BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 5


                           

                                                        (cover by : Aryssa Najwa)


Encik Yusuf kehairanan melihat Puan Zulaikha yang seperti cacing kepanasan itu. Pusing kepala melihat wanita kesayangan nya seperti mencari sesuatu yang hilang. Sempat Encik Yusuf mengerling jam di dinding. Tahu lah dia kini punca keresahan isterinya itu.
Di dalam hati dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang penyayang dan tidak cerewet. Sikap yang ada pada isterinya sangat disenangi oleh semua orang. Bahkan isteri nya langsung tidak merungut saat kepenatan mengurus rumah tangga, juga tidak pernah dia melihat isterinya itu meninggikan suara terhadap Zarina. Itu lah yang membuatkan dia lebih menyanyangi isterinya itu.
" Sayang, cuba duduk dulu. Pening kepala abang tengok sayang mundar mandir dari tadi. Dah macam kucing hilang anak saja lagaknya." Seloroh Encik Yusuf. Lantas segera Puan Zulaikha duduk di sisi suaminya itu. Di genggamnya jemari Encik Yusuf  untuk mengusir kerisauan yang jelas ketara pada wajahnya.
" Ish!Abang ni ke situ pula. Zu bukan apa bang. Zu risau sampai sekarang anak 'kita' ni belum balik. Tak ada pula nak menelefon kita kata pulang lewat ke apa. Zu ni 'mama' Rina. Zu takut apa-apa jadi pada Rina." Encik Yusuf melihat riak kerisauan pada wajah isterinya.
Sungguh terharu dirasakan saat mendengar luahan hati yang keluar dari ulas bibir wanita kesayangan nya itu. Walaupun bukan Puan Zulaikha yang melahirkan Zarina, namun sikap nya yang mengambil berat dan risaukan keselamatan Zarina jelas ketara. Sehingga kadang-kadang dia terlupa bahawa Zarina bukanlah lahir dari rahim wanita yang dinikahi nya 10 tahun yang lalu.

" Sayang, abang nak ucapkan terima kasih pada sayang kerana menyayangi Zarina seperti anak sayang sendiri, abang bangga ada isteri dan ibu yang penyayang. Andai nya abang dengar kata ibu dan ayah abang dari dulu, pasti semua ini tak kan terjadi." Luah Encik Yusuf lantas memegang jemari isterinya dan terus dikucup jemari yang selalu menemani hari-harinya.

" Abang, percaya lah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lihatlah kita berkahwin hampir 10 tahun namun kita tidak dikurniakan anak. Abang tahu kenapa? Kerana ALLAH ingin kan Zu menyanyangi Zarina. Untuk apa? Kerana pasti kasih sayang Zu akan beralih andai nya kita punya anak. Dan pastinya Zarina akan merasa terabai bukan? Kehadiran Zarina dan juga abang adalah takdir terindah buat Zu," ujar Puan Zulaikha panjang lebar lantas segera Encik Yusuf mencium ubun-ubun nya.

Kelu lidah Encik Yusuf untuk membalas kata isterinya. Benarlah kata orang, cinta selepas kahwin itu lebih indah. Buktinya, kini dia bahagia bersama Puan Zulaikha, meskipun tidak dikurniakan anak.

Ting Tong! Ting Tong!

Segera Puan Zulaikha berlari anak menuju ke pintu. Puan Zulaikha merenung tajam wajah Zarina ingin menuntut penjelasan.

" Maaf ma. Rina lambat sikit. Nak balik tadi tiba-tiba customer ramai pula. Lepas tu kami singgah Solat dekat masjid," ujar Zarina mengerti akan maksud pandangan Puan Zulaikha.

" Lain kali jangan balik lewat lagi. Janji dengan mama!" Tutur Puan Zulaikha tegas lantas menarik tangan Zarina agar membuntuti nya.

" Baik lah ma," ujar Zarina lantas menyalam tangan Puan Zulaikha.

" Lain kali jangan bawa Zarina balik lewat malam. Ingat kamu berdua belum punya ikatan yang sah. Kalau balik lewat juga jangan lupa beritahu papa atau mama. Tidak lah kami disini risaukan kamu." Keras kedengaran nada suara Encik Yusuf.

 

Zarina tergamam sebaik terdengar amaran keras dari papanya. Daniel pula terpinga-pinga melihat air muka Encik Yusuf yang berubah serius.
‘ Aik, papa marah aku ke? Kalau dah serius muka tu dah jelas-jelas papa marah. Adui! Nak buat macam mana ni?’ Zarina bungkam  memikirkan sikap Encik Yusuf .  
“ Maafkan Daniel uncle. Daniel janji selepas ini Daniel tak kan bawa Zarina keluar hingga lewat malam. Maafkan Daniel ye,” ujar Daniel lantas menghulur tangan untuk menyalam Encik Yusuf.
‘ Ah! Nasib lah kau Daniel dapat ‘pak mertua’ garang a.k.a tegas. Hu hu!’ Detik Daniel di dalam hati.
‘ Awak sabar ye Daniel. Papa saja nak gertak awak tu.’ Zarina memandang Daniel lantas menghantar isyarat menyuruh Daniel bersabar.
‘ Demi wanita yang saya sayang, saya sanggup! Kena marah tiap-tiap hari pun tak apa. Sebab awak pasti akan memujuk saya.’ Daniel membalas kata hati Zarina.
Ehemm! Ehemm!
Daniel tersedar dari lamunan saat mendengar bunyi orang berdehem. Lantas Daniel senyum simpul, menutup perasaan gelabahnya.
Tiba-tiba suasana menjadi bungkam. Daniel sedikit gelabah apabila direnung tajam oleh Encik Yusuf. Dia terasa Encik Yusuf seakan memberi amaran kepadanya. Setelah hampir setengah jam Daniel meminta diri ingin pulang ke rumah.
“ Daniel minta diri dulu lah. Dah lewat ni. Maafkan Daniel atas kelewatan menghantar Zarina pulang.” Tutur Daniel sopan bercampur gugup.
“ Baiklah, kirim salam pada ibu kamu. In sya ALLAH seandainya ada kelapangan pasti ‘mama’ ke sana,” ujar Puan Zulaikha mesra.
“ In sya ALLAH, saya akan sampaikan salam mama pada ibu. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” tutur Daniel lantas segera menyalami Encik Yusuf.
“ Waalaikumsalam.” Serentak mereka menjawab salam yang dihulurkan.
Zarina menghantar Daniel hingga ke pagar laman rumahnya. Zarina merasa sikap Daniel sedikit aneh. Daniel seperti menyembunyikan sesuatu daripada nya. Namun dia tidak tahu apakah ‘sesuatu’ itu.
“ Daniel, awak ok ke? Mana lah tahu awak terasa hati dengan papa?” Soal Zarina apabila melihat Daniel hanya mendiamkan diri sahaja.
“ Daniel ok. Jangan risau ye. Pergilah masuk. Daniel balik dulu. Assalamualaikum sayang. Selamat malam.”
Zarina tersipu malu saat Daniel memanggilnya ‘sayang’. Wajahnya yang putih sudah merona kemerahan. Daniel tersenyum melihat perubahan wajah Zarina. Sungguh bahagia dirasakan bila orang tersayang sentiasa berada di sisi.
“ Waalaikumsalam, hati-hati ye,” ujar Zarina seraya melambaikan tangan pada Daniel.

********
 Taman Gelora, Kuantan

Ryan tersenyum melihat ramai pasangan yang sedang memadu kasih. Hatinya terusik. Andainya Nazira masih miliknya pasti kini dia bahagia. Mungkin juga sudah berkahwin. Dia teringat peristiwa 2 tahun lepas dimana Nazira ingin memutuskan perhubungan mereka, kerana sudah jatuh hati pada jejaka lain. Saat itu hanya ALLAH yang mengerti akan perasaannya. Walau dia melafazkan rela di bibir, namun dalam hati hanya ALLAH yang memahami gejolak hatinya.


******

“ Ryan. I sebenarnya.. err.. I..” Suara Nazira tersekat-sekat. Tidak sampai hatinya ingin melukakan hati Ryan Irfan. Jejaka pertama yang pernah singgah di hatinya. Namun tidak dia sangka pertemuan pertamanya dengan Daniel telah membibitkan rasa cinta di hatinya. Langsung dia tidak peduli akan perasaan Daniel terhadapnya. Apa yang pasti Daniel menjadi miliknya. Seorang.
“ Kenapa Zira? You terima lamaran I kan? Ya ALLAH gembira sangat hati I ni. Tiada yang lebih gembira dari berita you terima lamaran i. So bile my parent boleh hantar rombongan meminang secara rasmi?” Soal Ryan. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.
‘ Adui! Macam mana aku nak cakap ni. Ah! Sial! Mulut ni tadi rancak sangat susun ayat. Bila dah berdepan dengan dia kenapa aku jadi kelu ni? Kesian kau Ryan. Tapi aku tak ada pilihan lain. Maafkan aku Ryan.’ Detik Nazira dalam hati lantas mengalihkan pandangan ke arah pengunjung yang tidak pernah surut di Taman Gelora itu.
Ryan melihat perubahan wajah Nazira. Entah mengapa hatinya keresahan. Seperti ada Sesuatu yang Nazira cuba sembunyikan darinya. Suasana sepi. Baik Ryan mahupun Nazira lebih memilih untuk melayan perasaan masing-masing.  Ryan menoleh sekilas pada Nazira. Dia tergamam saat terlihat airmata Nazira bergenang di kelopak mata. Hanya menunggu saat ingin gugur.
“ Ryan, I minta maaf. Nazira berjeda seketika. Ryan terpana melihat setitis demi setitis airmata wanita kesayangan nya yang gugur. Ingin sahaja dia mengesat airmata itu, namun kerana syariat islam yang membataskan pergaulan dia melupakan hasrat nya itu.
“ Sebelum I cakap ni I harap you dapat terima kenyataan, bahawa hati I bu..bukan milik you lagi. Dan I mahukan perpisahan. I dah tak nampak jalan untuk kita bersama. ” Lirih kedengaran nada suara Nazira.
Doom!!
‘Astaghfirullah al azim.’ Ryan istighfar sebaik mendengar guruh yang sambar menyambar tanda ingin hujan.
Sepantas kilat Ryan melihat wajah insan kesayangannya itu. Dia menangis di dalam hati. Pedih! Sakit! Benci! Kecewa! Semuanya bergaul menjadi satu. Hanya ALLAH yang mengerti akan perasaannya ketika itu.
Doom!!
Guruh dan kilat kian menyambar. Tanda hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Sungguh Ryan tidak menyangka perhubungan yang terjalin sejak ketika masih bergelar pelajar akan berakhir sebegitu saja.
" Mana janji you selama ini? You janji akan mencintai I bukan?" soal Ryan sebak.Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Nazira bukan miliknya lagi.
 “ You faham tak I cakap hati I bukan milik you lagi. I dah jatuh cinta pada orang lain. Dan i tak perlukan you lagi. You saja yang bodoh percayakan semua cakap i. You hanya sampah pada i. Hanya membebankan. Selama I bersama you apa yang I dapat? Memang lelaki yang I cinta tu tak mencintai I namun I akan buat dia jatuh cinta dengan I dan melutut pada I.” Suara Nazira naik satu oktaf.
“ Zira, walau apa pun berlaku I tetap mahu you jadi sebahagian dari i.” Tutur Ryan lantas digenggam nya jemari Nazira.
‘ Ish! Kenapa you ni bodoh sangat hah? Susah sangat ke nak faham apa yang I cakap? I tak cintakan you lagi. Tolonglah faham.” Jerkah Nazira lantas merentap tangannya kasar.
Segera Nazira mengatur langkah ingin berlalu meninggalkan Ryan.
“ I akan tunggu sampai you kembali pada i Zira.”
Nazira menoleh ke belakang bila mendengar suara Ryan yang kedengaran sayu itu. Bukan dia tidak sedih akan perpisahan ini, namun hati nya kini milik Daniel Ezairy. Walaupun mungkin Daniel tidak mencintainya, itu belakang kira. Kerana dia kini sudah buta dalam menilai cinta.
“ Jangan perbodohkan diri you untuk menunggu i. Yang pasti nya I tak akan jadi milik you lagi,” ujar Nazira tegas.
Ryan menarik tangan Nazira lantas memegang bahu Nazira. Dia merenung dalam wajah satu-satunya wanita yang berjaya membuat dia tersenyum, dan kerana wajah itu juga lah hati nya kini terluka.
“ I akan sentiasa cintakan you. I pasti you akan kembali pada i. You simpan cincin ni kerana ini saja lah kenangan yang I mampu beri pada you.” Tutur Ryan dan terus disarungkan cincin ke jari manis Nazira.
Segera Nazira menolak tubuh Ryan dan terus sahaja dia melucutkan cincin itu dari jarinya, lantas dicampakkan cincin itu pada wajah Ryan sambil mengetap bibir menahan amarah. Ryan terdorong ke belakang akibat ditolak dengan kuat.
“ Jangan lagi you gangu hidup i. Mulai hari ni you boleh berambus dari hidup i. Bodoh! Orang dah suka tu tak faham-faham lagi ke? Sengal!”  Bentak Nazira pada Ryan, geram kerana Ryan masih tadak dapat menerima akan keputusannya itu.
“ Baiklah jika itu yang you mahukan. I doakan you bahagia. Dan I relakan perpisahan ini, tapi jika you tak bahagia ingatlah I masih ada untuk you.” Suara Ryan lirih lantas segera berlalu meninggalkan Nazira bersama hati yang terluka.
*****
Ryan kembali ke alam nyata sebaik terdengar lagu ‘Hafiz- hanya ingin kau cinta’ diputarkan oleh salah seorang pengunjung yang duduk bersebelahan dengannya. Sentap! Itu lah yang dirasakan nya ketika itu. Dia sentap bila mendengar lirik lagu ‘ hanya ingin kau cinta’ itu. Kerana baginya lagu itu seolah-olah memerli dia yang kini terluka ditinggal kekasih.
Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka
Yang telah kau beri
Kau tinggalkanku
Sakitiku
Sungguh ku tak percaya
Semua yang terjadi
Kau tinggalkan diriku
Dalam air mata
Tanpa kau merasakan
Sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta
Aku hanyalah lelaki yang
Selalu ingin kau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Perih menahan lelah yang tak terkira oh
Aku hanyalah setitis embun dalam
Perihnya cinta
Tenggelam dalam rejam duka yang ada
Selalu kalah di dalam bercinta oh..

“ Ya ALLAH, mengapakah sukar untuk aku usir bayang Nazira? Ya ALLAH aku pohon dariMU berikan lah hambaMu ini secebis kebahagiaan, aku rayu padaMu ya ALLAH.”Ryan menitipkan doa di dalam hati.
Sedang ingin Ryan berlalu tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh insan yang kian dirindu. Hatinya merintih pedih melihat Nazira yang sedang enak berpelukan dengan seorang lelaki, yang dia sendiri tidak mengetahui identitinya. Lantas dia segera menghampiri Nazira. Niat di hatinya hanya satu, hanya untuk menyedarkan Nazira akan dosa dan pahala.
“ Assalamualaikum. Kau orang berdua ni tak malu ke? Berpeluk-pelukan di khalayak ramai. Dan you Nazira. Adakah dia suami you yang you boleh peluk, cium sesuka hati you?” Soal Ryan berbau sindiran.
Nazira tersentak disergah sebegitu lantas dia bangkit dan menghadiahkan penampar pada Ryan. Sakit hati nya disindir sebegitu.
Pangg!!
Tamparan yang kuat itu telah membuatkan semua mata memandang ke arah mereka. Ryan tergamam apabila Nazira dengan agresifnya telah menampar wajahnya yang tampan itu. Lantas dikesat darah yang mengalir di pipinya.
“ I nak buat apa sekali pun bukan hak you. Yang you sibuk sangat bagi ceramah tu kenapa? I tak perlukan ceramah agama dari you lah.” Jerkah Nazira pada Ryan. Sempat Ryan melihat senyuman sinis yang terukir di bibir jejaka disamping Nazira itu.
“ Woi, ustaz kalau you nak ceramah pergi lah Masjid ke Surau ke? Lagi pun you bukan tak tahu sini adalah tempat couple macam kami ni berasmara. Kan sayang?” Sinis kedengaran suara jejaka itu.
“ Ya, sayang. Alah dia tu bukan nye apa Johari. Dia jelous la tu. You boleh balik lah Ryan. Kami tak perlukan nasihat ustaz macam you untuk buat apa yang kami mahu,” ujar Nazira lantas tersenyum sinis.
‘ Astagfirullah al-azim. Ya ALLAH kurniakan lah dan limpahkan lah petunjukMu buat mereka berdua.” Ryan menitipkan doa pada Yang Esa.
“ I hanya menasihatkan you. Sama ada you nak dengar atau tidak itu terpulanglah. Tapi satu yang I minta bertaubatlah. Apa yang you lakukan akan dimurka Allah. Dan pasti you tahu bukan setiap perbuatan maksiat yang you lakukan hanya akan terhapus sebaik you melakukan Taubat Nasuha.” Melopong Nazira mendengar nasihat percuma lagi ikhlas dari Ryan. Segera Ryan menghayun langkah meninngalkan Nazira dan pasangannya Johari.
“ Argh! Sial punya jantan.” Dengus Nazira dengan kasarnya.
“ Sayang, you kenal ke siapa ustaz tadi? I tengok dari cara dia cakap seolah-olah kenal benar dengan you. Dia ke lelaki yang you ceritakan tempoh hari?” Soal Johari bertubi-tubi.
“ Dialah yang I ceritakan dulu. I pun tak tahu yang dia boleh berubah menjadi ustaz. Boleh menasihat dan memberi ceramah tentang dosa dan pahala. Ah! Persetankan lah semua ni. You, jom lah kita ke Hotel. I malas la nak balik rumah. Pasti mama I bebel bila tengok I balik lewat.” Suara Nazira menggoda lantas melentokkan kepalanya pada badan sasa Johari.


“ Ok, Sayang. Asalkan you sudi jadi milik I malam ni,” ujar Johari lantas ketawa menggoda.
Anything for you darling.” Johari tersenyum mendengar suara Nazira yang menggoda itu.
*****
Taman Desa Jaya, Bandar Jengka
 “ Mana pula Zira ni? Dah pukul satu pagi ni. Ya ALLAH, selamatkan anakku walau dimana pun anakku berada.” Puan Fatimah berdoa akan keselamatan puterinya itu.
“ Mama tunggu kakak ke? Mama tak cuba telefon kakak ke Ma?” Soal Balqis prihatin.
“ Mama dah telefon tapi kakak tak angkat call. Mama risau lah. Takut apa-apa jadi pada kakak kamu. Qis pergi lah tidur sayang,” ujar Puan Fatimah lantas dikucup ubun-ubun Balqis.
“ Ok, Mama pun jangan la tidur lewat ye ma. Qis tidur dulu. Assalamualaikum.” Tutur Balqis lantas diciumnya pipi Puan Fatimah bertubi-tubi.
Sementara itu di Hotel Vistana pula Nazira sedang hanyut memuaskan nafsu bertopengkan syaitan.
“ Sayang, Terima kasih. I benar-benar puas dengan layanan you malam ni. You betul-betul hebat. Lain kali boleh kan kalau you layan I lagi?” Nazira hanya mengganguk kan kepalanya lantas di dakap tubuh sasa milik Johari.
‘ Satu hari nanti aku akan pastikan Daniel akan jatuh juga ke tangan aku. Tiada siapa yang mampu menolak godaan aku, termasuklah Johari. Ha ha!’ Nazira ketawa puas didalam hati.

*bersambung*

Maaf lewat update :)

2 comments:

Unknown said...

waaahhh.. terbaiklahhh.. best2.. teruskan berkarya.. nk tggu BCU 6 plk nti.. heheh.. suke dgn watak zarina tu coz ade gmbr Izara aishah.. heheh

Unknown said...

tq afie sukekan nye,nantikan komen akk pula ye :)