“Hai, Zaf nak ke mana ni? Segak benar ummi tengok?”
tanya Puan Linda pada anak teruna nya
itu.
“Ala ummi, Zaf keluar sekejap je erk. Bosan lah duduk rumah. He he.” sambil tersenyum zafran mencium tangan ummi nya lantas berlalu pergi.
“ Ish, anak jantan sorang ni selalu macam tu la. Kalau rasa bosan kahwin saja, ummi pun tak la susah hati tengok kamu asyik merayap aje.” bebel Puan Linda pada anak terunanya.
Zafran hanya mampu tersenyum. Siapa tidak kenal
dengan Puan Linda yang suka berleter itu. He he, tapi nak buat macam mana yang berleter tu pun bukan orang lain tapi mak sendiri daaa.
Sesampai sahaja di Pavilion terus sahaja Zafran
menuju ke arah Restoran yang dijanjikan. Dia keresahan menunggu kelibat Faiz. Zafran mengesat peluh yang
merenik di dahi. Saat terlihat Faiz terus sahaja dia melambaikan tangan ke arah
sahabatnya itu.
“Ha, Faiz apa cerita? Kau dapat tak cari Erina? Serius
aku rindu sangat dekat dia.?” soal Zafran bertubi-tubi tanpa sempat Faiz
melabuhkan punggung.
“Relax la bro. Tak menyempat-nyempat, sejak bila
pula kau dah mamat gelabah ni Zaf?” Perli Faiz apabila melihat sikap gelojoh
Zafran.
“Aku harap ada good
news. Iz kau tak tahu separuh mati aku mencari Erina.” bicara Zafran kedengaran sendu.
“ Aku cuma dapat info yang Erina ada buka kedai..tapi..”
Lama Faiz berjeda sehingga membuatkan Zafran hilang sabar.
“ Tapi apa?” Sedikit meninggi suara Zafran apabila Faiz seakan bermain dengan
kata-kata.
“ Aku tak sure betul atau tak itu kedai dia. Dan aku
tak pernah nampak dia kat kedai tu, so harap kau sabar erk.” Tutur Faiz setelah
menarik nafas.
“ Ok lah. Erm kau tak ada ke contact Farhana ke?” Zafran masih berpuas hati.
“ Tak, aku dah lama tak contact Ana sejak kami putus.”ujar
Faiz sedikit perlahan, hampir tidak terdengar suaranya.
“Weh cop! Korang pernah declare jadi couple ke?” Habis sahaja ayat itu Zafran
terus melambakkan tawanya.
“Wei, mangkuk. Kau ni kan langsung tak pandai jaga
hati aku. Kecil hati aku ni, tak nak tolong baru tau.” ugut Faiz.
“ Ops, sorry la Iz. Aku tak sengaja. Serius kelakar.
Macam mana kau boleh suka kan dia. Kau tu saiz ‘s’ sedangkan dia saiz ‘xl’.”
tutur Zafran seolah menghina.
“ Kau tak baik la cakap macam tu. Pada aku cinta
sangat indah. Kau pun kenal Ana kan, luar dalam semua nya cantik. Satu hari
nanti kalau kau mula kenal erti cinta pasti kau akan rasa seperti mana yang aku
rasa. Dan aku pasti kau tak peduli perkara-perkara yang lain.” ulas Faiz
panjang lebar.
“ Ok, kalau kau sayang, kenapa boleh putus?” Soal
Zafran dengan soalan cepumas.
“ Sebab mak dan ayah dia tak suka kan aku.” perlahan
Faiz menutur kata.
“ Takkan sebab tu je kau boleh putus? Maksud aku
sekurang-kurangnya kau kena la pertahan kan cinta kau.” Zafran mengeluarkan pendapatnya.
“ Yes, i know.
But
bukan jodoh aku dengan dia kot. Kau tau tak ummi aku hina Ana bila dapat
tahu aku dan Ana couple. Aku tahu pun
lepas kami dah putus. Seksa sangat aku rasa time
tu. Eh asal nak cakap fasal aku kan?” usai berkata Faiz lantas ketawa
untuk menutup kekecewaan yang terpancar di wajah nya.
Zafran hanya mencebik mendengar kata-kata yang
dilontarkan Faiz. Tiba-tiba ingatannya seolah melayang mengingati Erina.
Sungguh masa terlalu pantas. Kini genap sudah 12 tahun masa memisahkan mereka.
‘ Sedar tak sedar dah 12 tahun aku dan Erina
terpisah. Ya ALLAH aku pohon padaMu pertemukan lah aku dan juga wanita yang
sangat aku cintai. Sungguh aku merasa terseksa akan perpisahan ini.’ monolog
Zafran di dalam hati.
“ Aku janji aku akan cari.. eh berangan pula pakcik
ni. Hoi kau dengar tak aku cakap?” sergah Faiz apabila melihat Zafran diam
seperti patung.
“ Aku teringatkan Erina.” tutur Zafran sambil
tersipu malu, malu kerana di tangkap sedang berangan.
“ Eh, sebelum kita puasa ni kan apa kata kita pergi
tengok wayang, lepak-lepak dan segala
bagai la.
Nak tak?” Zafran menaikkan ibu
jari tanda setuju.
Zafran mengatur langkah ingin membeli tiket wayang,
sementara Faiz pula membeli popcorn
dan juga air untuk mereka kunyah semasa menonton nanti. Zafran memilih untuk
menonton filem Fast And Furious 6, kerana dia amat meminati sebarang cerita
yang melibatkan kereta. Setelah selesai membeli tiket dan makanan mereka terus
ke kedai berhampiran untuk mencuci mata sementara menunggu waktu tayangan
dimula. Sedang Zafran melilau matanya tertancap pada seorang gadis genit yang
tampak cantik berbaju blouse kotak-kotak, wajah itu mengingatkannya pada seseorang
yang selalu bermain di mindanya tanpa mengira waktu.
Baru sahaja Zafran ingin mengatur langkah untuk menyapa
gadis itu, langkahnya terhenti dek
dihalang oleh Faiz. Dia menarik tangan yang berada di dalam genggaman Faiz.
“ Kenapa ni? Kacau la kau ni Iz,” marah Zafran
kerana hasratnya terpendam begitu sahaja.
“ Kau nak pergi mana? Wayang dah nak mula ni,” ujar
Faiz seraya mengatur langkah masuk ke panggung.
Zafran menarik wajah masam. Dia menghayun langkah
gontai. Fikirannya masih menerawang pada
gadis tersebut.
“ Kak, bagi saya tiket Wayang Fast And Furious 6.
Nak 2 tiket ye kak,” ujar Erina lantas tersenyum pada gadis penjual tiket.
Usai membeli tiket terus sahaja Erina mencari kelibat Nadia. Dia mengatur langkah berhati-hati saat melintasi penonton yang lain. Kemudian terus sahaja dia melabuhkan punggung saat terdengar suara sumbang yang menyuruhnya agar tidak menggangu pandangan mereka.
“ Sesak gila waktu aku beli tiket,” bisik Erina.
Nadia mengangkat jari telunjuk lalu diletakkan di bibir isyarat agar Erina tidak membuat bising. Erina berdecit melihat isyarat yang ditunjukkan Nadia. Lantas terus Erina memandang ke arah skrin yang mula dimainkan.
AIDIL ZAFRAN
Zafran tersentak melihat gadis genit tadi. Lantas digosokkan matanya berkali-kali, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Spontas bibirnya mengukirkan senyuman. Bertambah girang hatinya saat gadis genit itu duduk sebaris kerusi yang didudukinya.
Zafran tersentak melihat gadis genit tadi. Lantas digosokkan matanya berkali-kali, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Spontas bibirnya mengukirkan senyuman. Bertambah girang hatinya saat gadis genit itu duduk sebaris kerusi yang didudukinya.
Tumpuan Zafran sedikit terganggu dek bunyi wayang
yang sedang ditayangkan itu. Bukan Faiz
tidak sedar, dari tadi Zafran lebih banyak menumpukan perhatian terhadap gadis
genit yang duduk sebaris dengan mereka dan hanya sesekali Zafran dilihatnya
memandang ke arah skrin wayang.
Erina merasa tidak selesa saat terasa dirinya diperhatikan seseorang. Lantas dia memberanikan diri menoleh pada sebelah kanannya. Erina memalingkan wajah saat mata mereka bertentangan.
Dup! Dap! Dup! Dap!
‘Eh, tiba-tiba pula hati aku berdegup kencang ni. Pelik! Dan, kenapa aku rasa Zafran dekat sangat dengan aku bila aku pandang
mamat ni?’ hati Erina bertingkah sendiri.
Erina tidak sedar keadaan di sekelilingnya yang tadinya hingar bingar sudahpun menjadi sunyi sepi. Erina memanggung kepala apabila terasa ada sentuhan lembut di bahunya.
“ Maaf cik, wayang dah habis. Cik tak mahu balik ke?”
soal jejaka itu namun kedengaran sedikit sinis.
“ Ha. Oo. Tak sedar pula wayang dah habis,” ujar
Erina sambil matanya melingas mencari kelibat Nadia.
“ Kawan Cik tadi dia dah keluar sebelum wayang habis
lagi,” ujar jejaka di hadapan Erina.
Erina hanya tersenyum pada jejaka itu. Setelah
meminta diri Erina terus keluar dari panggung tanpa menoleh ke belakang lagi.
Namun tanpa disedari langkahnya diekori oleh jejaka yang sedari tadi
memandangnya.
“ Zaf, aku nak tanya kau sikit boleh?” soal Faiz
setelah kelibat Erina kian menjauh.
“ Kau nak tanya apa?” soalan dibalas dengan soalan.
“ Erm, aku sebenarnya kan, hairan dengan kau. Dari
tadi macam resah je. Kenapa?” tanya Faiz lagi.
Zafran menarik nafas dalam. Dia berkira-kira untuk
menceritakan apa yang dirasakan kini ataupun tidak.
“ Budak perempuan yang kau tegur tadi tu kan, macam
ada iras dengan Erina. Entah kenpa aku rasa yakin sangat bahawa itu dia,” ujar
Zafran seraya menarik nafasnya dalam-dalam.
“ Oo, patut lah dalam panggung tadi kau asyik
kerling dia erk. Sikit pun kau tak lepas pandang dari wajah dia,” perli Faiz.
Zafran termalu sendiri. Tangannya dimasukkan ke
dalam poket, sambil tersenyum teringatkan wajah ayu gadis tadi.
“ Aku janji
pada kau aku akan cari maklumat tentang dia. Kalau jodoh kau dan dia, tetap jua
kau bersatu dengannya. Jadi tak perlulah kau risau,” sambung Faiz lagi.
“ Thanks bro.” ucap Zafran sambil menepuk lembut bahu
Faiz.
******
“ Erina, best kan cerita Fast And Furious 6 tadi. Memang
tertawan habis aku. He he,” ujar Nadia dengan cerianya. Suka la agaknya dapat
menatap wajah kekasih pujaan hatinya tu.
Saat Erina
memberhentikan keretanya di traffic light,
kelihatan jejaka yang menegurnya di panggung tadi turut sama menghentikan
kereta bersebelahan keretanya. Erina menurunkan sedikit cermin kereta. Lalu dia
terpaku saat melihat jejaka yang tersenyum manis padanya itu.
Pin! Pin!
Erina tersedar dari lamunan saat telinganya
mendengar bunyi hon kereta yang menderu-deru itu. Terus sahaja dia memasukkan
gear dan memecutkan kereta ingin ke Butiknya.
“ Eh, aku nak siasat tentang gadis tadi tu. Jom follow dia. Please.” pinta Zafran sambil membuat memek muka sedih.
“ Ok, asalkan kau belanja aku nanti.” balas Faiz.
Zafran mencebirkan bibir mendengar kata-kata yang
Faiz ucapkan.
‘ Dasar demand
punya kawan.’ getus hati Zafran.
Zafran keluar dari perut kereta saat Erina
memberhentikan keretanya. Lantas segera dia mengekori Erina.
“ Adui!” Kedengaran suara seorang gadis ayu mengaduh
saat terlanggar bahu Zafran.
“ Err, maaf ye Cik.” usai meminta maaf Zafran
melingaskan matanya mencari jejak gadis genit yang telah mencuri hatinya itu
namun hampa.
“ Tak apa. Saya ok je,” ujar gadis itu dengan
lenggok suara sedikit gedik.
Faiz menepuk bahu Zafran dari belakang. Hairan
apabila melihat Zafran hanya tercegat bagaikan patung itu.
“ Bro, macam mana?” soalan Faiz hanya mampu dijawab
dengan gelengan sahaja.
“ Saya pergi dulu ye, oh ya nama saya Selly.Nice to meet you handsome. Ini kad nama
saya, jangan lupa call ya. Bye!” Faiz menjeling pada Selly, meluat
dengan sikap gedik gadis itu.
“ Ei, dasar minah gedik,” sinis kedengaran suara Faiz.
“ Jom lah kita balik. Aku pun tak tahu mana nak cari gadis
tu. Huh! Hampa.” Kedengaran hampa suara Zafran.