CINTA BILANG BENCI 5

 
 










Erina tersenyum girang, akhirnya dapat juga pulang berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Dia menyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan di corong radio Hot Fm. Dia menguatkan suara radio apabila mendengar lagu balik kampung yang pernah dipopularkan Arwah Sudirman.

Balik kampung,
oo. Balik kampung,
Hati girang.

Tiba-tiba ingatannya kembali mengingatkan kenangan  bersama teman sepermainan nya. Selain 
Zafran, Erina juga mempunyai sahabat karib, iaitu Farhana. Setelah sama-sama melanjutkan pelajaran, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

“ Apa khabar agaknya si Ana tu ye. Lama sangat tak jumpa. Nanti aku pergi rumah dia la,” omel Erina.

Sedang asyik Erina memandu tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk, lantas dia memberikan signal lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan.

“ Assalamualaikum,” Erina terkedu mendengar suara lembut yang sedang menyapanya itu.

“ Wa..walaikumsalam.” Puas Erina memikirkan siapa yang menghubunginya menggunakan no telefon bimbit Zafran.

“ Rin, masih ingat pada Acik Linda? Kami rindukan Rin,” ujar Puan Linda lembut sambil menahan sendu.

‘ Ya ALLAH, terima kasih aku ucapkan. Syukur kerana akhirnya aku akan menemukan kembali kedua keluarga yang kian terpisah.’ Desis hati Erina.

“ Acik Linda sihat? Rin pun rindukan Acik Linda sekeluarga, Ibu pun rindukan Acik Linda juga, selalu tanyakan khabar Acik Linda,” tutur Erina dengan lenggok manjanya.

“ Acik Linda pun rindukan kamu sekeluarga. Oh ya, Rin di mana ni? Mari buka puasa kat rumah, nanti Acik Linda suruh Zaf  ambik Rin,” ujar Puan Linda ceria.

  Eh, Rin sekarang ni nak balik kampung. Nak berbuka puasa dengan ibu dan ayah. Lain kali ya Acik Linda.” Terang Erina.

“ Oh, tak apalah kalau macam tu, kirim salam pada ibu dan ayah ya. Rin tengah drive ke ni?” soal Puan Linda.

“ Ha’ah, Rin tengah drive ni,”

“ Hati-hati ya Rin. Acik harap nanti bolehlah kita berjumpa ya,” pinta Puan Linda penuh mengharap.

“ InsyaALLAH, andai ada rezeki pasti kita bertemu jua,” ujar Erina lembut.
Erina meneruskan perjalanan setelah menamatkan panggilan. Dia tersenyum sendirian. Setelah 4 jam perjalanan akhirnya Erina sampai jua ke kampung halaman. Dia mengucap syukur yang tak terhingga kerana telah sampai ke kampung halamannya sebelum jarum jam menginjak ke angka 7.

Pin! Pin!

Encik Zainal menjengukkan kepala melihat kereta yang memasuki halaman rumahnya, lantas dia mengukir senyum apabila melihat wajah Putri kesayangannya itu.

“ Ton, anak kita dah balik ni.” jerit Encik Zainal pada si isteri yang sedang sibuk menghidang juadah berbuka di dapur.

“ Apa? Abang beli apam balik? Apam balik beli kat mana?” terkocoh-kocoh Puan Zaiton menghampiri suaminya.

“ Bukan apam balik la. Mari sini awak tengok siapa yang balik ni,” ujar Encik Zainal seraya memeluk tubuh anaknya.

“ Ya ALLAH, anak aku. Putri.” Encik Zainal memberi ruang pada dua beranak itu untuk melepaskan rindu yang terpendam sekian lama.

Sayu perasaan Encik Zainal melihat si isteri mengalirkan airmata gembira.

“ Kenapa tak ajak Aidil?” soal ibu Erina.

“ Ibu, Putri kan balik lama. Mana boleh dia ikut Putri. Nanti orang kata apa pula. Ibu masak apa?” tanya Erina sambil meletakkan bag laptopnya di atas katil biliknya.

“ Makanan kegemaran Putri. Mee tomyam,ada kuih ayah beli tadi.” Tutur Puan Zaiton sambil tangan lincah menyusun kuih di dalam pinggan.

“ Ibu makin cantik ni, apa rahsianya?” seloroh Erina lantas disambut ketawa ibu dan ayahnya.
Puan Zaiton merasa saat bahagia saat Putri kesayangannya ada dihadapan mata, serasakan semua masalahnya terbang begitu saja apabila menatap wajah suci bersih milik Putrinya.

“ Kamu ni kalau tak perli ibu tak boleh?” seloroh ibu Erina pula.

“ Putri puji ibu ikhlas tau, he he.” Encik Zainal tersenyum bahagia melihat kedua-dua wanita kesayangannya itu.

“ Putri jangan puji ibu lebih-lebih nanti bertambah kembang hidung ibu kamu,” usik Encik Zainal, lantas menyimpul senyum saat melihat isterinya menarik muncung.

“ Kamu tengok lah ayah kamu tu. Dengki kan ibu, fasal anak kesayangan dia ni sikit pun tak mahu puji dia,” Seloroh Puan Zaiton lagi lantas mencuit dagu Erina.

Erina menyimpul senyum, bahagia sungguh dirasakan saat bersama keluarga yang disayangi.

Alllah huakbar
Allah huakbar

Segera Encik Zainal membacakan doa apabila terdengar suara azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu berbuka.

**********

  Nadia, Rin sihatkah? Lama rasanya ibu tak jumpa dengan Rin.”  Rahimah bertanya soal Erina kerana sudah lama tidak berjumpa sahabat anaknya itu.

“ Rin alhamdulilah sihat bu. Eh, mana ayah? Tak mahu pi terawih ke?” soal Nadia apabila kelibat ayahnya tidak kelihatan.

“ Entah ayah kamu tu, pergilah cari,” arah Rahimah pada nadia, anak bongsunya.

“ Ha, along, nampak ayah tak?” soal Nadia pada kakaknya apabila terlihat susuk tubuh kakaknya yang kebetulan ingin menuju ke biliknya.

“ Entah, cari la.” Balas Nazreen acuh tak acuh.

Nadia berdecit dengan sikap kakaknya itu. Lantas Nadia menjeling tajam pada kakaknya sebelum mengatur langkah menuju ke arah dapur. Dia hairan melihat ayahnya yang sedang mengelamun jauh.

“ Ayah, tak apa-apa ke?” soal Nadia lantas memengang lembut bahu ayahnya.

“ Ha, Nadia. Tak ada apa. Cuma ayah terfikir sempat ke tidak ayah tengok kamu dan kakak  kamu kahwin? Ayah ni dah tua Nadia. Tunggu masa saja. Entah kan puasa tahun depan ayah  sempat ke tidak.” Lirih kedengaran suara Rahim menutur kata.

Nadia merasa sebak mendengarkan bicara ayahnya. Namun untuk ke arah itu dia masih belum bersedia. Nadia melabuhkan punggung disisi Rahim, lalu digenggamnya jari itu sambil mengukir senyuman.


“ Kalau sudah sampai seru Nadia pasti ada. Ayah jangan risau ya. Sudah la ayah janganlah fikir bukan-bukan,” pujuk Nadia lembut.

Rahim mengeluh lemah. Sayu hatinya mengenangkan kepergian anak keduanya yang meninggal akibat sakit cancer otak. Saat-saat akhir sebelum arwah menghembuskan nafasnya barulah mereka sekeluarga mengetahui tentang sakit Nazri itu.

“ Ayah rindukan arwah, entah kenapa ayah rasa terkilan sangat. Sampai hati arwah langsung tak mahu cerita tentang sakitnya,” Nadia tunduk menahan sebak yang menguasai dirinya. Sungguh dia juga merindui abangnya, namun apakan daya AlLAH lebih menyayangi arwah abangnya.

“ Ayah, banyak-bayak doa. Arwah pasti tak mahu ayah bersedih. Sudahlah ayah, mari kita pergi solat terawih,” ajak Nadia seraya menarik tangan ayahnya.

Seusai solat terawih Zafran mencapai telefon bimbit untuk menghubungi Erina. Sungguh dia merasa 
aneh, sehari tidak bertemu saja sudah mampu membuatkan dia seperti hilang arah. Lama dia menanti Erina menjawab panggilan namun tidak bersambut. Lantas dia mencuba lagi. Sesaat, dua saat namun hampa.


Zafran mengeluh lemah. Dia cuba untuk terus menghubungi Erina namun talian masih jua tidak dapat disambungkan. Zafran keresahan menanti. Setelah 5 minit menanti terus sahaja jemarinya menaip sms lalu dikirimkan pada Erina.

Rin, are you ok? Please reply my sms as soon as possible. Tolong jgn buat macam ni, awak buat sy risau.

Setelah memastikan tiada kesalahan ejaan terus sahaja Zafran menghantar sms yang ditaipnya tadi.

Erina yang baru selesai membantu ibunya di dapur terus merebahkan tubuh diatas katil empuknya. Belum sempat dia melelapkan mata tiba-tiba matanya dicelikkan kembali saat terdengar ringtone menandakan ada sms yang baru diterimanya.

Melopong mulutnya melihat 15  misscalled dan 1 sms dari Zafran, spontan bibirnya tersenyum apabila memikirkan wajah Zafran yang sedang cemberut risaukannya. Tanpa berfikir panjang terus sahaja ditekan no Zafran.

“ Assalamualaikum, mana awak pergi? Awak tahu tak saya risaukan awak?” soal Zafran setelah memberi salam.

‘ Uit, singa jantan dah mengaum daa, adehh, habislah aku.’ omel Erina dalam hati.

“ Waalaikumsalam, Zaf sebelum awak marah saya, saya minta maaf. Saya caj telefon, then saya kat dapur tolong ibu tadi.” Terang Erina agar tidak dimarahi berterusan oleh Zafran.

Serta merta kemarahan Zafran kian reda mendengar suara Erina. Dia sendiri hairan mengapa boleh marah dan sekelip mata kemarahannya akan reda sebaik sahaja mendengar suara Erina yang bagaikan mendayu memujuknya itu. Pelik bukan?

“ Erm, maaf. Kalau awak terasa tadi. Tak ada niat pun nak tinggikan suara.” Zafran bersuara lembut.

“ Tak pa, err.. awak buat apa? Tadi waktu perjalanan nak balik Acik Linda called. Katanya rindukan kami sekeluarga. Nanti awak kirim salam pada ummi dan abi awak ya,” Zafran tersenyum mendengar celoteh Erina.

“ Ok, err.. Rin apa kata kalau saya bawa keluarga saya berbuka puasa di rumah awak. Awak masih duduk di rumah yang sama bukan?” soal Zafran ceria.

Erina juga turut tersenyum mendengarkan cadangan yang bijak lagi bernas dari Zafran. Di dalam kepala sudah membayangkan wajah-wajah gembira ibu  serta ayahnya.

“ Boleh, bila awak nak datang? Esok boleh? Saya masakkan makanan special untuk awak dan family awak,” ujar Erina.


“ Wah, baiklah. Saya ke rumah awak esok. Tapi dengan satu syarat.” Sengaja Zafran membuat Erina tertanya-tanya.

“ La, syarat bagai la pula. Apa syaratnya?” soal Erina seperti tidak berpuas hati lagaknya.

“ Erm, syaratnya mudah je. Ada dua syarat je.” Zafran masih bermain dengan kata-kata membuatkan Erina sedikit geram.

“ Yelah, tapi apa?” suara Erina naik satu oktaf.
Zafran mengetap bibir saat terdengar Zafran ketawa kecil. Geram dirasakan seolah-olah dipermainkan.

“ Ok, yang pertama tolong angkat telefon setiap kali saya called dan yang kedua, perkara ni kita rahsiakan dari parent kita ok? Setuju tak?” soal Zafran setelah ketawanya reda.

“ Syarat yang kedua ok, tak ada masalah. Tapi yang pertama tu macam susah sikit kot. He he,” seloroh Erina lantas disambut ketawa Zafran.

“ Apa-apa ajalah. Ok setuju syaratnya kan? Ok lah, saya nak tidur dah ni, esok nak berjalan jauh kan, selamat malam sayang,” Erina terkedu dengan panggilan ‘sayang’ yang dituturkan Zafran tadi.

Zafran menekup bibir saat terasa bibirnya terlepas kata. Pantas dia mengubah topik.

“ Err.. Rin kirim salam pada ibu dan ayah awak ya. Assalamualaikum.” Zafran menarik nafas lega setelah menamatkan panggilan.

‘ Aku salah dengar ke memang dia panggil aku sayang? Ah! Pedulikan lah, baik aku tidur je.’omel hati kecil Erina.
                                                  ********************

Puan Zaiton hairan melihat pelbagai bahan basah yang dikeluarkan dari peti sejuk, seperti mereka akan menerima tetamu, tetapi siapa? Dia sendiri tidak tahu.

“ Putri, ni nak buat apa dengan ikan siakap, ayam segala bagai ni?” soal Puan Zaiton hairan.

Erina hanya tersenyum mendengar soalan ibunya. Lantas tanpa menjawab soalan terus sahaja dia membersihkan ayam dan ikan yang disiangnya sebentar tadi.

“ Ish, budak bertuah ni ibu tanya boleh pula senyum macam kerang busuk. Ni nak buat apa banyak-banyak. Membazir je. Tak usah masak banyak-banyak,” leter Puan Zaiton pada anak tunggalnya itu.

“ Ala, bu sekali sekala kan. Ibu kan dah lama tak makan masakan Putri,” ujar Erina seraya mengedipkan mata berkali-kali.

Zafran menghantarkan sms saat sudah bertolak dari Kuala Lumpur. Sugguh gembira perasaannya apabila membayangkan pertemuan yang akan menjadi momentum terindah sebentar sahaja lagi.

Awak masak sedap-sedap ok :) saya dah nak gerak ni. Take care

Erina tersenyum dengan gelagat manja Zafran. Segera dia menekan punat untuk membalas sms itu.

Drive carefully ok :)

Zafran menyimpan telefonnya didalam saku seluar, lantas menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja terlihat susuk tubuh ummi dan abinya yang baru saja melangkah keluar dari rumah, sementara Ain awal-awal lagi sudahpun masuk kedalam kereta.

“ Kita nak kemana sebenarnya ni?” soalan pertama yang meniti di bibir Puan Linda membuatkan senyuman dibir Zafran semakin lebar.

“ Ha’ah along, nak kemana sebenarnya kita ni?” soal abinya pula.

“ Abi dengan ummi duk diam je kat belakang, nanti dah sampai tahu la,” ujar Zafran penuh makna tersembunyi.

“ Ish, budak bertuah ni, rahsia-rahsia la pula.” Marah Puan Linda pada anak lelakinya itu.

Ain hanya tersenyum melihat wajah kelat umminya. Dia mengerling Zafran di sebelah pemandu lantas tersenyum senget.

“ Amboi sedapnya bau, anak ayah ni masak apa? Erm banyak nye juadah hari ni. Ada orang meminang ke ni sampai beriya benar Putri masak banyak-banyak?” usik Encik Zainal pada anak kesyangannya.

“ Ish, ayah ni tak da fikir lain kan. Masuk minang, kahwin itu aja yang ayah sebutkan,” rajuk Erina.
Encik Zainal ketawa lepas dengan kelakuan manja anaknya itu. Dalam hati sempat berdoa seandainya sudah sampai jodoh anaknya nanti biarlah dengan keturunan baik-baik.

 “ Ayah, ada apa-apa lagi tak yang ayah nak tambah? Kuih ke? Tetamu istimewa nak datang ni,” ujar Erina ceria.

“ Iya? Siapa?” soal Encik Zainal teruja ingin tahu.

Belum pun sempat Erina menjawab soalan ayahnya telefon bimbitnya berdering, tertera nama Zafran.

“ Assalamualaikum,” Erina memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam, saya dah sampai. Depan rumah awak sekarang ni,” ujar Zafran.
Erina memutuskan talian lantas segera membuka pintu hadapan. Segera dia memnyalam dan memeluk tubuh Puan Linda. Encik Zainal yang mengekori lankah Erina terpaku disitu, sungguh pertemuan ini sangat mengejutkan dirinya.

“ Putri, pergi panggil ibu sayang,” arah Encik Zainal.
Erina mengatur langkah ke dalam rumah seperti yang diarahkan ayahnya.

“ Ibu, mari kejap,” panggil Erina lembut.

“ Kenapa Putri?” soal Puan Zaiton hairan melihat sentuman yang tidak lekang di bibir anaknya.

“ Marilah,” Erina menarik tangan ibunya agar tidak baynak bicara.


“ Ya ALLAH Linda,” terus sahaja Puan Zaiton memeluk tubuh sahabat lamanya itu. Faham lah kini mengapa beriya benar Erina memasak banyak juadah, rupanya ada kejutan buat mereka.

“ Kau sihat Zim?” soal Encik Zainal pada sahabat yang kian lama terpisah Encik Lazim.

“ Mari masuk,” ajak Puan Zaiton usai meleraikan pelukan.

“ Rumah hang tak berubah ye Ton. Sama ja. Aku tengok anak hang makin cantik. Dulu comot ja kan?” Erina tidak mengambil pusing akan bicara Puan Linda sebaliknya dia menarik tangan Ain ke ruang dapur.

“ Ni semua Kak Rin ke yang masak?” soal Ain bagaikan tidak percaya.

“ Iya lah, tetamu istimewa nak datang kan?” balas Erina pula.

“ Dah boleh ni,” usik zafran yang tiba-tiba muncul dari arah ruang tamu itu.

“ Tengok kaki lah,” Erina turut membalas usikan Zafran.

Zafran menghamburkan tawa dengan jawapan Erina. Dia merasa sungguh bahagia kerana akhirnya dapat juga dia menatap wajah yang dirindui nya itu.

Mereka berkumpul di meja makan saat jarum jam kian hampir menunjukkan waktu untuk berbuka. 
Setelah mendengar azan Zafran mengetuai membaca doa.

Erina gembira melihat Zafran makan dengan penuh seleranya. Usai makan mereka mengambil wudhu dan solat berjemaah pula, dan pastinya Zafran menjadi imam. Entah mengapa Erina merasakan satu perasaan halus meresapi dirinya saat terdengar suara Zafran yang membacakan ayat suci Al-Quran itu. Setelah itu mereka bersiap pula ingin ke surau berdekatan, ingin mengerjakan solat terawih pula.

“ Ton hang ingat lagi tak betapa nakalnya Zafran dulu? Selalu usik si Rin, sampai nangis si Rin kan,” Puan Linda berbicara soal Zafran sewaktu zaman kanak-kanaknya.

“ Memang nakal si Aidil tu. Tapi baik hati,” ujar Puan Zaiton pula.

“ Err.. agak-agak hang la kan, Rin dak ada yang punya ke?” tanya Puan Linda, kali ni soal Erina pula yang ditanyakan.

“ Entahlah, aku tak pernah pula nampak dia berkawan dengan orang lain selain Aidil. Kenapa Linda?” soal Puan Zaiton tidak mengerti.

“ Tak ada apa lah,” sengaja Puan Linda tidak memberitahu niat hatinya, khuatir juga niatnya tidak disambut baik oleh sahabatnya itu.



Nota kaki- enjoy reading semua
Hope korang puas hati dengan n3 kali ni :)

6 comments:

Afifah Yusof said...

haha. sepanjang baca senyum aje. best kak :) aip! macam sesi nak meminang ni. hahaha :D

Reeani Annur said...

Sambung lagi, dik!

Unknown said...

oit nk berbesan la tu :)...best2

Unknown said...

afi, agak2?hehehe

kak reeani- insyaALLAH :)

dik domi- agak2 nak berbesan ke ape ni?ekekeke thanks sudi singgah komen :)

oman said...

Atam best sgt... atam ada typo kat baris "marilah," erina menarik tangan ibunya agar tidak baynak bicara.. " ke atam memang ltak macam tu? Sambung cpt2 ya,xsabar anja tau jd bebesan ke tak..hehee

Unknown said...

anja,typo dan atam sukar dipisahkan,hehe

nantikan next n3 pula ye :)