IZZAT IZZATI PART 3










Sejak berjumpa dengan Izzati tadi, hati Izzat tidak tenang. Apatah lagi setelah mendengar pengakuan gadis itu. Pengakuan yang membuatkan hatinya bagai dicucuk dengan belati tajam. Mana tidaknya disaat hati berbunga cinta buat si gadis tiba-tiba pula dia mendengar sesuatu yang benar-benar menyesakkan mindanya. Izzat memecut kereta tanpa arah tuju. Sehinggalah dia hampir saja melanggar kereta dihadapan. Mujur saja dia sempat mengelak. Izzat tidak sedar bahawa pemanduannya membawa dia jauh hingga ke Jambatan Pulau Pinang. Dia merasa sedikit tenang memandang ciptaan ALLAH. Namun hatinya mula merasa hiba saat teringatkan Izzati.



“ Argh, Izzati! Kenapa kau buat aku macam ni? Kau tahu tak aku perlukan kau. Aku… Aku… Cintakan kau Zaty. Hanya ALLAH yang tahu akan perasaan aku. Argh.” Izzat menjerit lalu dia memengang kepalanya lantas rebah menyembah bumi. Hari itu menjadi saksi bahawa segugur airmata jejaka ego tumpah jua hanya kerana insan yang bernama Nur Izati Syah.

Izzati menekup mulut, sungguh dia merasa berbelah bahagi akan apa yang singgah di telinganya. Izzati ingin menghampiri Izzat namun hatinya tidak membenarkan untuk melakukan sebegitu. Khuatir Izzat akan mengamuk pula. Izzati tunduk saat Izzat berpaling kearah kiri iaitu ditempat dia menyembunyikan diri dari pengintipannya. Izzati hanya membiarkan sepi panggilan demi panggilan yang masuk ke telefonnya kerana dia mempunyai misi yang lebih penting. Izzati memerhatikan Izzat dari jauh.  Izzat mengeluarkan telefon bimbit seraya melekapkannya ke telinga. Izzati tidak dapat menangkap perbualan Izzat kerana jarak yang memisahkan mereka. Hanya sayup-sayup Izzati melihat wajah berang Izzat.


Terngiang kata-kata Izzat biarpun setelah lima minit berlalu. Firdaus tidak mengerti mengapa Izzat memarahinya, sedangkan tiada pula dia membuat silap.

“ Izz kau dekat mana ni?” soal Firdaus bimbang akan keselamatan sahabatnya yang meluru keluartdari kawasan USM tanpa menoleh kiri kanan.

“ Kau sibuk apa tentang aku? Eh! Daus kau tak payah nak tunjuk baik lah. Depan aku kau bagaikan malaikat, tapi belakang aku kau sanggup caras aku. Eh! Kawan jenis apa kau ni ha?” suara Izzat naik satu oktaf. Firdaus terpinga-pinga tidak mengerti akan maksud Izzat.

“ Kau cakap pasal apa ni? Aku… Serius aku tak faham.” Firdaus menegakkan kebenaran bahawa dia tidak bersalah.

“ Eh! Daus kau berambus dari hidup aku. Aku tak perlukan sahabat yang tikam belakang aku. Kau faham?” dalam lembut Izzat berkata masih terselit jua amaran keras Izzat.

Pap!

 ********
Izzat tidak terus balik ke USM, sebaliknya dia memecut kereta untuk ke tempat-tempat menarik untuk menenangkan hatinya yang walang. Lantas Izzat memilih untuk ke Shopping Mall Queensbay.  Dia tertarik untuk ke Shopping Mall queensbay kerana lokasinya yang terletak benar-benar di tepi laut. Dan apa yang kagumkan ialah pelancong boleh bergambar berlatar belakangkan Jambatan Pulau Pinang. Izzat tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di Shopping Mall Quennsbay, lalu Izzat memanggil seorang wanita remaja dalam lingkungan 20-an untuk mengambil gambarnya.

“ Dik, boleh tolong tangkap gambar abang tak? Abang nak biar nampak latar belakang Jambatan Pulau Pinang tu ya,” arah Izzat kepada remaja itu.

“ Ok Abang…”

“ Izzat, nama Abang Izzat,” ujar Izzat.

“ Ok, sedia Trisya nak snap gambar ni. 1, 2, 3 ready.” Ujar Trisya dengan girang.

Klik! Klik!

“ Ok, thanks. Siapa nama tadi?” soal Izzat.

My name is Trisya. Ok lah Abang Izzat saya pergi dulu ya,” ujar Trisya lalu bingkas meninggalkan Izzat.

Izzat membelek semula gambar yang diambil oleh Trisya itu. Terkejut bukan kepalang saat dia melihat seraut wajah Izzati yang turut terselit didalam gambarnya itu. Lalu dia melingaskan mata mencari kelibat Izzati namun hampa. Dia mendengus kasar.

“ Ish, mata aku salah pandang ke, memang Izzati betul-betul ada dekat dengan aku?” Izzat mengerutkan dahi. Hairan pula dirasakannya. Kerana dia sudah memarahi gadis itu mustahil Izzati akan mengikutnya biarpun sudah dimarah dan dimaki olehnya.

Izzat mengurut tengkuk yang mula terasa sakit memikirkan masalahnya itu. Izzati hanya tersenyum melihat kelibat Izzat. Biarpun dari jauh namun itu juga sudah cukup. Kerana dia mahu melindungi Izzat, dari apa dan siapa tidak pula dia mengetahuinya.

Saat menanti Izzat yang sedang membeli pelbagai jenis tudung itu Izzati turut  membeli tudung. Entah kenapa hatinya tersentuh saat teringat ceramah free Salwa yang mengingatkan dia tentang aurat. Izzati membelek tudung pijama yang berwarna ungu, dan juga tudung Sryia yang berwarna coklat lantas Izzati mencapai pula Hoodie yang berwarna oren. Izzati melingaskan mata memandang Izzat, lega kerana Izzat masih membelek tudung. Izzat bagaikan terpanggil untuk memandang kearah kanannya, spontan dia menggosokkan mata lalu diletakkan tangan didadanya.

‘ Mata aku salah pandang ke memang Izzati ada? Ya Allah kenapa jantung aku ni tak reti berhenti ni? Takkan lah Izzati bu..bunuh diri kot. Ish! Nauzubillah-min zalik.’ Izzat berisighfar saat mendengar suara hatinya.

“ Terima kasih, datang lagi,” ujar gadis muda itu lalu menghulurkan plastik yang berisi tudung pembelian Izzat.

“ Sama-sama,” ucap Izzat seraya cepat-cepat beredar dari situ. Terasa seram sejuk pula tubuhnya saat itu.

Saat Izzat melangkah dari satu kedai ke satu kedai dia terasa bagaikan langkahnya diekori. Lantas dia menoleh ke belakang namun tiada pula kelibat sesiapa. Yang ada hanyalah pelancong dan penjual-penjual disitu. Izzati menahan senyum saat melihat wajah cemberut Izzat.

“ Agaknya Iz belikan tudung untuk siapa ye? Erm, kalaulah untuk aku. Best nya. Ish! Apa aku merepek ni. Tak mungkin lah Izz akan sukakan aku setelah apa yang aku buat. Err… Aku tekad untuk mencari ayah Izzat. Itu janji aku.” Janji Izzati pada dirinya sendiri.

Izzat menghentikan langkah di sebuah kedai cermin mata yang menarik minatnya. Lalu dia mengambil Rayban Original Wayfarel Sunglasses lalu dia sangkutkan ke telinganya. Lantas Izzat melihat wajahnya dicermin yang disediakan dikedai tersebut. Dan sekali lagi Izzat terkejut apabila melihat kelibat Izzati melalui cermin tersebut, lalu tanpa banyak soal Izzat membeli Rayban itu, soal harganya yang mahal tidak dipedulikan lagi.






“ Cis! Kau main-main dengan aku Zaty ya. Argh! Lebih baik aku ke Padang Kota Lama, lebih tenang, dari memikirkan semua ni,” dengus Izzat kasar.

“ Fuh! Selamat. Kalau tak habis aku. Padang Kota Lama erk? Ok! Zaty akan ikut kemana je Izzat pergi. Entah lah kenapa, hati Zaty ni tak tenang sekarang. Seoalah-olah akan terjadi perkara buruk. Mungkin perasaan aku je. Sekarang teruskan misi untuk mengintip Izzat.” Izzati menarik nafas lega lantas segera dia memecutkan kereta untuk mengikuti Izzat.

Izzat mengambil keputusan untuk makan pasembur sebaik sampai di Padang Kota Lama. Saat dia menunggu ordernya dia seperti terdengar suara seorang gadis yang serupa seperti Izzati yang  turut mengorder pasembur, lalu dia menoleh ke sebelah kirinya. Namun hampa kerana pandangannya terlindung dek pelayan restoran yang menghantar order kepada gadis itu.

“ Dah kenapa dengan aku ni? Asyik teringatkan Zaty je. Dah gila bayang ke aku ni? Adui! Serabut.” omel Izzat sendirian.

“ Terima kasih dik,” ucap Izzat kepada remaja lelaki yang menghantar pasemburnya.

“ Ya, sama-sama. Rasanya kan Abang Izzat ni memang penggemaq pasembur sungguh naa. Asal datang sini ja mesti order pasembur,” ujar remaja lelaki itu.

“ Yalah, Iman, lagipun tak lengkap kan kalau datang Penang tak pekena pasembur atau nasi kandar. Rasanya ummph. Memang susah nak cari kat mana-mana tempat,” ujar Izzat seraya mata menjeling kearah gadis disebelah kirinya.

‘ Ya ALLAH, apakah makna di sebalik semuanya ni? Kenapa harus aku bertembung dengan dia setelah aku memarahinya?’ Izzat mengetap bibir sebelum menghabiskan pasemburnya.

“ Iman, ni duit untuk harga makanan Abang dengan gadis tu ok?” Izzat mengunjukkan kearah Izzati. Iman mengangguk kepala tanda memahami. 

“ Yalah, lain kali mai makan pasembur bawa la marka pula naa Abang Izzat,” sempat Iman berseloroh sebelum mengemas meja yang Izzat tinggalkan.

Izzat cuba menghampiri Izzati yang berada selang sebuah dari meja yang didukinya tadi. Tanpa sebarang kata terus sahaja dia menarik kerusi lalu dengan wajah tanpa riak dia melabuhkan punggung disisi Izzati.

‘ Alamak kantoi juga yang aku tengah mengintip dia ni. Aduh! Apa aku nak jawab ni? Erm, jawab je lah apa-apa pun asalkan tak nampak jelas yang aku ni mengintip si Mr. Hitler ni,” gumam hati kecil Izzati.

“ Kau.. Err... Kau intip aku erk?” soal Izzat selamba.

“ Tak ada masa saya nak intip awak. Buat sakit hati je,” bohong Izzati. Jika dia berterus-terang sudah pasti akan diperli oleh si Mr. Hitler. He he…

“ Eleh, yeke? Tapi aku rasa kau ada je mana aku ada, sampaikan aku ingat kau ni…”

“ Apa? Awak ingat saya ni hantu? Menghantui awak macam tu? Ha ha…” spontan Izzati tergelak kecil mendengarkan ayat terakhir yang terpacul di bibirnya itu.

Entah kenapa setiap kali Izzat merenung seraut wajah tenang Izzati hatinya yang membara menjadi tenang. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dirasakan kini. Izzat tersedar dari lamunan saat Izzati mengetuk meja. Laju dia mengalih pandangan dari terus menatap wajah ayu Izzati.

“ Err… Kau beli apa tu?” tanya Izzat seraya tangan ingin mencapai plastik yang berada disebelah kerusi Izzati.

“ Suka hati saya la nak beli apa pun. Yang awak sibuk tu kenapa?” sinis Izzati sambil menghabiskan pasemburnya.

“ Aku tanya kau elok-elok kan? Jawab je lah,” jerkah Izzat.

“ Ish! Asyik nak tengking orang je. Benci la. Ni ha saya beli tudung. Salwa err… Salwa pernah nasihat hari tu agar saya tutup aurat.” Sempat lagi Izzati mengomel sebelum menerangkan apa yang berada di dalam plastik itu.

“ Baguslah, daripada kau menambah dosa kan? Baik kau kutip pahala. Betul tak?” selamba saja Izzat mengutuk. Lalu dia bingkas bangun meninggalkan Izzati.

“Oh ya. Aku dah bayar makanan kau tadi,” sempat Izzat berpesan sebelum berlalu pergi.

“ Izzat, tunggu. Izzat tunggu lah saya. Awak.  Aduh! Auchh!” Izzati mengaduh kesakitan saat kakinya terseliuh.

Izzat mula menggelabah saat melihat mutiara jernih mengalir dipipi mulus gadis kesayangannya. Lalu dihulurkan tangan kepada Izzati, namun huluran tangannya tidak bersambut. Izzat berdecit geram.

“ Aku niat ikhlas nak tolong kau, bukan nak ambil kesempatan pun. Mari sini aku tolong.,” bebel Izzat seraya memengang lengan baju Izzati.

“ Fuh! Nasib baik berlapik, kalau tak, tambah lagi dosa aku. Hu hu…” omel Izzati perlahan.

“ Kau tunggu sini. Aku pergi ambil first aid dalam kereta aku. Ingat! Jangan pergi mana-mana. 
Faham!” arah Izzat pada Izzati, sepertinya Izzati itu kanak-kanak yang berusia 2 tahun saja.

“ Ceh, ingat aku ni budak kecil ke apa? Suka-suka hati nak arah macam tu. Dasar Mr. Hitler.” Izzati menekankan perkataan Mr. Hitler. Lalu dia tersenyum sendiri.

“ Tahu pula si Izzat ni gelabah. Huh! Itu baru sikit la. Zaty nak tengok sejauh mana Izzat sayangkan Zaty. He he. Eh! Gatal nya aku ni,” omel Izzati lagi.

Spontan Izzat tersenyum melihat senyuman yang terukir di bibir mulus Izzati. Lantas muncul pula idea jahat dalam fikirannya. Melihatkan Izzati yang masih termenung itu Izzat menghentakkan kotak first aid benar-benar berdekatan Izzati. Apa lagi terbeliaklah mata Izzati dek terkejut punya pasal. Spontan Izzati mengomel kecil.

“ Dasar Mr. Hitler. Sengaja je kan? Buatnya ada sakit jantung jadi hantu betul aku. Huh! Aku akan hantui kau. Ei, geramnya,” tutur Izzati seraya mengetap bibir.
Izzat tidak habis-habis dengan ketawanya. Sedikit pun tidak memberi kesan biarpun melihat wajah cemberut Izzati.

“ Dah, kaki kau dah ok ni. Kau nak ada nak pergi mana-mana ke?” Boleh aku tolong.” Izzat berkata setelah tawanya reda.

“ Eh, tapi kau kena urut tau, takut bengkak pula kaki kau tu, ok la jom la balik. Aku tanya kau, nak pi mana tapi senyap macam patung ja. Aku tau la aku ni tampan ya dak?” Izzati memutarkan bebola matanya keatas. Malas melayan sikap Izzat yang boleh berubah mengikut mood.

“ Kau bawa kereta kan?” soal Izzat lagi apabila Izzati hanya berdiam diri sahaja.

“ Ya,  kereta Viva, warna ungu. Sebelah kereta awak je,’ ujar Izzati dengan lembut.

Izzat memimpin tangan Izzati menuju ke kereta milik gadis itu. Pintu kereta belah pemandu dibuka. Dia melemparkan senyuman kepada Izzati seraya mempersilakan gadis itu masuk Setelah itu barulah dia kembali ke keretanya Lambhorgininya.

Setelah mereka selamat di USM Izzat terus sahaja ke kolej nya. Sedikit pun tidak dipandang wajah Izzati. Sengaja Izzat berbuat begitu ingin lihat reaksi Firdaus.



JALAN GENTING HIGHLANDS


Ustazah Zahrah masih tidak berputus asa untuk mencari petunjuk bahawa suaminya masih hidup. Entah mengapa saat kakinya melangkah di tempat yang telah meragut kebahagiaannya, hatinya bagaikan terhiris dengan belati tajam.

“ Ya ALLAH, aku tahu suamiku masih hidup. Pertemukanlah hamba dengan suami hamba ya ALLAH,” Ustazah Zahrah menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Esa.


HUMAIRAH



“ Abang, masih ingat? Disini lah tempat abang kemalangan dulu sehingga jatuh gaung. Abang langsung tidak ingat siapa abang, keluarga abang. Cuma yang ada bersama hanyalah sekeping kad pengenalan. Jadi Maira dan ayah sudah mengambil keputusan untuk menjaga abang sehinggalah abang sembuh. Abang ingat? Abang jangan risau, kerana Humaira Hani tidak kenal erti putus asa,” ujar Humaira lantas tersenyum manis.

“ Maira, saya… err…” Ustaz Fahmi kehilangan kata-kata. Sungguh padanya Humairah adalah seorang wanita yang sangat baik. Namun entah kenapa hatinya berat untuk menerima Humaira. Mungkin kerana Humaira terlalu muda buatnya.

Ustaz Fahmi terpana saat melihat seorang wanita yang sedang menangis. Wanita itu juga merenung wajahnya. Dadanya tiba-tiba saja berdebar.

“ Abang jomlah kita balik. Dah terlalu kita disini. Nanti ayah risau,” ujar Humaira seraya berjalan menuju ke keretanya.

Ustaz Fahmi hanya mengikut langkah Humaira. Dia bertekad bahawa dia akan kembali ke Jalan Genting Hinglands biarpun hanya sendirian.

“ Macam Abang Fahmi je. Ya ALLAH jika benar lelaki tadi suami hamba, kembalikan lah dia pada hamba ya ALLAH, aamiin Ya Rabbal alamin,” doa Ustazah Zahrah telus.

Sesampai saja di rumah keluarga Humaira terus sahaja Ustaz Fahmi masuk ke dalam rumah. Niatnya untuk merehatkan diri.

“ Fahmi, bagaimana? Ada ingat sikit-sikit?” soal ayah Humaira.

“ Masih samar-samar. Err… saya masuk dululah ye,” Ustaz Fahmi meminta diri dengan sopan.

“ Maira, kamu kena sabar ye nak,” pujuk si ayah apabila melihat wajah lesu anaknya.

Tanpa menjawab soalan ayahnya terus saja Humaira ke kamar tidurnya. Namun terhenti segala pergerakan Humaira saat terasa diseru seseorang yang sangat disayanginya.

“ Maira,” panggil Ustaz Fahmi.

“ Ya abang. Abang panggil Maira ke? Abang nak apa? Maira sedang gubah barang hantaran ni,” ujar Humaira dengan lembut.

“ Mari sini duduk dulu.” Gamit Ustaz Fahmi kepada Humaira.

Humaira melabuhkan punggung berhadapan dengan Ustaz Fahmi. Sesekali mata mereka bertembung cepat-cepat Humaira melarikan  pandangan matanya.

“ Apakah Humaira tidak menyesal? Saya sudah tua. Tidak layak buat Maira.” Tutur Ustaz Fahmi setelah puas memikirkan soal perkahwinan yang akan dilangsungkan dalam masa beberapa bulan saja lagi.

“ Maira tidak akan pernah menyesal, bahkan Maira akan merasa menyesal seandainya Maira tidak menjadi isteri Abang. Seorang lelaki yang cukup baik buat Maira,” ujar Humaira bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“ Benar Maira tidak menyesal?” soal Ustaz Fahmi untuk kesekian kalinya.

“ Benar, tetapi seandainya hati abang memang benar-benar bukan milik Maira, Maira redho bang,” segera Humaira meninggalkan Ustaz Fahmi kerana tidak mampu lagi menahan airmata dari mengalir.

“ Maafkan saya Maira. Saya rasa ini semua tak adil buat Maira. Saya dah tua. Maira pula masih muda,” keluh Ustaz Fahmy setelah Humaira berlalu meninggalkannya.



~*~*~**~*~*~*~

USM

“ Abang, tolong Zaty. Abang…” Terasa lemah tubuh Izzat saat mendengar suara Izzati yang merayu meminta tolong.

“ Sayang jangan tinggalkan abang. Sayang…” Izzat beritighfar dalam hati. Mimpi itu sering kali menghantuinya. Bahkan semakin kerap.

“ Abang? Sayang? Apa makna semuanya ni? Ya ALLAH beri aku petunjuk-MU.” Izzat mengeluh kerana setiap hari tidurnya terganggu. Semakin dia cuba menjauh dari Izzati semakin kerap pula mimpi itu menghantuinya.

“ Kau ok ke Izz?” soal Firdaus apabila mendengar suara orang yang sedang bercakap sendirian.

“ Aku ok” jawab Izzat dingin.

“ Beb, aku tak tahu kenapa kau marah dengan aku. Tapi kalau kau tak cakap macam mana aku nak tahu. Izz aku kawan kau dah lama. Cakap la masalah kau.” Firdaus cuba untuk berlembut. Tiada gunanya jika sama-sama angin.

“ Kenapa aku marah kau? Sebab kau cuba rampas Izzati,” ujar Izzat seraya cuba melelapkan matanya semula. Namun apabila mendengar Firdaus ketawa dia menegakkan badan kembali.

“Aku? Beb. Aku dengan Zaty hanya kawan saja. Lagipun aku tak rasa Zaty suka aku. Kau kawan aku, tak mungkin aku caras kau. Jangan kau bimbang lagi soal tu ok!” tegas suara yang dilontarkan Firdaus.

“ Betul kau dengan Zaty… err bro aku minta maaf. Aku dah marah kau tadi. Tapi ada sesuatu yang merungsingkan aku sekarang,” tutur Izzat. Perasaan malu menyelubungi dirinya saat mengetahui akan perkara sebenar.

“ Apa yang merungsingkan kau?” tanya Firdaus prihatin.

“ Err… Zaty. Aku sering mimpikan dia. Tadi aku mimpi dia panggil aku abang. Entah lah Daus, pening aku.”

“ Mimpi mainan tidur. Syaitan akan menggangu kita walaupun dalam mimpi. Jadi sebelum tidur pastikan kau basuh kaki, baca doa tidur. Insya-ALLAH kau akan lena hingga ke pagi,” ujar Firdaus seraya menahan kuap.

“ Pergilah tidur, maaflah ganggu kau saja. Aku minta maaf ya Daus. Yalah aku salah faham dengan kau kan. Maaf.” Dengan rasa rendah diri Izzat memohon maaf kepada Firdaus.





~*~*~*~*~*~**~*


“ Abang nak kemana tu? Boleh Maira ikut?” soal Humaira bimbang.

“ Mari teman kan saya. Saya nak ke Jalan Genting Hinglands. Humaira tolong temankan ya.” Usai berkata Ustaz Fahmi tersenyum manis.

“ Baiklah, tunggu Humaira tukar baju dulu.”

“ Kamu nak kemana lagi ni Fahmi?” soal ayah Humairah.

“ Pakcik Hamzah, izinkan saya bawa Humairah keluar sebentar ya.”

“ Baiklah, tapi hati-hati ya.” Pesan Encik Hamzah agar Ustaz Fahmi berhati-hati semasa dalam perjalanannya nanti.

“ Maira dah siap, ayah Maira pergi dulu ya. Assalamualaikum,” tutur Humaira dengan sopan lalu disalamnya tangan Encik Hamzah.

Sebaik saja sampai di Jalan Genting Higlands cepat-cepat Ustaz Fahmi keluar dari perut kereta, lalu dia melingaskan mata mencari kelibat wanita yang muncul di mimpinya semalam. Masih teringat mimpi itu dimana wanita itu memanggilnya ‘Abang’.

“Abang Fahmi,” seru seorang wanita. Lalu dengan segera Ustaz Fahmi menoleh kearah wanita itu.

“ Maaf, akak ni siapa? Akak kenal dengan Abang Fahmi juga?” soal Humairah.

“ Kalau tak silap inilah suami akak, yang pernah kemalangan disini, hingga menyebabkan akak dan anak akak tercari-cari suami akak. Dua tahun akak usaha mencari, tapi mash juga tak jumpa, tapi sekarang. Syukur Alhamdulillah. Abang ni saya isteri abang. Zahrah bang,” ujar Ustazah Zahrah seraya memengang erat tangan suaminya.

“ Kakak, isteri Abang Fahmi?”soal Humaira memecah kesunyian.

“ Ya, dik. Akak isteri Abang Fahmi,”

“ Akak kena banyak bersabar. Sebab sejak kemalangan tu Abang Fahmi hilang ingatan,” tutur Humaira dengan lembut.

“ Zah, awak Zah? Isteri saya? Anak? Mana anak kita? Saya tak ingat nama anak kita. Masih samar-samar,” ujar Ustaz Fahmi lalu ditarik tubuh si isteri kedalam dakapannya.

Humairah sebak melihat kasih sayang yang terjalin antara lelaki yang disayanginya dengan isterinya itu.

“ Abang, ini siapa? Cantik orangnya. Izzat nama anak kita bang.” Tutur Ustazah Zahrah dengan cerianya.

“ Izzat? Macam pernah dengar nama ni. Waktu saya ceramah di USM ada seorang siswa nama Izzat. Itu ke anak kita?” tanya Ustaz Fahmi lagi sehingga untuk mengenalkan Humairah kepada isterinya.

“ Anak kita lah tu bang. Memang Izzat belajar di USM, abang tak jawab lagi soalan saya. Siapa gadis ni? Cantik,” puji Ustazah Zahrah ikhlas.

“ Kenalkan ini Humairah, gadis yang selamtkan abang sewaktu kemalangan tu. Maira inilah isteri saya. Alhamdulillah, sekarang ALLAH dah kembalikan ingatan saya, syukran.” Ustaz Fahmi bersyukur disetiap kejadian yang berlaku didalam kehidupannya. Namun hanya satu yang difikirkan, iatu perkahwinannya dengan Humairah.

“ Maira…”

“ Abang jangan risau. Takkan lah Maira nak kahwin dengan suami orang. Abang dah berjumpa semula degan keluarga abang pun sudah cukup buat Maira,” tutur Humaira seraya tersenyum manis.

“ Abang rancang nak kahwin dengan Maira ke? Kenapa tak teruskan saja. Saya takkan halang,”

“ Mana mungkin akak. Maira tak setuju. Tak mengapalah. Soal Maira usahlah dirisaukan. Abang balik ikut kakak ke?” soal Humairah lembut.

Ustaz Fahmi hanya mengganggukkan kepalanya. Lalu segera Ustaz Fahmi berlalu meninggalkan Humairah.


KUALA LUMPUR


 
inilah dia rupa USTAZ FAHMI


“ Sayang, dah telefon Izzat?” soal Ustaz Fahmi kepada isterinya.

“ Belum, kejap ya.” Sahut Ustazah Zahrah dari ruang dapur.
Setelah siap mengemas dapur Ustazah Zahrah menghampiri suaminya yang berada di ruang tamu. 
Lantas segera dicapai ganggang telefon setelah menekan no Izzat segera ditekapkan di telinganya.

“ Assalamualaikum, mama. Maaf, Izz lama tak hubungi mama. Sibuk sikit,” sapa Izzat terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, Tak mengapa. Izz mama ada berita baik untuk Izz,” ujar Ustazah Zahrah.



USTAZAH ZAHRAH





“ Berita baik? Berita apa mama?” soal Izzat tertanya-tanya apakah berita yang dimaksudkan mamanya itu.

“ Kalau mama kata mama dah jumpa ayah, Izzat percaya?” Ustaz Fahmi yang sedari tadi jadi pemerhati hanya tersenyum. Lalu diambil ganggang telefon dari si isteri lalu ditekapkan ditelinganya.

“ Izzat, kita pernah jumpa, padanlah ayah rasa dekat ja dengan Izzat. Izzat kenal suara ayah?” tanya Ustaz Fahmi. Didalam hati dia berharap agar Izzat menjawab ‘ya’.

“ Ustaz Fahmi. Ya ka ni? Ustaz ayah saya? Ya ALLAH syukur ya ALLAH. Baik nanti cuti sem Izz balik jumpa ayah, Izz nak bawa bakal menantu ayah sekali,” seloroh Izzat.

“ Bakal menantu? Siapa?” Izzati ka?” tebak Ustaz Fahmi dengan tepat.

“ Err.. Ya Zaty lah orangnya. Baiklah ayah Izz nak pi jumpa Zaty sat. Assalamualaikum, kirim salam mama.”


USM

“Izzati.” Izzat mengejar langkah Izzati yang laju saja melintasinya.

“ Kenapa ni?” soal Izzati hairan.

“ Cuti sem ni awak ikut saya boleh? Tiada alasan. Ok!” arah Izzat dengan selamba.

“ Tapi kenapa?” Izzati dah mula menggelabah saat Izzat mula berlembut dengannya.

“ Sebab saya nak tunaikan janji saya. Oh ya. Awak nampak manis bertudung,” puji Izzat sebelum berlalu pergi.

“ Beb, kenapa muka kau macam baru lepas kena hantu je?” soal Liana apabila melihat wajah Izzati yang pucat.

“ A’ah, kenapa dengan kau ni Zaty?” giliran Salwa pula untuk menyoal.

“ Err.. Izzat tu. Peliklah. Nina mana?”

“ Nina ada kelas. Apa yang pelik dengan si Izzat tu?” soal Salwa lagi.

“ Dahlah. Sekarang ni, jom kita makan. Aku lapar.” Rengek Izzati persis kanak-kanak yang ingin meminta makanan.

P/s = bersambung di part 4 hehehe…ingatkan boleh tamatkan part 3 ni but xboleh…maaf kalau mengarot sikit ye…rasanya dalam part 3 dah rungkaikan siapa ayah Izzat kan?

5 comments:

Unknown said...

best lah akak ! nak lagi :D

Unknown said...

terima kasih syg....akk rasa mcm mengarot sikit..ekekeke

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Akak best..izat dah jumpa ayah dia...wah, tertunai la nanti izat nak kahwin dgn zati...(^_^)

Ave Raishaa said...

akakkk, best laa... pergghh, x sabar na tgu izzat bwak izzaty blek rumah jmpa family ea...

Unknown said...

hehehe...aduhai korg terima bebanyak sudi baca kisah Izzat ni :)

insyaALLAH part 4 nanti izzat bawa jumpa zaty dgn keluarga dia erk..

tunggu :) tq again