RINDU KAMU (VERSI EMIR) PART 2 FINAL.....










ASSALAMUALAIKUM, lama giler tak letak sebarang n3 and cerpen kan? so jemputlah baca semua. love you all's huhu. hope semua dapat menerima segala kekurangan di dalam cerpen ni.


======================================




KELIHATAN Fazlinda termenung jauh. Dia memeluk lutut sambil dagu diletakkan diatas kedua-dua lututnya. Aku tahu dia resah memikirkan hala tuju perhubungan kami. Kerana aku juga keresahan memikirkan hubungan perkahwinan kami. Entah mengapa semenjak pertemuanku dengan Emylin, hatiku menggamit rasa rindu. Rindu untuk menatap senyuman itu. Ya! Aku sedar sesuatu. Aku bukan merindui senyuman di bibir Emylin sebaliknya aku merindui senyuman manis di bibir insan yang selama ini bertakhta di hatiku. Siapa lagi jika bukan Elyysa?

ALLAH HU AKBAR, sehingga kini biarpun sudah 4 tahun berlalu ingatanku terhadap Elyssa tidak pernah padam. Lysa, Emir benar-benar mencintai Lysa. Sungguh payah untuk diri ini melupakan Lysa. I really love you.

“Eh, dah lama abang berdiri di situ?” lamunanku bubar tatkala suara lembut itu menyapaku. Aku memaksa bibir mengukir senyuman. Kedua-dua kakinya dijatuhkan. Dia melepaskan keluhan berat.

“Dah lama juga. Sayang termenungkan apa tadi?” soalku lantas aku melabuh punggung di sisinya. Kerusi ku rapatkan agar jarakku dengannya tidak terlalu jauh. Jemarinya ku ambil lalu ku genggam erat.

“Termenungkan masa depan. Entah esok atau lusa Lin dah tak diperlukan. Lin sedar diri bang.”

“Syhh! Kenapa cakap macam tu? Abang tak suka,” tegurku dengan tegas.

“Lin tahu jauh di sudut hati abang masih ada cinta buat Ellysa bukan? Dan mungkin sampai bila-bila cinta abang takkan pernah ada buat Lin. Lin redha bang,” ujar Fazlinda lirih. Entah mengapa ulu hatiku terasa pedih. Apatah lagi apabila melihat kolam airmata Fazlinda yang ingin pecah itu.

“Maafkan abang sayang. Abang tahu abang tak adil…” pantas Fazlinda mencelah.

“Cukup bang. Lin tak nak dengar ucapan maaf abang. Lin hanya mahukan perhatian dan kasih sayang abang saja.” Aku tergamam. Pandangan matanya sayu. Perlahan-lahan dia menarik tangan yang berada dalam genggaman tanganku. Dia bangkit meninggalkanku keseorangan.

“Maafkan abang sayang. Abang cintakan sayang… namun cinta abang terhadap Lysa masih utuh di hati abang,” ucapku perlahan. Aku meraup wajah. Pantas aku masuk ke dalam rumah. Aku capai kunci kereta.

Saat mataku bertembung dengan sepasang mata Fazlinda cepat saja dia melarikan pandangan. Hatiku merasa perih. Apatah lagi apabila melihat dia melepaskan tangisan di sudut tangga itu. Pasti dia sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan dan juga kerenahku yang berbagai ini. Biarlah. Aku tahu dia perlukan masa untuk mengubati hatinya yang luka.

Aku memulakan pemanduan. Aku menekan pedal minyak dengan kadar maksima. Wajah Fazlinda serta Elyssa silih berganti di ruangan mata.

“Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan? Sesungguhnya aku sangat mencintai Lysa. Namun… bagaimana pula nasib Fazlinda?” Aku kusut sendiri. Persoalan yang tidak pernah ada jawapan itu menyesakkan minda.

Pantas aku membelok untuk ke Tanah Perkuburan Damai. Ingin melawat ‘kekasih’ yang sehingga kini masih mempunyai ruang di hatiku. Aku melangkah kaki lemah. Saat melihat batu nisan yang terukir nama Ellysa Zahra binti Ezrul membuatkan skru lutut semakin longgar. Serta merta aku jatuh menyembam ke tanah.

Aku menenangkan hati dengan berzikir. Setelah emosiku stabil, aku mensedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya. Usai itu aku memegang batu nisan yang mula luntur warnanya.

“Assalamualaikum sayang. E… Emir datang ni. Lysa… kenapa singkat benar tempoh perkenalan kita? Lysa, Emir belum puas untuk hidup di samping Lysa. Kenapa? Kenapa perlu Lysa yang meninggalkan Emir? Lysa… Emir masih tak dapat lupakan Lysa. Emir terlalu cintakan Lysa. Sejujurnya Emir masih belum mampu untuk membina bahagia di samping insan lain.

“Entahlah. Bukan niat Emir untuk menyeksa hidup Fazlinda. Namun hati Emir masih terpahat nama Lysa. Kadang-kadang Emir kasihan melihat Lin. Dia berusaha untuk menjadi isteri yang baik buat Emir. Tapi Emir sengaja mengeraskan hati untuk menolak kehadirannya. Apatah lagi setelah pertemuan semula Emir dengan Emylin. Wajahnya benar-benar membuatkan Emir rindu. Rindu pada Lysa.” Aku hanya membiarkan airmata lelakiku mengalir tanpa diseka. Pada ALLAH aku mohon agar dikuatkan hatiku. Dan aku tidak lupa untuk berdoa agar ALLAH melembutkan hatiku untuk menerima kehadiran Fazlinda.

“Emir pulang dulu. Moga Lysa tenang di alam sana ya. Semoga kita berjodoh di syurga kelak,” ujarku lantas aku bangkit. Aku merenung sayu pusara Ellysa. Berat hatiku untuk melangkah pergi namun aku tidak punya pilihan lain. Kerana aku masih punya tanggungjawab yang lain untuk diurus.

FAZLINDA sudah dibuai mimpi tatkala aku sampai ke rumah. Elfira juga turut lena di dalam dakapan Fazlinda. Sekilas aku kerling jam di dinding. Padanlah pun. Dah pukul 3.30 pagi. Ya ALLAH, betapa kejamnya aku kerana mengabaikan dua insan ini. Maafkan abang Lin. Maafkan papa sayang. Lin… abang benar-benar perlukan ruang ntuk melupakan kisah silam abang.

Aku mencapai tuala yang berada di ampaian Entah mengapa terbit satu perasaan aneh tatkala melihat wajahnya itu. Aku menelan liur.

‘Ish! Apahal aku rasa berdebar je tengok wajah Lin ni? Macamlah aku tak biasa tengok Lin tidur. Tapi kenapa hati aku rasa berdebar ya? Semacam ada rasa cinta,’ desisku di dalam hati. Tidak mahu melayan rasa yang bertandang, segera aku atur langkah menuju ke bilik air.

Aku membuka pancuran air. Sedang aku membersihkan diri, minda melayang mengingatkan perbualanku bersama Adam sebentar tadi. Ya! Aku pulang lewat kerana ingin mengadu masalahku. Namun tidak aku menyangka akan menerima berdas-das nasihat serta bebelan darinya. Sungguh kata-katanya membuatkan hatiku kini berbolak balik.

Imbas kembali…

“Aku sayangkan Lin. Tapi aku…”

“Tapi apa? Kau masih tak boleh nak lupakan Lysa? Macam tu? Heh!” Aku menelan liur. Intonasi suara Adam jelas sinis. Seketika kemudian Adam menyambung kembali katanya. Wajahnya tampak tegang hingga menimbulkan urat lehernya.

“Kau nak cakap yang kau masih tak mampu nak lepaskan dia dari ingatan kau? Come on bro dah 4 tahun Lysa pergi. Jangan jadi bodoh boleh tak? Lysa adalah masa lampau kau. Yang kau kena jaga hati dan perasaannya sekarang ni adalah Lin. Kau ingat tak? Dulu kau yang beriya nak kahwin dengan Lin. Sekarang ni apa dah jadi? Kalau aku tahu nak jadi macam ni tak adalah aku pujuk si Lin tu agar terima lamaran kau,” hambur Adam dengan nada tinggi namun masih terkawal. Aku tahu apa yang dikatakannya itu ada benarnya. Namun entahlah. Hati aku terlalu degil untuk melepaskan insan istimewa seperti Ellysa Zahra.

“Kau tak faham perasaan aku derr. Kau bolehlah cakap sebab insan yang kau cinta masih ada di sisi kau,” ujarku lirih.

“Ish! Kau ni… degil. Memang! Memang Fairuz masih ada di sisi aku. Tapi aku yakin bahawa aku takkan jadi lemah macam kau.  Kau pernah tak duduk dan berfikir bagaimana perasaan Lin bila suami yang dinikahinya mencintai insan lain? Pernah kau fikir? Heh! Jasad kau di rumah. Tapi ingatan kau, cinta kau, dan sayang kau milik orang lain. Lin hanya miliki tubuh kau tapi tidak cinta. Kau rasa adil ke buat Lin?”

Aku meraup wajah. Marah benar Adam padaku. Salah aku juga. Terlalu hanyut dengan perasaan.

“Lysa dah tinggalkan kau. Kau yang masih hidup harus teruskan kehidupan. Bro, kalau Lysa tahu kau seksa diri macam ni, aku pasti dia takkan tenang di alam sana. Dan dia pasti akan bersedih.” Adam berjeda seketika. Sejenak kemudian dia kembali menyambung kata.

“Bro fikirlah dengan sebaiknya. Sampai bila kau nak hanyut dengan perasaan cinta ni? Pada orang yang dah takde pula tu. Semua ni tak adil buat Lin. Kau kena buka pintu hati kau. Lin sebaik-baik isteri tau. Aku rasa kalau perempuan lain mahu angkat kaki balik rumah mak ayah dia dah. Tapi Lin… masih setia di sisi kau. Walaupun kau buat tak nampak kehadiran dia,” ujar Adam. Nada suaranya sudah mulai kendur.

Entah mengapa kata-katanya yang terakhir itu terngiang-ngiang di kepala. Bagaikan pita perakam saja.

“Bro thanks for your advanced. Aku rasa kalau kau tak brainwash mahu aku terus hanyut dengan dunia aku,” ujarku mengakui kesilapan diri.

Lysa maafkan Emir. Emir tak bermaksud untuk lupakan Lysa. Jauh di sudut hati, cinta Emir masih utuh buatmu sayang. Hatiku merintih pedih.

“Sama-sama. Itulah gunanya sahabat. Bro, aku tahu kau sebenarnya sayangkan Lin. Cuma kau keliru dengan perasaan kau saja. Dan aku minta agar kau lepaskan Ellysa pergi dari hidup kau. Selagi kau hidup di dalam kenangan selagi itulah kau takkan menemui bahagia. Ingatlah Emir, tak selamanya Lin akan terus setia di sisi kau. Kalau kau masih hidup dalam kenangan, lambat-laun dia akan pergi tinggalkan kau. Jadi lebih baik kau hargailah dia sebelum terlambat. Dia adalah amanah ALLAH untuk kau jaga. Dan aku tak mahu kau menyesal kemudian hari Mir,” pesanan Adam terpasak kukuh di mindaku.

Aku tersentak dari lamunan tatkala mendengar bunyi dentingan jam yang bertalu-talu. Aku tahu pasti Fazlinda sudah bangun dari pembaringan untuk mengerjakan solat sunat Tahajud. Dari awal perkahwinan hinggalah kini tidak pernah sekali pun dia culas untuk mengerjakan solat sunat Tahajud itu. Aku mencapai pakaian yang tergantung di dalam almari. Sesekali kata-kata Adam menerjah gelombang telingaku. Usai berpakaian lengkap aku melabuhkan punggung di atas katil.

Aku hanya memerhatikan Fazlinda hingga dia selesai solat. Dia kelihatan kaget tatkala melihat wajahku. Aku tersenyum manis buatnya.

“Bila abang balik?” soalnya sambil baring di sisiku. Di antara aku dan juga Elfira.

“Pukul 3.30 tadi. Abang nak minta maaf sebab balik lambat. Sayang… maafkan abang kalau selama ni abang selalu sakitkan hati sayang. Abang memang bukan lelaki yang baik. Abang tak layak untuk berada di sisi sayang.”

“Apa abang cakap ni?”

“Sayang tidurlah,” ujarku tanpa menjawab pertanyaannya.

Aku cuba melelapkan mata. Syiling ku tatap bagaikan ada sesuatu yang begitu menarik perhatianku. Mataku semakin layu tatkala terlihat kipas yang memusing laju. dan akhirnya aku terlena.

Terdiamku tiada terkata. Sungguh hatiku benar-benar digamit rindu terhadapnya. Aku tergamam tatkala airmata membasahi pipi gebunya. Airmata lelakiku turut mengalir. Batinku terdera. Emosiku berkecamuk.

Baru saja aku ingin mendakap tubuh itu, dia semakin menjauh dan menjauh. Seolah-olah tidak rela untuk menerima pelukanku. Aku terus cuba untuk mendekatinya sebelum dia berkata…

“Emir sayang... maafkan Lysa. Lysa tak dapat tepati janji untuk terus hidup di samping Emir.” Aku jatuh terduduk apabila mendengar suaranya yang sayu. Hatiku meruntun pilu.

“Kenapa Lysa tinggalkan Emir? Lysa tak sayang pada Emir ke?” tanyaku persis anak kecil.

“Lysa sayangkan Emir. Sampai bila-bila sayang Lysa tetap utuh buat Emir. Emir... tolonglah redha dengan pemergian Lysa. Lysa ingin pergi dalam keadaan yang tenang. Emir... pasti bahagia walau tanpa Lysa disisi. Lepaskan Lysa pergi ya sayang. Lysa yakin bahawa Emir akan bahagia di samping isteri Emir.”

Teresak-esak aku menahan tangisan. Ya ALLAH beginikah kesudahan cinta kami?

Sebaik saja aku berjanji untuk merelakan pemergiannya, bayangannya kian menjauh, menjauh  dan terus menghilang.

“Lysa, pergilah sayang. Emir akan mendoakan agar Lysa tenang. Lysa, Lysa.”
Aku terjaga dari lena. Spontan tangan meraba wajah. Airmata masih bersisa.

“Abang mimpikan Lysa lagi ke?” soal Fazlinda dalam keadaan mamai. Pasti tidurnya terganggu gara-gara aku.

“Ya sayang. Abang mimpi Lysa ingin abang relakan pemergian dia. Sayang janji dengan abang bahawa sayang akan selalu ada dengan abang. Abang cuba untuk melepaskan pemergian Lysa asalkan sayang sentiasa di sisi abang.”

“In shaa ALLAH. Sayang akan sentiasa di sisi abang,” ujar Fazlinda seraya mengucup lembut pipiku.


KINI aku mampu menarik nafas lega. Alhamdulillah setelah aku bermimipi mengenai Ellysa kini aku sudah mula belajar untuk menerima Fazlinda serta Elfira di dalam hidupku. Dan aku juga mengucap syukur kerana memiliki sahabat seperti Adam. Kerana nasihatnyalah yang membuka mataku.

Jujur aku masih mencintai Ellysa. Namun itu tidak bermakna bahawa aku tidak mencintai Fazlinda kerana cintaku pada Fazlinda sama hebat sebagaimana cintaku pada Ellysa.

“Abang okey?” soal Fazlinda seraya mendekatiku dengan tubuh yang kini sedang berbadan dua. Ya! Elfira bakal mendapat adik. Alhamdulillah. Fazlinda berkata andainya anak di dalam kandungannya itu perempuan dia ingin sekali menamakan anak itu dengan nama Ellysa Zahra. Sempena nama Ellysa katanya.

“Abang okey. Sayang okey? Baby papa hari ni nakal tak?”

“Baby tak nakal pun papa,” ujar Fazlinda dengan suara yang sengaja dikecilkan. Aku ketawa halus. Elfira tersengih cuma.

Pada-MU ya ALLAH aku pohon agar cintaku ini terpelihara buat isteriku selamanya. Dan aku mohon agar jodoh kami berkekalan hingga ke syurga-MU. In shaa ALLAH. Pada anda semua hargailah seorang isteri. Kerana kehadirannya bakal membahagiakan hidup anda. Jangan jadi seperti aku. Yang dulunya mengabaikan isteri demi cinta pada insan yang telah tiada. Namun aku bersyukur kerana Fazlinda tetap setia di sisiku. Alhamdulillah…


~TAMAT~