SELALU MILIKMU (QAWIEM)






" Love, mari sini tengok siapa yang datang tu," Qawiem memanggil isterinya lembut.
Qaseh menjegulkan kepala melihat tetamu yang dimaksudkan oleh si suami. Lantas dia mengukir senyum buat Alia dan juga suaminya Amran.

" Alia, mana si kembar?" tanya Qaseh apabila tidak melihat si kembar Arisa dan juga Anisa.


MASIH INGAT PADA ALIA?





" Erm, diorang langsung tak mahu ikut aku kemana dah. Susah nak bawa kemana-mana. Nak pula ibu dan juga mak aku tu manjakan sangat diorang. Eh! mana anak kau? Si Irfan? Rindu aku dengan telatah dia," ujar Alia seraya matanya melingas mencari kelibat Irfan.

" Irfan seronok main dengan Mak su dia tu," suara Qawiem yang diam sedari tadi.

Qawiem & Amran


" Eh! Amran aku rasa macam tak lengkap ni? Haziq dengan si Nuqman mana?" soal Qawiem pada Amran.

" Nuqman tak boleh datang, yelah bini dia tengah sarat tu. Tak sangka anak kedua dah pun. Si Haziq pula kejap lagi sampai la kot." sejurus Amran berbicara kereta BMW series 5 memasuki halaman rumah. Lalu para isteri mendapatkan Ziqa Aryssa yang sedang hamil anak ketiga itu.


Ziqa ARYSSA


" Hai, Ziqa. Ok tak ni?" soal Alia.

" Ok, baru 4 bulan kot," ujar Ziqa seraya memaut lengan si suami.

Haziq Naufal


" Ha, ok semua dah berkumpul kan?" suara Qawiem setelah cukup pasti sahabat-sahabatnya berada disitu.

" Ok, Irfan sini," gamit Qawiem memanggil si kecil.

" Baik, sebelum Irfan tiup lilin aunty dan uncle semua nyanyi la lagu hepy beshday," ujar si kecil Irfan dengan pelatnya.

Selamat hari jadi

selamat hari jadi

selamat hari jadi

Irfan Qayyum, selamat hari jadi

Pantas Irfan meniup lilin disertai dengan tepukan oleh para jemputan malam itu.

Qaseh Qistina


Qaseh Qistina tersenyum bahagia, kini dia bahagia mempunyai keluarga yang cukup lengkap. Pada ALLAH dia menitipkan doa agar perkahwinannya dan juga sahabat-sahabatnya akan berkekalan sehingga ke syurga, aamiin.


                               

P/s = maaf erk, sesaje je nak wat gabungan cerpen weeda ni ngee.. Hope enjoy.. :)

No comments: