TEASER AISHITERU MR.SENGAL


SIWON AS- MR.SENGAL






 +syariah kabeakan  dear meh baca




“Assalamualaikum. Adui! Hangatnya hari ni. Dik tu kat depan gheta (kereta) sapa tu? Mewah ja mak tengok.”
“Ton, hang dak kenai aku kaa?” soal aunty Aisha seraya bangun mendapatkan emak di muka pintu.
Wajah mak berkerut seribu. Mungkin sedang cuba mengingati wajah aunty Aisha. Aku terus bingkas ke dapur untuk membancuh air. Saat ini tiba-tiba aku tersenyum. Teringatkan peristiwa ‘air garam’ itu.
Sedang aku membancuh air kopi tiba-tiba sahaja aku mendengar kerusi ditarik. Tak semena-mena jantung aku berdegup kencang.
Gulrp!
“Jangan buat air garam untuk aku lagi. Boleh kena darah tinggi aku kalau macam tu.”
Bulat mataku saat mendengar suara itu. Sengal betul. Ingat aku kejam sangat ke? Nak sangat aku letak betul-betul agaknya. Heh!
“Tak baik mengumpat dalam hati.” Erk? Macam tahu-tahu je yang aku tengah kutuk dia.
Usai membancuh kopi aku membuka kabinet almari. Lantas aku mencapai balang biskut. Setelah itu aku mencapai piring serta cawan. Biskut aku letakkan di atas piring kecil. Mr. Sengal hanya memerhati gerak geriku. Ish! Semak je tau. Tak tahu ke yang aku ni tak selesa bila direnung sebegitu?
“Woi, miss blurr aku nak cakap sikit,” seru Mr. Sengal saat aku ingin berlalu ke ruang tamu. Aku tarik muka bosan. Heh! Entah apa la yang nak dibincangnya.
“Apa?” soalku kasar. Malas nak bercakap baik-baik. Alih-alih nanti aku juga yang sakit hati.
Mr. Sengal bangun dari kerusi. Lantas dia mendekatiku. Selangkah, selangkah hingga membuatkan jarak antara kami tinggal beberapa inci saja. Aku menelan liur yang terasa berpasir. Menggeletar tangan aku yang sedang menatang dulang n. Ya ALLAH, lindungilah aku dari panahan matanya. Sungguh renungannya membuatkanku lemas. 
Hailah jantung berhentilah berdegup. Dah macam nak melompat keluar je ni. AKu memejam mata saat wajah Mr. Sengal hampir dengan wajahku.
“Aku… aku nak kau tolak je lamaran mama. Jangan sesekali kau terima. Faham!” Terbelalak mataku saat mendengar suaranya. Tolak? Lamaran? Apa aku tak salah dengar ke ni?
Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia berlalu meninggalkan aku terkebil-tebil. Mata ku kelipkan berkali-kali. Betul ke apa yang dia cakap tu? Adui! Macam mana ni?
Aku menatang dulang dengan perasaan bercampur aduk. Sedih, bengang, marah, menyampah semuanya bergaul menjadi satu.
Pertama.
Aku sedih sebab mak langsung tak mahu bincangkan apa-apa dengan aku.
Kedua.
Aku bengang sebab Mr.Sengal ingat aku hadap sangat dengan dia. Heh! Bak kata peribasa ni la kan, pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak hendak, aku lagi tak hingin.
Ketiga.
Aku marah dengan diri sendiri. Dalam pada aku tak suka dia tu… entah kenapa hati aku ni macam bergetar semacam je bila dekat dengan dia. Contohnya macam tadi la. Berdegup kencang jantung aku. Dah macam lari dari paksinya.
Keempat.
Aku menyampah bila mana dan ketikanya Mr. Sengal suruh aku tolak lamaran mama dia tu. Huh! Kalau dia tak suka cakaplah sendiri dengan mama dia tu. Adui!
“Adik, adik.” Aku tersentak dari lamunan saat emak menggoncang kuat lenganku. Haih! Berangan je kau Ziqa.
“Kenapa mak?” soalku lemah.
“Hang pi la berborak sat dengan Haziq kat luaq. Mak nak cakap sikit dengan mak cik Aisha kamu ni,” ujar mak berkias. Nak cakap apa? Pasal lamaran? Argh! Tekanan aku macam ni tau.
AKU melepaskan keluhan berat. Sesekali mataku menjeling sekilas wajah Mr. Sengal di sisi. Dia bukanlah tak handsome. Terlebih handsome sebenarnya. Tapi disebabkan kesengalannya itulah yang membuatkan aku menyampah dengan dia.
Dia tampak casual dengan hanya memakai wooleen sweater bewarna coklat caramel. Seluar paras lutut bewarna putih, kaca mata jenama Raybean. Erm… aku akui bahawa dia memang berkarisma. Cuma mulut je agak laser.
Aku melarikan pandangan saat mataku bertembung dengan matanya. Fuh! Jantung aku ni. Berdetak kencang. Adeh! Apa yang aku nak borakkan dengan dia ni? Ah! Lebih baik aku lepak kat bawah pangkin.
Aku menghayun langkah laju ke pangkin buatan angah. Waktu angah balik cuti hari tu la aku ada merengek agar dia buatkan tempat duduk kat luar rumah. Senanglah sikit aku nak lepak dan lari dari dengar bebelan mak. Hu hu…
Apa khabarlah agaknya Abang Hafiz ya? Lama betul dia mendiam diri. Minggu ni nak masuk minggu ketiga dah. Tapi satu berita pun aku tak dengar mengenai Abang Hafiz. Bila tanya dekat Mak Long, jawapan yang aku terima Abang Hafiz sibuk, Abang Hafiz sedang menjalani semester terakhir sebelum menamatkan pembelajarannya.
Aku faham Abang Hafiz tu sibuk. Tapi takkan nak kirimkan berita atau tanya khabar pun tak boleh? Haih! Mulalah aku nak sedih ni. Cepat-cepat aku mengesat airmata yang bertakung di tubir mata saat melihat langkah kaki Mr. Sengal yang semakin menghampiri.
“Aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakapkan ni. Aku sendiri tak tahu yang mama aku dengan mak kau bersahabat. Bila je mama aku dengar nama mak kau, terus dia desak aku untuk bawa dia ke rumah kau. Dah pelbagai alasan aku bagi untuk elakkan dari pertemukan mama aku dengan kau.
Tapi mama aku tetap juga nak jumpa dengan kau. Heh! Apa yang bagusnya kau ni pun aku tak tahu. Kusut kepala aku ni tahu tak? Apa yang lebih serabutkan kepala aku sekarang ni ialah rancangan mama aku. Dia nak kau jadi menantu dia,” terang Haziq panjang lebar. Erk? Menantu? Ya ALLAH! Mengapa aku yang dipilih untuk menerima ujian-MU ini? Kuatkanlah hatiku ya ALLAH.
“Err… kau ca… cakap sajalah yang kau tak mahu. Suruh saja mama kau tu lupakan hasrat untuk bermenantukan aku,” ujarku sedikit gugup. 
Haziq menanggalkan kaca matanya. Lalu disangkutkan kaca matanya itu di baju yang tersarung di tubuhnya. Aku tunduk menekur tanah.
“Cakap memanglah senang. Aku kenal sangatlah mama aku tu. Dia kalau dah kata hitam, hitamlah. Langsung tak boleh diubah keputusannya.”
Aku memeluk tubuh. Berfikir cara untuk menolak lamaran itu. Namun otakku gagal untuk berfungsi. Mr. Sengal meraup wajahnya. Jelas benar kekusutan di wajahnya itu.
“Mama aku kalau dah berkenan sangat memang berkenanlah. Dulu aku pernah bawa kekasih aku jumpa dengan mama aku. Tapi kau tahu apa jawapan yang mama bagi pada aku? Sekaligus merosakkan perhubungan aku dan juga kekasih aku tu?” aku menggeleng laju. Sengal betul Manalah aku tahu. Bukannya aku kenal dia dari dalam perut mama dia. Heh! Sewel!
“Mama aku kata macam ni.” Dia berdehem sambil membetulkan suara. Halus suaranya persis suara si ibu.
“Haziq, mama tak suka dengan kamu. Sudahlah pakaiannya sendat, macam sarung nangka je mama tengok. Dahlah sendat, singkat pula tu. Tu dia ingat lawa sangatlah nak tunjuk nasi lemak tak laku dia tu? Listen Haziq, kalau Ziq nak kahwin boleh. Tapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya?” pantas aku bertanya. Semakin menarik pula aku dengar cerita dia tu.
“Syaratnya menantu pilihan tu mama aku yang akan pilihkan. So kau adalah menantu pilihannya. Tak fahamlah aku. Apa ada pada gadis bertudung macam kau ni? Setiap masa bertutup je. Kau tak rimas eh? Heh! Kalau aku la, aku lebih suka gadis yang cantik, ayu, menggoda, lemah lembut. Erm… semuanya tu tak ada pada kau. Yang ada pun mungkin cantik je la. Tapi selebihnya kau adalah kolot. Faham kolot? Kekampungan. Aku ni benci dengan perempuan kampung macam kau. Tahunya mengikis harta orang kaya saja,” ujar Mr.Ssengal. Betapa pedihnya ulu hatiku saat mendengar hinaan demi hinaan yang dilemparkan padaku.
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku. Tak, aku tak boleh mengalah. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat. Aku takkan biarkan sesiapa saja menghina maruahku sesuka hati.
“Heh! Rimas? Aku tak pernah rasa rimas pun bila menutup aurat. Kerana aku lebih takutkan siksaan api neraka. Ala, setakat bertudung, tutup aurat apalah sangat? Kalau nak bandingkan dengan gadis yang kau suka tu memang patut pun mama kau reject. Tapi maaf cakaplah eh, bukankah nabi Muhammad S.A.W berpesan bismillaahirrahmaanirrahiim, Sabda Rasulullah SAW : “Seorang wanita biasanya dinikahi karena empat hal, iaitu karena hartanya, karena nasabnya (keturunannya), karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka utamakan memilih isteri (wanita) karena agamanya. Kamu akan merugi (bila tidak memilih karena agamanya).” (HR. Bukhari,Muslim dan Abu Dawud)”
Usai berkata terus saja aku berlalu meninggalkan Mr. Sengal keseorangan. Hati terasa sakit. Kolot? Aku dikatakan kolot? Heh! Kalau aku ni kolot dia tu bodoh sombong. Nak cari isteri yang cantik? Ayu? Lemah-lembut? Menggoda? Heh! Sewel punya orang. Benci! Benci! Benci!

CALON SUAMIKU?




asslamualaikum lama xupdate kat sini kan? heee +Nurul Akira Abd.Rahman +Balqis Cun  +Naressa +baby mio  +thanusya shanmuganathan +Isma Adeliya  jemput baca semua


========================================================




NURUL AKIRA meramas rambutnya. Fikirannya berserabut dengan desakan orang tuanya yang ingin melihat dia menamatkan zaman bujangnya. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Weh! Kau ni kenapa? Muka kau tu dah macam mak cik jual ikan kat pasar tu ha. Dah berkedut,” sindir Wawa selamba lantas meneguk air mineral.

“Amboi… kau sedapnya mengata aku. Aku bukan apa Wa. Mak aku tu ha sibuk nak suruh aku pergi jumpa dengan anak Tan Sri la. Anak Dato la. Dah terdesak nak timang menantu gamaknya,” adu Akira dengan wajah masam mencuka. Wawa ketawa mengekek.

“Oh! Pasal tu ke? Ingatkan pasal kau kalah tadi,” ujar Wawa mengenai permainan Squash yang baru saja selesai. Akira menjulingkan mata apabila diperli sahabatnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Mak aku tu mendesak sangat. Mak dan ayah kau tak bising ke kau sampai sekarang tak kahwin?” soal Akira tiba-tiba.

“Aku? Erm… tiap-tiap hari mak aku tanya. Tapi aku buat tak tahu je. Malas nak cakap apa. Nanti alih-alih aku juga yang kena bebel. Bukan kau tak kenal mak aku. Heee…”

“Jomlah kita beransur. Perut aku dah lapar gila ni,” ujar Akira lantas mengambil raket lalu diletakkan di dalam Squash Bags.

“Siapa nak belanja makan ni?” Serentak Wawa dan Akira menyoal.

“Aku dah belanja game tadi. Sekarang kau belanja makanlah. Boleh Wawa sayang?” Wawa menjulingkan mata ke atas.

“Baiklah tuan puteri,” balas Wawa dengan memek muka geram.

WAWA menekan punat kereta. Setelah itu Akira meletakkan Squash Bags di dalam bonet. Wawa memandu dalam keadaan tenang. Mereka memilih untuk makan di Cinnamon Box- KL Festival City.

“Bagi saya Nasi Pandan Sambal Udang dan Air sirap bandung,” ujar Wawa lantas memulangkan kad menu pada pelayan restoran.

“Saya… bagi cucur ikan bilis jelah. Air ice lemon tea. Terima kasih,” usai Akira memesan pelayan tersebut berlalu meninggalkan mereka.

“Kau ni  nak diet ke apa Ira?” soal Wawa dengan wajah berkerut.

“Kenapa? Salah ke aku makan cucur je? Aku nak jaga badan. Mak aku sekarang ni bising… kata badan aku makin tembam,” dengus Akira lantas dia mengesat peluh yang merenik di dahi.

“Macam-macamlah mak kau. Heee. Tengok aku ni ha. Makan apa pun badan tetap maintain,” ujar Wawa dengan wajah bangga. Akira mula merasa bagaikan diperli lantas dia mencapai tuala di tangan kemudian dibaling tepat ke wajah Wawa.

“Kau tu kurus melidi. Memanglah maintain. Aku ni je makan banyak mula la bertambah berat badan aku.”

Wawa hanya tersengih mendengar bebelan Akira. Akira mencebik melihat Wawa tersengih bagai kerang busuk itu.

“Terima kasih,” ucap Wawa pada pelayan yang menghantar pesanannya.

Suasana bungkam antara mereka. Baik Wawa mahupun Akira masing-masing diam seribu bahasa. Usai saja selesai makan Wawa berjalan menuju ke kaunter. Sementara Akira menyambung membaca novel.

“Ira, jom balik.” Akira hanya menurut langkah Wawa tanpa membantah.


AKIRA mengetap bibir saat lagu Wali Band- Cari Jodoh berdentum di dalam kereta Wawa. Baru saja dia ingin menukar saluran radio tiba-tiba Wawa menghalangnya.

“Biarlah lagu ni. Best apa?” Akira menarik muncung.

“Aku rasa macam lagu ni sindir aku je. Mentang-mentang la aku ni still single. Heh!” rungut Akira lantas membuang pandang ke luar tingkap.

“Woi, mak cik. Kau ingat kau seorang je yang single? Habis aku ni dah beranak pinak ke?” perli Wawa terhadap sahabatnya itu.

Akira hanya berdiam sahaja. Malas nak berbahas dengan sahabatnya. Bukan dia tak kenal sikap Wawa yang sememangnya tidak mahu mengalah itu. Hu hu…

Kampung Baru, Kuala Lumpur

HA, Akira kamu dah jumpa calon ke belum?” sapa Mak Cik Maznah sebaik saja terlihat kelibat anak tunggalnya itu.

“Mak boleh tak tanya soalan tu esok-esok je? Akira penatlah mak,” ujar Akira selamba. Dia meletakkan Squash Bags disisi sofa. Lantas dia membaringkan tubuhnya.

“Kalau kamu belum ada sesiapa… biar mak je yang carikan calon untuk kamu.” Akira yang baru hendak melelapkan mata terus saja bangun dari pembaringan. Bibirnya terketar-ketar seperti ingin berkata sesuatu.

“M… mak janganlah. Buat malu je zaman serba canggih ni ibu bapa yang carikan jodoh. Ma… macamlah anak mak ni tak laku,” ujar Akira tidak puas hati. Duduknya ditegakkan.

“Habis, kalau sepuluh orang lelaki datang meminang kamu… semuanya kamu tolak bilanya kamu nak kahwin? Mak ni bukannya makin muda.” Pedas ayat yang keluar dari bibir Mak Cik Maznah. Akira memicit pelipisnya. Terasa benak otaknya hari-hari disoal tentang ‘kahwin’.

“Mak, Ira tak ada niat nak tolak mereka semua. Tapi kalau yang datang meminang tu semua dah tua, perut boroi euww!! Tak sangguplah Ira.” Akira cuba memberi alasan.

Tiba-tiba Mak Cik Maznah ketawa mendengar ayat terakhir anak gadisnya itu. Akira mengerutkan dahi hairan.

Kena sampuk ke apa mak aku ni? Tiba-tiba gelak. Kalah Pontianak mengilai ni. He he… selamba saja Akira mengutuk ibunya di dalam hati.

“Kamu kata boroi ingat pula mak tadi, Pak Mail selang dua rumah tu ha…” pantas Akira mencaras kata ibunya.

“Kenapa mak? Mak jangan cakap yang Pak Mail tu masuk minang Ira? Haih! Tak sanggup la. Anak Pak Mail tu kan sebaya dengan Ira.”  Akira menggeleng kepala laju. Nak termuntah pula apabila membayangkan lelaki yang berkumis tebal, perut boroi serta miang keladi itu. Nak pula umur hampir sebaya je dengan ibunya. Sudahlah gigi pun tiada. Haih! Naik meremang bulu roma dengan hanya membayangkannya. Heeee…

“Kamu ni dengarlah dulu.” Bidas Mak Cik Maznah. Akira hanya tersengih dimarahi ibunya.

“Pak Mail kamu tu kata ada kawan dia ni tengah mencari jodoh untuk anaknya. Dia cadangkan kamu. Tapi… mak tak bagi kata putus lagi. Takutlah kalau kamu menolak lagi kan?” Akira tersenyum kambing apabila terasa disindir oleh si ibu.

“Mak, soal jodoh biarlah Akira saja yang cari. Bukannya apa, takutlah jadi macam Kak Piah tu. Bercerai-berai. Keluarga yang aturkan perkahwinan mereka.” Akira cuba berlembut. Sengaja dia bicara soal Kak Piah jiran sebelah rumahnya yang berkahwin hanya bertahan 6 bulan saja.

“Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan ALLAH nak. Kamu tak boleh nak pertikaikan tentang tu. Dah tertulis di Loh Mahfuz, jodoh Piah dengan Amzah setakat itu saje. Kamu tengok mak dengan ayah. Kekal sampai sekarang. Kami kahwin pun atas pilihan keluarga juga,” lembut suara Mak Cik Maznah memujuk anaknya.

“Betul kata mak kamu. Ira bukannya makin muda. Kami ni susah hati tengok kamu masih membujang. Kawan-kawan kamu semuanya dah beranak pinak. Hanya kamu dan Wawa saja yang belum berumah tangga,” sampuk si ayah lantas melabuh punggung di sisi Akira.

Sesungguhnya dia risau memikirkan anak daranya yang masih membujang. Namun dia juga tidak tega melihat si isteri yang asyik mendesak soal kahwin itu. Haih! Kini dia bagaikan di persimpangan saja. Sukar untuk buat pilihan.

Akira menarik muncung. Lantas dia membaringkan tubuh. Kepalanya diletakkan diatas riba ayahnya. Akira sememangnya manja dengan ibu bapanya. Maklumlah anak tunggal.

“Ayah, mak, Ira bukannya apa… tapi Ira err…” terhenti kata-kata Akira melihat wajah mendung ibunya.

“Biarlah masa saje yang menentukan segalanya. Lagipun Ira sukakan seseorang,” Akira menggigit bibir apabila kata-kata bohong itu meluncur di bibirnya. Serta merta Mak Cik Maznah meloret senyum manis.

“Kalau macam tu bawalah jumpa dengan mak dan ayah,” desak Mak Cik Maznah.

“Ish! Awak ni Maznah. Tak menyempat tu kenapa? Kot ya pun bagilah Ira ni masa. Tak kan main tangkap muat je kan?” Mak Cik Maznah menarik muncung apabila disindir suaminya. Akira menahan senyum.

“Mak, ayah Ira masuk bilik dululah. Badan ni dah melekit sangat. Heee…” Segera Akira meminta diri sebelum bom atom ibunya meletop. Hu hu…

“Abang ni, kalau saya tak desak dia sampai ke sudah dia tak kahwin. Bulan lepas saja dah berapa kali pinangan yang anak awak tolak,” dengus Mak Cik Maznah geram.

“Abang tahu. Awak tu aje yang tak faham. Kalau yang meminangnya muda belia tak apalah juga. Ini saya tengok…  kubur kata mari, rumah kata pergi pun masih tak sedar diri. Takkanlah awak sanggup tengok masa depan anak awak tu hancur? Sudah! Sekarang saya tak mahu dengar lagi soal ni. Serahkan saje pada Yang Maha Kuasa. DIA lebih mengetahui,” nasihat Pak Cik Hanifah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

ISH! Time ni la nak kredit nak habis bagai. Ei! Geramnya aku! Huh! Akira sabar. Kau kan gadis melayu terakhir. He he…” Akira ketawa di hujung katanya sembari tangannya mengibas-ngibas muka. Cuaca pagi itu sangat terik. Kulitnya yang putih bersih itu bertukar kemerahan akibat terkena cahaya matahari.

Akira mengatur langkah untuk ke salah satu kedai telekomunikasi yang berdekatan dari tempat dia berdiri.

Sesampai saja disitu lidahnya kelu apabila melihat seorang jejaka tampan yang sedang memakai uniform berwarna merah. Dia menelek setiap inci wajah jejaka itu. Kacaknya dia. Pujinya dalam diam.

“Ya cik, boleh saya bantu?” Akira kembali ke alam nyata apabila disapa jejaka itu.

“Err… bagi saya topup digi Rm30.00.”

“Ini dia cik. Ada apa-apa lagi?” Akira merasa seakan hatinya terpaut dengan keperibadian jejaka di hadapannya.

“Cik, cik. Are you okay?”

“Haa? Err okay. Terima kasih. Nah ni duitnya.” Jejaka itu menyambut sekeping not 50 lantas memulangkan bakinya pada Akira.

“Terima kasih ya cik,” ucap jejaka itu telus.

Akira berpaling sekali lagi melihat wajah jejaka itu. Entah mengapa hatinya bagaikan terpaut pada raut wajah itu. Haih! Takkan aku dah sukakan dia kot? Ish! Tak mungkinlah. Akira cuba menafikan perasaan yang bercambah di dalam hatinya.

Setelah menggores, Akira memasukkan nombor tersebut mengikut langkah seperti yang tertera pada kad tambah nilai itu. Setelah selesai dia mendail nombor telefon Wawa. Sesaat, dua saat panggilannya tidak berangkat.

“Mana pula Wawa ni? Aduh! Geramnya aku.” Omel Akira lantas dia mendail sekali lagi.

“Assalamualaikum Nurul Akira. Kenapa?” sapa Wawa lantas terus saja menyoal hajat sahabatnya itu.

“Nak apa kau tanya? Cuba kau tengok jam dekat rumah kau tu!” Arah Akira sambil menahan rasa amarahnya. Wawa menekup bibir kerana tahu kesalahannya itu.

“Beb! Sorry. Semalam aku tak boleh tidur. Lepas subuh barulah mata aku nak lelap. Hu hu… Kau kat mana? Dah sampai salun ke?” Akira mencebik mendengar alasan Wawa. Baginya sahabatnya itu sengaja mahu menaikkan kemarahannya.

“Aku dah sampai salun pun. Aku naik teksi. Kau datang cepat. Hari ni Mona cuti. Lagipun… aku ada benda penting nak cakap dengan kau.”

Berkerut hebat dahi Wawa mendengar ayat terakhir sahabatnya. Dah kenapa pula mak cik ni? Ni mesti tentang mak dia nak cari calon la tu. Heee… Wawa meneka di dalam hati.

“Erm… bagi aku masa. Nak mandi lagi ni. Maklumlah terlajak tidur. Heee…”

“Kau tu memang Wa. Cepat sikit. Ramai orang ni,” gesa Akira. Bukannya dia tak tahu, Wawa kalau bersiap mengalahkan artis. Padahal bukannya make-up pun. Hu hu…

Setengah jam kemudian…

MAAF, jalan jammed,” ujar Wawa selamba. Akira yang sudah masak akan sikap sahabatnya itu hanya menjeling geram.

“Tu kau uruskan mak Datin cerewet tu. Geram aku. Semua yang aku buat semuanya tak kena,” rungut Akira lantas menggesa agar Wawa menyelesaikan masalah tersebut.

“Ya Datin. Nak buat treatment apa? Nak buat rawatan muka saja ke atau keseluruhan?” tanya Wawa dengan penuh kelembutan serta santun. Ceh over pula. He he…

“I nak buat keseluruhanlah. Pandai you layan pelanggan. Tak macam budak perempuan tadi tu. Kasar je,” dengus Datin Shafinaz akan sikap Akira. Wawa tersenyum tawar.

Antara mereka memang Akira agak kasar sedikit. Namun luaran saja nampak kasar, hati di dalam sensitif bebenor. Setelah pelanggan berkurangan Wawa mengambil masa untuk berehat  seminit dua.

“Woi! Sesedap rasa je kau nak lelap,” leter Akira berang melihat Wawa yang sedang mencuri tulang itu. Hu hu…

“Maaf… Aku tak sengaja,” ujar Wawa seraya meraup muka beberapa kali.

“Haih! Kau ni dah kenapa? Ada masalah ke?” Wawa membetulkan duduknya menghadap Akira. Semalam Akira mengadu tentang ibunya yang hendak menjodohkan dia. Tetapi malam semalam perkara itu pula yang terjadi padanya. Adeh!

“Beb! Kalau aku cerita kau jangan gelak pula.” Wawa memberi amaran. Akira sekadar tersenyum tanda ‘ya’.

Lama Wawa berjeda sebelum menyambung kembali katanya.

“Semalam mama aku tunjukkan beberapa gambar…”

“Gambar apa? Calon menantu ke?” terus saja Akira menebak. Wawa mengganguk kepala berat.

“Haih! Mak aku kata budak tu baik. Anak yang taat. Entahlah. Kepala aku ni dah serabut. Bukan seorang, tapi tiga orang sekaligus mama aku nak kenalkan,” sungut Wawa seraya menarik muncung.

“Biar betul? Kali ni  anak Dato mana pula? Ke anak Tan Sri?”

Wawa mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia menggaru kepala yang ditutupi tudung.

“Calon yang pertama sepupu aku yang duduk kat Korea. Calon kedua. Ha, yang ni aku tak suka tau. Dahlah nerd, pakaian dia masya-ALLAH selekeh. Heh! Kau pun tahu kan cita rasa aku macam mana?” tutur Wawa dengan memek mukanya sekali. Akira menahan tawa. Terasa hatinya bagai digeletek.

“Kau jangan kutuk lelebih. Manalah tahu nanti yang itu juga jodoh kau,” usik Akira seraya menghambur tawa yang ditahan sedari tadi.

Hampeh punya kawan. Time kau mengadu aku dengar je. Takde pun aku nak kutuk kau. Haih! Geramnya aku! Detik Wawa dalam hati.

“Kau diam boleh tak?” marah Wawa. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Tak payah susah-susah buat treatment muka dah pun. Heeee…

Akira menekup mulut menahan tawa dari terburai. Gentar juga melihat wajah Wawa saat itu. Dah macam singa lapar je.

“Maaf, sambunglah cerita. Calon ketiga amacam? Smart?” Akira mula mengubah topik.

“Calon ketiga ni nampak handsome sikit. Tapi mama aku kata dia masih ada di UK,” ujar Wawa sambil mencapai majalah yang berada diatas meja.

“So, kau pilih yang mana?” Wawa hanya mengjungkit bahu tanda tidak tahu.

“Entahlah Ira. Aku pening la. Mama aku tu kalau boleh nak keturunan yang berada je,” rungut Wawa akan sikap mamanya yang lebih memilih darjat.

“Kau sabarlah. Semalam pun aku kena berleter dengan mak aku. Eh! Kau tahu tak tadi kan…” sengaja Akira meleretkan suaranya.

Apahal pula minah ni? Tersengih-sengih. Mesti ada apa-apa. Ish! Takkan Ira dah jumpa calon? Detik hati Wawa. Tak boleh jadi kena siasat ni.

“Kau dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada apa-apa yang aku tak tahu eh?”

Akira masih lagi dengan senyuman bergulanya.

“Dekat kedai Axcel Enterprise depan tu tadi aku…”

“Kenapa? Jumpa lelaki yang kau suka?” pantas Wawa mencaras kata-kata Akira.

“Yup. Seorang lelaki yang comel. Entahlah Wa tapi… hati aku rasa berdebar bila berdepan dengan dia.”

“Wah! Perkembangan bagus ni. Haih! Bilalah agaknya aku nak jumpa cinta sejati?” Adu Wawa secara tak sengaja.

ALLAH, maaf.” Segera Akira memanggung kepala apabila mendengar suara jejaka yang melanggarnya itu.

“Eh, awak.” Dahi Akira dah berkerut hebat.

Akira terpaku melihat senyuman yang terukir di bibir jejaka itu. Comelnya dia. Pujinya dalam hati.

“Saya minta maaf. Tak sengaja. Tadi ada seorang perempuan ni asyik duk ikut saya je. Huh! Seram,” adu si jejaka tanpa sedar. Akira sudah tersenyum manis.

“Awak kan handsome. That’s why ramai perempuan suka dekat awak.”

“Cik tak sukakan saya?”

“Ha? A… apa awak tanya tadi?” terus blank otak Akira saat mendengar bicara berani mati jejaka di hadapannya.

“Saya gurau saja. Siapa nama cik? Boleh saya tahu? Ini salun cik ke?” belum pun sempat Akira membalas kata tiba-tiba seorang gadis cantik serta seksi menghampiri mereka. Akira menjulingkan mata melihat gadis yang selamba saja memeluk lengan lelaki itu.

“Abang  Amsyar tolonglah. Please.”

Takpe la saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Terasa sakit mata Akira apabila dengan selambanya dia melihat gadis itu memeluk lengan si jejaka. Lebih menyakitkan hati apabila jejaka itu hanya membiarkan saja.

Kenapa sakit sangat hati aku ni? Ish! Takkan la aku dah sukakan mamat tu? Ah! Lupakan dia Akira. Jangan biarkan hati kau jatuh sayang pada dia. Tapi… aku rasa nak menangis je sekarang ni. Hu hu… hatinya bermonolog sendirian. Marahnya masih bersisa pada jejaka itu.

Wawa hanya berdiam saat melihat Akira yang memandang keluar tingkap.

'Kenapa pula si Ira ni? Kata dah jumpa seseorang yang dia suka. Erm… macam-macamlah,’ detik Wawa di dalam hati.

“Ira, kau kenapa ni?”

“Tak ada apalah. Kau bawa je kereta. Tak payah sibuk tanya pasal aku,” beritahu Akira dengan tegas.

“Ish! Kau ni. Aku tanya pun nak marah ke?” Wawa  seperti tidak berpuas hati. Orang nak tolong tapi nak marah-marah. Ish! Geram betul aku.


CIK… masih ingat saya? Saya Amsyar,” ujar Amsyar bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Ish! Menyemak je la mamat ni. Dah ada kekasih tu sibuk je dekat sini buat apa? Bentak hati Akira geram.

“Boleh ke tepi tak? Saya nak cepat.”

“Awak marahkan saya ke?” tanya Amsyar dengan lembut.

Akira ketawa buat-buat. Terasa mahu saja ditolak tubuh sasa di hadapannya itu. Namun memikirkan banyak mata yang memerhati dia melupakan niatnya itu.

“Buat apa nak marah pula? Apa motif saya nak marah awak? Dan… awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Takde kaitan pun,” sinis Akira seraya tersenyum senget.

“Awak err…”

“Sudahlah… awak tolong ketepi. Saya dah lambat nak masuk kerja ni,” marah akira seraya menolak tubuh Amsyar agar menjauh darinya.



AKIRA kamu kenapa ni monyok je. Kamu ada masalah?” tanya Mak Cik Maznah prihatin. Sering kali dia melihat anaknya termenung. Hati tuanya kerisauan. Bimbang andai anaknya mempunyai masalah namun tidak mahu meluahkannya.

Takde apa mak.” Akira sekadar beralasan.

“Betul kamu tak ada apa-apa?”

Segera Akira mengganguk kepalanya.

“Kalau macam tu mari makan. Ada tetamu hari ni. Pakai pakaian sopan sikit ya sayang,” pesan Mak Cik Maznah sebelum keluar dari bilik anak kesayangannya.

‘Tetamu? Siapa pula? Jangan kata bakal suami akulah. Argh! Kusut la.’ Dengus hati kecil Akira.

Sampai saja Akira di meja makan langkahnya mati. Kakinya bagaikan dipaku saja. Tambah mengejutkannya apabila melihat renungan mata jejaka itu. Ya! Jejaka yang secara diam telah masuk ke dalam hatinya.

‘Harap Ira sukalah dengan pilihan aku ni,” detik hati Mak Cik Maznah.

“Assalamualaikum awak.” Semua mata disitu turut memakukan pandangan pada Akira.

“Wa… waalaikumsalam. Ma… macam mana awak boleh ada dekat sini?” Akira menyoal teragak-agak. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Saya err… saya…”

“Ni Amsyar. Inilah calon yang Pak Mail nak kenalkan dengan kamu. Kamu dah kenal ke?” lekas Mak Cik Maznah memotong apabila melihat Amsyar yang tergamam itu. Hati tuanya tersenyum melihat wajah anaknya yang seperti terkejut itu.

“Apa?? Ini ke calon yang mak err… dia ke orangnya?” tersekat-sekat suara Akira.

Pak Cik Hanifah mengangguk tanda jawapan. Buat kali pertamanya dia bersetuju dengan pilihan isterinya.

“Saya macam tak percaya,” ujar Akira setelah selesai mengemas meja makan.

“Saya pun tak percaya. Yalah tempoh kita kenal tak lama mana pun. Tapi jujur saya cakap waktu awak datang beli kad tambah nilai tempoh hari, memang hati saya dah terpaut. Tambah pula bila mama kata nak jodohkan saya dengan seseorang. Entah kenapa saya tak rasa marah bila dengar perancangan mama. Nak pula tengok wajah awak yang ayu dalam potret gambar tu, benar-benar buat saya terpikat,” ujar Amsyar panjang lebar.

“Dan saya pula seringkali bagi alasan pada mak… yang saya belum bersedia. Tapi… saat mata saya terpandang wajah awak di kedai Axcel Enterprise tu… hati saya rasa sesuatu. Paling peliknya saya cemburu bila perempuan tu peluk lengan awak. Sedangkan kita bukan ada ikatan pun.” Akira meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Amsyar hanya ketawa mendengar kata-kata Akira.

“Perempuan tu adik saya. Dia minta saya tolong pujukkan mama. Sebab mama nak jodohkan dia dengan sepupu kami. Tapi dia dah ada pilihan sendiri.” Amsyar berterus-terang agar tiada salah faham antara mereka.

“Kenapa awak terima cadangan mama awak?” soal Akira tiba-tiba.

“Sebab saya… suka awak. Dari dulu lagi saya perhatikan awak. Cuma awak je yang tak nampak kehadiran saya,” ujar Amsyar. Nadanya seperti orang berjauh hati.

“Manalah saya tahu awak suka saya. Err… jadi awak selalu perhatikan sayalah ye?”

“Yup. Awak selalu main Squash dengan kawan baik awak kan?”

Uit! Mana dia tau ni? Dia ni memang stalker aku ke? Akira mula tidak senang duduk.

“Saya tahu awak selalu main Squash, saya tahu yang awak suka lelaki romantik, caring. Saya juga tahu awak suka sangat makan Puding Karamel betul tak?”

Akira sudah seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk dibuatnya bila panahan mata Amsyar menikam jauh ke lubuk hati.

“Ma… mana awak tahu semua tu?” Akira menyoal teragak-agak.

“Aku yang beritahu. Sebenarnya Amsyar ni la sepupu aku yang duduk di korea tu. Dah dua bulan balik Malaysia. Aku sendiri pun tak tahu dia kerja di kedai Axcel Enterprise yang kau cakap tu,” sampuk Wawa yang muncul secara tiba-tiba.

What??” melopong mulut Akira mendengar pengakuan Wawa. Dadanya bagaikan ingin meletop saja.

Sorry tak bagitahu kau. Waktu kau cerita tentang mamat yang kau suka tu aku tak boleh nak agak siapa. Tapi… bila dengar mak long nak masuk meminang, dan aku pula terdengar nama kau masa tu… barulah aku tahu rupanya kau sukakan sepupu aku.” Terang Wawa akan perkara yang sebenar.

“Jadi… awak… dah tahu saya dengan Wawa kawan selama ni?” Akira menduga jawapan dari Amsyar.

Amsyar mengganguk kepala perlahan. Memang dia tahu serba sedikit mengenai Akira melalui sepupunya Wawa, namun selebihnya dia mengorek rahsia dari ibu Akira. He he…

“Jadi… selama ni awak… err… awak tak pernah putus asa untuk mendekati saya?” Akira memberanikan diri untuk bertanyakan perkara itu. Terasa darahnya menyerbu ke muka saat melihat senyum yang terukir di bibir Amsyar.

“Saya tak pernah putus asa. Lagipun mak awak selalu bagi saya info tentang awak Heee…”

Ceh! Rupanya mak dah sepakat dengan mamat ni rupanya. Patutlah mak tak desak aku suruh cari calon. And secara automatiknya mak dah tak kalut nak suruh aku jumpa mana-mana calon. Erm… rupanya ini agendanya ya? Detik Akira dalam hati.


AKIRA kelihatan anggun. Dia menelek sekilas wajahnya di cermin. Penampilannya begitu terserlah dengan kebaya labuh berona kuning air. Dia memilih untuk memakai tudung jenama Adijuma.

“Cantiknya kau Nurul Akira,” puji Wawa seraya memeluk erat tubuhnya. 

“Aku… berdebar gila ni Wa,” adu Akira seraya menggengam jemarinya. Wawa turut menggengam jemari sahabatnya untuk menghilangkan gemuruh.

“Keluarga pihak lelaki dah datang. Semuanya dah siap?” soal Mak Cik Maznah yang sedang berdiri di ambang pintu. Hati tuanya gembira apabila anaknya bersetuju dengan rancangan perjodohan itu. Kini dia bisa menarik nafas lega.

Wawa memberi ruang untuk ibu saudaranya a.k.a bakal mertua Akira untuk menyarungkan cincin. Setelah itu, mak longnya memeluk tubuh Akira erat lantas mencium kedua belah pipi Akira.

“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana sudi terima Amsyar anak mama,” usai berkata Puan Jamilah mencium ubun-ubun Akira. Akira merasa dirinya bagaikan sebuah permata yang amat disayangi.

Majlis seterusnya berjalan dengan lancar sekali. Perbincangan tentang tarikh perkahwinan juga telah diputuskan. Cincin bertatahkan belian sudah tersarung di jari manis Akira. Tanda hatinya kini milik Amsyar.

Bila tiba sesi bergambar, Amsyar dipanggil untuk bergambar bersama tunangannya.

“Sama cantik sama padan,” puji jiran tetangga pada ibu Akira. Mak Cik Maznah hanya tersenyum tanda mengiyakan.

2 Bulan kemudian…

AKU macam tak percaya je yang aku dah nak kahwin. Kau rasa betul ke tindakan aku ni Wawa? Pada kau Amsyar tu orangnya macam mana? Maksud aku, kau yakin dia yang terbaik untuk aku ke?” tanya Akira bertalu-talu pada sahabatnya itu.

“Kau jangan ragu-ragu lagi. Abang Amsyar tu calon terbaik untuk kau. Walaupun dia dah lama duduk di Korea, tapi dia tak pernah lupa solat tau. Dan aku yakin tindakan kau berkahwin dengan dia adalah yang terbaik. Kau tak buat solat istikharah?”

“ Err… aku buat. Tapi masalahnya… aku tak nampak muka la.”

“Kau buatlah lagi solat istikharah. Tapi… kalau aku jadi kau… aku terima je. Sebab Abang Amsyar ada ciri-ciri lelaki yang kau suka. Dia boleh jadi imam yang baik, dan aku yakin dia mampu terima kau seadanya.”

“Assalamualaikum.” Serentak Wawa serta Akira menoleh pada suara yang memberi salam.

Uit! Baru je sebut nama. Dah muncul depan aku. Dia ni telinga lintah ke apa? Detik suara hati Akira.

“Waalaikumsalam Abang Amsyar. Nak pergi beli barang kahwin erk?” usik Wawa selamba.

Amsyar ketawa mendengar gurauan sepupu kesayangannya.

“Ya Wawa. Wawa jomlah ikut sekali. Lagipun nanti kalau abang keluar berdua dengan Akira mulalah tak keluar suara dia tu. Macam ada emas je dalam mulut.” Amsyar memerli tunangnya dengan lembut.

“Mengadalah awak,” marah Akira seraya menjeling tajam. Wawa ketawa mengekek melihat sikap Akira itu.

“Beb, kau kena belajar cakap lembut dengan Abang Amsyar tau. Dia ni kan tunang kau. Tak lama lagi nak jadi suami kau,” nasihat Wawa lembut dan penuh hati-hati. Bimbang dia pula yang disembur Akira. Heee…

Akira tunduk menekur lantai saat dirinya diperli Wawa.

“Jom kita makan. Lagipun sekarang salun dah tutup kan?” soal Amsyar seraya menjeling pada jam di tangannya. Tepat pukul 1.00 tengah hari.

ALLAH HUAKBAR! ALLAH HUAKBAR!

“Cepat sikit makan. Lepas ni kita ke masjid pula.”

Akira terdiam mendengar kata-kata jejaka itu. Dia asyik memandang pada wajah Amsyar yang tenang itu.

“Akira, Akira. Awak okey?”

“Ha? Err… awak tanya apa?” Akira dah buat muka blurr. Mamat ni ada cakap sesuatu ke tadi?
“Saya tanya awak okey ke?” soal Amsyar sekali lagi.

“Okey je. Kenapa?” balas Akira dengan yakin. Saya okey je. Cuma hati saya ni yang dah jatuh… jatuh sayang, jatuh cinta pada awak. Sambungnya namun hanya di dalam hati saja.

“Berangan. Dahlah jom pi masjid. Tak baik melengahkan solat,” ujar Wawa seraya bingkas bangkit mengekori Amsyar yang sedang berjalan menuju ke kaunter.


MASJID JAMEK

Amsyar mengambil wudhu dengan tertib. Usai itu dia mengatur langkah ke ruang solat lelaki. Sempat matanya menangkap kelibat Akira. Dia tersenyum manis seraya berlalu.

Uit! Cik hati boleh bertenang tak? Dah macam nak tercabut je jantung aku ni. Panahan mata dia, senyuman dia. Ah! Cair aku macam ni. Lagi satu… dia memang jaga solat. Sweetnya. Puji Akira dalam diam.

“ Woi minah kau dah ambil wudhu belum?” sergah Wawa dari belakang.

“Nak ambil wudhu la ni,” lekas saja Akira mengambil wudhu. Nak cover malu sebenarnya. Hu hu…


SETELAH puas menghitung hari, akhirnya detik yang dinantikan tiba jua. Akira berdebar menanti saat-saat yang akan merubah hidupnya 360 darjah. Dia tunduk merenung inai di jarinya.

Debaran di dadanya tidak dapat ditenangkan. Nafas panjang ditarik. Selawat nabi serta zikir saling bergema  di dalam dadanya.

Kehadiran tetamu yang memenuhi ruang tamu membuatkan dada Akira kian dihambat debar. Dia memanjatkan doa agar ALLAH S.W.T memberikan ketenangan padanya. Tekadnya hanya satu. Mahu menjadi isteri yang baik serta solehah pada suami. Malah dia berharap bahawa Amsyar benar-benar insan terbaik buat dirinya.

“Kau takut?” tanya Wawa sambil menggengam tangan sahabatnya. Terasa sejuk dan menggeletar. Akira hanya tersenyum. Namun nampak canggung sekali. Banyak mata yang memandangnya membuatkan dia semakin gugup.

“Kau jangan takut. Aku yakin Abang Amsyar lelaki terbaik untuk kau,” bisik Wawa di telinga Akira. Sedikit sebanyak Akira mula merasa tenang.

Akira menoleh sekilas pada seraut wajah tenang milik Amsyar. Dia membalas senyuman jejaka itu.

“Aku nikahkan dikau Amsyar bin Johari dengan Nurul Akira binti Abd Rahman berwakil walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Nurul Akira binti Abd Rahman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”
“Sah?”

“Sah!”

Dengan sekali lafaz sahaja akhirnya Akira telah sah menjadi milik sah Amsyar. Usai mengaminkan doa Amsyar meminta diri untuk membuat solat sujud syukur terlebih dahulu. Setelah beberapa minit Amsyar mendekati isterinya lalu melabuh duduk berhadapan si isteri.

Setelah menyarungkan cincin Amsyar meletakkan tangan di atas kepala Akira untuk membacakan doa mengikut sunnah nabi.

Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”  (Riwayat Abu Daud).

Akira menyambut huluran tangan suaminya, lantas dikucup penuh syahdu. Saat dia memanggung kepala matanya bersabung dengan sepasang mata coklat milik Amsyar.

“Terima kasih sayang. Abang akan jaga sayang seumur hidup abang. Insya-ALLAH,” bisik Amsyar di telinga kecil isteri yang baru dinikahinya itu.

Akira mengesat airmata yang bertakung di kelopak mata. Sesungguhnya dia bersyukur kerana Amsyar yang menjadi pilihan ibunya.

“Semoga bahagia ya Ira. Abang… jaga Ira baik-baik. Dia sahabat baik Wawa tau!” Wawa seolah-olah memberi amaran saja.

“Ya, abang tahu.”

Mak Cik Maznah yang memerhati anaknya dari jauh mengucap syukur dalam hati. Dia berdoa agar pernikahan anaknya akan berkekalan hingga ke JANNAH.

“Awak tengok apa?” sapa Pak Cik Hanifah lantas memeluk bahu isterinya. Mak Cik Maznah melentokkan kepala di bahu suaminya.

“Saya bahagia tengok Ira bahagia. Moga berkekalan hubungan mereka. Aamiin.” Doa Mak Cik Maznah tulus.

“Insya-ALLAH. Berdoalah agar ALLAH memanjangkan jodoh mereka,” bisik Pak Cik Hanifah di telinga isterinya itu.


TAMAN TASIK TITIWANGSA

Sebulan setelah perkahwinan Amsyar membawa Akira untuk berbulan madu. Tapi sekadar di Taman Tasik Titiwangsa sahaja. Katanya berbulan madu itu tidak wajib. Cukuplah sekadar membuatkan si isteri gembira. Akira pula tidak membantah. Kerana dia tidak mahu membuatkan suaminya serba salah. Kalau di ikutkan kehendak hatinya ingin saja dia mengajak si suami ke Korea. Namun kerana tidak mahu menyusahkan suami tercinta dipendamkan saja niatnya itu.

Sedang mereka berjalan-jalan di tepi tasik seseorang menyapa mereka dari arah belakang.

“Amboi, buat wayang free nampak. Tahulah dah menikah,” usik Wawa bersama senyuman nakal.

“Eleh, cemburulah tu. Kalau cemburu cepat-cepatlah cari calon,” balas Akira tidak mahu mengalah.

“Entah Wawa ni. Sibuk je tau. Kacau daun je. Abang baru nak bermesra dengan isteri abang ni.”

Wawa menjelir lidah mendengar kata-kata sepupunya itu.

“Ei, tak malu,” kutuk Wawa selamba.

“Biarlah. Bukan orang lain. Isteri abang juga. Kan sayang?”

Berbulu telinga Wawa mendengar ujaran Amsyar yang seakan-akan ingin memerlinya itu.

“Oh, ya. Wawa dengan Fariq Al-Hadi bila lagi nak langsung?” usik Amsyar pula. Wawa tersipu malu saat nama Fariq Al-Hadi terpacul dari ulas bibir Amsyar.

“Fariq Al-Hadi? Siapa tu Wa? Awak? Siapa  Fariq Al-Hadi?” tanya Akira dengan wajah blurr.

“Abang! Tak baik tau panggil suami dengan panggilan awak je tau,” nasihat Amsyar seraya mencuit hidung si isteri.

“A… abang. Heee… siapa Fariq Al-Hadi tu awak? Eh, Abang siapa Fariq Al-hadi tu?” soal Akira. Terasa berbelit lidahnya untuk menyebut perkataan abang itu.

“Macam itulah isteri abang. Heee… Fariq Al-Hadi tu bakal adik sepupu ipar sayanglah. Calon suaminya si Wawa ni. Kata mama, budak tu pakai kaca mata. Belajar di Mesir tu,” ujar Amsyar lantas memaut erat pinggang si isteri.

“Pakai kaca mata? Wawa… entah-eantah calon suami kau tu budak nerd yang kau kutuk tu tak?” Akira menebak selamba. Melihatkan anggukan kecil Wawa terus saja dia melambakkan tawanya. Siap tekan perut lagi. Wajah Wawa makin cemberut mendengar ketawa Akira yang tidak mahu berhenti itu.

“Itulah kau. Dulu kutuk sangat, Kan dah sangkut,” perli Akira bersama sisa tawanya.

“Suka benar kau gelak? Ya aku mengaku. Memang dulu aku kutuk dia. Tapi… aku tak sangka pula selepas pertemuan pertama kami dia banyak menyedarkan aku bahawa tak semua manusia sempurna. Di sebabkan ilmu agama dia itulah yang memikat hati aku,” akui Wawa jujur.

“Betul cakap Fariq Al-Hadi tu. Tak semua orang sempurna. Orang tua-tua selalu cakap tak kenal maka tak cinta,” ujar Akira.

“Alhamdulillah. Terima kasih juga pada Abang Amsyar. Sebab selalu bagi nasihat pada Wawa.”

Amsyar sekadar menggangukkan kepalanya.


WEKK! WEKK!”

“Sayang, sayang tak apa-apa ke?” tanya Amsyar kalut.

“Peningnya kepala. Sayang asyik muntah je dari semalam bang. Bila makan je sayang akan muntah balik,” ujar Akira lemah.”

“Jom abang bawa ke klinik.”

Akira memejamkan mata sepanjang perjalanan. Kepala terasa semakin berdenyut. Setelah sampai di klinik milik Fariq & Wawa segera Amsyar membuka pintu kereta. Lekas dia mencicit lari untuk membuka pintu sebelah Akira pula.

“Sayang, bangun. Kita dah sampai klinik,” kejut Amsyar dengan penuh kelembutan.

Amsyar mengarahkan agar Akira duduk sementara dirinya mendaftarkan nama si isteri. Beberapa minit menanti akhirnya nama Akira dipanggil oleh jururawat yang bertugas.

“Assalamualaikum. Abang Amsyar. Kenapa ni?” tanya Fariq Al-Hadi setelah melihat kelibat sepupu isterinya itu.

“Waalaikumsalam. Tak tahulah. Ni kak Akira kamu ni. Dari semalam muntah-muntah je,” ujar Amsyar. Wajahnya jelas kerisauan.

“Oh, akak demam ke?” soal Fariq Al-Hadi. Kali ini di tuju pada Akira.

Takde pun Fariq. Akak cuma rasa loya je,” kata Akira lemah.

“Baiklah. Akak ambil ni. Buat urine test. Maybe akak pregnant ni,” ujar Fariq bersama senyuman.



ALHAMDULILLAH. Tahniah. Baby girl,”ucap jururawat yang menyambut bayi sulung Akira itu.

“Ehem-eheem. Bolehlah kita berbesan nanti eh?” seloroh Wawa yang duduk di katil sebelah Akira. Wawa juga selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.35 kilogram.

“Siapa nama anak kau Wa?” tanya Akira dengan wajah yang teruja.

“Abang Fariq namakan Imtiyaz Fayyadh. Nama anak kau pula?” soal Wawa setelah memberitahu nama pilihan suaminya.

“Abang Amsyar namakan baby Nurin Insyirah. Sedap nama anak kau. Janji jangan kahwinkan anak kau dengan orang lain ya?” gamat ruang hospital dengan ketawa ahli keluarga Akira serta keluarga Amsyar itu.

“Insya-ALLAH,” balas Fariq Al-Hadi.


SAYANG menungkan apa tu?” tanya Amsyar lantas memaut pinggang Akira dari belakang.

“Teringat perkenalan kita. Rasa macam baru saja kita kenal kan bang?”

Amsyar tersenyum mengingatkan pertemuan demi pertemuan antara mereka itu. Siapa sangka wanita yang di perhatikan dalam diam itu akan menjadi isterinya?

“Jodoh sayang. ALLAH dah menetapkan sayang jadi isteri abang. Abang bersyukur sangat. Terima kasih sayang. Sebab jadi isteri yang baik buat abang. Jadi ibu yang baik buat anak abang. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan perut sayang untuk membesarkan janin abang. Abang harap jodoh kita kekal hingga ke JANNAH.”

Akira memusing badan menghadap suaminya. Pantas dia menyembam wajah ke dada Amsyar. Dia menangis kerana terharu mendengar luahan hati suaminya itu.

“Terima kasih juga sudi membimbing sayang. Sayang cintakan abang. Hari ni, esok dan selamanya. Terima kasih kerana membenarkan sayang bertapak dalam hati abang. I love you abang,” ucap Akira penuh telus.

I love you to my dear,” ucap Amsyar seraya mencium ubun-ubun Akira. Pandangan mata mereka bersabung. Akira merenung dalam wajah tampan suaminya.

“Sayang cintakan abang. Abang milik sayang sealamanya,” ujar Akira seraya mencium kedua belah pipi Amsyar.

Amsyar hanya ketawa dengan reaksi si isteri. Semoga jodoh kami berkekalan ya ALLAH. Berkatilah perhubungan ini. Aamiin, doanya dalam hati.


p/s =maaf jika ada kekurangan dalam cerita ni ya.. maaf andai xbest ngeeee