Ciri-ciri yang harus ada pada calon suami aku
1. Hormat orang tua
2. Terima aku seadanya
3. Handsome
4. Kaya
5. Tidak merokok
6. Muka ala-ala korea
7. Rajin kemas rumah (sebab aku ni malas orangnya)
8. Kelakar
9. (syarat wajib) tidak kedekut
10.(paling penting) boleh menjadi imam yang baik untuk aku
He.. he.. he..
Namaku Ziqa Aryssa. Dari kecil aku memang suka bila orang panggil aku Ziq. Maklumlah dari kecil lagi aku memang suka pakaian ala-ala lelaki. Apa orang panggil 'tomboi'! Ha itulah aku. Tapi bila dah besar ni aku cuba la ubah cara pemakaian aku. Cuma aku tak main la make-up bagai ni. Mende alah tu pun aku tak tahu nak pakai. Hu hu.
Ha bila dah besar member aku ada yang panggil aku Rysa tapi aku nak dengar orang panggil aku Rys. Belum pun sempat glamour dengan nama Rys tu mak aku dah berleter kat aku. Kata beliau aku ni dilahirkan sebagai seorang wanita dan kata beliau lagi 'haram' bagi seorang wanita berpakaian menyerupai lelaki. Tapi dah minat nak buat macam mana kan? Mujur baik aku ni bertudung dan menutup aurat. Kalau tak memang gaya lelaki la dengan potongan rambut ala-ala artis korea. Hu hu..
Ok, aku nak cerita sikit la tentang aku. Ramai orang kata aku ni tak gaya macam umur 20-an. Ramai yang puji kata aku comel. Ha ha.. Eh aku tak perasan tau! Betul. Ramai yang cakap macam tu, terutamanya rakan baikku Nur Nadia. Aku ada seorang kakak namanya Syafika atau nama glamournya kak Fika dan seorang abang nama Ruzaini. Abang aku pelik sikit nama gelarannya. He he, ada kawan-kawan dia panggil Roy, ada yang panggil angah disebabkan anak tengah.
" Woi, anak dara tak bangun tidoq lagi ke? Matahari dah terpacak atas kepala dah ni." Ha tu dia Puan Zaiton punya volume tak payah pakai loudspeaker dah. Ha ha..
" Ya lah mak, ceq dah bangun la ni."
Ok lah diari kesayanganku nanti aku cerita lagi tau! Nanti mak aku berleteq lagi.
" Ha, anak bertuah baru bangun? Apa nak jadi hang ni la. Pukul 12 baru nak bangun? Mujuq abah hang dah pi kerja. Kalau tak habis hang kena berleteq." Leter mak kesayanganku saat melihat kelibatku yang melintasi ruang dapur.
" Yalah, mak. Ceq dah bangun ni. Tadi lepas ja Solat subuh ceq tertidoq. Mak ni kalau duk berleteq dah lagu machine gun dah. Tak dak lampu merah langsung." Selorohku lantas segera mak mencubit pipiku yang tak berapa nak montel ni. Hu hu.. Perit dowh!
" Mak nak masak apa hari ni?" Soalku penuh minat.
" Ingat nak masak kari ayam." Spontan bibirku memuncung mendengar jawapan ibuku.
" Awat kari? Tak nak la. Tak sedap la mak." Komenku sesuka hati. Aku ni pandai komen je, kalau nak suruh masak memang tak berasap la dapur jawabnya. Hu hu.
" Hang tu memang. Padahal dulu kari tu la kegemaran hang. Kalau mak buat kari hang duk cedok penuh pinggan. Melaut," ujar ibuku lantas tersenyum.
" Tu dulu. La ni tak mau dah makan. Sat, orang pi kopek kelapa ha."
" Orang? Orang mana dik? Orang pahang? Orang terengganu ka?" Seloroh ibuku lantas ketawa mengekek.
" Mak!! Geram betul ceq!" Aku bersuara sambil mengetap bibir. Geram diusik sebegitu.Mak aku ni kan nakal tau! He He. Kuat mengusik. Sama macam anak dia ni la. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak? Nak dibandingkan antara adik-beradik aku, yang paling rapat dengan mak dan abah aku la.
*******
Biasa nya aku akan kongsikan masalah aku dengan mak dan abah, dengar nasihat mereka memberikan aku ketenangan.Begitu jugalah sebaliknya. Paling aku suka bila mak dan abah aku nak beli sesuatu, pasti mereka akan tanya pendapat aku dahulu. Orang penting tu. He He..
" Hang kena lah belajaq masak. Buatnya esok menikah laki hang suka makan kari tak ke parah nanti? Masa tu jangan nak mintak tolong mak la ye." Puan zaiton sudah memulakan mukadimahnya.
' Adeh! Mak ni tak lain tak bukan nak suruh aku kahwin la tu. Abah tolong ceq!'
" Kak hang tu dah menikah dah. Hang bila lagi?"
Aku? Hanya tersengih saat mendengar luahan hati mak yang ingin melihat aku ke jinjang pelamin. bukan sekali mak suarakan rasa hatinya, namun entah mengapa hati ini terlalu beku untuk menerima kehadiran insan bergelar lelaki.
" Dah tak dak orang nak. Tak kan ceq nak pi offer diri pula mak? Kot nanti orang pikiq ceq anak dara tak laku pula," ujarku bersama taktik yang selalu aku guna untuk mengelak dari isu hot and spicy ni. Hu hu!
" Hang memilih sangat dak? Mak carikan calon untuk hang nak dak?"
Aku yang sedang makan mee goreng ketika itu tersedak mendengar idea kurang bijak mak. Malu kot kalau zaman serba canggih ni mak ayah yang carikan jodoh. Huh!
Usai melakukan kerja rumah aku bergegas ke bilik air. Fikiranku menerawang akan butir bicara mak sebentar tadi. Bagaikan pita perakam suara mak di telingaku. Sukar untuk aku usir jauh-jauh. Takut pun ye.
" Mak carikan calon untuk hang nak dak?"
' Aiyak! Tak mau. Ziq muda lagi la. Erk muda lagi ke kalau dah masuk agka 20-an?' Gumam ku dalam hati.
Setelah hampir 20 minit aku membersihkan diri lalu aku bergegas ke bilik. Sempat lagi aku menjengah laman sosial facebook. Langsung aku terlupa akan janjiku ingin keluar bersama Nadia.
" Ziqa! Tu kawan hang datang. Ada kat depan rumah. Cepat sikit mandi tu. Hang kalau mandi tak sampai satu jam tak sah." Jerit ibu yang menyangkakan aku masih bermandi-manda lagi. He he..
" Ha yalah. Sat ceq bersiap dulu," ujarku antara dengar dengan tidak.
' Adui! Siapa pula mai rumah aku ni? Nenek Nad agaknya' He he. Nadia rakan baikku tu kuat membebel, sekali dia buka mulut dah macam orang tua je, sebab tu aku panggil dia nenek.
" Ya Allah, Ziqa kau tak siap lagi ke? Janji pukul 10. Ni dah pukul 1.30 tengah hari tau! Kau juga yang beriya ajak aku pergi bandar. Sekarang apa dah jadi? Ei geram betul aku dengan kau ni."Sembur nenek Nadia tanpa sempat aku menggunakan perisai pertahanan diri.
" Kau lawa-lawa ni nak pergi mana?" Soalku sedikit blurr.
Pukk!
Nadia menepuk dahi geram dengan sikap 'blurr' aku. Hu hu..
" Makcik Ziqa oi. Kan kita dah janji nak pergi Bandar?" Omel Nadia.
" Eh, ada ke aku janji? Aku lupa la Nad. kau naik la dulu. Aku salin baju kejap ye."
" Dasar blurr betul la kau ni. Dia yang ajak, dah tu dia sendiri yang lupa." omel Nadia sampai membuntuti aku.
*******
Kami melilau di Bandar Tun Abdul Razak. Atau lebih dikenali Bandar Jengka. Dari satu-satu kedai kami masuk. Niat di hati ingin beli kain pasang. Maklumlah tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh berkah iaitu bulan Ramadhan. Namun tiada pula yang berkenan di hati. Penat mencari kain pasang kami melilau lagi. Tiba-tiba Nadia memberhentikan keretanya betul-betul berhadapan dengan kedai Book Station.
" Eh! Nenek. Kau nak buat apa kat sini?" Soalku sedikit hairan, kerana Nadia bukanlah peminat novel.
" Ziq, aku tau kau nak beli novel kan? So sini lah Syurga novel bagi peminat novel macam kau," ujar Nadia lantas segera keluar dari perut kereta.
Wink! Wink!
Bahagia nya rasa saat kita mempunyai sahabat yang memahami susah dan senang kita. Tak mudah untuk kita mencari sahabat sejati, so bila dah jumpa sahabat sejati hargailah sebaik mungkin. Cehh! tetiba pula aku nak touching kan. Poyo juga aku ni.
" Wei, kau ok tak ni Ziq?" Soal Nadia hairan.
" Aku ok je. Terima kasih memahami aku ye." Aku lihat Nadia mencebikkan bibirnya.
Aku terpana saat melangkah kaki masuk ke dalam kedai Book Station. Mataku melingas mencari novel. Namun tidak aku temui. Lantas aku melihat ada tanda ‘Reading Station’. Segera aku memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Di tingkat bawah sekadar alat tulis dan alat sekolah sahaja.
" Wah, besar juga kedai ni ye. Ha ada pun novel 'Kerana Dia Suamiku'. Akhirnya dapat juga aku beli novel ni," tutur ku gembira apabila novel yang aku cari telah aku jumpai.
Sedang asyik aku membelek novel tetiba aku terlanggar seseorang. Aku cuba
mengukir senyum padanya. Namun terus mati senyumanku bila terpandang wajah nya
yang lebih masam dari cuka.Tapi masam-masam pun handsome juga kan? Salah
satu ciri-ciri lelaki idaman aku ada pada dia. Iaitu wajah ala-ala korea. Macam
muka Choi Siwon tu. Jangan jelous.
" Hei! How do you way silly girl? Blind? Street wear knee? Stupid!" Marah jejaka dihadapan ku dengan bahasa alien yang tidak aku fahami walau sepatah kata.
Aku terpinga-pinga saat dimarahi mamat alien di hadapanku. Lidahku kelu untuk membidas kata-kata yang dilemparkan mamat alien itu. Segera aku memeras otak memikirkan ayat yang sesuai.
' Adui la. Aku nak balas apa ni? Ah! Bedal je la cakap loghat utara. Bukan dia tau pun.' Gumamku dalam hati.
" Ceq minta maaf. Ceq tak sengaja," ujarku lantas segera mengambil buku yang terjatuh akibat terlanggar mamat alien tadi.
" Next time please be careful. Silly girl! I hate woman like you! Crazy!" Dengus mamat alien tadi.
Wajah nya yang putih bertukar kemerah-merahan kerana menahan marah. Seperti udang kena bakar pula aku tengok. Hu hu..
‘ Harap muka saja handsome tapi tak tahu adab, entah-entah dia mengumpat aku kot?’ sempat lagi hatiku bermonolog.
" Ini sudah lebih. Eh! Hang ingat aku mau sangat langgaq hang? Aku dah cakap minta maaf tu, maafkan je la. Yang hang duk sibuk cakap bahasa alien tu buat apa? Aku ni bukan nya tau apa hang cakap. Dasar sengal!" Dengus ku kasar. Geram dengan mamat alien di hadapanku ini.
Ish! Ikutkan hati mahu saja aku sepak-sepak mamat alien ni macam aku sepak bola. Geram dengan sikapnya yang berlagak.
" Nad, jom blah. Benci la aku. Tak tenang aku nak shopping novel." Aku sedikit menjerit memanggil Nadia yang entah hilang kemana. Mataku melingas mencari Nadia namun kelibatnya langsung tidak aku temui.
Belum pun sempat aku melangkah jauh tiba-tiba aku terdengar suara sumbang sedang bicara dalam bahasa yang aku sendiri tidak tahu. Maklumlah aku ni orang kampung. Hu hu..
"Anta no koto dai kirai!! (saya benci awak)." Gumam mamat alien.
' Sungguh aku benci dengan jejaka berlagak macam tu. Ok mulai hari ni aku panggil kau Mr. Sengal.' Getus ku sambil menjelirkan lidah pada Mr. Sengal.
" Crazy! " ujar Mr. Sengal lantas menghantar pandangan maut buatku.
" Ya ALLAH, kenapa la aku boleh jumpa dengan mamat yang sangat menyakitkan hati ni? Benci! Nad ni pula hilang entah ke mana."
" Sorry bro. Aku cari buku yang aku nak tu. Tapi dah habis stok, penat aku keliling kedai," ujar jejaka yang berdiri bersebelahan Mr. Sengal.
‘ Terkedip-kedip mataku melihat jejaka di sebelah Mr. Sengal. Mamat tu cakap bahasa melayu? Faham ke Mr. Sengal tu?’ cehh! Sempat lagi aku mengutuk kan?
“ Wei, makcik. Maaf. Aku pergi cari tudung tadi. Kau dapat tak novel yang kau cari tu?” Soal Nadia sambil menepuk lembut bahuku.
“ Oh! Mak kau jatuh longkang bergolek-golek. Adui! Sakit. Eh!” Latahku tanpa sengaja.
Aku menjengilkan mata pada Nadia. Malu kot melatah depan orang ramai. Lagi-lagi di hadapan Mr.sengal. Pasti lah dia kutuk aku kaw-kaw punya nanti. Aku menggigit bibir. Geram. Aku melihat dari ekor mata Mr. Sengal seolah-olah menutup mulut, menahan dari ketawa. Panasnya hati aku bila terdengar suara sumbang di belakangku yang ketawa berdekah-dekah. Pastilah ketawakan aku kan? Bertambah panas hati aku apabila melihat senyum sinis yang terukir di bibir Mr. Sengal. Kurang asam jawa punya Mr. Sengal.
“ Kalau hang nak ketawa tu, ketawa je lah. Toksah(tak payah) la hang nak tutup mulut bagai. Sengal! Malang betul la nasib aku hari ni.” Rungut ku lantas sengaja aku melanggar bahu Mr. Sengal. Sempat juga lah aku menendang kaki Mr. Sengal. Puas hati aku.
Kemudian aku menarik tangan Nadia agar membontoti ku. Panas hati beb! Harap muka je handsome tapi gila.
Usai aku membayar harga novel aku meluru ke arah kereta viva Nadia. Namun sempat aku mendengar rungutan Nadia.
“ La, siapa pula yang bengong sangat ni? Parking berlambak lagi. Sibuk nak parking belakang kereta aku. Gila punya orang. Ish! Geram lah aku macam ni. Sah-sah tak lulus lesen.”Jerkah Nadia pada pemilik kereta Toyota Vios itu.
Tidak lama kemudian aku melihat sahabat Mr. Sengal terkocoh-kocoh keluar dari kedai. Segera dia meminta maaf pada aku dan Nadia.
“ Maaf saudari. Tadi saya nak cepat. Parking pula tak ada. Maafkan saya,” ujar sahabat Mr. Sengal lantas menyusun sepuluh jari mohon kemaafan.
“ Lain kali kalau nak cepat sekalipun agak-agaklah. Ingat parking mak bapak kau ke sesuka hati letak parking macam orang tak ada lesen. Gila!” jerkah Nadia pada sahabat Mr. Sengal.
Aku menyiku lengan Nadia. Lantas aku usap tangan nya, menyuruh dia bersabar.
"Sudah lah. Awak tolong alihkan kereta awak cepat. Kami nak ke tempat lain pula ni.” Tutur ku perlahan.
“ Baiklah. Maaf lagi sekali ye. Oh ya saya nasihatkan agar saudari bersopan lah sedikit, Saudari tu perempuan. Bukan kah ada peribahasa ‘yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.” Nah! Ambik kau Nad. Kan dah melopong dengar nasihat percuma lagi bernas dari mamat yang tak kau kenal. Hu hu..
“ Aduh! “ Aku menoleh saat terasa ada tangan yang mengetuk kepalaku. Dan alangkah kaget nya aku apabila menyedari bahawa rupanya-rupanya Mr. Sengal yang mengetuk kepalaku. Terasa bagaikan ringan sahaja tangan ku ini ingin hinggap ke pipi tak berapa nak macho Mr. Sengal. Ceh! Tadi beriya aku puji dia kan? Dah kena sembur macam tu sorry la nak puji-puji ni.
‘ Ei, geram nya aku mamat sengal ni. Rasa macam nak cekik-cekik bagi mampus je.’ Gumam hatiku.
Aku perasan pandangan tajam Mr. Sengal itu. Pandangan seolah singa yang ingin menerkam mangsanya. Singa kelaparan. He he!
“ Kau nak makan PHD tak? Aku lapar la Ziqa. Aku duk tunggu kau pagi tadi sampai lupa nak makan. He he..” omel Nadia sambil tersengih menayang barisan giginya yang tersusun rapi.
“ Erm. Aku tau tu tandanya kau nak denda aku la kan sebab lambat.” Balasku acuh tak acuh. Bukan nya apa dah la Nadia ni kuat makan, tak mahu pizza pakej kecil ni, nak yang besar je. Lama-lama botak la aku. He he.
“ Ala, Ziqa kalau kau tak ikhlas belanja aku tak payah la. Kau memang suka tengok kawan baik kau ni mati kelaparan. Mana la tau nak balik nanti aku hembuskan nafas terakhir. Kempunan aku nak makan PHD yang kau belanja,” ujar Nadia sambil mengeluarkan ayat seperti minta penampar sulung Ziqa Aryssa.
“ Dah kau jangan nak mengarut. Kalau nak makan cepat sikit. Nanti mak aku berleter balik lewat-lewat.” Ai, Nampak gaya terpaksa la aku mengalah. Hai la nasib badan dapat kawan kuat makan.
Orang yang sedang ramai beratur menunggu giliran itu mematahkan semangat aku untuk melahap Pizza PHD. Lantas aku mengajak Nadia ke Restoran Marrybrown.
“ Ala, kau ni ziq. Kat sini pun ramai orang juga.” Nadia mencebik tidak setuju dengan pilihanku.
“ Ah! Banyak songeh pula kau. Orang nak belanja ni bukan reti nak syukur. Kalau nak bebel juga jom kita balik. Makan kat rumah. Habis cerita.” Nadia hanya tersengih mendengar bebelanku.
Usai mengambil order kami mengambil tempat di sudut meja hujung sekali, namun belum sempat aku melabuhkan punggungku tiba-tiba kerusi yang ingin aku duduk itu telah ditarik oleh seseorang. Apa lagi jatuh lah aku bak nangka busuk. Perit dowh.
Gedebuk!!
Bunyi yang agak kuat itu telah menarik perhatian semua orang yang sedang menjamu selera di situ. Apa lagi ketawa berdekah-dekah lah jawabnya. Mana tak ketawa nya bila dah ada free show depan mata confirm jadi bahan ketawa kalau dah benda yang menggelikan hati kan? Yang sakit hatinya aku lah. Dah nak hangus aku ni beb! Muka tak usah cakap la dah berinci-inci tebalnya. Dengan kadar segera juga aku bangkit ingin membalas peperangan yang sengaja Mr. Sengal lancarkan.
“ Oi! Sengal. Apa yang kau tak puas hati dengan aku. Aku tak kacau hang pun.” Suaraku naik satu oktaf.
Namun Mr. Sengal hanya tersenyum sinis. Nadia tergamam melihat peperangan dinginku dan Mr.Sengal.
“ Selayaknya untuk kau. Tendang lagi kaki aku. Lain kali kalau kau buat aku sakit, aku akan balas berganda-ganda,” Bisik Mr. Sengal pada ku lantas tanpa dipelawa dengan wajah selamba terus sahaja dia mengambil tempat di sebelahku.
“ Hoi! Siapa suruh kau duduk sini? Sengal.” Sengaja aku membakar perasaan Mr. Sengal.
“ Ada nama kau ke sini? Setahu aku restoran ni public area? Yang kau berdiri tu kenapa? Restoran ni bukan nak runtuh pun lagi. Sebelum aku malukan kau baik kau duduk.” Arah Mr. Sengal sambil merenung tajam wajah comel ku ini. Ha ha. Comel la sangat.
Aku mengetap bibir tanda geram. Kalau tak kenangkan perut aku yang sedang lapar ni mahu aja aku hantukkan kepala Mr. Sengal pada meja. Biar betul sikit wayar yang terputus tu. Huh! Menyakitkan hati je. Suasana yang hingar bingar langsung tidak menggangu konsentrasi aku untuk melayan laman social facebook.
‘ Erm, nak update status lah,’ gumam ku sendirian melayan perasaan.
“ Hari ni nasib aku sangat lah malang kerana aku berjumpa dengan jejaka yang sangat sengal dan gila. Sikap nya buat aku rasa menyampah sangat. Dah la berlagak nak mampuih!!” He he. Aku tersenyum sendiri melihat status yang ter’update’ sebentar tadi.
“ Woi, Miss Blurr. Kau senyum-senyum tu mesti kutuk aku kan?” Soal Mr. Sengal seolah-olah memahami apa yang berlegar difikiran ku ini.
“ Apa kau panggil aku? Kau pernah tak rasa ‘sup selipar’? Kalau tak pernah aku boleh tolong buatkan. Dengan rela hatinya,” Balasku geram lantas segera aku memalingkan wajah dari pandangannya.
“ Dah memang kau blurr. Nak marah aku buat apa? Kau panggil aku sengal aku tak kata apa pun.”
“ Itu sebab kau tak ada perasaan. Memang sesuai la aku gelarkan kau Mr. Sengal.Kau..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku Nadia pula sudah bersuara.
“ Woi. Agak-agak lah nak bergaduh pun. Sini tempat untuk makan bukan ‘gelanggang gusti’. Sindir Nadia pada kami berdua.
“ Entah kau orang ni. Aku kahwin kan baru tau langit tu tinggi ke rendah.” Tutur sahabat Mr. Sengal pula.
“ Eh! Tolong la. Siapa la nak kahwin dengan minah blurr ni? Tak hingin aku.” Bentak Mr.Sengal geram dengan kata-kata yang dilemparkan oleh sahabatnya.
“ Amboi. Dengar sini baik-baik. Aku nak berpantun sikit.” Lantas aku berdehem test power. Lalu aku merenung tajam wajah Mr. Sengal.
“ Pinggan tak retak, nasi tak dingin, engkau tak hendak, aku lagi tak hingin tau!.” Sejurus aku menghabiskan kata-kataku segera aku berlalu meninggalkan Mr. Sengal yang terpinga-pinga itu.
****
Sebulan selepas kejadian yang berlaku di restoran Marrybrown aku tidak lagi bertemu dengan Mr. Sengal yang menyakitkan hati itu. Namun ada Sesuatu yang mengganggu fikiran ku kini. Iaitu permintaan mak dan abah yang tidak dapat aku menolaknya. Sesak nafasku bila teringat kata-kata emak seminggu yang lepas.
“ Ziqa. Kalau mak dan abah nak cakap ni harap hang tak marah. Kami sebenaqnya nak..” Emak melepaskan keluhan berat.
“ Awat nya mak? Nak pakai duit ka?” Serentak emak dan abah menggelengkan kepala.
“ Dah tu awatnya? Macam berat ja mak nak luahkan. Ceq ada buat salah ka?” Sekali lagi abah menggelengkan kepalanya.
Suasana bungkam seketika. Aku keresahan melihat emak dan abah diam tidak berkutik. Peluh yang merembes keluar dari dahi aku kesat dengan hujung lengan bajuku.
“ Biaq abah terus terang kat hang la. Sebenaqnya macam ni ada orang masuk minang hang. Abah belum bagi kata putus lagi. Hang pikiaq la dulu ya,” ujar abah lantas menepuk lembut bahuku.
“ Apa?” Bergema seisi rumah degan suaraku yang agak nyaring.
‘ Ya Allah, dugaan apa ni? Aku? Dalam banyak-banyak perempuan kenapa la nak masuk meminang aku? Aku belum bersedia lagi la. Masak pun terkontang-kanting lagi. Nak bagi makan apa kat laki aku nanti? Tak kan nak makan Maggie tiap-tiap hari kot? Adeh! Parah ni.’ Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
Tok! Tok!
Ketukan di pintu mengejutkanku dari lamunan yang panjang.
“ Ziqa.” Panggil mak lantas segera aku memulas tombol pintu.
Emak meluru masuk ke bilik lantas beliau duduk di birai katil. Aku turut melabuhkan punggung di sebelah emak.
‘ Uit! Anehnya. Mak aku ni dah kenapa? Senyum lebaq sampai ke telinga ni? Ni mesti ada sesuatu ni.’ Getus hatiku.
“ Mak nak tanya apa keputusan Ziqa? Hang terima ka dak lamaran Haziq Naufal?” Tanya emak padaku.
“ Haziq Naufal tu siapa mak? Rasanya tak pernah pula Ziqa dengaq nama tu? Bukan orang kampung kita kan?” Soalan dibalas dengan soalan.
“ Hang ingat dak sebulan lepas? Kan mak kena ragut. Dah tu budak Haziq tu la yang duk tolong mak. Baik budak nya. Hormat orang tua.” Berkerut dahiku mengingati peristiwa yang diceritakan emak.
“ Dah tu kalau baik awatnya?” Soal ku. Sengaja aku buat-buat tidak mengerti akan kata-kata yang emak ingin sampaikan.
“ Ziqa, kalau boleh mak minta sangat hang terima la lamaran Haziq. Mak ni nak harapkan hang sampai kucing bertanduk pun hang tak menikah. Mak ni dah tua,” ujar emak lantas sekali gus menyindirku. Hu hu..
“ Tengok lah macam mana ya mak.” Balasku acuh tak acuh.
“ Abah hang pun suka budak Haziq tu. Kami Cuma tunggu lampu hijau dari hang ja ni,” ujar emak sambil menggengam erat jemariku.
“ Err, bagi ceq masa tuk pikiaq boleh dak? Lagi pun soal kahwin bukan boleh buat main-main. Dan kalau boleh kahwin seumur hidup. Err, ceq nak tanya sikit boleh dak mak?” Soalku pada emak lalu aku baring di ribaan emak.
“ Awat, hang nak tanya apa Ziqa?”
“ Mak dan abah dulu kahwin atas pilihan hati ka pilihan keluarga?” Sengaja aku lontarkan soalan cepumas agar mudah aku membuat pilihan di lain hari. He he..
Mak tersipu malu. Mungkin malu dengan soalan ku.
“ Pilihan keluarga. Tapi walau pilihan keluarga alhamdulilah sampai sekarang kekal kan? Waktu mak tunang dengan abah hang tu malu-malu juga aih. La ni tak dak dah rasa malu.” Tutur emak lantas tersenyum simpul.
****
Demi kerana insan yang aku sayangi aku turutkan jua. Emak adalah orang yang sangat gembira apabila aku melafazkan persetujuan untuk menerima lamaran Haziq Naufal a.k.a Mr. Sengal. Saat cincin permata bertatahkan berlian tersarung di jari manisku baru lah aku menyedari bahawa Haziq Naufal dan Mr. Sengal adalah insan yang sama. Majlis perkahwinan kami diadakan dengan gilang gemilangnya di Dewan Gemilang Cameron Highlands atas permintaan Haziq Naufal sendiri. Aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Mr. Sengal kini telah menjadi suamiku. Hu hu..
Bunyi tepukan gemuruh para tetamu mengembalikan aku ke alam nyata.
“ Ok itu dia kumpulan Nasyid terkenal UNIC dengan lagu yang didendangkan khas buat mempelai kita. Ok, saya ada satu permintaan. Saya ingin memanggil dua mempelai kita ke pentas untuk menyampaikan 1 buah lagu. Nak dengar tak?” Celoteh Qayyum.
“ Nak!” serentak para tetamu menjawab, membuatkan suasana di dewan sedikit gempak.
‘ Uweek! Tak mahu aku menyumbangkan suara aku yang lunak merdu ni. Dari aku menyanyi dengan Mr. Sengal rela aku nyanyi dengan Nad.” Gumamku tidak puas hati dengan cadangan Qayyum a.k.a sahabat Mr.Sengal.
“ Hai la nasib badan. Suami dah la sengal, kawan dia pun sengal juga.” Omelku tanpa sedar bahawa Mr.Sengal memerhatiku tajam.
“ Apa kau cakap? Aku kurang dengar. Ulang lagi sekali. Dasar Miss Blurr.”
Aku menjengilkan mata saat terdengar gelaran yang Mr.Sengal ungkapkan sebentar tadi.
“ Kau, panggil aku apa tadi? Sengal.” Pantas sahaja Mr.sengal menarik tanganku naik ke pentas apabila semua mata tertumpu ke arah kami.
“ Berikan tepukan gemuruh pada pengantin kita Haziq dan Ziqa.” Ucap Qayyum lantas memberikan microfon pada kami.
Aku sempat perhatikan mata para tetamu yang tertumpu ke arah kami. Aku menelan liur. Kecut perut ye juga. Mr.Sengal pula dengan sesedap hati dia je nak peluk aku.
‘ Adui! Rasa nak macam nak buang air la pula. Nervous la. Hu hu.. Mr.Sengal kau jangan nak lebih-lebih. Kau peluk-peluk aku pun dah kira haram tau!’
‘ Mandat mana kau belajar suami peluk isteri tu haram? Dapat pahala lagi adalah.’ Aku terpana. Mr.Sengal seolah-olah dapat membaca apa yang berlegar difikiranku.
Berakhir sudah
pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu
Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Usai kami menyampaikan
lagu tiba lah acara memotong kek. Sempat aku melihat sinar bahagia yang
terpancar pada wajah emak dan abah. Kak Fika tidak dapat hadir kerana sedang
sarat mengandungkan anak pertama. Sesudah memotong kek tamat lah sudah majlis,
kini tiba lah saat perpisahan kerana Mr.Sengal sudah memberitahuku awal-awal
bahawa kami akan ‘honeymoon’ di Cameron Highland.
Sob! Sob!
Emak menangis
teresak-esak kerana kami tidak pernah berjauhan selama ini. Berkahwinnya aku
bermakna aku bukan lagi tanggungjawab emak dan abah.
“ Ziqa, jadi isteri yang
baik na. Dengar cakap suami, jangan melawan cakap suami.” Sempat emak
menitipkan nasihat buat aku.
Aku memeluk emak erat.
Aku menangis semahu-mahunya. Sebak kian terasa apabila memikirkan perjalanan
hidup yang akan aku layari bersama Mr.Sengal. Sungguh tidak aku menyangka
bahawa kini aku dan Mr.Sengal telah selamat diijabkabulkan. Mungkin salah aku
juga, ye lah bila mak tanya tak mahu tengok dulu ke bakal suami terus saja aku
jawab tak mahu. Kan dah kesal sekarang. Hu hu..
Mr.Sengal memeluk
bahuku. Kemudian terus dia mengesat air mata yang mengalir di tubir mataku. Dia
tersenyum manis. Hatiku bergetar hebat apabila melihat senyumannya itu. Entah
mengapa aku dapat merasakan senyumannya itu ikhlas buatku.
Sejurus emak berlalu
seorang gadis ayu mendekatiku dan Mr.Sengal. Gaya lenggoknya persis seorang
model. Lalu dia menghampiriku dan tersenyum manis.
“ Ziqa kan? Saya sepupu
Haziq. Panggil je saya kak Kasieh. Selamat pengantin baru akak ucapkan buat
Ziqa, moga berkekalan hingga akhir hayat,” ujar Kasieh yang manis berbaju
kurung moden kuning air dipadankan pula tudung warna sedondon.
“ Terima kasih kak
Kasieh.” Ucapku lantas mengukirkan senyuman hambar.
“ Haziq, lepas ni jaga
lah Ziqa elok-elok ye. Jangan sia-siakan Ziqa tau,” ujar kak Kasieh sambil
memeluk erat lenganku.
“ Emm.” Gumam Mr.Sengal.
“ Tahniah Ziqa,” ujar
Nadia entah dari ceruk mana datangnya.
“ Terima kasih Nad.
Doakan kebahagiaan kami ye.” Tutur ku lantas aku memeluk tubuh langsing milik
Nadia.
*******
Kini genaplah sudah
sebulan aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku benci, siapa lagi kalau
bukan Mr.Sengal.
“ Miss Blurr, aku nak
pergi kerja dah ni. Apa-apa hal telefon aku.” Tutur Mr.Sengal.
“ Ha, baru ingat. Aku
balik makan tengah hari kat rumah. Kau masakkan kari kepala ikan erk.” Pesan
Mr.Sengal sesuka hatinya.
“ Err..er kalau masak
lain tak boleh ke? Asalkan bukan kari?” Soal ku lantas tersengih.
.
“ Dah kenapa? Kalau kau
tak pandai cakap la. Aku makan kat office je.” Serius nada suara Mr.Sengal.
“ Eh, siapa kata aku tak
pandai?” Balasku menutup kegelisahan hati.
‘ Adui! Macam mana ni?
Ah! Apa susah? Abang google kan ada. Takpun tanya mak. He he.’ Getusku dalam
hati.
“ Hoi! Berangan. Aku nak
pergi dah ni.” ujar Mr.Sengal lantas menghulurkan tangan padaku.
“ Err.. Kenapa? Kau tak
ada duit ke?” Soalku sedikit blurr.
Mr.Sengal berdecit,
mungkin geram dengan sikap aku.
“ Sayang, kalau nak
dapat redha suami haruslah melakukan sesuatu yang suami sukai bukan? Sayang tak
nak salam dengan abang ke? Buatnya nanti abang pergi kerja nanti sayang tak
sempat nak minta maaf ke apa? Menyesal sayang nanti.” Aku terasa ingin
termuntah apabila mendengar perkataan ‘sayang-abang’ yang dituturkan oleh
suamiku. Eh, sejak bila pula aku mengaku dia suami aku ni? Hu hu..
Lantas segera aku
mencapai tangannya lalu aku mencium tangan kekarnya itu. Aku terpaku bila
melihat senyuman yang terukir cantik di bibir Mr.Sengal. Dengan malu-malunya
dia mengucup ubun-ubunku. Saat itu aku terasa damai. Terasa diriku sangat
dihargai. Sungguh aku tidak pernah merasai sebegini. Adakah cinta sudah
berputik?
Usai Mr.Sengal berlalu
meninggalkan aku terus sahaja aku mencapai telefon untuk menelefon mak
kesayangan aku. Sesaat, dua saat, hatiku kegelisahan menunggu orang di sebelah
sana untuk menjawab panggilanku. Lantas aku mencuba lagi.
“ Mana pula mak ni?”
omelku sendirian.
“ Assalamualaikum.” Sapa
suara di hujung talian.
“ Waalaikumsalam. Mak ke
ni? Ni Ziqa.”
“ Eh! Adik. Kenapa
sayang? Ni kak Fika. Kejap, akak nak tanya ni. Macam mana setelah berkahwin ni
ada perubahan apa-apa tak?” Tanya kakak kesayanganku membuatkan aku tersipu
malu. Nasib baik kak Fika tak nampak muka aku. Hu hu..
“ Err, kak. Lain kali
adik jawab erk, sekarang adik ada misi yang lebih penting ni. Soal hidup dan
mati.” ujarku serius.
“ Hah! Kenapa? Adik
sakit ke? Haziq mana?” Soal kak Fika bagai peluru berpandu sehingga aku tergamam
tidak tahu soalan mana kah mahu aku jawab dahulu.
“ Kak Syafika binti
Ahmad boleh tak tanya satu persatu? Haziq dah pergi kerja lah.” Jawabku
lambat-lambat.
“ Dah tu kenapa? Ha kak
Fika tahu. Adik nak tanya resepi masakan ke? He he..” Tebak kak Fika dengan
tepat lagi sahih.
Gulrp!!
Aku menelan liur. Memang
kak Fika seorang yang amat memahami. Sama juga macam mak. Tahu saja apa yang
berlegar di fikiranku.
“ He he. Kak Fika ni
macam ahli nujum je. Tau-tau je apa yang adik nak cakap.” Kedengaran tawa halus
kak Fika,membuatkan hatiku membuak-buak merindui saat bersamanya.
“ Adik kesayangan akak
kan? Ok nak tanya resepi apa ni?” soal kak Fika.
“ Kari kepala ikan.”
Ringkas jawapanku lantas kak Fika memberikan aku resepinya secepat yang
mungkin.
Usai kak Fika memberi resepi
aku memulakan operasi membersihkan rumah dahulu. Setelah itu aku memulakan pula
menyiang ikan. Sedang aku sibuk di dapur kedengaran suara orang memberi salam.
Lantas aku menyimpan semula ikan di dalam peti kemudian segera aku meluru ke
arah pintu.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam. Eh,
mama mai masuk. Abang Haziq baru saja pergi kerja,” ujarku ramah pada ibu
mertuaku.
“ Mama tau. Ziqa buat
apa? Ha, ni mama nak kenalkan adik pada Haziq, Afie dan Nisa. Depa ni kembaq.”
Tutur mama dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“ Oo, waktu kenduri hari
tu Afie dan Nisa tak datang kan?” tanyaku lantas tersenyum senang.
“ Kami exam time tu kak Ziqa.” Serentak Afie
dan Nisa menjawab.
“ Tak apa. Akak faham. Oh!
Mama tadi Ziqa tengah sibuk kat dapur. Mama datang bertiga je ke? Papa mana?”
Soalku setelah puas mencari kelibat papa namun tidak jua aku temui.
“ Papa Ziqa tu pagi-pagi
lagi dah keluar. Main golf katanya.” Suara mama sambil melihat susun atur
perabot.
‘Fuh, selamat aku dah
kemas tadi. Penat juga la nak kemas walau rumah taklah sebesar mana. Ceh!
Padahal memang aku ni agak lazy sikit
bab kemas-mengemas ni. Ha ha.’ Detik hati kecilku.
“ Ziqa nak masak apa?
Sejak kamu kahwin ni mama rasa macam lama sangat mama tak masak untuk Haziq.
Boleh mama tolong kamu masak?” Tanya mama lantas mematikan lamunanku.
“ Err, boleh. Tapi..”
Belum sempat aku menghabiskan kata mama sudah bersuara seakan memahami apa yang
aku fikirkan.
“ Tak mengapa, nanti
mama tolong kamu. Jangan risau ye sayang.” Tutur mama lantas tersenyum manis.
Aku merasa sungguh bahagia saat ini.
Operasi gotong-royong
pun bermula. Tak sangka adik Mr. Sengal mudah mesra dan sangat baik orangnya.
Dah la tu ringan tulang pula tu, tak macam Mr.Sengal yang selalu menyakitkan
hati je. Eh! Aku ni asyik duk kutuk laki sendiri je,tak pasal-pasal dapat dosa
kering kan?
Haziq Naufal tersedak
saat air menjengah di kerongkongnya. Berkerut dahinya melihat fail yang
dibasahi air yang tersembur tadi.
‘ Ni mesti Miss Blurr
umpat aku ni. Adui! Habis semua fail aku.’ Getus hatinya.
Tok! Tok!
“ Masuk.” Haziq
mempelawa tetamu yang dinantinya untuk melaporkan diri.
Saat matanya menentang
mata tetamu yang dinantinya hatinya bergetar hebat. Terasa masa bagaikan
berhenti saat itu. Lantas dia tersenyum manis buat tetamunya. Haziq memberi
isyarat menyuruh gadis itu duduk.
“ Encik Haziq, saya
Suraya ingin laporkan diri. Ini segala maklumat saya.” Ujar gadis dihadapan
Haziq lantas tersenyum menggoda.
Tanpa melihat segala
maklumat pantas sahaja Haziq menerima Suraya bekerja untuk menggantikan Syima
yang sedang cuti bersalin itu.
“ Bila awak boleh mula
bekerja?” Tanya Haziq. Wajahnya terukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.
“ Hari ni pun boleh,”
Ujar Suraya lalu mengenyitkan sebelah matanya.
“ Sebelum ni awak tak
pernah kerja mana-mana ke? Soal Haziq sambil menggengam erat jemari Suraya. Lantas
dikucupnya jemari Suraya.
“ Saya tak pernah kerja
mana-mana pun. Sebab saya percaya rezeki saya memang sudah tertulis ada
disini,” sengaja Suraya melembutkan suaranya lalu sengaja dilenggokkan badannya
ingin menggoda Haziq.
“ Oh, ya mari saya
tunjukkan tempat awak.” Haziq berjalan seiring dengan Suraya. Sempat Suraya
memaut lengan Haziq.
Semua staf HN Sdn.
Bhd terbeliak mata melihat bos mereka Haziq Naufal berjalan beriringan dengan
seorang wanita yang cantik namun agak seksi pakaiannya.
‘ Ya ALLAH, tak kan lah
Haziq nak terima minah tak cukup kain ni? Cantik lagi Ziqa.” Detik Qayyum dalam
hati.
Haziq yang melangkah
laju itu tiba-tiba berpaling semula lantas dia memperkenalkan gadis di
sebelahnya pada staf HN Sdn. Bhd.
“Oh! Lupa pula. Kenalkan
ini Suraya. Pekerja sementara yang akan menggantikan Syima. Harap anda semua
berikan kerjasama ye,”ujar Haziq dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Suraya tersenyum dan
menyalami semua pekerja, tiba-tiba saat dia menghulurkan tangan ingin bersalam
dengan Qayyum dia terpana dengan sindiran pedas Qayyum.
“ Maaf, saya tak akan
salam dengan perempuan yang bukan mahram saya.” Suraya tersentak dengan
sindiran Qayyum,lantas memalingkan wajah dari terus memandang wajah Qayyum.
“ Qayyum, kenapa nak
sindir? Cakap baik-baik tak boleh ke? Suara Haziq naik satu oktaf.
Fatin yang mendengar
Haziq membela Suraya hanya menggelengkan kepalanya. Di dalam hati jelas
ketidakpuasan hatinya. Selama ini sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang
Qayyum pasti dimarahi Haziq. Pantang diusik sedikit sahabat karibnya itu.
Nampaknya wanita yang tak sampai satu jam perkenalannya ini telah merubah sikap
bosnya itu.
“ Encik Haziq, atas alas
an apa Encik Haziq terima Suraya ni bekerja disini? Adakah sebab dia ni
cantik?” Tanya Qayyum sambil tersenyum sinis melihat Suraya yang tanpa segan
silu memaut lengan Haziq.
“ Suraya memang layak
bekerja disini, jadi tolong jangan pertikaikan atas alasan apa dia disini,” tegas
kedengaran nada suara yang Haziq lontarkan. Tanda tidak mahu ada sebarang
bantahan lagi.
Usai berkata Haziq terus
sahaja berlalu meninggalkan staf nya yang dalam kebingungan itu.
“ I tak suka la tengok
Suraya tu. Gedik je.” Suara salah seorang dari mereka.
“ Bukan gedik lagi dah
tapi lebih pada goda dan I pasti dia mahu pikat bos kita tu. Harap bos kita tu
kuat iman kan?” Suara itu berbisik lagi.
“ Erm, i tengok
perempuan tu macam ada agenda tersembunyi la. Tak kan Encik Haziq boleh marah
you bila you sindir ‘minah gedik’ tu?” Fatin bersuara sambil tangan menuding
jari pada Qayyum.
Qayyum tersentak tentang
penyataan yang Fatin cuba sampaikan. Dia tekad andainya Suraya cuba bermain api
dengan Haziq dia harus menyelamatkan Haziq dari terus hanyut.
“ Aku tak akan berdiam
diri. Aku akan selamatkan Haziq.” Tekad Qayyum lantas dia membisikkan sesuatu
pada semua staf yang ada disitu.
*****
Usai aku solat isyak
terus sahaja aku membaringkan tubuh di atas katil empuk. Hatiku terasa sebal,
sakit apabila dengan mudah Mr.Sengal melupakan janjinya. Sedang aku mengelamun
melayan perasaan tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Aku menutup wajah dengan
bantal, geram melihat wajah bersahaja suamiku itu.
“ Aku minta maaf. Tadi
aku ada hal penting, Jadi aku tak dapat balik,” Ujar Haziq tanpa memikirkan
perasaan aku yang terluka.
Mr. Sengal yang berjalan
menuju ke bilik air berpatah semula apabila aku langsung tidak menunjukkan
sebarang reaksi akan kata-katanya.
“ Wei, kau ok tak?
Kau..” Mr.Sengal tergamam saat melihat gaun malamku yang terselak sehingga
paras peha.
Laju aku mengalih bantal
yang menutupi wajahku saat aku terasa ada tangan yang merayap di atas pehaku.
“ Kau bu..at apa ni?”
Soalku takut-takut.
“ Sekadar menatap
keindahan yang ada pada awak. Izinkan saya untuk menjalankan tanggungjawab saya
sebagai seorang suami.” Aku terpana saat Mr.Sengal a.k.a suamiku menuturkan
kata-kata dengan nada yang sangat lembut.
Dan malam pun melabuhkan
tirainya. Kini aku Ziqa Aryssa sudah menjadi isteri kepada Haziq Naufal dalam
erti kata yang sebenar-benarnya. Moga ikatan yang terbina ini akan berkekalan
hingga ke Syurga. Aamiin.
Bip! Bip!
Aku terjaga apabila
terdengar bunyi mesej dari telefon bimbit milik suamiku. Lantas aku capai,
namun belum sempat aku membuka mesej tersebut suamiku sudah merampas
handfhonenya terlebih dahulu.
“ Sayang, jom tidur
semula.” Tutur Haziq lantas membaringkan aku lalu dikucupnya dahiku.
Haziq membuka pesanan
ringkas(sms) kiriman Suraya itu dengan langkah berhati-hati.
Syg, awak dah tido ke? Saya tak boleh tido
syg, saya rindukan awak.
Haziq tersenyum melihat
mesej yang dihantar buah hatinya itu.
Tadi saya dah tido syg.
Sabarlah esok kita jumpa ye.
Suraya tersenyum puas.
Lalu terus direbahkan dirinya atas katil yang empuk. Galaxy notednya masih
digenggam erat.
Ok, Syg.Kita jumpa esok
ye. Slmt mlm, love u.
Haziq tersenyum simpul
dengan perlakuan manja Suraya, terbayang di matanya Suraya yang cantik dan
menggiurkan hati lelakinya.
Ok, slmt mlm, love u to
:)
***********
Aku melihat kelibat
suamiku dari jauh, lalu aku ingin mendekatinya namun langkahku terhenti saat
aku terdengar perbualan dua sahabat itu.
“ Apa? Kau tak fikir ke
macam mana perasaan Ziqa? Kau jangan pentingkan diri kau sendiri je. Ziqa tu
dah banyak berkorban untuk kau. Dia terlalu baik, tapi kau abaikan dia macam tu
je. Lebih baik kau fikir semula tentang tindakan kau sebelum terlambat. Aku tak
mahu kau menyesal kemudian hari.” Tutur Qayyum memujuk Haziq agar pertimbangkan
idea ‘bodoh’ nya itu.
“ Aku tahu la apa yang
aku buat. Aku tak akan ceraikan Ziqa. Cuma aku minta untuk menikahi Suraya, tu
je.” Ringkas jawapan yang Haziq berikan, membuatkan Qayyum berang.
“ Jangan pernah kau
sakiti Ziqa, itu amaran aku,” ujar Qayyum sambil mencekak kolar leher Haziq.
Lantas segera Qayyum berlalu meninggalkan Haziq yang sedang terpinga-pinga itu.
Aku ingin melarikan diri
saat Qayyum terpandang wajahku. Namun cepat sahaja dia menghalang laluanku.
“ Ziqa, awak.. awak dah
dengar apa yang Haziq cakapkan ke?” soalan Qayyum tidak mampu aku jawab, Aku
hanya mampu menganguk cuma.
“ Saya janji pada awak
Saya akan..”
“ Qayyum,anggap saja
yang saya tak dengar apa yang di Haziq tuturkan sebentar tadi,” ujarku lantas
segera berlalu meninggalkan Qayyum.
Haziq termenung
keresahan. Sakit kepalanya apabila memikirkan sahabatnya Qayyum yang jelas
langsung tidak menyokong tindakannya untuk menikahi Suraya. Layanan yang
diterima dari seorang isteri juga melumpuhkan semangatnya yang ingin menikahi
gadis pujaan hatinya itu.
‘ Kenapa pula laki aku
ni? Dari tadi asyik termenung je. Ha, mungkin dia penat kot, isteri yang mithali
harus sentiasa ada saat suami memerlukan dan harus menyenangkan hati suami.’
Gumamku sendiri lantas aku mendekati suamiku segera aku urut badannya.
Aku lihat suamiku
sedikit tersentak apabila jemariku menyentuh tubuhnya. Lantas dia menarik
tanganku agar duduk bersebelahan dengannya.
“ Ziqa, abang..nak..”
“Kenapa abang? Abang nak
cakap apa?” Soalku lantas tersenyum manis pada suamiku.
‘ Ya ALLAH, aku tak
sanggup melukakan hati Ziqa. Namun aku juga tidak mampu menolak perasaan cinta
yang ada buat Suraya.’ Detik Haziq di dalam hati.
“ Abang.. Abang dah
jatuh cinta pada perempuan lain. Dan abang mahu menikahi dia.” Tutur Haziq
dengan susah payah.
“ Abang, pandai abang
buat lawak. Abang nak minum?” Tanyaku pada Haziq.
“ Ziqa, dengar sini
baik-baik ye. Kali ni abang serius. Abang betul-betul maksudkan nye. Izinkan
abang untuk berkahwin ye.” Suara Haziq perlahan.
“ Tergamak abang buat
Ziqa macam ni. Apa salah Ziqa pada abang?”Soalku lantas segera aku berlalu
pergi.
Namun sempat Haziq
menarik tanganku,di gengamnya erat jemariku. Lantas segera aku menarik tanganku
saat dia ingin mengucup jemariku.
“ Awak langsung tak fikir
perasaan saya. Cuma perasaan awak je yang awak fikir. Saya isteri awak.
Bukannya kain buruk. Bila perlu awak ambil bila tak nak awak buang.” Jelas
kedengaran sendu dihujung kataku.
Lantas aku meluru keluar
dari rumah yang bagaikan neraka. Bahang kepanasannya kini kian aku rasakan.
Sungguh aku tidak sanggup lagi untuk terus berhadapan dengan insan yang kini
sangat aku cintai.
“ Ziqa, tunggu sayang!”
Panggil Mr.Sengal namun tidak aku menoleh wajah yang sudah melukai hatiku kini.
“ Ziqa, sayang.” Panggil
Mr.Sengal lagi lantas merentap tanganku.
“ Tolong jangan panggil
saya sayang andainya di hati awak sudah tiada ruang buat saya Tolong jangan
tambahkan luka dihati saya.” Tuturku dan kemudian aku rebah menyembah bumi.
Terlalu sakit untuk aku menelan semua yang terjadi.
Aku rebah didalam
pelukannya. Mungkin ini adalah peluang terakhir untuk aku bersamanya.
‘ Ya ALLAH, andai ini
takdirku, AKu redho Ya ALLAH.’Hatiku berdetik sendiri.
Setelah sejam Mr.Sengal
memujuk, aku kembali ke situ. Di rumah itu, yang telah membuat aku bahagia,
sedih dan segalanya. Aku nekad esok selepas subuh aku ingin melakukan sesuatu.
*******
“ Sayang, jangan
tinggalkan abang, tak. Sayang!” Puas sudah Haziq mencari kelibat isterinya
namun tidak berjumpa jua.
“ Ziqa? Sayang jangan main-main dengan abang
sayang.” Haziq tergamam saat melihat sepucuk surat yang dilipat cantik di meja
almari solek itu.
Kehadapan suami yang ziqa sayangi
Abang,
Terima kasih di atas segalanya,
Sungguh Ziqa bahagia disisi abang.
Abang,
Ziqa izinkan abang untuk
Mengambil Suraya sebagai
Isteri abang. Ziqa redho
Dengan takdir bang.
Abang,
Seandainya abang sudah
Tidak memerlukan Ziqa
Disisi abang lepaskanlah Ziqa.
Janganlah abang menyiksa Ziqa.
Izinkan Ziqa untuk
Menenangkan diri
buat seketika.
Yang ikhlas mencintaimu
Ziqa Aryssa
“ Ya ALLAH, apa aku dah
buat ni? Ya ALLAH jangan lah kau ambil wanita kesayanganku. Sayang, maafkan
abang. Abang tak tahu menilai. Ya ALLAH, aku pohon pada-Mu lindungilah isteriku
walau dimana jua dia berada.” Luah Haziq bersama kekesalan.
Uwekk! Uweekk!
“ Ziqa, jom lah. Aku
bawa kau pergi klinik. Risau aku tengok kau ni.”
“ Tak apa Nadia. Nanti
lepas aku makan panadol ok lah ni. Kau tak pergi kerja?”Soalku pada Nadia
hairan melihat pakaian Nadia.
“ Kau jangan risau la,
aku cuti hari ni. Ziqa kalau aku tanya sikit boleh?” Soal Nadia takut-takut.
“ Kau nak tanya apa?”
Belum pun Nadia menyoalku tiba-tiba telefonku berbunyi.
“ Assalamualaikum, Ziqa
bercakap. Baiklah tepat pukul 3 nanti saya akan kesana,” ujarku berbasa basi.
“ Nad,simpan soalan kau
tu malam karang erk. Aku ada hal ni.” Terus saja aku meluru keluar tanpa sempat
Nadia menghalang.
Restoran D’Serai Corner
Aku menanti kehadiran dia.
Dia yang aku maksdkan adalah wanita yang kini ada di dalam hati Haziq Naufal
a.k.a suamiku.
“ Awak ziqa kan?” Soal
gadis berbaju pink tanpa lengan, berskirt pendek paras peha itu.
Aku melemparkan senyuman
manis buat gadis itu lantas aku pelawanya duduk.
“ Let me be honestly with you. Sebenarnya saya benar-benar menyayangi Haziq. Saya tiada niat ingin merampas dia dari awak saya hanya ingin menumpang kasih dia sahaja. Tolonglah, jangan halang cinta kami.” Rayu Suara padaku.
Aku tersenyum sinis
pada Suraya. Tidak ku sangka gadis seperti ini yang suamiku gilakan.
‘ Memang muka tak
tahu malu. Gedik.’ Sumpahku di dalam hati, meluat pula aku lihat Suraya yang
seperti lalang yang ditiup angin.
“ Maaf Cik Suraya,
Mungkin sebelum ni saya akan izinkan awak menjadi madu saya,tetapi tidak hari
ini, detik ini kerana saya pasti awak faham perasaan saya yang kini akan
bergelar seorang ibu.” Bohongku pada Suraya.
Melopong mulut
Suraya mendengar pengakuan ku. Lantas aku melihat ia mengalirkan airmatanya.
“ Oh, tahniah.
Baiklah kalau begitu saya minta maaf atas apa yang berlaku dalam rumah tangga
awak.” Tutur Suraya.
Aku merenung dalam
mata Suraya, disitu aku nampak keikhlasan pada pertuturannya, Lalu aku
melemparkan senyuman manis buat Suraya.
" Suraya, saya doakan agar awak bahagia. Awak cantik tapi jangan marah kalau saya tegur sikit ye. Awak akan lebih cantik andainya awak menutup aurat. Percayalah kebahagiaan akan menjadi milik awak andainya awak bersabar." Suraya menundukkan wajah lalu menyeka airmatanya.
" Haziq bertuah mempunyai isteri seperti awak Ziqa. Saya.. minta maaf.." Segera aku hampiri Suraya lantas aku memeluk tubuhnya.
" Awak akan temui kebahagiaan awak. Percayalah." Bisikku perlahan lantas aku menyeka air matanya.
******
“Tahniah Puan,”ujar Dr
Hayati yang merupakan Dr peribadi suamiku.
Aku kehairanan
dengan ucapan tahniah yang diucapkan Dr
Hayati. Berkerut dahiku memikirkan atas alasan apa ucapan tahniah itu.
“ Tahniah untuk apa Dr?”
Soalku lurus.
Dr Hayati hanya
tersenyum mendengar soalanku.
“ Puan sekarang dah pregnant 2 minggu.”
“ Alhamdulilah. Syukur
Ya ALLAH.” Aku menangis kegembiraan mendengar ucapan Dr. Hayati.
“ Jangan lupa beritahu
orang tersayang ye.”
“ InsyaALLAH Dr. Terima
kasih,” ujarku lantas seletah mengambil ubat aku berlalu pergi ingin menuju ke Kuantan.
Taman Gelora, Kuantan
“Ya ALLAH dimanakah
suamiku? Aku sangat merindui dia. Maafkan ibu sayang. Ibu tak tahu dimana ayah.
Ya ALLAH lindungilah suamiku walau dimana saja dia berada.” Rintihku hiba.
Dari jauh kelihatan
sepasang mata sedang memerhati aku dari jauh. Namun tidak aku hiraukan. Mungkin
cum perasaan aku saja. Aku menghayun langkah ingin pulang namun sempat aku
melangkah jauh kedengaran suara yang amat aku rindui menyapaku.
“Assalamualaikum.”
‘ Ya Allah, mungkinkah
dia.’Detik hati kecilku.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Getaran ini Ya ALLAH.
Lantas aku menoleh ke belakang. Terus sahaja aku memeluk tubuh sasa milik
suamiku. Aku menangis semahu-mahunya. Sungguh kini aku benar-benar tidak
sanggup lagi untuk berpisah dengan insan yang sangat aku cintai.
“ Maafkan abang sayang,
Janji dengan abang sayang tak kan tinggalkan abang lagi.” Aku menganggukkan
kepala lantas aku cium pipinya.
“ Ziqa nak buat satu
pengakuan.”
“ Pengakuan apa sayang?”
Soal suamiku.
Sambil tersenyum aku
berbisik padanya. “ Aishiteru Mr.Sengal,” ujarku lantas aku tertawa halus.
“Kimi ga inakute
sabishii(saya rindu awak).” Suamiku hanya tertawa melihat wajah blurr ku
ini.
“Saranghaeyo.”Jeritku
kuat ingin luahkan rasa cinta yang selama ini ku pendamkan.
“ Miss Blurr, Janji
dengan abang takkan tinggalkan abang lagi ye, kalau tak pasti abang akan jadi
Mr,Sengal yang terlebih sengal,” Ujar Mr.Sengalku lantas kami tertawa bahagia.
Alhamdulilah berkat
kesabaranku kini kehidupan kami bahagia. Begitu juga dengan Nadia, yang kini
menjadi kakak iparku. Ha! Suraya pula sudah pun mengikat tali pertunangannya
bersama Qayyum. Kak Fika alhamdullilah anak ketiga sudah. Aku pula ha menanti
waktu untuk menyambut kelahiran pertama
anak sulung kami. Moga bahagia milik kami selamanya. Aamiin.
26 comments:
Akak ada bakat. Teruskan mencoret coretan untuk para pembaca. Anyway, nak sambungan boleh? Hehehe... ;D
Akak ada bakat. Teruskan mencoret coretan untuk tatapan pembaca, ya. Anyway, nak sambunga. Hehehe... ;D
santai dan memang best!!!!
tq kak jijah n fit :)
Suka-suka :) yeah!
overall okay, klau bleh ceritakan dgn lebih detail cerpen ini contoh : camna suraya n qayyum tu boleh bercinta..
tq all,nantikan sambungannye ok :)
To my darling Weeda ! Ceriter padat, mampat , dan amat mengujerkan.Sebagai pembaca , rasa tak nak berhenti.cerita best, santai dan kelakar.Pergolakkan emosi memang terasa sangat.Jalan cerita juga amat menarik.Thumb up Weeda.Cerita ni boleh dijadikan.nobel.Best sangat.
To my darling Weeda ! Ceriter padat, mampat , dan amat mengujerkan.Sebagai pembaca , rasa tak nak berhenti.cerita best, santai dan kelakar.Pergolakkan emosi memang terasa sangat.Jalan cerita juga amat menarik.Thumb up Weeda.Cerita ni boleh dijadikan.nobel.Best sangat.
Cerita anda mantap dan padat.cara penceritaan menarik , santai, dan kelakar.pergolakan emosi wujud menyebabkan pembaca teruja.penuh dengan mesej agama untuk keluarga.thumb up penulis.
bismillahhirramanirrahim,
alhamdullilah bonda sukakannye,insyaALLAH akan disambung ams ni,nantikan sambungannye :)
best! chaiyok!! :)
tq cahaya :)
cerita ni bestt... kalau dinovelkan pun ok jugak... =)
insyaALLAH,weeda akan cube untuk ke arah tu.memang weeda nak bukukan pun ams ni. :)
Atam best agat cita ni..santai dan best... anja
tq anja...trme kasih kerana sukekannya :)
uiitt loghat utara. comel je. hikhik.. ^_^
btw, nice story. tahniah kak. :)
panjang betul cerpen ni ye. tak terfikir ke nak jadikan novel?
hanis...akk dlm usaha menjadikan AMS ni sebagai novel :) tq singgah n komen :D
suka bnget
tapi tu hanya sebuah cerita ajj
suka bnget
sukses selalu ya
best..:)
aku suka banget
tapi tu hanya sebuah cerita
sambung ya
aku suka lah
sukses selalu.. :)
suka bangettttttttttt
yang lain lagi donk
aku tunggu ya
sukses selalu
syariah makasih ya. in shaa ALLAh cerita ni akan dijadikan novel but belum diupload di blog
wahai makhluk tak bernyawa.... ini nak cakap sikit. cerpen ni dah ada dlm blog dari 2 tahun lepas..... memang saya akui bi saya hancur. dan saya cuba perbaikinya sekarang.. and you please eh. if nak tegur pun ada batasnya. janganlah terlalu kasar n kesat. aku ada perasaan. KAU TU PATUT BELAJAR CARA HORMAT ORANG bos!!!!!!!!!!!! thanks la ya. walaupun bi aku hancur kau tetap juga masuk blog aku dan baca. heh! BELAJAR CARA NAK HORmAT ORANG DAN BELAJAR CARA NAK TEGUR SEBAIK@ TEGURAN. assalamaulaikum.
Erm2.. just nk advice ok.. mmg bi awk xbrapa nk ok tp ni cerpen 2 thun lpas kn? Awk mmg ada bkat and i know skrg your writing msti dh ok kan? Biasa la kn 1st time wat cerpen..anyway, keep it up writer!
sory kalau sy terkasar bahasa. and thanks for your advice...
Post a Comment