(COVER BARU< SEMANGAT BARU HEHE) |
ARIANA
hanya merenung telefon bimbit Afif yang tidak berhenti berdering itu. Dia
menjeling sekilas ke dada skrin. Dia berdehem saat melihat Afif yang selamba
menyuap makanan ke dalam mulut tanpa menjawab panggilan tersebut. Seolah-olah
tiada perasaan saja.
“Apasal
kau tak angkat call tu?” soal Ariana hairan.
“Biarlah.
Bosan la. Hari-hari perkara yang sama je topik. Sihat ke? Buat apa.
Kadang-kadang aku rasa rimas sangat dengan Fira. Entahlah Ary tapi… bila dengan
dia aku rasa macam jadi diri orang lain. Aku sentiasa kena jaga tingkah laku
dan pertuturan. Sebab Fira ni agak sensitif orangnya. Tak macam kau. Apa aku
nak buat, apa aku nak cakap tak payah nak cover,” luah Afif tanpa silu. Entah mengapa
dia merasakan seolah-olah lega setelah meluahkan perasaannya pada Ariana.
“Tapi
selagi kau tak jawab call tu selagi tu la akan buatkan Fira curiga. Tak baik
buat dia macam tu. Kau…” pantas Afif memintas kata-kata Ariana. Hatinya merasa
sakit setiap kali gadis itu menyebut nama Elfira. Dia sendiri hairan dengan
dirinya. Adakah selama ini dia hanya menyukai Elfira kerana rupanya yang cantik
bak model? Entah. Dia sendiri tidak
tahu.Dia menggelengkan kepala beberapa kali.
“Sudahlah
Ary. Aku nak tahu perkembangan kau. Selama satu minggu kita tak bertegur sapa
ni kau tak rasa rindu dekat aku langsung ke?”
Ariana
terbata-bata demi saja mendengar soalan yang diajukan Afif. Kelu lidahnya untuk
berbicara. Di dalam hati dia berkira-kira sama ada berkata jujur mahupun
berbohong. Namun belum sempat dia membuka mulut Afif terlebih dahulu berkata.
Sambil memengang jemarinya, mata mereka bertentangan.
“Aku
rindu kau setengah mati Ary. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku benar-benar rindukan
kau. Setiap malam aku renung bintang kat dada langit. Tapi… setiap kali itu
jugalah aku rasa sunyi. Aku tak sanggup untuk berterusan macam ni. Banyak kali
aku cuba dekati kau. Tapi kau seoalah-olah benci betul dengan aku. Kau mogok
suara dengan aku. Hati aku terseksa sangat Ary. Kadang-kadang kalau aku
rindukan kau aku peluk gambar kau.
Aku
tahu aku salah. Aku tahu aku bodoh. Tapi sebenarnya Ary tanpa kau… tanpa kau
hi… hidup aku ni macam…” Ariana menjongket kening menanti kata-kata seterusnya
dari Afif. Namun lelaki itu tetap juga membisu. Dia mula merasa geram. Pantas
dia mencubit lengan Afif. Terjerit kecil lelaki itu.
“Kau
tak sayang aku eh?”
“Aku?
Sayang kau? Aku memang sayang. Tapi kau tu terlambat sedar,” ujar Ariana dengan
perlahan di hujung katanya.
“Apa?
Aku tak dengarlah.” Ariana menggeleng kepala sebagai jawapan.
Afif
hanya tersenyum kelat. Sebetulnya dia ingin sekali mendengar perkataan ‘sayang’
dari ulas bibir Ariana. Namun dia tidak tahu adakah Ariana menyayanginya
seperti dia menyayangi gadis itu. Dia sendiri tidak pasti.
Jika
dilihat cara pertuturan Ariana, dia merasakan Ariana seperti tidak punya
apa-apa perasaan terhadapnya. Tapi jika tidak punya perasaan mengapa harus
gadis itu menjauhkan diri saat dirinya bergelar kekasih Elfira? Arghh! Semakin
difikir semakin kusut fikirannya.
ARIANA
memetik gitar sambil bernyanyi kecil. Sesekali dia merenung dada langit. Dia
menoleh saat mendengar suara ayahnya berdehem. Lantas dia memberi ruang untuk
si ayah melabuhkan duduk di sisinya. Gitar kesayangannya itu diletakkan di
tepi.
Encik
Abdullah tersenyum sambil merenung wajah anaknya. Entah mengapa dia merasa
rindunya pada arwah isteri kian mencengkam sanubari. Apatah lagi saat matanya
menjamah seraut wajah Ariana. Kerana anaknya itu benar-benar menyerupai arwah
isteri kesayangannya. Dia menggosok kepala Ariana.
“Ayah
okey ke ni?” tanya Ariana perlahan. Agak hairan apabila si ayah hanya membisu
tanpa kata.
“Ayah
okey. Cuma…”
“Cuma
apa? Ayah rindukan arwah ibu ke?” pantas Ariana memintas kata-kata ayahnya.
Encik
Abdullah hanya menggangguk sebagai jawapan.
“Kalau
Ary tanya sikit boleh?”
“Tanya
apa sayang?”
“Err…
sebenarnya Ary teringin sangat nak tengok wajah ibu. Ary nak tahu sikap ibu
macam mana, mesti ibu terlalu istimewa kan? Yalah, tengok ayah setia pada arwah
pun Ary tahu ibu terlalu istimewa. Istimewa di hati ayah. Tapi… sayang Ary tak
sempat nak lihat wajah ibu,” luah Ariana menahan sebak. Encik Abdullah cuba
menahan empangan airmata yang ingin tumpah. Setiap kali mengingati arwah
isterinya pasti airmata tidak jemu menuruni pipinya.
ARY |
“Ibu
kamu terlalu istimewa. Sangat istimewa di hati ayah. Ariana, biarpun ibu kamu
sudah tiada tapi ingat bahawa dia sentiasa ada dan akan terus hidup di sini,”
ujar Encik Abdullah sambil mencapai tangan Ariana lantas diletakkan di dada
anaknya.
“Ibu
kamu sangat baik orangnya. Lemah lembut, penyabar, jujur. Dan yang paling
istimewa tentang ibu kamu, dia adalah seorang wanita yang hebat kerana mampu
menundukkan ego ayah. Ayah kahwin dengan ibu kamu pun bukan atas dasar cinta.”
“Habis
tu sebab apa?” Soal Ariana teruja untuk mengetahui sejarah perkahwinan ayahnya.
Encik Abdullah cuba menahan senyum melihat wajah teruja si anak.
“Ayah
kahwin kerasa desakan keluarga. Pilihan keluarga macam tu la. Tapi masa ayah
kahwin tu sebenarnya ayah dah ada kekasih. Tapi disebabkan perkahwinan ayah
dengan ibu… hubungan kami putus. Mula-mula ayah salahkan ibu diatas semuanya.
Tapi lama kelamaan perasaan ayah terhadap ibu berubah.” Ariana melentokkan
kepala pada bahu ayahnya. Encik Abdullah tersenyum manis. Manja sungguh anaknya
itu.
“Lepas
tu apa jadi?”
“Waktu
tu ayah cuba nafikan perasaan ayah. Ayah buat macam-macam. Tapi ibu kamu tetap
juga bersabar dengan ayah. Sampailah satu hari tu ayah kemalangan. Dan
disebabkan kemalangan tu a… ayah koma. Masa ayah sedar dari koma, atok kamu
kata… ibu kamu selalu temani ayah. Setia di sisi ayah tanpa berganjak walau
sesaat pun. Dan saat tu ayah mula sedar bahawa kasih ibu kamu terhadap ayah
sangat tulus. Hanya ayah yang buta untuk menilai kasih dan cinta ibu kamu. Tapi
mujurlah ayah tersedar dari terus menyakiti hati ibu kamu. Mujur jugalah ibu
kamu mengaku bahawa dia sayangkan ayah.” Ariana mengesat airmata yang mengalir
di pipinya. Sungguh saat ini dia terasa seperti ingin menatap wajah ibunya.
Entah mengapa perasaan rindu terhadap ibu yang tidak pernah ditatap wajahnya
itu kian mencengkam sanubari.
Encik
Abdullah mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayu yang dipakainya itu.
Lantas dia menghulurkan pada Ariana.
ibu ARY |
“Itulah
ibu kamu. Simpan baik-baik gambar ibu ya nak,” ujar Encik Abdullah dengan
sebak. Sungguh kini dia merasakan rindu yang teramat-amat terhadap isterinya.
Ariana
mencapai potret gambar yang dihulurkan. Pantas dia mengucup gambar itu. Kini
tahulah dia mengapa ayahnya benar-benar meyayangi ibunya itu. Seketika dia
terleka menatap wajah ibunya.
Benar
kata ayah. Ibu lemah lembut. Dari raut wajah pun sudah tahu bagaimana
kelembutan ibu. Ya ALLAH cucurilah rahmat-MU ke atas arwah ibuku.
“ARGHH!!! Shit!”
“Hello, where are you? Datanglah cepat celaka. Hari tengah panas ni. What? Kau tak boleh tolong? Kurang
ajar!” Setelah selesai berbicara jejaka itu melemparkan telefon miliknya ke
dalam kereta. Hatinya terasa sakit saat pertolongan yang dipinta tidak dapat
dituruti oleh sahabatnya.
“Masa
senang kau ketawa gembira dengan aku. Jahanam punya kawan!” dia terus-terusan
menyumpah seranah rakannya itu.
Ariana
yang sedang menunggang motorsikal itu mengerutkan dahinya. Dia memberhentikan
motorsikal tidak jauh dari kereta jejaka yang tampak marah itu. Hatinya
tertanya-tanya sendiri.
Apa
kes mamat ni? Marah benar gamaknya? Ke kereta rosak? Haih! Pergi tolonglah.
Untung-untung duit masyuk. Dapat tarik customer untuk bos lagi bulan ni. he he…
Ariana
menunggang motorsikal cabuknya mendekati jejaka yang sedang bersandar pada
kereta BMW Series 5 itu.
‘Uis!
Mewah gila kereta,’ pujinya dalam diam. Sedikit kagum sebenarnya.
Ariana
mematikan enjin motorsikal cabuknya itu. Walaupun motorsikalnya itu sudah uzur
namun banyak jasa pada dia dan ayahnya. Dengan motorsikal itulah dia ke
sekolah. Dan kerana motorsikal itu jugalah dia mencari kerja dengan sahabat
baiknya, Afif. Lantas dia menanggalkan
topi keselamatan. Jejaka yang berdiri dihadapannya itu kelihatan kaget. Tak
berkelip mata si jejaka merenung wajahnya itu.
‘Haih!
Ni dah kenapa? Muka aku ni ada macam muka hantu ke? Apahal tengok aku macam tak
pernah jumpa perempuan?’ hati Ariana bermonolog.
“Did you need some help?” Ariana bertanya
cuba mengalihkan pandangan jejaka itu dari terus merenung wajahnya. Rimas! Tak
selesa dibuatnya. Dia memutarkan bebola mata ke atas. Serius rasa nak hempuk je
kepala mamt ni dengan helmet di tangan. Macam la aku ni tak pandai nak baiki
kereta sampai pandang aku dari atas ke bawah. Heh!
“Err…
awak pandai baiki ke?” penuh sinis soalan yang diajukan.
“See the leg la. Saya ni mekanik. So tahu
serba sedikit,” ujar Ariana merendah diri.
Jejaka
itu memandang Ariana seakan tidak percaya. Sukar untuk dia percaya bahawa gadis
secantik Ariana itu memilih kerja sebagai mekanik.
“Boleh
saya tengok kereta Encik…”
“Nick,
my name is Nickhun Eriq. You can call me Eriq. Or Nick,” ujar Nikchun sambil tersenyum
manis.
INILAH DIA WATAK NICKHUN ERIQ.. APA? HENSEM? HAHAHA |
“Wow,
encik ni kacukan ya?” spontan Nickhun menggangguk kepala. Terasa lucu pula saat
melihat wajah teruja gadis itu. Setelah menelefon trak penuda mereka berbual
seketika. Setelah setengah jam menanti Ariana mempelawa Nickhun untuk
memboncengnya untuk ke bengkel dimana tempatnya bekerja.
Hampir
saja terhambur tawa Ariana saat melihat wajah separuh rela jejaka itu apabila
mendengar usulnya. Huhaaaiii! Nampak sangat anak orang berada yang tak pernah
hidup susah. Manja benar gamaknya. Setakat naik motor cabuk pun dah tarik muka.
Agaknya kalau makan mee kat kedai mamak tu boleh muntah mamat ni. ha ha…
Nickhun
hanya memerhati tingkah Ariana yang bertungkus lumus menyudahkan kerjanya itu.
Sesekali dia tersenyum sendiri. Entah mengapa hatinya bagaikan terdetik suatu
perasaan.
‘Natural beauty. Tapi sayang… dia
sembunyikan kecantikannya. Hai Nickhun
what wrong with you? Takkan kau dah suka minah macam dia ni? Mekanik je
kot. Kau tu seorang model. Argh! Persetankanlah semua tu. Apa yang penting dia
baik. Dan… aku akui bahawa aku sukakan cara dia. Boleh berdikari. She look perfect. Tanpa make-up pun dah
cantik. Tak macam seseorang tu. Dengan make-up baru menampakkan keayuannya,’
desisnya dalam hati.
Ariana
mengesat peluh yang merenik di dahinya. Afif yang melihat tingkah Nickhun sudah
mula tidak senang duduk. Entah mengapa dia merasakan api cemburu membakar dirinya.
Muka sudah mula merah padam. Panggilan dan juga sms yang menderu-deru masuk
langsung tidak dihiraukan. Dia mengatur langkah laju menghampiri Ariana. Dengan
selamba dia mengesat peluh di dahi Ariana dengan tuala di bahunya.
“Ish!
Kau ni apahal? Aku tengah buat kerja ni,” marah Ariana. Muka sudah berbahang
dek sikap selamba Afif.
Terbeliak
biji mata Nickhun melihat adegan di hadapan matanya itu. Di dalam hati dia
memikir apakah hubungan kedua-duanya hingga kelihatan mesra sekali. Hatinya
merasa sakit melihat layanan Afif terhadap Ariana. Dia menggengam penumbuknya.
Gigi digetap perlahan.
“Bila
nak siap kereta I kalau you kalau kacau Ariana buat kerja ni ha?” sergah
Nickhun seraya berpeluk tubuh.
Afif
merasa berang saat mendengar nada sinis yang dilontarkan jejaka kacukan
Thailand-Melayu itu. Dia menggigit bawah bibir sekuat hati. Ariana tergamam
melihat kedua-duanya yang seperti menahan perasaan itu. Baru saja dia ingin
bersuara tiba-tiba dia tergamam saat mendengar suara orang memberi salam.
Serentak tiga kepala menoleh pada suara yang memberi salam itu.
Berubah
terus air muka Ariana sebaik saja melihat wajah Elfira. Elfira merenung Afif
tajam. Geram dirasakan bila setiap panggilan dan sms yang dikirim tidak
mendapat balasan. Nickhun pula kelihatan terkejut apabila melihat wajah Elfira.
“Awak
kenapa tak angkat call saya? Sms pun awak tak balas. Awak kenapa ni Afif? Saya
ada buat salah ke?” tanya Elfira berdas-das. Afif seperti mati kutu. Langsung
tiada niat untuk menjawab soalan Elfira itu.
Melihatkan
Afif yang diam seribu bahasa membuatkan dia makin berang. Pantas dia mendekati
lelaki itu. Dia menggoncangkan tubuh Afif beberapa kali. Namun lelaki itu masih
sama. Langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dia memandang Ariana seolah-olah
memohon pertolongan.
Ariana
kelihatan serba salah. Namun melihatkan wajah cemberut Elfira membuatkan dia
tidak sampai hati pula untuk terus membiarkannya. Lantas dengan hati separuh
rela dia mendekati Afif. Entah mengapa hatinya merasa sakit saat ini. Namun
sedaya mungkin dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya. Spontan Ariana
menarik tubuh Afif menjauhi Elfira. Bimbang wanita itu curi dengar perbualan
mereka. Nickhun hanya memerhati tingkah
Ariana.
ini pula si cantik manis ELFIRA |
“Beb!
Kau pergilah bincang elok-elok dengan Fira. Tak baik biarkan dia dia terus
begitu. Kau juga yang mulakan perhubungan ni kan? Afif, kau dengarlah cakap aku
ni. Tolonglah… demi aku berbaiklah semula dengan Elfira,” pujuk Ariana dengan
lembut. Hatinya merasa terhiris dek kata-katanya sendiri.
“Kau
yakin kau akan okey andai aku berbaik semula dengan Fira? Kau pasti kau boleh
tengok aku ketawa gembira dengan Elfira?” bisik Afif perlahan. Tidak mahu
Elfira dan Nickhun mendengar ujarannya.
Ariana
terdiam sejenak. Sejujurnya dia tidak sanggup untuk melihat Afif bersama
Elfira. Namun dia juga tidak mahu Afif menolak kebahgiaannya ketepi demi
dirinya. Lambat-lambat dia membuat keputusan yang pastinya bakal menyakiti
hatinya. Biarlah. Dia rela terluka daripada melihat Elfira terluka. Biarlah dia
korbankan perasaannya kerana dia yakin ada seseorang yang sudah ditakdirkan
ALLAH buatnya.
“Aku
okey! Aku tahu kau akan tetap cari aku sebab kau dah janji untuk selamanya jadi
sahabat baik aku,” ujar Ariana seraya mengulum senyum. Nickhun bagaikan
terpukau melihat senyuman Ariana. Tak berkelip matanya menatap seraut wajah
Ariana itu.
Setelah
berjanji untuk tidak menjauhi diri dari Afif, barulah lelaki itu mendekati
Elfira. Ariana hanya memandang susuk tubuh Afif menghilang dari pandangan.
Nickhun bagaikan mengerti perasaan gadis itu.
“Pasti
sakit bukan mencintai seseorang, namun cinta kita tidak berbalas. Awak cintakan
dia?” duga Nickhun sambil merenung tepat wajah Ariana.
Ariana
yang terasa diperhatikan segera menoleh. Dan dengan pantas dia tersenyum sambil
berkata…
“Cinta
tak seharusnya bersatu. Cinta juga tak seharusnya memiliki. Cinta perlukan
pengorbanan. And yess I’m fall in love
with him. But… dia dah ada
Elfira. Jadi untuk apa lagi saya menaruh harapan pada dia kan? Erm… kereta awak
dah nak siap ni. Sikit lagi siaplah. Awak boleh tunggu sekejap? Saya lapar
sangat ni,” ujar Ariana sekaligus menukar topik. Nickhun hanya tersenyum
mendengarnya.
Cinta
sangat aneh. Pada pandangan pertama juga aku jatuh cinta pada dia. Seorang
tomboi yang berhati mulia. Ariana, Ariana kenapalah awak tak berjuang untuk
mendapatkan cinta awak? Tapi bagus juga. Sebab aku ada peluang untuk mendekati
kau. Nickhun ketawa apabila strategi demi strategi tersusun indah di kotak
memori.
p/s = hope enjoy jgn lupa drop komen ye syg2 semua :* muah sikit hehe
2 comments:
dah baca... Best kak! thumbs up... ada cerita cinta 4 segi.. hihi...
btw, tumpang blogwalking sekali ye...
tumpang letak link blog ct : http://duniactroxalynna.blogspot.com/
jom jemput jenguk..kalau nak baca cerpen2 mcm Love All Around Us n novel Penghalang Bahagia..
Hihi, wink2, haha~
terima kasih, kak~^^
tq laling :* muahhh hahaha. yess cinta empat segi. silakan je nak letak xmarah pun
Post a Comment