Part 1 (kesinambungan emir & fazlinda)
ASsalamualaikum…….. setelah
cik writer fikir-fikir, rasa macam nak juga hilangkan rindu pada emir dan lysa.
Eh… seharusnya lepaskan rindu pada emir dan isterinya la si fazlinda tu.
Apa yang ingin saya sampaikan
ialah konflik di dalam kisah ini. Apa konfliknya? Kenalah baca baru tahu
heee….. sorry if tak best or klise ke apa eh? Jom kita selami kisah emir yang
begitu tulus mencintai dua wanita dalam hidupnya…. kisah seorang lelaki yang begitu setia dengan cinta. hu hu...
ELLYSA ZAHRA |
“LYSA, jangan pergi. Jangan tinggalkan Mir.
Jangan pergi. Emir cin… Emir cintakan Lysa.”
“Abang, bangun bang. Abang.”
Perlahan-lahan aku membukakan mata. Aku melilaukan mata mencari kelibat
seseorang yang amat ku rindui. Namun hampa. Kelibat yang aku cari-cari tiada di
situ. Aku meraup wajah yang sedikit kusut.
“Abang
mimpikan Lysa lagi?” soal Fazlinda dengan lembut. Entah mengapa rasa kesal
menguasai diriku. Kesal kerana membiarkan diri dibayangi kisah silam bersama
Ellysa. Sedangkan kini aku sudahpun bergelar suami pada Fazlinda.
Namun
bukan mudah untuk aku mengikiskan kenangan singkat antara kami. Terlalu sukar
untukku membuang kenangan bersama Lysa. Aku tahu… bahawa Fazlinda terluka akan
sikapku. Tetapi aku sendiri sukar untuk membuang jauh cinta Lysa yang kukuh di
hati ini. Lin… maafkan abang.
“Ma…
maafkan abang sayang. Abang masih cintakan Lysa,” ujarku perlahan. Cukup
perlahan.
Fazlinda
menenangkanku. Dia memeluk erat tubuhku. Dapat aku rasai tubuhnya yang
terenjut-enjut. Aku tahu bahawa aku telah melukakan hatinya. Namun apa yang
boleh aku lakukan? Kerana cintaku pada Ellysa terlalu kejap di hati ini.
Terlalu sukar untukku membuangnya.
“Lin
yang salah. Lin tak patut terima abang. Lin tak nak rampas cinta abang pada
Lysa. Lin tak patut menerima kasih abang.” Sentap! Aku benar-benar tergamam
saat mendengar kata-kata Fazlinda.
Aku
meleraikan pelukan. Pantas aku menyeka airmata di pipinya. Aku mencium
ubun-ubunnya. Pantas tangannya aku raih, Lalu aku genggam erat. Aku membawa
tangannya ke bibir, lantas aku mencium tangan yang selama ini membelaiku,
memasak buatku dan tangan itu juga yang menyediakan segala kelengkapan buatku.
Argh! Betapa kejamnya aku kerana telah mengabaikan dia selama ini.
“Abang
minta maaf. Sayang tak salah. Benar… Lysa sudah tiada. Tapi… cinta dalam hati
abang tetap utuh buatnya. Dan abang sedar bahawa sayang adalah selayaknya
menerima cinta abang. Tapi… abang perlukan masa. Sayang faham bukan?”
Fazlinda
hanya berdiam tanpa suara. Aku tahu jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu aku
terus hanyut dengan kenangan lalu.
“Abang
janji akan sayangkan sayang sepenuh ha…” belum pun habis ayatku Fazlinda
menutup bibirku dengan jemarinya. Segera dia menggeleng kepala.
“Jangan
berjanji bang. Lin takut abang mungkiri janji. Dah banyak kali abang cakap tak
mahu sakitkan hati Lin. Tapi… abang tetap juga melakukannya. Setiap kali abang
sebutkan nama Lysa… setiap kali itu jugalah hati Lin rasa seperti disiat dengan
belati tajam. Sakit sangat bang. Lin tahu Lysa dah takde. Tapi sampai bila abang nak meratap pemergiannya?
Lin
perlukan abang. Perlukan belaian kasih dan juga sayang dari abang. Elfira juga
rindukan belaian papanya. Dah lama abang tak luangkan masa bersama El. Abang
sedar ke tidak? El perlukan abang. Kalau abang tak sayangkan Lin, tak apa. Tapi
tolonglah… sayangi El. Dia anak abang juga. Bukannya anak Lin seorang.
Bukannya
Lin tak faham abang. Tapi Lin takut. Takut kehilangan abang. Lin tak mahu abang
terus dibayangi kisah silam. Lysa dah takde
bang. Sebaiknya abang luangkan masa dengan Lin, dengan El. We need you,” luah Fazlinda panjang lebar. Aku melepaskan keluhan
berat. Fazlinda menarik tangannya lantas membaringkan tubuh membelakangiku.
Kusut!
Fikiranku sangat kusut. Antara cintaku pada Lin dan juga kenanganku bersama
Lysa, kedua-duanya sangat memberi impak yang besar pada kehidupanku. Namun aku
tahu bahawa aku harus melepaskan salah satunya dari hidupku. Kini barulah aku sedari,
bahawa aku sudah mengabaikan anak dan isteriku selama ini. Ya ALLAH, betapa
berdosanya aku pada isteri dan anakku selama ini.
Aku
turut membaringkan tubuh. Aku merapatkan kedudukanku dan Fazlinda. Lalu aku
melingkarkan tangan di pinggangnya. Namun aku tersentak saat Fazlinda menolak
lembut tanganku. Tahulah aku kini, Fazlinda benar-benar terluka akan sikapku.
“Maafkan
abang. Tapi abang perlukan sayang. Abang mahu sayang bantu abang. Bantu abang
untuk me… melepaskan kenangan lalu. Bantu abang sayang. Abang tak kuat,” ujarku
lantas menarik tubuhnya dekat denganku.
Perlahan-lahan
Fazlinda mengalihkan tubuh. Matanya berkaca. Lekas saja aku mengesat airmata
yang mengalir di pipinya. Aku mencium ubun-ubunnya. Lantas aku memeluk tubuhnya
erat.
“I love you abang. Lin takut kehilangan
abang. Lin tak mahu kehilangan. Lin terlalu cintakan abang. Apakah Lin terlalu
tamak? Kerana menagih kasih dan juga sayang dari abang?” kedengaran sendu suara
isteriku itu. Tanpa menjawab soalannya aku mengucup lembut bibirnya itu.
“Abang
sayangkan sayang. Abangkan El. Abang perlukan sayang. Dan abang harap sayang
tak tinggalkan abang macam mana Lysa tinggalkan abang. Abang akan cuba
melepaskan Lysa dari hidup abang.” Usai berkata aku mengucup kedua-dua mata,
hidung dan setelah itu aku mengucup lembut bibirnya.
Lysa…
biarpun Emir sudah berkahwin, nama Lysa akan tetap terpahat dalam hati Emir. I love you sayang. Terima kasih kerana
pernah hadir dalam hidup Emir. Terima kasih juga kerana mengajar Emir erti
cinta, bisik hatiku lembut.
“MACAM mana abang boleh kenal dengan
Lysa?” Aku terpana demi sahaja mendengar soalan yang terpacul dari bibir
Fazlinda. Lama mataku berhenti di wajahnya.
“Kenapa
tiba-tiba soal tentang Lysa? Bukan ke sayang ingin abang lupakan Lysa?”
“Memanglah.
Tapi Lin ingin tahu juga bagaimana perkenalan abang dan Lysa. Kalau abang tak
mahu cerita tak apalah. Lin faham.”
Aku
tersenyum mendengar nada suaranya yang lirih. Sengaja aku tidak mahu
menceritakan padanya. Kerana hatiku masih belum mampu untuk melupakan kenangan
itu. Ya! Kenangan di saat pertemuan dan juga perkenalanku dan juga Lysa. Biarlah.
Aku tidak mahu mengungkitnya lagi kerana aku mahu menjaga hati Lin. Kerana dia
isteri yang seharusnya aku jaga hati dan perasaannya.
“Papa,
nak makan aiskrim boleh?” rengek Elfira seraya menarik-narik tanganku.
Bingkas
aku bangkit lalu aku mendukung tubuh kecil molek Elfira. Usai saja membeli
aiskrim aku kembali melabuhkan duduk di sisi isteriku.
“Sayang
menungkan apa?” sapaku apabila melihat Fazlinda yang seakan berkhayal itu.
“Tak…
tak ada apa. Rindu dekat Fairuz. Abang rasa apa khabar agaknya Adam dan
Fairuz?”
“Erm…
mesti sihat. Kan ke si Ruz tu mengandungkan anak kembar. Mesti si Am tu tak
sabar nak timang anak sulung kan? Kembar pula tu,” ujarku seraya melilau mata
melihat tingkah Elfira yang sedang asyik bermain di taman permainan itu.
Wajahnya tampak ceria sekali. Alangkah bagusnya jika kehidupanku juga seperti
El. Langsung tiada masalah.
Fazlinda
ketawa kecil. Aku mengambil kesempatan itu untuk merenung wajahnya. Cantik!
Hanya itu yang terlintas di hatiku. Namun… aku tak tahu kenapa. Hati ini
terlalu sukar untuk melepaskan Lysa.
Emir…
kau tak seharusnya begini. Kau harus meneruskan hidup. Berikan Fazlinda ruang
di dalam hati kau. Lysa sudah tiada. Tak seharusnya kau mengingati orang yang
telah tiada.
Tanpa
sedar aku melepaskan keluhan berat.
“Abang
okey ke?” Aku memanggungkan kepala memandang Fazlinda. Aku memaksa bibir untuk
tersenyum. Namun aku tahu senyumanku hambar. Tapi aku juga tidak mahu dia
risaukanku. Haih! Sukarnya hidup ini kan? Saat kita menyayangi seseorang, ALLAH
mengambil orang yang kita sayangi itu. Namun aku tahu bahawa ini semua ada
hikmahnya.
ALLAH
lebih sayangkan Lysa. Aku harus redha pemergiannya itu. Ya! Aku harus rela
untuk melepaskan Lysa dari hidupku. Pada-MU ya ALLAH, aku pohon cucurilah
rahmat-MU ke atas insan yang sangat aku cintai. Tempatkan la Ellysa Zahra di
samping insan yang beriman. Aamiin.
Sedang
asyik aku merenung wajah Fazlinda tiba-tiba seorang kanak-kanak memeluk
lututku. Aku merenung wajah kanak-kanak lelaki yang kelihatan sebaya dengan
Elfira itu. Aku tersenyum pada kanak-kanak tersebut.
“Irfan,
mari sini. Maaf ya encik. Anak saya ni pantang jumpa lelaki dewasa. Pasti anak
saya akan memeluk lelaki itu. Ayahnya sudah meninggal. Jadi sebab itulah dia
jadi begini,” celoteh ibu muda itu. Pantas wanita itu memengang tangan anaknya.
Zas!
Suara ini. Wajah ni. Mengapa di saat aku ingin melupakannya, dia muncul di
depanku? Lysa, Emir rindukan Lysa.
“Macam
kenal je. You ni Radin Emir ke?” Bagai burung belatuk aku menganggukkan kepala
pantas.
“Emylin.
What are doing here?” soalku
perlahan. Suaraku bergetar. Sesungguhnya wajah Emylin saling tidak tumpah
seperti Ellysa. Ya ALLAH apakah maknanya semua ini?
“Papa,
jomlah balik. El dah puas main kat sini.” Aku tersentak dari lamunan saat
mendengar rengekan manja Elfira. Pantas aku mendukungnya, lantas aku mencapai
tangan Fazlinda yang kelihatan agak terkejut itu.
“I
bawa anak I main kat taman ni. Eh ni wife
you ke? Tak mahu kenalkan pada I ke?” Aku tersenyum kelat. Belum pun sempat aku
memperkenalkan Fazlinda pada Emylin, Fazlinda terlebih dahulu bersuara.
“Saya
Lin. Fazlinda, isteri Emir. Awak siapa ya? Macam pernah nampak wajah awak
sebelum ni.”
Gurlp!
Air liur yang ditelan terasa bagaikan pasir saja. Aku tahu pasti Fazlinda dapat
membaca fikiranku ini. Kerana aku sering kali menunjukkan potret Ellysa sebelum
ini.
“Oh,
I kawan Emir. Nama I Emylin. Kita tak pernah kenal pun sebelum ni. Okeylah,
Emir, Fazlinda I pergi dulu. Assalamualaikum.” Fuh! Aku menghembuskan nafas
lega. Mujurlah Emylin angkat kaki meninggalkan kami. Aku dah rasa macam nak
tercekik je ni. Perasaan risau mencengkam sanubariku saat melihat wajah
cemberut Fazlinda.
Aduh!
Aku tahu bahawa Fazlinda sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Bagaimana
ingin aku memujuknya? Aku bukanlah handal dalam bab pujuk memujuk ni. Kalau
Lysa yang merajuk tu tahulah bagaimana ingin aku memujuknya. Ah! Emir, tak
sudah-sudah nama Lysa yang kau fikirkan. Lin tu isteri kau. Jangan abaikan
perasaannya.
“Sayang
ada nak ke mana-mana ke lepas ni? Nak makan ke apa? Beli novel ke?” soalku
setelah lama berdiam tanpa suara.
Hatiku
walang saat Fazlinda sekadar menggeleng sebagai jawapan. Adam, tolong aku. Aku
tak tahu macam mana nak pujuk Lin ni ha.
“Sayang
tak lapar ke? Abang lapar sangat ni. Kita makan dulu eh?” pujukku dengan
lembut. Fazlinda sekadar menjungkitkan bahunya. Parah la aku macam ni. Habis
modal nak pujuk dia. Degil juga bini aku ni.
RADIN EMIR |
Sepanjang
perjalanan pulang, Fazlinda hanya diam tak berkutik. Aku yang sedang memandu
sudah keresahan. Tak tenang aku dibuatnya dengan kebisuan si isteri. Haih! Hati
di dalam dah terasa macam nak meletup. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.
Sesungguhnya aku buntu. Tidak tahu cara untuk memujuk Fazlinda kerana dia jarang
mempamerkan reaksi tidak puas hatinya. Arghh! Tekanannya macam ni.
“Sayang…
kenapa diam saja ni? Kita pergi makan dulu ya. Abang betul-betul lapar sangat
ni,” pujuk aku untuk kesekian kalinya. Namun dia hanya diam seribu bahasa.
“Sayang.”
Senyap.
“Sayang…”
“Siapa
Emylin dalam hidup abang? Wajah dia saling tak tumpah macam wajah Lysa… siapa
dia abang?” tanya Fazlinda setelah lama berdiam diri. Aku bungkam. Tak tahu
harus jawab bagaimana.
Liur
ku telan perlahan. Sedang ligat otakku berfikir tiba-tiba radio yang sedari
tadi senyap kedengaran di dalam kereta. Oh! Rupanya Fazlinda yang hidupkan
radio tu. Aku memandang wajah Fazlinda dengan ekor mata. Belum sempat aku
menjawab pertanyaannya sekali lagi bibirku seakan-akan digam dengan gam UHU.
Lidahku kelu saat lagu Dasaat Sendiri dendangan Dadali Band kedengaran di dalam
kereta.
Serta
merta nama Lysa berlegar-legar dalam ingatanku. Sejak pemergian Lysa lagu ini
seakan-akan sudah sebati denganku. Liriknya penuh makna mendalam. Hatiku
menjerit memanggil nama Lysa. Betapa seksa hidupku setelah Lysa tiada.
“Abang!!!”
aku tersentak dari lamunan. Spontan aku menoleh pada Fazlinda.
“Kenapa
sayang? Sayang lapar?” tanyaku prihatin. Fazlinda hanya merengus perlahan.
“Siapa
Emylin tu?”
Aku
melepaskan keluhan berat.
“Emy…
Emylin tu bekas tunang abang. Dia tinggalkan abang sehari sebelum kami akad
nikah. Dan… tadi sayang tanya abang kan macam mana perkenalan abang dengan
Lysa? Okey, abang jawab. Waktu tu Lysa perlukan kerja. Kebetulan sahabat dia
a.k.a Fazi tu dia cadangkan abang ambil Lysa bekerja. Dan masa tu la abang kenal
dia. Kisah kami hanya biasa-biasa saja. Abang harap Lin tak terasa hati dengan
apa yang terjadi tadi. Abang cuma terkejut tengok Emylin tadi.”
“Abang
rindukan Lysa?” soal Fazlinda perlahan. Wajahnya hanya biasa-biasa saja. Nak
kata marah tidak. Nak kata dia cemburu… mungkin.
“Err…
tak pernah sedetik pun abang lupakan dia.”
“Kalau
Lin pergi dulu sebelum abang, adakah abang akan cari pengganti?”
“Apa
Lin merepek ni? Sudah! Abang tak mahu dengar lagi,” suaraku naik satu level.
Pantang betul aku dengar perkataan ‘pergi’ itu. Lin cuba memujukku. Lenganku
dipaut erat. Namun aku langsung tidak menghiraukannya. Aku menekan pedal minyak
laju.
AKU
hanya mendiamkan diri sahaja. Suasana riuh dengan keletah Elfira. Namun baik
aku mahupun Fazlinda masing-masing berdiam. Fazlinda merenung wajahku seperti
ingin memujuk. Namun aku mengeraskan hati agar tidak termakan pujuk rayunya.
“Abang…
maafkan Lin ya. Lin janji tak cakap macam tu lagi.”
“Makan
sajalah,’ ujarku dengan wajah tidak berperasaan. Entah mengapa aku mudah
melenting apabila Fazlinda mengucapkan perkataan ‘pergi’ itu. Mungkin aku masih
trauma dengan kehilangan. Mungkinlah.
AKU
melepaskan keluhan berat. Badan saja di tempat kerja. Hakikatnya fikiranku jauh
menerawang kepada kenangan lama. Ellysa… kenapa sukar benar untuk Emir
melupakan awak? Aku meraup wajah yang terasa kusut.
Sedang
asyik aku mengelamun tiba-tiba telefon bimbitku berdering menandakan ada
panggilan masuk. Aku melihat nama yang tertera di skrin. Lambat-lambat aku
mengangkat panggilan itu. Sempat aku berdoa agar ALLAH melembutkan hatiku.
Sunggguh aku tidak mahu lagi menyakiti hati dia.
“Assalamualikum
abang.”
“Walaikumussalam
sayang. Ada apa telefon abang ni? Elfira mana? Dia tak sihat ke?” tanyaku prihatin.
“Tak
ada apa. Abang… boleh tak kalau esok abang cuti? Lin rindukan Fairuz. Dah lama
tak jumpa dengan dia. Lepas pergi melawat dia, kita balik rumah mama sekejap.
Boleh tak abang?”
Aku
terdiam sejenak. Sejak aku berkahwin dengan Fazlinda memang jarang sangat aku
membawa dia berjalan-jalan. Jadi tak salah kalau aku mengambil cuti untuk
menghiburkan hatinya. Setelah berfikir panjang aku akhirnya bersetuju.
“Alhamdulillah,
terima kasih abang. Sayang abang. Muuah. Okey abang buatlah kerja tu elok-elok
ya. Nanti balik makan tengah hari dekat rumah tau. Lin masak istimewa untuk
abang.”
“Aik?
Masak istimewa? Ada apa-apa ke ni?”
“Abang
balik saja. Tak ada apa pun. Saja nak buat abang rasa bangga ada isteri yang
pandai masak macam Lin ni,” usik dia. Aku ketawa lepas mendengar keletahnya.
“Ada-ada
saje isteri abang ni. Okeylah sayang, abang nak buat kerja ni.”
Usai
menamatkan panggilan aku bersandar pada kerusi. Bagaikan tergiang-ngiang
kenangan pada masa dan ketika Ellysa mengemas ruang pejabatku ini. Astaghfirullah
al-azim. Sekali lagi bayanganku bersama dia menghimpit dada.
Spontan
tangan mencapai potret Lysa yang aku letakkan di dalam laci. Aku merenung
lembut wajahnya itu. Biarpun gambar itu kaku namun aku terasa bagaikan orangnya
benar-benar berhadapanku kini.
“Lysa…
tak mudah untuk Emir lupakan Lysa. Lysa terlalu bermakna buat Emir. I really love you. Biarpun Emir sudah
menikahi wanita lain itu tak bermakna Emir dah lupakan Lysa,” keluhku perlahan.
Mataku terpaku pada calendar yang terletak di hujung mejaku. 19/4. Tarikh
keramat ni! Ya ALLAH, diam tak diam dah 3 tahun lebih dia tinggalkan aku.
Tanpa
melengahkan masa aku mencapai kunci kereta. Setelah itu aku mengatur langkah
laju untuk melawat ‘kekasih hatiku’ itu.
Aku
memegang batu nisan yang terpahat nama Ellysa Zahra binti Rahmat.
Perlahan-lahan aku mensedekahkan Al-Fatihah buatnya. Setelah itu aku membacakan
Yassin. Aku berteleku lama di situ. Sesungguhnya aku terlalu rindukan dia. Aku
tidak dapat gambarkan andainya Fazlinda juga meninggalkan aku. Sudah pasti
hidup aku tidak bermakna lagi tanpanya. Usai membaca Yassin aku menyiramkan air
mawar ke atas pusaranya.
“Lysa,
hari ni genap tiga tahun lebih Lysa tinggalkan Emir. Hanya ALLAH yang faham
perasaan Emir. Sungguh Emir rindukan Lysa. Lysa sayang damailah Lysa di sana
ya. Semoga kita bertemu di Syurga. In shaa ALLAH.” Aku mengesat airmata yang
mengalir di pipi. Aku bangkit dari duduk. Saat aku berpaling ke belakang aku
terkaku. Statik tidak bergerak.
“Ellysa?”
Entah mengapa lancar saja aku memanggil nama itu.
“Eh,
Emir. You buat di sini?” tanya Emylin seraya mata memerhati ke sekelilingku.
“I
baru saja ziarah kubur arwah tunang I,” ujarku perlahan.
“Oh,
I pun baru saja ziarah kubur husband
i. you okey? I nampak you macam tak bermaya je.”
“I
okey Ellysa.” Zass! Sekali lagi nama Ellysa meluncur dari bibirku. Mujurlah
yang berdepan dengan aku sekarang ni Emylin. Buatnya Fazlinda di hadapanku ini
tak ke mati kutu aku nak memujuknya?
“Ellysa?
Siapa tu?”
“Bekas
tunang i. Okeylah Emylin I balik dulu. Assalamualaikum.”
Langkah
kaki ku ayun laju meninggalkan perkarangan pusara itu. Jam di tangan dikerling
sekilas. Dah hampir pukul 1. Pasti Fazlinda sedang menunggu aku. Biarlah. Aku
mahu menstabilkan emosiku dahulu. Tidak mahu dia merisaukan aku apabila melihat
wajahku yang kusut ini.
Pada-MU
ya RABB aku bermohon agar diberi kekuatan untuk aku menghadapi ujian-MU ini.
2 comments:
emir hati batu
sama mcm kes kazen sy
dendam dgn pompuan lepas awek dia kahwin dgn lelaki lain
kesian.... :(
Ela,hati batu + xmampu lupakan ex tunang dy
Post a Comment