CINTA BILANG BENCI BAB 9

WATAK UTAMA CBB






Pagi itu tergesa-gesa Erina mengemaskan pakaiannya untuk pulang ke rumah sewa. Hatinya benar-benar tidak tenang tika itu. Apa saja yang dilakukannya pasti mengingatkan dia tentang Zafran. Sedangkan dia cuba untuk melupakan wajah itu, namun semakin dihindar semakin pula wajah itu mendekat  dingatannya. Kadang kala sehingga terbawa ke alam mimpi. Sungguh Erina merasa terbeban akan semua ini.

“ Putri kenapa nak balik cepat sangat ni? Duduk la sehari dua lagi,” rayu Puan Zaiton namun Erina langsung tidak mengendahkannya.

“ Tak boleh bu. Putri banyak kerja. Kesian si Nad, takkan nak harap dia seorang. Lagipun… err… Putri…” Erina merasa sebak saat terkenangkan Zafran, hingga untuk menyebut nama Zafran juga Erina tidak mampu. Lantas kerana rasa rindu yang menggebu itulah yang memaksanya untuk pulang segera ke rumah sewanya.

“ Ibu… sampaikan salam Putri pada ayah ya. Putri mahu err… ibu tolak lamaran Zaf. Putri tak mampu untuk terima Zaf. Please bu.” Entah mengapa Erina merasa sebak saat menuturkan kata itu. Namun dia tidak mahu memikirkan semua itu.

“ Putri fikirkan dulu ya. Ibu takkan paksa. Sayang buat solat isthikharah ya. Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu. Cuma, satu yang ibu harap Putri tidak menyesal akan keputusan Putri. Kerana ibu yakin Putri tidak akan berjumpa dengan insan sebaik Aidil. Ibu yakin tu.” Tutur Puan Zaiton sebak lantas dipeluknya tubuh si anak.

“ Bu, doakan Putri, assalamualaikum,” pinta Erina sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya.

Suasana sepi mencengkam sanubari Erina. Sambil mengesat airmatanya Erina cuba untuk mengiburkan hati, lalu tangan kirinya memainkan peranan sementara tangan kanannya memengang stereng kereta. Siaran radio Hot Fm menjadi pilihannya. Sesekali dia turut bernyanyi kecil saat mendengar lagu kesukaannya. Erina tersenyum apabila mendengar segmen pagi di Hot Fm itu. Segmen yang paling diminati Zafran iaitu panggilan hangit. Serta merta senyumannya mati saat teringatkan Zafran.

“ Kenapa aku harus ingat dia? Ah! Sampai je aku kat KL aku akan jumpa Zaf. Aku akan buat perhitungan dengan dia, aku nak dia hentikan rancangan gilanya ni.” tekad Erina sambil mengesat airmata.

“ Ok, selamat pagi pada yang baru saja mendengarkan Hot Fm Muzik Paling Hangat, Saya AG bersama rakan saya Fafau akan menceriakan pagi anda. Tetapi sebelum tu  kami ingin memohon maaf pada Puan Hamida, kerana ka… kami pula…maaf tersasul. Kami minta maaf ya Puan Hamida kerana puan telah menerima panggilan hangit pagi-pagi buta kan, maaf puan tapi kami hanya menjalankan tugas semata. Suami puan yang memberikan email pada kami untuk mengenakan puan.  Kami tak bersalah ya puan tapi suami puan yang minta untuk kami  membuat panggilan hangit tadi. Minta maaf lagi sekali ya Puan Hamida. Balik kerja nanti jangan pula puan buka silat gayung ya. Suami puan tu nak duga puan je, sayang ke tidak puan dekat dia.  Bukan betul-betul ada niat pun nak kahwin lain,” celoteh AG selaku dj di segmen panggilan hangit pada pagi itu.

“ Ya, Puan Hamida saya minta maaflah ya. Tapi dah tugas kami, untuk menghiburkan pendengar-pendengar Hot Fm, kami terutamanya saya Fafau ingin memohon maaf seandainya terlebih gurauan ya Puan Hamida, he he. Biasalah sebagai penyampai radio sudah menjadi tugas saya untuk menghiburkan peminat. Lagi sekali saya meminta maaf ya Puan Hamida. Baiklah, sekarang kami akan hiburkan anda dengan lagu Stacy- Jahat dan lagu dari seberang iaitu Armada Band dengan lagunya Hargai Aku, wah macam sedih je lagu ni AG. Ok, tanpa membuang saya putarkan lagu Armada Band- Hargai Aku. Pada anda semua hargailah pasangan anda, wah gitu.” Giliran Fafau pula berceloteh. Erina tergamam saat telinganya mendengar setiap bait lirik lagu Armada- Hargai Aku.

“ Uit! Dah kenapa aku nak sentap ni? Adui! Cuma lagu je kot. Tapi… Ah!  Kenapa aku rasa lagu ni seolah perli aku je. Lagi satu ayat terakhir Fafau tu macam ditujukan pada aku je. Hargailah pasangan anda,” ajuk Erina akan bicara terakhir Fafau tadi.

Erina memberi signal ke kiri untuk memberhentikan keretanya. Lalu dicapai HTC yang diletakkan didalam tas tangan. Dia menarik nafas sebelum mendail no Zafran. Erina menelan liur yang terasa kesat.

“ Assalamualaikum,” Erina terpana saat Zafran memberi salam.

“ Waalaikumsalam err…” mati terus kata-kata Erina. Ingin saja diputuskan talian namun sebelah hatinya merindu akan suara itu, lantas dibiarkan saja tanpa sebarang kata.

“ Rin, kenapa diam je?” soal Zafran setelah lama berjeda.

“ Err… tak tahu nak kata apa. Err… Zaf  kita jumpa di Taman Tasik Titiwangsa ya. Dalam pukul 12 macam tu la. Rin call kalau dah sampai disana. Tunggu je Rin call. Assalamualaikum,” tutur Erina lalu segera dimatikan talian.

Zafran mengeluh lega. Terasa beban yang ditanggungnya kini sedikit berkurangan setelah mendengar suara Erina tadi. Zafran tersenyum girang, setelah itu dengan hati yang lapang dia mencapai novel yang dibelinya dua minggu lepas. Sengaja tidak dibuka plastiknya lagi bimbang andai Mr. Hati menderu rindu akan Erina. Dengan berhati-hati Zafran membuka plastik novel tersebut.

Novel ‘ Ku Pilih Hatimu’  sebuah karya Areila Sahimi itu menjadi pilihan Zafran. Padanya novel itu amat menarik, lalu terus saja dia merembat novel itu namun dia masih belum punya kekuatan untuk membaca novel itu dek kerana sengketa yang terjadi antaranya dan Erina.

“ Ku Pilih Hatimu Erina, ish! Jiwang juga aku ni ya. He he. Apa boleh buat sudah nasib badan suka baca novel jiwang macam ni,” kutuk Zafran akan dirinya sendiri. Lantas dia menyelak muka surat pertama novel itu.

Terhenti seketika bacaan Zafran saat HTC yang diletakkan di meja sisi katilnya itu bergegar. Lantas dicapai HTC untuk melihat gerangan si pemanggil. Bibirnya mengukir senyum sebelum mengangkat panggilan itu.

“ Assalamualaikum, Farah. Apa khabar? Eh! Maaflah sejak tamat belajar tu aku senyap je. Kau buat apa sekarang?” sapa Zafran dengan nada yang ceria. Farah adalah kawan Zafran sewaktu belajar di Kolej dahulu.

FARAH (xjumpa gambar pakai cap, so bedal la )



“ Waalaikumsalam. Ha, tau pun kau. Sombong dengan aku sekarang kan? Eh! Kau apa cerita dengan gadis yang kau cari tu? Dah jumpa ke?” soal Farah tentang Erina. Sewaktu belajar dahulu Farah memang agak rapat dengan Zafran, jadi tak mustahil la andai rahsia hati Zafran diluahkan pada gadis ala-ala tomboi itu.

“ Err… kau masih ingat? Aku dah jumpa dia, cuma ada sesuatu yang merusingkan aku. Tapi rasanya kau tak perlu la tahu. Bukan apa sampai bila aku nak bercerita setiap masalah aku pada kau kan? Ha! Kau apa cer? Sejak habis Kolej terus je senyap.” Sengaja Zafran mengubah topik, tidak mahu merosakkan mood yang sedang berbunga itu.

“ Aku? Ok je. Aku doakan agar satu hari nanti kau dan siapa nama budak tu Eriza, eh bukan Erina ha aku doakan agar kau dan Erina bersatu, ok lah beb aku nak cow dulu. Assalamualaikum,” Farah terus mematikan talian sebaik memberi salam.

Zafran hanya menggeleng kepala dengan sikap tomboi Farah. Entah bilalah sahabatnya itu akan berubah.

“ Tengku Farah Tengku Fazdhil bilalah kau nak berubah kan? Sikap tomboi kau masih juga sama. Ish! Dah pukul 10.00 am ni. Baik aku mandi siap-siap. Nanti nak jumpa Erina pula,” ujar Zafran dengan terujanya.

~*~*~*~*~*~*

TAMAN TASIK TITIWANGSA

Zafran menunggu kelibat Erina dengan tenang. Dia menatap air pancuran buatan itu. Terasa tenang hatinya saat melihat air tasik itu.

“ Eheem-eheem,” Zafran menoleh saat mendengar suara deheman seseorang.

“ Rin, duduklah.” Pelawa Zafran. Terasa kelu lidahnya untuk berkata-kata. Ingin saja Zafran mengungkap kata rindu namun dia bimbang seandainya Erina makin menjauh darinya seandai diluahkan rasa hatinya tika itu.

Erina menjeling tajam akan Zafran. Lalu dia mundar-mandir dihadapan Zafran, lagaknya seperti memikirkan masalah negara saja. Hampir sepuluh minit Erina berkeadaan begitu dan dia nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

“ Rin, boleh tak Rin tolong berhenti mundar-mandir macam tu? Rin buat Zaf pening.”

Erina berhenti secara spontan. Dia menjeling tajam ke arah tuan punya suara. Lantas dia melabuhkan punggung disisi Zafran.

“ Apa yang awak rancang sebenarnya Zaf?” tanya Erina keras.

“ Apa maksud awak Rin? Saya… saya tak faham?” Zafran cuba bertanya dengan nada yang lembut.

Pleaselah, jangan nak pura-pura tak tahu pula. Rin tahu ini semua rancangan Zaf kan? Cakaplah. Kenapa diam?” bentak Erina, geram dengan sikap Zafran yang sengaja menaikkan api kemarahannya.

“ Rancangan apa? Rin, kalau soal jodoh tu jujur Zaf kata memang Zaf tak tahu-menahu langsung. Ini semua ummi dan abi yang tentukan. Zaf  langsung tak diberi pilihan soal ni Rin, sumpah ini semua bukan rancangan Zaf.” Terang Zafran dengan panjang lebar.

Erina memutarkan bebola matanya ke atas, lalu dia merenung air tasik dihadapannya. Ketenangan air tasik itu sedikit pun tidak dapat menenangkan hatinya yang sedang membara itu.

“ Sudahlah Zaf, jangan nak berlakon la. Rin dah bosan dengan semua ni. Tolonglah hentikan semua kerja gila ni sebelum…” belum sempat Erina menghabiskan katanya Zafran telah mencantas butir bicara Erina itu. Dengan tenang Zafran melafazkan kata.

“ Sebelum apa? Apa yang Rin akan lakukan? Ini semua dah ditakdirkan. Dan satu hal yang harus Rin tahu bahawa Zaf terlalu sayangkan Rin,  dan walaupun Zaf cintakan Rin sekalipun Zaf tidak akan melakukan sesuatu hal yang boleh membangkitkan kemarahan Rin,” ujar Zafran tenang lalu tanpa sebarang kata Zafran mengatur langkah meninggalkan Erina.




' Hanya aku yang tahu dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' Zafran mengeluh seraya menoleh kearah Erina.

Terasa ingin pecah kepala Erina apabila mendengar ucapan terakhir Zafran itu. Erina mengatur langkah longlai meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa yang baru sahaja meninggalkan kesan pahit dihatinya itu.

“ Batrisya.” Erina tersentak saat mendengar seseorang menyeru namanya. Erina sudah mula menggelabah, kerana hanya ada seorang sahaja yang memanggil hujung namanya itu. Ingin saja dia mengatur langkah meninggalkan suara yang memanggil itu, namun kakinya bagaikan digam dengan gam gajah. Melekat dan langsung tidak boleh digerakkan walaupun sesaat.

“ Batrisya, saya tak salah orang kan? Putri Erina Batrisya kan? Risya masih cantik seperti dulu. Risya percayalah Zaimi sayang Risya. Zaimi menyesal buat Risya macam tu,” ujar Khuzaimi seraya memegang erat jemari Erina.

“ Apa ni? Suka hati je pegang-pegang. Sudahlah Zaimi, antara kita dah berakhir.” Tegas Erina seraya memaling wajah. Tidak sudi menatap wajah yang sudah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu. Mujurlah dia tidak benar-benar cintakan Khuzaimi, jika tidak merana hidup. Hu hu…


KHUZAIMI



“ Risya, maafkan Zaimi. Benar kata Risya, Zaimi tidak tahu menilai antara kaca dan permata,” ujar Khuzaimi dengan memek muka sedih.

Erina mengerutkan dahi. Geram dengan sikap tidak faham bahasa lelaki dihadapannya ini.

‘ Ingat aku heran sangat dengan muka sedih kau tu? Boleh jalanlah dengan kau punya maaf. Zaimi, kau benar-benar lelaki yang tak boleh diharap. Dasar lelaki buaya,” kutuk Erina didalam hati.




“ Apa sudah jadi dengan minah salih celup yang awak tergila-gilakan dulu? Sudah berambus meninggalkan awak ke?” soal Erina agak kasar.

Khuzaimi menelan liurnya. Entah bagaimana ingin dipujuk hati Erina. Sungguh jika boleh diminta satu perkara ingin saja dia meminta agar masa diputar kembali. Tapi mana mungkin itu terjadi.

“ Risya.” Khuzaimi menarik tangan Erina saat melihat gadis itu mengatur langkah ingin meninggalkannya.

“ Kau ni kenapa hah? Aku tak suka kau sentuh aku faham tak? Hubungan kita dah berakhir sebaik saja kau tinggalkan aku, sekarang lepaskan aku.” Marah Erina seraya merentap tangannya kasar.

“ Batrisya, awak akan tetap jadi milik saya, selamanya awak milik saya. Kalau awak tak terima saya semula dalam hidup awak, saya akan pastikan awak menyesal,” gertak Khuzaimi seraya merenung tajam wajah Erina.

“ Aku benci kau. Kau tak malu ke? Dulu kau buang aku jauh dari hidup kau dan sekarang dengan tak tahu malunya kau nak kutip aku balik?” sinis Erina seraya memaling wajah dari terus direnung tajam oleh khuzaimi.

Hei, kau dengar sini Risya. Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku. You are mine!” herdik Khuzaimi.

Erina mengetap bibir geram. Lalu tanpa berfikir panjang terus saja dia memijak kaki Khuzaimi sebelum melarikan diri dari cengkaman lelaki yang psiko itu.

“ Risya. Kau jangan cuba nak lari. Argh!” berang Khuzaimi saat kelibat Erina hilang dari pandangannya.


~*~*~*~*~*~*~*~*

Faiz hairan dengan sikap Zafran. Sekejap dia melihat Zafran termenung panjang, sekejapan pula dia melihat Zafran mundar-mandir. Hingga dia sendiri naik rimas melihat tingkah Zafran. Lantas dia cuba untuk mendekati sahabatnya itu.

“ Bro, kau ni apahal? Sekejap termenung, sekejap lagi duk mundar-mandir. Dah macam kucing hilang anak je aku tengok. Cuba story kat aku apa masalah yang menggangu kau sekarang ni?” soal Faiz prihatin akan sahabat yang satu itu.

Terkejut juga Faiz saat Zafran menelefon memberitahu ingin ke rumahnya. Sudahlah dia tidak sempat mengemas rumahnya tika itu, dah macam sarang tikus saja. Namun sebaik saja Zafran muncul di rumahnya dia hairan melihat wajah suram sahabatnya itu. Timbul pula rasa simpati dihatinya saat Zafran menceritakan tentang pertemuannya dengan Erina.

“ Woi, kau ok ke tak?” Faiz menepuk lembut bahu Zafran apabila sahabatnya itu tidak memberikan respon akan pertanyaannya tadi.

“ Ha, kau cakap dengan aku ke?” soal Zafran setelah tersedar dari lamunannya.

“ Eh! Takde la aku cakap dengan laptop ni ha. Wahai laptop kesayanganku tahukah dikau mengapa sahabatku bermuram durja saja?  Ponat den memanggil ha, sampai sakit tekak den,” seloroh Faiz membuatkan Zafran menyungging senyum.

“ Aku takut Iz, takut sangat.” Akhirnya Zafran meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“ Apa yang kau takutkan? Ok, tadi kau kata Rin marah kau kan? Tapi kau tak cerita atas sebab apa dia nak marah kau. Apa kata kau cerita dekat aku dari mula sampai habis. Malam masih muda bro,” ujar Faiz, sempat lagi dia membuat loyar buruk di hujung katanya.

“ Rin marah, dia ingat aku yang rancang perjodohan ni. Sumpah Iz aku langsung tak tahu soal ni. Kau pun kenal aku kan? Kau tahu kan perangai aku? Even aku sayang sekalipun pada dia, aku tak pernah nak buat perkara yang boleh membangkitkan kemarahan dia. Aku… entahlah. Aku buntu.” Zafran menerangkan punca kemarahan Erina dengan lebih terperinci pada Faiz.

“ Kenapalah Erina tu keras kepala sangat? Tak faham aku,” rungut Faiz perlahan.

“ Apa kau cakap? Aku tak dengar.” Soal Zafran apabila terdengar suara Faiz berbicara itu.

“ Eh, tak ada apa. Ha, kau tidur rumah aku la malam ni, boleh juga kita tengok bola,” ujar Faiz seraya mempamerkan sengihan bergulanya.

“ Aku nak pinjam laptop kau. Aku dah lama tak buka blog. Pinjam eh,” pinta Zafran seraya tangan menekan butang stanby untuk menghidupkan laptop tersebut.

Zafran meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di dagu seolah memikirkan sesuatu. Kemudian dia memetikkan jari setelah mendapat idea untuk dicoretkan di laman sesawang bloggernya. Segala luahan hatinya dicoretkan di blogger miliknya itu, hanya sekadar untuk meluahkan isi hatinya pada seseorang, namun dia tidak pasti adakah ‘seseorang’ itu turut merasa apa yang dirasainya kini. Usai meluahkan isi hatinya dia terus menekan butang close untuk menutup laman bloggernya.

“ Erm, sambil aku dengar lagu ok juga kalau aku melukis kan? Pilih lagu dulu sebelum mula melukis.” Zafran membuka winamp list yang berada dilaptop Faiz, lagu Tetap Menantimu bergema seisi rumah saat dia mula menguatkan volume pada komputer itu.

~*~*~*~*~*~*~*

Erina menghempaskan tubuhnya diatas katil. Terasa penatnya sedikit berkurangan. Namun dia kembali  mencelikkan mata apabila teringatkan amaran Khuzaimi tadi. Serta merta badannya menggigil ketakutan. Risau andainya apa yang dikatakan Khuzaimi itu menjadi kenyataan.

Erina mengatur langkah untuk membersihkan diri. Setelah mencapai tuala dia menutup pintu bilik air. Sambil melepaskan ikatan rambutnya dia membuka pula air pancuran lantas dia menyiramkan tubuh dibawah air pancuran itu. Setelah siap Erina membuka almari pakaian untuk mengambil baju tidurnya.  Usai merapikan diri dia berbaring diatas katil sambil membuka komputer ribanya.

“ Nak buka bloglah. Lama tak update apa-apa,” omel Erina sendirian.

Pantas jemari Erina menari diatas keyboard , lalu dia membuka laman sesawang blogger yang sudah lama tidak dibukanya. Dia terpana saat melihat satu blog yang kelihatan agak islamik. Pantas jemarinya menekan keyboard untuk membuka blogger yang menarik minatnya itu. Dia tersenyum melihat post yang ada diblog tersebut.  Namun sesaat dua matanya tertancap pada satu post yang bertajuk ‘Sayangi Insan Yang Melahirkanmu.’

Lalu tanpa berfikir panjang terus saja Erina membuka post yang menarik perhatiannya sedari tadi.  Sebaik membuka post tersebut serta merta ingatannya menerawang ke wajah ibunya. Sungguh dia merasa bersalah ketika itu. Namun egonya menepis segalanya. Dia membaca perlahan-lahan post itu sehinggalah berhenti pada serangkap kata.

“ Tidak cium bau Syurga andai seorang anak itu mengingkari kata ibunya. Selagi tidak melanggar syariat islam wajib bagi seorang anak menurut kata dan bicara ibunya.” Erina mengulang ayat itu hingga melekat di mindanya.

Erina cuba melihat nama pemilik blogger itu. Lalu di copy dan paste kan link blogger itu di blognya. Sengaja dia berbuat begitu supaya mudah untuk dia menerjah blog itu lagi.

“ AZPEB.blogspot.com. Uniknya nama blog ni. Erm, aku follow je la blog ni. Lagipun setiap post dia menarik dan terkesan dihati, patutlah si Nadia rajin baca blog ni,” Erina menggumam sendirian.


Saat Erina terdengar lagu Yakinlah Aku Menjemputmu serta merta dia teringatkan Zafran, tambahan pula saat jemarinya menekan post ‘Lakaran Cinta Buatmu’ hatinya terasa bergetar hebat. Entah mengapa dia merasakan post itu adalah luahan hati seseorang. Seseorang yang amat dekat dihatinya, namun dia sedar seseorang itu kian menjauh darinya dek kerana sikapnya yang mungkin melukakan hati si dia.

Andai kau  tahu...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yang ada di bayangan ku...

Cinta itu datang ...
Saat aku lihat dirimu
Dan tiba-tiba saja, rasa itu hadir
Tanpa ku pinta… Tanpa ku undang,

Aku menginginkan cinta…
Yang tulus dan ikhlas…

Namun aku sedar…
Siapa diri ini…

Pada ALLAH aku pohon agar lembutkan hatimu,
Untuk menerimaku,

Kerana aku menyayangimu tanpa batasan,
Aku mencintaimu kerana ALLAH.
~nukilan AZPEB~

Erina terpana saat membaca luahan hati itu. Tiba-tiba dia merasakan mutiara jernih bergenang dikelopak matanya. Lalu dia menyeka airmatanya  dengan belakang tangan. Lantas dia menutup komputer ribanya lalu dia menghempaskan tubuh diatas katilnya.
 
“ Maafkan Rin. Rin sa… sayangkan Zaf,” ujar Erina bersama sendu yang tidak dapat ditahan lagi.


p/s = maaf lama menanti ye... next n3 akan disiapkan sepenuhnya :)
     = enjoy reading. jangan lupa drop komen thanks all

6 comments:

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Erina ni memang keras kepala, dah suka tp x nak mengaku..kesian zaf..sob, sob, sob

Unknown said...

hehehe, rilex2 jgn emo2 hehehe


insya-ALLAH nanti lembut la hati si Erina tu ye..

Unknown said...

Erina !!! waaa.. knp keras kepala sgt ?? kesian zaf. huk3... kesian sesangat... huhuu.. terbaikk lah kak weeda. khuzaimi ?? konflik bru ke ? hihii.. chaiyok3 ~

weeda said...

Erina mmg keras kepala. hehehhe kesian zaf kan???nanti next n3 akan lebih kasihan padazaf heee

zaimi?? yess konflik baru.

Ave Raishaa said...

best2..
tp awat zaimi tu mcam psiko sgt kak..??
rin.. haihh, trima jea laa lamaran kluarga zaf tu... x teruk pn klu trima..
zaff..?? ayat jiwa youu.. tp cm best jea laki cm zaf ad blog.. hehee... ^_^

Unknown said...

heheh, insya-ALLAH rin akan terima zaf