IZZAT IZZATI PART 4






















Akhirnya cuti sem yang dinantikan Izzat tiba juga. Namun tidak pada Izzati. Kerana dia terpaksa mengikut Izzat untuk balik ke rumahnya. Sedangkan dia juga sangat merindui ibunya. Izzati mencapai telefon saat wajah Izzat terpampang di skrin telefonnya.

“ Assalamualaikum,” sapa Izzati dingin.

“ Waalaikumsalam, awak dah siap? Zaty lepas je kita ke rumah saya, saya janji akan ikut awak kerumah ibu awak pula,” ujar Izzat tanpa segan silu.

“ Apa? Tak malu.” Perli Izzati.

“ Memang saya tak malu. Dengan bakal isteri tak perlu malu.”

Izzati tergamam mendengar bicara Izzat. Namun tidak pula dia merasa ingin marah. Aneh nya perasaan, sehingga sukar ditafsirkan.

“ A… apa maksud awak?” tergagap-gagap Izzati bertanya.

“ Sayang, dah la. Cepat sikit. Saya tunggu dekat  Kolej awak ni. Cepat sikit. Jauh lagi perjalanan kita ni,” ujar Izzat seraya tertawa kecil.

‘ Ish! Gila apa mamat ni? Siap panggil sayang lagi? Tapi hurm macam suka pun ada.’ Desis Izzati dalam hati.







Setelah lima belas minit menanti, akhirnya Izzati turun juga bersama beg kecil sepertimana yang telah dipesan oleh Izzat. Saat Izzat melihat kelibat Izzati, terus sahaja dicapai beg Izzati lalu diletakkan didalam bonet keretanya. Lalu dengan selamba, terus saja Izzat memimpin tangan Izzati menuju ke arah keretanya. Pintu penumpang hadapan dibuka lalu dia mempersilakan Izzati masuk ke dalam perut kereta, sambil tersenyum Izzat menutup pintu semula. Setelah itu barulah dia bergerak ke tempat pemandu keretanya.

“ Kenapa wajah awak tu?” soal Izzat setelah memulakan perjalanan.

‘ Boleh pula tanya? Dasar Mr. Hitler sengal. Ei! Geramnya.’ Dengus Izzati dalam hati.

“ Tak ada apa. Jauh ke rumah awak?” tanya Izzati tidak puas hati.

“ Tak jauh. KL je. Kenapa? Tak sabar nak jumpa mertua ke?” usik Izzat seraya mengerdipkan mata kepada Izzati yang turut memandangnya.

“ Ei, gatal. Menyesal lah saya ikut awak. Siapa juga nak jadi isteri awak?” Izzati bermain tarik tali, sedangkan hati mula berdebar-debar dengan usikan Izzat.

“ Awaklah, Nur Izzati Syah awak akan jadi isteri saya. Saya dah lama tau sayangkan awak, cuma awak je yang tak tahu. Yalah saya mengaku dulu saya terlalu jahat dengan awak, dan saya rasa saya tak mahu buang masa lagi.” Izzati melarikan pandangan dari terus direnung Izzat.
Suasana sepi. Hanya kedengaran suara radio sahaja. Saat mendengar lagu Tetap menantimu nyanyian Nomad bermain di corong radio, terus sahaja Izzat menguatkan volume radio sehingga bingit suasana yang dirasakan Izzati didalam kereta Mr. Hitler itu.

 “ Tak boleh perlahan sikit ke? Bingit telinga saya ni awak tahu tak?” jerkah Izzati kerana suasana yang terlalu bising tidak memungkinkan Izzat dengar segala bebelannya andai dia bersuara dengan perlahan.

Izzat hanya buat tidak tahu saja. Dengan bersahaja terus diikutnya nyanyian Nomad sambil mata mengerling pada wajah Izzati.

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

‘ Ya ALLAH, seandainya awak tahu Izzat saya juga sayangkan awak, tapi awak tu terlalu ego,’ desis hati Izzati saat mendengar serangkap ayat yang dinyanyikan Izzat.






Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
 
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu.

“ Saya tetap akan tunggu awak sehingga awak sudi untuk menyayangi saya,” ujar Izzat seraya tersenyum manis.

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

“ Dan percayalah tidak kan pernah pudar rasa ini walaupun bermacam halangan yang menimpa, saya Izzat Farish akan tetap menanti awak Nur Izzati Syah.” Izzati hanya tersenyum saat mendengar ayat terakhir Izzat. Dalam diam dia memengang janji Izzat.

Izzat menghentikan kereta saat terdengar azan Zuhur berkumandang dari corong radio. Lalu dibelokkan keretanya untuk ke menunaikan solat bersama jemaah yang lain. Usai masuk ke kawasan Plaza Tol Bukit Tambun Izzat melilaukan mata mencari parking.

“ Mana pula parking ni? Ha tu ada kosong. Alhamdulillah,” omel Izzat sendiri.

“ Zaty, bangun.” Izzat mengejutkan Izzati yang sedang terlena itu.

“ Dah sampai ke?” soal Izzat sambil menggosokkan matanya.

“ Belum, saya singgah surau dulu, dah masuk waktu zuhur ni, mari kita solat,” ajak Izzat seraya membuka pintu kereta. Izzati membetulkan kedudukan tudung yang agak senget kemudian barulah dia melangkah keluar dari kereta.

“ Lepas kita solat kita mana-mana kedai makan dulu ok,” pesan Izzat sebelum ke ruang solat lelaki.
Izzati hanya menggangukkan kepala lantas mengatur langkah ke ruangan solat wanita. Entah mengapa hatinya merasa sangat berdebar saat berdua-duaan dengan Izzat.


Izzat melekapkan telefon ke telinga saat melihat gambar mamanya terpampang di skrin telefon bimbitnya.

“ Assalamualaikum, mama,” sapa Izzat terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, anak mama jadi ke balik ni?” soal Ustazah Zahrah setelah menjawab salam.

“ Jadi, lagi beberapa jam sampai lah anak mama ni. Izz baru nak makan ni ma, ayah mana?” soal Izzat ceria apabila menyebut perkataan ayah.

Izzati tersentak mendengar Izzat menyebut ‘Ayah”. Tiba-tiba dia teringat akan janji Izzat saat lelaki itu sudah bertemu dengan ayahnya.

“ Ok, saya pun anak tunggal. Err.. saya.. ayah saya dah meninggal waktu saya berumur 5 bulan lagi. Kata ibu ayah saya menghidap kanser hati.” Izzati menundukkan wajah. Tidak mahu Izzat mengesan riak kesedihannya.

“ Maaf, kalau aku buat kau sedih. Ok, kalau aku jumpa budak tu, tapi masih juga aku tak jumpa ayah aku selagi itu aku takkan maafkan dia. Tapi seandainya aku jumpa budak tu, dan dalam masa yang sama ALLAH pertemukan semula aku dan ayah aku, aku akan ambil keputusan untuk menikahi dia. Kerana dalam mimpi aku tu sering kali aku melihat kebahagiaan terpancar pada wajah aku dan juga budak itu,” ujar Izzat panjang lebar.

Izzat menyentuh lembut bahu Izzati membuatkan lamunan hilang begitu saja.

“ Hei, awak ok? Kenapa ni?” soal Izzat risau.

“ Ha? Eh saya ok. Awak…err… awak dah jumpa ayah awak?” soal Izzati teragak-agak.
Izzat hanya menjawab dengan senyuman. Lalu dia meletakkan kedua belah tangan diatas meja.

“ Kenapa awak tanya?” soal Izzat pula.

“ Tak ada apa. Saja tanya. Tak boleh ke?” balas Izzati seraya menyedut minumannya.

“ Mesti awak ingat janji saya kan? Ya! Seandainya  saya jumpa semula dengan ayah saya, dan dalam masa yang sama saya jumpa orang yang telah melanggar kami saya memang dah buat keputusan untuk mengahwininya. Dan awak nak tahu kenapa?” Izzat bermain dengan kata-kata.

“ Kenapa?” soal Izzati tidak sabar ingin tahu alasan Izzat.






“ Sebab selepas kemalangan tu kan saya ada cakap saya koma. Dan sewaktu saya koma sehingga sekarang saya masih termimpikan wajah  gadis tu. Dan hari selepas kita jumpa di Padang Kota Lama saya tu masih mimpikan awak. Waktu tu awak rayu minta tolong pada saya. Dan awak panggil saya dengan panggilan yang bagi saya sangat sedap didengar. Kerana itulah saya nekad untuk memperisterikan awak. Saya serius Zaty.” Terang Izzat panjang lebar.

Kelu lidah Izzati untuk berbicara. Biarpun hatinya juga sukankan Izzat namun dia malu untuk mengaku perasaan sayangnya itu.

“ Awak, dah la jom. Nanti lambat pula sampai rumah awak. Bermakna sampai rumah saya lagilah lambat kan? Saya tak mahu sampai tau!” tegas Izzati lalu bingkas menuju ke kereta.
Setelah membayar  harga makanan terus Izzat mengejar langkah Izzati. Lalu diusiknya gadis itu sebelum memasuki kereta.

“ Lambat sampai rumah ke? Takut lambat jumpa mak mertua? Ha ha…” Izzat berbisik di telinga Izzati.

Akhirnya setelah menempuh perjalanan selama 4 jam sampai juga mereka di rumah Izzat. Terasa lenguh pinggang Izzat saat lama memandu. Lalu Izzat mengejutkan Izzati yang sudah terlena itu. Dia tersenyum melihat wajah comel Izzati.

“ Zaty, bangun sayang,” kejut Izzat lembut.

“ Dah sampai ke?” soal Izzati. Lalu Izzati mencelikkan mata saat melihat banglo yang tersergam indah dihadapannya.

“ Jomlah, mesti mama saya tengah tunggu bakal menantu dia yang cantik ni,” ujar Izzat seraya mencuit dagu Izzati.

“ Ish! Dia ni tak tahu malu. Dah la orang tengah gabra ni,” omel Izzati.

“ Jangan lah marah, jom,” ajak Izzat lagi.

Izzati memaniskan muka sebelum keluar dari kereta. Sebaik melihat kelihat seorang wanita yang berdiri di muka pintu terus saja Izzati menghampiri wanita itu lalu disalam dan diciumnya tangan wanita itu.

“ Inilah ya bakal menantu mama, Cantik. Siapa nama?” soal Ustazah Zahrah.

“ Izzati, Puan.” Ujar Izzati.

“ Ma, mana ayah?”soal Izzat tidak sabar. Riak gembira jelas terpancar diwajahnya.

“ Assalamualaikum anak ayah, ayah rindukan Izzat,” ujar Ustaz Fahmi lalu dipeluknya tubuh anaknya itu.

“ Ini, macam pernah jumpa, kamu Izzati ke?” soal Ustaz Fahmi setelah meleraikan pelukannya.

“ Ya, Ustaz Fahmi kan? Izzat? Jadi selama ni awak tahu yang…”

“ Tak lah. Saya pun baru tahu yang ayah saya masih hidup. Cuma hilangingatan je,” ujar Izzat sambil tangan tidak lepas dari memaut bahu ayahnya.

“ Eh, apa borak depan pintu? Mari masuk. Izzati mari masuk sayang.” Ustazah Zahrah menarik tangan Izzati agar mengikuti langkahnya.

“ Izzati duduk lah dulu, mama nak ke dapur sat,” tutur Ustazah Zahrah sopan.

“ Ayah, sebenarnya Izz nak minta ayah dengan mama err… masuk minang Zaty boleh?” soal Izzat setelah melabuhkan punggung di sebelah ayahnya.

“ Kamu benar-benar suka dengan Zaty?” tanya Ustaz Fahmi bagaikan tidak percaya.

“ Yalah, Izz serius ayah. Kalau tidak takkan lah nak bawa balik rumah kan? Lagipun Zaty dah setuju.” Izzat tersengih saat melihat Izzati menjengilkan matanya.

“ Jangan percaya cakap Izzat tu. Mengada,” bebel Izzati seraya menjeling tajam wajah Izzat.

“ Baiklah, sebenaqnya ayah nak tanya ni. Sebenaqnya Zaty ada hati kan pada Izzat? Yalah kalau tak buat apa sampai ikut Izzat mai sini ya dak?” Ustaz Fahmi memulakan soalannya.

“ Err… Za… Zaty sebenarnya…” Izzati mula menggelabah untuk menjawab soalan yang diajukan padanya.

“ Ha, Zaty bila kami boleh masuk minang kamu? Mama ni bukan apa, mama tak sabaq nam terima menantu ni,” seloroh Ustazah Zahrah sambil menatang dulang.

“ Err… jumpalah dulu ibu saya. Lagipun kalau Zaty setuju tanpa pengetahuan ibu takut pula ibu 
bangkang ke apa kan.” Tutur Izzati dengan lembut.

“ Mama harap ibu Zaty terimalah. Zaty tidur sini malam ni boleh? Besok terus mama, ayah dengan Izz ke rumah Zaty. Boleh ye sayang,” pinta Ustazah Zahrah.

Izzati mengetap bibir. Dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya. Namun sempat dia mengutuk Izzat dalam hati.

‘ Suka hati dia je cakap aku terima dia. Ei , geramnya dengan Izzat ni,” kutuk Izzati dalam hati.

“ Zaty, awak kutuk saya ye?” tebak Izzat saat melihat kerutan diwajah Izzati.

“ Izzati satu USM dengan Izzat ke?” soal Ustazah Zahrah.

“ Ye, satu USM. Izzat ni selalu buli Zaty tau. Lagi satu Izzat selalu marah-marah, tengking-tengking Zaty,  jahat tau Izzat di USM tu. Dah la berlagak,” adu Izzati akan sikap buruk Izzat dahulu.

“ Ala, dulu je kan saya buli awak? Sekarang mana ada buli lagi,” Izzat tersengih nakal.

 “ Izz, kamu marah menantu ibu? Kamu buli dia? Kamu ni nakal betul.” Marah Ustazah Zahrah pada anak lelakinya itu.

“ Ala sikit je mama, tengok tu ayah, mentang-mentang menantu duduk sebelah, anak sendiri pun dah tak nampak,” rajuk Izzat sambil membuat memek muka sedih.

“ Eleh, poyo Izzat tu kan mama,” usik Izzati saat melihat rajuk Izzat.

“ Awak panggil apa tadi Zaty?” soal Izzat.

“ Apa? Panggil apa?” soal Izzati tidak faham.

“ Saya dengar awak panggil mama.”

Gurlp!

‘ Yeke? Aku panggil mama tadi? Alamak malunya.’ Izzati sudah tunduk merenung lantai.

“ Izz, kan dah malu Zaty kamu usik. Zaty pergi mandi dulu. Nati kita solat sama-sama. Izzat kamu jadi imam,” arah Ustazah Zahrah sambil memimpin tangan Izzati ke bilik tetamu.

“ Kamu tidur disini malam ni ya. Mama nak tanya Zaty suka Izzat?” soal Ustazah Zahrah.

“ Saya memang sukakan dia, tapi yelah. Dulu dia kan pembuli, ego. Tulah sebab Zaty diamkan perasaan Zaty. Bimbang bertepuk sebelah tangan.” Terang Izzati seraya tersenyum saat teringatkan kenangan semasa Izzat membulinya sewaktu minggu orentasi.

“ Izz tu memang nakal. Tapi hati dia baik. Mama benar-benar tak sangka Zaty yang dia pilih. Ingatkan si Fazura gedik tu. Memang mama reject dari awal kalau Fazura jadi pilihan Izz.” Ustazah Zahrah berterus-terang dengan Izzati.

“ Tak apa la. Zaty nak mandi dulu. Lepas nak call ibu kejap. Takut ibu tertunggu-tunggu pula,” ujar Izzati.




Bukit Bintang

 Disaat umat islam yang lain sedang khusyuk menunaikan solat fardhu maghrib, dua wanita itu pula sedang berpeleseran tidak tentu arah. Bagaikan langsung tidak terkesan di hati mereka akan azan yang sedang berkumandang seakan menyeru itu. Bahkan semakin galak pula mereka bergelak ketawa sehingga tidak mengendahkan pandangan orang di sekeliling mereka.

" Aku dengar Izzati ikut buah hati kau balik rumah dia. Betul ke Faz?" tanya Tiara bersama senyuman sinis terukir di bibirnya.

" Mana kau dengar ni? Asal aku tak tahu? Ish! Perempuan tu memang tak tahu malu la." bentak Fazura geram.

“ Eh! Bingitlah telinga aku dengar azan ni. Tak boleh slow sikit ke speaker masjid tu, bajet lebih." ujar Fazura sambil mencebik muka. Tiara yang mendengar hanya tersenyum sebelum memberi idea kepada Fazura yang sedang hangat hati tatkala itu.

“ Beb, daripada kau dok runsing macam ni kat sini, dan perempuan tu pulak tengah dok tunjuk baik dekat depan parents Izzat, lebih baik kita pergi pub nak tak?" cadang Tiara menambah dosa sedia ada.

Hurmm, betul jugak cakap si Tia ni. Lagipun aku kat sini yang frustrated, si Izzat kat sana tu mesti layan perempuan tak sedar diri tu macam permaisuri. Aarrgghhh!

“ Jomlah Tia. Kita gerak pergi Zouk Club, dekat sana best sikit daripada kat tempat entah apa-apa ni. Otak aku pun jammed jadinya tengok tempat ni. And one more thing dekat sana lebih heaven sikit." Tutur Fazura sudah tidak ingat akan dosa dan pahala.


Tiara memandu kereta Mercedes Benz untuk menuju ke Zouk club. Malam itu dia ingin memuaskan hati yang setelah lama memerah otak menghadap exam.Biarpun cuti sem tidak panjang saat itulah dia akan memanfaatkan untuk enjoy.



firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innama yuridus syaithanu an yuqi'a bainakumul adawata walbagh dhaa'a filkhamri walmaisir." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi."



Keadaan dalam Zouk Club yang sememangnya bingit dengan muzik yang sengaja dipasang kuat bagaikan mendatangkan ketenteraman di hati mereka berdua. Tanpa segan silu, Tiara memesan segelas Tequila Blanco untuk dirinya dan juga segelas Vermouth Wine untuk Fazura.

Fazura hanya melihat Tiara memesan minuman di bar segera mendekati dan memesan sebotol Vermouth Wine untuk dihantar ke meja mereka.

“ Beb, aku rasa aku ada idea la.” Tutur Fazura saat Tiara melabuhkan punggung disebelahnya.

“ Idea apa?” soal Tiara hairan.

“ Aku akan pastikan Izzati tak jadi milik Izzat kerana Izzat milik aku,” bisik Fazura di telinga Tiara.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)


“ Tapi idea macam mana kau nak buat?” soal Tiara sambil meneguk air pesanannya yang baru dihantar oleh pelayan club itu.

“ Adalah,” ujar Fazura seraya  meneguk air kencing syaitan itu.
Tiara menarik tangan Fazura ke lantai tari. Lantas mereka menari mengikur rentak yang berdentam dentum.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati."


Segala jenis gaya tari yang mereka tarikan mengikut rentak, dari rap sampailah ke salsa. Nasib baik bukan tarian tiang. Hilang sudah rupa baik mereka ketika d USM, kini muncul wajah penuh dosa dan muslihat di balik wajah Tiara dan juga Fazura. Tiba-tiba datang seorang lelaki memeluk tubuh Fazura. Fazura tersenyum sambil mengikut lelaki itu menari. Setelah penat menari Fazura menarik tangan lelaki itu agar mengikutinya.

Fazura menuangkan air Vermouth Wine lalu dihulurkan pada jejaka itu. Tiara hanya tersenyum apabila melihat Fazura seakan sedang khayal dengan dunianya.

“ You tak minum?” soal jejaka yang berbangsa Cina itu.

“ I baru minum, Siapa nama you?” soal Fazura berani.

“ Nama I Lee. Lee Steve. You? You are beautiful.” Tutur Lee Steve seraya mendekatkan bibirnya 
dengan bibir Fazura. Lalu Fazura seakan merelakan perbuatan Lee Steve itu.

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tiara hanya melarikan pandangan matanya kearah lain. Dia tersenyum melihat Fazura yang sudah 100% berubah watak. Tiara meneguk air minumannya sehingga habis satu botol.

“ Tia, Lee ajak aku pergi Hotel. Aku nak kau pergi beli something.” Arah Fazura seraya memaut lengan Lee Steve.

“ Ok, aku pergi beli sekarang.” Tutur Tiara dengan langkah terhunyung hayang.

“ So, kita ke  Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur ok?” tanya Lee Steve.

Terganga mulut Fazura saat mendengar nama Hotel yang disebut Lee Steve itu. Fazura memaut lengan Lee steve lalu senyum menggoda. Saat kaki Fazura melangkah masuk ke Hotel lima bintang itu dia benar-benar terpegun. Lee steve memeluk erat tubuh Fazura seperti tidak mahu melepaskannya. Lee Steve menekan lif untuk ke bilik yang sudah ditempah.

“ Marilah sayang.” Lee Steve menarik tangan Fazura lalu terus saja dia menguncikan pintu.


Fazura





Fazura ketawa mengekek. Hilang separuh dari kewarasan mindanya.Terhoyong-hayang dia mengatur langkah. Tubuhnya dicempung Lee Steve lalu dibawa ke katil. Senyum nakal Fazura menyemarakkan gelora Lee Steve. Perlahan butang baju gadis itu dibuka. Lidahnya menjilat bibir menahan geram. Lee Steve geram melihat tubuh montok Fazura, Paha Fazura yang putih melepak itu menambahkan lagi rasa ingin memilikinya. Perlahan-lahan bibir tebalnya mendarat di ulas bibir seksi  fazura. Fazura bereaksi tanpa sedar. Kedua-duanya hanyut dan akhirnya karam di pelabuhan haram.


~*~*~*~*~*~*~*~*

Tiara melangkah keluar dari kedai runcit dengan langkah terhuyung hayang. Tiara mendongakkan kepala saat menyedari bahawa dia telah melanggar seseorang.

“ Tiara. Kau buat apa kat sini? Err… kau nak buat apa dengan pisau Rainbow tu?” soal Fazli rakan sekuliah Tiara. Fazli yang sememangnya menyukai Tiara dalam diam itu gembira apabila bertemu Tiara di situ.

“ Kau ke tepilah, sibuk.” Marah Tiara lalu ditolak tubuh Fazli.

Fazli menarik tangan Tiara. Lalu dipusingkan tubuh Tiara untuk menghadapnya. Direnung wajah Tiara.

“ Awak cakap dengan saya. Jujur. Awak nak buat dengan pisau tu?” soal Fazli masih tidak berpuas hati.

“ Fazura… dia nak bu…” Tiara tidak menghabiskan kata-katanya kerana rasa sakit yang kian mencengkam kepalanya.


Fazli mula panik lalu terus dipapahnya Tiara ke keretanya. Setelah membukakan pintu kereta penumpang hadapan terus saja dia ke tempat pemandu. Lantas Fazli memecut keretanya untuk ke rumahnya.

“ Kau ni dah mabuk teruk. Kenapa la kau jadi macam ni? Kalaulah kau tak ikut Fazura pasti sekarang kau tak kan jadi sebegini. Ya ALLAH berikanlah petunjuk-MU kepada gadis di sebelahku ini Ya ALLAH.” Fazli menitipkan doa kepada Yang Maha Esa.

Setelah memarkingkan kereta di halaman rumah cepat-cepat Fazli keluar dari perut kereta lalu dia ke penumpang hadapan lalu dikendongnya Tiara lalu dibawa masuk kedalam rumah.

“ Encik siapa gadis ni? Kenapa dengan dia Encik?” soal Mak Minah pembantu rumah Fazli.

“ Mak Minah tolong tukarkan pakaian Tiara, lapkan badannya sekali. Dia mabuk tu. Mak Minah tolong saya ye. Tapi baju…”

“ Tak mengapa, baju anak Mak Minah ada.” Tutur Mak Minah seoalah memahami apa yang bermain di fikiran majikannya.

“ Baiklah, Mak Minah buat lah apa yang saya suruh tu. Lagi satu terima kasih ya,” ucap Fazli sebelum berlalu ke ruang tamu.

“ Kau nak buat apa ni?”Tiara menepis kasar Mak Minah yang sedang cuba menukar pakaiannya.

“ Cik tukar pakaian dulu ya. Mak Minah tolong Cik ya,” ujar Mak Minah dengan lembut.

“ Ish, tepi lah orang tua. Uweek! Uweek! Aku dah suruh ke tepi kan yang kau berdiri macam tunggul kayu tu kenapa?” pekik Tiara tanpa sedar.


Tiara




Mak Minah mengesat bajunya yang terkena muntah Tiara tadi. Dengan perasaan sebak diteruskan juga tugasnya untuk menukar pakaian Tiara.

‘ Kenapa anak muda zaman sekarang ni? Selalu saja bikin masalah. Tak pernah nak fikir soal mak bapak. Ya ALLAH kau kurniakanlah gadis ini petunjuk-MU, sedarkan dia dari terus hanyut dengan duniawi ya ALLAH. Limpahkanlah ia dengan kasih sayang-MU. Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Memberi. Aku pohon kurniakanlah gadis ini seorang lelaki yang ikhlas sayangkan dia kerana-MU Ya ALLAH. Berikan dia kesempatan untuk bertaubat sebelum terlambat Ya ALLAH.’ Mak Minah menitipkan doa pada Yang Maha Esa apabila melihat keadaan Tiara yang seoalah tiada pengangan agama itu.

Sambil mengelap badan Tiara Mak Minah menangis kerana tidak sanggup melihat anak bangsanya merosakkan diri sendiri. Saat mata tuanya melihat plastik yang tidak jauh dari Tiara dia mula tidak sedap hati. Lalu dia ambil plastik yang berisi pisau itu lalu disorokkan bimbang Tiara membuat sesuatu di luar jangkaannya. Usai mengelap tubuh Tiara Mak Minah keluar lalu menuju ke biliknya untuk menukar pakaian yang telah dicemari bau muntah Tiara itu.

“ Mak Minah sudah buat apa yang saya suruh?” soal Fazli sebaik melihat kelibat pembantunya.

“ Sudah Encik. Err… Mak Minah bukanlah nak menyibuk, tapi siapa perempuan itu dengan Encik? Dan lagi satu tadi Mak Minah nampak pisau ni? Mak Minah risau manalah tahu Cik Tiara melakukan sesuatu yang kita tak sangka kan?”

“ Err… terima kasih Mak Minah. Dia kawan saya. Kawan satu USM. Tentang pisau ni, terima kasih berikan pada saya. Mak Minah pergilah rehat dahulu ya.” Arah Fazli sambil kepala tidak lepas dari memikirkan soal Tiara.

“ Encik, maaflah kalau Mak Minah tanya ni. Tapi yalah sekarang ni mak dan ayah Encik kan sedang umrah, kenapa Encik tak hantar Cin Tiara ke rumahnya? Kenapa Encik bawa Cik Tiara ke rumah ibu bapa Encik? Maaf kalau Mak Minah menyibuk. Tapi kan tak baik bersekedudukan. Yalah. Nipun mujur ada Mak Minah, kalau Mak Minah. Kena tangkap basah siapa pula nak menjawab? Minta maaf kalau Encik tersa.”tutur Mak Minah terus terang.

“ Banyaknya soalan. Sebenarnya saya tak pernah tahu dimana Tiara tinggal. Yalah, Tiara sedikit pun tidak pernah layan saya di USM. Jadi sebabkan itu kami tak rapat. Tapi tadi saya kasihan tengok keadaan dia. Tak salah bukan kita menolong? Dan terima kasih diatas nasihatnya. Insya-ALLAH saya akan ingat pesan Mak Minah,” ujar Fazli seraya tersenyum manis.

‘ Ya ALLAH, baiknya pertuturan majikanku ini. Sungguh bagus pekertinya. Kagum aku tengok Fazli ni,” bisik Mak Minah dalam hati.

“ Err… Mak Minah, selamat malam,” ucap Fazli sebelum ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.

~*~*~*~**~*~*~*~*~*

Izzati tersenyum saat teringatkan izzat yang tampak segak berbaju melayu tadi. Dia tertawa sendiri saat wajah cemberut Izzat menhiasi tubir matanya. Izzati berjalan menuju ke tingkap. Dia membuka tingkap seluas-luasnya. Tiba-tiba Izzati teringatkan ibunya. Lalu dia mencapai telefon untuk menghubungi ibunya. Dia berbaring sampai menunggu ibunya mengangkat telefon.

“ Assalamualaikum, bu. Maaf Zaty lupa nak call ibu.”

“ Waalaikumsalam, ha tu lah dia anak ibu. Lupa, lupa, lupa,” keluh Puan Mazlina akan sikap anaknya.

“ Ala, bukan selalu bu. Zaty dekat rumah kawan ni. Bu, esok ibu panggil la jiran-jiran. Yang lelaki. Sebab… err… sebab…”



INILA DIA IBU IZZATI



“ Ada orang nak masuk meminang anak ibu ya?” tebak Puan Mazlina.

“ Ha… err… ibu… aduhai bu. Sebenarnya… Aduh! Sebenarnya…” Izzati sudah kehilangan kata-kata.

“ Sebenarnya apa? Betul la tu kan? Pandai anak ibu sorokkan dari ibu ya. Tak apalah nanti ibu panggil jiran-jiran terdekat ye. Tak sangka besar dah anak ibu,” usik Puan Mazlina.



Izzati tersedar saat mendengar bunyi loceng jam. Dia mengerling jam.

“ Mandi dululah. Nanti nak gerak jauh pula,” Izzati mencapai tuala untuk membersihkan diri dan solat berjemaah.

Tok! Tok!

“ Zaty kamu dah bangun ke?” laung Ustazah Zahrah.

Saat tiada jawapan dari dalaam Ustazah Zahrah menguak pintu, setelah mendengar suara air dia mengatur langkah untuk mengejut anaknya pula.

Tok! Tok!

“ Izz, kamu dah bangun ke? Izz. Izzat Farish.” Panggil Ustazah Zahrah.

“ Dah bangun ke belum budak Izzat tu?” soal Ustaz Fahmi dari arah belakang.

“ Belum, abang bukan tak kenal anak sorang ni. Kalau dah tidur tu apa pun tak sedar,” bebel Ustazah Zahrah.

“ Biar abang yang kejut. Lagipun dah lama abang tak kejut Izz. Abang rindu sangat,” pintaUstaz Fahmi.

“ Yalah, Zah pi mandi sat naa,” ujar Ustazah Zahrah seraya berlalu ingin ke bilik tidurnya.

“ Izzat,” Ustaz Fahmi menguak daun pintu.

“ Ish! Anak bertuah ni. Boleh merekut tidoq lagi. Izzat bangun subuh,” Ustaz Fahmi menggoncang kembut tubuh Izzat.

“ Ya ayah, dah subuh erk?” soal Izzat dengan suara seraknya.

“ Ya, Izz. Cepat bangun. Jadi imam. Izz kan tak lama lagi nak jadi suami orang,” usik Ustaz Fahmi selamba.

Izzat tersengih mendengar usikan ayahnya itu. Lantas tanpa menunggu lama terus dicapai tuala lalu dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum mengabdikan diri pada Yang Berkuasa.

Usai menunaikan solat Izzati membantu Usazah Zahrah untuk menyediakan sarapan. Ustazah Zahrah tersenyum melihat Izzati yang tidak kekok berada di dapur. Bahlan tangannya lincah saja dalam melakukan kerja. Tidaklah seperti Fazura itu. Yang haya dia tahu menggedik dan menggoda saja.


“ Seronoknya mama. Yalah Zaty langsung tak kekok di dapur,” ujar Ustazah Zahrah.

“ Tak adalah. Lagipun kat rumah dah biasa tolong ibu. Yalah ibu sorang je kat rumah,” tutur Izzati jujur.

“ Sorang? Ayah Zaty kemana?’ soal Ustazah Zahrah.

“ Ayah dah meninggal sejak Zaty umur 5 bulan. Kata ibu ayah ada kanser hati,” terang Izzati sambil mengesat airmata dengan belakang tangan.

Setelah siap masak mee goreng mereka bersarapan dengan penuh kesyukuran. Usai bersarapan mereka bertolak pukul 10.00 pagi. Suasana pagi itu sedikit tenang dari hari kebiasaannya. Sesekali Izzat mencuri pandang wajah Izzati dari arah cermin pandang belakang.

“ Kamu kenapa Izz? Tak larinya bunga kamu tu,” usik Ustaz Fahmi. Izzati tertawa kecil mendengar usikan Ustaz Fahmi.

“ Ala, abang ni. Budak-budak zaman sekarang tak  macam zaman dulu. Orang dulu bukan main malu lagi tu. Orang sekarang je tak tahu malu,” perli Ustazah Zahra.

“ Eh! Mana ada. Pandai-pandai je mama ni,” selindung Izzat.

p/s = bersambung di part 5. Maybe tamat di part 5 kalau korang tak jumpa titik tamat di part5 maknanya cerpan ni weeda jadikan mini novel la.

6 comments:

Unknown said...

Terbaik ! Terbaik. Suka baca. cuma scene Fazura and the geng tu, jahat ! menyampah baca Fazura ikot Lee balik hotel. huhuu.. btw, mmg best! ^_^

Unknown said...

tq jiah suka baca ...tang Fazura n the geng kita jadikan tauladan ye. JANGAN DIAMALKAN SIKAP FAZURA tu huuhuhuhuhuhu

Hanae said...

izzat nakal ye hihihi

Unknown said...

hehe, nakal kan? yg baik jadikan tauladan YANG BURUK JADIKAN PENGAJARAN

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Wah, izat dah bawak zati jumpa family dia..fazura plak dah hanyut jauh, rancang nak membunuh plak tu...akak bagus cerpen ni, akak ada selit firman.. terbaiklah kak...sambung lagi, nak tahu kisah seterusnya and kesudahan fazura yg jahat tu...hehe

Unknown said...

tq sudi baca.hehe...dah jumpa mertua dah hehehe...


of corse... sambil membaca kita haruslah selitkan pengajarannya sekali. so owg boleh nak bezakan yg mana halal dan haram :)