CINTA BILANG BENCI BAB 8


































FARHANA
Farhana yang melihat wajah cemberut Erina kehairanan. Lantas dia memberi isyarat pada Nadia, namun Nadia juga tidak tahu punca Erina bersedih.

“ Nad, aku risau lah tengok si Rin tu.” Farhana meluahkan kerisauannya.
“ Err... Aku pun. Biasalah. Mungkin ada masalah dengan Zafran kot. Biasanya hal berkaitan Zaf je yang buat Rin tu monyok, sedih,” ulas Nadia.
“ Erm, agaknya lah. Oklah aku nak naik. Nak solat,” Farhana meminta diri untuk ke biliknya untuk menunaikan solat asar.

Usai membersihkan diri Erina segera mengambil wudhu untuk menunaikan solat. Hatinya tidak tenang setelah pertemuannya dengan Zafran tadi.  Erina menghamparkan sejadah, lalu dengan penuh tawaduk dia menunaikan solat. Setelah itu lama dia berteleku di tikar sejadah itu. Mengadu nasib pada Yang Maha Esa.

“ Ya ALLAH, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak aku kecil. Ya ALLAH, sungguh aku terasa akan perubahan Zafran. Aku merasa bagaikan tersisih saja, seolah aku ini tidak penting di dalam kehidupannya. Mengapa harus aku berperasaan sebegini? Aku buntu. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku tidak mahu kehilangan sahabat baikku. Berikan aku petunjuk-MU, mengapa Zafran berubah begini mendadak ya ALLAH. Sob sob.” Erina mengesat airmata yang tidak silu untuk mengalir. Entah mengapa hatinya cepat tersentuh andai sesuatu perihal Zafran dibangkitkan. Dan kini perubahan Zafran benar-benar menyesakkan fikirannya.

Tok! Tok!

Segera Erina mengesat sisa airmatanya. Setelah melipat telekung dan memastikan wajahnya tiada tanda baru lepas menangis dia menyuruh sahabatnya masuk.

“ Masuklah, pintu tak kunci,” ujar Erina. Suaranya kedengaran serak.

“ Beb, kau ok?” soal Nadia.

“ Aku ok je, kenapa?” tanya Erina tanpa memandang wajah Nadia dan Farhana yang turut berada disitu.

“ Macam baru lepas nangis je suara kau. Betul kau ok ni Rin?” soal Farhana pula. Risau apabila Erina masih tidak mahu bercerita dengan mereka akan masalah yang dihadapinya.
 
“ Aku ok. Cuma... Err... Emo baca novel ni ha,” tutur Erina seraya mengunjukkan novel ‘Andai Itu Takdirnya’ yang berada di genggamannya  itu. Sengaja dicipta alasan tidak mahu sahabatnya kerisauan.

“ Ceh! Itu pun nak emo.” Kutuk Nadia akan sikap sahabatnya itu.

“ Suka hati la, kau kalau tak minat novel jangan nak kutuk-kutuk ok.” Sengaja Erina menceriakan suaranya, tidak mahu Nadia atau Farhana mengesan riak kegelisahan yang dirasainya kini.

Sedang rancak mereka berbual tiba-tiba Erina tersentak mendengar ringtone yang dikhaskan andai ibunya menelefon. Segera dia menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

“ Assalamualaikum, bu,” sapa Erina ceria.

“ Waalaikumsalam, ha ni anak ibu sibuk ke?” soal Puan zaiton.  Bagaikan tidak sabar untuk menyampaikan hajat hatinya.

“ Err… Taklah busy. Kenapa bu?” soal Erina kembali.

“ Kalau boleh Putri balik esok ye. Ibu dengan ayah ada perkara penting nak bincang.” Tegas Puan Zaiton seraya menenangkan hatinya. Khuatir niat ikhlasnya ditolak mentah-mentah andai diberitahu sekarang.

 “ Tapi... Bu... Bu...” Erina memanggil ibunya namun sia-sia kerana talian sudah terputus.

Farhana yang melihat kerutan di dahi Erina segera menyiku lengan Nadia. Lalu dia memuncungkan bibir menunjuk kearah Erina.

“ Rin, Putri Erina Batrisya.” Serentak Nadia dan Farhana menyeru nama Erina.

“ Ha! Eh korang panggil aku ke?” Erina bagaikan baru tersedar dari lamunan, lantas diraup mukanya beberapa kali.

“ Kau kenapa ni? Macam ada masalah je?” soal Farhana bimbang melihat Erina yang kusut dan serabut itu.

“ Err... Ibu... Ibu... Err... Entah lah. Ibu aku suruh balik, tapi... err... nada suara dia tu err... macam ada hal penting. Aku risau la. Rasa tak sedap hati pun ya juga,” luah Erina tentang apa yang dirasainya kini.

“ Entah-entah ada orang masuk minang kau tak?” usik Nadia seraya mengangkat keningnya tinggi. Erina sudah mula menggelabah mendengarkan teori Nadia.

“ Coi! Aku muda lagi kot! Eh, dah kau jangan nak mengarut. Sudahlah, dah nak dekat azan maghrib ni, korang tak mahu mandi ke?” Erina segera mengubah topik.

“ Eleh, malu la tu. Ke kau tunggu lamaran Zafran?” usik Nadia lagi. Erina yang geram mendengar usikan sahabatnya itu pantas mencapai bantal peluk Doraemon lalu dibalingnya tepat mengenai wajah Nadia.

Nadia ketawa mengekek melihat wajah masam mencuka Erina, lalu segera digenggam jemari Erina.

“ Beb, aku gurau je. Kau jangan risau. Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku. Tapi...” kata-kata Nadia terhenti di situ, khuatir Erina melenting lagi.

“ Tapi apa?” Erina bertanya tidak sabar.

“ Kalau, aku kata kalau je tau. Err… kalau betullah err… Ada orang masuk minang kau, agak-agak kau terima tak?” berbahang wajah Erina saat mendengar soalan berani mati Nadia itu.

“ Err… Entah, dah la aku nak… Nak… Solat ni,” ujar Erina. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Takut seandainya andaian Nadia itu benar.

Usai solat maghrib Erina mencapai beg sederhana besar, lalu disumbatkan baju dan sedikit alat keperluannya sewaktu berada di kampung nanti. Erina berkira-kira untuk menghubungi Zafran, namun mengenangkan sikap dingin Zafran petang tadi dia membatalkan niatnya.

“ Eh! Biar lantak la. Lagipun buat apa aku nak beritahu Zaf? Dia bukan suami aku pun. Ah! Sudah yang aku merepek ni kenapa? Erina tolonglah. Dia kawan kau kot. Forget it!” Erina mengetuk kepalanya apabila mula memikirkan yang tidak-tidak mengenai Zafran.

************

UMMI ZAFRAN




 “ Along setuju tak? Ummi dan abi berharap sangat yang along setuju dengan rancangan kami,” pujuk Puan Linda dengan lembut.

“ Kenapa tiba-tiba je? Ummi tahu kan kitorang kawan je. Lagipun along yakin dalam hati Erina tiada sekelumit pun perasaan cinta buat along. Ummi, abi along mohon sangat lupakan je lah niat baik ummi dan abi tu ya. Insya-ALLAH kalau ada jodoh tak kemana.” Zafran bingkas bangun ingin menaiki tangga untuk ke biliknya. Namun langkahnya terhenti saat mendengar suara sendu umminya.

Sob! Sob!

Sesungguhnya Zafran lemah apabila mendengar tangisan umminya. Dia tidak sanggup untuk melihat airmata yang mengalir deras di pipi umminya. Dan kini umminya itu menangis kerana dia. Ya! Kerana dia enggan memenuhi permintaan umminya. Lantas dia berpaling semula sambil berjalan, lalu didakap erat tubuh umminya.

“ Ummi, maafkan along. Ummi tolonglah jangan menangis macam ni. Sayu hati along ni ummi. Along bukannya apa. Along jujur memang along sayangkan Erina tapi… Err… Along… Err… Along harus ketepikan perasaan sayang tu sebab pada Erina err… Erina… Anggap along ni hanya kawan dia je,” luah Zafran seraya menundukkan wajah tidak mahu ummi serta abinya melihat airmata yang berlinang di kelopak mata.


 
AIN


“ Along.” Zafran menoleh saat mendengar Ain menyeru namanya. Lalu dia mendekati Ain, dipeluknya tubuh kecil Ain. Terinjut-injut bahu Ain menahan tangis, kerana dia tahu apa yang ada di fikiran abangnya itu.

“ Adik, kenapa ni? Along ok je lah,’ bohong Zafran seraya dicium ubun-ubun Ain untuk menenangkan adik kesayangannya itu.

“ Tak, along bohong. Adik tahu apa yang ada dalam hati along. Along sayang dan cintakan Kak Rin kan? Along please lah jangan bohong adik. Adik tahu along sayang Kak Rin, dan adik rasa Kak Rin juga sayangkan along. Tak salah kan kalau along terima je cadangan ummi,” ujar Ain seraya mendongakkan wajah memandang wajah Zafran.

“ Adik… Along… Entah la. Kepala along tengah serabut sekarang ni. Beri along masa untuk fikir ye ummi, abi. Along nak solat maghrib dulu ni, assalamualaikum.” Zafran segera berlalu menuju ke tingkat atas untuk memunaikan kewajipan sebagai khalifah-NYA.

3.00 am
Zafran cuba untuk melelapkan matanya, namun bayangan Erina semakin mendekat. Sungguh dia terdera akan perasaannya kini. Zafran mencapai HTC yang diletakkan di atas meja sebelah katil, niatnya adalah untuk menghubungi Erina namun memikirkan kemungkinan Erina sudah diulit mimpi dia melupakan hasratnya.

“ Ah! Besok ajalah aku ke rumah sewa Erina. moga saja aku masih ada kesempatan untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar,” telah Zafran seraya cuba melelapkan matanya. Tepat pukul 5.00 pagi Zafran terlena. Mimpinya diulit wajah ayu Erina. Erina yang tersenyum manis padanya, Zafran terpaku melihat Erina yang lengkap berpakaian pengantin berwarna Kuning, namun dia tidak nampak kelibat pengantin lelaki, sehinggalah Faiz datang mengucapkan tahniah padanya dan saat dia ingin berjabat tangan Faiz tiba-tiba dia tersedar saat mendengar suara bilal yang memuji keagungan Tuhan itu.

 
PUTRI ERINA BATRISYA

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

“ Astaghfirullah-al azim, mimpi rupanya. Ya ALLAH apakah petanda semua ni?” Zafran meraup mukanya berkali-kali sebelum membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.

  Usai solat terus Zafran mencapai HTC untuk menghubungi Erina. Namun hampa kerana setiap panggilannya hanya disambut peti simpanan suara. Tanpa membuang masa Zafran mendail no Faiz untuk meminta bantuan.

“ Assalamualaikum, Iz. Aku nak minta tolong kau boleh?” soal Zafran tanpa sempat Faiz berkata walau sepatah dua kata.

“ Waalaikumsalam, kau ni dah kenapa? Kalut semacam je? Hairan aku. Kau ada masalah? Kau nak aku tolong apa?” soal Faiz bertubi-tubi.

“ Kau ni banyak bunyi lah. Teman kan aku ke rumah sewa Erina.” Tegas Zafran seraya menyarungkan t-shirt berwarna hitam ke tubuhnya.

 
AIDIL ZAFRAN

Zafran menggaru kepalanya. Seingat dia, tak ada pula dia buat lawak tapi gaya Faiz ketawa tu dah macam tengok sarkas je. Lalu dia berkata lagi, kali ni dengan nada yang lebih tegas.

“ Kau apahal gelak-gelak. Aku ada  buat lawak ke? Aku serius ni. Dah la kepala aku tengah serabut,” suara Zafran naik satu oktaf.

“ Err… Kau… Err.. Marah aku ke? Maaf la Zaf, err… Bukannya apa, aku pelik la. Sebelum ni kau ok je kalau nak pergi sorang rumah Rin tu, kenapa hari ni nak berteman pula?” soal Faiz teragak-agak.

Zafran menyimpul senyum. Faiz memang tak beubah. Pantang dia meninggikan suara pasti menggelabah.

“ Faiz, aku gurau je. Err… Aku ambil kau nanti kita story ok. Aku risau sangat ni,” ujar Zafran sambil mencapai segugus kunci kereta yang terletak di atas meja kerjanya.

“ Along nak kemana ni?” soal Encik Lazim hairan melihat anaknya yang seperti tergesa-gesa itu.

“ Err… Along nak pergi rumah Faiz, along err… Ada hal sikit nak bincangkan dengan Faiz,” ujar Zafran lantas dia berlalu pergi setelah menyalam ummi serta abinya.

Puan Linda dan Encik Lazim hanya memandang kelibat anak lelaki mereka. Sempat Puan Linda melirik wajah Zafran yang seperti tidak cukup tidur itu.

**********************

“ Bro, apa cer?” soal Faiz sebaik saja masuk kedalam kereta.

“ Ummi nak aku kahwin dengan Rin,” ujar Zafran perlahan namun masih sempat Faiz menangkap butir bicaranya itu.

What? Kahwin? Tapi bukan itu ke yang kau nak? Ni kenapa muka kau monyok je. Patut nya kau gembira, yelah ALLAH dah permudahkan urusan kau,” selamba Faiz membalas, tanpa disedari perubahan Zafran.

“ Aku takut Rin yang tak terima. Pagi tadi pun aku call dia banyak kali, tapi beb dia off handphone. Aku takut kehilangan Rin,” luah Zafran tanpa ragu.

Sesampai saja di rumah sewa Erina segera Zafran keluar dari perut kereta lalu ditekan loceng berkali-kali, sehingga dia melihat kelibat Nadia baru lah dia menghentikan perbuatannya yang mungkin menggangu itu.

“ Maaf ganggu Nad pagi-pagi. Err… Rin ada tak? Zaf nak jumpa dia. Ada hal penting ni,” ujar Zafran sambil melingaskan mata mencari kelibat Erina.

“ Tunggu kejap ye. Nad panggilkan,”

“ Siapa tu?” soal Farhana apabila Nadia masuk semula ke dalam rumah.

“ Zafran, dia nak jumpa Rin, Ana kau panggilkan Rin,” arah Nadia seraya melabuhkan duduk di sofa.

Farhana turun semula ke ruang tamu setelah memastikan bahawa Erina dikamar tidurnya. Farhana sudah mula risau seandainya sesuatu terjadi pada Erina. Lantas segera dia meluru mendapatkan 
Nadia.

“ Nadia, Rin tak ada dalam bilik, tapi err… Dia ada tinggalkan nota ni,” usai berkata Farhana meghulurkan sekeping kertas berwarna pink kearah Nadia. Segera Nadia mengatur langkah untuk memberitahu Zafran akan ketiadaan Erina.

“ Err… Zaf. Maaf Rin dah balik kampung. Baru je tadi. Ni ada dia tulis nota.” Nadia menghulurkan kertas yang dipengangnya sedari tadi.

Zafran memicitkan pelipisnya sebaik membaca nota itu. Sungguh dia merasa serabut kini. Pasti Erina sudah mengetahui akan berita ‘perjodohan’ itu. Dan apa yang dikhuatirinya ialah reaksi Erina setelah mengetahui perkara itu. Faiz yang menyedari akan keadaan Zafran memapah Zafran masuk kedalam perut kereta. Saat matanya melihat gadis yang berdiri di belakang Nadia hatinya mula terdetik sesuatu.

*************

“ Apa? Kahwin? Dengan Zaf? Ya ALLAH bu apa ni? Kami kawan je lah. Putri tak mahu terima Zaf,” Erina membantah keras idea yang dicadangkan ibunya.

IBU ERINA



“ Putri percayalah cakap ibu. Tiada seorang pun yang mampu menjaga Putri sebaikAidil. Tolonglah sayang, kali ni je ibu mohon sangat agar Putri setuju,” rayu Puan Zaiton seraya memaut bahu anak tunggalnya itu.

“ Bu, tolonglah. Sampai bila-bila pun  Aidil Zafran hanya akan kekal sebagai sahabat dalam hidup Puri Erina Batrisya. Bu tolonglah hormati keputusan Putri. Tolonglah bu,” sendu kedengaran suara Erina. Dia menangis semahu-mahunya.

AYAH ERINA


“ Putri Erina Batrisya, selama ni ayah tak pernah pun minta atau merayu agar Putri kesayangan ayah ni ikut kehendak ayah. Tapi sayang, kali ni ayah mohon sangat agar Putri terima cadangan ayah. Kerana ayah percaya Aidil Zafran benar-benar menyayangi Putri. Percayalah segala kata ayah. Ayah dapat lihat sinar kasih dan juga sayang Aidil buat Putri setiap kali Aidil menatap wajah Putri.” Entah mengapa Erina merasa bagaikan terpujuk mendengar bicara lembut ayahnya.


‘ Betul ke apa yang ayah cakapkan tu. Ah! Erina jangan sesekali kau percaya semua tu. Tak mungkin. Ini pasti rancangan Zafran semata-mata. Konon nak eratkan silaturrahim, berkawan pun boleh la eratkan silaturrahim,’ jerit batin Erina.

“ Ayah harap Putri boleh berfikir dengan sebaik-baik jawapan ye. Tolong jangan kecewakan ayah,” pujuk Encik Zainal dengan lembut.

Erina mendengus lalu bingkas ke biliknya di tingkat atas. Sakit sungguh hatinya apabila mendengar kata-kata pujian ibu dan ayahnya terhadap Zafran.

“ Belum jadi menantu dah puji lebih- lebih. Tak faham la aku. Argh!” Erina menepis segala alat make-up yang berada di meja soleknya.

Erina perlahan-lahan menghidupkan semula HTC setelah seharian dia mematikan telefon kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Beberapa minit kemudian, skrin telefon mula bernyala dan menghasilkan bunyi. Dia hanya memandang sepi apabila telefon itu bunyi sekali lagi menandakan ada beberapa mesej masuk. Laju tangannya mencapai lalu menekan button view. Terpapar 3 mesej dari Syarikat telekomunikasi dan selebihnya mesej dari Zafran. Erina menekan butang untuk mendengar peti simpanan suaranya.

 “Rin, tolong angkat call saya. Please jangan buat saya risau.”

Erina memutarkan bebola matanya ke atas. Perasaan marah, geram, benci dan juga rindu semuanya bergaul menjadi satu. Lalu Erina menekan butang untuk mendengar peti simpanan yang seterusnya.

“ Rin, tolonglah jangan seksa Zaf macam ni. I really love you. And I need you in my life. Tak mengapalah andai Rin tak terima Zaf sebagai Suami, tapi please jangan pergi jauh dari Zaf!”

Setitik airmata gugur juga saat mendengar luahan hati Zafran. Lalu Erina mengesat airmata dengan belakang tangan. Lantas Erina menekan butang untuk mendengar pesanan terakhir juga dari Zafran.

“ Putri Erina Batrisya, Zaf rayu dari Rin tolonglah jangan buat Zaf risau lagi ok!”

Erina menekup bibirnya. Sungguh dia terharu mendengar pesanan demi pesanan Zafran, namun sebelah hatinya menidakkan perasaan aneh yang mula berputik didalam hati. Erina ingin menghubungi Zafran namun egonya mengatasi segalanya. Lalu terus sahaja Erina menekan button untuk menghubungi no Nadia, namun panggilannya tidak dijawab. Lalu dia mencuba unuk kesekian kalinya. Sesat, dua saat masih juga tida jawapan lalu tanpa berfikir panjang Erina menghubungi pula no Farhana.

“ Assalamualaikum, Ana. Aku…” Erina tidak dapat menahan sebak. Lantas dia menangis semahu-mahunya.

“ Rin, kau kenapa ni? Ha, lupa aku nak cakap, tadi Zafran datang cari kau kat rumah.” Farhana buntu. Tidak tahu mahu buat apa, apabila mendengar tangisan Erina semakin menjadi-jadi.

“ Buat apa Zaf cari aku? Ana kau tolong aku. Aku tak mahu kahwin. Dengan kawan baik aku sendiri pula tu. Ana kau tolong aku eh,” rayu Erina membuatkan Farhana serba salah.

“ Erina, sebaiknya kau fikir masak-masak dulu. Soal kahwin ni bukan perkara main-main. Rin seandainya jodoh kau kau dengan Zafran kau harus terima. Tak baik kau macam tu tau!. Zafran tadi punya lah risaukan kau. Hampir je dia pengsan tadi tau,” pujuk Farhana dengan lembut.

“ Yeke? Tapi…” segera Erina mengetap bibirnya. Tidak mahu mengambil pusing akan cerita yang baru sahaja menjamah telingannya.

“ Yelah. Takkan lah aku nak tipu kau kot. Rin, macam aku cakap tadi. Jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti kau yang menyesal.” Farhana menggunakan phycology untuk terus memujuk Erina.

“ Ana, aku call kau ni untuk tenangkan hati. Bukan bikin panas hati aku ni. Dah la. Semua orang tak faham kehendak aku. Aku anggap  Zaf hanya sebagai sahabat. Titik.” Marah Erina lantas mencampakkan telefon bimbitnya keatas katil.

******************

Faiz menghubungi Nadia untuk bertanyakan hal Erina. Namun panggilannya tidak dijawab. Faiz mengeluh hampa. Kerana selain ingin bertanya soal Erina hatinya juga meronta untuk bertanyakan tentang gadis yang turut bersama Nadia sewaku dia dan Zafran kerumah sewa gadis itu.

 
NADIA


“ Ana, aku naik dululah ye. Nak rehat. Tentang Rin kau jangan risau. Rin dah besar. Insya-ALLAH Rin mampu untuk berfikir dengan baik,” Ujar Nadia seraya mengusap lembut bahu Farhana.

Baru sahaja Nadia ingin membaringkan tubuhnya dia melihat skrin telefonnya bernyala. Lalu dicapai telefon untuk melihat jika Erina ada menghubunginya. Nadia menggigit kuku saat melihat 3 miscalled yang datangnya dari Erina. Dan satu miscalled dari Faiz.

“ Adui! Mesti Erina marah aku tak angkat call dia.” Nadia mengomel sendirian.

Nadia mengerut dahi hairan kerana Faiz tidak pernah menghubunginya, namun untuk menghilangkan rasa hairan hatinya terus Nadia menghubungi Faiz.

“ Assalamualaikum, maaf. Tadi Nad caj handphone.”

“ Waalaikumsalam, oo. Nad nak tanya sikit ni. Boleh?” soal Faiz.

“ Tanya apa? Tentang Erina ke?” tebak Nadia.

“ Erm.” Faiz hanya menggumam.

“ Jujur Nad kata tak tahu. Tapi, tadi Rin ada call Ana. Katanya dia tak mahu terima Zaf. Tu je,” ujar Nadia berterus terang.


FAIZ


“ Err… Nadia. Sebenarnya macam ni. Faiz nak minta tolong sikit lah. Kalau boleh Nad tolong pujuk Rin.” Terang Faiz setelah lama berjeda.

“ Tapi kenapa? Kenapa Zaf sendiri tak pujuk?” soal Nadia.

“ Macam mana Zaf nak pujuk? Call pun Erina tak angkat,” ujar Faiz seraya mengesat peluh yang merenik di dahinya.

“ Sebenarnya Zaf tu nak terima ke tidak cadangan ibu Erina?” soal Nadia lagi.

“ Ok, Faiz terus terang ye. Sebenarnya dari kecil hinggalah sekarang ni Zaf masih dan akan terus mencintai Erina, biarpun cintanya tidak berbalas. Dan lagi satu, Faiz tahu sebenarnya Erina tu pun sayangkan Zaf. Cuma dia keliru dengan perasaan dia.” Faiz menerangkan satu persatu.

Nadia cuba mencerakin kata-kata Faiz. Dan setelah dia memahami makna disebalik kata-kata Faiz dia meneruskan kata.

“ Insya-ALLAH, Nad akan cuba untuk pujuk Erina,” janji Nadia.




“ Err… boleh tanya sikit? Tadi dengan awak kat rumah sewa tadi siapa ye Nadia? Iz macam kenal raut wajahnya. Tapi… siapa ya?” tanya Faiz mengenai gadis yang membuatkannya tertanya-tanya itu.

“Oh, tu kawan Erina. Kawan sekampung Rin. Baru mula kerja di BOUTIQUE. Farhana namanya.” Nadia merasa hairan akan soalan yang diajukan oleh Faiz.Teringat gambar Faiz yang terselit didalam dompet Farhana membuatkan tubuhnya mengigil. Segala kemungkinan bermain di fikiran.

‘ Apa kaitan Ana dengan Faiz ya?’ gerutu hati Nadia.

‘ Ana? Ya ALLAH terima kasih kerana kabulkan doaku.’ Faiz tersenyum saat memikirkan Farhana satu-satunya wanita yang berjaya menarik hatinya itu.


P/s = enjoy reading....sedih sikit kot n3 ni sikit la :) kalau tak sedih buat2 sedih sudah la :)

3 comments:

Anonymous said...

kenapa la si erina nie ego sngat... tp suka tngk depa dua... sweet sngat...
(Qaseh Allyea)

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Zaf dgn erina ni suka sama suka tp xnak mengaku..kan senang kalau dorang mengaku aje...hihi

Unknown said...

hehehe, eErina ni mmg ego sikit....aduhai.bak kata Faiz..Erina keliru dgn perasaan dy :)