WATAK UTAMA CBB |
Pagi itu tergesa-gesa
Erina mengemaskan pakaiannya untuk pulang ke rumah sewa. Hatinya benar-benar
tidak tenang tika itu. Apa saja yang dilakukannya pasti mengingatkan dia
tentang Zafran. Sedangkan dia cuba untuk melupakan wajah itu, namun semakin
dihindar
semakin pula wajah itu mendekat dingatannya.
Kadang kala sehingga terbawa ke alam mimpi. Sungguh Erina merasa terbeban akan
semua ini.
“ Putri kenapa nak
balik cepat sangat ni? Duduk la sehari dua lagi,” rayu Puan Zaiton namun Erina
langsung tidak mengendahkannya.
“ Tak boleh bu. Putri
banyak kerja. Kesian si Nad, takkan nak harap dia seorang. Lagipun… err…
Putri…” Erina merasa sebak saat terkenangkan Zafran, hingga untuk menyebut nama
Zafran juga Erina tidak mampu. Lantas kerana rasa rindu yang menggebu itulah
yang memaksanya untuk pulang segera ke rumah sewanya.
“ Ibu… sampaikan salam
Putri pada ayah ya. Putri mahu err… ibu tolak lamaran Zaf. Putri tak mampu
untuk terima Zaf. Please bu.” Entah
mengapa Erina merasa sebak saat menuturkan kata itu. Namun dia tidak mahu
memikirkan semua itu.
“ Putri fikirkan dulu
ya. Ibu takkan paksa. Sayang buat solat isthikharah ya. Ibu doakan yang terbaik
untuk anak ibu. Cuma, satu yang ibu harap Putri tidak menyesal akan keputusan
Putri. Kerana ibu yakin Putri tidak akan berjumpa dengan insan sebaik Aidil.
Ibu yakin tu.” Tutur Puan Zaiton sebak lantas dipeluknya tubuh si anak.
“ Bu, doakan Putri,
assalamualaikum,” pinta Erina sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya.
Suasana sepi mencengkam
sanubari Erina. Sambil mengesat airmatanya Erina cuba untuk mengiburkan hati,
lalu tangan kirinya memainkan peranan sementara tangan kanannya memengang
stereng kereta. Siaran radio Hot Fm menjadi pilihannya. Sesekali dia turut
bernyanyi kecil saat mendengar lagu kesukaannya. Erina tersenyum apabila
mendengar segmen pagi di Hot Fm itu. Segmen yang paling diminati Zafran iaitu
panggilan hangit. Serta merta senyumannya mati saat teringatkan Zafran.
“ Kenapa aku harus
ingat dia? Ah! Sampai je aku kat KL aku akan jumpa Zaf. Aku akan buat
perhitungan dengan dia, aku nak dia hentikan rancangan gilanya ni.” tekad Erina
sambil mengesat airmata.
“ Ok, selamat pagi pada
yang baru saja mendengarkan Hot Fm Muzik Paling Hangat, Saya AG bersama rakan
saya Fafau akan menceriakan pagi anda. Tetapi sebelum tu kami ingin memohon maaf pada Puan Hamida,
kerana ka… kami pula…maaf tersasul. Kami minta maaf ya Puan Hamida kerana puan
telah menerima panggilan hangit pagi-pagi buta kan, maaf puan tapi kami hanya
menjalankan tugas semata. Suami puan yang memberikan email pada kami untuk mengenakan puan. Kami tak bersalah ya puan tapi suami puan
yang minta untuk kami membuat panggilan
hangit tadi. Minta maaf lagi sekali ya Puan Hamida. Balik kerja nanti jangan
pula puan buka silat gayung ya. Suami puan tu nak duga puan je, sayang ke tidak
puan dekat dia. Bukan betul-betul ada
niat pun nak kahwin lain,” celoteh AG selaku dj di segmen panggilan hangit pada
pagi itu.
“ Ya, Puan Hamida saya
minta maaflah ya. Tapi dah tugas kami, untuk menghiburkan pendengar-pendengar
Hot Fm, kami terutamanya saya Fafau ingin memohon maaf seandainya terlebih
gurauan ya Puan Hamida, he he. Biasalah sebagai penyampai radio sudah menjadi
tugas saya untuk menghiburkan peminat. Lagi sekali saya meminta maaf ya Puan
Hamida. Baiklah, sekarang kami akan hiburkan anda dengan lagu Stacy- Jahat dan
lagu dari seberang iaitu Armada Band dengan lagunya Hargai Aku, wah macam sedih
je lagu ni AG. Ok, tanpa membuang saya putarkan lagu Armada Band- Hargai Aku.
Pada anda semua hargailah pasangan anda, wah gitu.” Giliran Fafau pula
berceloteh. Erina tergamam saat telinganya mendengar setiap bait lirik lagu
Armada- Hargai Aku.
“ Uit! Dah kenapa aku
nak sentap ni? Adui! Cuma lagu je kot. Tapi… Ah! Kenapa aku rasa lagu ni seolah perli aku je.
Lagi satu ayat terakhir Fafau tu macam ditujukan pada aku je. Hargailah
pasangan anda,” ajuk Erina akan bicara terakhir Fafau tadi.
Erina memberi signal ke
kiri untuk memberhentikan keretanya. Lalu dicapai HTC yang diletakkan didalam
tas tangan. Dia menarik nafas sebelum mendail no Zafran. Erina menelan liur
yang terasa kesat.
“ Assalamualaikum,”
Erina terpana saat Zafran memberi salam.
“ Waalaikumsalam err…”
mati terus kata-kata Erina. Ingin saja diputuskan talian namun sebelah hatinya
merindu akan suara itu, lantas dibiarkan saja tanpa sebarang kata.
“ Rin, kenapa diam je?”
soal Zafran setelah lama berjeda.
“ Err… tak tahu nak
kata apa. Err… Zaf kita jumpa di Taman
Tasik Titiwangsa ya. Dalam pukul 12 macam tu la. Rin call kalau dah sampai disana. Tunggu je Rin call. Assalamualaikum,” tutur Erina lalu segera dimatikan talian.
Zafran mengeluh lega.
Terasa beban yang ditanggungnya kini sedikit berkurangan setelah mendengar
suara Erina tadi. Zafran tersenyum girang, setelah itu dengan hati yang lapang
dia mencapai novel yang dibelinya dua minggu lepas. Sengaja tidak dibuka
plastiknya lagi bimbang andai Mr. Hati menderu rindu akan Erina. Dengan
berhati-hati Zafran membuka plastik novel tersebut.
Novel ‘ Ku Pilih Hatimu’
sebuah karya Areila Sahimi itu menjadi
pilihan Zafran. Padanya novel itu amat menarik, lalu terus saja dia merembat
novel itu namun dia masih belum punya kekuatan untuk membaca novel itu dek
kerana sengketa yang terjadi antaranya dan Erina.
“ Ku Pilih Hatimu
Erina, ish! Jiwang juga aku ni ya. He he. Apa boleh buat sudah nasib badan suka
baca novel jiwang macam ni,” kutuk Zafran akan dirinya sendiri. Lantas dia
menyelak muka surat pertama novel itu.
Terhenti seketika bacaan
Zafran saat HTC yang diletakkan di meja sisi katilnya itu bergegar. Lantas
dicapai HTC untuk melihat gerangan si pemanggil. Bibirnya mengukir senyum
sebelum mengangkat panggilan itu.
“ Assalamualaikum,
Farah. Apa khabar? Eh! Maaflah sejak tamat belajar tu aku senyap je. Kau buat
apa sekarang?” sapa Zafran dengan nada yang ceria. Farah adalah kawan Zafran
sewaktu belajar di Kolej dahulu.
FARAH (xjumpa gambar pakai cap, so bedal la ) |
“ Waalaikumsalam. Ha,
tau pun kau. Sombong dengan aku sekarang kan? Eh! Kau apa cerita dengan gadis
yang kau cari tu? Dah jumpa ke?” soal Farah tentang Erina. Sewaktu belajar
dahulu Farah memang agak rapat dengan Zafran, jadi tak mustahil la andai rahsia
hati Zafran diluahkan pada gadis ala-ala tomboi itu.
“ Err… kau masih ingat?
Aku dah jumpa dia, cuma ada sesuatu yang merusingkan aku. Tapi rasanya kau tak
perlu la tahu. Bukan apa sampai bila aku nak bercerita setiap masalah aku pada
kau kan? Ha! Kau apa cer? Sejak habis
Kolej terus je senyap.” Sengaja Zafran mengubah topik, tidak mahu merosakkan
mood yang sedang berbunga itu.
“ Aku? Ok je. Aku
doakan agar satu hari nanti kau dan siapa nama budak tu Eriza, eh bukan Erina
ha aku doakan agar kau dan Erina bersatu, ok lah beb aku nak cow dulu. Assalamualaikum,” Farah terus
mematikan talian sebaik memberi salam.
Zafran hanya menggeleng
kepala dengan sikap tomboi Farah. Entah bilalah sahabatnya itu akan berubah.
“ Tengku Farah Tengku
Fazdhil bilalah kau nak berubah kan? Sikap tomboi kau masih juga sama. Ish! Dah
pukul 10.00 am ni. Baik aku mandi siap-siap. Nanti nak jumpa Erina pula,” ujar
Zafran dengan terujanya.
~*~*~*~*~*~*
TAMAN TASIK TITIWANGSA
Zafran menunggu kelibat
Erina dengan tenang. Dia menatap air pancuran buatan itu. Terasa tenang hatinya
saat melihat air tasik itu.
“ Eheem-eheem,” Zafran
menoleh saat mendengar suara deheman seseorang.
“ Rin, duduklah.”
Pelawa Zafran. Terasa kelu lidahnya untuk berkata-kata. Ingin saja Zafran
mengungkap kata rindu namun dia bimbang seandainya Erina makin menjauh darinya
seandai diluahkan rasa hatinya tika itu.
Erina menjeling tajam
akan Zafran. Lalu dia mundar-mandir dihadapan Zafran, lagaknya seperti
memikirkan masalah negara saja. Hampir sepuluh minit Erina berkeadaan begitu
dan dia nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
“ Rin, boleh tak Rin
tolong berhenti mundar-mandir macam tu? Rin buat Zaf pening.”
Erina berhenti secara
spontan. Dia menjeling tajam ke arah tuan punya suara. Lantas dia melabuhkan
punggung disisi Zafran.
“ Apa yang awak rancang
sebenarnya Zaf?” tanya Erina keras.
“ Apa maksud awak Rin?
Saya… saya tak faham?” Zafran cuba bertanya dengan nada yang lembut.
“ Pleaselah, jangan nak pura-pura tak tahu pula. Rin tahu ini semua
rancangan Zaf kan? Cakaplah. Kenapa diam?” bentak Erina, geram dengan sikap
Zafran yang sengaja menaikkan api kemarahannya.
“ Rancangan apa? Rin,
kalau soal jodoh tu jujur Zaf kata memang Zaf tak tahu-menahu langsung. Ini
semua ummi dan abi yang tentukan. Zaf
langsung tak diberi pilihan soal ni Rin, sumpah ini semua bukan
rancangan Zaf.” Terang Zafran dengan panjang lebar.
Erina memutarkan bebola
matanya ke atas, lalu dia merenung air tasik dihadapannya. Ketenangan air tasik
itu sedikit pun tidak dapat menenangkan hatinya yang sedang membara itu.
“ Sudahlah Zaf, jangan
nak berlakon la. Rin dah bosan dengan semua ni. Tolonglah hentikan semua kerja
gila ni sebelum…” belum sempat Erina menghabiskan katanya Zafran telah
mencantas butir bicara Erina itu. Dengan tenang Zafran melafazkan kata.
“ Sebelum apa? Apa yang
Rin akan lakukan? Ini semua dah ditakdirkan. Dan satu hal yang harus Rin tahu
bahawa Zaf terlalu sayangkan Rin, dan
walaupun Zaf cintakan Rin sekalipun Zaf tidak akan melakukan sesuatu hal yang
boleh membangkitkan kemarahan Rin,” ujar Zafran tenang lalu tanpa sebarang kata
Zafran mengatur langkah meninggalkan Erina.
' Hanya aku yang tahu
dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' Zafran mengeluh seraya
menoleh kearah Erina.
Terasa ingin pecah
kepala Erina apabila mendengar ucapan terakhir Zafran itu. Erina mengatur
langkah longlai meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa yang baru sahaja
meninggalkan kesan pahit dihatinya itu.
“ Batrisya.” Erina
tersentak saat mendengar seseorang menyeru namanya. Erina sudah mula
menggelabah, kerana hanya ada seorang sahaja yang memanggil hujung namanya itu.
Ingin saja dia mengatur langkah meninggalkan suara yang memanggil itu, namun
kakinya bagaikan digam dengan gam gajah. Melekat dan langsung tidak boleh
digerakkan walaupun sesaat.
“ Batrisya, saya tak
salah orang kan? Putri Erina Batrisya kan? Risya masih cantik seperti dulu.
Risya percayalah Zaimi sayang Risya. Zaimi menyesal buat Risya macam tu,” ujar
Khuzaimi seraya memegang erat jemari Erina.
“ Apa ni? Suka hati je
pegang-pegang. Sudahlah Zaimi, antara kita dah berakhir.” Tegas Erina seraya
memaling wajah. Tidak sudi menatap wajah yang sudah menghancurkan hatinya suatu
ketika dahulu. Mujurlah dia tidak benar-benar cintakan Khuzaimi, jika tidak
merana hidup. Hu hu…
KHUZAIMI |
“ Risya, maafkan Zaimi.
Benar kata Risya, Zaimi tidak tahu menilai antara kaca dan permata,” ujar
Khuzaimi dengan memek muka sedih.
Erina mengerutkan dahi.
Geram dengan sikap tidak faham bahasa lelaki dihadapannya ini.
‘ Ingat aku heran sangat dengan muka sedih kau tu?
Boleh jalanlah dengan kau punya maaf. Zaimi, kau benar-benar lelaki yang tak
boleh diharap. Dasar lelaki buaya,” kutuk Erina didalam hati.
“ Apa sudah jadi dengan
minah salih celup yang awak tergila-gilakan dulu? Sudah berambus meninggalkan
awak ke?” soal Erina agak kasar.
Khuzaimi menelan
liurnya. Entah bagaimana ingin dipujuk hati Erina. Sungguh jika boleh diminta
satu perkara ingin saja dia meminta agar masa diputar kembali. Tapi mana
mungkin itu terjadi.
“ Risya.” Khuzaimi
menarik tangan Erina saat melihat gadis itu mengatur langkah ingin
meninggalkannya.
“ Kau ni kenapa hah?
Aku tak suka kau sentuh aku faham tak? Hubungan kita dah berakhir sebaik saja
kau tinggalkan aku, sekarang lepaskan aku.” Marah Erina seraya merentap
tangannya kasar.
“ Batrisya, awak akan
tetap jadi milik saya, selamanya awak milik saya. Kalau awak tak terima saya
semula dalam hidup awak, saya akan pastikan awak menyesal,” gertak Khuzaimi
seraya merenung tajam wajah Erina.
“ Aku benci kau. Kau
tak malu ke? Dulu kau buang aku jauh dari hidup kau dan sekarang dengan tak
tahu malunya kau nak kutip aku balik?” sinis Erina seraya memaling wajah dari
terus direnung tajam oleh khuzaimi.
“ Hei,
kau dengar sini Risya. Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku. You are mine!” herdik Khuzaimi.
Erina mengetap bibir geram. Lalu tanpa berfikir
panjang terus saja dia memijak kaki Khuzaimi sebelum melarikan diri dari
cengkaman lelaki yang psiko itu.
“ Risya. Kau jangan cuba nak lari. Argh!” berang
Khuzaimi saat kelibat Erina hilang dari pandangannya.
~*~*~*~*~*~*~*~*
Faiz hairan dengan
sikap Zafran. Sekejap dia melihat Zafran termenung panjang, sekejapan pula dia
melihat Zafran mundar-mandir. Hingga dia sendiri naik rimas melihat tingkah
Zafran. Lantas dia cuba untuk mendekati sahabatnya itu.
“ Bro, kau ni apahal?
Sekejap termenung, sekejap lagi duk mundar-mandir. Dah macam kucing hilang anak
je aku tengok. Cuba story kat aku apa
masalah yang menggangu kau sekarang ni?” soal Faiz prihatin akan sahabat yang
satu itu.
Terkejut juga Faiz saat
Zafran menelefon memberitahu ingin ke rumahnya. Sudahlah dia tidak sempat
mengemas rumahnya tika itu, dah macam sarang tikus saja. Namun sebaik saja
Zafran muncul di rumahnya dia hairan melihat wajah suram sahabatnya itu. Timbul
pula rasa simpati dihatinya saat Zafran menceritakan tentang pertemuannya
dengan Erina.
“ Woi, kau ok ke tak?”
Faiz menepuk lembut bahu Zafran apabila sahabatnya itu tidak memberikan respon
akan pertanyaannya tadi.
“ Ha, kau cakap dengan
aku ke?” soal Zafran setelah tersedar dari lamunannya.
“ Eh! Takde la aku cakap dengan laptop ni ha.
Wahai laptop kesayanganku tahukah dikau mengapa sahabatku bermuram durja saja? Ponat den memanggil ha, sampai sakit tekak
den,” seloroh Faiz membuatkan Zafran menyungging senyum.
“ Aku takut Iz, takut
sangat.” Akhirnya Zafran meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
“ Apa yang kau
takutkan? Ok, tadi kau kata Rin marah kau kan? Tapi kau tak cerita atas sebab
apa dia nak marah kau. Apa kata kau cerita dekat aku dari mula sampai habis.
Malam masih muda bro,” ujar Faiz, sempat lagi dia membuat loyar buruk di hujung
katanya.
“ Rin marah, dia ingat
aku yang rancang perjodohan ni. Sumpah Iz aku langsung tak tahu soal ni. Kau
pun kenal aku kan? Kau tahu kan perangai aku? Even aku sayang sekalipun pada dia, aku tak pernah nak buat perkara
yang boleh membangkitkan kemarahan dia. Aku… entahlah. Aku buntu.” Zafran
menerangkan punca kemarahan Erina dengan lebih terperinci pada Faiz.
“ Kenapalah Erina tu
keras kepala sangat? Tak faham aku,” rungut Faiz perlahan.
“ Apa kau cakap? Aku
tak dengar.” Soal Zafran apabila terdengar suara Faiz berbicara itu.
“ Eh, tak ada apa. Ha,
kau tidur rumah aku la malam ni, boleh juga kita tengok bola,” ujar Faiz seraya
mempamerkan sengihan bergulanya.
“ Aku nak pinjam laptop
kau. Aku dah lama tak buka blog. Pinjam eh,” pinta Zafran seraya tangan menekan
butang stanby untuk menghidupkan
laptop tersebut.
Zafran meletakkan ibu
jari dan jari telunjuknya di dagu seolah memikirkan sesuatu. Kemudian dia
memetikkan jari setelah mendapat idea untuk dicoretkan di laman sesawang
bloggernya. Segala luahan hatinya dicoretkan di blogger miliknya itu, hanya
sekadar untuk meluahkan isi hatinya pada seseorang, namun dia tidak pasti
adakah ‘seseorang’ itu turut merasa apa yang dirasainya kini. Usai meluahkan
isi hatinya dia terus menekan butang close
untuk menutup laman bloggernya.
“ Erm, sambil aku
dengar lagu ok juga kalau aku melukis kan? Pilih lagu dulu sebelum mula
melukis.” Zafran membuka winamp list
yang berada dilaptop Faiz, lagu Tetap Menantimu bergema seisi rumah saat dia
mula menguatkan volume pada komputer
itu.
~*~*~*~*~*~*~*
Erina menghempaskan
tubuhnya diatas katil. Terasa penatnya sedikit berkurangan. Namun dia
kembali mencelikkan mata apabila
teringatkan amaran Khuzaimi tadi. Serta merta badannya menggigil ketakutan.
Risau andainya apa yang dikatakan Khuzaimi itu menjadi kenyataan.
Erina mengatur langkah
untuk membersihkan diri. Setelah mencapai tuala dia menutup pintu bilik air.
Sambil melepaskan ikatan rambutnya dia membuka pula air pancuran lantas dia
menyiramkan tubuh dibawah air pancuran itu. Setelah siap Erina membuka almari
pakaian untuk mengambil baju tidurnya.
Usai merapikan diri dia berbaring diatas katil sambil membuka komputer
ribanya.
“ Nak buka bloglah.
Lama tak update apa-apa,” omel Erina
sendirian.
Pantas jemari Erina
menari diatas keyboard , lalu dia
membuka laman sesawang blogger yang sudah lama tidak dibukanya. Dia terpana
saat melihat satu blog yang kelihatan agak islamik. Pantas jemarinya menekan keyboard untuk membuka blogger yang
menarik minatnya itu. Dia tersenyum melihat post
yang ada diblog tersebut. Namun sesaat
dua matanya tertancap pada satu post yang bertajuk ‘Sayangi Insan Yang
Melahirkanmu.’
Lalu tanpa berfikir
panjang terus saja Erina membuka post
yang menarik perhatiannya sedari tadi.
Sebaik membuka post tersebut serta
merta ingatannya menerawang ke wajah ibunya. Sungguh dia merasa bersalah ketika
itu. Namun egonya menepis segalanya. Dia membaca perlahan-lahan post itu sehinggalah berhenti pada
serangkap kata.
“ Tidak cium bau Syurga
andai seorang anak itu mengingkari kata ibunya. Selagi tidak melanggar syariat
islam wajib bagi seorang anak menurut kata dan bicara ibunya.” Erina mengulang
ayat itu hingga melekat di mindanya.
Erina cuba melihat nama
pemilik blogger itu. Lalu di copy dan paste kan link blogger itu di blognya.
Sengaja dia berbuat begitu supaya mudah untuk dia menerjah blog itu lagi.
“ AZPEB.blogspot.com.
Uniknya nama blog ni. Erm, aku follow
je la blog ni. Lagipun setiap post dia menarik dan terkesan dihati, patutlah si
Nadia rajin baca blog ni,” Erina menggumam sendirian.
Saat Erina terdengar
lagu Yakinlah Aku Menjemputmu serta merta dia teringatkan Zafran, tambahan pula
saat jemarinya menekan post ‘Lakaran
Cinta Buatmu’ hatinya terasa bergetar hebat. Entah mengapa dia merasakan post itu adalah luahan hati seseorang.
Seseorang yang amat dekat dihatinya, namun dia sedar seseorang itu kian menjauh
darinya dek kerana sikapnya yang mungkin melukakan hati si dia.
Andai kau tahu...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yang ada di bayangan ku...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yang ada di bayangan ku...
Cinta itu datang ...
Saat aku lihat dirimu
Dan tiba-tiba saja, rasa itu hadir
Tanpa ku pinta… Tanpa ku undang,
Saat aku lihat dirimu
Dan tiba-tiba saja, rasa itu hadir
Tanpa ku pinta… Tanpa ku undang,
Aku menginginkan cinta…
Yang tulus dan ikhlas…
Namun aku sedar…
Siapa diri ini…
Pada ALLAH aku pohon agar lembutkan
hatimu,
Untuk menerimaku,
Kerana aku menyayangimu tanpa batasan,
Aku mencintaimu kerana ALLAH.
~nukilan AZPEB~
Erina terpana saat
membaca luahan hati itu. Tiba-tiba dia merasakan mutiara jernih bergenang
dikelopak matanya. Lalu dia menyeka airmatanya dengan belakang tangan. Lantas dia menutup
komputer ribanya lalu dia menghempaskan tubuh diatas katilnya.
“ Maafkan Rin. Rin sa… sayangkan Zaf,” ujar Erina bersama sendu yang tidak dapat ditahan lagi.
p/s = maaf lama menanti ye... next n3 akan disiapkan sepenuhnya :)
= enjoy reading. jangan lupa drop komen thanks all
6 comments:
Erina ni memang keras kepala, dah suka tp x nak mengaku..kesian zaf..sob, sob, sob
hehehe, rilex2 jgn emo2 hehehe
insya-ALLAH nanti lembut la hati si Erina tu ye..
Erina !!! waaa.. knp keras kepala sgt ?? kesian zaf. huk3... kesian sesangat... huhuu.. terbaikk lah kak weeda. khuzaimi ?? konflik bru ke ? hihii.. chaiyok3 ~
Erina mmg keras kepala. hehehhe kesian zaf kan???nanti next n3 akan lebih kasihan padazaf heee
zaimi?? yess konflik baru.
best2..
tp awat zaimi tu mcam psiko sgt kak..??
rin.. haihh, trima jea laa lamaran kluarga zaf tu... x teruk pn klu trima..
zaff..?? ayat jiwa youu.. tp cm best jea laki cm zaf ad blog.. hehee... ^_^
heheh, insya-ALLAH rin akan terima zaf
Post a Comment