Erina tersenyum girang,
akhirnya dapat juga pulang berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Dia
menyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan di corong radio Hot Fm. Dia
menguatkan suara radio apabila mendengar lagu balik kampung yang pernah
dipopularkan Arwah Sudirman.
Balik kampung,
oo. Balik kampung,
oo. Balik kampung,
Hati girang.
Tiba-tiba ingatannya
kembali mengingatkan kenangan bersama
teman sepermainan nya. Selain
Zafran, Erina juga mempunyai sahabat karib, iaitu
Farhana. Setelah sama-sama melanjutkan pelajaran, mereka tidak lagi berhubung
antara satu sama lain.
“ Apa khabar agaknya si
Ana tu ye. Lama sangat tak jumpa. Nanti aku pergi rumah dia la,” omel Erina.
Sedang asyik Erina
memandu tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk,
lantas dia memberikan signal lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan.
“ Assalamualaikum,”
Erina terkedu mendengar suara lembut yang sedang menyapanya itu.
“ Wa..walaikumsalam.” Puas
Erina memikirkan siapa yang menghubunginya menggunakan no telefon bimbit
Zafran.
“ Rin, masih ingat pada
Acik Linda? Kami rindukan Rin,” ujar Puan Linda lembut sambil menahan sendu.
‘ Ya ALLAH, terima
kasih aku ucapkan. Syukur kerana akhirnya aku akan menemukan kembali kedua
keluarga yang kian terpisah.’ Desis hati Erina.
“ Acik Linda sihat? Rin
pun rindukan Acik Linda sekeluarga, Ibu pun rindukan Acik Linda juga, selalu tanyakan
khabar Acik Linda,” tutur Erina dengan lenggok manjanya.
“ Acik Linda pun
rindukan kamu sekeluarga. Oh ya, Rin di mana ni? Mari buka puasa kat rumah,
nanti Acik Linda suruh Zaf ambik Rin,”
ujar Puan Linda ceria.
“ Eh, Rin sekarang ni nak balik kampung. Nak
berbuka puasa dengan ibu dan ayah. Lain kali ya Acik Linda.” Terang Erina.
“ Oh, tak apalah kalau
macam tu, kirim salam pada ibu dan ayah ya. Rin tengah drive ke ni?” soal Puan Linda.
“ Ha’ah, Rin tengah drive ni,”
“ Hati-hati ya Rin.
Acik harap nanti bolehlah kita berjumpa ya,” pinta Puan Linda penuh mengharap.
“ InsyaALLAH, andai ada
rezeki pasti kita bertemu jua,” ujar Erina lembut.
Erina meneruskan
perjalanan setelah menamatkan panggilan. Dia tersenyum sendirian. Setelah 4 jam
perjalanan akhirnya Erina sampai jua ke kampung halaman. Dia mengucap syukur
yang tak terhingga kerana telah sampai ke kampung halamannya sebelum jarum jam
menginjak ke angka 7.
Pin! Pin!
Encik Zainal
menjengukkan kepala melihat kereta yang memasuki halaman rumahnya, lantas dia
mengukir senyum apabila melihat wajah Putri kesayangannya itu.
“ Ton, anak kita dah
balik ni.” jerit Encik Zainal pada si isteri yang sedang sibuk menghidang
juadah berbuka di dapur.
“ Apa? Abang beli apam
balik? Apam balik beli kat mana?” terkocoh-kocoh Puan Zaiton menghampiri
suaminya.
“ Bukan apam balik la.
Mari sini awak tengok siapa yang balik ni,” ujar Encik Zainal seraya memeluk
tubuh anaknya.
“ Ya ALLAH, anak aku.
Putri.” Encik Zainal memberi ruang pada dua beranak itu untuk melepaskan rindu
yang terpendam sekian lama.
Sayu perasaan Encik
Zainal melihat si isteri mengalirkan airmata gembira.
“ Kenapa tak ajak
Aidil?” soal ibu Erina.
“ Ibu, Putri kan balik
lama. Mana boleh dia ikut Putri. Nanti orang kata apa pula. Ibu masak apa?”
tanya Erina sambil meletakkan bag laptopnya di atas katil biliknya.
“ Makanan kegemaran
Putri. Mee tomyam,ada kuih ayah beli tadi.” Tutur Puan Zaiton sambil tangan
lincah menyusun kuih di dalam pinggan.
“ Ibu makin cantik ni,
apa rahsianya?” seloroh Erina lantas disambut ketawa ibu dan ayahnya.
Puan Zaiton merasa saat
bahagia saat Putri kesayangannya ada dihadapan mata, serasakan semua masalahnya
terbang begitu saja apabila menatap wajah suci bersih milik Putrinya.
“ Kamu ni kalau tak perli
ibu tak boleh?” seloroh ibu Erina pula.
“ Putri puji ibu ikhlas
tau, he he.” Encik Zainal tersenyum bahagia melihat kedua-dua wanita
kesayangannya itu.
“ Putri jangan puji ibu
lebih-lebih nanti bertambah kembang hidung ibu kamu,” usik Encik Zainal, lantas
menyimpul senyum saat melihat isterinya menarik muncung.
“ Kamu tengok lah ayah
kamu tu. Dengki kan ibu, fasal anak kesayangan dia ni sikit pun tak mahu puji
dia,” Seloroh Puan Zaiton lagi lantas mencuit dagu Erina.
Erina menyimpul senyum,
bahagia sungguh dirasakan saat bersama keluarga yang disayangi.
Alllah huakbar
Allah huakbar
Segera Encik Zainal
membacakan doa apabila terdengar suara azan berkumandang menandakan sudah masuk
waktu berbuka.
**********
“ Nadia, Rin sihatkah? Lama rasanya ibu tak
jumpa dengan Rin.” Rahimah bertanya soal
Erina kerana sudah lama tidak berjumpa sahabat anaknya itu.
“ Rin alhamdulilah
sihat bu. Eh, mana ayah? Tak mahu pi terawih ke?” soal Nadia apabila kelibat
ayahnya tidak kelihatan.
“ Entah ayah kamu tu,
pergilah cari,” arah Rahimah pada nadia, anak bongsunya.
“ Ha, along, nampak
ayah tak?” soal Nadia pada kakaknya apabila terlihat susuk tubuh kakaknya yang
kebetulan ingin menuju ke biliknya.
“ Entah, cari la.”
Balas Nazreen acuh tak acuh.
Nadia berdecit dengan
sikap kakaknya itu. Lantas Nadia menjeling tajam pada kakaknya sebelum mengatur
langkah menuju ke arah dapur. Dia hairan melihat ayahnya yang sedang mengelamun
jauh.
“ Ayah, tak apa-apa
ke?” soal Nadia lantas memengang lembut bahu ayahnya.
“ Ha, Nadia. Tak ada
apa. Cuma ayah terfikir sempat ke tidak ayah tengok kamu dan kakak kamu kahwin? Ayah ni dah tua Nadia. Tunggu
masa saja. Entah kan puasa tahun depan ayah
sempat ke tidak.” Lirih kedengaran suara Rahim menutur kata.
Nadia merasa sebak
mendengarkan bicara ayahnya. Namun untuk ke arah itu dia masih belum bersedia.
Nadia melabuhkan punggung disisi Rahim, lalu digenggamnya jari itu sambil
mengukir senyuman.
“ Kalau sudah sampai
seru Nadia pasti ada. Ayah jangan risau ya. Sudah la ayah janganlah fikir
bukan-bukan,” pujuk Nadia lembut.
Rahim mengeluh lemah.
Sayu hatinya mengenangkan kepergian anak keduanya yang meninggal akibat sakit cancer otak. Saat-saat akhir sebelum
arwah menghembuskan nafasnya barulah mereka sekeluarga mengetahui tentang sakit
Nazri itu.
“ Ayah rindukan arwah,
entah kenapa ayah rasa terkilan sangat. Sampai hati arwah langsung tak mahu
cerita tentang sakitnya,” Nadia tunduk menahan sebak yang menguasai dirinya.
Sungguh dia juga merindui abangnya, namun apakan daya AlLAH lebih menyayangi
arwah abangnya.
“ Ayah, banyak-bayak
doa. Arwah pasti tak mahu ayah bersedih. Sudahlah ayah, mari kita pergi solat
terawih,” ajak Nadia seraya menarik tangan ayahnya.
Seusai solat terawih
Zafran mencapai telefon bimbit untuk menghubungi Erina. Sungguh dia merasa
aneh, sehari tidak bertemu saja sudah mampu membuatkan dia seperti hilang arah.
Lama dia menanti Erina menjawab panggilan namun tidak bersambut. Lantas dia
mencuba lagi. Sesaat, dua saat namun hampa.
Zafran mengeluh lemah.
Dia cuba untuk terus menghubungi Erina namun talian masih jua tidak dapat
disambungkan. Zafran keresahan menanti. Setelah 5 minit menanti terus sahaja
jemarinya menaip sms lalu dikirimkan pada Erina.
Rin, are you ok? Please reply my sms as soon as
possible. Tolong jgn buat macam ni, awak buat sy risau.
Setelah memastikan
tiada kesalahan ejaan terus sahaja Zafran menghantar sms yang ditaipnya tadi.
Erina yang baru selesai
membantu ibunya di dapur terus merebahkan tubuh diatas katil empuknya. Belum
sempat dia melelapkan mata tiba-tiba matanya dicelikkan kembali saat terdengar
ringtone menandakan ada sms yang baru diterimanya.
Melopong mulutnya
melihat 15 misscalled dan 1 sms dari
Zafran, spontan bibirnya tersenyum apabila memikirkan wajah Zafran yang sedang
cemberut risaukannya. Tanpa berfikir panjang terus sahaja ditekan no Zafran.
“ Assalamualaikum, mana
awak pergi? Awak tahu tak saya risaukan awak?” soal Zafran setelah memberi
salam.
‘ Uit, singa jantan dah
mengaum daa, adehh, habislah aku.’ omel Erina dalam hati.
“ Waalaikumsalam, Zaf
sebelum awak marah saya, saya minta maaf. Saya caj telefon, then saya kat dapur tolong ibu tadi.”
Terang Erina agar tidak dimarahi berterusan oleh Zafran.
Serta merta kemarahan
Zafran kian reda mendengar suara Erina. Dia sendiri hairan mengapa boleh marah
dan sekelip mata kemarahannya akan reda sebaik sahaja mendengar suara Erina
yang bagaikan mendayu memujuknya itu. Pelik bukan?
“ Erm, maaf. Kalau awak
terasa tadi. Tak ada niat pun nak tinggikan suara.” Zafran bersuara lembut.
“ Tak pa, err.. awak
buat apa? Tadi waktu perjalanan nak balik Acik Linda called. Katanya rindukan kami sekeluarga. Nanti awak kirim salam
pada ummi dan abi awak ya,” Zafran tersenyum mendengar celoteh Erina.
“ Ok, err.. Rin apa
kata kalau saya bawa keluarga saya berbuka puasa di rumah awak. Awak masih
duduk di rumah yang sama bukan?” soal Zafran ceria.
Erina juga turut
tersenyum mendengarkan cadangan yang bijak lagi bernas dari Zafran. Di dalam
kepala sudah membayangkan wajah-wajah gembira ibu serta ayahnya.
“ Boleh, bila awak nak
datang? Esok boleh? Saya masakkan makanan special
untuk awak dan family awak,” ujar
Erina.
“ Wah, baiklah. Saya ke
rumah awak esok. Tapi dengan satu syarat.” Sengaja Zafran membuat Erina
tertanya-tanya.
“ La, syarat bagai la
pula. Apa syaratnya?” soal Erina seperti tidak berpuas hati lagaknya.
“ Erm, syaratnya mudah
je. Ada dua syarat je.” Zafran masih bermain dengan kata-kata membuatkan Erina
sedikit geram.
“ Yelah, tapi apa?”
suara Erina naik satu oktaf.
Zafran mengetap bibir
saat terdengar Zafran ketawa kecil. Geram dirasakan seolah-olah dipermainkan.
“ Ok, yang pertama
tolong angkat telefon setiap kali saya called
dan yang kedua, perkara ni kita rahsiakan dari parent kita ok? Setuju tak?” soal Zafran setelah ketawanya reda.
“ Syarat yang kedua ok,
tak ada masalah. Tapi yang pertama tu macam susah sikit kot. He he,” seloroh
Erina lantas disambut ketawa Zafran.
“ Apa-apa ajalah. Ok
setuju syaratnya kan? Ok lah, saya nak tidur dah ni, esok nak berjalan jauh
kan, selamat malam sayang,” Erina terkedu dengan panggilan ‘sayang’ yang
dituturkan Zafran tadi.
Zafran menekup bibir
saat terasa bibirnya terlepas kata. Pantas dia mengubah topik.
“ Err.. Rin kirim salam
pada ibu dan ayah awak ya. Assalamualaikum.” Zafran menarik nafas lega setelah
menamatkan panggilan.
‘ Aku salah dengar ke
memang dia panggil aku sayang? Ah! Pedulikan lah, baik aku tidur je.’omel hati
kecil Erina.
********************
Puan Zaiton hairan
melihat pelbagai bahan basah yang dikeluarkan dari peti sejuk, seperti mereka
akan menerima tetamu, tetapi siapa? Dia sendiri tidak tahu.
“ Putri, ni nak buat
apa dengan ikan siakap, ayam segala bagai ni?” soal Puan Zaiton hairan.
Erina hanya tersenyum
mendengar soalan ibunya. Lantas tanpa menjawab soalan terus sahaja dia
membersihkan ayam dan ikan yang disiangnya sebentar tadi.
“ Ish, budak bertuah ni
ibu tanya boleh pula senyum macam kerang busuk. Ni nak buat apa banyak-banyak.
Membazir je. Tak usah masak banyak-banyak,” leter Puan Zaiton pada anak
tunggalnya itu.
“ Ala, bu sekali sekala
kan. Ibu kan dah lama tak makan masakan Putri,” ujar Erina seraya mengedipkan
mata berkali-kali.
Zafran menghantarkan
sms saat sudah bertolak dari Kuala Lumpur. Sugguh gembira perasaannya apabila
membayangkan pertemuan yang akan menjadi momentum terindah sebentar sahaja
lagi.
Awak masak sedap-sedap
ok :) saya dah nak gerak ni. Take care
Erina tersenyum dengan
gelagat manja Zafran. Segera dia menekan punat untuk membalas sms itu.
Drive
carefully ok :)
Zafran menyimpan
telefonnya didalam saku seluar, lantas menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja
terlihat susuk tubuh ummi dan abinya yang baru saja melangkah keluar dari
rumah, sementara Ain awal-awal lagi sudahpun masuk kedalam kereta.
“ Kita nak kemana
sebenarnya ni?” soalan pertama yang meniti di bibir Puan Linda membuatkan
senyuman dibir Zafran semakin lebar.
“ Ha’ah along, nak
kemana sebenarnya kita ni?” soal abinya pula.
“ Abi dengan ummi duk
diam je kat belakang, nanti dah sampai tahu la,” ujar Zafran penuh makna
tersembunyi.
“ Ish, budak bertuah
ni, rahsia-rahsia la pula.” Marah Puan Linda pada anak lelakinya itu.
Ain hanya tersenyum melihat
wajah kelat umminya. Dia mengerling Zafran di sebelah pemandu lantas tersenyum
senget.
“ Amboi sedapnya bau,
anak ayah ni masak apa? Erm banyak nye juadah hari ni. Ada orang meminang ke ni
sampai beriya benar Putri masak banyak-banyak?” usik Encik Zainal pada anak
kesyangannya.
“ Ish, ayah ni tak da
fikir lain kan. Masuk minang, kahwin itu aja yang ayah sebutkan,” rajuk Erina.
Encik Zainal ketawa
lepas dengan kelakuan manja anaknya itu. Dalam hati sempat berdoa seandainya
sudah sampai jodoh anaknya nanti biarlah dengan keturunan baik-baik.
“ Ayah, ada apa-apa lagi tak yang ayah nak
tambah? Kuih ke? Tetamu istimewa nak datang ni,” ujar Erina ceria.
“ Iya? Siapa?” soal
Encik Zainal teruja ingin tahu.
Belum pun sempat Erina
menjawab soalan ayahnya telefon bimbitnya berdering, tertera nama Zafran.
“ Assalamualaikum,”
Erina memulakan bicara.
“ Waalaikumsalam, saya
dah sampai. Depan rumah awak sekarang ni,” ujar Zafran.
Erina memutuskan talian
lantas segera membuka pintu hadapan. Segera dia memnyalam dan memeluk tubuh
Puan Linda. Encik Zainal yang mengekori lankah Erina terpaku disitu, sungguh
pertemuan ini sangat mengejutkan dirinya.
“ Putri, pergi panggil
ibu sayang,” arah Encik Zainal.
Erina mengatur langkah
ke dalam rumah seperti yang diarahkan ayahnya.
“ Ibu, mari kejap,”
panggil Erina lembut.
“ Kenapa Putri?” soal
Puan Zaiton hairan melihat sentuman yang tidak lekang di bibir anaknya.
“ Marilah,” Erina
menarik tangan ibunya agar tidak baynak bicara.
“ Ya ALLAH Linda,”
terus sahaja Puan Zaiton memeluk tubuh sahabat lamanya itu. Faham lah kini
mengapa beriya benar Erina memasak banyak juadah, rupanya ada kejutan buat
mereka.
“ Kau sihat Zim?” soal
Encik Zainal pada sahabat yang kian lama terpisah Encik Lazim.
“ Mari masuk,” ajak
Puan Zaiton usai meleraikan pelukan.
“ Rumah hang tak
berubah ye Ton. Sama ja. Aku tengok anak hang makin cantik. Dulu comot ja kan?”
Erina tidak mengambil pusing akan bicara Puan Linda sebaliknya dia menarik
tangan Ain ke ruang dapur.
“ Ni semua Kak Rin ke
yang masak?” soal Ain bagaikan tidak percaya.
“ Iya lah, tetamu
istimewa nak datang kan?” balas Erina pula.
“ Dah boleh ni,” usik
zafran yang tiba-tiba muncul dari arah ruang tamu itu.
“ Tengok kaki lah,”
Erina turut membalas usikan Zafran.
Zafran menghamburkan
tawa dengan jawapan Erina. Dia merasa sungguh bahagia kerana akhirnya dapat
juga dia menatap wajah yang dirindui nya itu.
Mereka berkumpul di meja
makan saat jarum jam kian hampir menunjukkan waktu untuk berbuka.
Setelah
mendengar azan Zafran mengetuai membaca doa.
Erina gembira melihat
Zafran makan dengan penuh seleranya. Usai makan mereka mengambil wudhu dan
solat berjemaah pula, dan pastinya Zafran menjadi imam. Entah mengapa Erina
merasakan satu perasaan halus meresapi dirinya saat terdengar suara Zafran yang
membacakan ayat suci Al-Quran itu. Setelah itu mereka bersiap pula ingin ke
surau berdekatan, ingin mengerjakan solat terawih pula.
“ Ton hang ingat lagi
tak betapa nakalnya Zafran dulu? Selalu usik si Rin, sampai nangis si Rin kan,”
Puan Linda berbicara soal Zafran sewaktu zaman kanak-kanaknya.
“ Memang nakal si Aidil
tu. Tapi baik hati,” ujar Puan Zaiton pula.
“ Err.. agak-agak hang
la kan, Rin dak ada yang punya ke?” tanya Puan Linda, kali ni soal Erina pula
yang ditanyakan.
“ Entahlah, aku tak
pernah pula nampak dia berkawan dengan orang lain selain Aidil. Kenapa Linda?”
soal Puan Zaiton tidak mengerti.
“ Tak ada apa lah,”
sengaja Puan Linda tidak memberitahu niat hatinya, khuatir juga niatnya tidak
disambut baik oleh sahabatnya itu.
Nota kaki- enjoy
reading semua
Hope korang puas hati
dengan n3 kali ni :)
6 comments:
haha. sepanjang baca senyum aje. best kak :) aip! macam sesi nak meminang ni. hahaha :D
Sambung lagi, dik!
oit nk berbesan la tu :)...best2
afi, agak2?hehehe
kak reeani- insyaALLAH :)
dik domi- agak2 nak berbesan ke ape ni?ekekeke thanks sudi singgah komen :)
Atam best sgt... atam ada typo kat baris "marilah," erina menarik tangan ibunya agar tidak baynak bicara.. " ke atam memang ltak macam tu? Sambung cpt2 ya,xsabar anja tau jd bebesan ke tak..hehee
anja,typo dan atam sukar dipisahkan,hehe
nantikan next n3 pula ye :)
Post a Comment