buruknye cover den wat haha :P |
Seminggu kemudian
“ Kau buat apa tu Zaf?” soal Faiz tanpa memandang ke
wajah Zafran.
“ Baca novel ni ha.” Balas Zafran. Faiz ketawa mengekek mendengarkan jawapan Zafran. Hairan dengan sikap sahabatnya itu. Pelik pun ada juga. He he...
“ Kau kenapa gelak-gelak? Apa? Pelik ke kalau lelaki handsome macam aku ni baca novel?” Zafran mula berlelucon seraya tersengih nakal.
“ Eleh! Handsome konon. Poyo ada la kau tu.” Kutuk Faiz selamba.
“ Biarlah poyo pun. Yang si poyo ni juga kau kawan kan? Ha ha...” perli Zafran sambil menjongket kening.
“ Yalah. Tapi beb, sejak bila kau minat baca novel ni? Ha, lagi satu aku tengok dalam kereta kau tu penuh dengan alat melukis, kau melukis juga ke? Tapi sejak bila?” soal Faiz tiba-tiba. Perasaan hairan mula bermain di mindanya.
“ Since i fall in love with Erina,” ujar Zafran seraya tunduk memandang lantai. Sungguh hatinya merasa sayu saat teringatkan Erina.
‘ Entah apa Rin tengah lakukan sekarang ni? Rindukah dia padaku? Ya ALLAH sampaikan salam rinduku pada Erina.’ Zafran menitipkan doa di dalam hati.
“ Baca novel ni ha.” Balas Zafran. Faiz ketawa mengekek mendengarkan jawapan Zafran. Hairan dengan sikap sahabatnya itu. Pelik pun ada juga. He he...
“ Kau kenapa gelak-gelak? Apa? Pelik ke kalau lelaki handsome macam aku ni baca novel?” Zafran mula berlelucon seraya tersengih nakal.
“ Eleh! Handsome konon. Poyo ada la kau tu.” Kutuk Faiz selamba.
“ Biarlah poyo pun. Yang si poyo ni juga kau kawan kan? Ha ha...” perli Zafran sambil menjongket kening.
“ Yalah. Tapi beb, sejak bila kau minat baca novel ni? Ha, lagi satu aku tengok dalam kereta kau tu penuh dengan alat melukis, kau melukis juga ke? Tapi sejak bila?” soal Faiz tiba-tiba. Perasaan hairan mula bermain di mindanya.
“ Since i fall in love with Erina,” ujar Zafran seraya tunduk memandang lantai. Sungguh hatinya merasa sayu saat teringatkan Erina.
‘ Entah apa Rin tengah lakukan sekarang ni? Rindukah dia padaku? Ya ALLAH sampaikan salam rinduku pada Erina.’ Zafran menitipkan doa di dalam hati.
“ Zaf, aku err… Aku…”
teragak-agak Faiz berkata, bimbang akan merosakkan mood sahabatnya.
“ Kau dah kenapa gagap
ni? Eh! Dahlah jangan kacau aku. Nak baca novel ni,” ujar Zafran seraya
menyambung kembali bacaannya yang terhenti gara-gara Faiz tadi.
“ Cis! Kau ni tak rock
la. Sikit-sikit novel. Baik aku main game
candy crush dari layan hantu novel macam kau ni. Huh! Nasib la aku dapat kawan
mat jiwang macam kau ni. Hu hu…” sempat
lagi Faiz memerli Zafran. Faiz mengetap gigi apabila melihat wayar earphone yang tersumbat di telinga
Zafran.
“ Hampeh punya kawan,
aku penat-penat bebel sorang, dia pula sedap je dengar lagu bagai. Ei! Aku
cekik juga mat jiwang ni kang.” Bebel Faiz sendirian lantas dicapainya alas
meja lalu dibalingnya tepat mengenai wajah Zafran.
“ Woi! Kau apahal?”
jerkah Zafran seraya menarik wayar earphone
nya.
“ Kau tu, aku punya
bebel, yang kau pula sibuk duk memekakkan telinga dengar lagu entah apa-apa,
sakit hati aku tau!” omel Faiz seraya meletakkan tangannya di dada.
“ Ala, kau ni kacaulah.
Kau bebel sorang erk. Aku nak sambung baca novel kat dalam bilik ya,” ujar
Zafran seraya bingkas menuju ke biliknya.
Faiz hanya mampu
menggelengkan kepalanya. Saat kelibat Zafran menghilang dari pandangan , dia
mula memikirkan soal Zafran. Namun untuk bertanya lanjut soal Erina bimbang
pula andainya sahabat kesayangannya itu bersedih. Sejak peristiwa pergaduhan
Zafran dan Erina dia dapat merasakan bahawa Zafran seakan mengelak dari
bertembung mahupun menghubungi Erina. Bahkan selama seminggu itu jugalah Zafran
menumpang tidur di rumahnya.
Faiz menekan butang stanby untuk menghidupkan komputer ACERnya. Setelah dihidupkan
komputer tangannya ligat menekan butang winamp
lantas lagu Tetap Menantimu mula kedengaran seisi rumah. Zafran menatap wajah
Erina yang diletakkan sebagai wallpaper
HTC. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman yang dia sendiri untuk tafsirkan.
“ Rin, kenapa ini semua
terjadi pada kita. Zaf tak tahu nak buat apa lagi untuk melembutkan hati Rin. Even Zaf cuba untuk baca novel ni Zaf
tetap tak mampu, kerana wajah Rin ada dimana-mana. Nampak je Zaf macam tekun
baca novel ni, hakikat yang sebenarnya Zaf sedang sarat menanggung rindu, sebab
tu Zaf selitkan gambar Rin dalam novel ni.” Zafran mengeluh panjang.
Zafran meletakkan HTC
didadanya agar dia dapat merasakan kehadiran Erina. Lantas dia mencapai novel
yang diletakkan di atas katil, hasratnya untuk menyambung kembali bacaan yang
tertanguh. Gambar Erina yang diselitkan didalam novel itu dilipatkan sehingga
menjadi lipatan kecil lalu disumbatkan didalam dompetnya.
~*~*~*~*~*~*~*
“ Uit! Kenapa dengan
aku ni? Sejak aku baca luahan hati tu, aku rasa hati aku makin membuak rindukan
Zafran. Aduh! Zaf ni pula senyap je
apahal? Dah tak reti nak call ke? Nak
mesej ke apa? Ei! Geramlah,” sungut Erina sambil merenung skrin HTC nya.
“ Beb! Kau kenapa ni?”
soal Nadia yang sedari tadi memerhatikan
mulut Erina terkumat-kamit seperti sedang memarahi seseorang.
“ Err… tak ada apa.
Kenapa? Nampak lain sangat ke aku hari ni? Eh! Tu ada customer.” Erina memuncungkan wajah mengunjukkan pada seorang
wanita yang baru saja masuk ke BOUTIQUE ZAFRIN.
“ Selamat datang, boleh
saya bantu?” tanya Nadia ramah.
“ Takde stok baru baru ke?” soal wanita itu turut bersopan.
“ Oh, ada. Tapi limited edition. Pasal kain import.
Mahal sikit, sebab tu la kami cuma ambik sikit je stoknya. Kalau laku
insya-ALLAH kami akan ambik stok lagi,” ujar Nadia sambil tangan cekap menunjukkan
contoh baju yang berada di bahagian ladies.
“ Cantik, saya nak cuba
yang warna hijau bunga kuning ni ya,” pinta wanita itu seraya menunjukkan baju
yang ingin dicubanya.
Nadia mengambil baju
tersebut, setelah menanggalkan baju itu dari penyangkut baju terus saja dia
menghulurkan pada wanita dihadapannya dengan senyuman. Wanita itu mengambil
baju yang dihulurkan lantas mengatur langkah untuk ke fitting room.
“ Aduh! Penatnya. Rasa
nak tercabut segala sendi,” ujar Farhana yang baru selesai mengemas stok yang
baru tiba di BOUTIQUE ZAFRIN.
“ Ala, kau ni Ana. Baru
mengemas sikit takkan dah mengeluh kot?” perli Erina seraya tersenyum hambar.
“ Dik, boleh tolong
tak? Akak ni tak pandai nak bergaya. Tapi rasa-rasa adik la baju ni boleh tak
kalau nak pakai masa annual dinner?”
soal wanita tadi sebaik keluar dari fitting
room.
“ Ok kak…”
“ Rosnah, panggil saja
Kak Ros. Betul ni ok? Dan warna apa yang sesuai ya?” soal Kak Rosnah lagi.
“ Ok, memandangkan
kulit Kak Ros cerah, jadi warna apa saja yang akak pakai tetap nampak cantik.
Tapi Nadia nak cadangkan la kalau akak suka, Nadia cadangkan akak ambil warna turquoise bunga pink ni. Cantik warna
gabungannya, kena dengan kulit akak,” ujar Nadia seraya memuji akan wanita
dihadapannya.
“ Nadia ni memang pandai
memuji tau. Tapi cantik pilihan Nadia. Erm, oklah Kak Ros ambil yang Nadia
cadangkan tu. Tapi… senang-senang begini la akak ambil saja kedua-duanya.”
Tutur Kak Rosnah lalu menghulurkan baju yang menjadi pilihannya pada Nadia.
Nadia meloretkan
senyuman lebar. Kalau boleh selebar lautan dia ingin tersenyum. Senang
berurusan dengan customer yang tidak
cerewet seperti Kak Rosnah. Aman dunia andai semua customer seperti Kak Rosnah. Hu hu…
“ Dua ni kak? Tudung
akak tak mahu beli?” tanya Erina bersama senyuman.
“ Takpe, ini saja.” Tutur Kak Rosnah seraya menguhulurkan kad kredit.
“ Sign disini kak.” Erina menghulurkan resit untuk disign oleh Kak Rosnah.
“ Terima kasih, datang
lagi,” ujar Nadia dan Erina serentak.
“ Ana, kau ok tak?”
tanya Erina apabila melihat Farhana yang seperti tidak bermaya itu.
“ Aku ok. Cuma penat
sikit. Eh! Kau orang tak sempat sarapan tadi kan? Aku pergi beli sarapan ya?
Kesian kau orang mesti lapar,” usai berkata terus saja Farhana mengatur langkah
untuk ke restoran berdekatan.
“ Rin, kalau aku tanya
sikit kau jangan pula sentap ya. Err… sejak kau jumpa Zaf hari tu aku rasa kau
macam dah berubah. Macam resah gelisah, macam err… rindukan seseorang mungkin?”
Nadia teragak-agak untuk meneruskan bicara apabila melihat perubahan wajah
Erina.
“ Nad, aku minta
sangat, kau jangan sebut nama Zaf,” pinta Erina agar Nadia tidak terus
mengasaknya dengan soalan yang bakal menyesakkan dadanya.
“ Eh! Nad, aku nak
tanya sikit. Kau kenal tak siapa pemilik blogger yang namanya
AZPEB.blogspot.com tu? Aku ada terbaca blog dia hari tu.” Erina menyambung
katanya.
Nadia menoleh sebaik
saja mendengar ayat terakhir yang terpacul dibibir Erina. Bagaikan tidak
percaya dengan apa yang didengarinya itu.
“ Err… aku tak tahu.
Lambatnya Ana ni. Perut aku dah berdondang sayang ni. Ish! Lambat betul,”
sungut Nadia apabila kelibat Farhana masih tidak kelihatan.
~*~*~*~*~*~*~*
Tok! Tok!
Zafran sedang leka
dengan lukisannya saat mendengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya itu.
Lalu dengan langkah gontai dia bangun untuk membuka tombol pintu. Wajah Faiz
terjengul sebaik saja Zafran menguak daun pintu.
“ Kau buat apa?”soal
faiz setelah membaringkan tubuh dikatil empuk Zafran.
cantik tak? |
“ Tengah basuh baju, tak nampak ke?” perli Zafran. Geram
juga dirasakan, dah terang lagi bersuluh dia sedang melukis boleh pula Faiz
menanyakan soalan kurang cerdik sebegitu.
Faiz ketawa mengekek mendengar jawapan Zafran.
Sengaja ingin diusik sahabatnya itu. Lalu dia mendekati Zafran yang sedang
membelakanginya itu.
“ Cantiknya, aku tak tahu pula kawan aku sorang ni pandai melukis. Aku hairan la
kenapa sebelum ni aku tak tahu erk tentang hobi kau ni? Melukis dan baca novel
aku rasa dua perkara tu satu benda baru, dalam hidup kau kan?” tanya Faiz
sambil mengamati lukisan dihadapannya itu.
“ Sebenarnya dah lama kot aku melukis. Tapi sejak
aku jumpa semula dengan Rin, aku dah tak melukis lagi. Tapi…” Zafran berjeda
seketika. Lantas dia menyambung katanya.
“ Tapi setelah pertemuan kami di di Taman Tasik
Titiwangsa tu aku rasa rindu sangat nak tatap wajah Rin, so aku luahkan pada lukisan ni.”
“ Pelik, tapi itulah kebenarannya. Kau terlalu
cintakan Rin. Tapi kenapa kau harus pendamkan perasaan kau? Sampai bila kau nak
jadi macam ni? Aku tahu kau saja kan tak hubungi Rin, kau harus berani soal
perasaan, sebab aku pun akan cuba memenangi hati Ana semula. Kau ingatkan gadis
yang ada dirumah sewa Nadia waktu aku temankan kau cari Rin dulu,? Itu la Ana,”
ujar Faiz dengan tenang.
“ Aku doakan agar kau bahagia Iz. Kau doakan aku
juga ok? Cantik tak lukisan aku ni?” tanya Zafran cuba untuk mengalih topik.
“ Cantik, serupa macam wajah Erina,” puji Faiz.
“ Tengoklah siapa pelukisnya? Dah la handsome, comel, pandai melukis, baik
pula tu,” Zafran ketawa mengekek setelah memuji dirinya sendiri.
“ Ceh! Perasan la kau Zaf. Menyesal pula aku puji,”
ujar Faiz setelah itu mereka ketawa bersama.
“ Bro, ingat walaupun kau cinta sangat pada Rin,
jangan sampai kau ketepikan cinta kau pada ALLAH, itu nasihat aku,” ujar Faiz
setelah tawanya reda.
Zafran menoleh kearah Faiz lalu dipaut bahu
sahabatnya untuk mengucapkan terima kasih. Sungguh dia bersyukur memilik
sahabat seperti Faiz. Sentiasa bersama saat senang mahupun susah.
“ Beb! Terima kasih. Aku akan ingat nasihat kau.
Lepas aku habis melukis ni aku ingat nak balik rumah ummi aku. Mesti ummi aku
risau anak bujang dia ni tak balik sampai sekarang,” ujar Zafran lantas
menyambung kembali untuk mengemaskan alat melukisnya.
“ Oklah macam tu. Aku harap kau sabar ya. Perempuan
ni hati dia macam kerak nasi. Sekeras mana pun ia lambat laun lembutlah juga
kalau kau rendam kan? Macam tu juga hati Erina, kalau kau jujur dan ikhlas
dengan dia, insya-ALLAH satu hari nanti dia akan terima kau dengan hati yang
terbuka,” nasihat Faiz sebelum keluar meninggalkan Zafran yang sedang mengemas
itu.
Zafran menatap lukisannya lantas tanpa sedar dia
mula menitiskan airmata kerinduan. Sungguh dia sangat merindukan Erina.
Segalanya tentang Erina benar-benar membuatkan dia rindu untuk menatap wajah
itu.
“ Rin…” Zafran menyeru nama Erina dengan perlahan.
Zafran tunduk menekur lantai. Hati dan juga mindanya
penuh dengan wajah Erina. Sehingga sesaat pun dia tidak mampu untuk melupakan
wajah itu. Terasa ingin saja dia mendail no Erina namun memikirkan Erina tidak
mahu diganggu dia melupakan hasratnya.
“ Rin… Zaf rindukan Rin. Rindu sangat. Zaf tak mahu
Rin jauh dari Zaf.” Luah Zafran namun tiada siapa yang mampu mendengar
luahannya ketika itu kerana hanya dia saja yang berada dibilik itu.
Zafran memegang kepala yang terasa berdenyut bagai
ingin pecah. Lantas dia mengambil keputusan untuk berehat seketika sebelum
pulang ke rumah umminya.
“ Zaf kau…” Faiz menghentikan bicara apabila melihat
wajah lesu Zafran, lalu dia berpatah semula untuk ke ruang tamu.
“ Ya ALLAH along. Along dari mana ni? Kenapa susut
badan along ni?” soal Puan Linda sebaik melihat kelibat anak lelaki yang baru
melangkah masuk kedalam rumah.
“ Along minta maaf ummi. Along tumpang tidur rumah
Faiz. Banyak sangat kerja dikedai tu. Along minta maaf sebab tak beritahu
ummi,” ujar Zafran seraya mencium tangan umminya.
“ Kenapa buat ummi risau? Along merajuk dengan ummi
ke?”tanya Puan Linda membuatkan Zafran ketawa kecil.
“ Along bukan budak-budak nak merajuk segala bagai
ummi. Along naik bilik dulu ya.” Tutur Zafran sambil menghayun langkah untuk ke
biliknya ditingkat atas.
“ Ha, along dari mana ni?” tanya Encik Lazim pada
anak sulungnya.
“ Eh, abi. Along dari rumah Faiz. Maaflah along
sibuk sikit kebelakangan ni, tu la sampai lupa nak beritahu ummi dengan abi,”
“ Sibuk kerja atau sibuk meladeni perasaan? Along
marah ummi dan abi ke?” tanya Encik Lazim cuba menyelami perasaan anaknya.
“ Tak ada sebab along nak marah abi. Along masuk
bilik dulu,” pinta Zafran dengan lembut.
“ Along…” seru Encik Lazim sebaik melihat lukisan
ditangan anaknya.
Zafran
menoleh saat mendengar Encik Lazim menyeru namanya. Dengan senyuman dia menoleh
ke wajah si ayah.
“ Lukisan apa dekat tangan along tu? Boleh abi
tengok?” pinta Encik Lazim. Hatinya mendesak ingin melihat hasil lukisan
anaknya.
“ Boleh, tapi belum siap sepenuhnya.” Tutur Zafran seraya meletakkan lukisannya di atas meja ruang menonton TV ditingkat atas.
“ Cantik… err… along rindukan Rin?” tanya Encik
Lazim penuh berhati-hati.
lukisan Zafran :) |
“ Bohong kalau along kata tak rindukan Rin. Dalam
hati along ni sarat dengan rindu, jujur along kata along rindukan Rin, rindu
sangat. Tapi along…” Encik Lazim merangkul tubuh Zafran apabila melihat airmata
anaknya mengalir deras. Sebagai ayah dia turut merasa kesakitan yang ditanggung
anaknya.
Puan Linda yang melihat dari jauh itu sudah
mengalirkan airmatanya. Dia juga tidak sanggup melihat anaknya terseksa
sebegitu. Lantas dia mengatur langkah untuk mendapatkan suami dan anaknya. Lalu
dia memaut erat dua lelaki yang disayanginya itu.
“ Along, sabar ya. Along dah buat isthikharah?” soal
Puan Linda setelah meleraikan pelukannya.
“ Belum ummi. Along belum bersedia. Takut juga
andainya petunjuk yang along terima tak sama macam apa yang along harapkan,”
ulas Zafran seraya mengesat sisa airmatanya.
“ Along pergilah berehat dulu. Kasihan along, ummi
tengok lesu je muka along,” ujar Puan
Linda sambil mengelus lembut pipi Zafran.
Zafran tersenyum sambil mengambil lukisannya, lalu
dia mengatur langkah untuk ke biliknya itu. Dia mengeluh sebelum mencapai HTC.
Lalu disentuh skrin HTC untuk merenung seraut wajah yang sentiasa dihatinya.
Tiba-tiba hatinya merindu untuk mendengar suara Erina.
“ Dah seminggu aku tak dengar khabar Erina. Ah! Call aja la. Lagipun aku rindu sangat
dekat Rin.” Zafran mencari no Erina, lalu didail no itu. Zafran melekap HTC
ditelinga.
Zafran mengeluh apabila panggilannya disambut oleh
peti simpanan suara. Lalu dicampakkan HTC diatas katil. Tanpa membuang masa
Zafran mengambil alat melukisnya lalu diletakkan di balkoni biliknya, sengaja
dia duduk disitu untuk mengambil mood
yang sudah hilang saat tidak dapat menghubungi gadis kesayangannya itu.
~*~*~*~*~*~*~*~*
Puan Linda mundar-mandir sedari tadi. Hatinya merasa
tidak tenang selagi dia tidak mendapat jawapan dari Puan Zaiton yang boleh
menenangkan hatinya.
“ Awak dah kenapa ni? Mundar-mandir dari tadi tadi
lagi. Peninglah abang tengok. Cuba bawa bertenang Puan Linda oi.”
Puan Linda merenung tajam wajah suaminya. Lalu dia
melabuhkan duduk disisi suaminya. Sambil menggenggam erat jemari suaminya dia
meluahkan isi hatinya.
“ Abi, apa kata kalau kita telefon saja Zaiton dan
Zainal. Ummi bukan apa abi, ummi tak sanggup tengok anak ummi terseksa macam tu
abi. Ummi tahu jauh disudut hati Rin sayangkan along, cuma tak diluahkan saja.”
Puan Linda meluahkan kegusaran yang bersarang di mindanya.
“ Elok juga tu, ummi cuba telefon Zaiton.
Risik-risik la jawapan mereka. Abi pun tak sanggup tengok along derita macam
tu,” luah Encik Lazim.
Puan Linda mencapai gangang telefon lalu no rumah
Puan Zaiton didail. Lantas dilekapkan gangang telefon ditelinga.
“ Assalamualaikum, Ton. Ni aku Linda. Hang apa
habaq? Sihat ka?” tanya Puan Linda berbasa basi.
“ Waalaikumsalam, habaq baik. Linda aku tau pasai pa
hang telefon ni. Maaf naa, Erina belum bagi jawapan. Aku dah cuba pujuk dia.
Harap dia terima la.” Tutur Puan Zaiton seolah memahami niat sahabatnya menefon
saat itu.
“ Aku bukan apa, aku tak sanggup tengok Zafran tu.
Macam hilang semangat ja. Hang cuba la pujuk si Rin ya,” pinta Puan Linda penuh
mengharap.
“ Insya-ALLAH, aku tak boleh nak janji. Ya la
perasaan ni kita tak bleh paksa. Tak apa aku cuba pujuk Erina, hangpa jangan
risau naa,” janji Puan Zaiton pada sahabatnya.
“ Ha, kalau macam tu tak apa la. Aku tunggu berita
baik,” ujar Puan Linda lantas mematikan talian.
PUTRAJAYA
“ Beb! Aku dengar mak long nak jodohkan Abang Zaf
ya? Dengan siapa? Aku kenal ke?” soal Risya bertalu-talu.
“ Erm,” balas Ain acuh tak acuh saja.
“ Woi! Kau ni kenapa? Macam mati laki je?” tanya
Risya geram apabila Ain hanya menjawab ringkas akan soalannya.
“ Betul la. Tapi masalahnya sekarang Kak Rin belum
terima abang aku. Entah la aku pun buntu. Eh! Kau temankan aku,” ajak Ain.
Matanya bersinar seolah baru bertemu kekasih hati.
“ Teman kau? Pergi mana?” tanya Risya sedikit blurr.
“ Jumpa Kak Rin. Kalau boleh aku nak pujuk dia agar
terima abang aku. Kau teman aku eh,” pinta Ain seraya mengedipkan mata.
“ Ya la. Kejap. Kau cakap Kak Rin? Maksud kau Kak
Rin yang kita jumpa di BOUTIQUE dulu
tu ke?” tanya Risya. Bukan sedikit rasa terkejutnya, terasa bagaikan ingin
luruh jantungnya mendengar
cerita itu dari ibunya.
Ain hanya menggangukkan kepala sebagai jawapan pada
soalan Risya sepupunya itu. Lalu dengan penuh semangat Ain mengatur langkah
untuk bertemu dengan Erina. Dia tekad akan melakukan apa saja cara untuk
memujuk Erina agar setuju dengan rancangan perjodohan ini.
p/s= jemput la komen ye :) hehehe
= enjoy reading
6 comments:
Zafran ni dah gila bayang la tu..best3..:D
hehehe... kan? Next n3 Zafran nakal sikit :)
tq singgah baca n komen
hehe. zafran dah parah ni. hihi. harap Erina terimalah zafran. best kak :D
tq afi... lama afi tak menginggah kat sini :D
kak.. zaf da parah sesangat sbb rindukan rin..
tp ap kes y risya nak terkejut bgai bla dgr ain mention psal rin, pemilik ZAFRIN BOUTIQUE tu..?? risya pn ad hati kt zaf kea..??
ingat tak dulu bab berapa thah, akak lupa yg ain cakap dia rasa mcm kenal dgn Rin tu? so dia terkejut la kan ke rin n zaf kawan baik, xkan nak dijodohkan? itulah fikir risya tu...
Post a Comment