COVER BY- ARYSSA NAJWA |
Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan
antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Andai ada persamaan nama
watak atau jalan cerita itu adalah kebetulan semata-mata. Enjoy reading erk :) yang baik
datangnya dari ALLAH yang buruk datangnya dari saya. Yang baik jadikan pengajaran
yang buruk jadikan tauladan ye :)
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahim saya mulakan
kisah ini :)
AIMAN HAKIM
AIMAN HAKIM
“ Aku terima nikahnya
Alia Maisara binti Mat Jani dengan mas kahwinnya Rm 80.00 tunai.” Dengan sekali
lafaz sahaja kini aku telah pun sah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang
aku sangat aku cintai.
*********************
ALIA MAISARA |
Masih terngiang di telingaku
lafaz akad yang menyatukanku dan juga Aiman Hakim. Walaupun kini sudahpun
5tahun peristiwa itu berlalu, namun ianya masih segar diingatan seolah-olah
baru semalam aku menjadi raja sehari. Biarpun sudah 5tahun aku mendirikan
rumahtangga tetapi aku masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak.
Entahlah munkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun aku sedar mungkin
ini adalah takdir hidupku.
Aku dilahirkan didalam
keluarga yang sederhana, hanya ada dua beradik sahaja. Tetapi kini hanya tinggal
aku seorang kerana kembarku iaitu Aina Maisara telahpun dijemput menghadap
ILLAHI. Sungguh saat ini aku sangat merindui kembarku.
Sedang aku mengelamun
tiba-tiba aku dikejutkan degan bunyi telefon yang bertalu-talu. Setelah melihat
nama yang tertera segera aku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan itu.
DR AMRAN FIRDAUS |
“ Assalamualaikum
Alia,” sapa suara di talian sana.
Aku meloret senyuman
manis, gembira mendengar suara itu.
“ Waalaikumsalam, wahai
Dr. Amran Firdaus,” sengaja aku memanggil nama penuhnya itu.
Aku sempat mendengar
tawa halus Amran. Sedikit tenang perasaanku bila mendengar tawanya itu.
“ Alia buat apa? Aiman
ada sakitkan hati alia lagi tak?” soal Amran setelah ketawanya reda.
“ Alia ni penggangur
terhormat duduk rumah macam biasalah, kemas rumah, masak. Cuma tak ada anak
je,” Entah mengapa setiap kali perkataan ‘anak’ meniti dibibirku aku merasa
sayu dan amat sebak.
“ Alia kena banyak
sabar. Ini semua takdir ALLAH. Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH jua yang
menentukan. You must be strong ok. Am
sentiasa ada di sisi Alia, jangan risau ya,” pujuk Amran beserta nasihat.
“ Alia tak tahan hidup
macam ni Am, tiap-tiap hari mertua Alia tanya soal anak. Mereka kata Alia
mandul. Alia tak tahan Am. Alia juga ada perasaan Am, Alia..Alia rasa macam
Alia ni tak berguna,” aduku bersama esak tangis.
“ Ya ALLAH, Alia tolong
jangan cakap macam tu, belum rezeki Alia nak ada anak. Alia ingat ALLAH
sentiasa bersama orang yang bersabar,” ujar Amran lembut namun tidak sedikit
mampu meredakan perasaan sebak yang kian menghimpit diriku.
“ Am, kenapa semua ni
jadi pada Alia? Adakah ini kerana dosa Alia?” soalku sambil mengesat airmata
dengan belakang tangan.
“ Alia, semua yang jadi
ada hikmahnya. Alia banyakkan berdoa, dekatkan diri dengan Dia, insyaALLAH Dia
mendengar setiap doa Alia,” aku terkedu mendengar nasihat Amran.
“ Am, terima kasih.
Sepatutnya orang yang memberi nasihat dan semangat pada Alia adalah suami Alia,
tapi.. dia..” tidak mampu aku meneruskan kata kerana sendu yang menguasai diri.
“ Aiman mana?” soal
Amran seperti risau. Ah! Perasaan aku saja kot, Amran kan sekadar menganggap
aku rakannya saja.
“ Terima kasih Am,
kerana sentiasa ada saat Alia memerlukan. Jujur Alia katakan Alia senang dengan
sikap Am,” ujarnya mengelak dari berbicara soal suamiku.
“ Alia, jujur dengan
Am. Adakah Alia bahagia dengan Aiman?” soalan Am tidak mampu aku jawab.
“ Ok lah Am, lain kali
kita borak lagi. Alia nak masak ni. Assalamualaikum,” terus saja aku meletakkan
gangang tanpa sempat Amran membalas.
Aku meluru ke arah
dapur dengan langkah gontai. Aku tahu biarpun kami tidak dikurniakan anak namun
kehidupanku dan suami masih seperti biasa. Mesra dan bahagia. Namun sejak 2
tahun lepas aku dapati sikap suamiku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku
tersentak saat mendengar ringtone Stacy yang menjerit nyaring di telefon
bimbitku, lantas segera aku menekan punat untuk menjawab panggilan suamiku.
“ Sara dah masak?” soal
suamiku dingin.
“ Belum bang, kenapa?
Abang nak makan apa? Sara nak masakkan,” balasku lembut.
Aku mendengar keluhan
kecil dari bibir suamiku. Namun aku tidak mahu memikirkan yang tidak-tidak.
“ Sara masak apa-apa
je. Abang balik kejap lagi,” ujar suamiku lantas talian diputuskan tanpa
memberi salam.
Aku memandang sepi
telefon bimbit hadiah pemberian suamiku itu. Aku benar-benar rasa kehilangan,
dan saat-saat begini hanya Amran yang berlegar diingatanku, hanya dia sahaja
yang memahami diriku. Aku meneruskan langkah yang terhenti kerana menjawab panggilan Aiman.
Namun langkahku
terhenti saat aku terdengar deruman kereta milik mertuaku. Aku kegelisahan
kerana pasti mertuaku akan bertanyakan soal ‘anak’. Namun aku hanya mempamerkan
wajah tanpa riak, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“ Mak, sihat ke?”
soalku pada ibu mertuaku lantas aku menyalami tangannya, namun belum sempat
bibirku mendarat pantas ibu mertuaku menarik tangannya. Seolah benci benar
dengan aku.
“ Aku sihat je,” usai
berkata terus sahaja ibu mertuaku mengatur langkah kedalam rumah.
Hati aku? Tak usah
cakap la. Dari dulu lagi aku tahu perkahwinanku ini tidak direstui oleh
keluarga Aiman, namun kerana cinta Aiman sanggup mengenepikan segalanya
termasuklah keluarganya.
“ Ni aku nak tanya. Kau
ni bila nak bagi aku cucu? Dah 5 tahun kau kahwin takkan lah belum ada
hasilnya? Entah-entah benar telahan aku. Kau tu mandul.” Bagaikan belati tajam
yang menikam tangkai hatiku, sungguh berbisa bicara seorang insan bergelar ibu.
“ Belum ada rezeki mak,”
tutur ku sambil tunduk menekur lantai.
“ Itu sajalah jawapan
kau. Hei, Sara kau tau bukan aku memang tak suka kau dari dulu lagi. Disebabkan
kau Aiman sanggup buang keluarga, dan disebabkan kau juga anak aku dituduh
mandul. Aku benci tengok muka kau,” ujar Puan Azizah seraya menolak tubuhku
lalu terjelepok jatuh ke lantai.
Aku hanya mampu
mendengar segala cacian dan makian yang dilemparkan, Aku tahu kalau aku membela
diri pun memang tiada gunanya, kerana aku pasti akan dituduh sebagai derhaka.
“ Aku bagi kau tempoh 2
bulan, kalau kau masih juga tidak mengandung aku akan pastikan Aiman ceraikan
kau atau berkahwin dengan wanita lain,” Aku menghantar pandangan ibu mertuaku sehingga
kelibatnya hilang dari pandangan.
‘ Ya ALLAH, kuatkan
hatiku, sungguh aku tak mampu lagi untuk mendengar segala hinaan dari
mertuaku.’ Hati kecilku bersuara.
Amran mengatur langkah
semakin laju saat terpandang susuk tubuh Aiman bersama seorang wanita yang
sedang berpelukan. Dalam hati tetap jua berdoa agar dia salah melihat. Sedang
asyik dia mengejar bayang Aiman tiba-tiba telefonnya berbunyi, setelah melihat
no Hospital yang tertera pantas jemarinya mengangkat panggilan tersebut.
“ Ya ada apa Salwa?”
soal Amran pada setiausahanya.
“ Dr Amran, tadi ada
panggilan dari Puan Alia. Katanya ingin bertemu Dr petang ini di Taman,” ujar
Salwa sepertimana arahan yang diterimanya.
“ Baiklah, terima
kasih.” Segera Amran memutuskan panggilan lantas menuju ke gerai ingin mengisi
perut yang sedang kelaparan.
****************
Aku dapat merasakan perubahan
sikap suamiku. Dan yang sangat memilukan aku, suamiku yang dulunya seorang yang
romantis, penyanyang, penyabar kini sudah pun menjadi seorang yang panas baran.
Dan aku sendiri tidak tahu dimanakah puncanya. Sehinggalah aku terjumpa borang
permohonan untuk berpoligami yang terselit di celah-celah buku yang selalu
dibaca oleh suamiku.
Aku merasa bagaikan
dihempap sebeban batu besar, sehingga aku tidak mampu untuk berdiri tegak lagi.
Aku tertanya-tanya apakah sebab aku tidak boleh mengandung maka Aiman
menjadikan ianya sebagai alasan untuk menikahi wanita lain? Sungguh aku merasa
terkilan akan sikapnya yang lupa pada ikrar janji setia kami. Bertapa aku
kecewa dengan sikapnya, namun aku sedar, aku tidak boleh menyalahkannya 100%
kerana aku adalah faktor utama mengapa Aiman berubah hati.
Taman Tasik Titiwangsa,
Aku tersenyum melihat
kelibat yang aku nantikan. Tepaku seketika melihat ketampanan yang dimiliki
oleh jejaka dihadapanku ini.
“ Alia ok?” soalan
pertama dari Amran itu aku jawab dengan senyuman cuma.
“ Am, kalau Alia tanya
boleh tak Am jawab dengan jujur?” soalku pula.
“ Eh, soalan kita tak
jawab nak soal kita pula,” usik Amran membuatkan aku mengukir senyum lebar.
Amran juga turut tersenyum,
aku tepegun melihat senyumannya itu. Bagiku senyumannya adalah penawar segala
penyakit. Ya la Dr kan mesti la senyuman pun jadi penawar. Hu hu.
“ Apa yang Alia nak
tanya? Jangan soal kahwin sudah la ya, Am boring jawab soalan tentang kahwin
ni, he he,” aku ketawa kecil mendengar kata-kata Amran.
“ Ok, seandainya Am
sudah berkahwin, namun Am belum dikurniakan anak, adakah Am akan terus bersama
isteri Am ataupun Am akan menikahi wanita lain?” soalku bersahaja sambil mata
menatap keindahan didepanku.
Aku sempat mengerling
ke arah Amran yang kelihatan tersentak mendengar soalan yang terpacul dari ulas
bibirku. Namun aku masih berlagak biasa. Tidak mahu Amran tahu gejolak
perasaanku tika ini.
“ Ke..kenapa tanya
macam tu? Aiman ada suarakan hasrat untuk menikahi wanita lainkah?” laju soalan
itu ditujukan padaku.
“ Am, kan Alia cuma
tanya je, yang Am risau sangat ni kenapa? Alia ok lah. Tak ada apa-apa pun,”
bohongku namun aku berharap agar Amran percaya.
Sebaik saja sampai
dirumah aku terus merebahkan tubuh diatas sofa yang terletak didalam kamar
tidurku. Namun serta merta hatiku merasa sebak apabila mengingatkan borang
permohonan poligami itu. Aku menantikan
kepulangan suamiku untuk membincangkan soal itu, hatiku resah kerana tempoh
2bulan yang diberikan mertuaku juga kian hampir. Aku menoleh saat pintu dikuak
dari luar, lantas aku mengunjukkan borang itu padanya.
“ Abang, terus terang
dengan Sara bang. Benar abang ingin kahwin lain?” soalku sebak.
Aku melihat riak
keresahan jelas terpamer di wajah suamiku.
“ Abang.” Panggilku
lagi setelah tiada respon dari suamiku.
“ Ya, Sara a..abang
ingin meminta izin Sara untuk menikah lagi satu,” Aku terasa bagaikan baru
sahaja menelan sepapan ubat. Rasanya pahit sangat.
“ Jika kerana anak ,
abang ingin mohon bernikah lagi satu Sara redho bang. Sara harus terima
hakikat. Biarpun pahit , tapi Sara harus terima kenyataan kan bang? Sara bukan
ALLAH untuk menentukan segalanya, Sara izinkan bang. Asalkan abang janji bahawa
abang akan berlaku adil,” usai berkata terus aku terjelepok jatuh ke lantai.
“ Abang minta maaf.
Abang gembira hidup dengan Sara. Tapi Sara jangan lupa, abang lelaki biasa
Sara. Abang perlukan anak untuk menghiasi hari-hari abang.” Tutur si suami
membuatkan tangisku semakin menjadi-jadi.
Aku menepis saat tangan
kekar Aiman Hakim a.k.a suamiku dari mendakap tubuh comelku.
‘ Ku sangka panas
sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ku sangka kasihmu kan berkekalan
ternyata diriku kau khianati.’ Getus hatiku.
“ Aku terima nikahnya
Mya Alisha binti Mior dengan mas kahwinnya Rm 100.00 tunai.” Bagai ingin luruh
jantungku saat mendengar lafaz akad yang lancar meniti dibibir suamiku.
“ Sah, sah”
Beberapa orang saksi
menggangukkan kepala tanda akad tadi telah termeterai.
Aku hanya mampu
melihat. Tidak mampu lagi untuk mengalirkan air mata kerana airmataku telah
kering seperti hatiku yang telah mati rasanya. Aku sempat melihat senyuman
sinis yang terukir dibibir mertuaku. Puaslah hatinya kini kerana dapat melihat
kesengsaraanku.
“ Tu la isteri pertama
si Aiman tu, dengar kata dia tu mandul. Tu yang laki dia kahwin lain,” ujar
Kiah Propa. Di kawasan itu Kiah Propa digelar radio buruk kerana mulutnya yang
suka menyampai berita.
“ La, yeke? Kesian.
Muka cantik, tapi mandul.” Balas Peah sahabat Kiah Propa.
“ Ha, tu la. Harap muka
saja cantik pun tak guna juga. Tambah pula bini muda si Aiman lagi cantik.
Seksi pula tu kan. Untung Aiman dapat si Mya tu,” sampuk ibu mertuaku,
membuatkan aku tidak dapat menahan kesedihan yang melanda.
Aku menangkap
suara-suara sumbang di belakang yang mengumpat tentangku, aku hanya berlagak
biasa, sedangkan didalam hati sudah tidak tertahan lagi. Aku pohon kekuatan
agar tidak bertindak melulu.
Dari kejauhan aku melihat
kelibat dia. Ya dia yang selama ini menemani hariku, setiap tangis dan senyumku.
Dia yang sentiasa menemaniku tanpa jemu. Namun sayang seribu kali sayang dia
bukanlah sesiapa bagiku. Hanyalah seorang rakan yang berkongsi suka dan dukaku.
Dia lelaki yang padaku sangat baik, tidak pernah aku bertemu insan yang
sebaiknya. Aku gembira walaupun hatiku terluka dek suami namun aku bersyukur
kerana aku masih mempunyai rakan yang sentiasa ada disisiku. Aku tahu tidak
elok jika aku memuji lelaki lain, tapi itulah hakikatnya, yang membezakan
antara Aiman Hakim dan juga Amran Firdaus.
Usai majlis aku segera pulang ke rumah, tidak
sanggup lagi aku menyaksikan kedua mempelai yang sedang gembira melayan tamu
itu. Di dalam hati aku merintih perih, namun apalah dayaku. Demi untuk memenuhi
impian mertuaku bergelar nenek terpaksa aku relakan.
Aku cuba mengukir
senyum saat Amran mendekatiku. Namun aku tahu senyumanku amatlah hambar.
“ Am tak suka tengok
Alia sedih macam ni, Aiman tu tak patut buat Alia macam ni,” keluh Amran namun
aku tidak mampu membalas katanya.
Ya, aku masih ingat
akan kata Amran sewaktu pertemuan kami di Taman Tasik Titiwangsa. Yang
membuatkan aku cuba mencerakin akan maksud kata-katanya.
“ Alia, seandaiya Am
ditakdirkan berkahwin dan tidak mempunyai anak Am tidak akan menikahi wanita
lain, kerana bagi Am kahwin hanya sekali seumur hidup. Andai diizinkan ALLAH Am
ingin sangat menjadikan Alia sebahagian dari hidup Am, tapi mana mungkin ianya
terjadi kerana Alia sudah menjadi milik Aiman.”
“ Alia,” aku tersentak
apabila Amran secara spontan telah menarik tanganku.
“ Kenapa Am?” soalku
sekadar berbasa basi.
“ Kenapa Alia bohong
dengan Am? Kenapa Alia tidak beritahu Am perihal yang sebenar? Am ni siapa bagi
Alia? Selama ni setiap masalah Alia, kesakitan Alia semuanya Am tahu. Am rasa
tersisih bila Alia buat macam ni pada Am,” ujar Amran panjang lebar.
“ Tak, Am. Bukan macam tu. Tapi Alia sudah
tidak tahan dengan segala hinaan orang. Am tengoklah tadi, semua orang pandang
sinis pada Alia, semua orang katakan Alia mandul. Alia malu Am, Alia malu,”
ujarku tersedu-sedan.
“ Mari Am hantarkan
Alia balik.” Aku hanya mengekori langkah Amran. Perasaanku benar-benar kosong.
Aku melemparkan
pandangan ke luar tingkap. Tidak mahu Amran tahu bahawa aku sedang berduka
kini. Dan aku juga tidak mahu Amran bertambah simpati dengan nasibku.
Mencintai aku
Dengan seadanya
Aku menatap skrin
telefon. Lantas aku kesat airmata. Aku cuba mengawal suara agar tidak nampak
ketara bahawa aku sedang menangis.
“ Assalamualaikum,
mak,” sapaku terlebih duu.
“ Waalaikumsalam, Sara
mak nak kerumah Sara ni. Kebetulan ada kenduri anak kawan mak kat sana. Mak
tumpang tidur rumah kamu ya,” ujar emak membuatkan dadaku terhimpit tanpa
oksigen.
“ Err..boleh mak. Mak dengan
siapa? Ayah dan siapa lagi yang ikut?” soalku setelah lama berjeda
“ Ayah kamu tentulah
ikut. Ayah kamu tu usah kata la kalau mak pergi seorang memang takkan bagi
punya. Ok lah Sara mak nak beritahu tu je. Jangan lupa ya, ambil mak dekat
Klang, mak turun bas disitu.” Balas emak pula.
“ Ya ALLAH, kuatkan
hatiku.” Keluhku tanpa sedar.
“ Kenapa Alia?” soal Amran.
“ Err.. mak Alia nak
datang sini, tumpang tidur rumah Alia. Tapi Am, bagaimana seandainya mereka
tahu tentang Aiman? Alia belum bersedia untuk beritahu mereka, Alia tak sanggup
lukakan hati mereka,” ujarku buntu.
“ Alia terus terang
saja, sampai bila Alia mahu telan pahitnya hempedu? Kalau Alia sorokkan lebih
lama nanti lagi parah. Am tak sanggup tengok Alia terus-terusan bersedih,” aku
menoleh pada Amran sekilas.
“ Entahlah Am, Alia dah
penat dengan semua ni.”
Perhentian Bas, Klang
“ Mak, ayah,” tegurku
lantas menyalami tangan kedua orang tuaku.
Setelah kami
memboloskan diri dalam perut kereta aku terus menghidupkan enjin, lantas
bergerak menuju pulang ke rumah. Tumpuanku terhenti saat telefonku berdering.
Lantas aku mencapai earphone lalu aku
cucukkan ditelinga.
“ Sara, malam ni abang
tak balik. Hati-hati ya,” ujar si suami tanpa memberi salam.
“ Tapi, abang. Mak
datang dari kampung ni,” ujarku perlahan, tidak mahu mak dan ayah menangkap
perbualanku.
“ Ala, Sara cakap je
abang sibuk kerja, tak kan itu pun nak kena ajar. Dah la kirim salam saja pada
mak dan ayah,” tutur Aiman dingin.
Aku mengeluh kecil
dengan sikap dingin yang ditunjukkan suamiku. Belumpun sempat aku menarik nafas
Amran pula menghubungiku. Segera aku mengangkat panggilan itu.
“ Assalamualaikum,
Alia. Semoga ceria bak pelangi ya. Alia dimana ni?” soal Amran ceria.
“ Masih di Port Klang.
Kenapa?” soalku pula, hairan.
Benar aku merasa
sungguh hairan dengan sikap Amran yang penyayang itu. Jika dibandingkan dengan
suamiku pastilah Amran lebih segalanya.
“ Oh, ya? Am nak jumpa
mak dan ayah Alia boleh?” soal Amran jujur.
“ Err, tapi.. ya lah.
Jumpa di rumah Am je lah, boleh?” cadangku pada Amran.
“ Ok, boleh. Hati-hati
memandu,” balas Amran sebelum menamatkan talian.
“ Kita ke satu tempat dulu
ya ayah, mak. Kawan Sara sibuk pula dia nak jumpa mak dengan ayah,” ujarku
sambil tersenyum manis.
“ Mak nak tanya ni.
Mana si Aiman?” tanya emak, namun pertanyaannya mampu membuat aku rasa
terjerut.
“ Err, abang Aiman
sibuk dengan kerja mak, ayah. Dia kirim salam pada mak dan ayah.”
Amran tersenyum padaku
sebaik terlihat wajah ku. Aku mempenalkan mak dan ayahku pada Amran. Aku lihat
ayahku rancak berbual dengan Amran membuatkan aku rasa tenang.
“ Pakcik dari kampung
la ni?” soal Amran ramah.
“ Ya, nak. Pakcik dari
kampung. Datang sini ada kenduri kahwin anak kawan Pakcik,” balas ayahku pula.
Aku gembira melihat
Amran yang tidak kekok melayani ayahku. Setelah sejam aku meminta diri ingin
pulang.
****************************
2 bulan kemudian
Aku tumpang gembira
saat mendengar berita kehamilan Mya Alisha. Yang terlebih gembiranya sudah
tentu mertua dan juga suamiku. Namun tak mengapa memang ini sudah takdirku.
Aku jualah yang
memendam rasa kerana suamiku tidak lagi mengambil tahu soalku. Jika dahulu aku
tidak dibenarkan untuk melakukan kerja berat-berat namun kini hidupku tidak
ubah seperti hamba abdi di rumah yang pernah memberiku sinar bahagia.
Sungguh aku merasa terkilan,
namun aku tidak mampu untuk pergi jauh dari sisinya. Kerana sayangku masih
bertaut untuknya.
“ Mya, hati-hati turun
tangga tu,” tegurku pada Mya namun teguranku langsung tidak didengarinya.
Gedebuk!!!
Aku yang sedang
mengemop lantai di ruang tamu berpaling saat mendengar bunyi yang amat kuat
itu. Dan alangkah kagetnya aku apabila melihat Mya dalam keadaan yang dilumuri
darah, terus saja aku mendapatkannya dan membantu dia bangun, namun tanganku
ditepis kasar olehnya.
“ Kau ketepi lah, puas
hati kau sekarang? Anak aku dah mati, puas hati kau sekarang? Aku benci kau!”
jerkah Mya padaku seraya menarik-narik rambutku.
“ Apa yang
bising-bising ni? Ya ALLAH sayang kenapa ni?” Aiman terus mendapatkan Mya yang berlumuran
darah itu, lantas ditepis aku hingga berpinar kepalaku saat terhantuk pada
dinding.
“ Sayang, Kak Sara nak
bunuh I sayang. Dia tak sukakan i. Dia tolak I sampai I jatuh tangga sayang,
Dia jahat sayang. I benci dia,” rengek Mya sambil memaut erat leher Aiman.
“ Tak..bang..Sara..”
belum sempat aku menghabiskan kata, Aiman terus mencempung Mya, kemudian Aiman
berpatah balik padaku.
“ Kita bincang selepas
aku pulang dari hospital,” terpempan aku di situ menahan tangis.
Hospital Kuala lumpur
Segera Mya diusung
dengan stretcher lalu dibawa ke dewan kecemasan. Setelah dua jam didewan
kecemasan Mya akhirnya dipindahkan di wad biasa.
“ Maaf Encik. Tapi anak
Encik tak dapat diselamatkan,” ujar Dr muda yang merawat Mya itu.
“ Ini semua salah kak
Sara. Sampai hati dia buat I macam ni. Sayang, takkan la sayang nak simpan lagi
perempuan yang busuk hati macam Sara tu? Sayang ceraikan la dia,” rengek Mya
sambil memengang erat tangan Aiman
“ Err. Kalau tak ada
apa-apa lagi saya minta diri dulu lah. Puan kena banyakkan berehat ya,” ujar Dr
itu lagi.
“ Terima kasih Dr…”
“ Amran, Dr. Amran,”
ujar Amran lalu meninggalkan pasangan itu.
Segera aku mengangkat
panggilan setelah melihat nama si pemanggil. Amran memang benar-benar
penyelamatku.
“ Am, tolong Alia, Mya..
Aiman…Am tolong percayakan Alia, Alia tak salah Am, benar Am Alia tak salah,”
aduku tidak mampu lagi menahan kesedihan yang melanda.
“ Am percayakan Alia.
Tapi Am harap Alia tabah ya. Tadi masa Am rawat Mya, dia kata..dia…” hatiku
diserang rasa ingin tahu apabila kata-kata Amran seolah tergantung sebegitu
saja.
“ Dia kata apa Am? Apa
yang Mya katakan?” soalku tidak sabar ingin tahu.
“ Dia minta agar Aiman
ce..ceraikan Alia,” Doom! Bagaikan petir sambar menyambar, hatiku benar-benar
dipagut pilu. Bagaikan disiat-siat, sakitnya amat terasa.
“ ALLAH! Ya RAB! Mengapa berat benar dugaan yang KAU
berikan, sungguh aku tak kuat untuk menghadapinya. Am.. janji dengan Alia,
takkan tinggalkan Alia ya. Alia tak kuat tuk hadapinya sorang-sorang,” ujarku
bersama sendu yang tidak terkawal lagi.
“ Am janji takkan
tinggalkan Alia, susah senang kita bersama. Itu janji Am,” janji Am padaku.
Aku meletakkan ganggang
setelah memberi salam. Aku resah menanti kepulangan suamiku. Setelah sejam
menunggu akhirnya suamiku pulang jua. Segera aku mendapatkannya, namun
langkahku terhenti saat terpandang wajah tegang mertua serta suamiku.
“ Eh! Perempuan tak
tahu malu. Kerana kau lah lah cucu aku mati, kerana kau, aku kempunan mahu
timang cucu, semuanya kerana kau, aku bencikan kau!” jerkah mertuaku seraya menghantukkan
kepalaku didinding.
“ Mak, sakit mak,”
rayuku agar mertuaku melepaskan aku dari cengkamannya.
“ Oo, sakit. Hati aku
ni lagi sakit tahu tak! Aiman tunggu apa lagi
mak nak kau ceraikan isteri kau,” arah mertuaku pada si suami.
“ Mak, Sara tak salah.
Abang percayalah bang, Sara tak salah. Sara tak salah bang. Percayalah. Mak,
abang. Sara tak salah, percayalah bang,”rayuku sambil memaut kaki suamiku.
“ Aiman!! Tunggu apa
lagi? Kau nak tengok perempuan ni bunuh si Mya pula ke baru kau nak ceraikan
dia? Atau kau nak tengok dia bunuh mak?” aku beristighfar dalam hati, tanpa
sedar hatiku menjerit-jerit memanggil Amran.
“ Ya ALLAH, mak. Sara
tak pernah terlintas pun ingin membunuh sesiapa, Sara juga bersedih dengan apa
yang jadi,” tuturku membela diri.
Aku mengerang kesakitan
saat ditendang oleh mertuaku, tidak cukup dengan itu Aiman pula membaling pasu
kaca tepat mengenai kepalaku, aku memegang kepala saat terasa darah hangat
merembes keluar.
“ Ah! Tak usahlah kau berlagak baik depan aku.
Meluat aku,” ujar mertuaku seraya menjeling tajam ke arahku.
“ Abang, tolong
percayakan Sara bang, Sara tak salah. Sara..”
Pang!!
Aku mengusap bekas
tamparan yang dihadiahkan oleh suami yang amat aku kasihi, tak ku sangka
sayangnya sekelip mata bertukar api kebencian. Apatah lagi apabila ada yang
mencucuk jarum.
“ Abang, Sara
benar-benar tak bersalah bang,” ujarku lagi memohon belas ihsan suamiku.
“ Sanggup kau tolak Mya
sampai keguguran. Kau tahu tak sekian lama aku menantikan kehadiran anak? Alia
Maisara, aku benar-benar kecewa dengan kau. Dan aku juga tak boleh hidup lagi
dengan perempuan yang busuk hati seperti kau. Dan mulai hari ni aku ceraikan
kau dengan talak 3.” Melopong mulutku
apabila mendengar lafaz cerai yang meniti di mulut Aiman itu.
Kini aku benar-benar
kosong, tidak mempunyai anak, kehilangan suami, dan kini aku adalah
seorang’janda’. Bertapa sakitnya ku rasakan. Namun tak mengapa mungkin ini
sudah suratanku.
“ Kau pergi kemaskan
pakaian kau, dan aku tak mahu tengok walau satu pun barang kau ada dalam rumah
ni. Dasar perempuan busuk hati,” hina Aiman padaku, namun ianya tidak lagi
meninggalkan kesan padaku.
Segera aku menelefon
Amran memberitahu akan diriku, tidak mahu membuat dia risaukan diriku.
“ Assalamualaikum, Am.
Alia..Alia dah diceraikan, tanpa sempat Alia jelaskan duduk perkara sebenar,”
aduku pada Amran.
“
Astaghfirullahal-azim, Aiman benar-benar melampau. Alia macam mana? Ok ke?”
soal Amran cemas.
“ Am, I really need your help. Am tunggu Alia
di simpang nak masuk rumah Alia tu ya. Alia nekad Alia tak mahu ambil satu pun
hadiah pemberian Aiman, termasuklah kereta dan juga telefon bimbit ni, Boleh
kan Am tolong Alia?” soalku inginkan kepastian.
“ Dah tentu la boleh.
Salwa, saya ada hal penting, kalau ada apa-apa hal called je saya,” arah Amran pada setiausahanya.
Salwa menggangukkan
kepala mendengar arahan orang atasannya.
“ Abang, ni kunci
kereta, dan juga telefon bimbit hadiah pemberian abang, Sara tak perlukan semua
ni lagi. Terima kasih kerana pernah bahagiakan hidup Sara, Sara akan kenang
kenangan kita sampai bila-bila, halalkan makan dan minum Sara ya bang,
assalamualaikum, abang jagalah Mya dengan sebaiknya,’ ujarku lantas berlalu
pergi meninggalkan rumah yang banyak kenangan buat diriku.
Aku menoleh Aiman buat
kali terakhir, namun sedikit pun tidak dipandangnya wajahku, seolah di hatinya
tidak pernah ada cinta buatku.
****************
Kini genaplah 3bulan
perceraianku dengan Aiman. Sejak mak dan ayahku mengetahui perkara itu aku
sering melihat mendung diwajah mereka.
“ Kenapa Sara rahsiakan
perkara ni nak? Mak tak tahu anak mak terseksa, kalau tak kerana Amran, sampai
sekarang pun belum tentu mak tahu akan hal yang sebenar,” omel emakku.
“ Perkara dah nak jadi
mak, biarlah..” tiba-tiba aku merasa mual lalu aku segera menuju ke arah bilik
air untuk memuntahkan segala isi perut.
Uweek!! Uweek!!
Aku mengerut pelipisku,
terasa kepalaku sangat berpinar, kelam dan setelah itu aku tidak nampak apa-apa
lagi.
“ Ya Allah, Sara.
Abang, mari tengok Sara ni pengsan.”
“ Sara kat mana ni?”
soalku pada mak setelah berjaya membukakan mata, namun apabila aku melihatkan
wajah mendung yang terpamer di wajah mak dan ayah aku menjadi hairan.
“ Alia, tahniah,” ujar
Amran, menambahkan lagi rasa hairanku.
“ Untuk apa Am? Alia tak faham,” pintaku inginkan
penjelasan.
“ Alia akan menjadi ibu
tak lama lagi, dan berita gembira, Alia bakal timang anak kembar,” ujar Amran
ceria.
“ Kenapa baru sekarang
Alia dapat berita ni Am? Kenapa tidak sewaktu Alia bergelar seorang isteri?”
soalku menahan sebak.
“ Mungkin ada hikmah
sebalik apa yang jadi. Err.. kalau boleh setelah Alia bersalin dan babypun dah besar, Am ingin jadikan Alia
sebagai isteri Am, Am ingin jaga Alia seumur hidup Am, dan Am ingin menjaga baby kita bersama-sama. Am tak kisah
kalau ianya bukan anak kandung Am, tapi Alia, Am harap sangat
Alia sudi terima Am, sebelum Alia berkahwin dengan Aiman lagi Am sukakan
Alia, namun Am tak berani untuk luahkan perasaan Am,” luah Am membuatkan
lidahku kelu.
Aku melihat wajah mak
dan abah silih berganti, kemudian aku memandang Amran. Lantas aku tersenyum
manis buatnya.
Kini setelah usia anak
kembarku mencecah umur 1 tahun, aku sekali lagi mendirikan rumahtangga sebaik
sahaja aku bersetuju akan cadangan Amran, namun aku tidak menjemput ramai tamu.
Cukup sekadar jiran terdekat sahaja yang tahu.
Aku tidak menyangka
perkahwinan keduanya kini lebih bahagia dari perkahwinan kali yang pertama,
ditambah pula dengan baby kembarku ini, menambahkan lagi rasa bahagia di
hati.
“ Sayang,” panggil
suamiku, lantas aku tersenyum manis padanya.
“ Terima kasih abang,
sudi menerima sayang dalam hidup abang, I really love you,” ucapku tanpa
silu.
“ I love you to,” ujar Amran lantas didakapnya tubuhku.
“ Abang akan sentiasa
cintakan sayang, seumur hidup abang,” tutur suamiku lagi lantas diciumnya
ubun-ubunku.
Sebulan setelah
perkahwinan keduaku aku mendapat berita mengenai Aiman yang kini telahpun
bercerai dengan isterinya Mya, dengarnya Mya berlaku curang, tapi entahlah
biarkan aja kisah mereka itu. Tapi ada sesuatu yang meruntun kalbuku kini
kerana aku dengar kehidupan Aiman kini
kucar-kacir, bagaikan orang tidak siuman saja, namun aku tetap mendoakan agar
dia sentiasa berada di bawah kasih ILLAHI.
Bekas mertuaku pula
kini merayu agar aku memberi salah seorang anakku padanya. Namun tidak semudah
itu untuk aku memberikan hak penjagaan putri-putri kembarku. Cukup sekadar aku
membenarkan bekas mertuaku melawat Arisa dan Anisa.
Ternyata aku kini
benar-benar bahagia hidup disamping suami yang aku cintai, aku berharap agar
perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.
Sesungguhnya Amran
Firdaus adalah pelangi hidupku yang sentiasa menerangi jalan hidupku dan aku sangat mencintainya kerana dia adalah
PELANGI HIDUPKU.
Nota kaki- Enjoy reading semua :)
feedback need tq
sayanggggg korang :)