CINTA BILANG BENCI BAB 7

cover by = FASHA ADRYANA





Erina menghamburkan tawa, sungguh memang kelakar dirasakan apabila Nadia menyangkakan Farhana adalah pembantu rumah Indonesia. Yang dia tak boleh tahan siap cakap loghat Indonesia lagi. Ha ha..

“ Macam mana kau boleh ingat Ana ni maid? Sikit punya cantik ni kau kata maid?” soal Erina bersama sisa tawanya.

“ Ya ALLAH, tak habis-habis lagi. Ha terus la ketawa. Geram lah kau ni Rin,” rajuk Nadia apabila Erina masih tidak berhenti dari bicara perihal kesilapannya itu.

“ He he. Sorry beb. Tapi serius la. Kelakar tau. Kau ni kan Nad memang boleh la masuk Raja Lawak tu. Ha ha,” Erina tersenyum sungging setelah menghabiskan katanya.

“ Ok, look. Ana dengan pakai kain batiknya, dengan t-shirtnya mahu aku tak salah sangka. Tapi serius memang aku rasa malu. Sorry Ana,” Nadia meminta maaf pada Farhana untuk kali ke berapa entah.

“ Tak ada hal Nadia. Memang aku orang kampung kot. So ini memang dah jadi pakaian harian aku,” ujar Farhana perlahan.

‘ Aik, perli aku ke apa Ana ni?’gerutu Nadia dalam hati.

“ Nad, mulai esok Ana akan kerja dengan kita,” ujar Erina setelah setelah tawanya reda.
Nadia hanya mengganggukkan kepalanya, lalu dia bingkas menuju ke biliknya. Usai kelibat Nadia menghilang ke biliknya Erina merapati Farhana lalu berbisik di telinga kecil Farhana, khuatir Nadia mendengar apa yang ingin dikatakannya.

“ Ana, tadi Zaf telefon aku. Macam ni kalau aku jumpa dia, aku akan cuba risik soal Faiz, kau jangan risau. Aku akan tolong kau sedaya upaya aku. Tapi satu je aku minta jangan sebut soal Faiz di depan Nadia.” Farhana mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

“ Tapi kenapa? Yelah kalau aku tahu sebabnya boleh lah aku elakkan. Kenapa tak boleh sebut nama dia depan Na..”

Belum sempat Farhana menghabiskan katanya tiba-tiba dia diam menikus saat terlihat kelibat Nadia 
yang sudah menukar pakaian.

 “ Borak apa ni? Serius je muka. Korang umpat aku erk?” tebak Nadia sambil mata tak lepas memandang skrin tv yang sedang menayangkan cerita Telemovie Hari Raya Cendawan.

“ Tak ada kerja nak umpat kau, apa ingat aku jahat sangat nak umpat kau belakang-belakang? Baik aku mengumpat depan je, kau pun tak sakit hati kan? He he,” seloroh Erina, Nadia membulatkan mata mendengar kata Erina. Spontan tangannya membaling bantal kecil ke wajah Erina.

“ Woi, main kasar ye.” Erina mengambil yang dibaling Nadia tadi lalu dibalingnya semula ke arah Nadia.  Farhana yang melihat hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kebudak-budakkan sahabatnya.

Erina ketawa riang apabila bantal yang dibaling Nadia itu sempat ditangkapnya, lantas dia berlari menaiki tangga apabila melihat Nadia yang ingin mengejar langkahnya itu.

“ Ei, sudah-sudahlah. Korang dah solat belum?” soal Farhana cuba mengawal situasi yang dah serupa macam di pasar borong itu. Riuh!

Erina tersenyum mendengar pertanyaan Farhana. Nadia pula menayangkan giginya yang cantik tersusun itu.

“ Err, aku abc. Ha kau Nad dah solat ke belum? Biasanya kau ni kena ketuk baru la nak buat,” bebel Erina akan sikap acuh tak acuh Nadia itu.

“ Yelah, aku pi solat dulu naa. Bebel macam mak nenek,” dengus Nadia. Naik sakit telinga apabila mendengar syarahan dan bebelan percuma Erina itu.

Farhana bingkas berlalu ingin mengerjakan solat asar. Erina mencapai novel yang telah dibelinya semasa dalam perjalanan balik ke KL. Novel yang bertajuk Giler Kau? itu amat menarik minatnya, terus saja tangannya membuka balutan plastik novel lalu dibacanya novel itu tanpa ada sebarang ganguan. Sesekali Erina tertawa apabila ada babak yang mencuit hatinya.

“ Sengal betul si Intan ni, ada ke mamat segak pakai kemeja tu dikatakan peragut. Ha ha,” omel Erina sendirian.

Nadia dan Farhana yang hairan mendengar gelak tawa yang kuat itu pantas meluru keluar dari bilik. Mereka menggelengkan kepala saat melihat Erina yang mengomel seorang. Memang sesuailah kan gelaran hantu novel tu dengan sahabat mereka itu.

“ Jangan kacau lah hantu novel tu. Hati tengah gembira kot,” ujar Nadia seraya mengerling ke arah Farhana.

“ Ana, err.. err.. boleh aku tanya sesuatu?” soal Nadia teragak-agak.
Farhana tersenyum sebelum menjawab soalan Nadia. Padanya Nadia sedikit berbeza dari Erina yang main pakai redah je sebelum bertanya, melainkan soalan yang agak sensitif saja yang Erina akan meminta kebenarannya dahulu.

“ Apa dia? Tanya lah? Kalau aku boleh jawab aku jawab,” ujar Farhana sambil menyisir rapi rambutnya.

“ Err.. err.. tadi aku tak sengaja err.. aku.. aku ternampak gambar dalam dompet kau. Tapi aku err.. macam kenal je,” Nadia menelan liurnya. Sungguh hatinya mulai tidak tenang apabila memikirkan perkara yang satu itu.

‘ Alamak, gambar Faiz lah. Err.. aku nak cakap apa ni?’ Farhana sudah menggelabah, teringat akan pesanan Erina sebentar tadi.

“ Err.. gambar? Gambar apa? Macam mana kau tengok?” Farhana mula tidak selesa membincangkan perihal yang satu itu.

“ Err.. tadi waktu nak ambik wudhu aku err.. nampak dompet kau terjatuh, then aku nak letak la err.. nak letak balik atas almari tapi aku nampak gambar…”

“ Nad, Ana kalau ada sesiapa call aku, cakap aku tengah mandi ye,” terbantut bicara Nadia saat mendengar pesanan Erina.

Farhana menarik nafas lega sebelum sempat Nadia mengahabiskan ayatnya. Bimbang seandainya dia melukakan hati Nadia.

Tenang sayang
Ku pasti akan datang

Nadia yang mendengar ringtone kangen band itu segera mengangkat panggilan dari Zafran itu.

“ Hello, Zaf ni Nadia. Rin dia tengah mandi la. Oh, ok nanti saya sampaikan ye.” Nadia tersenyum mendengarkan pesanan Zafran.

“ Hoi! Kau angau dengan siapa ni senyum-senyum ni,” sergah Erina setelah selesai membersihkan diri.

Farhana ketawa kecil melihat reaksi Nadia setelah disergah Erina.

“ Rin!! Kau dah lama hidup eh.” Marah Nadia akan sikap Erina yang seperti kanak-kanak ribena itu.
Erina hanya menayang sengihnya. Saat mendengar ringtone Baby yang dipopularkan oleh Justin Bieber itu terus saja tangannya membuka peti mesej yang datangnya dari Zafran. Sengaja di setkan ringtone itu buat Zafran senang untuk membezakan setiap yang mesej yang masuk.

+ Rin, jgn lupa ye. Esok Zaf nak bawa Rin ke satu tempat.

Erina tersenyum membaca mesej Zafran. Lantas segera dia menekan button untuk membalas mesej itu.

+ Nak kemana Zaf?

Butang send ditekan. Lima minit menanti telefonnya berbunyi lagi.

+ Rahsia.

+ La, nak berahsia bagai la pula. Kalau rahsia bagai malas lah Rin ikut.

Erina merengus geram dengan sikap berahsia Zafran. Nadia ketawa mengekek melihat wajah Erina yang masam mencuka seperti mempelam muda itu.

“ Kau apahal gelak-gelak?” marah Erina apabila melihat Nadia yang terenjut-enjut bahu akibat menahan tawa dari meletus.

‘ Woo, gunung berapi nak meletus, ha ha,’ Nadia menggumam dalam hati.

Farhana mengatur langkah mendekati Erina. Lantas diusap tubuh sahabatnya. Tahulah dia bahawa sahabatnya itu sedang marah.

“ Rin, kau kenapa nak marah ni? Want to share something?” tanya Farhana prihatin.

“ Err.. tak ada apalah. Aku je yang terlebih emo,” ujar Erina. Serentak matanya memandang telefon Sony Experia Go yang dicampakkan ke atas katil tadi. Entah mengapa hatinya terasa sunyi apabila Zafran mendiamkan diri, walhal baru sahaja mereka berbalas sms, tetapi hatinya merasakan ada sesuatu yang kurang. Kurang apa? Dia sendiri tidak tahu.

******
Erina tergamam saat kakinya melangkah masuk ke kedai yang dinamakan Zafrin Memories Cake. Dia memandang wajah Zafran bagaikan tidak percaya namun Zafran hanya mempamerkan wajah tanpa riak. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Zafran juga mengabadikan nama mereka di premis kepunyaan Zafran itu.

“ Zaf, awak.. Zafrin..” Erina tak tahu nak kata, tergamam, terharu segalanya menjadi satu.

“ Saya tak pernah lupakan awak Putri Erina Batrisya. Setiap saat saya ingat awak. Sebab tu saya namakan kedai ni Zafrin, sebab saya ingin selalu rasa kehadiran awak,” Erina mengesat airmata yang bergenang di kelopak matanya.
 

“ Hei, kenapa nangis? Zaf cuma cakap benda yang betul je, maaf andai kata-kata Zaf tadi keterlaluan...” Erina ingin meletakkan jemarinya di bibir Zafran. Namun sempat Zafran mengelak. Sungguh dia terharu akan sikap Zafran yang tidak pernah melupakannya.

Zafran ingin mengesat airmata yang mengalir di wajah Erina, namun dia tahu bahawa ada batas yang harus dijaga. Terngiang pesanan abinya agar menjaga batas antara lelaki dan juga wanita.

“ Kamu kena ingat along, sayang macam mana pun kamu pada Erina kamu harus satu perkara.” Tegas kedengaran nada yang dituturkan Encik Lazim.

“ Apa dia abi?” soal Zafran ingin mengetahui lebih lanjut.

“ Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi kamu harus jaga batas pergaulan antara kamu dan juga Erina,” ujar Encik Lazim lembut seraya menepuk bahu anak lelakinya.


Erina menepuk lembut bahu Zafran apabila tiada respon dari jejaka itu. Zafran tersentak apabila terasa ada seseorang menepuk bahunya. Pantas dia menoleh ke arah Erina.
Zafran menjongketkan kening. Erina hanya menggelengkan kepala. Zafran mengeluarkan HTC dari kocek seluar saat ringtone tetap menantimu yang dipopularkan oleh Nomad kedengaran, lantas segera diangkat panggilan umminya.

“ Assalamualaikum, ummi,” sapa Zafran sopan.

“ Waalaikumsalam, along. Rin ada dengan along ke sekarang?” Soal Puan Linda, Zafran mengerutkan dahi. Haira dengan pertanyaan umminya.

“ Err, ada ummi. Kenapa?” tanya Zafran pula.

“ Along jauhkan sekejap jarak antara along dan Rin.” Arah Puan Linda menambahkan lagi rasa hairan dalam hati Zafran.

“ Tapi kenapa?” soal Zafran masih tidak berpuas hati.

“ Ummi nak cakap sesuatu berkaitan Rin, tapi Rin tak boleh tahu sekarang,” ujar Puan Linda.
Zafran meminta agar Erina menunggunya, lantas dia berdiri agak jauh dari Erina. Dalam hati tertanya-tanya akan cerita yang ingin umminya sampaikan.

“ Ha, apa yang ummi sampaikan?” Zafran betanya tanpa berselindung.

“ Begini, sebenarnya ummi dan juga keluarga Erina dah setuju untuk jodohkan along dan Erina,’ ujar Puan Linda terus terang. Nada Puan Linda kedengaran ceria sekali.

“ Oo, nak jodohkan along dengan Rin, ingat apalah tadi. Apa ummi cakap tadi? Jodohkan along? Dengan Rin? Erina? Maksud ummi Putri Erina Batrisya?” soal Zafran bertalu-talu. Nafasnya tidak teratur dek terkejut akan berita yang disampaikan itu.

“ Ya, abi rasa tak ada halangan bukan? Along pun dah kenal dengan Rin, dan lagi satu abi memang mahu Erina yang jadi menantu abi. Along, abi tahu dalam hati along memang ada rasa cinta buat Erina bukan?” sampuk Encik Lazim.

“ Eh, mana ada abi. Along kan.. err.. kami kawan kan? Abi pun tahu,” tutur Zafran, namun dia sendiri tidak yakin akan katanya itu. Terasa pilu hati saat perkataan ‘kawan’ meluncur dari bibirnya.

“ Along boleh bohong orang lain, tapi tidak abi. Abi kenal betul hati along. Tak usah lagi kamu nak berdalih.” Provok Encik Lazim.

“ Err.. kalau along je yang ada perasaan pada Rin, tak kan jadi abi,” Zafran merasa sebak sebaik menuturkan kata itu.

‘ Ish! Lamanya Zaf ni. Bosan lah. Tapi kenapa ye, sampai berkerut dahi aku tengok,’ gumam hati Erina.

Zafran menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa beban perasaan yang ditanggung kini sudah tidak tertanggung lagi. Sebelah hati ingin mengiyakan saja, namun sebelah hati berat untuk menerima akan keputusan itu. Kerana dia dapat merasakan bahawa Erina pasti menentang seandainya mengetahui akan perjodohan itu.

“ Erina pula macam mana abi? Belum tentu dia terima,” ujar Zafran. Sungguh dia merasa kusut akan masalah yang dihadapinya kini.

“ Soal itu along jangan bimbang. Tahu la ibu Erina pujuk anak gadis dia, kamu balik kerja nanti kita bincang lagi, assalamualaikum,” usai member salam terus sahaja Encik Lazim meletakkan telefon.

Zafran meraup wajahnya berkali-kali. Saat Erina menghampirinya dia cuba untuk memaniskan wajah, tidak mahu Erina mengesyaki sesuatu.

“ Kenapa lama sangat? Ada masalah ke?” soalan Erina tidak mampu untuk Zafran jawab.

“ Jom, Zaf hantar Rin balik. Zaf ada hal lepas ni.”

“ Err.. tapi Zaf.. tak apalah kalau macam tu. Err.. jom lah balik,” entah mengapa Erina sedikit merasa tersisih akan sikap Zafran yang tiba-tiba berubah dingin.

Sepanjang perjalanan mereka hanya kedengaran suara radio sahaja. Erina melemparkan pandangan ke luar tingkap. Pening memikirkan perubahan Zafran.



‘Bodohkah aku kerana jatuh cinta pada sahabatku sendiri? Bodohkah kerana selama ini aku berpura-pura tentang perasaan aku sedangkan terlalu lama aku pendamkan perasaan ni. Tanpa ada seorang pun yang tahu bahawa sememangnya aku mencintai Erina.’ Hati Zafran bertingkah sendiri.
Erina mencuri pandang wajah Zafran. Erina hairan apabila melihat kerutan di dahi Zafran. Seakan memikirkan masalah negara saja.

Zafran tersentak saat lagu ‘tuhan beri aku cinta’ dimainkan di corong radio Hot Fm,baru saja dia ingin mengalih siaran radio Erina terlebih dahulu menguatkan suara radio. Lalu dibiarkan saja Erina melayan perasaannya. Sampai saja di rumah sewa Erina, tanpa menunggu lama terus saja Erina membuka pintu kereta, tanpa sepatah kata terus dia keluar dari perut kereta tanpa menoleh ke belakang. Setelah Erina menutup pintu rumahnya terus Zafran memecut keretanya laju tanpa arah tuju.


“ Ya ALLAH, apa yang harus aku lakukan? Erina juga pasti tak tahu perasaan aku. Aku takut seandainya aku cakap perasaan aku pasti dia akan menjauhkan diri dari aku. Aku tak sanggup seandainya itu terjadi. Ya ALLAH berilah aku petunjuk-MU. Apakah menerima cadangan ummi untuk menikahi Erina adalah terbaik buat kami atau sebaliknya? Tenangkanlah hatiku untuk berhadapan dengan Erina selepas ini. Sungguh aku terlalu cinta dan sayangkan Erina.” Zafran mengomel sendiri.
Zafran berhentikan kereta di Masjid India saat mendengar azan Asar.

‘ Masa untuk solat. Untuk aku tenangkan hati aku,’ omel Zafran. Segera dia mengatur langkah untuk mengambil wudhu.

7 comments:

Anonymous said...

Kak weeda...ceq dh bc... Best kak weeda.... Nk lg blh x sbb pendek sngt????

Unknown said...

hehehe,sengaja kasi pendek...next n3 panjang siki akk bg ye :)

Anonymous said...

Assalamualaikum eda... Ceq in house... Awat pendek bg Lebih tuk next n3 dah makin best.... Semoga ceria bak pelangi.... ;-)
Rafika Dewi Jahrul

Unknown said...

Waalalaikumsalam, ngeee,ok kak next n3 eda kasi panjang sikit :)

Airianie said...

best alkisahnya, enjoy. Ayat x sarat! simple dan mudah fhm! Nak lagi!!! haha

Unknown said...

kak airianie tq..insya-ALLAH kak.

Unknown said...

kak airianie tq..insya-ALLAH kak.