CINTA BILANG BENCI BAB 12












Zafran menghubungi Erina untuk menentukan tempat dan masa untuk pertemuan mereka. Hatinya berdebar sementara menanti gadis pujaan menjawab panggilannya.


“ Assalamualaikum, Zaf. Maaf lambat angkat. Sibuk sikit.” Tutur Erina seraya mengepitkan HTC ketelinga lantas dia menarik kerusi untuk bersarapan.

“ Waalaikumsalam. Zaf nak jumpa Rin pukul dua petang di Taman Tasik Titiwangsa. Tiada bantahan ok,” tegas kedengaran suara Zafran.

“ Hari ni ke?” soal Erina sambil menyuakan mee goreng ke mulutnya.




“ Eh! Takde la tahun depan. Mesti la hari ni. Rin ni kan saja je tau. Tak habis-habis dengan sikap blurr dia tu,” usik Zafran seraya mendengus geram.

Erina ketawa apabila mendengar suara Zafran yang seakan menahan amarahnya dari terhambur itu. Mesti comel Zafran waktu ni kan? Hati kecil Erina berkata sendirian.

I’m waiting for you. Hope you don’t disappoint me.” Tutur Zafran sebelum mematikan talian.

Erina cuba untuk mencerakin maksud kata-kata Zafran itu. Apa maksud Zaf erk? Harap aku tak kecewakan dia? Erm, pelik la. Erina mengomel didalam hati.

“ Woi!” Nadia menyergah Erina apabila melihat kerutan didahi sahabatnya itu.

“ Nad, kau kan memang suka kalau tengok aku masuk IJN kan?” marah Erina akan sikap Nadia yang agak kurang matang itu. Nadia hanya mencebirkan bibir seraya menikmati sarapannya.

“ Mana Ana?” soal Nadia apabila tidak kelihatan kelibat Farhana.

“ Ada, tengah bersiap la tu,” ujar Nadia acuh tak acuh.

“ Eh! Nad. Dalam pukul 2.00 petang nanti aku… err… aku nak jumpa kawan. Kau jaga butik sementara aku jumpa kawan ya,” pesan Erina kepada Nadia. Sengaja dia tidak mahu berterus-terang kerana dia tahu Nadia pasti akan mengusiknya andai dia berterus-terang.

“ Kawan lelaki ke perempuan? Aku kenal tak?” tanya Nadia sambil merenung tajam wajah Erina.

“ Dah kenapa kau ni? Kawan lelaki ke perempuan ke kau tak payah la tahu. Tak penting kot.” Erina mencipta alasan untuk mengelak dari menjawab soalan cepumas Nadia.

tambah tolak bahagi kite rasa nelydia je yang sesuai pengang watak FARHANA.hope korang setuju ye.




Morning Rin, Nad aku rasa kau orang pergi la kerja. Aku tak berapa sihat. Rasa macam nak demam,” ujar Farhana lemah.

“ Jom aku bawa kau ke klinik.” Tutur Erina sambil memapah Farhana.

“ Eh! Tak apalah. Aku makan ubat kejap lagi oklah.” Tutur Farhana seraya menggelengkan kepala ingin mengikut kata Erina.

“ Ana, kau jangan degil boleh tak? Sekarang ni aku dipertanggungjawabkan untuk jaga kau tau. Dah kau jangan nak banyak bunyi ikut je aku.” Tegas kedengaran suara Erina.







Dengan langkah gontai Farhana mengatur langkah sambil dipapah oleh Nadia dan Erina. Setelah mengunci pagar rumah, Erina membuka pintu kereta sebelah penumpang hadapan. Setelah Farhana memboloskan diri kedalam perut kereta, barulah dia bergerak ke tempat pemandu. Setelah itu dia memecut kereta untuk ke klinik berdekatan.

“ Beb! Aku hantar kau ke butik lepas kita pergi klinik ya,” ujar Erina pada Nadia yang duduk di seat belakang.

“ Tak kisah. Kalau aku naik teksi dari klinik pun boleh. Tak susahkan kau kan. Nak hantar Ana lagi.” Nadia bersuara seakan memahami.

“ Oklah kalau kau cakap macam tu.” Tutur Erina seraya mengerling ke wajah Farhana disebelahnya. Hatinya gusar andai sesuatu terjadi pada Farhana, kerana dia telah diamahkan untuk menjaga Farhana. Itulah syarat ibu Farhana andai ingin membawa sahabatnya bekerja dengannya di KL.

Setelah memarkingkan kereta, Erina segera keluar dari perut kereta untuk membantu Farhana yang tampak sangat lemah tika itu. Dia meminta kad pengenalan Farhana untuk didaftarkan namanya. Setelah lima belas minit menanti akhirnya tibalah giliran Farhana untuk mendapatkan rawatan.

“ Farhana binti Kassim,” panggil jururawat yang bertugas.

Erina memapah Farhana untuk masuk ke bilik Doktor Fadli.

“ Ok Farhana. Demam ke? Tak bermaya je? Ada rasa sakit tekak tak?” tanya Dortor Fadhli apabila melihat keadaan Farhana.

Farhana hanya mampu menganggukkan kepalanya, langsung tidak berdaya untuk bersuara.

“ Teruk ke demamnya Doktor?” soal Erina yang melihat Doktor muda itu mencatatkan sesuatu di komputernya.

“ Panas sangat demamnya ni. Mujur awak bawa cepat ke klinik. Farhana tarik nafas… ok lepas… tarik nafas… lepas…” arah Doktor Fadhli.

“ Ok, saya bagi awak ubat demam, sakit tekak dan juga antibiotik. Tapi pastikan ubat antibiotik tu habiskan tahu!” Sempat Doktor Fadhli memberikan pesan atau lebih tepat arahan. He he…

Erina memberikan senyuman pada doctor yang memandangnya itu. Setelah itu mereka menanti pula jururawat untuk mengambil ubat.

“ Farhana binti Kassim.” Setelah menanti akhirnya nama Farhana dipanggil jua.

“ Ok, ni ubat demam, makan dua biji tiga kali sehari. Ini ubat sakit tekak, makan satu biji dua kali sehari. Ini pula antibiotik makan satu biji tiga kali sehari,” ujar jururawat itu seraya menghulurkan plastik ubat pada Erina.

“ Terima kasih,” ucap Erina sopan sebelum berlalu.

“ Ana, sebelum aku ke butik aku belikan kau bubur dulu ya. Dekat Marrybrown tu sedap bubur ayamnya,” pujuk Erina setelah mereka memboloskan diri kedalam kereta.

“ Terima kasih Rin. Kau memang kawan aku dunia akhirat.” Tutur Farhana dengan perlahan.

“ Eh! Tak pelu ucapan terima kasih kau tu. Tak laku pun,” seloroh Erina seraya tersengih nakal.

~*~*~*~*~*~*~*~*

“ Beb, jamah la sikit bubur ni. Kejap lagi kau nak makan ubat. Please kalau tak aku tak tenang tau, kau sakit mcam ni, aku nak pergi kerja macam mana? Makan sikit eh,” pujuk Erina apabila Farhana hanya memandang sepi bubur yang dibelinya tadi.

“ Ok, aku makan. Tapi dengan syarat. Dan kau harus ikut syarat aku tanpa sebarang bantahan, 
boleh?” Farhana mengenakan syarat pada Erina andai mahu dia menjamah bubur itu.

“ Ai, sakit-sakit macam ni pun masih nak kenakan syarat? Erm… cakaplah apa syaratnya?” soal Erina tenang, sedangkan hati didalam berdegup kencang sedari tadi.

“ Aku… errr… aku harap kau tak melenting ok. Aku… errr… kau maafkan Zaf ya. Dia tak salah dalam hal ni. Dan lagi satu, kalau boleh kau terima la dia. Aku tahu, jauh di sudut hati kau sayangkan Zaf kan? Jadi tak salah andai kau beri peluang pada dia untuk membuktikan sayang dia pada kau.”

Erina tergamam mendengar syarat yang Farhana ucapkan itu. Namun sedaya upaya dia cuba untuk mengawal riak wajah agar tidak terlalu ketara bahawa hatinya tidak keruan saat ini.

“ Kau makan la bubur ni. Sejuk nanti tak sedap.” Erina cuba untuk mengalih topik.

“ Putri Erina Batrisya, aku tak mahu makan selagi kau tak ikut syarat aku.” Tegas Farhana seraya tersenyum hambar.

“ Baiklah Ana, demi sahabat yang aku sayang. Aku ikut syarat kau. Tapi kau kena habiskan makan bubur ni ok? Aku nak gerak dah ni. Kesian pula Nad handle seorang,” ujar Erina seraya mengucup ubun-ubun Farhana.

“ Aku sayang kau Rin, terima kasih ambil berat tentang aku.”

“ Erm,” Erina hanya menggumam.


BOUTIQUE ZAFRIN





Nadia mengerutkan dahi hairan melihat Erina yang asyik mengelamun, seolah jasadnya saja di situ namun fikirannya menerawang entah kemana. Erina ni dah kenapa? Pelik aku. Gumam Nadia dalam hati.

“ Rin… Rin…” seru Nadia namun sedikitpun Erina tidak membalas.

“ Woi! Kau dengar ke tak? Mengelamun je la,” omel Nadia seraya menyiku lengan Erina.

Erina bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Wajahnya seperti orang yang baru tersedar dari koma. Kosong! Bagaikan tiada perasaan.

“ Rin, kau ok tak?” soal Nadia cemas.

“ Ha? Apa kau cakap?” tanya Erina bingung.

“ Kau ok ke tak ni? Macam ada masalah berat je. Cerita la dekat aku. Kot aku boleh tolong,” ujar Nadia sambil menatap wajah Erina.

“ Tak ada apa. Macam mana ni? Kejap lagi aku nak keluar. Siapa nak jaga butik?” tanya Erina seraya menongkat dagu di atas meja.

“ La, pasal tu ke yang kau risaukan? Takpe, kau pergilah. Soal butik kau jangan risau. Aku ingat nak buka separuh hari je sebab aku nak pun ada hal juga..” terang Nadia agar Erina tidak bimbang akan butik mereka.

“ Ok.” Balas Erina sepatah.

Ringtone  Tetap Menantimu nyanyian Nomad itu menarik perhatian Erina yang sedang mengemaskinikan akuan. Dengan kadar segera dia mencapai HTC untuk menjawab panggilan dari Zafran itu. Sengaja dia menetapkan ringtone itu untuk Zafran, agar mudah untuk mengelak andai Zafran menghubunginya tika bergaduh. Hu hu…

“ Assalamualaikum, Zaf. “ Erina memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam. Zaf cuma nak ingatkan jangan lupa, datang jumpa Zaf di Taman Tasik Titiwangsa, pukul dua petang. Kalau tidak Zaf tak mahu jumpa, atau maafkan Rin tahu!” ugut Zafran.

“Ish! Kalau tak ugut sehari tak boleh ke?” marah Erina geram sambil cuba mengawal suaranya tidak mahu didengari Nadia yang berdiri tidak jauh darinya.




Zafran menghamburkan tawa mendengar suara Erina saat itu. Mesti muka Rin merona merah kan? Mesti comel kalau dia dalam keadaan marah macam ni. Zafran bersuara dalam hati.

“ Gelak pula. Ei, geramlah. Zaf ambil Rin kat butik eh,” pinta Erina penuh mengharap.

“ Er, baiklah tuan Putri Erina Batrisya. Patik menurut perintah,” seloroh Zafran lantas mengundang tawa Erina.

“ Oklah Zaf. Jumpa nanti ya. Assalamualaikum.” Setelah memberi salam Erina memutuskan talian.

“ Ai, senyum je dari tadi. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” usik Nadia saat melihat senyuman dibibir Erina.

“ Ish! Kau ni sibuk la.” Balas Erina acuh tak acuh.

“ Assalamualaikum.” Serentak Erina dan Nadia menoleh kearah suara yang memberi salam itu.

“ Waalaikumsalam, eh! Faiz.” Bukan sedikit rasa terkejut Nadia, terasa jantungnya beregup kencang. Seakan mahu tercampak keluar saja.




Nadia menelan liurnya. Lalu dia merenung seraut wajah Faiz, walaupun dadanya terasa sesak namun dia masih mampu mengawal riak wajahnya.
“ Err… Faiz buat apa kat sini?” tanya Erina setelah lama berjeda.
“ Sebenarnya Faiz cari Ana. Mana dia tak nampak pun. Dia tak datang kerja ke?” soal Faiz seraya matanya tercari-cari kelibat gadis kesayangannya itu.

“ Ana demam. Eh! Sekejap. Mana Faiz tahu yang Ana ada dekat sini?” Erina menyoal sambil mengerut dahi. Hairan dirasakan kerana dia belum berkesempatan menemukan Farhana dengan Faiz.

“ Faiz temankan Zaf haritu ke rumah sewa Rin. Ana demam? Teruk ke?”

“ Oh. Rin dah bawa ke klinik. Err… Nadia kau tolong jaga kaunter sat. Aku nak pi ladies,” ujar Erina lantas meninggalkan Nadia berdua dengan Faiz.

“ Err… Faiz. Kalau Nad tanya sikit Faiz jangan marah ya,” ujar Nadia sebelum berbicara perihal Farhana.

“ Kenapa?” tanya Faiz sambil mata merenung wajah ayu Nadia.

“ Err… Faiz dengan Ana ada apa-apa ke? Yalah haritu Nad ternampak gambar Faiz dalam dompet Ana. Jadi…” Faiz mencaras kata Nadia.

“ Sebenarnya dia pernah dan akan tetap selalu Faiz cintai. Dia adalah insan pertama yang bertahta dalam hati Faiz. Kenapa Nad tanya?” soal Faiz seraya menjongket kening.

“ Tak ada apa.” Balas Nadia seringkas yang mungkin.

‘ Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku ini. Sungguh aku merasa lemah kini. Bimbinglah aku ke jalan-MU ya ALLAH,’ rintih Nadia hiba.

~*~*~*~*~*~*~*~*

Entah kenapa jantung Erina berdebar-debar, saat berduaan bersama Zafran didalam kereta milik jejaka itu. Terasa masa berputar dengan lambat sekali. Dia mula merasa tidak tenang dan gundah gulana. Dup! Dap! Dup! Dap! Jantungnya bagai mahu keluar saja saat melihat lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya.

‘ Aduh, tolonglah jangan senyum macam tu. Tergugat iman aku tengok senyuman kau tu Zaf. Aduh! Tambah pula dengan lesung pipit tu, ya ALLAH manisnya. Uit! Kau dah kenapa Erina. Jangan kata kau suka dia,’ suara hatinya mula bertingkah. Erina menampar pipinya perlahan.

Zafran yang sedang memandu itu mula hilang fokus saat melihat Erina yang bagaikan kucing hilang anak. Kenapa pula Erina ni?  Bicara Zafran didalam hati.

“ Kenapa Rin? Ada apa-apa masalah ke?” soal Zafran.

“ Ha? Eh! Tak ada apa.” Balas Erina sedikit kalut. ‘Ibu tolong Putri. Rasa nak tercampak keluar je jantung ni. Hu hu…’ gumam Erina didalam hati.

Taman Tasik Titiwangsa

Erina menelan liur saat matanya melihat sekililing Tasik Titiwangsa. Dia mula seram sejuk mengingatkan syarat Farhana pagi tadi.

“ Rin, marilah duduk,” pelawa Zafran seraya melemparkan senyuman bergulanya.

“ Err… Zaf… err…” Erina kehilangan kata-kata apabila sepasang mata redup Zafran merenungnya. Terasa hati didalam sudah hilang rentak.

Dup! Dap! Dup! Dap!

“ Rin kenapa ni? Dari tadi lagi Zaf tengok, ada yang tak kena ke? Macam resah gelisah je? Ke Rin…” sengaja Zafran menggantung bicaranya untuk melihat reaksi Erina. Zafran tersengih nakal melihat Erina yang serba tidak kena itu.

“ Apa? Jangan fikir… err… jangan fikir bukan-bukan boleh?” marah Erina sambil cuba menenangkan hatinya yang bagaikan ingin pecah itu.





“ Rin, awak nak tahu tak? Awak kalau marah cantik sangat. Tapi kalau awak merajuk… boleh buat penyidai baju tau,” usik Zafran seraya tertawa melihat Erina yang membuntangkan matanya.

“ Zaf!! Ei, geramnya. Ha ambik nak sangat.” Marah Erina sambil memukul belakang badan Zafran.

“ Aduh! Sakitlah Rin. Awak tak sayang saya ke? Sampai hati awak,” rajuk Zafran seraya membuat memek muka sedih.

‘ Aku merajuk ke dia yang merajuk ni? Adeh! Pening aku layan si Zaf ni,” sungut Erina di dalam hati.

Zafran mengerling kewajah Erina yang diam tidak berkutik. Dia menatap wajah Erina untuk melepaskan segala rindunya selama ini.

“ Rin, nak tahu tak? Selama kita err… selama kita gaduh dan tak berhubung Zaf rasa terseksa sangat Rin. Zaf tak mahu Rin jauh dari Zaf lagi. Cukuplah sekali,” ujar Zafran sambil merenung air pancuran buatan dihadapannya.

“ Maafkan Rin.” Balas Erina sepatah. Sejujurnya dia ingin mengungkap kan kata yang sama, namun lidahnya terasa kelu.

“ Putri Erina Batrisya, sudi tak awak menjadi permaisuri hidup saya, Aidil Zafran? Saya janji akan sayang awak sehingga hujung nyawa saya. Rin, awak terima lamaran saya?” soal Zafran seraya melutut dihadapan Erina. Sekotak cincin baldu dikeluarkan dari poket lalu dihulurkan pada Erina.

Erina tergamam tiada terkata. Sungguh-sungguh dia tidak tahu untuk membuat keputusan. Lantas dia teringat akan syarat Farhana.

“ Ok, aku makan. Tapi dengan syarat. Dan kau harus ikut syarat aku tanpa sebarang bantahan, boleh?” Farhana mengenakan syarat pada Erina andai mahu dia menjamah bubur itu.

“ Ai, sakit-sakit macam ni pun masih nak kenakan syarat? Erm… cakaplah apa syaratnya?” soal Erina tenang, sedangkan hati didalam berdegup kencang sedari tadi.

“ Aku… errr… aku harap kau tak melenting ok. Aku… errr… kau maafkan Zaf ya. Dia tak salah dalam hal ni. Dan lagi satu, kalau boleh kau terima la dia. Aku tahu, jauh di sudut hati kau sayangkan Zaf kan? Jadi tak salah andai kau beri peluang pada dia untuk membuktikan sayang dia pada kau.”

“ Rin, Rin,” seru Zafran. Erina mula tersedar dari lamunannya.

“ Err... Zaf, awak buat apa ni? Bangun la. Malu orang tengok.,” omel Erina geram.

“ Zaf tak kan bangun selagi Rin tak bagi jawapan ‘ ya, saya terima lamaran awak.’ Ingat tak Zaf kata Zaf akan cakap syarat kedua saat kita jumpa? Inilah syaratnya. Syarat untuk Zaf maafkan Rin,” ujar Zafran dengan tenang, sedangkan hati didalam terasa bagaikan baru lepas berlari rentas desa saja.

‘ Nak terima ke tidak? Aduh! Susahnya nak buat pilihan.’ Gumam Erina di dalam hati.

“ Rin,” seru Zafran saat Erina berdiri statik, langsung tidak bergerak.

“ Zaf… bagi Rin masa ya,” ujar Erina seelah lama berjeda.

“ Baiklah. Malam ni Zaf tunggu jawapan Rin. Dalam pukul 10.00 mlam Zaf akan call. Jangan pula tak angkat.” Tutur Zafran seraya menepuk seluar yang kotor saat melutut tadi.

Erina tersengih saja mendengar jawapan Zafran. Erina mengambil kotak baldu yang dihulurkan Zafran. Dia membelek cincin lamaran Zafran itu.

“ Cantik.” Tanpa sedar Erina telah memuji cincin yang berada didalam kotak baldu itu.

“ Apa Rin cakap? Tak dengar,” ujar Zafran sambil merenung wajah Erina.

‘ Dasar telinga lintah. Dengar je la.” Kutuk Erina dalam hati.

“ Tak ada apa. Rin cakap cantik air pancuran buatan tu. Tenang je,” ujar Erina sambil mata tidak lepas dari membelek cincin ditangannya.

“ Rin dah solat?” tanya Zafran sambil mengerling jam ditangannya.

“ Belum, tadi sibuk sangat,” ujar Erina seraya menyimpan kotak baldu itu didalam tas tangannya.

“ Jomlah, kita ke Masjid. Dah pukul 3.30 petang ni.” tutur Zafran seraya bingkas bangun. Erina juga mengatur langkah meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa dengan satu kenangan yang pasti akan dingatinya sampai bila-bila.

Masjid Ibnu sina

Erina keluar dari perut kereta lantas dia mengatur langkah ke ruangan solat wanita. Sempat Zafran mengenyitkan mata sebelum ke ruang solat lelaki. Erina menggeleng kepala akan kenakalan Zafran itu.


“ Ya ALLAH, ya Tuhanku ampunkan dosaku. Dosa kedua ibu bapaku. Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku pohon padamu Ya ALLAH lembutkanlah hati Erina untuk menerima kehadiranku. Sungguh aku tidak sanggup untuk kehilangannya, kerana dia adalah pelangi yang mencorakkan hidupku.” Tulus ikhlas Zafran menitipkan doa pada Yang Maha Esa.

Zafran melipat sejadah yang digunakan. Dia tergamam apabila melihat Erina yang terpacak menunggu sambil membelek cincin lamarannya itu. Kalau dah suka tu terima je la. Jangan la jual sangat. Hati Zafran bersuara nakal.






“ Cantik sangat ke cincin tu?” bisik Zafran di cuping telinga Erina.

“ Zaf! Terkejut tau. Lepas ni kita nak pergi mana?” tanya Erina lalu disimpan kotak cincin utu didalam tas tangannya.

“ Kita pergi ke bulan dan bintang,” seloroh Zafran lalu tersenyum hingga menampak lesung pipitnya di pipi kanan.





“ Rin suka tengok senyuman Zaf. Tampak manis.” Puji Erina seraya mengatur langkah laju untuk mengejar Zaf yang mendahuluinya.

“ Terima kasih sayang, ikhlas ke tidak?” tanya Zafran.

“ Ikhlas la. Comel.” Puji Erina lagi lalu memboloskan diri ke dalam kereta.




p/s = enjoy reading erk :)
hope korang terhibur dengan n3 kali ni
senyum2 saja

8 comments:

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

cantik cincin tu...rugi kalau erina tak terima...agak2 dia terima ke tidak???...kak, sambung lagiiiii...:D

Unknown said...

ira tq singgah :) hehehe


insya-ALLAH hehe

Thanusya Shanmuganathan said...

cerita yang menarik... cepatlah sambung... :)

Unknown said...

tq nusya sudi singgah :) nanti weeda sambung

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah baca entri di sini dan follow. Salam penulisan. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

Unknown said...

waalaikumsalam,tq sudi baca n follow.ok kita follow awak pula.tq

Unknown said...

Arrr romentiknya...rasa diri ini yg d lmar oleh zaf.... :)

Unknown said...

romantikkan heheheh amboiii anja suka ye heheh