BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 1


                                            (cover by kak RAFIKA DEWI JAHRUL)


" Mulai saat ni aku Yusuf Ahmad ceraikan kau Fatimah Abdullah dengan talak 3." bergetar suara Yusuf menahan marahnya.


" Tak ada lagikah ruang di hati abang buat ima? Tolonglah bang, Ima rayu pada abang, Ima menyesal membuat abang derita, ampunkan Ima bang." Fatimah mengongoi deras.


" Untuk apa lagi aku sayangkan isteri yang curang pada aku? Kau melakukan hubungan sulit dengan sahabatku. Apakah kau masih layak untuk di sayangi?" Yusuf bersuara lantas tersenyum sinis,dan kemudian dia menyambung lagi. Kau hamil anak Hamidi , dan setelah Hamidi tinggalkan kau, lalu kau terima lamaranku dan sekali gus menjadikan aku 'pak sanggup'  untuk membesarkan anak haram kau." sengaja Yusuf menekankan perkataan 'pak sanggup' itu.


" Ima sedar perbuatan Ima,tolong maafkan Ima bang." Fatimah merayu, tetapi rayuannya tidak di endah kan.


" Dan setelah sekian lama, Nazira ku sayang bagai anak sendiri, setelah kau lahirkan zuriat ku Zarina, Hamidi datang semula dalam hidup mu, dan kau telah meniduri dia di sini, rumah ini, dalam kamar tidur kita. Mujur baik aku balik awal, Aku benar-benar tidak dapat menerima ini semua." Yusuf bersuara menyindir.


Setelah Fatimah mengemaskan barang-barangnya dia melangkah keluar dari rumah yang pernah memberikan nya kenangan manis.
tapi kenangan itu  telah menjauh darinya saat Yusuf tahu dirinya selingkuh lagi.


Fatimah tersentak dari lamunannya apabila menyedari tangannya ditarik.


" Mama, balqis nak tanya sikit boleh? tapi Mama janji takkan marah ye." pinta Balqis pada mamanya.


" Apa dia sayang? tanyalah dan Mama janji tak kan marah" ujar Fatimah lantas mengucup ubun-ubun anak nya.


" Mama tak pernah cerita pun tentang ayah qis. kalau ayah dah tak ada sekali pun, at least mama tunjuk kan gambar ayah."
usai berkata Balqis melarikan pandangan dari mata Fatimah, khuatir dimarahi oleh mamanya.


" Balqis jangan ungkit lagi tentang ni ye. InsyaALLAH, satu hari nanti mama akan tunjukkan juga gambar ayah qis" pujuk fatimah lembut.


" Kat sekolah, ramai kawan-kawan ejek Qis. mereka kata Qis ni anak haram, sebab qis tak ada ayah, qis malu Mama.. Qis cemburu tengok kawan-kawan lain semua pulang bersama ayah mereka, sedangkan Qis langsung tidak tahu di mana ayah." ucap Balqis sambil menangis teresak-esak...

Fatimah terkedu mendengar luahan hati anaknya. Ini semua salah Mama sayang, andai sahaja aku tidak mengikut kata hati pasti semua ini tidak kan terjadi, Astaghfirullah, kenapa pula baru sekarang aku terfikir semua ini?


'Ya ALLAH,sedangkan anakku yang berumur 10 tahun ini mengerti akan semua ini, ya ALLAH, aku berdosa kerana telah berzina dan khianati abang Yusuf, ampunkan aku ya ALLAH, hati kecil nya mengomel. tanpa disedari setitis air mata gugur jua di pipi nya.'


Sambil Fatimah mengesat air mata Qis, hatinya merintih kerana membuat onar satu masa dulu.

" Morning Mama. rancak berborak, borak pasal apa? boleh zira tahu" soal Nazira dengan suara yang ceria


" Morning sayang,tak ada apa yang di borakkan dengan adik kamu ni. Ha kamu ni Zira sampai bila nak tanam anggur ni, dah sebulan kamu habis belajar, takkan la tak puas cuti lagi?" tutur Fatimah lembut.


"Ala, Mama ni balik-balik itu juga yang Mama nak cakap, pantang tengok Zira ni, asyik nak suruh cari kerja saja, tau la Zira Ma, nanti zira cari la kerja, susah nak cari kerja yang kena dengan jiwa Zira ni, Zira nak keluar malam nanti! saja pesan awal kat Ma, nanti lupa. Mama tak payah tunggu zira la ya, maybe Zira tak balik malam ni. So tak payah tunggu lah" ujar Nazira bersahaja


"Habis,kamu nak tidur di mana?"soal Fatimah kehairanan.


" Mama, jangan buat muka pelik macam tu la. Ini Nazira la. Pandai la Zira jaga diri. Kawan Zira ada Ma. Tidur rumah dia lah, don't worry ok!" Tegas Nazira.


 "Kawan lelaki ke perempuan? Mama kenal ke kawan kamu tu?" soal Fatimah sambil mengerutkan dahinya, tidak semua kawan Nazira yang dikenali nya. wajarlah seorang Ibu risaukan anaknya bukan?


"Aduh ma, please la, Zira dah besar tau la jaga diri.... lelaki ke perempuan ke semua tu tak penting, apa yang penting Zira pandai jaga diri, jaga maruah, dah la, zira nak breakfast, Mama dan Qis dah breakfast ke?" ujar Nazira lantas terus menuju ke dapur


' Kolot betul la fikiran Mama ni, aish, geram betul aku.' omel Nazira dalam hati.

Fatimah pula merasakan anaknya Nazira sudah jauh berubah.


' Pelik, dulu selalu sangat Nazira pakai baju kurung, bertudung, tapi sekarang tudung entah kemana, dengan rambut berkarat, pakaian pula sendat, ya ALLAH, moga Nazira tak terikut budaya barat.... ya ALLAH, Aku mohon lindungi lah anak-anakku dari semua gegala sosial yang sedang berleluasa kini. ' Fatimah bermonolog sendirian.

' Apa khabar agaknya Abang Yusuf? pasti dia sedang gembira bersama isterinya... Zarina, maaf kan Mama nak, tapi Mama terpaksa, Bukan mama tidak rindukan kamu, tapi amaran dari Papa kamu tidak boleh Mama mungkiri.' Fatimah merintih di dalam hati lalu bingkas menuju ke biliknya.












13 comments:

Unknown said...

harap sudi baca n komen.....terima lah karya yg xseberapa ni...(^_^)

Fatrim Syah said...

Assalamualaikum Nurul Nuqman aka Weeda Ahmad,

Bagus ceritanya, ada konflik yang memang saya sendiri susah nak tahu apa akan berlaku seterusnya.

Cuma ada beberapa tatabahasa dan tanda baca yang langgar lari. Macam nama, kena huruf besar di depan ; Ita, Fatimah, Zira, Balqis. Pastu, dialog tu ada tak diletak tanda baca samada koma atau noktah.

Sedikit tips;
"Mama! Ita nak keluar kejap." Ita memberitahu ibunya.
"Mama! Ita nak keluar kejap," kata Ita sambil memakai kasutnya.

Nampak tak perbezaan perletakan koma dan noktah tu. Kiranya kalau dialog bertemu NAMA kena noktah manakala jika dialog bertemu perbutan kena letak koma.

Okey, tak apa, boleh pelajari sikit-sikit nanti. Sambung dulu ceritanya. ^___^

Cik Myn Famieza said...

best! mula2 dah umpphh pembaca.

klu boleh kak cuba jarakkan perenggan tu...
memudahkan pembaca...

apa2pun gud luck! best! :D

Unknown said...

Johan Harris- Wow!!! superb seyh cerite ni...mmg bagus...aris suke ceritr yang macam ni..walaupun baru bace bab satu..cerite ni buat aris rase nak bace n terus bace..tahniah weeda..cerite ni ade roh..buat orang tak puas mmbace..simple tapi sangat bagus jalan cerite ni...cepat2 la update bab seterusnye ye <3

Unknown said...

waalaikumsalam,Ariss,thanks sudi sggah bce,insyallah,ayim thanks sudi bce,n thanks a lot for your comment,ni comment m'bkar smgat ni,trme ksh sgt..myn trme ksh sudi sggah bce,n thanks ats nsht,insyalah akk akn lbh teliti soal ni ok.

Unknown said...

xdek masalah..aris xtau pulak b4 ni weeda ade blog..tengok tak fb baru tau..thanks ye tag name aris tu... tapi cerite ni mmg bagus sangt2...mantap3!!!!!! betul cakap min..kalau boleh jarakkan perenggan die tu.. mudah sikit nak bace.. aris ni dah la rabun..ekeke..kalau boleh jangan la letak gambar awan ni..sebab terlampau cerah n buat tulisan tu jadi susah nak nampak.buat wall warna yang kosong pun dah ok weeda.. by the way..ape yang boleh aris cakap.. memang superb!! gud luck ye :)

Unknown said...

ok,ariss,thanks for your comment..weeda pun baru wat je blog ni....ok,weeda usaha wat yg terbaik,

Unknown said...

salam domi singgah sudah..menarik jalan cte hehe..tapi pendek sangat lak..x sempat nak feel :P

Unknown said...

Domi nisa tq sudi singgah,akk tghusahakan tuk mengedit sikit....

Unknown said...

bestt dari bab 1.. thumbs upp !!

Unknown said...

Tq afie.masih ada jaekurangan tuk d perbaiki lg.

Zakiah Halim said...

menarik.. tapi ada ayat yg perlu diperbetulkan... :)

Unknown said...

tq kak zakiah...ayat yang mana ye???