FARHANA |
“ Nad, aku risau lah
tengok si Rin tu.” Farhana meluahkan kerisauannya.
“ Err... Aku pun. Biasalah. Mungkin ada masalah dengan Zafran kot. Biasanya hal berkaitan Zaf je yang buat Rin tu monyok, sedih,” ulas Nadia.
“ Erm, agaknya lah.
Oklah aku nak naik. Nak solat,” Farhana meminta diri untuk ke biliknya untuk menunaikan
solat asar.
Usai membersihkan diri
Erina segera mengambil wudhu untuk menunaikan solat. Hatinya tidak tenang
setelah pertemuannya dengan Zafran tadi.
Erina menghamparkan sejadah, lalu dengan penuh tawaduk dia menunaikan
solat. Setelah itu lama dia berteleku di tikar sejadah itu. Mengadu nasib pada
Yang Maha Esa.
“ Ya ALLAH, ampunkan
dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka
mengasihiku sejak aku kecil. Ya ALLAH, sungguh aku terasa akan perubahan Zafran.
Aku merasa bagaikan tersisih saja, seolah aku ini tidak penting di dalam
kehidupannya. Mengapa harus aku berperasaan sebegini? Aku buntu. Aku tidak mahu
kehilangannya. Aku tidak mahu kehilangan sahabat baikku. Berikan aku petunjuk-MU,
mengapa Zafran berubah begini mendadak ya ALLAH. Sob sob.” Erina mengesat
airmata yang tidak silu untuk mengalir. Entah mengapa hatinya cepat tersentuh
andai sesuatu perihal Zafran dibangkitkan. Dan kini perubahan Zafran
benar-benar menyesakkan fikirannya.
Tok! Tok!
Segera Erina mengesat
sisa airmatanya. Setelah melipat telekung dan memastikan wajahnya tiada tanda
baru lepas menangis dia menyuruh sahabatnya masuk.
“ Masuklah, pintu tak
kunci,” ujar Erina. Suaranya kedengaran serak.
“ Beb, kau ok?” soal
Nadia.
“ Aku ok je, kenapa?”
tanya Erina tanpa memandang wajah Nadia dan Farhana yang turut berada disitu.
“ Macam baru lepas
nangis je suara kau. Betul kau ok ni Rin?” soal Farhana pula. Risau apabila
Erina masih tidak mahu bercerita dengan mereka akan masalah yang dihadapinya.
“ Aku ok. Cuma... Err... Emo baca novel ni ha,” tutur Erina seraya mengunjukkan
novel ‘Andai Itu Takdirnya’ yang berada di genggamannya itu. Sengaja dicipta alasan tidak mahu
sahabatnya kerisauan.
“ Ceh! Itu pun nak
emo.” Kutuk Nadia akan sikap sahabatnya itu.
“ Suka hati la, kau
kalau tak minat novel jangan nak kutuk-kutuk ok.” Sengaja Erina menceriakan
suaranya, tidak mahu Nadia atau Farhana mengesan riak kegelisahan yang
dirasainya kini.
Sedang rancak mereka
berbual tiba-tiba Erina tersentak mendengar ringtone yang dikhaskan andai
ibunya menelefon. Segera dia menekan butang hijau untuk menjawab panggilan
tersebut.
“ Assalamualaikum, bu,”
sapa Erina ceria.
“ Waalaikumsalam, ha ni
anak ibu sibuk ke?” soal Puan zaiton.
Bagaikan tidak sabar untuk menyampaikan hajat hatinya.
“ Err… Taklah busy. Kenapa bu?” soal Erina kembali.
“ Kalau boleh Putri
balik esok ye. Ibu dengan ayah ada perkara penting nak bincang.” Tegas Puan
Zaiton seraya menenangkan hatinya. Khuatir niat ikhlasnya ditolak mentah-mentah
andai diberitahu sekarang.
“ Tapi... Bu... Bu...” Erina memanggil ibunya
namun sia-sia kerana talian sudah terputus.
Farhana yang melihat
kerutan di dahi Erina segera menyiku lengan Nadia. Lalu dia memuncungkan bibir
menunjuk kearah Erina.
“ Rin, Putri Erina Batrisya.”
Serentak Nadia dan Farhana menyeru nama Erina.
“ Ha! Eh korang panggil
aku ke?” Erina bagaikan baru tersedar dari lamunan, lantas diraup mukanya
beberapa kali.
“ Kau kenapa ni? Macam
ada masalah je?” soal Farhana bimbang melihat Erina yang kusut dan serabut itu.
“ Err... Ibu... Ibu...
Err... Entah lah. Ibu aku suruh balik, tapi... err... nada suara dia tu err...
macam ada hal penting. Aku risau la. Rasa tak sedap hati pun ya juga,” luah
Erina tentang apa yang dirasainya kini.
“ Entah-entah ada orang
masuk minang kau tak?” usik Nadia seraya mengangkat keningnya tinggi. Erina
sudah mula menggelabah mendengarkan teori Nadia.
“ Coi! Aku muda lagi
kot! Eh, dah kau jangan nak mengarut. Sudahlah, dah nak dekat azan maghrib ni,
korang tak mahu mandi ke?” Erina segera mengubah topik.
“ Eleh, malu la tu. Ke
kau tunggu lamaran Zafran?” usik Nadia lagi. Erina yang geram mendengar usikan
sahabatnya itu pantas mencapai bantal peluk Doraemon
lalu dibalingnya tepat mengenai wajah Nadia.
Nadia ketawa mengekek
melihat wajah masam mencuka Erina, lalu segera digenggam jemari Erina.
“ Beb, aku gurau je.
Kau jangan risau. Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku. Tapi...” kata-kata
Nadia terhenti di situ, khuatir Erina melenting lagi.
“ Tapi apa?” Erina
bertanya tidak sabar.
“ Kalau, aku kata kalau
je tau. Err… kalau betullah err… Ada orang masuk minang kau, agak-agak kau
terima tak?” berbahang wajah Erina saat mendengar soalan berani mati Nadia itu.
“ Err… Entah, dah la
aku nak… Nak… Solat ni,” ujar Erina. Perasaan takut mula menguasai dirinya.
Takut seandainya andaian Nadia itu benar.
Usai solat maghrib
Erina mencapai beg sederhana besar, lalu disumbatkan baju dan sedikit alat
keperluannya sewaktu berada di kampung nanti. Erina berkira-kira untuk menghubungi
Zafran, namun mengenangkan sikap dingin Zafran petang tadi dia membatalkan
niatnya.
“ Eh! Biar lantak la.
Lagipun buat apa aku nak beritahu Zaf? Dia bukan suami aku pun. Ah! Sudah yang
aku merepek ni kenapa? Erina tolonglah. Dia kawan kau kot. Forget it!” Erina mengetuk kepalanya apabila mula memikirkan yang
tidak-tidak mengenai Zafran.
************
UMMI ZAFRAN |
“ Along setuju tak? Ummi dan abi berharap
sangat yang along setuju dengan rancangan kami,” pujuk Puan Linda dengan lembut.
“ Kenapa tiba-tiba je?
Ummi tahu kan kitorang kawan je. Lagipun along yakin dalam hati Erina tiada
sekelumit pun perasaan cinta buat along. Ummi, abi along mohon sangat lupakan
je lah niat baik ummi dan abi tu ya. Insya-ALLAH kalau ada jodoh tak kemana.”
Zafran bingkas bangun ingin menaiki tangga untuk ke biliknya. Namun langkahnya
terhenti saat mendengar suara sendu umminya.
Sob! Sob!
Sesungguhnya Zafran
lemah apabila mendengar tangisan umminya. Dia tidak sanggup untuk melihat
airmata yang mengalir deras di pipi umminya. Dan kini umminya itu menangis
kerana dia. Ya! Kerana dia enggan memenuhi permintaan umminya. Lantas dia
berpaling semula sambil berjalan, lalu didakap erat tubuh umminya.
“ Ummi, maafkan along.
Ummi tolonglah jangan menangis macam ni. Sayu hati along ni ummi. Along
bukannya apa. Along jujur memang along sayangkan Erina tapi… Err… Along… Err… Along
harus ketepikan perasaan sayang tu sebab pada Erina err… Erina… Anggap along ni
hanya kawan dia je,” luah Zafran seraya menundukkan wajah tidak mahu ummi serta
abinya melihat airmata yang berlinang di kelopak mata.
“ Along.” Zafran
menoleh saat mendengar Ain menyeru namanya. Lalu dia mendekati Ain, dipeluknya
tubuh kecil Ain. Terinjut-injut bahu Ain menahan tangis, kerana dia tahu apa
yang ada di fikiran abangnya itu.
“ Adik, kenapa ni?
Along ok je lah,’ bohong Zafran seraya dicium ubun-ubun Ain untuk menenangkan
adik kesayangannya itu.
“ Tak, along bohong. Adik
tahu apa yang ada dalam hati along. Along sayang dan cintakan Kak Rin kan?
Along please lah jangan bohong adik.
Adik tahu along sayang Kak Rin, dan adik rasa Kak Rin juga sayangkan along. Tak
salah kan kalau along terima je cadangan ummi,” ujar Ain seraya mendongakkan
wajah memandang wajah Zafran.
“ Adik… Along… Entah
la. Kepala along tengah serabut sekarang ni. Beri along masa untuk fikir ye ummi,
abi. Along nak solat maghrib dulu ni, assalamualaikum.” Zafran segera berlalu
menuju ke tingkat atas untuk memunaikan kewajipan sebagai khalifah-NYA.
3.00 am
Zafran cuba untuk
melelapkan matanya, namun bayangan Erina semakin mendekat. Sungguh dia terdera
akan perasaannya kini. Zafran mencapai HTC yang diletakkan di atas meja sebelah
katil, niatnya adalah untuk menghubungi Erina namun memikirkan kemungkinan
Erina sudah diulit mimpi dia melupakan hasratnya.
“ Ah! Besok ajalah aku
ke rumah sewa Erina. moga saja aku masih ada kesempatan untuk menerangkan duduk
perkara yang sebenar,” telah Zafran seraya cuba melelapkan matanya. Tepat pukul
5.00 pagi Zafran terlena. Mimpinya diulit wajah ayu Erina. Erina yang tersenyum
manis padanya, Zafran terpaku melihat Erina yang lengkap berpakaian pengantin
berwarna Kuning, namun dia tidak nampak kelibat pengantin lelaki, sehinggalah
Faiz datang mengucapkan tahniah padanya dan saat dia ingin berjabat tangan Faiz
tiba-tiba dia tersedar saat mendengar suara bilal yang memuji keagungan Tuhan
itu.
ALLAH HU AKBAR, ALLAH
HU AKBAR
“ Astaghfirullah-al
azim, mimpi rupanya. Ya ALLAH apakah petanda semua ni?” Zafran meraup mukanya
berkali-kali sebelum membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.
Usai solat terus Zafran mencapai HTC untuk menghubungi
Erina. Namun hampa kerana setiap panggilannya hanya disambut peti simpanan
suara. Tanpa membuang masa Zafran mendail no Faiz untuk meminta bantuan.
“ Assalamualaikum, Iz.
Aku nak minta tolong kau boleh?” soal Zafran tanpa sempat Faiz berkata walau
sepatah dua kata.
“ Waalaikumsalam, kau
ni dah kenapa? Kalut semacam je? Hairan aku. Kau ada masalah? Kau nak aku
tolong apa?” soal Faiz bertubi-tubi.
“ Kau ni banyak bunyi
lah. Teman kan aku ke rumah sewa Erina.” Tegas Zafran seraya menyarungkan
t-shirt berwarna hitam ke tubuhnya.
Zafran menggaru
kepalanya. Seingat dia, tak ada pula dia buat lawak tapi gaya Faiz ketawa tu
dah macam tengok sarkas je. Lalu dia berkata lagi, kali ni dengan nada yang
lebih tegas.
“ Kau apahal
gelak-gelak. Aku ada buat lawak ke? Aku
serius ni. Dah la kepala aku tengah serabut,” suara Zafran naik satu oktaf.
“ Err… Kau… Err.. Marah
aku ke? Maaf la Zaf, err… Bukannya apa, aku pelik la. Sebelum ni kau ok je
kalau nak pergi sorang rumah Rin tu, kenapa hari ni nak berteman pula?” soal
Faiz teragak-agak.
Zafran menyimpul
senyum. Faiz memang tak beubah. Pantang dia meninggikan suara pasti
menggelabah.
“ Faiz, aku gurau je.
Err… Aku ambil kau nanti kita story
ok. Aku risau sangat ni,” ujar Zafran sambil mencapai segugus kunci kereta yang
terletak di atas meja kerjanya.
“ Along nak kemana ni?”
soal Encik Lazim hairan melihat anaknya yang seperti tergesa-gesa itu.
“ Err… Along nak pergi
rumah Faiz, along err… Ada hal sikit nak bincangkan dengan Faiz,” ujar Zafran
lantas dia berlalu pergi setelah menyalam ummi serta abinya.
Puan Linda dan Encik
Lazim hanya memandang kelibat anak lelaki mereka. Sempat Puan Linda melirik
wajah Zafran yang seperti tidak cukup tidur itu.
**********************
“ Bro, apa cer?” soal
Faiz sebaik saja masuk kedalam kereta.
“ Ummi nak aku kahwin
dengan Rin,” ujar Zafran perlahan namun masih sempat Faiz menangkap butir
bicaranya itu.
“ What? Kahwin? Tapi bukan itu ke yang kau nak? Ni kenapa muka kau
monyok je. Patut nya kau gembira, yelah ALLAH dah permudahkan urusan kau,”
selamba Faiz membalas, tanpa disedari perubahan Zafran.
“ Aku takut Rin yang
tak terima. Pagi tadi pun aku call
dia banyak kali, tapi beb dia off handphone.
Aku takut kehilangan Rin,” luah Zafran tanpa ragu.
Sesampai saja di rumah
sewa Erina segera Zafran keluar dari perut kereta lalu ditekan loceng
berkali-kali, sehingga dia melihat kelibat Nadia baru lah dia menghentikan
perbuatannya yang mungkin menggangu itu.
“ Maaf ganggu Nad
pagi-pagi. Err… Rin ada tak? Zaf nak jumpa dia. Ada hal penting ni,” ujar Zafran
sambil melingaskan mata mencari kelibat Erina.
“ Tunggu kejap ye. Nad
panggilkan,”
“ Siapa tu?” soal
Farhana apabila Nadia masuk semula ke dalam rumah.
“ Zafran, dia nak jumpa
Rin, Ana kau panggilkan Rin,” arah Nadia seraya melabuhkan duduk di sofa.
Farhana turun semula ke
ruang tamu setelah memastikan bahawa Erina dikamar tidurnya. Farhana sudah mula
risau seandainya sesuatu terjadi pada Erina. Lantas segera dia meluru
mendapatkan
Nadia.
“ Nadia, Rin tak ada
dalam bilik, tapi err… Dia ada tinggalkan nota ni,” usai berkata Farhana
meghulurkan sekeping kertas berwarna pink kearah Nadia. Segera Nadia mengatur
langkah untuk memberitahu Zafran akan ketiadaan Erina.
“ Err… Zaf. Maaf Rin dah
balik kampung. Baru je tadi. Ni ada dia tulis nota.” Nadia menghulurkan kertas
yang dipengangnya sedari tadi.
Zafran memicitkan
pelipisnya sebaik membaca nota itu. Sungguh dia merasa serabut kini. Pasti
Erina sudah mengetahui akan berita ‘perjodohan’ itu. Dan apa yang dikhuatirinya
ialah reaksi Erina setelah mengetahui perkara itu. Faiz yang menyedari akan
keadaan Zafran memapah Zafran masuk kedalam perut kereta. Saat matanya melihat gadis
yang berdiri di belakang Nadia hatinya mula terdetik sesuatu.
*************
“ Apa? Kahwin? Dengan
Zaf? Ya ALLAH bu apa ni? Kami kawan je lah. Putri tak mahu terima Zaf,” Erina
membantah keras idea yang dicadangkan ibunya.
IBU ERINA |
“ Putri percayalah
cakap ibu. Tiada seorang pun yang mampu menjaga Putri sebaikAidil. Tolonglah sayang,
kali ni je ibu mohon sangat agar Putri setuju,” rayu Puan Zaiton seraya memaut
bahu anak tunggalnya itu.
“ Bu, tolonglah. Sampai
bila-bila pun Aidil Zafran hanya akan
kekal sebagai sahabat dalam hidup Puri Erina Batrisya. Bu tolonglah hormati
keputusan Putri. Tolonglah bu,” sendu kedengaran suara Erina. Dia menangis
semahu-mahunya.
AYAH ERINA |
“ Putri Erina Batrisya,
selama ni ayah tak pernah pun minta atau merayu agar Putri kesayangan ayah ni ikut
kehendak ayah. Tapi sayang, kali ni ayah mohon sangat agar Putri terima
cadangan ayah. Kerana ayah percaya Aidil Zafran benar-benar menyayangi Putri.
Percayalah segala kata ayah. Ayah dapat lihat sinar kasih dan juga sayang Aidil
buat Putri setiap kali Aidil menatap wajah Putri.” Entah mengapa Erina merasa
bagaikan terpujuk mendengar bicara lembut ayahnya.
‘ Betul ke apa yang
ayah cakapkan tu. Ah! Erina jangan sesekali kau percaya semua tu. Tak mungkin.
Ini pasti rancangan Zafran semata-mata. Konon nak eratkan silaturrahim,
berkawan pun boleh la eratkan silaturrahim,’ jerit batin Erina.
“ Ayah harap Putri
boleh berfikir dengan sebaik-baik jawapan ye. Tolong jangan kecewakan ayah,”
pujuk Encik Zainal dengan lembut.
Erina mendengus lalu bingkas ke
biliknya di tingkat atas. Sakit sungguh hatinya apabila mendengar kata-kata
pujian ibu dan ayahnya terhadap Zafran.
“ Belum jadi menantu dah puji
lebih- lebih. Tak faham la aku. Argh!” Erina menepis segala alat make-up yang berada di meja soleknya.
Erina
perlahan-lahan menghidupkan semula HTC setelah seharian dia mematikan telefon
kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Beberapa minit kemudian, skrin
telefon mula bernyala dan menghasilkan bunyi. Dia hanya memandang sepi apabila
telefon itu bunyi sekali lagi menandakan ada beberapa mesej masuk. Laju
tangannya mencapai lalu menekan button
view. Terpapar 3 mesej dari Syarikat telekomunikasi dan selebihnya mesej
dari Zafran. Erina menekan butang untuk
mendengar peti simpanan suaranya.
“Rin, tolong angkat call saya. Please jangan buat saya risau.”
Erina memutarkan bebola matanya ke
atas. Perasaan marah, geram, benci dan juga rindu semuanya bergaul menjadi
satu. Lalu Erina menekan butang untuk mendengar peti simpanan yang seterusnya.
“ Rin, tolonglah jangan seksa Zaf
macam ni. I really love you. And I need you
in my life. Tak mengapalah andai Rin tak terima Zaf sebagai Suami, tapi
please jangan pergi jauh dari Zaf!”
Setitik airmata gugur juga saat
mendengar luahan hati Zafran. Lalu Erina mengesat airmata dengan belakang
tangan. Lantas Erina menekan butang untuk mendengar pesanan terakhir juga dari
Zafran.
“ Putri Erina Batrisya, Zaf rayu
dari Rin tolonglah jangan buat Zaf risau lagi ok!”
Erina menekup bibirnya. Sungguh dia
terharu mendengar pesanan demi pesanan Zafran, namun sebelah hatinya menidakkan
perasaan aneh yang mula berputik didalam hati. Erina ingin menghubungi Zafran
namun egonya mengatasi segalanya. Lalu terus sahaja Erina menekan button untuk menghubungi no Nadia, namun panggilannya tidak dijawab. Lalu dia mencuba unuk kesekian kalinya. Sesat, dua
saat masih juga tida jawapan lalu tanpa berfikir panjang Erina menghubungi pula
no Farhana.
“ Assalamualaikum, Ana.
Aku…” Erina tidak dapat menahan sebak. Lantas dia menangis semahu-mahunya.
“ Rin, kau kenapa ni?
Ha, lupa aku nak cakap, tadi Zafran datang cari kau kat rumah.” Farhana buntu.
Tidak tahu mahu buat apa, apabila mendengar tangisan Erina semakin
menjadi-jadi.
“ Buat apa Zaf cari
aku? Ana kau tolong aku. Aku tak mahu kahwin. Dengan kawan baik aku sendiri
pula tu. Ana kau tolong aku eh,” rayu Erina membuatkan Farhana serba salah.
“ Erina, sebaiknya kau
fikir masak-masak dulu. Soal kahwin ni bukan perkara main-main. Rin seandainya jodoh
kau kau dengan Zafran kau harus terima. Tak baik kau macam tu tau!. Zafran tadi
punya lah risaukan kau. Hampir je dia pengsan tadi tau,” pujuk Farhana dengan
lembut.
“ Yeke? Tapi…” segera
Erina mengetap bibirnya. Tidak mahu mengambil pusing akan cerita yang baru
sahaja menjamah telingannya.
“ Yelah. Takkan lah aku
nak tipu kau kot. Rin, macam aku cakap tadi. Jangan buat keputusan
terburu-buru. Nanti kau yang menyesal.” Farhana menggunakan phycology untuk terus memujuk Erina.
“ Ana, aku call kau ni
untuk tenangkan hati. Bukan bikin panas hati aku ni. Dah la. Semua orang tak
faham kehendak aku. Aku anggap Zaf hanya
sebagai sahabat. Titik.” Marah Erina lantas mencampakkan telefon bimbitnya keatas
katil.
******************
Faiz menghubungi Nadia
untuk bertanyakan hal Erina. Namun panggilannya tidak dijawab. Faiz mengeluh
hampa. Kerana selain ingin bertanya soal Erina hatinya juga meronta untuk
bertanyakan tentang gadis yang turut bersama Nadia sewaku dia dan Zafran
kerumah sewa gadis itu.
“ Ana, aku naik dululah
ye. Nak rehat. Tentang Rin kau jangan risau. Rin dah besar. Insya-ALLAH Rin
mampu untuk berfikir dengan baik,” Ujar Nadia seraya mengusap lembut bahu
Farhana.
Baru sahaja Nadia ingin
membaringkan tubuhnya dia melihat skrin telefonnya bernyala. Lalu dicapai
telefon untuk melihat jika Erina ada menghubunginya. Nadia menggigit kuku saat
melihat 3 miscalled yang datangnya
dari Erina. Dan satu miscalled dari
Faiz.
“ Adui! Mesti Erina
marah aku tak angkat call dia.” Nadia mengomel sendirian.
Nadia mengerut dahi
hairan kerana Faiz tidak pernah menghubunginya, namun untuk menghilangkan rasa
hairan hatinya terus Nadia menghubungi Faiz.
“ Assalamualaikum,
maaf. Tadi Nad caj handphone.”
“ Waalaikumsalam, oo.
Nad nak tanya sikit ni. Boleh?” soal Faiz.
“ Tanya apa? Tentang
Erina ke?” tebak Nadia.
“ Erm.” Faiz hanya
menggumam.
“ Jujur Nad kata tak
tahu. Tapi, tadi Rin ada call Ana.
Katanya dia tak mahu terima Zaf. Tu je,” ujar Nadia berterus terang.
FAIZ |
“ Err… Nadia.
Sebenarnya macam ni. Faiz nak minta tolong sikit lah. Kalau boleh Nad tolong
pujuk Rin.” Terang Faiz setelah lama berjeda.
“ Tapi kenapa? Kenapa
Zaf sendiri tak pujuk?” soal Nadia.
“ Macam mana Zaf nak
pujuk? Call pun Erina tak angkat,”
ujar Faiz seraya mengesat peluh yang merenik di dahinya.
“ Sebenarnya Zaf tu nak
terima ke tidak cadangan ibu Erina?” soal Nadia lagi.
“ Ok, Faiz terus terang
ye. Sebenarnya dari kecil hinggalah sekarang ni Zaf masih dan akan terus
mencintai Erina, biarpun cintanya tidak berbalas. Dan lagi satu, Faiz tahu
sebenarnya Erina tu pun sayangkan Zaf. Cuma dia keliru dengan perasaan dia.”
Faiz menerangkan satu persatu.
Nadia cuba mencerakin
kata-kata Faiz. Dan setelah dia memahami makna disebalik kata-kata Faiz dia
meneruskan kata.
“ Insya-ALLAH, Nad akan
cuba untuk pujuk Erina,” janji Nadia.
“ Err… boleh tanya
sikit? Tadi dengan awak kat rumah sewa tadi siapa ye Nadia? Iz macam kenal raut
wajahnya. Tapi… siapa ya?” tanya Faiz mengenai gadis yang membuatkannya
tertanya-tanya itu.
“Oh, tu kawan Erina.
Kawan sekampung Rin. Baru mula kerja di BOUTIQUE.
Farhana namanya.” Nadia merasa hairan akan soalan yang diajukan oleh
Faiz.Teringat gambar Faiz yang terselit didalam dompet Farhana membuatkan
tubuhnya mengigil. Segala kemungkinan bermain di fikiran.
‘ Apa kaitan Ana dengan
Faiz ya?’ gerutu hati Nadia.
‘ Ana? Ya ALLAH terima
kasih kerana kabulkan doaku.’ Faiz tersenyum saat memikirkan Farhana
satu-satunya wanita yang berjaya menarik hatinya itu.
P/s = enjoy reading....sedih sikit kot n3 ni sikit la :) kalau tak sedih buat2 sedih sudah la :)
3 comments:
kenapa la si erina nie ego sngat... tp suka tngk depa dua... sweet sngat...
(Qaseh Allyea)
Zaf dgn erina ni suka sama suka tp xnak mengaku..kan senang kalau dorang mengaku aje...hihi
hehehe, eErina ni mmg ego sikit....aduhai.bak kata Faiz..Erina keliru dgn perasaan dy :)
Post a Comment