“HAI ARIANA,” sapa Nickhun lantas mencuit dagu Ariana tanpa
mempedulikan jelingan maut Afif. Ariana menepis tangan Nickhun yang selamba
badak mencuit dagunya itu. Hilanglah seri aku kalau macam ni. Aduhai!
ARY |
“Ish!
Kau ni nak cari maut ke? Dah tak pandai bagi salam ke? Mentang-mentanglah kau anak
kacukan dah lupa nak bagi salam,” sindir Ariana pedas. Afif mengulum senyum
lebar.
Padan
muka kau Nickhun. Bajet kau tu anak kacukan tak payah nak bagi salamlah?
Huh! Kan tak pasai kena sembur dengan
Ary. Ada hati pula tu nak sentuh dagu Ariana tu. Huh! Hanya aku je yang boleh
sentuh Ariana tau! Desis Afif bangga namun hanya di dalam hati saja.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Ha kan bagus macam tu. Kau nak makan burger ke? Nak burger apa?” tanya Ariana
seraya tangan ligat menggoreng daging burger untuk pelanggannya.
“Err…
bagi burger ayam double cheese. Saya
tunggu dekat meja hujung tu ya,”
“Okey,”
balas Ariana seraya melemparkan senyuman manis pada jejaka kacukan itu.
“Ary…”
meleret saja suara Afif memanggil Ariana.
“Ha,
kau pula dah kenapa? Dah buang tabiat?” sinis Ariana. Sengaja dia buat-buat
tidak faham. Bukannya dia tidak tahu bahawa Afif tidak suka andainya dia rapat
dengan Nickhun. Seakan cemburu saja. Namun benarkah lelaki itu cemburu? Jika ya
dia cemburu untuk apa perasaan cemburu itu? Apakah Afif menyimpan perasaan
terhadapnya?
AFIF |
Afif
mengetap bibir. Geram apabila disindir Ariana. Bertambah bengang dirinya
tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir Nickhun itu. Apatah lagi tatkala
matanya menangkap renungan Nickhun terhadap Ariana. Galak mata itu meneroka
setiap inci wajah Ariana.
“Aku
tak suka la mamat kacukan tu,” dengus Afif tiba-tiba.
“Kau
apahal ni Afif? Tiba-tiba je nak meradang.”
Afif
menghalakan pandangan ke arah Nickhun. Ariana turut memandang arah pandangan
mata Afif. Tatkala matanya menyapa sepasang mata hazel Nickhun, dia melemparkan senyuman semanis mungkin. Afif yang
melihat tingkah Ariana itu sudah mula tidak senang duduk. Gelisah hatinya
apabila memikirkan Ariana itu.
Takkan
Ary sukakan Nickhun? Dia orang kan baru kenal? Ah! Kau Afif… cakap pasal Ary
pandai sangat. Yang kau pun baru kenal Elfira pun dah mula terpaut hati apa
kes? Kutuk Afif terhadap dirinya sendiri.
“Afif,
kau tolong coverkan aku eh. Aku nak pergi berborak kejap dengan Nick. Lama kot
tak jumpa dia,” ujar Ariana seraya pantas berlalu.
“Wei,
aku mana pandai sangat nak goreng burger bagai. Nanti hangus macam mana? Ary,
Ary,” panggil Afif namun langkah Ariana sudah jauh meninggalkannya. Sungguh
sebal hatinya. Ingin saja dia menghempuk kepala Nickhun itu.
‘Sibuk aje. Aku baru nak berbaik dengan Ary.
Kau pula dah potong jalan. Kurang asam jawa punya anak kacukan. Puih! Boleh
jalanlah,’ kutuk Afif di dalam hati.
Sedang
Afif melayan perasaan seorang gadis menghampirinya.
“Bang,
bagi burger ayam cheese satu,” pesan
si gadis.
“Ha?
Burger?” gurlp! Macam mana aku nak buat buger ni? Nak goreng pun tak pandai.
Nanti hangus adalah, sungut Afif di dalam hati.
“Ha’ah
burgerla. Takkan rusa kot,” seloroh gadis itu lantas dia tertawa halus.
Afif
turut ketawa. Loyar buruk pula minah ni.
“Apa
kata awak pergi panggil Kak Ary tu. Abang tak pandai nak goreng burger. Nanti
hangus daging burger awak. Pergilah panggil,” arah Afif kepada gadis tersebut.
Tiga
minit kemudian Ariana kembali bersama gadis tersebut.
“Kau
ni tak boleh haraplah. Alasan je takut hanguslah, apalah. Cakap je la kau tak
suka aku borak dengan Nick. Kan? Kan?” sakat Ariana sambil menyentuh bahu Afif.
“Tahu
tak apa. Berbulu je mata aku tengok kau berborak dengan mamat kacuk tu. Sakit
mata aku,” ujar Afif selamba.
Ariana
menyungging senyum. Senyuman yang hanya dia saja mengetahui maksudnya.
Pandangan
tajam diberikan kepada Nickhun. Geram dan benci bergaul menjadi satu di dalam
hati. Kini dua rasa itu kian sebati tatkala melihat wajah itu. Entah mengapa
dia merasa demikian. Namun dia merasa bagaikan Nickhun itu seolah-olah pesaing
terhebatnya untuk mendapatkan Ariana. What?
Aku… aku cintakan Ariana ke? Elfira macam mana pula? Adui! Serabutnya.
SEDANG
ARIANA dan Afif sibuk melayan pesanan pelanggan tiba-tiba
seorang gadis melenggang lenggok mendekati Afif. Berbulu mata Ariana melihat
tingkah gedik gadis itu. Afif pula kelihatan kaget tatkala melihat wajah Elfira
yang tercongok di hadapannya.
“Awak
sibuk ke?” tanya Elfira dengan lenggok suara menggoda.
ELFIRA |
“Sibuk
sikit sayang. Malam ni ramai pula pelanggan. Awak nak makan?”
Elfira
tersenyum sinis kepada Ariana. Bertambah lebar senyumannya tatkala mendengar
panggilan ‘sayang’ yang terpacul keluar dari bibir Afif. Ingin saja dia
melompat kegembiraan di situ. Sepanjang perkenalannya dengan Afif, tidak pernah
walau sekalipun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan mesra. Tetapi malam
ini lelaki itu memanggilnya ‘sayang’. Serasa di awangan saja.
“Nak
burger daging special satu,” bisik
Elfira di telinga Afif..
Afif
tersenyum senget. Dia menolak tubuh Elfira agar menjauhi darinya. Serasa rimas
pula dirinya dengan tingkah manja gadis itu. Sedangkan dengan Ariana dia merasa
sebaliknya pula. Dia suka andainya Ariana bermanja dengan dirinya. Argh! Jiwa
kacau!
“Ary,
burger daging special satu,” ujar
Afif.
“Kau
buatlah sendiri. Tak hinginlah aku nak buat untuk ‘kekasih hati’ kau tu.
Menyampah. Nak menggedik tak kira tempat,” sindir Ariana lantas dia
menanggalkan apronnya. Dengan hati yang membara dia menghayun langkah mendekati
Nickhun.
“Kenapa
Ariana? Siapa gadis dengan Afif tu?” soal Nickhun.
“Tu
kan kekasih dia. Takkan kau dah lupa?” bidas Ariana tanpa sedikitpun memandang
wajah Nickhun.
Nickhun
merenung tajam wajah Afif yang sedang menggoreng daging burger itu. Namun
tatkala matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Elfira dia cepat-cepat
melarikan pandangannya.
“Awak
sabarlah Ariana. Bukan dia seorang saja lelaki dalam dunia ni. Ramai lagi
lelaki yang baik untuk awak. Awak nak jadi Kassim Selamat ke?” soal Nickhun
tiba-tiba.
“Kau
ni dah kenapa? Tiba-tiba nak kaitkan aku dengan Kassim Selamat dah kenapa?” soal
Ariana berang. Dah kenapa mamat ni. kena sampuk dengan Nyonya Mansur ke apa?
Huh!
Ariana
mengjongketkan keningnya. Sedikit hairan dengan pertanyaan Nickhun itu.
“Yalah,
kerana cinta dia menjadi buta. Kerana setia pada cinta juga dia diperbodohkan.
Ariana… saya tak mahu awak menjadi seperti Kassim Selamat. Terlalu setia pada
orang yang tidak menghargai awak. Sedangkan awak layak untuk mendapat insan
yang lebih baik buat diri awak. Macam Chombi yang senantiasa menemani Kassim
Selamat. Begitu jugalah saya yang akan selalu menemani saat awak bersedih dan
berduka.
“Malah
saya juga akan selalu di sisi saat awak gembira. Ariana… saya ikhlas sayangkan
awak. Dan saya harap awak sudi untuk memberi saya peluang untuk membuktikan
kasih sayang saya,” ujar Nickhun panjang lebar.
Ariana
kaget seketika. Tergamam dirinya tatkala mendengar luahan jejaka itu. Ikhlaskah
lelaki itu? Sedangkan mereka baru saja bertemu.
“Kau
cakap apa ni? Aku anggap kau kawan saja Nick…”
“Saya
tahu. Sebab itu saya cakap, saya harap awak sudi untuk memberi peluang untuk
saya buktikan kasih sayang saya.”
Terasa
kelu lidah Ariana untuk membalas luahan hati jejaka itu. Sungguh dia menyenangi
sikap Nickhun. Namun itu tidak bermakna wujudnya cinta di dalam hatinya buat
jejaka itu. Entahlah hatinya terlalu berdegil. Biarpun dilukai namun cinta di
dalam hatinya masih jua utuh buat Afif. Dia menjeling sekilas pada wajah Afif.
Entah mengapa dapat dia rasakan ketidakselesaan Afif melayan sikap Elfira.
Kelihatannya seperti Afif ingin menjauhkan dirinya dari digesel oleh Elfira.
Apakah benar? Atau hanya perasaannya saja?
ELFIRA
mendengus apabila mendengar arahan abangnya itu. Dia menjeling sekilas pada
wajah abangnya yang terlindung di sebalik majalah yang sedang dibacanya.
“Why brother? Did you have a problem with me hah?” soal Elfira angkuh. Dia
berdiri di hujung sofa yang diduduki abangnya sambil berpeluk tubuh.
“Duduk!”
tegas kedengaran suara si abang.
“Kenapanya?
Fira tak ada masa nak berbual lah!” bentak Elfira seraya melabuhkan punggung
bersebelahan abangnya.
“Where are you going?” soal Nickhun
sebaik saja meletakkan majalah yang dibacanya ke atas meja kopi.
Elfira
menjulingkan biji matanya. Sebal dirasakan tatkala mendengar soalan itu. Selama
ini tidak pernah pula abangnya itu menyoal kemana dia pergi, dengan siapa dia
berkawan. Huh! Sibuk saja, bentak hatinya.
“Sejak
bila kau jadi prihatin dengan adik kau ni?” sindir Elfira secara halus.
“Abang
tanya baik-baik, jawab baik-baiklah,” bidas Nickhun berang mendengar sindiran
adiknya itu. Sememangnya Nikchun dan Elfira tidak pernah berbaik. Sedari kecil
ada saja yang hendak digaduhkan mereka.
“Keluar.
Duduk rumah pun bukannya ada apa. Bosan!” balas Elfira seraya menjeling Nickhun
dari hujung matanya.
“Abang
nak tanya sejauh mana hubungan adik dengan mamat nama Afif tu?” tanya Nickhun
serius.
“Kenapa
pula nak tahu?” Elfira mulai cuak tatkala mendengar nada serius abangnya itu.
“Just answer my question!”
Elfira
tersentak tatkala mendengar nada tegas abangnya. Jarang benar dia melihat wajah
bengis abangnya itu.
“Err…
Fira cintakan dia. Sangat cintakan dia.” Elfira meluahkan isi hatinya. Nickhun
tersenyum senget. Di dalam kepala sudah mula menyusun strategi untuk memiliki
cinta Ariana.
“Good. Abang nak kamu terus goda Afif
sampai dia benar-benar cintakan kamu. Dari apa yang abang tengok, kamu je yang
terhegeh-hegeh pada dia. Sedangkan dia hanya biasa saja.”
Elfira
menjeling sekilas pada wajah abangnya. Dia melepaskan keluhan berat.
“Afif
layan acuh tak acuh dengan Fira semuanya disebabkan Ariana. Perempuan tomboi tu
dah tarik perhatian Afif. Dulu Afif selalu je ada masa untuk diluangkan bersama
Fira. But now… masanya banyak
dihabiskan dengan Ariana tu saja. Benci!” suara Elfira tidak puas hati akan
layanan teman lelakinya itu.
“Adik
tu yang tak pandai ambil hati dia. Abang nak minta tolong sikit boleh?”
Elfira
kaget demi saja mendengar permintaan abangnya.
“Hai
sejak bila pula abang aku pandai nak minta tolong bagai? Selama ni tak pernah
pun nak minta tolong. Jangankan minta tolong, nak berborak dengan adik sendiri
pun macam nak tak hendak je,” sindir Elfira lantas ketawa buat-buat.
“Shut up you! Perkara ni penting untuk
kita berdua. About you, me, Ariana and Afif.”
Terdiam
terus Elfira tatkala mendengar satu persatu nama yang disebutkan oleh abangnya
itu. Dia mengalihkan tubuh menghadap abangnya. Nickhun menyuarakan
permintaannya. Sesekali Elfira menganggukkan kepala. Sesekali pula kelihatan
dahinya berkerut. Setelah selesai perbincangan mereka Elfira mengukirkan
senyuman manis.
“Tak
sangka bijak juga abang aku ni,” ujar Elfira memuji abangnya itu.
“Well, you know. I’m smart while you’re not.
Next time make sure you use your brain or else you’ll end up losing him.”
Elfira
mencebir bibir mendengar sindiran tajam abangnya.
“Hei,
Nickhun Eriq! I’m wondering why are you
still standing here in front of me, instead of chasing that girl and make her
yours?”
“I will
trying my best to get her. Dia tak macam gadis lain. Dia sangat berbeza
dari gadis yang pernah abang kenal selama ni. Dia jinak-jinak merpati. Nampak
mudah untuk didekati. Namun sukar untuk mendapatkannya,” ujar Nickhun penuh
makna tersirat.
“So, whatever. Kita kena pastikan
rancangan kita untuk pisahkan mereka tu berjaya. Okay my brother?”
“Yeah, sure!”
Elfira
ternyum keriangan. Buat kali pertamanya dia merasakan gembira berbual bersama
abangnya itu. Segera dia bangkit dari duduknya.
“Pastikan
Afif jatuh ke tangan adik. Faham!” tegas kedengaran suara Nickhun.
“Okey
abang,” balas Elfira sebelum berlalu meninggalkan abangnya yang sedang menonton
TV itu.
Ariana…
maafkan saya. Tapi saya terlalu mencintai awak. Dan saya tak boleh melepaskan
awak ke tangan orang lain. Lebih-lebih lagi Afif. Saya tak yakin dengan Afif.
Saya bimbang awak akan disakiti olehnya, gumam Nickhun di dalam hati.
NICKHUN |
p/s = maafkan saya kerana lambat kasi n3. dan maaf uga ika n3 kali ni kurang best huhu :)