum sempat dia membuka mulut, Afif terlebih dahulu
memuji keindahan dan kesopanan Elfira. Terasa mual tekak Ariana saat Afif
memuji Elfira. Bukanlah dia cemburu. Tapi dia lihat Elfira itu seolah-olah
plastik. Terlalu berpura-pura.
Bukan
dia tidak nampak senyuman sinis yang terukir di bibir Elfira saat dia meminta
pertolongan pada Afif. Geramnya hanya ALLAH saja yang tahu. Afif pula sibuk
benar melayan kerenah minah plastik itu.
“Aku
suka tengok Elfira. Bro, kalau kau pakai macam tu mesti lagi cantik kan Ary?
Ary, Ary kau marah aku ke?”
Ish!
Badigol punya kawan. Tak habis-habis nak puji minah tu. Benci aku. Ingat aku ni
apa? Tunggul? Dah la tadi tak tolong aku. Sikit-sikit layan minah tu.
Menyampah, Ariana merengus di dalam hati.
Afif
yang melihat wajah cemberut Ariana mula merasa serba salah. Dia tahu Ariana
marahkan dirinya. Bukan dia tidak mahu membantu Ariana sebentar tadi, tetapi
dia terasa seronok saat berbual dengan Elfira hingga terleka dia jadinya.
Tahu-tahu saja semuanya sudah selesai.
“Err…sayang
janganlah marah. Abang minta maaf eh.”
Sayang,
sayang. Sekali aku pelangkung kepala tu melayang jantung kang. Huh! Aku dah
tengah marah ni. Agrh! Tekanan aku macam ni. Desis Ariana di dalam hati.
“Kau
tahu tak aku penat? Dah la kau langsung tak tolong aku tadi. Kau tu asyik
berkepit je dengan minah plastik tu. Aku tak suka tahu tak? Aku tak suka kau
rapat dengan minah tu. Nampak sangat pada mata dia yang dia tak suka dengan
aku.
"Kau
tu pula baru je kenal sehari dah mula nak merenyam. Bencilah aku. Lelaki memang
semuanya sama. Gatal,” hambur Ariana seraya mencapai helmet. Lantas dia
menghidupkan enjin motor untuk pulang ke rumah. Hati yang sebal tidak
dipedulikan.
“Ary,
Ary. Alamak, sah la dia marah,” gerutu Afif. Dia sudah mula gelabah.
“Awek
awak jelous ke awak layan saya tadi?”
tanya Elfira sebaik saja selesai membayar harga servis. Sebenarnya dia
curi-curi dengar perbualan Afif dan juga Ariana tadi. Sengaja ingin tahu apa
yang digaduhkan mereka. Di dalam hati dia bersorak. Nampaknya peluang untuk dia
mendekatkan diri dengan Afif akan terbuka luas.
“Maaflah
cik. Saya kena balik ni. Bos, saya balik dulu. Ary merajuk dengan saya. Susah
nanti saya nak pujuk dia. Dah la keras kepala dia tu,” jerit Afif kepada bosnya
yang sedang menjamah makanan tengah hari itu.
“Ha
yelah. Kamu tu pandai-pandailah pujuk kekasih kamu tu ya,” usik Hazim pada
Afif.
Dia
tahu antara Afif dan Ariana ada ‘sesuatu’. Dan ‘sesuatu’ itu hanya orang terdekat
mereka saja yang dapat merasakannya. Bukannya dia nampak layanan Afif pada
Ariana. Cuma kejadian tadi agak menyentak sanubarinya. Dia sendiri hairan
melihat Afif yang berkepit dengan wanita yang baru dikenalinya itu. Jika hendak
dibandingkan wanita itu dengan Ariana, pastilah Ariana tampak kekurangannya.
Namun jika melihat dengan mata hati, dia merasakan Ariana lebih segalanya.
Lebih baik, jujur, cantik walaupun sedikit garang.
Elfira
mencebir bibir saat melihat Afif yang tergesa-gesa itu. Segera dia mengatur
langkah ke keretanya. Dia nekad untuk menawan hati Afif.
Seminggu
kemudian…
AFIF
menjerut rasa saat Ariana menjauhkan diri darinya. Dia tahu bahawa Ariana
terasa akan keputusannya. Dia melepaskan keluhan berat. Entah mengapa dia
merasa seolah-olah kehilangan.
“Ary
kenapa kau seksa aku macam ni?” Ingin saja dia mengajukan soalan itu pada
Ariana. Namun dia khuatir akan jawapan yang bakal diterima dari sahabatnya itu.
Afif
meraup wajah yang terasa kusut. Panggilan dari Elfira juga tidak dihiraukan.
Dia sendiri hairan dengan hatinya. Jika dahulu panggilan dari Elfira itu sangat
dinantinya. Tetapi kini dia sangat mendambakan panggilan dari Ariana. Seminggu
tidak mendengar suara gadis itu sangat membuatkan hatinya gundah gulana.
Pada
masa yang sama hati Ariana juga terpukul. Sungguh dia terkilan akan keputusan
yang diambil oleh Afif. Tidak sedarkah lelaki itu bahawa selama ini dia yang
selalu ada untuknya? Dimanakah janji lelaki itu untuk selalu ada dan selalu
menyayanginya?
“Afif…
sampai hati kau bohong aku. Mana janji kau selama ni? Kau kata kau takkan
biarkan sesiapa pun sakiti aku. Tapi sekarang… kau yang sakitkan hati aku.
Tergamak betul kau buat aku macam ni. Minah tu… kau baru kenal dia tapi ah!
Serabut kepala aku. Ya ALLAH, kuatkan hatiku ya ALLAH.” Ariana menangis
teresak-esak.
Matanya
tidak lepas dari menatap dada langit. Langit pada malam ini tampak suram tanpa
cahaya bulan. Seperti kehidupannya yang suram tanpa kehadiran Afif. Sepertimana
langit tidak ceria dengan kehadiran bulan, begitu jugalah hidupnya yang tidak
berseri tanpa ditemani Afif. Terkadang dia hairan dengan dirinya.
Selalu saja perasaan
cemburu membakar dirinya saat melihat Afif bermesra dengan Elfira. Apakah ini
cinta? Tapi andainya benar dia mencintai Afif, adakah perasaannya kan berbalas?
Dia bangkit dari pembaringan. Lantas dicapainya gitar yang terletak di sisi.
Jarinya mula memetik gitar mengikut alunan irama lagu Andai Hatiku Bersuara
nyanyian Chomel.
Oh
Tuhan, berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanMU
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Kekuatan menempuhi dugaanMU
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Ariana
mula merasa sebak saat bait lirik pertama itu dinyanyikannya. Airmata semakin
laju menuruni pipi.
‘Lagu
ni memang betul-betul macam kisah hidup aku la. Ya ALLAH sakitnya hati
mencintai dalam diam,’ desis hati kecil Ariana.
Andainya
hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara
Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti ,tidak ku fahami
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara
Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti ,tidak ku fahami
Airmata
yang mengalir dibiarkan tanpa diseka. Sejujurnya dia sudah lama tidak
mengalirkan airmata. Namun kini kerana seorang insan bergelar lelaki airmatanya
tumpah setelah sekian lama tidak mengalir di pipinya.
Dia
akui bahawa selama ini Afif yang selalu membuatkan dirinya ketawa. Namun kini
kerana lelaki itu jugalah dia menangis hiba. Dan itu adalah kerana cinta yang
terpendam sekian lama di dalam hatinya.
Seperti
insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Oh
Tuhan, berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanMu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima
Ariana
menyeka airmata di pipinya. Tanpa disedarinya nyanyiannya itu telah menyentuh
hati insan yang turut menyimpan perasaan terhadap dirinya. Jika diturutkan rasa
hati ingin saja disapanya gadis yang semakin mendapat tempat di hatinya itu.
Namun dia khuatir dengan penerimaan gadis itu.
Dia
turut merasa sebak apabila melihat pipi Ariana yang lencun dek airmata. Dia
menyentuh dada yang terasa sakit dengan tiba-tiba.
‘Ya
ALLAH, perasaan apakah ini? Kenapa dada aku sakit melihat airmata di pipinya?
Ary… maafkanlah aku. Aku tahu aku salah. Ya ALLAH, pilihan apalagi yang harus
aku lakukan? Melepaskan Elfira… aku tidak sampai hati untuk melihatnya
bersedih. Namun ya ALLAH hati aku lebih berat untuk melepaskan Ary. Bantulah
hamba-MU yang lemah ini Ya RABB,’ detik Afif
di dalam hati. Setelah Ariana masuk ke dalam rumah dia berlalu pergi
meninggalkan halaman rumah Ariana.
ARIANA
menjeling sekilas pada wajah Afif yang sedang asyik membaiki kereta itu. Jika
diturutkan hati ingin saja dia menegur lelaki itu. Namun egonya mengatasi
segalanya. Hanya ALLAH sajalah yang mengetahui betapa dia merindui lelaki itu.
Saat matanya bertentang dengan sepasang mata milik Afif, segera dia melarikan
pandangan ke arah lain. Afif melepaskan keluhan berat. Sesungguhnya dia sudah
mati akal untuk memikirkan cara melembutkan hati Ariana yang keras bak kerikil
itu.
‘Ya
ALLAH, bagaimana lagi caranya untuk aku memujuk hati Ariana? Sudah pelbagai
cara aku gunakan. Namun Ariana tetap juga dingin. Ya ALLAH, sesungguhnya aku
sangat merindui Ary,’ desis Afif di dalam hati.
‘Nak
tegur ke tak eh? Ya ALLAH, rindu sangat nak dengar suara Afif. Tapi… aku kan
masih mogok suara dengan dia. Aduh! Runsing la macam ni,” omel Ariana di dalam
hati. Dalam diam dia mencuri pandang pada wajah Afif.
Hazim
sedikit hairan apabila tidak langsung mendengar gurau senda sahabat merangkap
pekerjanya itu. Jika sebelum ini, buka saja pintu grill pasti akan mendengar
gurau senda mereka.
“Kenapa
pula si Afif dengan Ary ni? Bergaduh ke? Dekat seminggu juga aku tengok diorang
tak bertegur. Haih! Parah. Buat kerja pun serba tak kena semuanya. Tak boleh
jadi ni. Aku sebagai majikan harus perbetulkan keadaan,” omel Hazim sendirian.
Pantas dia memanggil Ahmad.
“Mad,
hang pi ganti si Afif tu. Aku tengok dia dari tadi duk baiki kereta tu. Tak
siap-siap lagi. Lepaih tu hang panggil Ary dengan Afif jumpa aku,” arah Hazim
dengan serius. Ahmad berlalu mengikuti arahan yang diberikan majikannya.
Ahmad
merupakan pekerja barunya. Walaupun Ahmad baru bekerja hari ini, namun dia
tetap berpuas hati dengan layanan serta servis yang Ahmad tunjukkan.
“Err…
kau orang. Tu bos panggil Pergilah. Afif biar aku settle kereta ni. Kau pergilah jumpa bos.”
Ariana
serta Afif sedikit kaget. Tidak pernah pula bos mereka memanggil semasa
bekerja. Melainkan sewaktu ingin memberi gaji sahaja. Mereka saling
berpandangan. Namun tidak lama. Ariana menghayun langkah laju meninggalkan Afif di belakang. Hatinya sedikit berdebar.
Tok!
Tok!
“Masuk.”
Serentak Afif dan Ariana memulas tombol pintu. Saat tersedar jemari mereka
bersentuhan segera Ariana melarikan jemarinya. Dia menjeling tajam pada Afif.
Hazim yang perasan pandangan tajam Ariana itu segera berdehem untuk meleraikan
situasi ‘panas’ yang dirasakan kini.
“Ary,
Afif jemputlah duduk. Pejabat aku ni belum nak roboh lagi aih,” seloroh Hazim
seraya bangkit dari kerusinya. Lantas dia duduk di sofa kecil yang terdapat di
pejabatnya.
Ariana
menoleh melihat sofa yang berada di dalam pejabat mini bosnya. Dia berdecit
apabila melihat hanya ada sofa yang muat untuk dua orang tetamu itu.
‘Takde pilihan la nampaknya. Kena juga
duduk dekat dengan mamat ni. Huh!’ omel hati kecil Ariana.
Ariana
menjarakkan diri saat terasa bahunya bersentuhan dengan bahu Afif.
“Apa
masalah kau orang ni?” tanya Hazim terus terang. Sungguh dia sudah rimas
melihat wajah masam mencuka kedua-duanya itu. Yang seorang ke timur, yang
seorang ke selatan. Hampir gila dibuatnya memikirkan masalah yang melanda
pekerja kesayangannya itu.
Baik
Afif mahupun Ariana seorang pun tidak mahu bersuara. Ariana bermain dengan
hujung lengan bajunya. Manakala Afif hanya memerhati tingkah Ariana.
“Kau
orang ni pekak ke apa? Aku tanya ni. Haih! Susahla. Aku ni niat nak bantu
hangpa. Tapi kalau hangpa rasa…” belum pun habis kata-kata Hazim, Ariana pantas
memintas.
“Bos
tanyalah sendiri Afif ni. malas nak cakap. Menyampah!”
Tak
berkelip mata Afif menatap wajah Ariana yang sudah mula berubah rona itu. Tahulah dia kini
bahawa Ariana benar-benar marah akan keputusan ‘bodohnya’ itu. Mahunya tak
bodoh. Baru saja kenal Elfira beberapa hari, tahu-tahu saja sudah bertukar
status dari ‘sahabat’ kepada ‘kekasih’. Mahunya Ariana tidak mengamuk. Sudahlah
semenjak bergelar ‘kekasih’ masanya banyak terluang dengan Elfira. Baginya
memang padan dengan muka dia apabila Ariana mula menjauhkan diri darinya. Haih!
Nasib, nasib. Di sebelah kanan, sahabat. Sebelah kiri pula kekasih. Sungguh dia
runsing untuk menjaga kedua-dua hati wanita yang disayanginya itu.
“Afif,
apahal sebenaqnya ni? Hangpa tau dak aku ni rasa susah hati bila tengok hangpa
duk masam muka lagu ni? Aku ni rasa macam rezeki aku lari ja bila hangpa tak
berteguq sapa. Afif, Ary pasai pa sebenaqnya ni? Cuba habaq mai kat aku.”
Afif
melepaskan keluhan sebelum menjawab pertanyaan yang diajukan Hazim.
“Sebenarnya
bos… kami… sa… saya dengan Elfira…” kata-kata Afif terhenti di situ saat
melihat wajah Ariana yang mulai mendung. Dapat dia lihat airmata yang bertakung
di kelopak mata gadis itu. Dia mendekatkan jarak di antara mereka. Namun segera
Ariana bangkit lantas dia berdiri membelakanginya.
“Ary…
duduk,” arah Hazim tegas.
Ariana
merasa geram saat mendengar arahan majikannya itu. Jika diturutkan kata hati
ingin saja dia melangkah keluar dari bilik
itu. Namun dia khuatir akan membuatkan majikannya bertambah berang.
Majikannya itu sememangnya sangat tegas orangnya. Atau lebih tepat ‘Garang’.
Dengan
perasaan sebal dia menghempas tubuh ke atas sofa yang di dudukinya tadi. Afif
mengesat peluh yang merenik di dahi. Biarpun majikannya itu memasang penghawa
dingin namun entah mengapa dirinya tetap berpeluh bagaikan dia berada di padang
pasir saja. Baru saja Afif ingin membuka mulut bercerita mengenai masalah yang
melanda dirinya dan Ariana tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada
panggilan masuk.
Dia
mendengus sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin. Tanpa menjawab
panggilan tersebut terus saja dia menyambung kata-kata yang dinantikan Hazim.
Dari permulaan perkenalannya dengan Elfira yang akhirnya mengikat hatinya pada
gadis itu. Sehinggalah punca Ariana merajuk dengannya. Segalanya dibongkarkan
tanpa ada tertinggal walau satu cerita pun. Selesai saja Afif bercerita Hazim
menggeleng kepala sambil merenung tajam pada Afif.
“Apa
masalah hang ni Afif? Hang ni tak reti langsung nak jaga perasaan Ary. Aku tak
faham dengan hang. Setakat perempuan macam sapa nama tadi? Elfira?” Afif
menggangguk lemah.
“Ha,
setakat perempuan macam Elfira tu hang toksah duk caiq la. Aku rasa Ary dengan
Elfira jauh beza. Kalau hang tengok dengan mata hati hang, aku pasti hang akan
nampak kelebihan yang ada pada Ary. Dah, la ni aku tak mau dengaq lagi hangpa
gaduh. AKu nak hangpa berbaik semula. Kalau tak…” sengaja Hazim meleretkan
suaranya. Sengaja ingin mendera perasaan kedua-dua pekerjanya itu.
Ariana
sudah gelisah menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut Hazim. Dia bimbang
andainya Hazim memecatnya. Sementalah semenjak seminggu ini segala kerja yang dilakukannya
serba tidak kena.
“Ka…
kalau kami tak berbaik semula kenapa bos?” tanya Ariana dengan perlahan.
“Kalau
tak hangpa dua orang aku pecat,” ujar Hazim dengan tegas lagi serius.
‘Apa?
Gila betullah bos ni. Adui! Tapi… tak apalah. Lagipun aku rindu sangat nak
bergurau dengan Afif macam selalu. Ary, rendahkanlah sikit ego kau. Sampai bila
kau tak nak bertegur dengan Afif?’ soal Ariana pada dirinya sendiri.
‘Apa
aku nak cakap eh? Adui!’ Afif runsing memikirkan ayat untuk menegur Ariana.
“Aku
minta maaf.” Serentak Ariana dan juga Afif bersuara. Lantas mereka ketawa
kecil.
Afif
menarik nafas lega saat Ariana sudah mahu tersenyum. Entah mengapa dia
merasakan suatu perasaan aneh menusuk jantungnya. Terasa bahagia saat Ariana sudah
mahu menegur sapa dengannya.
p/s= sudi2kanlah komen sebarang dua terima kasih :)
No comments:
Post a Comment