cover by = FITRI |
Tepat
pukul 5.00 petang Daniel Ezairy sampai ke destinasi yang dijanjikan. Dia duduk
di meja yang agak tersorok. Daniel tersenyum manis buat pelayan restoran itu,
lalu terus saja dipesan jus oren. Sempat dia mengamati wajah gadis yang
mengambil pesanan itu. Setelah 3 minit menanti pelayan tadi menghantarkan pesanan Daniel.
Sempat Daniel melirik senyuman pada gadis itu. Daniel menyedut minumannya
perlahan-lahan. Hati di dalam kegelisahan menanti kehadiran orang yang dinanti.
‘
Aku harus terus-terang dengan Nazira.
Kalau tidak, selagi itulah hatiku tak tenang.’ Gerutu Daniel dalam hati.
Nazira
mengatur langkah mendekati Daniel. Dengan lagak seorang supermodel Nazira
berjalan lalu dipeluk leher Daniel dari arah belakang. Daniel kaget lalu bingkas dari duduknya.
“
Apa ni Zira? Tolonglah I tak suka you buat macam tu. Please don’t do that anymore!” suara Daniel naik satu oktaf.
Nazira
memutarkan bebola matanya. Lantas tanpa sebarang kata terus saja dia melabuhkan
punggung dihadapan Daniel.
“
You ni kenapa Daniel? I rasa you dah berubah,” ujar Nazira seraya memegang
jemari Daniel yang diletakkan di atas meja.
Daniel
merentap tangannya. Daniel resah gelisah. Tak tahu dari mana ingin dimulakan.
Terasa berat mulutnya untuk mengungkap kata.
“
You ni kenapa? Macam cacing kepanasan je I tengok.” Nazira bersuara kehairanan.
Daniel
merenung wajah Nazira. Padanya Nazira mempunyai cukup pakej untuk menjadi wanita
pilihan, namun tidak baginya.
‘
Manis, cantik. Tapi sayang hatiku dah dimiliki, dan takkan sesekali aku
berpaling memandang yang lain,” desis hati kecil Daniel.
Daniel
Ezairy menyedut air jus orennya dengan tenang. Dia menarik nafas dalam sebelum
melafazkan kata yang mungkin akan menyakitkan hati wanita di hadapannya. Daniel
melihat wajah Nazira yang seakan-akan tidak sabar untuk mendengar luahan hati seorang Daniel Ezairy.
“
Apa yang you nak cakap? I dah tak sabar nak tahu ni.” ujar Nazira lalu sepantas
kilat memengang tangan Daniel.
Daniel
rimas diperlakukan sebegitu. Lantas dia menarik tangannya. Dia membetulkan
duduk sebelum berkata.
“
Nazira, I nak you dengar baik-baik. I dah lama nak cakap dengan you tentang ni.
Cuma masa tak mengizinkan.” Sengaja Daniel bicara lambat-lambat membiarkan
Nazira tertanya-tanya.
“
Apa you cakap ni? Straight to the point
please darling,” rengek Nazira dengan suara seperti ingin menggoda.
Daniel
terasa mual mendengar suara menggoda Nazira itu. Lantas dia tersenyum sinis.
“
Ok, I terus terang. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan I tak boleh
terima you sebagai pilihan hati I,”ujar Daniel tenang, namun riak wajahnya
serius.
“
But why? Tak cukup cantik ke i? Apa
kurangnya i? Kalau I ada kekurangan you cakap dengan i. Dan I janji I akan
perbaiki kekurangan I,”ucap Nazira sambil memandang wajah Daniel.
“
You cantik, tapi sayang I tak boleh terima you. Dulu I selesa berkawan dengan
you, tapi sebabkan you salah pilih laluan hidup, sikap you pun berubah. Dari
seorang yang lemah lembut bertukar jadi liar
dan sosial. I’m sorry but I have
to say you’re not my taste. For your information I have a girlfriend. Eh,
bukan girlfriend tapi wanita yang
sangat I cintai. Maafkan I Nazira,” ujar Daniel panjang lebar.
Bagai
ingin jatuh rahang Nazira saat mendengar pengakuan jujur Daniel. Disangkanya
Daniel Ezairy akan jatuh cinta dengan nya namun sangkaannya meleset sama
sekali.
“
Siapa perempuan yang rampas you ha? Berani dia merampas you daripada i!” bentak
Nazira. Hatinya sakit dengan alasan yang Daniel berikan.
“
Dia tak rampas i. You kena ingat antara kita tak ada ikatan pun. I tak cintakan
you. Cinta, hati dan perasaan tak boleh dipaksa!” Berang Daniel Ezairy pula.
“
Siapa perempuan tu? Aku nak tahu juga. Hei! Daniel Ezairy, kau dengar sini
baik-baik aku tak kan lepaskan kau!” begitu keras sekali suara yang Nazira
lontarkan. Hilang sudah i-you yang sering menjadi sebutannya selama ini.
Nazira
tidak peduli akan mata yang memandang tepat ke arah mereka. Hatinya kini sudah
panas apabila Daniel masih juga tidak mahu menerimanya menjadi kekasih hatinya.
“
Hei! Nazira, pernah tak kau tahu aku rimas dengan sikap kau. Jangan harapkan
cinta dari aku. Kerana tak kan pernah ada ruang buat kau dalam hati aku. Aku
tak cintakan kau!” Jerkah Daniel
Ezairy.
Berdesing
telinga Nazira mendengar jawapan yang keluar dari mulut jejak dambaannya.
Tambah menyakitkan apabila Daniel Ezairy juga sudah beraku-berkau dengannya.
“
I tak akan biarkan you hidup bahagia. Kalau I tak dapat you orang lain juga tak
kan dapat. I akan pastikan bahawa you hanya akan jadi milik i.” tegas Nazira.
“
Nazira belajar terima hakikat. I bukan tercipta buat you, jangan gangu hidup I
lagi, oh ya lagi satu I nak cakap bahawa I akan akan mengikat tali pertungan
tak lama lagi. I harap you faham,” usai berkata Daniel bingkas meninggalkan
Nazira.
“
Argh!” Nazira menjerit tanpa hirau keadaan sekeliling.
Prang!!
Nazira
menepis gelas minuman yang berada diatas meja lalu dia pergi sebegitu saja.
Sakit hatinya hanya Johari yang mampu redakannya. Pantas didail no Johari.
“
Sayang, kita jumpa,” goda Nazira. Dia yakin bahawa Johari akan tunduk akan
setiap apa yang dipintanya.
“ Ok, Tapi macam biasa ya sayang. Ha ha,” ujar
Johari. Sungguh sememangnya Johari sangat mencintai Nazira, namun Nazira hanya
menjadikan dia sebagai pemuas nafsu sahaja, namun dia tidak kisah akan semua
itu kerana rasa cintanya buat Nazira telah membutakan segalanya.
****************
“
Ma, barang apa lagi ye nak beli untuk hantaran?” soal Zarina pada Puan
Zulaikha.
“
Sayang, kan lagi bagus kalau ajak je Daniel yang pergi beli barang hantaran?”
sakat Puan Zulaikha akan anak manjanya.
“
Ala, mama ni. Bila lagi Rina nak manja
dengan mama? Asyik papa je yang berkepit dengan mama, Rina nak berkepit dengan
mama juga,”rengek Zarina manja. Sekali pandang pasti tiada yang menyangka
bahawa Puan Zulaikha itu hanya ibu tirinya.
Encik Yusuf tertawa mendengar rengekkan
anak manjanya itu. Lantas ditarik tubuh Zarina lalu didakapnya tubuh itu. Encik
Yusuf mengucup ubun-ubun Zarina. Hatinya dipagut rasa pilu saat mengenangkan
bahawa Zarina bakal mengakhiri zaman bujangnya.
“
Pa, kenapa muram je ni?” tanya Zarina saat melihat wajah sugul Encik Yusuf.
“Papa
cuma terfikir nanti Rina dah kahwin tinggallah kami berdua je. Rina nanti duduk
dengan papa ye. Jangan pindah boleh?” pinta Encik Yusuf penuh mengharap.
“
Pa, Rina tahu papa tak mahu Rina jauh kan? Pa, percayalah walau dimana pun Rina
berada, disini, dirumah inilah Rina membesar. Rina takkan tinggalkan papa,
percayalah pa, ma.”
Puan Zulaikha mengesat airmata yang bergenang
dipipinya. Sungguh cepat masa berlalu, kini anak yang selama ini ditatangnya
bagai minyak yang penuh bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.
“
La, mama, tak mau sedih-sedih macam ni, Rina bukan tak balik rumah langsung
kan?”
Zarina
mencapai telefon bimbitnya saat ringtone tercipta untukku kedengaran.
“
Assalamualaikum,” sapa Zarina pada si pemanggil.
“
Waalaikumsalam, buat apa tu? Daniel nak ambil Rina ni. Nak beli barang untuk
hantaran. Boleh kan?” soal Daniel, soelah meminta persetujuan Zarina.
“
Sekarang ke? Sebab Rina memang nak beli barang sikit ni,” ujar Zarina cuba
mengawal suara yang kian hilang iramanya. Entah mengapa tiba- tiba rasa
gementar mengusai diri.
“
Lepas solat zohor Daniel ambil ye sayang, assalamualaikum.”
Terasa
pijar wajah Zarina saat Daniel
memanggilnya ‘sayang’. Bahagia! Itulah yang dirasakan. Namun memikirkan tarikh
pertunangan yang kian hampir membuatkan dia kecut perut.
‘
Aku ni betul-betul dah bersedia ke untuk jadi seorang isteri ni? Aduhai, tak
yakin lah pula. Hu hu,’ getus Zarina dalam hati.
“
Rina ok?” tanya Encik Yusuf dan Puan Zulaikha serentak.
“
Err.. ok.. Cuma.. risau, mampu ke Rina jadi seorang isteri yang baik dan
solehah seperti mama,” Zarina memeluk papanya erat.
“
Papa yakin, anak papa mampu jadi isteri yang solehah dan papa yakin anak papa boleh
menjadi seorang isteri yang baik.”
“
Ok lah pa, ma. Rina nak naik atas ni. Dah melekit badan. Lagipun nak ke Bandar
kejap dengan Daniel,” ujar Zarina. Segera dia melangkah saat melihat senyum
nakal Puan Zulaikha itu.
Usai mengerjakan solat zohor Zarina melipat telekung lalu diletakkan di hujung
katil. Zarina mencari baju yang di ingin dipakainya. Satu persatu baju
dikeluarkan dari almari, namun tiada satu pun yang menarik hatinya. Zarina
mencapai baju-baju yang diletakkan diatas katil tadi, kononnya untuk memudahkan
pemilihanlah, namun hatinya tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Sejurus
kemudian Zarina membuka lagi pintu almarinya, dan terus dicapai baju dress labuh yang berwarna merah hati
itu. Baju yang dibeli semasa pergi bercuti itu menjadi pilihannya. Zarina mendengar deruman enjin kereta, lantas
dia segera bersiap tidak mahu Daniel menunggunya lama.
Usai
menjawab salam Encik Yusuf mempelawa Daniel dan adiknya Athirah untuk menunggu
di dalam rumah, sementara anak permpuannya bersiap sebelum keluar ke Bandar.
“ Duduk Daniel, biasalah anak manja seorang tu memang lama sikit lah nak menunggu dia bersiap. Sama macam mamanya tu.,”” Encik Yusuf menyapa mesra Daniel, sempat lagi dia mengusik si isteri diakhir katanya.
Puan Zulaikha menjeling manja suami yang
duduk bertentangan dengannya itu, Athirah mengambil tempat bersebelahan Puan
Zulaikha.
“
Daniel kami berharap sangat Daniel mampu membimbing Rina. Dia ni manja sikit,
sentisitif orangnya. Jadi uncle
berharap sangat agar kamu bersabar akan sikapnya, ikhlas sayangkan dia.
Bimbinglah dia ke jalan yang benar,” pesan Encik Yusuf seraya menepuk lembut
bahu Daniel.
“
InsyaALAH uncle.” Hanya itu yang
mampu Daniel ucapkan.
Daniel
memanggungkan kepala saat terlihat kelibat Zarina kian menghampirinya. Hampir
tidak berkelip matanya melihat keindahan wajah Zarina biarpun tanpa secalit
make-up. Zarina tersenyum manis buat Daniel.
“
Ehem-eheem,” Daniel menundukkan wajah. Malu apabila kantoi sedang mengintai
wajah kekasih hati.
“
Hai, Daniel tak berkelip mata tu. Nak kami percepatkan tarikh ke?” usik Puan
Zulaikha, suka melihat wajah Daniel saat diusik.
“
Mama!” wajah Zarina sudah mula memerah, malu apabila diusik sebegitu.
“
Mama gurau je, mana lah tahu Daniel nak cepatkan tarikh ke, ya tak bang?” gurau
Puan Zulaikha lagi lantas disambut ketawa Encik Yusuf.
Zarina
menarik muncung. Geram dan malu saat topik itu yang dibuat guraun. Athirah pula
tersengih nakal padanya, membuatkan hati didalam bertambah geram.
Daniel Ezairy |
“
Mama kalau nak cepatkan pun tak ada masalah, Cuma tu lah takut puteri Daniel je
yang tak bersedia,” Daniel menyambung usikan Puan Zulaikha membuatkan semua
yang ada ketawa. Zarina menarik muncung empat belas.
“ Abang, jom lah beli barang hantaran. Nanti
lambat pula,” ujar Athirah bagaikan memahami akan sahabatnya yang mula tidak
senang duduk.
“
Oklah uncle, mama Daniel pergi dulu.”
Usai meminta dira terus saja Daniel menyalam dan mencium tangan bakal
mertuanya.
“
Ingat pesan papa.” Terhenti langkah Daniel saat mendengar Encik Yusuf
membahasakan dirinya ‘papa’. Lantas dia menoleh lalu tersenyum manis pada Encik
Yusuf.
Daniel
mengerling pada Zarina disebelah. Sedari mula mereka memulakan perjalanan
langsung tidak kedengaran suara Zarina. Daniel mula rasa tidak senang duduk.
‘
Ai, mogok suara ke Rina ni? Merajuk ke? Adui! Satu hal pula nak kena pujuk. Hu
hu.’ Desis Daniel dalam hati.
“
Err.. Rina marahkan Daniel ke?” soal Daniel lembut.
Zarina
hanya membuang pandang ke luar tingkap, memandang keindahan ciptaan ALLAH.
Sengaja tidak dilayan sapaan Daniel. Mogok suara sudah bermula. He he..
“
Daniel tengah cakap dengan stereng ni ke erk? Macam Daniel sorang je dalam
kereta ni. Stereng-stereng agaknya kan Zarina merajuk dengan aku ke? Aku tengok
muka dia dah muncung empat belas tu,” ujar Daniel selamba mengenakan Zarina.
Zarina
mengetap bibir geram, lantas dicapai tas tangan lalu dipukul lembut tubuh Daniel.
Daniel mengekek ketawa. Athirah yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala.
“
Macam kanak-kanak riang,” perli Athirah akan sikap kebudak-budakan sahabat dan
abangnya itu.
Athirah
tersentak saat lagu disaat sendiri dendangan Dadali itu bergema di telefonnya.
Lantas dia mengerutkan dahi melihat nama si pemanggil.
‘
Aik, sejak bila pula si Naz Latah ni call
aku? Pelik-pelik. Ah! Jawab je lah. Bukan guna prepaid aku pun,’ Athirah
tersenyum nakal, pantas ditekan button
untuk menjawab panggilan itu.
“
Assalamualaikum, Naz Latah,” sapa Athirah sempat lagi dia mengusik Nazril.
Nazril di hujung talian sudah mengekek
ketawa, comel kedengaran suara Athirah
yang menyebut namanya. Terasa Athirah sedang membisikkan kata-kata keramat
buatnya.
Nazril |
“
Naz, Naz.” Athirah menyeru setelah Nazril tidak member respon.
“
Ya, Irah. Waalaikumsalam, Irah buat apa?” Nazril mengawal nada suara supaya
Athirah tidak mengesan akan kegelisahannya.
“ Irah nak temankan Abang Daniel beli barang
hantaran dia, jom lah ikut,z” ajak Athirah.
“
Ok, jumpa kat Bandar nanti,” usai berkata Nazril terus memecutkan kereta ingin
ke Bandar. Tidak sabar ingin bertemu Athirah sebenarnya.
********
“
Ehsan, rilex la bro. Tak kan aku cakap sikit kau nak sentap,” ujar Ryan seraya
menayang senyum bergulanya.
“
Sikit kau kata? Bro, apa-apa hal berkaitan Ain memang perkara besar pada aku
tau!” marah Ehsan saat Ryan seolah mengenenkan Ain dengan Akiff, sahabat merangkap pesaingnya itu.
“
Kau ni kan Ehsan, kadang-kadang lawak tau. Kalau dah suka tu mengaku je la.
Katakan pada Ain yang kau sukakan dia. Habis cerita.” Ryan cuba memberi idea
kurang bijaknya.
“
Woo! Kau cabar aku ke apa ni?” soal Ehsan dengan riak tidak percaya.
“Well, kalau kau berani dan betul-betul
sukakan Ain cakap lah.” Sengaja Ryan mencabar Ehsan yang terkenal dengan sikap
egonya itu.
“
Bro.. kau.. kau.. jangan lah bro. Aku bukan tak berani tapi..” pantas Ryan
memotong kata Ehsan.
“
Berani tak berani. Sudah la kali ni kau cuba buang ego kau. Beb! Aku tengok Ain
macam suka dekat kau, Cuma kau je hati besi,” perli Ryan akan sikap sahabatnya
yang tidak pernah menunjukkan sikap ambil berat terhadap gadis yang disukainya.
“
Eleh, nak kutuk aku konon. Mentang-mentang kau dah SAV,” ujar Ehsan seraya
tersenyum senget.
Ryan menggaru kepala yang tidak gatal. Pening apabila memikirkan teori demi teori yang dilontarkan Ehsan. Pmp, playheart dan sekarang muncul pula ayat baru SAV.
“ Err.. SAV tu apa beb? Kau kan Ehsan sia-sia je
belajar. Tapi BM kau memang hancus.” Sempat Ryan mengutuk Ehsan yang masih lagi tertawa mendengar
soalannya.
“Oi, bro agak-agakla kata BM aku hancus, kecik hati
aku ni,” Ehsan berpura-pura merajuk. Saja je nak test market pujuk-memujuk sahabatnya itu.
“ SAV, single
and available,” ujar Ehsan bersahaja.
Ryan mengecilkan mata saat terpandang kelibat wanita
yang amat dikenalinya itu. Lalu terus sahaja dia mengatur langkah ingin menyapa
wanita itu. Ehsan hanya mengekori langkah Ryan tanpa membantah.
“ Assalamualaikum Rina.” Zarina menoleh apabila
terdengar seseorang menyapanya.
“ Walaikumsalam Ryan. Tak sangka jumpa kat sini.
Err.. buat apa kat sini?” soal Zarina cuba beramah mesra.
“ Ni ha teman si Ehsan belikan hadiah untuk makwe dia,” seloroh Ryan lantas tertawa
kecil.
‘ Kurang asam jawa punya kawan, hampeh. Siap kau.’
Ehsan tersengih nakal memikirkan idea jahatnya.
“ Woi! Tersengih-sengih ingat kat Ain ye?” usik Ryan
lagi seraya menyiku lengan Ehsan yang seperti mengelamun itu.
Zarina hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat
itu.
“ Err.. Rina datang dengan siapa?” soal Ehsan menutup
kekalutan hatinya.
“ Dengan Daniel, bakal tunang,” ujar Zarina, riak
bahagia jelas terpancar diwajahnya.
“ Oo, tahniah.. Err Daniel mana?” tanya Ryan, cuba
menutup riak kecewa yang mula bermukim dihatinya.
“ Tu, tengah sibuk pilih kasut. Maklumlah Rina tak
pandai bab-bab macam ni,” ujar Zarina sambil mata melihat tingkah Daniel yang
cerewet memilih kasut tu. Malah cerewetnya mengalahkan perempuan. Hu hu.
“ Bila tarikh bertunangnya?” soal Ehsan dan Ryan serentak.
“ Insya-ALLAH kalau tak ada aral mungkin bulan
depan.” Zarina melemparkan senyum pada Daniel yang kian menghampirinya.
Daniel tersenyum pada dua jejaka yang rancak
berborak dengan Zarina. Serta merta perasaan cemburu menyelinap ke dalam hatinya.
Namun cepat-cepat diusir perasaan itu. Dia cuba menanam kepercayaan sepenuhnya
terhadap Zarina.
“ Siapa ni?” soal Daniel pada Zarina.
“ Daniel tak ingat?” Zarina bermain tarik tali.
Daniel menggelengkan kepalanya tanda langsung tidak
mengingati apa-apa. Namun sebaik saja terpandang riak wajah Ehsan, Daniel mula
tersenyum lalu mengulurkan tangan pada kedua jejaka itu.
“ Maaf, betul-betul tak ingat. Cuma bila tengok wajah tanpa
riak kau baru aku ingat,” ujar Daniel seraya menepuk lembut bahu Ehsan.
“ Mana Athi?” soal Zarina apabila tidak kelihatan
Athirah.
“ Tak perlu risaukan Athi. Ada orang boleh
tengok-tengokkan dia.” Daniel tersenyum lantas mengunjukkan kelibat Athirah
yang sedang berjalan berdua dengan Nazril.
1 Bulan kemudian
Zarina tersenyum manis melihat dirinya didalam
cermin. Dia kelihatan cantik dengan berbaju kurung moden berwarna putih.
Sengaja dipilih warna putih. Kerana kata Daniel putih itu melambangkan kasih
dan juga cintanya buat Zarina.
Jiran tetangga, sahabat handai, sepupu sepapat turut
sama menghadiri majlis pertunangan Daniel dan Zarina. Dia mula cuak saat ramai
tetamu yang ingin melihat wajahnya yang ayu setelah menerima solekan tipis dari
mak andam khas iaitu Rosliza. He he. Time ni je nak minta nak minta tolong kan?
Usai mendapat kata sepakat kini tibalah sudah majlis
untuk merasmikan bahawa Zarina akan menjadi tunangan Daniel. Setelah ibu Daniel
menyarungkan cincin Zarina mengucup sayu tangan Puan Hajar. Terasa ada tangan
yang membelai lembut kepalanya menambahkan kepiluan hatinya.
Puan Hajar tersenyum manis sebelum mengucup lembut
dahi Zarina. Sempat Puan Hajar memberikan pesanan ikhlas padanya.
“ Zarina selepas ni kena jaga tingkah laku, tak
boleh berkawan bebas dengan lelaki lagi. Boleh seandai ingin bersahabat, namun
ada batasnya. Terima kasih sayang kerana sudi menerima peminangan ibu,’ ujar
Puan Hajar lalu didakap erat tubuh Zarina.
“ Terima kasih bu. Insya-ALLAH Rina akan ingat pesan
ibu.
Athirah mencuit tangan Zarina memberi isyarat untuk bergambar kenangan. Zarina tersenyum saat lensa kamera terhala kearahnya.
“ Rina ini hadiah ibu buat Rina. Terima la. Hadiah
tak seberapa, tapi ibu harap Rina sudi menerimanya,” ujar Puan Hajar merendah
diri.
“ Terima kasih bu, insya-ALLAH Rina akan pakai.
Daniel juga pernah mengingatkan tentang aurat. Terima kasih bu. Rina suka
sangat dengan hadiah ni,” Zarina menggenggam erat tudung pemberian Puan Hajar.
Terasa keinsafan mula menjengah dirinya.
Zarina tersentak saat mendengar ringtone menandakan
ada pesanan ringkas yang baru diterimanya. Dia membuka pesanan ringkas yang
datangnya dari Daniel.
+ Terima kasih sayang. Daniel janji selagi ALLAH meminjamkan
nafas selagi itu Daniel akan menjaga Rina sebaik mungkin, kerana Rina adalah
hadiah yang ALLAH kurniakan buat Daniel.
Zarina merasa tenang membaca pesanan ringkas itu.
Dia merasa bagaikan Daniel berbisik lembut di telinganya. Lalu dia tersenyum
sambil tangan lincah membalas pesanan ringkas Daniel itu.
+ Insya-ALLAH, terima kasih atas segalanya Daniel.
“ Ui, orang tu, senyum lebar nampak,” sakat Rosliza
membuatkan wajah Zarina merona merah.
“ Liza, kau ni malu aku tau!’ Zarina mara-marah
sayang kepada Rosliza.
“ Uit, mamat handsome
tu pun datang? Dengan budak kecik. Siapa tu?” Zarina melarikan pandangan mengikut arah
mata Athirah.
Zarina meloretkan senyum pada Balqis yang hadir bersama Ryan Irfan. Lalu dia
bingkas mendapatkan Balqis. Zarina melutut untuk menyamakan ketinggiannya dan
Balqis. Lalu dia tersenyum manis, namun melihatkan wajah muram Balqis dia
merasa sedikit hairan.
“ Qis, kenapa ni sayang? Kenapa muram je ni?” soal
Zarina lembut.
Tanpa menjawab soalan Zarina terus sahaja Balqis
mendakap erat tubuh Zarina. Zarina semakin resah apabila mendengar esak tangis Balqis
yang seakan tidak mahu berhenti. Lalu dia merenggangkan pelukan. Zarina
mengesat airmata yang mengalir di pipi comel Balqis.
“ Kenapa ni sayang? Kenapa Qis nangis? Qis tak suka
ke tengok akak bahagia?” tanya Zarina lagi.
“ Kenapa kakak tak kahwin dengan abang Ryan?” Zarina
tergamam tidak tahu ingin menjawab apa.
Ryan juga tergamam mendengar soalan yang terpacul
dari bibir comel Balqis. Ryan hairan kerana
Balqis seolah dapat meneka isi
hatinya, lalu tanpa menjawab soalan itu Ryan cuba mengukir senyuman seolah
tidak terkesan langsung akan ayat Balqis itu.