BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 8

cover by = ROZA ZALIA






Bandar Temerloh


Terhenti langkah Puan Fatimah saat mendengar sayup suara yang memanggilnya. Yang pastinya suara itu sangat dikenalinya. Ya, dia pasti itulah suara yang telah menghancurkan rumah tangganya. Lalu dia berpaling pada suara itu.

“ Apa kau nak dari aku Hamidi? Kerana kau hidup aku kini kucar-kacir, dan kerana kau..” pantas Hamidi mencelah sebelum sempat Puan Fatimah menghabiskan katanya.

“ Kalau kau kuat iman pasti perkara ini juga tidakkan terjadi, kau jangan lupa tu. Mana anak aku?” soal Hamidi seraya mempamerkan wajah tanpa riak.

Puan Fatimah gelabah, dia buntu memikirkan jawapan untuk soalan Hamidi. Dia  berharap agar jawapan yang diberikan memuaskan hati Hamidi.

“ Anak? Huh! Anak aku dah mati seiring langkah kau meninggalkan aku.” Bohong Puan Fatimah, sengaja diciptakan alasan sebegitu, tidak mahu hak penjagaan jatuh ke tangan Hamidi.

Hamidi mengetap gigi, dia yakin bahawa wanita di hadapannya kini sedang mencipta alasan, dan alasan itu sedikitpun tidak memberi kesan padanya.

“ Bohong! Aku tak percaya. Lebih baik kau jujur dengan aku atau kau nak aku jumpa Yusuf? Boleh saja kalau kau mahu aku berjumpa dengan Yusuf, memandangkan aku sudah lama benar tidak bertemu dengannya,” ujar Hamidi lantas tersenyum sinis pada Puan Fatimah.

“ Kenapa kau masih mahu menggangu aku? Tolonglah benarkan aku bahagia tanpa kehadiran kau disisi.” Tegas Puan Fatimah.

Hamidi berdecit mendengarkan ayat terakhir yang meniti di bibir Fatimah. Geram dengan ayat yang dituturkan oleh wanita yang pernah menjadi perempuan simpanannya.

“ Siapa kata aku mahu menggangu kau? Aku sekadar ingin bertanya khabar tentang anakku. Itu sahaja. Dan aku tahu kau pasti berbohong bukan?” soal Hamidi dengan riak wajah serius bagaikan singa ingin menerkam mangsanya.

“ Bu..bu..kan..bukankah aku sudah memberitahu kau bahawa anak..ku sudah mati,” ujar Puan Fatimah tersekat-sekat.

Hamidi tersenyum sinis mendengar pertuturan Puan Fatimah yang tergagap itu. Jelaslah kini bahawa wanita itu membohonginya.

“ Aku kenal kau bukan sehari dua Fat. Tapi aku kenal kau dah bertahun, kalau kau tergagap macam tadi itu bermakna kau sedang berbohong,” ujar Hamidi sambil jari telunjuk menuding ke arah Puan Fatimah yang sedang menundukkan wajahnya.

Puan Fatimah memanggung kepala apabila mendengar ayat terakhir yang meniti di bibir Hamidi. Perasaan gelisah kian menghimpit dirinya.

“ Tolong jangan ganggu lagi kehidupan aku setelah kau tahu tentang anak yang tidak pernah diiktiraf oleh kau satu masa dulu.” Puan Fatimah menarik nafas sebaik saja menghabiskan sebaris itu dengan tegas.

Hamidi terkedu melihat reaksi dingin Fatimah, insan yang pernah bertakhta dihatinya satu masa dulu.

“ Baiklah, tapi aku minta izin kau Fat, kalau aku ingin bertemu dengan anakku boleh kau izinkan? Atau kalau kau tak percayakan aku, aku mohon kau ada bersama,” pinta Hamidi penuh mengharap.

“ Kita ke restoran berdekatan, tak manis pula orang pandang kita dalam keadaan tegang sebegini,” sambung Hamidi lagi.

Puan Fatimah hanya menurut langkah Hamidi yang mendahuluinya. Sesampai sahaja di restoran Kentucky Fried Chichen (kfc) yang terletak di  berdepan dengan Maybank Puan Fatimah mengatur langkah mencari tempat duduk, manakala Hamidi menempah makanan untuk mereka berdua.

Puan Fatimah merasa canggung apabila bertemu kembali lelaki yang pernah dicintainya. Dia merasa tidak selesa bertemu dalam keadaan sebegini.

“ Apa kau nak tahu tentang anak aku?” soal Puan Fatimah setelah lama diam tidak berkutik.

“ Pembetulan Fat. Anak kita.” Hamidi melemparkan senyuman manis pada Puan Fatimah.

Puan Fatimah memalingkan wajah dari terus ditatap oleh lelaki di hadapannya kini. Sungguh perasaan benci, marah, dendam dan terluka kian sebati didalam dirinya buat Hamidi.

“ Aku minta maaf Fat, atas apa yang jadi. Sepuluh tahun Fat, aku menderita. Aku cari kau, cari anak kita. Aku sedar bahawa aku juga berdosa, pada Yusuf, pada kau dan yang lebih penting Fat, aku berdosa pada ALLAH Fat. Sungguh aku merasa sungguh hina di sisi ALLAH. Tapi Fat, tolonglah beri aku peluang untuk tebus semula dosa aku,” rayu Hamidi.

Puan Fatimah terharu mendengar luahan hati Hamidi, namun dia sudah tekad untuk tidak mudah termakan pujuk rayu Hamidi lagi.

‘ Tidak! Aku takkan percaya pada kau lagi Midi. Cukuplah dengan apa aku lalui selama ini. Pasti ini semua hanya tipu helah kau saja.’ Hati kecil Puan Fatimah bertingkah sendirian.

Puan Fatimah hanya tersenyum sinis, namun dalam hati sempat juga dia berdoa.

‘Andai benar kau sudah insaf Alhamdulillah Midi.’ Puan Fatimah menitipkan doa pada Yang Maha Esa.

“ Kalau benar kau sudah berubah mengapa kau tidak pernah mencari aku? Mengapa kau biarkan aku dicaci, dimaki, dihina sesuka hati? Kau memang lelaki yang tak punya hati nurani.” Bentak Puan Fatimah.

“ Aku.. aku minta maaf,” ujar Hamidi dengan penuh kesal.

“ Maaf? Senangnya jadi kau kan? Buat salah then lepaskan tanggungjawab. Dan dengan mudah kau minta maaf? Apa kau ingat aku ni patung boneka?” Suara Puan Fatimah naik satu oktaf, geram mendengar ucapan maaf yang dilontarkan Hamidi.

“ Fat, aku benar-benar menyesal. Tolong maafkan Fat, aku berdosa sangat Fat.”

“ Sebaiknya kau mohon kemaafan dari ALLAH S.W.T, kerana hanya DIA yang layak mengampunkan segala dosa kau. Pada aku usah kau risau aku sudah memafkan kau, kerana aku juga berdosa pada Yusuf. Dan aku juga akan hapuskan segala dendam aku pada kau seandainya Yusuf  memaafkan kau dan juga aku.” Tutur Puan Fatimah seraya bingkas meninggalkan Hamidi yang terpinga-pinga itu.

************

Zarina tersenyum mengingati peristiwa dimana Daniel melamarnya, sungguh indah dirasakannya. Sesugguhnya itulah impiannya dari dulu. Dilamar dengan situasi yang cukup romantis. Bagaikan di awang-awangan tika itu.

‘ Ya ALLAH jika benar Daniel untukku satukan lah hatiku dan hatinya, jika dia bukan untukku, damaikan hatiku dengan ketentuanmu.’ Desis Zarina dalam hati.

Rosliza hairan melihat Zarina yang seolah-olah sedang berangan itu, lantas dicuitnya Athirah yang turut sama memerhatikan Zarina.Athirah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sesaat kemudian Rosliza mengerutkan dahi melihat senyuman yang terukir dibibir Athirah.

Dengan langkah berhati-hati Athirah menghampiri Zarina lantas disergahnya Zarina. Athirah tersenyum saat mendengar latahan spontan yang terpacul keluar dari ulas bibir Zarina.

“ Oo, mama aku mahu kahwin cepat-cepat. Athi!!” Zarina menjengilkan mata pada Athirah, geram dengan sikap Athirah yang suka menyakat itu.

Bergema bilik chalet itu dengan gelak tawa mereka bertiga. Athirah mengenggam erat jemari runcing Zarina.

“ Rina, aku tumpang bahagia buat kau dan Abang Daniel. Dan kau Liza, aku doakan kau bahagia dengan Syah.” Rosliza hanya tersenyum hambar mendengar bicara Athirah.

“ Dan kami doakan agar kau bahagia dengan Nazril. Ha ha,” ujar Zarina dan Rosliza serentak.
Bulat mata Athirah memandang kedua sahabatnya itu. Geram apabila dia pula yang jadi mangsa buli kedua sahabatnya.

“ Korang! Aku tak ada apa-apalah dengan Naz latah tu.” Tegas Athirah namun disambut tawa halus Zarina.

“ Eleh, tak ada apa-apa konon. Bukan ke dia lelaki pertama yang panggil kau dengan nama Irah? Macam sweet gitu kan? He he.” Sengaja Zarina mengusik Athirah ingin tahu apa perasaan Athirah terhadap Nazril.

“ Seronok aku tengok korang. Bakal ipar duai beramah mesra la katakan. He he.” Usai Rosliza berkata mereka ketawa bersama.

“ Daniel, aku nak tanya sikit tentang adik kau boleh?” soal Nazril teragak-agak.
Daniel tersenyum senget, entah mengapa hatinya merasa senang dengan kehadiran Nazril. Mungkin kerana jarak umur yang tidak jauh berbeza memudahkan komunikasi antara mereka.

“ Sebelum kau nak tanya, boleh aku tahu apa perasaan kau pada Athirah? Kau anggap Athirah sekadar rakan atau lebih dari tu?” soal Daniel selamba.

Nazril meloretkan senyum, spontan terbayang wajah Athirah di ruangan matanya. Athirah yang manis dengan senyuman, cantik dan sangat nakal.

Daniel mengerut dahi, hairan dengan sikap Nazril. Lantas dia menepuk lembut bahu Nazril. Dia tersenyum saat melihat mata Nazril membulat kerana terkejut.

“ Yang kau ni berangan tak sudah kenapa? Aku tanya sikit pun kau dah berangan, patutlah adik aku tu asyik duk sakat kau je kan, rupanya-rupanya kuat berangan.” Perli Daniel lantas segera mencapai t-shirt yang terletak di kepala katil.

“ Maaf, pantang nama Athirah disebut pasti serta merta aku akan ingatkan dia tahu. Aku sendiri hairan dengan diri aku ni, tapi itulah yang aku rasa,” ujar Nazril lantas mengikut langkah Daniel.

“ Eh, Syah mana? Dari tadi aku tak nampak.” Daniel memutarkan bebola matanya mencari kelibat Syah, namun tidak kelihatan.

Setelah pasti Syah tiada di bilik mahupun di khemah segera Daniel dan Nazril mencari Syah di Pantai. Jauh disudut hati mereka mengharap Syah berada di situ, khuatir akan keselamatan Syah. Lantas segera Daniel menekan punat untuk mendail no Athirah.

“ Assalamualaikum, datang kat pantai sekarang Athi.” Arah Daniel lantas menamatkan panggilan segera.

“ Rina, Liza jom kita gerak ke pantai sekarang.” Usai berkata Athirah mengatur langkah laju meninggalkan kedua sahabatnya di belakang.

“ Wei, kot ya pun tunggu lah.” Zarina dan Rosliza terkocoh-kocoh mengejar langkah Athirah yang semakin hilang dari pandangan.

“ Cepatlah sikit. Abang Daniel tu macam ada perkara penting nak cakap.” Tegas kedengaran suara Athirah.

Mereka menarik nafas saat sudah sampai ke Pantai. Mata Rosliza melingas mencari kelibat Syah, lantas segera dia bertanya pada Daniel.

“ Mana Syah?” soal Rosliza seraya menarik nafas panjang.

“ Ini yang kitorang tengah cari ni, dekat bilik tak ada pun. Kitorang cuba cari kat sini pun tak jumpa juga, dia tak ada ke beritahu dia nak kemana?” soalan berbalas soalan.

Zarina melirik matanya pada Rosliza, dia hairan melihat riak kerisauan yang terpamer di wajah sahabatnya itu. Lantas Zarina menarik tangan Rosliza sedikit menjauh dari rakan-rakannya yang lain.

“ Kau tahu kemana Syah?” soal Zarina, namun hanya gelengan yang  mampu Rosliza berikan.

“ Benar kau tak tahu? Kalau jadi sesuatu pada Syah kau tak menyesal?” soal Zarina lagi.

“ Dia cuma kata nak mandi pantai, cari ketenangan. Selebihnya aku tak tahu,” ujar Rosliza bersama esak tangis.

Segera Zarina memeluk tubuh Rosliza. Pantas Zarina berbisik sesuatu.

“ Moga saja tak ada apa-apa yang berlaku pada Syah.” Rosliza meleraikan pelukan saat terlihat kelibat Syah yang sedang duduk berdekatan berhampiran pantai. Segera Rosliza mendapatkan Syah.

“ Syah.” Syah menoleh saat terasa diseru seseorang.

“ Liza, kenapa ni? Macam risau je?” tanya Syah sedikit blurr.

“ Macam risau? Awak tahu tak kami semua cari awak? Kalau jadi apa-apa pada awak macam mana? Tolonglah Syah jangan buat macam ni lagi. Kalau nak kemana-mana beritahulah, tak adalah kami risau separuh mati cari awak.” Rosliza menghamburkan marahnya pada Syah.

“ Kan Syah dah beritahu Liza? Maaf buat korang semua risau,’ ujar Syah perlahan.

Daniel menghampiri Syah dan Rosliza yang kelihatan seperti sedang bertengkar. Belumpun sempat Daniel bersuara Athirah terlebih dahulu memulakan leteran percumanya.

“ Woi, brother lain kali kalau nak pi mana-mana habaq mai la, ni tak menyusahkan orang. Kalau kau susahkan aku, abang Daniel tak apa la juga, ni sampai susahkan Liza, sampai mengalir air mata 7 baldi kau tahu? Ei geramnya aku dengan kau ni.” Pantas Syah mengelak saat Athirah ingin mencubitnya.

“ Agak-agaklah nak bercakap pun, awak jangan percaya Syah, Athirah ni propa je lebih.” Tegas Rosliza.

Pantas mereka berjalan beriringin ke Chalet. Daniel telah memberitahu mereka bahawa mereka akan pulang sebaik sahaja mengerjakan solat Asar.

***********

“ Ryan, kau tengah baca novel apa sekarang ni?” soal Ehsan.

“ Erm, pergi tanpa alasan. Pada aku ok la jalan cerita best.” Balas Ryan seringkas mungkin.
Ehsan mengganggukkan kepalanya.Tiba-tiba langkah Ryan terhenti saat terasa seorang kanak-kanak perempuan yang seperti ketakutan sedang bersembunyi di belakangnya.

“ Eh, kenapa ni dik?” soal Ryan sambil matanya melingas mencari punca ketakutan kanak-kanak itu.

“ Tolong Qis ab..ang. Qis takut,”ujar kanak-kanak itu tersekat-sekat.

“ Hoi, Kau balik rumah sekarang. Kau ni memang kurang ajar. Mari ikut aku balik sekarang, cepat,” Jerkah Nazira pada adiknya lalu menarik tangan adiknya dengan kasar.

“ Zira, kenapa ni?” soal Ryan lembut.

“ You jangan masuk campur.” Bentak Nazira pada Ryan pula.

“ Hoi, perempuan. Kau ni dengan budak macam ni tak reti berlembut sikit ke?” sinis Ehsan pula.
Nazira berdecit sambil tangan  mengejapkan pegangan di pergelangan adiknya.


“ Kakak, sakitlah. Lepaskan Qis. Sakit tau tak.” Marah Balqis apabila dirinya disakiti terus-terusan oleh kakaknya.

“ Oo, sakit. Kau tahu tak hati aku lagi sakit. Yang kau pandai-pandai report kat mama tu kenapa? Hei! Balqis kau dengar sini ya kalau lagi sekali kau report kat mama sakit kau dapat lagi berganda tahu tak.” Usai berkata Nazira meleraikan pegangannya dan berlalu pergi meninggalkan Balqis terkontang-kanting disitu.

“ Balqis tak apa-apa ke?” soal Ehsan dan Ryan serentak.
Balqis hanya berdiam diri, langsung tidak mahu bercakap biarpun sepatah. Namun sesaat kemudian Ryan tergamam saat Balqis memintanya dihantar ke suatu tempat.

“ Terima kasih abang. Balqis harap dapat jumpa dengan abang lagi. Balqis nak kenalkan abang dengan seseorang tapi kakak bidadari tak ada pula. Tak tahu kemana.” adu Balqis manja

“ Kakak bidadari? Siapa tu? Pasti cantik bukan?” sengaja Ryan melontarkan soalan itu.

“ Cantik sangat.” Usai berkata Balqis membayangkan wajah ayu Zarina yang senantiasa di mindanya.

“ Mana lagi cantik? Kak Nazira ke kakak bidadari?” tanya Ryan.

“ Mestilah kakak bidadari.” Balas Balqis seraya tersenyum manis.


Zarina tersedak. Mujur baik dia tidak sempat menghirup air nestle yang dipesannya, kalau tidak pasti tersembur pada Athirah yang kebetulan sedang duduk berhadapan dengannya.

“ Kau ok?” soal Rosliza dan Athirah serentak.

“ Ermm.” Zarina hanya menggumam.










Nota kaki- maaf andai ada kekurangan
Pesanan- harap sudi komen.

3 comments:

Afifah Yusof said...

hehe... sweet pula tiga couple tu. haha. jahat betul nazira. menyampah! haha. adakah ryan pun akan jatuh cinta pada zarina? tak sabar nak baca next :)

Unknown said...

pendek ya :(

Unknown said...

afi, ngee thanks...jangan menyampah2 ye hehe :) ryan?huhu sesiapa pun mudah jth cinta pada gadis yg baik mcm rina kan?opps hehe


domi-pendek sangat ke dik?aduhai :(
next n3 akk kasi panjg2 k :)